Saturday

Friday08012016

Awal aku terbangun pagi nih, sejam sebelum alarm aku sepatutnya berbunyi. Lebih awal dari masa bulan Puasa. Tapi, time-time macam tuh seronok sebab kita "akan rasa" lebih dekat dengan Tuhan, kan? Tak bermakna masa-masa lain kita jauh dari Tuhan, tapi awal-awal pagi, suara kita macam bergema gitu, kita buat apa pun, baca Quran ker, berzikir ker, berdoa ker, suara kita melantun gitu. Itu yang buat kita jadi lebih sayu.

Dan kita akan rasa lagi kecik nya kita, bila mengenangkan yang kita bercakap depan-depan dengan Tuhan. Hanya Tuhan yang tahu dosa kita, kita pun tak tahu sebanyak mana (dosa) kita. 

Elok jer nak mandi untuk pergi kerja, air tak ada pulak. Air paip slow, gitu, so aku lepak kat katil. Terlena sampai pukul 8 setengah. Harinih Jumaat, gerai Makcik Faridah, bukak. Gerai tuh bukaknya 4 pagi seminggu, dan kitaorang memang ke gerai tuh untuk breakfast. Sekenyang mana pun, walaupun dah makan, kena pergi jugak, at least untuk minum. Atau makan kuih sekeping. 

Aku sampai di situ, some of Kontarktor punya staff dah ada tunggu. Diaorang dari awal pagi kat situ. Dekat pukul 10 jugaklah baru masuk site. Memang hari-hari macam tuh, by the time diaorang ke site, pekerja dah ambik 10 o'clock punya break. Itu yang aku kata, kitaorang kat sini macam working holidays aje gayanya.

Aku ke site jugak seround, aktiviti kerja macam biasa. Aku risau gak nih sebab tak ada instruction daripada Client, Architect (yang jugak S O projek), pasal Stop Work Orders tu lah. Jangan nanti kalau MPK, JAS datang then diaorang tengok masih ada aktiviti kerja, aku pulak dipersalahkan. Aku dah sound Kontraktor, nak buat kerja, tanggung sendiri akibatnya. Kat Wassap senyap sunyi sekarang nih, biasanya letih aku nak melayannya tapi seseminggu nih sunyi sepi. Tak ada siapa yang berani bersuara. Kitaorang yang kat site asyikah tertanya-tanya.

Entahlah, in my experience, nothing ever turned out as planned. Ekekekekek

Aku masak sangat dah dengan diaorang nih, kalau ada Officers, sapa-sapalah yang lain, datang, aku yang kena entertain. Diaorang lari pergi minum. Atau lepak kat office. Then bila aku sampaikan apa yang Officers tuh beritahu, banyak pulak komen diaorang, "why did you say that?" "apa pasal you tak explain sama diaorang?". Things like that. 

Macamana pun, aku pandai lah jugak mengajarnya Kontraktor nih. Bab-bab tuh, aku boleh tahan jugak orangnya. 


Dah lawa dah kat kawasan slope ditutup dengan plastic sheet. Tapi itulah, prevention is better than cure, kan? Dah terlambat dah, buatlah lawa macamana pun, dah masuk papers, dah dapat Stop Work Orders dah pun. Dulu kalau dengar cakap aku, tak akan jadi macam sekarang nih. 

Hati aku puas sebenarnya. 

Lepas Sembahyang Jumaat biasanya aku makan kat kedai depan masjid tuh tapi tadi ada Bangla nak tumpang, so terus ajelah balik. Aku ajak dia makan, dia tak nak. Tak reti sangat cakap Melayu. So aku makan kat satu lagi kedai Mak Janda nih, dekat jugak kat site kitaorang. Terserempak pulak dengan this perempuan yang memang "anti" sangat dengan projek kitaorang nih. Aku dengar jer lah dia berceloteh, dulu-dulu aku layan sebab aku tahu yang dia nih class punya orang. Speaking memanjang.

Kat Cherating nih kan, ramai Melayu macam Mat Salleh. Yang terlebih Mat Salleh pun ramai. Kadang tuh nak tergelak menengok kelaku diaorang.

Sampai ke petang aku tunggu, tapi tak ada news pun dari orang KL. Semalam, bila aku suruh Projek Manager tuh tanya, diaorang kata, in the process of writing a report and instruction. Takkan sampai sehari lebih nak tulis report, kan? 

Aku tak tahu apa pasal tapi petang nih aku malas lari, or even jalan-jalan, or even jogging setempat. Aku just duduk kat dahan mati kat pantai, main cellphone. Mungkin sebab masa on my way ke pantai tadi tuh aku duk fikir, tak bosan ker aku nih, day in day out, pergi pantai. Tenang jer, selamba jer.

Spend the day appreciating every little thing that comes your way, and you’ll end the day feeling deeply grateful for your life. Seriously, aku bersyukur sebab kat tempat kerja aku tenang, petang-petang aku tenang kat pantai, malam-malam aku tenang kat surau.

Ok, masa menyusuri pantai ke tempat favorite spot aku tadi, aku nampak ada orang tengah mandi laut. Tak tahu lah jantan ker betina. Then masa aku melepak tuh, aku nampak manusia tuh keluar dari laut, dan berjalan ke arah, ke semakin dekat dengan tempat aku duduk. Perempuan rupanya, berbikini. 

"Tak boleh nampak orang senang sikit, nak mengacau jer. Janganlah melepak kat area aku nih, pantai kan ker luas?", kata aku dalam hati. Entah-entah Minah tuh nak bersembang dengan aku. Sure dia akan suka dengar cerita aku nanti, sure dia akan kata, "You are such an interesting guy". Macam yang orang lain cakap, bila dah kenal aku. Ekekekekek

From the corner of my eyes aku boleh nampak perempuan tuh sun bathing, ada dalam 30 meter dari tempat aku melepak. Mungkin jugak 50 meter. Jarak yang memisahkan tuh tak penting. 

Aku jadi tak sedap hati gitu, so aku turun ke laut, mandi. Sambil fikir, macamana aku nak balik nanti nih, tide is high so pantai jadi sempit, tak kan aku nak langkah dia? Lama pulak tuh dia baring-baring, terlama lah jugak aku terpaksa mandi. Sampai jadi telur asin, telor aku.

Dah dekat 6-45 pm, kang lambat pulak nak ke surau, aku buat keputusan untuk balik. Bila sampai aje kat perempuan tuh, baru aku toleh ke arah dia, nak menyapa dia lah kan? Dia dah lama menolehnya, sambil kata "Hi", sambil lambai tangan.

Melayu rupanya sebab aku ternampak ada novel cinta in Malay kat tangan dia. Melayu berbikini baca novel cinta dalam bahasa Melayu?

Yekkkk, that turns me off completely.