Sunday

Saturday09012016

2 kali weekends yang lepas aku kat KL, rasa malas lah pulak nak pergi kerja hari nih. Rasa macam nak melepak aje tapi tak kan nak melepak kat rumah. Weekends, kalau aku tak ke mana-mana, aku melepak kat office. 

Sekali jer aku meround kat site, cadangnya nak ambik gambar untuk weekly report aku. Tapi macam tak bermaya jer semuanya, nun kat hujung sana nun aku nampak staff-staff Kontraktor tengah bersembang. Dan kat hujung-hujung sana pulak aku tengok, buruh-buruh Indon tengah menengok orang surfing. 

Weekend biasanya kerja aku buat report aje, dan aku akan email kat Boss aku, Consultants dan Client pada hari Ahad. That way diaorang tahu lah kan yang aku nih sentiasa ada kat site, diaorang tahu yang aku nih Resident Engineer cawangan 7-Eleven, yang sentiasa bukak 24 hours a day. 

Aku rasa aku involved sangat dengan projek nih, which is good sebab kalaulah aku berhenti dari sini, diaorang akan susah. Aku suka kalau orang lain jadi susah sebab dia yang mulanya buat aku susah. Aku akan berhenti pun sebab aku nak ajar diaorang sikit, appreciate lah sikit kesanggupan, susah payah aku. Ini, pasal gaji pun diaorang tak boleh nak selesai, kan. Projek ratusan juta. 

Aku tak kata aku nak berhenti kerja tapi what with dengan keadaan sekarang yang tak menentu, aku dah mula buat, or at least fikir, apa yang I have to do next. Aku ada sembang tadi dengan staff-staff Kontraktor, aku ceritakan apa yang diaorang tak tahu, dan apa yang diaorang patut tahu, dan apa yang diaorang patut expect. 

Ini contoh isu-isu yang aku ketengahkan, yang aku war-war kan kat WhatsApp group, kalau tak tuh diaorang tak tahu. Geram gak aku sebab masing-masing gkat KL nun, senyap membisu seribu bahasa. 



Spent the rest of the day kat office sebab aku sorang jer yang datang kerja, Consultant staff. Yang lain tuh ada yang balik KL. Aku suka sorang-sorang nih. Memang kera sumbang sungguhlah beruk sekor nih, kan? 




Aku tak ke pantai petang nih sebab nak tumpang one of Kontraktor punya staff, dia duduk Kuantan. Aku nak ke Kuantan. Nak pergi bank sebenarnya, patutnya tadi aku ke Kemaman aje tapi aku nih punyalah malas nak drive, so might as well ke Kuantan aje. At least ada lah jugak aktiviti aku untuk malam minggu, kan?

Walaupun aku tumpang, tapi aku hulur gak RM 20. Dan dia tak menolak pun, dia memang expect aku bayar pun. Aku faham yang dia nih always in a difficult situation sebab keraknya lebih besar dari periuk, so bila ada kesempatan, aku akan tolong mana yang patut. Dia nih ada jual makanan sunnah, tiap minggu ada jer benda yang aku beli dari dia. Aku sorang jer yang beli dari dia. 

Aku tak overnight kat Kuantan macam biasa, aku nak balik jugak ke Cherating. Terkejut jugak drebar teksi tuh bila aku ajak makan. So kitaorang ke Tanjung Lumpur, makan seafood. Baik aku nih kan, belanja drebar teksi. Dahlah dia charge mahal nak ke Cherating tuh. Tapi aku tak kisah. 

Gitulah aku, masa aku ada duit, aku buat cara ada duit. Masa aku tak ada duit, aku buat cara tak ada duit.