Monday

Sunday10012016

Dekat pukul 10 aku bangun pagi nih, memang lepas Subuh, memang sedap tidur. Bangun tuh pun sebab lapar, jugak sebab rasa macam aku kena jugak pergi kerja, walaupun hari minggu.

And so aku terus brunch aje lah, sebab dah terlewat. Then round site sekejap, biasanya aku ambik gambar for my weekly report tapi malas pulak buat report minggu nih. Entah, aku rasa tak ada mood, rasa menyampah sangat dah dengan projek nih. Menyampah dengan orang-orang KL tu lah, diam seribu bahasa. At least beritahulah kitaorang. I hate to be left in suspenders macam nih, it sounds so bloody kinky, kan?

Pelik kadang tuh sebab Consultants projek nih, kecuali Boss aku (wife dia kerabat diraja Kelantan, tuh yang dapat projek nih), semuanya companies besar-besar. Gah-gah semuanya. Projek yang sepatutnya dah siap tapi sampai sekarang masih banyak oustanding items yang belum diselesaikan, banyak drawings yang belum keluar. Macamana Kontraktor nak buat kerja?

Aku spent the entire tengahari kat office, aku sorang jer. Mengintai-ngintai peluang lain yang ada. Aku kena standby untuk sebarang kemungkinan. 

Bosan, aku keluar to do my own things. Hantar pakaian kat laundry. Aku spend dalam RM 25 seminggu untuk laundry, itu pun cuma untuk pakaian, belum masuk selimut, cadar. Yang lawaknya, minyak kereta kalau full tank, boleh tahan sampai dekat 2 bulan. 2 bulan ko, ko mampoo? It shows yang aku tak ke mana-mana pun, paling jauh pun setiap Jumaat untuk ke masjid yang cuma 1 km away. 

Aku rasa, aku perasan yang  kadar kebuncitan aku dah berkurangan kot, tu pasal aku dah semakin malas nak jogging. Aku lari-lari setempat, then jalan-jalan a few pusingans. Sambil main cellphone. 



Tapi aku akan tetap ke pantai, walaupun tak sepenuhnya tapi bila tengok oombak, tengok awan, tengok pantai, aku mengagumi kuasa Tuhan. Aku suka bila semua tuh membuatkan aku mengingati Tuhan, sebab aku akan jadi lebih tenang. 



Jeles jer aku tengok diaorang nih berkuda. Tak ada peri kemanusiaan langsung, at least ajaklah aku sekali, biar kehidupan aku jadi lebih interesting.Aku bayar nya lah. 

Sunday

Saturday09012016

2 kali weekends yang lepas aku kat KL, rasa malas lah pulak nak pergi kerja hari nih. Rasa macam nak melepak aje tapi tak kan nak melepak kat rumah. Weekends, kalau aku tak ke mana-mana, aku melepak kat office. 

Sekali jer aku meround kat site, cadangnya nak ambik gambar untuk weekly report aku. Tapi macam tak bermaya jer semuanya, nun kat hujung sana nun aku nampak staff-staff Kontraktor tengah bersembang. Dan kat hujung-hujung sana pulak aku tengok, buruh-buruh Indon tengah menengok orang surfing. 

Weekend biasanya kerja aku buat report aje, dan aku akan email kat Boss aku, Consultants dan Client pada hari Ahad. That way diaorang tahu lah kan yang aku nih sentiasa ada kat site, diaorang tahu yang aku nih Resident Engineer cawangan 7-Eleven, yang sentiasa bukak 24 hours a day. 

Aku rasa aku involved sangat dengan projek nih, which is good sebab kalaulah aku berhenti dari sini, diaorang akan susah. Aku suka kalau orang lain jadi susah sebab dia yang mulanya buat aku susah. Aku akan berhenti pun sebab aku nak ajar diaorang sikit, appreciate lah sikit kesanggupan, susah payah aku. Ini, pasal gaji pun diaorang tak boleh nak selesai, kan. Projek ratusan juta. 

Aku tak kata aku nak berhenti kerja tapi what with dengan keadaan sekarang yang tak menentu, aku dah mula buat, or at least fikir, apa yang I have to do next. Aku ada sembang tadi dengan staff-staff Kontraktor, aku ceritakan apa yang diaorang tak tahu, dan apa yang diaorang patut tahu, dan apa yang diaorang patut expect. 

Ini contoh isu-isu yang aku ketengahkan, yang aku war-war kan kat WhatsApp group, kalau tak tuh diaorang tak tahu. Geram gak aku sebab masing-masing gkat KL nun, senyap membisu seribu bahasa. 



Spent the rest of the day kat office sebab aku sorang jer yang datang kerja, Consultant staff. Yang lain tuh ada yang balik KL. Aku suka sorang-sorang nih. Memang kera sumbang sungguhlah beruk sekor nih, kan? 




Aku tak ke pantai petang nih sebab nak tumpang one of Kontraktor punya staff, dia duduk Kuantan. Aku nak ke Kuantan. Nak pergi bank sebenarnya, patutnya tadi aku ke Kemaman aje tapi aku nih punyalah malas nak drive, so might as well ke Kuantan aje. At least ada lah jugak aktiviti aku untuk malam minggu, kan?

Walaupun aku tumpang, tapi aku hulur gak RM 20. Dan dia tak menolak pun, dia memang expect aku bayar pun. Aku faham yang dia nih always in a difficult situation sebab keraknya lebih besar dari periuk, so bila ada kesempatan, aku akan tolong mana yang patut. Dia nih ada jual makanan sunnah, tiap minggu ada jer benda yang aku beli dari dia. Aku sorang jer yang beli dari dia. 

Aku tak overnight kat Kuantan macam biasa, aku nak balik jugak ke Cherating. Terkejut jugak drebar teksi tuh bila aku ajak makan. So kitaorang ke Tanjung Lumpur, makan seafood. Baik aku nih kan, belanja drebar teksi. Dahlah dia charge mahal nak ke Cherating tuh. Tapi aku tak kisah. 

Gitulah aku, masa aku ada duit, aku buat cara ada duit. Masa aku tak ada duit, aku buat cara tak ada duit. 

Saturday

Friday08012016

Awal aku terbangun pagi nih, sejam sebelum alarm aku sepatutnya berbunyi. Lebih awal dari masa bulan Puasa. Tapi, time-time macam tuh seronok sebab kita "akan rasa" lebih dekat dengan Tuhan, kan? Tak bermakna masa-masa lain kita jauh dari Tuhan, tapi awal-awal pagi, suara kita macam bergema gitu, kita buat apa pun, baca Quran ker, berzikir ker, berdoa ker, suara kita melantun gitu. Itu yang buat kita jadi lebih sayu.

Dan kita akan rasa lagi kecik nya kita, bila mengenangkan yang kita bercakap depan-depan dengan Tuhan. Hanya Tuhan yang tahu dosa kita, kita pun tak tahu sebanyak mana (dosa) kita. 

Elok jer nak mandi untuk pergi kerja, air tak ada pulak. Air paip slow, gitu, so aku lepak kat katil. Terlena sampai pukul 8 setengah. Harinih Jumaat, gerai Makcik Faridah, bukak. Gerai tuh bukaknya 4 pagi seminggu, dan kitaorang memang ke gerai tuh untuk breakfast. Sekenyang mana pun, walaupun dah makan, kena pergi jugak, at least untuk minum. Atau makan kuih sekeping. 

Aku sampai di situ, some of Kontarktor punya staff dah ada tunggu. Diaorang dari awal pagi kat situ. Dekat pukul 10 jugaklah baru masuk site. Memang hari-hari macam tuh, by the time diaorang ke site, pekerja dah ambik 10 o'clock punya break. Itu yang aku kata, kitaorang kat sini macam working holidays aje gayanya.

Aku ke site jugak seround, aktiviti kerja macam biasa. Aku risau gak nih sebab tak ada instruction daripada Client, Architect (yang jugak S O projek), pasal Stop Work Orders tu lah. Jangan nanti kalau MPK, JAS datang then diaorang tengok masih ada aktiviti kerja, aku pulak dipersalahkan. Aku dah sound Kontraktor, nak buat kerja, tanggung sendiri akibatnya. Kat Wassap senyap sunyi sekarang nih, biasanya letih aku nak melayannya tapi seseminggu nih sunyi sepi. Tak ada siapa yang berani bersuara. Kitaorang yang kat site asyikah tertanya-tanya.

Entahlah, in my experience, nothing ever turned out as planned. Ekekekekek

Aku masak sangat dah dengan diaorang nih, kalau ada Officers, sapa-sapalah yang lain, datang, aku yang kena entertain. Diaorang lari pergi minum. Atau lepak kat office. Then bila aku sampaikan apa yang Officers tuh beritahu, banyak pulak komen diaorang, "why did you say that?" "apa pasal you tak explain sama diaorang?". Things like that. 

Macamana pun, aku pandai lah jugak mengajarnya Kontraktor nih. Bab-bab tuh, aku boleh tahan jugak orangnya. 


Dah lawa dah kat kawasan slope ditutup dengan plastic sheet. Tapi itulah, prevention is better than cure, kan? Dah terlambat dah, buatlah lawa macamana pun, dah masuk papers, dah dapat Stop Work Orders dah pun. Dulu kalau dengar cakap aku, tak akan jadi macam sekarang nih. 

Hati aku puas sebenarnya. 

Lepas Sembahyang Jumaat biasanya aku makan kat kedai depan masjid tuh tapi tadi ada Bangla nak tumpang, so terus ajelah balik. Aku ajak dia makan, dia tak nak. Tak reti sangat cakap Melayu. So aku makan kat satu lagi kedai Mak Janda nih, dekat jugak kat site kitaorang. Terserempak pulak dengan this perempuan yang memang "anti" sangat dengan projek kitaorang nih. Aku dengar jer lah dia berceloteh, dulu-dulu aku layan sebab aku tahu yang dia nih class punya orang. Speaking memanjang.

Kat Cherating nih kan, ramai Melayu macam Mat Salleh. Yang terlebih Mat Salleh pun ramai. Kadang tuh nak tergelak menengok kelaku diaorang.

Sampai ke petang aku tunggu, tapi tak ada news pun dari orang KL. Semalam, bila aku suruh Projek Manager tuh tanya, diaorang kata, in the process of writing a report and instruction. Takkan sampai sehari lebih nak tulis report, kan? 

Aku tak tahu apa pasal tapi petang nih aku malas lari, or even jalan-jalan, or even jogging setempat. Aku just duduk kat dahan mati kat pantai, main cellphone. Mungkin sebab masa on my way ke pantai tadi tuh aku duk fikir, tak bosan ker aku nih, day in day out, pergi pantai. Tenang jer, selamba jer.

Spend the day appreciating every little thing that comes your way, and you’ll end the day feeling deeply grateful for your life. Seriously, aku bersyukur sebab kat tempat kerja aku tenang, petang-petang aku tenang kat pantai, malam-malam aku tenang kat surau.

Ok, masa menyusuri pantai ke tempat favorite spot aku tadi, aku nampak ada orang tengah mandi laut. Tak tahu lah jantan ker betina. Then masa aku melepak tuh, aku nampak manusia tuh keluar dari laut, dan berjalan ke arah, ke semakin dekat dengan tempat aku duduk. Perempuan rupanya, berbikini. 

"Tak boleh nampak orang senang sikit, nak mengacau jer. Janganlah melepak kat area aku nih, pantai kan ker luas?", kata aku dalam hati. Entah-entah Minah tuh nak bersembang dengan aku. Sure dia akan suka dengar cerita aku nanti, sure dia akan kata, "You are such an interesting guy". Macam yang orang lain cakap, bila dah kenal aku. Ekekekekek

From the corner of my eyes aku boleh nampak perempuan tuh sun bathing, ada dalam 30 meter dari tempat aku melepak. Mungkin jugak 50 meter. Jarak yang memisahkan tuh tak penting. 

Aku jadi tak sedap hati gitu, so aku turun ke laut, mandi. Sambil fikir, macamana aku nak balik nanti nih, tide is high so pantai jadi sempit, tak kan aku nak langkah dia? Lama pulak tuh dia baring-baring, terlama lah jugak aku terpaksa mandi. Sampai jadi telur asin, telor aku.

Dah dekat 6-45 pm, kang lambat pulak nak ke surau, aku buat keputusan untuk balik. Bila sampai aje kat perempuan tuh, baru aku toleh ke arah dia, nak menyapa dia lah kan? Dia dah lama menolehnya, sambil kata "Hi", sambil lambai tangan.

Melayu rupanya sebab aku ternampak ada novel cinta in Malay kat tangan dia. Melayu berbikini baca novel cinta dalam bahasa Melayu?

Yekkkk, that turns me off completely.



Friday

Thursday07012016

Macam tak bersemangat jer semuanya pagi nih, masing-masing datang office pun lewat. Aku ingatkan aku yang terlewat, aku sampai office pukul 9. Terlambat bangun. Lepas Subuh tadi aku mulanya tak nak tidur, so aku buat apa yang patut. Dah pukul 7 lebih aku tersambung tidur.

Dah dekat tengahari baru nampak Consultant staff sorang, yang lain tak ada. Aku, walaupun aku lead diaorang nih, ada 3 orang bawah aku, tapi kitaorang semua dari different company, so aku tak nak lah bossing around. Asalkan aku tak buat palat, dah. Orang lain nak memalat sepalat-palatnya, silakan, asalkan jangan palit taik palat kat aku, dah.

Kontraktor punya Project Manager ada datang dari KL, diaorang ada small internal meeting rasanya sebab one of the guys nak resign, so penyerahan kerja kenalah buat. Gitu. Yang Trengganu tuh nak resign. Memang agak dah, dia sorang, yang lain tuh Kelantaneses, selalu berlaga angin.

Biasanya kalau diaorang ajak lunch aku tak pergi. Tapi tadi bila aku kata yang kalau dia bawak staff lain,(yang Melayu) then baru lah aku ikut. Masa lepas Site Meeting aje aku akan turut sama lunch sama diaorang, itu pun kadang-kadang aku tak pergi jugak. Malas melayan gossip-gossip. Banyak sungguh gossip kat projek nih sebenarnya.

So kitaorang lunch kat Residence Inn harinih.  


Ya Rabbi, apa pasal aku minum guna tangan kiri?

Gitu lah, sembang-sembang, dah 3 lebih. Balik office, lepak-lepak kejap, dah masuk Asar. Lepas tuh terus aku cabut sebab kalau lepak sampai lima lebih, ada yang ajak mengeteh. Susah nak percaya tapi itulah hakikatnya, melepak aje kerjanya diaorang dan kitaorang. One of the Consultants tuh lagi parah, kat office nih tak ada pun meja untuk dia. Dia berpindah randah dari satu gerai ke kedai makan yang lain, biasanya akan ada sorang berdua staff Kontraktor yang layan dia sembang. 

Masa pergi makan, masa dinner, masa jalan balik rumah, aku banyak berfikir jer. Biasanya aku rileks aje, tapi kali nih aku melayan benda-benda yang hinggap di pemikiran aku. Semuanya berkisar pada kerja aku lah, projek nih. Aku ada terfikir, apa kata kalau aku cari kerja lain? Nothing about project yang aku jaga nih mengexcitedkan aku anymore. Soon projek hotel 8 tingkat untuk Fasa 2, akan mula, tapi kalau gini lah keadannya, bertahun lagi lah baru siap. Masalahnya, Boss aku nih tak reti jaga aku, Client pun ingat aku settled sangat dah kat sini. 



(Makan cheese omelette sama fries. Agak-agak berapa harga semua tuh, sekali dengan teh ais?)

Projek kitaorang nih sepatutnya dah siap bulan 4 tahun lepas, tapi sekarang baru less than 60% siap, piling for hotel blocks pun scheduled to start in a month or two. Tapi with the rate dan cara diaorang handle, mau 3, empat tahun baru siap. kot. Aku dah jadi menyampah dengan cara diaorang sebenarnya.

See lah, how. Aku banyak masa nak fikir. 

I know just how to whisper
And I know just how to cry
I know just where to find the answers
And I know just how to lie
I know just how to fake it
And I know just how to scheme
I know just when to face the truth
And then I know just when to dream
And I know just where to touch you
And I know just what to prove
I know when to pull you closer
And I know when to let you loose
And I know the night is fading
And I know the time's gonna fly
And I'm never gonna tell you everything I've gotta tell you
But I know I've gotta give it a try



Thursday

Wednesday06012016

Pelik jugak staff lain bila aku kata aku nak breakfast kat office jer, ramai yang kata aku cuma hangat-hangat tahi ayam . Aku beritahu yang dalam seminggu, 3 hari aku akan breakfast kat office, selebihnya minum kat luar. Sebab gerai kegemaran kitaorang cuma bukak 4 hari seminggu.

Panas gila harinih, melepak kat office jer lah sepanjang hari. Aku perasan yang kitaorang staff-staff Consultant nih, kitaorang tak banyak cakap, tak suka sembang, Kalau kat office nih, 2 orang akan mengadap laptop, sorang lagi tuh, berdengkur. Lain pulak dengan staff Kontraktor kat office sebelah, kesemuanya Kelantanese kecuali sorang Sabahan, sorang dari Trengganu. Bercakap jer kerjanya diaorang tuh, ada jer benda yang buat diaorang kusyuk bercerita. 3 orang lagi tuh Cina, itu dah geng lain dah.

Lagi satu sebab apa pasal aku tak ke site, aku tak nak terjumpa dengan a few Banglas nih. Malam semalam, sebelum Isyak, ada aku shared this memory page kat FB aku, cerita pasal Bangla. Balik dari surau tuh aku perasan ada 5 orang yang nak add aku kat FB diaorang. Aku tengok sorang-sorang punya profile, macam kenal jer. Rupanya buruh-buruh kat projek. Now, mana diaorang dapat FB address aku, that I don't know. Lepas tuh terus aku set kan privacy mode kat FB. So itu yang buat aku tak ke site tuh, tak nak terserempak dengan diaorang. 




Tapi yang sebenarnya kan, aku tak ada mood nak ke site pasal dapat tahu yang kat paper masih ada berita pasal projek kitaorang. Now, tajuk artikel tuh yang buat kitaorang rasa tak best nya. Ituhari aku ada beritahu yang 2 Stop Work Orders yang diisued, kan? Sebab pertama tuh kira boleh kawtim lah, Kontraktor dah pun buat remedial works, JAS sama MPK pun dah dapat gambar-gambar yang aku hantar. Tapi, issue kedua tuh, yang tuh tak dapat lah aku nolongnya pasal itu issue besar. Issue yang pihak-pihak atasan sana tuh kena selesaikan. Aku orang bawahan jer. 



Ok, aku pun tak boleh nak cakap banyak tapi projek kitaorang nih dapat kelulusan untuk kerja-kerja tanah, infrastructure works. Untuk kerja-kerja bangunan, kena dapat approval yang lain. Kitaorang tak tahu menahu pun status kelulusan projek, kitaorang kat site cuma mengikut arahan aje. 

Tak ramai yang tahu aku tertahu cerita sebenar sebab aku buat-buat tak tahu menahu. Diaorang tahu yang aku, samada tahu atau tak tahu, atau buat-buat tahu, atau buat-buat tak tahu for that matter, tahu siapa yang patut tahu, tahu siapa yang patut tak tahu, tahu siapa yang tak tahu menahu. 

Sepatutnya semalam diaorang atasan sana pergi mengadap MPK tapi ditunda pada harinih. Pergi untuk buat apa, itu aku tak pasti. Aku ingat lagi masa aku interview dulu, diaorang kata yang projek nih ada "special approval/permission", so we are not worried. Tapi bagi aku, apa-apa submission to the Authorities, kenalah buat.



Aku tak kata yang projek nih ada involve dengan orang istana, ok? 

Banyak juicy details yang tak boleh aku pancutkan kat sini.

Bila aku tanya Boss aku, jugak Consultants lain, masing-masing tak ada firm instruction gitu, apa kitaorang nak buat, ke mana halatujunya projek nih. Terus masuk laut ker? Diaorang pulak yang tanya aku, "so how's site?"

Aku senang jer, "Let's Marvin Gaye And Get It On"

Petang jer aku tengok orang kerja sekejap, pasang hoarding kat tanah yang baru company nih beli, untuk Fasa selanjutnya nanti. Itupun sebab kat laluan tempat kitaorang pergi lunch, tuh yang singgah kejap tuh. Earthwork untuk car park kat Arrival Center tengah buat jugak tuh, kang kalaunya nampak dek orang kampung, tokay-tokay chalets lain, tokay beach bars, bising pulak diaorang, kata tanah runtuh, then pergi report kat MPK. 


Aku tak berapa lari sangat kat pantai petang nih sebab high tide, aku jogging setempat jer. Tapi banyak lepaknya. Tah, rasa macam tak ada mood pulak harinih, macam ada something yang bugging me jer sepanjang hari nih. Malam pun tak keluar makan sebab balik dari pantai aku singgah kat my favorite warung, tapau mee kari. 








Wednesday

Tuesday05012016

Tak berjaya jugak aku untuk tak tidur lepas Subuh. Dari dulu lagi, memang aku selalu tidur lepas Subuh. Sebab aku tak nak rasa mengantuk masa kerja. Tak nak lah jadi macam sesetengah orang kat office aku tuh yang bila kita tengah bercakap dengan dia pun, dia boleh lelap. 

Aku tau yang memang tak digalakkan tidur lepas Subuh, kalau dengar kata Ustaz Facebook, Ustaz Youtube, Ustaz-ustaz Gila Glamer lain lagi lah, boleh jatuh hukum yang lebih berat kalau tidur lepas Subuh. Then again, the same Ustaz lah yang jatuhkan hukum haram bila memutuskan silaturrahim sesama sendiri hatta kat intrenet sekalipun, i.e meng-unfriend kawan. Damn, beratus orang yang dah aku unfriend kan selama ini. 

Itulah, kadang tuh pemikiran mudah jadi sempit. Menakut-nakut kan orang, nombor satu. Memanglah Tuhan buka pintu rezeki seawal pagi tapi, bukan semua orang yang kerja pagi,kan?. Tuhan kasi kita akal untuk susun waktu, kan? So, pandai-pandailah.

Aku banyak waktu, rumah sewa cuma sekangkang kera bunting jer jaraknya dengan site. Dan yang buat mahalnya, aku bebas nak masuk kerja pukul berapa yang aku suka. Having said that tak bermakna aku masuk kerja lambat. Selalunya aku orang pertama sampai kat office, pukul 8 setengah.

Oooo, lupa nak cakap, entry kali ini berkisar pasal waktu. 

Aku mengaku yang aku ada banyak waktu yang Tuhan kasi. Dulu masa aku bodoh-bodoh dulu, aku selalu rasa macam "puas hati" jer sebab "tak buat dosa". Aku jarang gebang-gebang kat kedai, aku melepak kat office aje. Tak buat apa. Sekadar buang masa, tunggu masa nak balik. Little did I know yang tak buat apa tuh boleh jatuh hukum jugak, tak menghargai waktu yang Tuhan kasi. Tak memenuhi dengan benda-benda berfaedah lain.

Quran, tasbih, ada kat meja aku.

Ok, habis bab waktu. Aku tulis tuh sekadar untuk peringatan buat diri aku, aku ada dalam sejam untuk "buat apa-apa yang patut" di antara waktu lepas bangun tidur lepas Subuh dan sebelum aku bersiap pergi kerja yang doesn't take more than 10 minutes pun.

Kalau Selasa memang susah nak makan sebab kebanyakan kedai tutup. Public holiday untuk Cherating kot. So aku breakfast kat office aje, dari dulu lagi aku angkut barang-barang (electric kettle, cawan, piring etc) dari rumah, bawak ke office. Sebab aku tak guna pun, aku minum kat luar jugak. 

Tengah aku menghirup instant Cappucino kat depan office, A datang, dia kata yang esok lah dia bayar hutang sebab duit tertinggal. Terkedu aku dibuatnya.

Bukan apa, bukan sebab aku tak expect dia akan bayar hutang aku tapi, memang dari dulu lagi kalau aku kasi hutang kat orang, aku tak expect orang tuh akan bayar. Aku lebih kepada, there goes my money gitu. 

Aku terkedu tuh bukan apa.....

O okay, kali ini berkisar pada perkataan terkedu. 

Aku terkedu tuh bukan apa, dalam hati aku kata, besarnya kuasa Tuhan. Aku terfikir yang walaupun semalam aku buat Dhuha pun macam tergesa-gesa (sebab nak cepat pergi kerja) tapi Tuhan bukak pintu rezeki aku, Tuhan tunjuk jalan penyelesaian pada permasalahan yang belum pun timbul.

Mamposlah nak kena explain dengan detail. Tak apa, aku kan ker banyak masa?

Ok, last week, Thursday rasanya, Boss aku beritahu yang payment dari Client belum dapat, maknanya gaji aku dia tak dapat bayar. Boss aku nih miskin dia harapkan payment dari Client untuk bayar gaji aku. I am his only employee. Dia nih macam one-man show gitu, dia kat KL. Dan aku kat site, wakil dia dan jugak
Client. Dah setahun aku kerja, inilah first time yang pertama jadi macam nih. Aku memang dah expect benda macam nih akan berlaku, itu yang dari dulu lagi aku dah buat preparation, untuk tak bergantung kepada duit gaji bulan sebelumnya. Dengan lain perkataan, aku akan boleh survive kalau gaji tak masuk untuk sesebulan dua. Atau sesebulan dua tiga bulan. Aku selamba jer. 

So itu yang buat aku terkedu tuh. Besar nya kuasa Tuhan, kan? 

Rentetan dari kisah semalam, aku jadi sibuk jugak pagi nih nak melayan pertanyaan-pertanyaan orang-orang yang berkaitan dengan projek nih. Itu yang aku spent my morning kat office jer tuh. Tambah-tambah pulak kat paper Cina pun ada keluar cerita pasal projek kitaorang. Ma cibai! Entah-entah kat paper Keling pun keluar jugak. Ada aku kisah? "Do not talk to the press", nasihat dari Client.

Petang jer aku ke site, ke Beach Club, tengok orang buat kerja, sebab banyak aktiviti kerja bertumpu kat situ.

Eh sorry, aku tersalah cakap. Kitaorang dapat Stop Work Order, kan? Mana boleh buat kerja. Hiks!

Tak lama tuh dapat call dari Jabatan Alam Sekitar (JAS), diaorang nak datang. Tapi yang peliknya Officer tuh (Officer baru, bukan yang selalu datang tuh) kata nak jumpa kat Residence Inn, aku kena sign field citation ituhari. 

Tunggu kat Residence Inn? Peliknya aku.Tapi tak apa lah, at least dia tak masuk site. Dia masuk site pastuh tengok ada orang kerja (walaupun diisue Stop Work Order) pun, ada aku kisah? Apa-apa hal, Kontraktor yang tanggung. 

On my way ke Residence Inn aku post kan kat WA Group kitaorang (semua Consultants, termasuk Boss aku) pasal kepelikan tuh. We communicate thru' WA all the time. So I took the opportunity to teach my Boss a lesson or two, aku beritahu diaorang pasal gaji belum masuk. Bukan niat aku untuk menjatuhkan kemaluan Boss aku tapi he has been a laughing stock for as long as I remember. 


Sementara menunggu kat lobby, aku sembang sekejap dengan tokay Residence Inn, adik Ahamd Zaki Resources Bhd. DIa kata yang project diaorang pun facing the same problem sebab bukit yang digondolkan tuh betul-betul kat depan projek diaorang. Diaorang buat hotel extension, 4 tingkat. 

Belum pun sempat nak minum, sementara tunggu makanan siap, MPK pulak talipun, nak datang site, nak ambik gambar-gambar remedial works, rectifications gitu. Puas jugak aku memujuk nya suruh datang Residence Inn aje, aku boleh wassap kan aje gambar-gambar. Aku siap kata, "You masuk site nanti tak ada sapa yang nak entertain you, diaorang tak kenal you siapa"

Tak ke pantai aku petang nih sebab tak sempat, 








Tuesday

Monday04012016

Click to enlarge



The rest of the day aku kat office aje, sebab staff lain pun tak ada, aku sorang jer. Kontraktor punya staff memang ada tapi diaorang kat office sebelah. Besok, a few Client punya top management, dengan Boss aku sekali, jugak one Datuk yang bertindak sebagai middle-man, akan ke MPK untuk kawtim masalah berbangkit. Aku terpaksa sediakan bahan-bahan untuk lapuran diaorang.

Kat Malaysia nih gitulah kan, apa-apa hal, semuanya boleh dikawtim. Oooppsss, I am not saying more.....

Right after Asar aku terus ke pantai. Duduk Cherating nih, petang-petang lah aku punya favorite time. Park kereta bawah pokok, salin pakaian, then menyusur pantai sampai ke hujung. Aku baru tahu yang kawasan aku selalu lepak tuh, tanah tuh miliknya Tan Sri Haniff Omar, one of the Pengarahs dulu tuh yang beritahu aku.



May the force be with me! Nun background kat hujung tuh projek kontrovesi kitaorang.

Terloncat-loncat ikut irama lagu, lari sesikit, tak sedar jer dah lewat petang.


Bukan lah azam tahun baru sangat pun tapi aku rasa aku tak nak makan nasi setiap malam lah, kebuncitan aku nih agak terserlah despite aku selalu jogging. So malam nih makan cereal jer, balik dari surau lambat sikit sebab sembang dengan orang kampung, dah lama tak jumpa. 






Monday

Sunday03012016

I was having late breakfast pagi nih bila sepupu aku, Abang Teh, hantar gambar keratan akhbar pasal projek Cherating. Abang Teh nih is one of the Consultants projek nih. Apparently NST ada publish artikel pasal pencemaran kat kawasan laut di depan project kitaorang tuh. 

And so aku beli NST sama Harian Metro, memang confirmed ada artikel pasal pencemaran tuh kat dalam kedua-dua papers. Bengang jer aku sebab kalau tengok dari gambar kat papers tuh, memang nampak macam tanah runtuh, sedangkan tanah tuh cuma embankment sementara. 

Dan a few fakta yang kat artikel tuh pun banyak yang salah. True yang apa diaorang tulis tuh memang keluar dari mulut aku tapi ayat-ayatnya memang tak tepat. Tak lama lepas tuh aku hantar artikel tuh kat group WhatsApp kitaorang, dan tak lama lepas tuh jugak dapat arahan untuk aku buat report, nak kasi Tan Sri sebab esok diaorang ada meeting kat KL. One of the Datuks yang involved dengan projek nih pun ada baca artikel tuh.




Aku pulak ada janji dengan Ida, Pui, (adik-adik aku) nak ke Hospital Bersalin KL, nak melawat Nur, bini Pui yang baru bersalin semalam. 

Ok, macam nih ceritanya.

Minggu lepas, hujan turun lebat awal pagi. Pagi Isnin. Masa tuh aku baru sampai Cherating, dari KL. I was in KL for a few days during Christmas holidays. Memang lebat turunnya, tak henti-henti sampai petang tuh. Aku dapat snapped a few photos macam kat bawah nih, memang air kotor mencurah-curah masuk laut.

Now, aku sebagai Resident Engineer for the project, one of my responsibilities, tak nak benda-benda macam nih terjadi. Sebenarnya dah berbuih mulut aku beritahu Kontraktor suruh be prepared untuk monsoon season, buatlah apa yang patut. Sebab, dari dulu lagi, bila hujan lebat, macam ni lah jadinya. Tapi, biasalah kan, kontraktor "syeena", diaorang buat tak tahu jer, buat ala kadar jer. 

Bulan lepas, pernah aku sendiri yang contact Jabatan Alam Sekitar, suruh diaorang datang. So Kontraktor dapat surat warning. Dan diaorang repair mana yang patut.

Tapi kali ini memang teruk kesannya. 




Masalah air kotor masuk laut tuh sebenarnya bukan dari projek kitaorang aje. Ada lagi satu projek tarah bukit (own by one of the richest men in Cherating) yang buat air mencurah-curah mengalir ke pantai. Macam dalam gambar-gambar kat bawah nih. 




I was supposed to be in KL Rabu tuh sebab kononnya nak buat New Year countdown kat Bukit Bintang, tapi aku rasa macam tak sedap hati jer nak cuti. Probably sebab kat site, semua staff Consultant lain, tak ada. Diaorang dah lama cuti nya. Cuti yang diambil sendiri, ikut sesuka hati, naluri dan jiwa murni. Aku boleh buat macam diaorang tapi aku nih responsible punya type. 

True, tengah malam tuh dapat messages dari Client, beritahu yang a few Pengarahs dari Majlis Perbandaran Kuantan, Pengarah Alam Sekitar Gebeng, Wakil Rakyat, together with reporters from NST, akan datang untuk melawat site.

So besoknya, Khamis, awal-awal pagi lagi dah ada reporters yang datang. Bengang jer aku sebab tengah-tengah mengentertain diaorang, dapat calls pulak mengatakan MPK dah sampai. Aku sorang jer wakil untuk projek nih, Kontraktor punya Manager (a shynaman obviously) tah ke mana larinya. Biasalah gitu, bila ada sapa-sapa datang, aku yang terpaksa entertain.

Tapi ok jugak, sebab aku bebas untuk mencucuk sana sini.

Oooppssss

Daripada Pengarahs tuh aku dapat tahu yang tujuan diaorang datang sebab nak tengok sendiri tanah runtuh yang viral kat sosial media.

Tanah runtuh? Where got tanah runtuh, meh?

Rupanya riuh kat FB, WhatsApp yang ada kejadian tanah runtuh kat projek kitaorang. Dan ada banyak complaints dari chalet owners yang lain. 

Ok, to cut it short, Pengarah Bahagian Kejuruteraan keluarkan notis Stop Work Order, maknanya semua aktiviti kerja kena diberhentikan serta merta sehingga kerja-kerja remedial works siap dijalankan. 

Selamba jer aku tanya, macamana nak kerja kalau tak dibenarkan buat kerja?

Aku tak kira sapa.

Jadi orang penting pulak aku lepas tuh bila news pasal Stop Work Orders (ada 2 sebenarnya, satu lagi tuh berkaitan Authorities punya approval) sampai ke telinga Tan Sri and Datuks kat KL. 

And so malam tuh aku ke KL, tak sempat count down pun. 

Alih-alih harinih keluar paper pasal projek kitaorang. 


Saturday

Saturday02012016

I wrote this untuk status FB aku this morning. Termenung aku sekejap lepas tuh sebab it is so true. Call it whatever you want, menggatal ker, meroyan ker, tapi that moment tuh jugak aku buat keputusan untuk tulis blog entry. Mungkin aku berjaya habiskan satu entry, mungkin jugak aku akan terus buat other entries, aku tak janji sebab aku tak nak buat promises yang aku tak boleh keep. 

Mungkin jugak sebab tahun baru, mungkin jugak male version of Bridget Jones Syndrome ada sikit-sikit kena kat aku tapi itulah hakikatnya, there is a lot going on in my head, dan aku patut tulis kat blog. Sebab kalau tidak tuh, akan gini aje lah hidup aku, hidup setakat tunggu mati aje. Aku nak proof kat diri aku yang despite hidup aku yang nampak penuh dengan keselambaan nih, aku sebenarnya macam orang lain jugak, berfikir pasal kehidupan seharian, dan InsyaAllah, untuk masa depan. Kalau nyawa panjang. Cumanya aku nih tak lah macam orang lain yang mudah kecoh. Ada masalah sikit, that's the end of his/her world. My keselambanerssan tuh yang buat aku differ from others. Hiks!

Ya ampun, berbelit-belit aku cakap. Apa sebenarnya yang aku nak sampaikan nih? Dang, I do not know where to start sebenarnya.

OK, aku kat KL sekarang nih, esok balik Cherating. Last week pun aku ada kat KL, masa Krismas. Terakhir aku turun KL, masa concert Bon Jovi 19 September lepas. Kira lama sangat lah jarak pemisah, biasanya sebulan sekali aku turun KL, kan?

Apa yang aku buat kat KL? Jumpa kawan? Tak. Jumpa adik beradik? Tak jugak, sebab minggu lepas kitaorang dah jumpa kat kampung. Aku merempit jer kerjanya, jalan-jalan kat Bukit Bintang, KL Sentral, shopping sesikit. Selebihnya aku melepak kat bilik. Dan setiap kali balik merempit aku akan ada perasaan macam nih, yang KL nih dah tak sesuai untuk aku. Macam dalam lirik lagu Fairy Tale Of New York (The Pogues and Kristy Mc Coll), lagu favorite aku masa-masa akhir tahun, yang lirik dia goes like this,

They've got cars
Big as bars
They've got rivers of gold
But the wind goes right through you
It's no place for the old

Yes, KL is no place for the old like me. People my age tak sesuai duduk KL. Or rather, people my age dah tak merayap tanpa tujuan kat malls dah, kan? Itu yang buat aku rasa guilty tuh, rasa macam out of place. True yang ramai orang tua-tua yang jalan-jalan kat mall, tapi most of them dengan family masing-masing. Kadang tuh rasa macam nak jer aku tanya, "Encik/Puan, tak rasa guilty ker merempit kat mall time-time macam nih. Saya, at least saya dah sembahyang".

Malam semalam aku dinner kat Damai Food Court, kat area Jalan Ipoh, kat Chow Kit. See, jauh aku merempit. Ada karaoke session kat situ, setiap malam ada, kalau tak silap aku. Dari kejauhan tuh aku tengok jer, most of the pesertas and penontons tuh, semua yang dah tua-tua. Dan yang buat aku geleng kepala tuh, yang perempuan tua bertudung, siap berjoget lambak depan stage. "Nasib baiklah aku tak seteruk diaorang", kata aku dalam hati.

Then again, kat Cherating pun lebih kurang sama jer, kan?

Hidup aku kat Cherating simple jer, tenang. Walaupun setiap hari aku datang site, hatta masa Public Holiday pun, aku buat tuh dengan kerelaan hati aku sendiri. Lagipun, macam yang aku kata ituhari, apa lagi yang nak buat, so might as well lepak kat site. Kebetulan pulak 3 orang staff yang di bawah aku tuh, diaorang tak ada kat site weekends, (weekdays pun ada yang jarang ada, let alone stay sampai lewat petang) so aku kena sentiasa stand by. Iyalah, ada apa-apa hal, orang akan cari dan tanya aku, bos-bos kat KL sana tuh, semuanya cari dan tanya aku.

Kat KL nih, ketenangan tu lah yang tak ada. Walaupun cuma beberapa hari, bila stress sangat sebab tak tenang, itu yang aku tershopping, terbeli benda-benda yang aku tak sepatutnya beli. Hilang lenyap kezuhudan aku. Walaupun at the back of my mind selalu kata, tak apalah, sekali sekala kenalah rewardkan diri sendiri, kan? Itu bullshit tuh, sekadar nak menutup rasa guilty.

I'm better off duduk Cherating. Itu sebenarnya. 



Ok lah untuk first entry tahun baru 2016 nih, tak boleh tulis panjang-panjang sangat. Seterusnya nanti aku akan cerita pasal kerja aku, dah setahun aku kerja kat Cherating rupanya, memang banyak jugak cerita menarik. Jugak aku akan cerita azam, harapan aku untuk tahun mendatang nih.





Sunday

Sunday26072015

Weekends kalau aku tak ke KL, memang aku akan datang ke site. Just untuk habiskan waktu. Bosan jugak nak melepak kat pantai aje kerja nya, weekends orang ramai jugak kadang tuh. Bunyi macam sedih jer kan, weekends datang office sebab tak ada benda lain nak buat. 

Tak jugak sebenarnya. Aku sebagai Consultant projek, aku boleh datang kerja bila-bila masa aku suka. Dan aku jugak boleh tak datang. Flexible gitu, ikut kehendak, kepentingan dan kemahuan aku. Macam bulan Puasa lepas, aku masuk kerja dalam pukul 10 pagi, lunch hour pun 2 jam, balik kerja just before 4 pm. 

Aku bukan lah nak collect points, Boss aku, jugak Client projek nih, diaorang semua don't give tiny rat ass aku nak masuk kerja pukul berapa, as long as aku buat kerja aku, buat apa yang patut. Biasanya aku tungu sampai Sunday baru aku buat Weekly Progress Report, so secara tak langsung Boss aku tahu yang aku memang ada kat site hari minggu. Respect habis dia kat aku.

So ini gambar-gambar projek sehingga hari nih.