Lambat aku turun kasi ikan makan tadi tuh pasal sibuk mencari rezeki di alam maya, sibuk melayan Forex. Walaupun menjaga kolam ikan is my full time job tapi aku anggap semuanya ini sebagai stepping stone saja untuk aku memaju dan mengenali diri aku, emotionally, physically, finacially dan ikan keli.
Eh, wait a minute! I'm such a rolling stone kan, so mungkin ini masanya aku nak berhenti bergolek buat sementara dan kumpul a little bit of moss. (Ingat dak dulu aku ada kata yang ditakdirkan aku ada anak nanti, aku tak nak kasi dia jadikan lagu Papa Was A Rolling Stone tuh lagu favorite dia)
Pinky talipun, dia kata jangan kasi ikan makan sebab dia nak datang in a few hours, dia nak tengok macamana, sebanyak mana ikan yang masih ada di Kolam 1. Aku dah siap kasi sepellet makanan dah masa tuh.
About noon diaorang sampai, Pinky, Sham dan Ridzuan. Diaorang bawak tilam dan a few lampu kalimantang, sambil Sham tanya aku, "Tau pasang tak?". Tak ada lampu yang perlu ditukar kecuali lampu yang kat dapur tuh yang mentolnya 50 Watt aje kot, tak seterang mana. Tapi, mana aku guna dapur tuh malam-malam. Biasanya yang terakhir aku keluar, masa nak ambik wudhu Maghrib.
So kitaorang kasi ikan-ikan tuh makan sambil masing-masing mengagak berapa banyak ikan yang masih ada di Kolam 1. Ada yang kata 5 tan, ada yang kata 3 tan, honestly aku tak reti nak mengagak sebanyak mana.
Beria sungguh Sham mengarah aku suruh kasi makan ikan sebanyak mana setiap pagi dan petang. Cara nak kasi makan ikan tuh pun macamana. Mulanya kata jangan matikan kipas masa nak kasi makan, then kata yang kipas kena dimatikan semuanya.
Sampaikan aku kata, in English, "Please, I've been here almost a month now. I know what I'm doing. Danggggg!!!!!!"
Pinky senyum aje, aku rasa dia tahu yang aku bengang dengan Sham yang asyik mengarah itu ini tuh.
Aku beritahu yang it's not a good idea untuk pindahkan ikan Kolam 1 ke Kolam 3 pasal Kolam 3 tuh kecik sangat, nanti banyak ikan yang mati kalau bersesak-sesak sangat. Pinky kata yang ikan yang besar-besar nak dijual dan dimakan (ramai nanti tuh yang nak datang buat kerja, so kalau sorang ambik 5 ekor, dah berapa ikan kan?), cuma yang kecik-kecik aje nak dipindahkan ke Kolam 3.
Beria dia ajak aku pergi makan sama diaorang tapi aku kata yang aku malas nak pergi sebab badan aku kotor, pakaian basah. Lagipun aku ingat diaorang nak terus balik aje lepas tuh. Rupanya diaorang nak datang semula ke sini sebab nak tunggu Jon. Macamana pun dia kata dia akan tapaukan nasi untuk aku.
Sementara diaorang pergi makan, aku teruskan kerja kaut pasir kat sungai tuh. Mamat Lone Ranger pinjamkan aku skop dia yang agak pendek sikit tuh, so senang jadinya kerja aku, tak lah terkial-kial nak membalancekan skop masa nak baling pasir tuh ke darat.
"Macam Boss aje member sorang tuh, siap pusing satu kolam, mengalahkan tokay besar", kata Mamat Lone Ranger, mereferkan Sham. Little did he know yang at the same time aku rasa tercucuk jugak sebab sepanjang aku mengaut pasir tuh, aku asyik fikir pasal that bitchy driver.
"Mana mesin rumput? Nak potong rumputlah", kata Sham lepas aku siap makan, sementara diaorang tunggu Jon. Aku tunjukkan arah stor, then dia suruh aku pasangkan tali pemotong, so aku balik ke kongsi ambik tali sepasang.
"Bawak dua aje? Banyaklah sikit!", kata Sham.
"Berapa jam ko nak ada kat sini?", aku tanya dia, geram dah masa tuh. Sebab sepasang tali pemotong tu pun dah cukup untuk sesetengah jam, aku tak rasa dia akan potong semak belukar tuh, kalau setakat potong rumput, that tali can last a few rounds.
Aku pandang Pinky, dia senyum aje, tapi aku rasa dia tau yang aku bengang sebab aku pun cakapnya keras jugak tadi tuh.
"I need to talk to you, Pinky", aku kata gitu.
And so Sham pun pergi potong rumput, dan aku terus kerja kaut pasir. Fikir punya fikir, aku kata baik aku beritahu Pinky, boleh settlekan masalah Sham nih once and for all.
"I don't like that guy, I really don't. He's annoying and too bossy", aku kata kat Pinky.
"Ya ka?", Pinky tanya aku. And so aku kasi a few examples, mula dengan masa pertama kali aku berurusan dengan Sham.
"Tapi dia baik punya orang, saya selalu bawak dia sini sebab dia boleh buat apa-apa saya suruh. Kalau malik, dia susah sikit", kata Pinky.
"Look, I don't care if he's baik hati but he's not to me. As of now I'm pretty sure if I were to quit my job, dia punya pasal", aku kata gitu.
"Ayooo, jangan itu macam lah", kata Pinky.
"You see, just now I laughed at you guys bila saya nampak Ridzuan bawak tilam. At the back of my mind kata, "Oooo, this is their "way" of trying to make me happy", aku cakap macam tu.
Pinky kata yang itu dia punya responsibility untuk bagi aku duduk sini dengan selesa.
"Look, I don't want that wordly thing like tilam (ayooo, zuhud gila aku nih kan, tilam pun aku anggap as a wordly thing), or a tv set. All I'm asking for is a little bit of peace of mind", aku kata gitu. Nasib baik aku tak sambung ayat tuh, "Is that too much to ask for?".
"Tak apa, nanti saya cakap sama Sham. Thanks for telling me. Tapi dia rajin, tengok itu dia potong rumput", kata Pinky.
Ayoooooooooooo!!!!!!!!!!!!
"Look, you look at it differently and I'm thinking differently. To me dia bodek you. You tau bodek?", aku tanya dia.
"Yes", ringkas jer Pinky jawab.
"Sure lah dia bikin rajin sebab dia sama you, you dia punya Boss. I have no problem dia mau bodek ka, apa ka tapi don't make me suffer. He can bodek all he wants tapi don't include me, don't step on my head", aku kata gitu.
"Ok, ok", nanti saya slow talk sama dia", kata Pinky.
Ridzuan nak tumpang sembahyang so aku bukak kunci bilik, biarkan dia kat situ, then aku terus sambung kerja mengaut pasir. Dalam sesetengah jam lepas tuh diaorang kata Jon dah nak sampai dan diaorang pun nak blah untuk jumpa Jon.
Aku tak tahu apa pasal aku tengok Ridzuan tenung, pandang aku lain macam aje masa diaorang nak blah tuh. Then baru aku terfikir, tadi dia lama kat bilik aku, laptop aku sentiasa tak off dan buku nota aku (yang penuh dengan catatan blog, trade records etc) kat sebelah laptop. Kalau orang masuk bilik aku, laptop tuh lah main attractionnya. Entah-entah dia baca blog aku. Surenya lah! Oooo shit!!!!!
(Ok, aku tak tahu kalau Ridzuan masih baca blog ni. If you do Ridzuan, please keep everything to yourself)
Aku tak tahu apa pasal aku jadi rajin pulak kerja mengaut pasir hari nih, sampai ke waktu Asar aku kerja. Tak heranlah malam aku rasa letih sangat, itu yang aku terus tidur aje lepas Isyak.