Aku tak expect Raju akan bangun awal pagi dan mula kerja seawal aku sebab semalam dia ada kata yang paling awal dia mula pun pukul 9 setengah. Lagipun dia kata badan dia sakit-sakit, aku setuju tuh sebab badan aku pun masih lenguh-lenguh, bayangkanah menarik jaring yang penuh tanah tuh. Lepas kasi dia mee-cup sama roti, dan teh, kitaorang sembang bawah pokok sambil hisap rokok.
"Apa pasal lu kerja pagi-pagi?", dia tanya aku sebab aku kata biasanya 8-30 aku dah kasi ikan makan. Masa tuh dah 10 lebih, apa pun belum buat lagi. Dulu Seng beritahu aku yang kalau pagi-pagi kasi sesuku pellet jer makanan ikan so aku kasi sebanyak itu, kadang lebih sebab aku nampak macam banyak ikan yang tak cukup makan. Tapi, Raju kata kena kasi 3 pellets setiap pagi, walaupun dia tak tahu sebanyak mana ikan yang masih ada kat kolam-kolam tuh.
Lepas tuh kitaorang turun Kolam 1 untuk repair kayu pemacak tempat mengikat kipas. Pernah aku cuba buat sorang-sorang, tak tercabut nya kayu-kayu yang condong tuh pasal dalam sangat ditanamnya. Bagus jugak ada Raju nih, puji jer dia sikit, macam Keling karam Keling tuh buat kerja.
Lepas tuh kitaorang berdua terus turun Kolam 2 dan start pasang jaring, sebab malas nak tunggu diaorang yang janjinya akan sampai pukul 10 tapi by 11 masih belum nampak bayangnya pun. Sebab aku pun dah ada experience, senang jadinya kerja menarik jaring tuh walaupun meletihkan. Untuk kasi semangat, dan untuk kasi dia kerja lebih sikit (so that aku tak payah bertungkus lumus sangat) aku katalah yang kitaorang berdua aje boleh buat semua tuh, tapi kalau tak ada dia memang tak terlaratlah.
Lepas kepung ikan tuh di jaring, kitaorang tinggalkan aje, tak nak naikkan dulu ikan-ikan tuh, nak kasi diaorang tengok. Kalau tidak sure diaorang kata kitaorang tipu aje.
Yang semalam jugak datangnya, ada sorang lagi, awek nama Sakura. Bersoleknya dia sama Siti tuh, sampai letih aku bergossip sama Raju masa diaorang salin pakaian. Matanya biru, bedaknya bertompok-tompok macam pepperoni pizza gayanya.
Raju nih pulakkan, dia kerja tak pernah berbaju. Dah lah perut macam tembikai, belakang dia penuh bulu. Dah tu pakai short pendek dan ketat. So boleh nampak bulu yang banyak all the way to his butt crack. And I'm sure jubur dia penuh bulu. Tak tau lah kalau orang lain tak fikir gitu tapi itu yang aku fikirkan sampai aku rasa nak beritahu dia tapi tak comfortable pulak rasanya. Setidak comfortablelan aku menengoknya.
Lepas taruk ubat nak kasi ikan pening, barulah ikan-ikan tu dipindahkan ke Kolam 1. Lepas makan, buat another round. Kali ini awek dua orang tuh pun turun jugak ke kolam. Biasalah kan, as expected, menjerit aje lah kerjanya. Patutnya dah tahu nak buat kerja gitu, kalau tak ada bra besi, pakailah bra yang tebal sikit, tak lah senak kena ikan yang melompat-lompat tuh.
Habis menjaring terus kitaorang pergi Sembahyang Jumaat, yang lain tuh rileks-rileks kat stor. Rupanya diaorang nak buat another round, aku dah letih gila tapi nak buat macamana kan?
Aku ingatkan dah tak nak tangkap ikan dah bila selesai tuh, rupanya diaorang nak buat kat Kolam 3 pulak. Nasib baiklah kolam tuh kecik jer. Dan ikan kat situ pun tak banyak.
Raju dah malas dah masa tuh so aku yang dah tahu sikit sebanyak nih yang buat apa yang patut dibuat sebelum mula tarik jaring. Masa orang lain tengah rileks, Jon tanya aku, apa yang Raju cakap kat aku semalam, masa dia melepak sama aku sepanjang malam. Aku kata tak ada apa pun sangat, sembang biasa-biasa aje. Then dia kata lah yang Seng beritahu dia sama Pinky yang Raju nih hopeless punya orang, pemalas dan tak boleh dipercaya. Dia tengok dengan mata kepala dia sendiri, dia kata macam tuh. Kat kolam yang lagi satu tuh, yang buat kerjanya one Indonesian couple, Raju banyak rileks aje.
"That's totally the opposite of what he told me last night", aku kata gitu. Patutnya aku tak beritahu pasal raju yang pergi kedai sorang-sorang sedangkan aku nak temankan dia, tapi aku tercakap jugak.
"There, you see?", kata Jon. Ada sekali tuh Jon tengking Raju yang macam jerit-jerit kat dia. Lawak rasanya sebab dua-dua nya Keling tapi bertengkar dalam Bahasa Melayu.
Sampai pukul 6 baru lah selesai, itupun banyak ikan yang terlepas, tinggi ikan boleh melompat rupanya, their orang punya last effort untuk melepaskan diri.
Raju bermalam di sini lagi malam nih, makin kuat aku api-api kan dia, aku kata memang tak patut sangat Pinky sama Jon tak hantar dia balik sedangkan kerja semuanya dah siap. Since aku tahu yang Raju banyak auta nya, aku layan tak layan aje lah apa yang dia cerita. Dia kata keluarga dia memang samseng, gangster, ramai pemilik kolam ikan kat kawasan nih takut kat keluarga dia. Even abang dia pernah ugut nak bunuh Seng kalau-kalau Seng suruh Raju buat kerja yang berat-berat.
Dia beritahu jugak yang dia tak nak kerja kat kolam nih , kalau lah nanti disuruh kerja kat sini pulak. Bila aku suruh dia kasi reasons why, dia kata yang orang gila aje yang sanggup kerja di sini. Dah lah kedai jauh, kerja sorang-sorang, banyak kerja yang kena dibuat pulak tuh.
Surprisingly, sikit pun aku tak terasa hati dia kata orang gila aje yang sanggup kerja kat sini. Aku rasa kat sini aman damai. Sedamai hati aku.