I was having late breakfast pagi nih bila sepupu aku, Abang Teh, hantar gambar keratan akhbar pasal projek Cherating. Abang Teh nih is one of the Consultants projek nih. Apparently NST ada publish artikel pasal pencemaran kat kawasan laut di depan project kitaorang tuh.
And so aku beli NST sama Harian Metro, memang confirmed ada artikel pasal pencemaran tuh kat dalam kedua-dua papers. Bengang jer aku sebab kalau tengok dari gambar kat papers tuh, memang nampak macam tanah runtuh, sedangkan tanah tuh cuma embankment sementara.
Dan a few fakta yang kat artikel tuh pun banyak yang salah. True yang apa diaorang tulis tuh memang keluar dari mulut aku tapi ayat-ayatnya memang tak tepat. Tak lama lepas tuh aku hantar artikel tuh kat group WhatsApp kitaorang, dan tak lama lepas tuh jugak dapat arahan untuk aku buat report, nak kasi Tan Sri sebab esok diaorang ada meeting kat KL. One of the Datuks yang involved dengan projek nih pun ada baca artikel tuh.
Aku pulak ada janji dengan Ida, Pui, (adik-adik aku) nak ke Hospital Bersalin KL, nak melawat Nur, bini Pui yang baru bersalin semalam.
Ok, macam nih ceritanya.
Minggu lepas, hujan turun lebat awal pagi. Pagi Isnin. Masa tuh aku baru sampai Cherating, dari KL. I was in KL for a few days during Christmas holidays. Memang lebat turunnya, tak henti-henti sampai petang tuh. Aku dapat snapped a few photos macam kat bawah nih, memang air kotor mencurah-curah masuk laut.
Now, aku sebagai Resident Engineer for the project, one of my responsibilities, tak nak benda-benda macam nih terjadi. Sebenarnya dah berbuih mulut aku beritahu Kontraktor suruh be prepared untuk monsoon season, buatlah apa yang patut. Sebab, dari dulu lagi, bila hujan lebat, macam ni lah jadinya. Tapi, biasalah kan, kontraktor "syeena", diaorang buat tak tahu jer, buat ala kadar jer.
Bulan lepas, pernah aku sendiri yang contact Jabatan Alam Sekitar, suruh diaorang datang. So Kontraktor dapat surat warning. Dan diaorang repair mana yang patut.
Tapi kali ini memang teruk kesannya.
Masalah air kotor masuk laut tuh sebenarnya bukan dari projek kitaorang aje. Ada lagi satu projek tarah bukit (own by one of the richest men in Cherating) yang buat air mencurah-curah mengalir ke pantai. Macam dalam gambar-gambar kat bawah nih.
I was supposed to be in KL Rabu tuh sebab kononnya nak buat New Year countdown kat Bukit Bintang, tapi aku rasa macam tak sedap hati jer nak cuti. Probably sebab kat site, semua staff Consultant lain, tak ada. Diaorang dah lama cuti nya. Cuti yang diambil sendiri, ikut sesuka hati, naluri dan jiwa murni. Aku boleh buat macam diaorang tapi aku nih responsible punya type.
True, tengah malam tuh dapat messages dari Client, beritahu yang a few Pengarahs dari Majlis Perbandaran Kuantan, Pengarah Alam Sekitar Gebeng, Wakil Rakyat, together with reporters from NST, akan datang untuk melawat site.
So besoknya, Khamis, awal-awal pagi lagi dah ada reporters yang datang. Bengang jer aku sebab tengah-tengah mengentertain diaorang, dapat calls pulak mengatakan MPK dah sampai. Aku sorang jer wakil untuk projek nih, Kontraktor punya Manager (a shynaman obviously) tah ke mana larinya. Biasalah gitu, bila ada sapa-sapa datang, aku yang terpaksa entertain.
Tapi ok jugak, sebab aku bebas untuk mencucuk sana sini.
Oooppssss
Daripada Pengarahs tuh aku dapat tahu yang tujuan diaorang datang sebab nak tengok sendiri tanah runtuh yang viral kat sosial media.
Tanah runtuh? Where got tanah runtuh, meh?
Rupanya riuh kat FB, WhatsApp yang ada kejadian tanah runtuh kat projek kitaorang. Dan ada banyak complaints dari chalet owners yang lain.
Ok, to cut it short, Pengarah Bahagian Kejuruteraan keluarkan notis Stop Work Order, maknanya semua aktiviti kerja kena diberhentikan serta merta sehingga kerja-kerja remedial works siap dijalankan.
Selamba jer aku tanya, macamana nak kerja kalau tak dibenarkan buat kerja?
Aku tak kira sapa.
Jadi orang penting pulak aku lepas tuh bila news pasal Stop Work Orders (ada 2 sebenarnya, satu lagi tuh berkaitan Authorities punya approval) sampai ke telinga Tan Sri and Datuks kat KL.
And so malam tuh aku ke KL, tak sempat count down pun.
Alih-alih harinih keluar paper pasal projek kitaorang.