Thursday

Day 21 - Isnin 21/11/2011

Lepas kasi ikan makan terus aku potong rumput kat Kolam 2 sebab aku tahu yang Pinky nak datang harinih, at least akan ada a little development bila dia tengok nanti. Cuma yang lecehnya terpaksa ulang alik kerja potong rumput sama menebas dari dalam kolam. 

Dah tengahari sikit aku kaut pasir dari sungai kecik yang memisahkan kawasan dusun Thamby tuh dengan dusun abang ipar Mamat Lone Ranger. Walaupun nampak macam banyak kerja dan rumit tapi kalau dibandingkan dengan mengaut pasir dari kolam ikan dan dibawak ke tepi untuk dimasukkan dalam guni, tapi it's more practical. 

Aku tak penuhkan guni sebab berat nak mengangkatnya, instead aku taruk a few skop in each guni. So nampak macam banyak sangat kerja aku, nampak macam pulun gila kerjanya. Tapi itulah, kerja macam tu pun kena ada peralatan lengkap baru senang tapi since aku guna skop karat yang panjang, susah pulak nak mengaut pasir-pasir tuh. 

Aku tak perasan pun Pinky tiba, tapi aku tahu yang sebanyak guni pasir tuh points yang aku dapat collect. Aku masih lagi dalam proses mengollect points sekarang nih. Bukan senang nak kasi Cina percayakan Melayu, kan? 

Dia datang sama Malik dan Ridzuan, bawak tayar wheelbarrow yang I have no idea macamana nak pasang. Dia suruh aku potong rumput Kolam 3 sebab tak lama lagi nak pindahkan ikan Kolam 1 ke Kolam 3 tuh. Now, rumput kat Kolam 1 belum siap dipotong, kena potong rumput kat Kolam 3 pulak. Ban kat semua kolam banyak yang nak direpair, kena potong rumput kat Kolam 3 pulak. Berteraburan kerja yang aku kena buat. Aku beritahu dia yang susah nak tangkap ikan kat Kolam 1 sebab airnya dalam kat bahagian tengah kolam, kena berenang. So aku kata aku nak buangkan air kolam tuh by a foot or two. 

Again, beria sangat dia tanya aku apa yang aku nak kat kongsi tuh, apa yang perlu direpair. Ituhari dia kata nak buat jamban tapi aku kata it's not worth it, unless ramai pekerja yang akan kerja di sini. Jamban yang sedia ada sekarang ni tuh ok enough walaupun nun jauh di sudut sana tuh. Aku pun selama ini cuma sekali aje guna jamban tuh, masa mula datang dulu. Selebihnya aku pun lupa kat mana aku membuat pelaburan. Senang cakap lah, bumi Allah nih luas, kan? 

Beria jugak aku beritahu dia yang all those things like tv, tilam, semua tuh tak penting bagi aku. Apa yang pentingnya, aku nak kan peace of mind. Aku kasi dia contoh, pasal Seng. Aku kata Seng boleh menyebabkan aku berhenti kerja nanti, sebab aku tak suka cara dia yang kasar tuh. Aku kata yang aku nih sensitive bab-bab tuh sebab biasanya aku akan buat sebaik mungkin dan kalau orang marah tak tentu pasal, atau cakap kasar macamlah aku nih desperate sangat for his money, itu aku tak boleh terima. Apa salahnya cakap perlahan-lahan, cakap lembut-lembut, kan? 
"I'm a local guy, a Malay, I'm not like those immigrants", aku kata gitu.  

Mamat Lone Ranger nak pinjam dua ringgit, dah 12 ringgit dah jadinya. Kalau kat luar, apalah sangat 12 ringgit tuh kan tapi kat sini, every sen tuh counts. Dia kata dia akan bayar balik bila abang ipar dia datang tapi petang tadi ada aku nampak abang ipar dia tapi tak ada pulak dia pulangkan duit. Aku taklah ralat sangat kalau dia tak bayar pun sebab dia selalu kasi aku makanan, ituhari dia kasi nasi ayam dan dua kali dia ada kasi aku epal sama oren.

Joko kata dia tak pergi Pasar malam harinih pasal tak ada duit, aku pun tak ada duit nak pinjamkan dia. dan rasanya kalau ada pun duit, tak aku pinjamkan sebab dia dah pinjam RM 40 dari aku. So aku pergi sorang-sorang, tak ke Pasar Malam pun, cuma ke kedai aje. Beli barang pun yang betul-betul perlu aje, bajet untuk 2 minggu. Beli 3 kilo beras (sekilo tuh untuk gantikan beras Joko), dua dozen telur, 2 kg biskut (duduk sini banyak pulak aku makan biskut. Kalau kat Bangsar aku tak pernah ada bekalan macam nih, mungkin sebab kalau aku lapar aku boleh turun pergi kedai. Kat sini apa yang ada?) 

Dalam pocket aku tinggal RM 2.50 aje, tak pernah aku sesengkek gini tapi aku tahu aku boleh hidup dengan duit sebanyak itu sebab aku tak ada nak guna duit untuk beli apa-apa pun dalam masa dua minggu akan datang. Macam tak percaya yang I'm surviving on RM 15 a week. 
On my way balik tuh bertembung dengan Joko, bini dia dan Keling tuh, diaorang nak ke Pasar Malam. Joko kata dia pinjam duit keling tuh, tu pasal dia nak ke Pasar malam.

Alhamdulillah aku dapat recouped last Friday punya losses, dapat lebih dari itu pun. So aku terus buat withdrawal ke Liberty reserve aku, USD 200, so tinggal dalam USD 500 kat Forex account aku. Macam tak percaya how I turned USD 5 into USD 700 within 3 weeks.