I wrote this untuk status FB aku this morning. Termenung aku sekejap lepas tuh sebab it is so true. Call it whatever you want, menggatal ker, meroyan ker, tapi that moment tuh jugak aku buat keputusan untuk tulis blog entry. Mungkin aku berjaya habiskan satu entry, mungkin jugak aku akan terus buat other entries, aku tak janji sebab aku tak nak buat promises yang aku tak boleh keep.
Mungkin jugak sebab tahun baru, mungkin jugak male version of Bridget Jones Syndrome ada sikit-sikit kena kat aku tapi itulah hakikatnya, there is a lot going on in my head, dan aku patut tulis kat blog. Sebab kalau tidak tuh, akan gini aje lah hidup aku, hidup setakat tunggu mati aje. Aku nak proof kat diri aku yang despite hidup aku yang nampak penuh dengan keselambaan nih, aku sebenarnya macam orang lain jugak, berfikir pasal kehidupan seharian, dan InsyaAllah, untuk masa depan. Kalau nyawa panjang. Cumanya aku nih tak lah macam orang lain yang mudah kecoh. Ada masalah sikit, that's the end of his/her world. My keselambanerssan tuh yang buat aku differ from others. Hiks!
Ya ampun, berbelit-belit aku cakap. Apa sebenarnya yang aku nak sampaikan nih? Dang, I do not know where to start sebenarnya.
OK, aku kat KL sekarang nih, esok balik Cherating. Last week pun aku ada kat KL, masa Krismas. Terakhir aku turun KL, masa concert Bon Jovi 19 September lepas. Kira lama sangat lah jarak pemisah, biasanya sebulan sekali aku turun KL, kan?
Apa yang aku buat kat KL? Jumpa kawan? Tak. Jumpa adik beradik? Tak jugak, sebab minggu lepas kitaorang dah jumpa kat kampung. Aku merempit jer kerjanya, jalan-jalan kat Bukit Bintang, KL Sentral, shopping sesikit. Selebihnya aku melepak kat bilik. Dan setiap kali balik merempit aku akan ada perasaan macam nih, yang KL nih dah tak sesuai untuk aku. Macam dalam lirik lagu Fairy Tale Of New York (The Pogues and Kristy Mc Coll), lagu favorite aku masa-masa akhir tahun, yang lirik dia goes like this,
They've got cars
Big as bars
They've got rivers of gold
But the wind goes right through you
It's no place for the old
Yes, KL is no place for the old like me. People my age tak sesuai duduk KL. Or rather, people my age dah tak merayap tanpa tujuan kat malls dah, kan? Itu yang buat aku rasa guilty tuh, rasa macam out of place. True yang ramai orang tua-tua yang jalan-jalan kat mall, tapi most of them dengan family masing-masing. Kadang tuh rasa macam nak jer aku tanya, "Encik/Puan, tak rasa guilty ker merempit kat mall time-time macam nih. Saya, at least saya dah sembahyang".
Malam semalam aku dinner kat Damai Food Court, kat area Jalan Ipoh, kat Chow Kit. See, jauh aku merempit. Ada karaoke session kat situ, setiap malam ada, kalau tak silap aku. Dari kejauhan tuh aku tengok jer, most of the pesertas and penontons tuh, semua yang dah tua-tua. Dan yang buat aku geleng kepala tuh, yang perempuan tua bertudung, siap berjoget lambak depan stage. "Nasib baiklah aku tak seteruk diaorang", kata aku dalam hati.
Then again, kat Cherating pun lebih kurang sama jer, kan?
Hidup aku kat Cherating simple jer, tenang. Walaupun setiap hari aku datang site, hatta masa Public Holiday pun, aku buat tuh dengan kerelaan hati aku sendiri. Lagipun, macam yang aku kata ituhari, apa lagi yang nak buat, so might as well lepak kat site. Kebetulan pulak 3 orang staff yang di bawah aku tuh, diaorang tak ada kat site weekends, (weekdays pun ada yang jarang ada, let alone stay sampai lewat petang) so aku kena sentiasa stand by. Iyalah, ada apa-apa hal, orang akan cari dan tanya aku, bos-bos kat KL sana tuh, semuanya cari dan tanya aku.
Kat KL nih, ketenangan tu lah yang tak ada. Walaupun cuma beberapa hari, bila stress sangat sebab tak tenang, itu yang aku tershopping, terbeli benda-benda yang aku tak sepatutnya beli. Hilang lenyap kezuhudan aku. Walaupun at the back of my mind selalu kata, tak apalah, sekali sekala kenalah rewardkan diri sendiri, kan? Itu bullshit tuh, sekadar nak menutup rasa guilty.
I'm better off duduk Cherating. Itu sebenarnya.
Ok lah untuk first entry tahun baru 2016 nih, tak boleh tulis panjang-panjang sangat. Seterusnya nanti aku akan cerita pasal kerja aku, dah setahun aku kerja kat Cherating rupanya, memang banyak jugak cerita menarik. Jugak aku akan cerita azam, harapan aku untuk tahun mendatang nih.