Harinih tiba lah mood malas nak kerja sedangkan banyak benda yang aku boleh dan patut buat. Ini lah masalahnya kerja sorang-sorang gini, tak ada sapa-sapa nak boss me around. Aku kalau tak disuruh memang liat sikit nak kerja. Tapi kena suruh baik-baiklah kan?
So aku takat buat kerja yang wajib aje lah, kasi makan ikan, bukak empangan, check kalau-kalau ada ikan mati dan bersihkan kolam mana yang patut. Itupun dah banyak kerja dah sebenarnya kan, so aku melepak ajelah lepas tuh.
Lagipun, aku tak rasa Pinky nak datang harinih, itu yang buat kemalasan semakin menjadi-jadi tuh. Kalau aku rasa dia nak datang aku akan banyak idea kerja apa yang nak dibuat. Or at least beritahu dia apa yang patut dikerjakan, so that dia tahu yang aku nih memang kuat kerja orangnya. Itu salah satu cara aku collect points.
Forex pun slow harinih, musim cuti Thanksgiving Day, walaupun bukan start lagi (due to perbezaan waktu) tapi market dah mula slow. Macamana pun dalam slow-slow tuh dapat jugak aku kaut dalam USD 10.
Kadang tuh aku fikir yang kerja aku nih, masa tak ada kerja tuh, is more like kerja seorang Jaga. Betul jugak, aku sentiasa kena alert, takut kalau siapa-siapa datang, atau kalau ada apa-apa berlaku. Itu yang walaupun aku melangu
aje kat stor tuh, sebenarnya aku kerja. Sebab stor tuh aku punya pondok kawalan. Yang membezakan antara aku dengan Jaga/Security Guard, diaorang selalunya tertidur masa kerja sedangkan aku tak pernah tidur pun, kodi-kodi pun aku mengelamun atau tulis blog.
Sakan aku bersembang dan bertukar-tukar pendapat dengan Mamat Lone Ranger. Pasal Sham lah. Mamat Lone Ranger nih bukannya ada kerja sangat pun, melepak aje tengok tv, so dia kata dia selalu peratikan apa yang berlaku kat kawasan kolam kitaorang. Dia kata yang Sham tuh kaki bodek sampai sanggup potong rumput bagai.
"Orang macam dia tuh, suruh kesat berak Boss pun dia sanggup buat", kata Mamat Lone Ranger.
Malam, aku tak memorex pun (pasal Thanksgiving tu lah) dan bosan punya pasal, aku asyik dok baca cerita-cerita pasal Thanksgiving Parade. Terbayang aje yang kalau aku masih di New York sure pagi-pagi lagi dah ke Central Park tengok orang pasang belon floats, then start cari tempat best-best kat area Columbus Circle depan CNN tuh sebab nak tengok Parade.
Then bersiap-siap untuk ke Forest Hills. Then singgah Jackson Heights untuk Zohor. Then ke Penang Restaurant for lunch. Then, sementara tunggu masa masuk kerja, melepak kat Secret Garden aku. Then malam tuh ke apartment nenek diaorang for Thanksgiving dinner. Then akan jumpa dengan keluarga diaorang, termasuk Aunt Camel Toe diaorang tuh.
Then by 8-00 aku dah balik ke apartment diaorang sama King Mongkut sebab dia kena dikatilkan by 8-30 pm. Then, on the way balik, aku akan singgah kat Times Square, then jalan-jalan biasanya sampai Rockerfeller Center tengok orang main ice-skate. Atau sekadar melepak tengok orang yang happy aje during holiday season, atau sekadar dengar lagu-lagu Krismas sebab kat mana-mana, especially kat radio, diaorang akan start pasang holiday songs 24 hours, right after Thanksgiving Day.
Then merayau lagi ikut Fifth Avenue, sampailah ke area Macy's, then Isyak kat masjid kat situ. Then jalan lagi sampai kat Chelsea. Then makan kat Room Service. Then jalan lagi sampai West 4th subway station, baru naik train balik ke Brooklyn.
Good times, baby! Good times!