Wednesday

Tuesday05012016

Tak berjaya jugak aku untuk tak tidur lepas Subuh. Dari dulu lagi, memang aku selalu tidur lepas Subuh. Sebab aku tak nak rasa mengantuk masa kerja. Tak nak lah jadi macam sesetengah orang kat office aku tuh yang bila kita tengah bercakap dengan dia pun, dia boleh lelap. 

Aku tau yang memang tak digalakkan tidur lepas Subuh, kalau dengar kata Ustaz Facebook, Ustaz Youtube, Ustaz-ustaz Gila Glamer lain lagi lah, boleh jatuh hukum yang lebih berat kalau tidur lepas Subuh. Then again, the same Ustaz lah yang jatuhkan hukum haram bila memutuskan silaturrahim sesama sendiri hatta kat intrenet sekalipun, i.e meng-unfriend kawan. Damn, beratus orang yang dah aku unfriend kan selama ini. 

Itulah, kadang tuh pemikiran mudah jadi sempit. Menakut-nakut kan orang, nombor satu. Memanglah Tuhan buka pintu rezeki seawal pagi tapi, bukan semua orang yang kerja pagi,kan?. Tuhan kasi kita akal untuk susun waktu, kan? So, pandai-pandailah.

Aku banyak waktu, rumah sewa cuma sekangkang kera bunting jer jaraknya dengan site. Dan yang buat mahalnya, aku bebas nak masuk kerja pukul berapa yang aku suka. Having said that tak bermakna aku masuk kerja lambat. Selalunya aku orang pertama sampai kat office, pukul 8 setengah.

Oooo, lupa nak cakap, entry kali ini berkisar pasal waktu. 

Aku mengaku yang aku ada banyak waktu yang Tuhan kasi. Dulu masa aku bodoh-bodoh dulu, aku selalu rasa macam "puas hati" jer sebab "tak buat dosa". Aku jarang gebang-gebang kat kedai, aku melepak kat office aje. Tak buat apa. Sekadar buang masa, tunggu masa nak balik. Little did I know yang tak buat apa tuh boleh jatuh hukum jugak, tak menghargai waktu yang Tuhan kasi. Tak memenuhi dengan benda-benda berfaedah lain.

Quran, tasbih, ada kat meja aku.

Ok, habis bab waktu. Aku tulis tuh sekadar untuk peringatan buat diri aku, aku ada dalam sejam untuk "buat apa-apa yang patut" di antara waktu lepas bangun tidur lepas Subuh dan sebelum aku bersiap pergi kerja yang doesn't take more than 10 minutes pun.

Kalau Selasa memang susah nak makan sebab kebanyakan kedai tutup. Public holiday untuk Cherating kot. So aku breakfast kat office aje, dari dulu lagi aku angkut barang-barang (electric kettle, cawan, piring etc) dari rumah, bawak ke office. Sebab aku tak guna pun, aku minum kat luar jugak. 

Tengah aku menghirup instant Cappucino kat depan office, A datang, dia kata yang esok lah dia bayar hutang sebab duit tertinggal. Terkedu aku dibuatnya.

Bukan apa, bukan sebab aku tak expect dia akan bayar hutang aku tapi, memang dari dulu lagi kalau aku kasi hutang kat orang, aku tak expect orang tuh akan bayar. Aku lebih kepada, there goes my money gitu. 

Aku terkedu tuh bukan apa.....

O okay, kali ini berkisar pada perkataan terkedu. 

Aku terkedu tuh bukan apa, dalam hati aku kata, besarnya kuasa Tuhan. Aku terfikir yang walaupun semalam aku buat Dhuha pun macam tergesa-gesa (sebab nak cepat pergi kerja) tapi Tuhan bukak pintu rezeki aku, Tuhan tunjuk jalan penyelesaian pada permasalahan yang belum pun timbul.

Mamposlah nak kena explain dengan detail. Tak apa, aku kan ker banyak masa?

Ok, last week, Thursday rasanya, Boss aku beritahu yang payment dari Client belum dapat, maknanya gaji aku dia tak dapat bayar. Boss aku nih miskin dia harapkan payment dari Client untuk bayar gaji aku. I am his only employee. Dia nih macam one-man show gitu, dia kat KL. Dan aku kat site, wakil dia dan jugak
Client. Dah setahun aku kerja, inilah first time yang pertama jadi macam nih. Aku memang dah expect benda macam nih akan berlaku, itu yang dari dulu lagi aku dah buat preparation, untuk tak bergantung kepada duit gaji bulan sebelumnya. Dengan lain perkataan, aku akan boleh survive kalau gaji tak masuk untuk sesebulan dua. Atau sesebulan dua tiga bulan. Aku selamba jer. 

So itu yang buat aku terkedu tuh. Besar nya kuasa Tuhan, kan? 

Rentetan dari kisah semalam, aku jadi sibuk jugak pagi nih nak melayan pertanyaan-pertanyaan orang-orang yang berkaitan dengan projek nih. Itu yang aku spent my morning kat office jer tuh. Tambah-tambah pulak kat paper Cina pun ada keluar cerita pasal projek kitaorang. Ma cibai! Entah-entah kat paper Keling pun keluar jugak. Ada aku kisah? "Do not talk to the press", nasihat dari Client.

Petang jer aku ke site, ke Beach Club, tengok orang buat kerja, sebab banyak aktiviti kerja bertumpu kat situ.

Eh sorry, aku tersalah cakap. Kitaorang dapat Stop Work Order, kan? Mana boleh buat kerja. Hiks!

Tak lama tuh dapat call dari Jabatan Alam Sekitar (JAS), diaorang nak datang. Tapi yang peliknya Officer tuh (Officer baru, bukan yang selalu datang tuh) kata nak jumpa kat Residence Inn, aku kena sign field citation ituhari. 

Tunggu kat Residence Inn? Peliknya aku.Tapi tak apa lah, at least dia tak masuk site. Dia masuk site pastuh tengok ada orang kerja (walaupun diisue Stop Work Order) pun, ada aku kisah? Apa-apa hal, Kontraktor yang tanggung. 

On my way ke Residence Inn aku post kan kat WA Group kitaorang (semua Consultants, termasuk Boss aku) pasal kepelikan tuh. We communicate thru' WA all the time. So I took the opportunity to teach my Boss a lesson or two, aku beritahu diaorang pasal gaji belum masuk. Bukan niat aku untuk menjatuhkan kemaluan Boss aku tapi he has been a laughing stock for as long as I remember. 


Sementara menunggu kat lobby, aku sembang sekejap dengan tokay Residence Inn, adik Ahamd Zaki Resources Bhd. DIa kata yang project diaorang pun facing the same problem sebab bukit yang digondolkan tuh betul-betul kat depan projek diaorang. Diaorang buat hotel extension, 4 tingkat. 

Belum pun sempat nak minum, sementara tunggu makanan siap, MPK pulak talipun, nak datang site, nak ambik gambar-gambar remedial works, rectifications gitu. Puas jugak aku memujuk nya suruh datang Residence Inn aje, aku boleh wassap kan aje gambar-gambar. Aku siap kata, "You masuk site nanti tak ada sapa yang nak entertain you, diaorang tak kenal you siapa"

Tak ke pantai aku petang nih sebab tak sempat,