Monday

Sunday10012016

Dekat pukul 10 aku bangun pagi nih, memang lepas Subuh, memang sedap tidur. Bangun tuh pun sebab lapar, jugak sebab rasa macam aku kena jugak pergi kerja, walaupun hari minggu.

And so aku terus brunch aje lah, sebab dah terlewat. Then round site sekejap, biasanya aku ambik gambar for my weekly report tapi malas pulak buat report minggu nih. Entah, aku rasa tak ada mood, rasa menyampah sangat dah dengan projek nih. Menyampah dengan orang-orang KL tu lah, diam seribu bahasa. At least beritahulah kitaorang. I hate to be left in suspenders macam nih, it sounds so bloody kinky, kan?

Pelik kadang tuh sebab Consultants projek nih, kecuali Boss aku (wife dia kerabat diraja Kelantan, tuh yang dapat projek nih), semuanya companies besar-besar. Gah-gah semuanya. Projek yang sepatutnya dah siap tapi sampai sekarang masih banyak oustanding items yang belum diselesaikan, banyak drawings yang belum keluar. Macamana Kontraktor nak buat kerja?

Aku spent the entire tengahari kat office, aku sorang jer. Mengintai-ngintai peluang lain yang ada. Aku kena standby untuk sebarang kemungkinan. 

Bosan, aku keluar to do my own things. Hantar pakaian kat laundry. Aku spend dalam RM 25 seminggu untuk laundry, itu pun cuma untuk pakaian, belum masuk selimut, cadar. Yang lawaknya, minyak kereta kalau full tank, boleh tahan sampai dekat 2 bulan. 2 bulan ko, ko mampoo? It shows yang aku tak ke mana-mana pun, paling jauh pun setiap Jumaat untuk ke masjid yang cuma 1 km away. 

Aku rasa, aku perasan yang  kadar kebuncitan aku dah berkurangan kot, tu pasal aku dah semakin malas nak jogging. Aku lari-lari setempat, then jalan-jalan a few pusingans. Sambil main cellphone. 



Tapi aku akan tetap ke pantai, walaupun tak sepenuhnya tapi bila tengok oombak, tengok awan, tengok pantai, aku mengagumi kuasa Tuhan. Aku suka bila semua tuh membuatkan aku mengingati Tuhan, sebab aku akan jadi lebih tenang. 



Jeles jer aku tengok diaorang nih berkuda. Tak ada peri kemanusiaan langsung, at least ajaklah aku sekali, biar kehidupan aku jadi lebih interesting.Aku bayar nya lah.