Thursday

Khamis - 10012013


Takut dah nak tidur lepas Subuh rasanya. Malam semalam, bahana tidur lewat dan dua kali terjaga, dan bangun awal at 5 am, aku sambunglah semula tidur lepas Subuh tadi. Then aku bermimpi. Mimpi yang menyusahkan, ada masalah. Real mimpinya sampaikan aku merungut, tiap kali lepas Sembahyang aku sure berdoa semoga dipermudahkan urusan-urusan dunia aku tapi apasal masalah yang aku hadapi sekarang nih hebat sungguh. Nasib baik aku terbingkas bangun lepas tuh, lega rasanya sebab cuma mimpi. Mimpi berbentuk nightmare gitu. Nightmarish dream. Tak payah aku ceritalah mimpi apa, mimpi-mimpi nih selalunya macam real sangat walaupun jalan ceritanya kadang tuh tak masuk akal.

"Pergilah beli makanan, beli lauk tereh (terus) sebab mak malas nak memasak, mak Puasa. Bosan dah asyik makan ayang(ayam) jer", kata mak. Aku makan roti selek kaya jer, then rebus telur 2 bijik. Tengahari karanglah makan kat luar, dah sebulan lebih, sejak duduk kampung nih tak pernah aku lunch kat luar. Masa turun KL dulu tuh, itu lain cerita. 

Malam semalam ada jugak hujan rintik-rintik sekejap, masih ada kesan lembap kat batas so aku tak adalah menyiram beria sangat, lagipun cuaca pun mendung jer, angin kuat, gaya macam nak hujan. Kalau ikutkan keadaan, tak payah menyiramlah tapi aku dah biasa sangat dengan kes mendung berarak, hujan tak jadi nih, so itu yang aku menyiram kat semua Zone tuh. 

"Hok nu hok nu. Awatnya dok kerabat tang tu?", nak tergelak aku dengar Pakcik tuh menyuruh beruk dia memetik kelapa. Dia ambik upah petik keapa kat kebun Ri, asyik terjerit-jerit suruh beruk dia ikut arahan. Kadang tuh terralit jugak aku menengoknya, susah sebenarnya kehidupan seekor beruk. PakCik tuh tanya aku kalau-kalau nak upah dia petik kelapa yang ada beberapa batang kat kebun kitaorang nih. Aku balik kejap, tanya mak. Mak setuju, nak tolak kat PakCik tu ajelah kelapa yang dipetik nanti tuh. Kalau 50 biji kelapa yang dapat dipetik, bahagi dua, setiap orang dapat 25 bijik, then kalau tak nak kelapa tuh, PakCik tuh akan ambik dengan harga 70 sen sebijik. Daripada biar gitu aje, baiklah tolak kat PakCik tuh walaupun kalau dijual kat peraih, boleh dapat dalam RM 1.30 sebijik. Sabtu nih PakCik tuh datang dengan beruk dia.

Best duduk kat kampung, semua benda boleh buat duit. Sapa nak beli daun pisang? Jantung pisang? Then aku sambung menggembur tanah/repair batas/kambus pangkal pokok kacang kat Zone 2 sama 3b. Puas hati aku sebab nampak macam dijaga rapi jer batas-batas tuh. Sampai dekat pukul 11 aku kerja, berjera-jera (bertali arus ekekeke) peluh keluar.

"Awak ni anak ke menantu Mak De (mak)? Lama dah saya nak tanya tapi tak pernah ada kelapangan", kata tokay kedai makan masa aku makan lepas jer Zohor kat Surau. Penuh bawah ketayap aku dengan barang yang dibawak, kunci, wallet, cellphone. Macam orang kampung habis jadinya aku, melepak kat kedai makan sambil berkain pelikat, berketayap.

Lama jugaklah bercerita dengan tokay kedai tuh, sesambil aku makan, dia yang banyak tanya, banyak nak tahu pasal aku yang dia kata belum pernah nampak pun sebelum ini. Beli ikan terubuk bakar (kalau tak silap aku lah) sama gulai daging untuk mak berbuka nanti.

Chu ada talipun beritahu yang Sabtu nih kat Dewan Kommuniti Taman Sri Gombak akan dibuat wedding reception di sebelah pengantin lelaki, so kalau adik beradik aku tak balik kampung, dia jemput datang. Tak tahulah siapa yang wakil keluarga kitaorang sebab Ida nak balik Sabtu nih. Lagipun apa pasal baru harinih diberitahu, kebanyakan orang KL diaorang dah ada program masing-masing.

Routine setersnya sama, menyiram. For the first time aku tengok tanah masih lembab, the whole day mendung harinih. Tapi aku tetap menyiram jugak, apa nak buat kan, aku seorang petani. Macam bosan jer hidup aku kan? Macam tak percaya jer dalam macam bosan-bosan tuh ada jer benda yang aku tulis kat blog. 

Ok, pasal Forex pulak. What a day today, I mean, really, what a day lah. Minggu lepas aku ada cakap yang aku a little bullish minggu nih kan, what with ECB Meeting hari nih. And so aku bersiap sedia dari awal, dari awal minggu, aku clearkan my sell positions dan aku mula atur buy positions. Satu demi satu. 

And you know what? Price turun, dan turun, dan turun and I was down to my last 200% margin level. Aku dah pasrah, rasa nak cancel balik withdrawal aku semalam tuh tapi dah terlambat. Macamana pun aku tetap yakin yang price (EURUSD, GBPUSD) akan naik at least market sentiment yang anticipate ECB Meeting masa London Session. Dang, I entered way too early, kata aku dalam hati. At one point I was holding floating loss of USD 45. Surprisingly aku tak berpeluh pun sebab aku di kebun, aku dah berpeluh menyangkul. I'm not going to repeat the same mistake lagi, kata aku dalam hati, aku tak nak buat style inilah lain kali.

Rezeki agaknya, towards US Session, dari negative dah jadi positif sikit-sikit. Aku closekan a few, masuk a few new positions jugak, biasalah ada yang untung ada yang rugi. And then EURUSD memancut ke atas pasal ECB punya decision untuk tak nak cut interest rate. Dalam sejam sebelum President ECB, Mr Draghi berucap, price went ballistic. 

Ini positions yang masih aku hold as of 10.15 pm. Semuanya dah diprotect for any surprises masa aku tidur nanti. Akan tidur ker aku? Hehehhe. 


Notice dak yang aku tak pernah set kan TP (Take Profits). Semua positions aku either kena hit Stop Loss (Negative atau Positive) atau Trailing Stops.

Wednesday

Rabu - 09012013


"S tak datang meracun gayanya, tadi terserempak dengan dia tengah naik motor, pakai lawa jer, hala ke Raub", aku kata kat mak, lepas balik beli nasi kerabu (untuk mak) sama laksam (untuk aku). 

"Orang baru lepas dapat duit, gitulah", kata mak. 

"Dua pedua (22) ringgit nak buat mende?", aku kata gitu. 

Then aku terfikir, betul ker 3 tandan pisang yang dijual? Kitaorang tak tahu pun dia jual pisang tuh semalam. Kalau jual lebih dari 3 tandan pun bukannya kitaorang tahu. Dan aku tak tanya pun mak, kat mana S dapat duit beli 2 guni baja pisang yang dia simpan kat bangsal tuh. Tak nak lah aku ambik hal sangat benda kecik-kecik gitu tuh.

Aku tengah menyiram kat Zone 1 bila mak yang tengah petik mangga, kata, "Mat nyer (apa pasal nya) banyak kacang tak nyer hidup?". Maksud mak, kacang yag kat batas tambahan Zone 1 tu lah.

"Eh hiduplah, satu dua jer yang tak hidupnya", aku periksa setiap batas.

"Baru ngat (sangat) lagi tanang (tanam) nya, ada ni ha, baru nak cambah", aku kata lagi, sambil kuis-kuis tanah kat tempat sepatutnya ada benih kacang. Saspen aku, cara mak tanya tadi tuh dramatik sangat.

"Tanah ni keras, tak bergembur", kata mak. Memanglah, kawasan batas tambahan tuh belum lagi aku kerjakan, sebab anak kacang belum tumbuh semuanya. Biasanya selepas 2 minggu barulah aku gemburkan tanah sekeliling pokok kacang, then kambuskan pangkalnya, repair batas, etc.

So lepas menyiram semua tuh teruslah aku ke Zone 2, mula-mula nak menggembur tanah kat batas tambahan kat situ. Eh, kat Zone 3b (yang seminggu lebih tua kacangnya dari kacang kat Zone 4 dan batas tambahan Zone 1 dan 2) aku belum gemburkan tanahya lagi, belum dibela batas-batasnya, mana patut aku melangkah bendul, kan? Panik aku sebab baru terperasan yang macam banyak kerja kena buat, terus aku ke Zone 1, kalau nak mula biarlah mula dari mula. Tak boleh buat dari pertengahan, nanti kena buat semula. Nanti akan bermula semula mula dari mula-mula ekekekek

Masa mencantikkan batas-batas kat Zone 1 tuh aku terfikir, yang berbezanya cara aku sama cara mak. Ataupun bezanya cara orang lelaki dengan orang perempuan buat kerja. Mak lebih "bimbang", lebih concern pasal rumput yang kat kakilima batas, sedangkan aku tak kisah langsung pasal rumput-rumput tuh. Aku cuma pastikan yang tak ada barang sekelumit pun rumput kat atas batas, itu lebih penting. 

Lagi satu contoh. Mak lebih concern pasal kebersihan setor, keteraturan barang dalam setor. Aku pulak, takat letak dan simpan aje barang dalam setor, lepas digunakan, tak adalah teratur sangat tapi aku letak kat mana yang patut diletak aje. Mak nak keadaannya cantik yang bagi aku, once in a while kemaskan setor that's good enough. After all setor tuh bukan nya doll house tempat Barbie nak duduk, kan? Hehehehe

Lagi satu contoh. Di sebelah pagi, lepas menyiram, aku biarkan aje paip sepanjang 90 meter tuh bergelimpangan, sebab aku nak guna lagi di sebelah petang. Boleh save masa sebab di sebelah petang memang tergesa-gesa, mana nak menarik paip, mana nak menyambung dan mengetatkan sambungan paip-paip tuh. Tapi mak lebih suka kalau paip tuh digulung dan disimpan dalam setor, bila nak diguna petang nanti, keluarkan semula. Time consuming lah macam tuh. 

Ker aku nih pemalas? Tak kot, pasal kalau aku malas, itu terbentang berpuluh-puluh baris batas yang menghijau tuh, itu buktinya aku bukan malas. Aku selalu fikir, apa pasal mak selalu risau tak bertempat, risau dan concern pasal benda yang macam tak lojik di akal aku. In real life mak memang macam nih ker? Eh, ini memang real life pun hehehe. Daripada merepih, membuang rumput kat tempat-tempat lain, baik tolong bersihkan batas (tapi in all honesty I'd rather her not tolong aku hehehe), sebab aku tak cukup tangan nak buat kerja yang at the same time nak melawakan lagi kawasan kebun. Kalau aku boleh menyiram dengan mengepitkan paip air kat celah kangkang aku sambil aku menyangkul mengelokkan batas, dah lama aku buat macam tuh.

Selalu aku terfikir, tua sangat dah ker aku nih sebab terpaksa fikir benda yang remeh-temeh macam tuh? Dang, berbeza nya duduk di New York dengan duduk kat Raub nih kan?

On Forex front pulak, tadi aku buat first withdrawal of USD 50. Memang gitu style aku, apa-apa hal keluarkan deposit dulu, plus a few dollars duit upah penat lelah aku memorex. So tinggal lagi dalam USD 84 kat account aku. Semua positions dah aku closedkan semalam so as of writing this aku flat, out of positions. Apa pasal cepat sangat buat withdrawal, apasala tak biarkan account tu berkembang? Ha, itu soalan yang ada berbaur ketamakan tuh. Aku tahu macamana orangnya aku nih, katalah account aku besar, rentak aku trade pun akan jadi lain dari cara dan style aku trade sekarang nih. 

Petang nih geng mak mengaji ada datang, aku melepak kat dapur aje lah. Memorex. Tak ada rezeki, a few times aku cuba masuk positions, aku lost. Aku went against market flow, dan Stop Loss aku kecik sangat pulak tuh. Tak apalah, what is that a few dollars kan?

Sempat pulak aku menyiram kesemua Zone petang nih, biasanya Zone 1 aku tak siram di sebelah petang sebab Zone tuh jauh di sebelah kiri rumah, nak menarik paip satu hal. Lagipun kacang-kacang kat situ dah besar dan gebu-gebu, kacang Rumah Contoh lah katakan. Lepas tuh sempat lagi aku menggembur batas kat Zone 3b, masalahnya kat situ (dan a few tempat lain), tanahnya keras, pokok kacang kemetot jer. Sebab akar tak boleh bergerak jauh kot. Itu yang aku terpaksa gemburkan tanah di sekeliling pokok kacang tuh, bagi ruang akar-akar kacang tuh bernafas dan menjalar. Dapatlah 3 batas yang aku repair, mamposlah ada berpuluh batas lagi yang kena dibuat gitu, kat Zone 3b sama Zone 4. 

Tadi Sham ada talipun, Sham yang bini dia sedara bau-bau bacang dengan keluarga aku, yang datang last weekend tu lah. Dia kata weekend nih dia nak balik rumah mak mertua dia kat daerah Raub nih jugak so dia nak jumpa aku, nak keluar mengeteh sama aku. Hajat utama dia, nak belajar Forex lah.

Now, masalahnya, belajar Forex nih such a long process, you have to be "in" it untuk faham. Basic principle how Forex works tuh oklah tapi biasanya orang yang langsung tak tahu apa nih dan bila dia kata dia nak bukak account, nampak sangatlah yang dia nih gelojoh. Orang yang pernah pergi Seminar Dr Azizan pulak tuh kan? Orang yang tak tahu apa-apa sampaikan sanggup nak pergi kelas/Seminar Forex yang feesnya RM 5000 pulak kan? I can't blame him dan aku faham yang sebagai seorang OKU, dia nak buat business online, ataupun benda-benda macam Forex nih.

Masalah kedua pulak, aku tak nak mak tahu yang Sham nak belajar Forex dengan aku, kalau boleh biar mak ingat yang kitaorang berkawan gitu-gitu jer. Aku kena beritahu Sham semua masalah tuh, dia nih tengah menggelegak nak belajar Forex, bersemangat sangat sampaikan benda-benda kecik gitu dia tak fikir. Du masa mak tanya, "Awak kerja mender?", dia boleh jawab, "Saya buat construction, selalu pergi site (Dia buat part time kerja Site Supervisor). macam lah mak aku faham, macamlah mak aku dulu sekolah Orang Putih. 

Tuesday

Selasa - 08012013


"Kalau S datang mintak duit, jangan bagi. Kata kat dia, tunggu Long balik sebab Long yang menguruskan hal duit kalau nak beli barang-barang. Cakap kat dia baja kacang, paip air, semuanya tu guna duit Long", aku kata gitu kat mak masa tengah buat breakfast. Roti selek kaya sama telur separuh masak.

"Guna nama Long tak apa, kalau tak S tu asyik nak mintak duit jer", aku kata lagi. 

Ani ada talipun, since mak kat bilik air, aku yang jawab. Antara lain Ani beritahu yang dia dah kasi RM 1000 kat Nuar, bahagian dia, untuk usaha-usaha beli kereta untuk kegunaan aku. 

"Kalau Kancil aku tak nak", aku kata gitu. Ekekeke Dalam tak nak orang nak belikan kereta tu pun nak demand.

"Ish Abang Tam nih, tak kan lah Kancil. MyVi rasanya Nuar cakap kemareng. Nuar kata tak ada masalah nak beli kereta, hujung bulan nih rasanya",kata Ani.

Aku tak lah rasa excited pulak bila tahu yang projek menyediakan kenderaan untuk aku sama mak tuh berjalan lancar macam yang adik beradik aku plan. Aku tak nak bersuara sangat, after all bukan aku yang nak kan kereta, aku lebih comfortable dengan cara aku. Tapi itulah, adik beradik aku tahu yang kalau ada kereta, akan lebih senang dan mudah hidup aku sama mak, senang nak ke masjid, belajar mengaji, pergi khenduri etc. 

Aku takut jugak nih sebenarnya sebab adik beradik ramai, mungkin secara tak sengaja, atau bukan dengan niat buruk, ada terkeluar ayat-ayat like "Ha, dah ada kereta, nak apa lagi?" That I have to let mak know yang jangan nak mengadu-ngadu sangat pasal benda-benda kecik lain nanti. 

"Lah, apa pasal cepat sangat? Kome memang nak bagi kereta kome tuh", itu satu lagi ayat yang aku takut. 

Apa-apa pun, aku terima ajelah apa yang adik beradik aku nak sediakan. Even kalau Ngah nak tinggalkan Ferrari atau BMW atau SLK diaorang kat aku pun aku akan terima. Iyalah kan, Ngah nanti nak kerja kat Chicago dah kan? 

Lagi satu yang aku takut, aku kena buat yang terbaik lah di mata adik beradik aku once dah disediakan kereta nanti. Tapi, nak terbaik macamana lagi sebab sekarang nih dah kira terbaik yang aku boleh buat. Dah tak ada benda-benda terbaik lain yang aku mampu buat. 

"Aok berenti kerja ker pencen tereh (terus pencen)?", Ri jiran kitaorang laung tanya aku masa aku tengah menyiram, kebetulan Zone 4 tuh sebelah ladang sawit dia. 

"Pencen tereh. Sebulan lebih dah duduk sini nih", aku kata gitu sambil gelak.

"Bagerh (bagus) lah, kesian ke mok aok sorang-sorang", kata Ri lagi. 

"Aok tok nikoh lagi dok? Ada janda-janda di kampung ni, cer tanye mok aok, dia kenei (kenal)". kata Ri lagi.

Fuck shit! Apa pasal janda? Apa pasal tak kata anak dara?

Lepas menyiram aku sambung kerja-kerja membersihkan batas, mencabut rumput rampai kat Zone 3a. Lama aku kat kebun harinih, sampai pukul 11 lebih, biasanya pukul 10 aku dah balik dah. Mak beritahu yang S jual 3 tandan pisang yang kat tanah (arwah) pak tanam dulu tuh, memang dah agak dah pun yang dia ambik separuh dan dikasi kat mak separuh. 

"Biarkan jer lah mak, kurang-kurangnya dapat jugak RM 22 , dia pun orang susah", aku kata gitu. RM 44 for 3 tandans of pisang, not bad kan? 

Sebelum keluar ke kebun, aku masuk lagi 2 positions, 0.02 pulak saiznya. Very tight Stop Loss pulak tuh, so tak heranlah bila aku check Terminal MT4, Stop Loss aku tuh kena hit, rugilah dalam USD 8. Tak apalah, bukan rezeki, dan aku ada a few pips lagi floating profits.

The whole afternoon aku cuba-cuba scalp, dapatlah USD 3, dan aku maintain semua positions aku.

Petang nih malas sangat nak menyiram guna paip, so aku menyiram kawasan sayur mak sama kacang kat Zone 4 ajelah. Ambik air kat anak sungai guna tong penyiram. Berpeluh jugak dibuatnya pasal banyak rounds kena buat. 

Lagipun pagi tadi Ri ada tanya aku, "Aok menyirang (menyiram) pakei air paip? Parak (parah) lah bill aok besok. Mat nyer (mengapanya) tak beli pang (pam), ambi air sungei jer".

"Ada dalang (dalam) 70, lapan puloh bill air aok nih", kata Ri. Laaa, aku ingatkan beratus-ratus.

Towards US Session, EURUSD,GBPUSD turun, a few of my Trailing Stops kena hit. Since aku tak tahu ke mana arahtujunya kedua-dua pairs tuh malam nih, aku lock kan jer dulu mana-mana positions aku. Aku nak berihat, nak tengok gitu-gitu jer, kalau ada peluang nanti aku akan masuk semula positions. Balance sekarang dah jadi USD 134.70

Monday

Isnin - 07012013


Lena tidur semalam sampaikan tak terbangun masa Forex market bukak, nasib baik tak ada apa-apa surprise pun. Aku breakfast kat kedai pagi nih pasal mak Puasa. Then teruslah ke kebun, aman kerja menyiram pagi nih pasal tak ada paip yang tercabut, tak ada ada air yang terbazir langsung. Aku menyiram lebih sikit pagi nih, betul-betul kasi extra air kat semua tanaman tuh. Kesian aku menengoknya sawi semalam tuh on my way pergi/balik Asar, semuanya terkapai-kapai meyembah bumi sebab kekeringan, kehausan. 

Bersemangat, aku mencabut rumput dan tumbuhan liar kat batas-batas Zone 3a, aku belek every single pokok kacang, aku bersihkan. Then aku kambus pangkal pokok tuh, guna tangan jer. Letih jugak membongkok-bongkok, mengesot-ngesot gitu tuh. Kalau buat sambil meniarap atas platform yang ada roda kan ker best? Ada pulak laptop kat sebelah, sampai malam boleh aku kerja. 

Dapatlah 4 batas aku kerjakan, lega rasanya, lawa, bersih dan botak jer batas-batas panjang tuh. Macam kote lepas kena cukur ekekeeke

Wahai kacang-kacang ku sekelian, dengar lah amanat aku ini. Bukanlah niat aku nak mengungkit-ngungkit tapi sekadar buat renungan untuk kamu semua. Supaya kamu semua sedar. Selama aku menanam kamu semua, bagaikan menatang minyak yang penuh aku jaga kamu. Kamu kering, aku kasi extra air. Kamu lapar, aku kasi baja. Aku cabut rumput-rumput yang cuba bertenggek di kediaman khas kamu itu. Aku tahu kamu perlukan privacy. Setiap kali aku melewati kamu, aku baca salawat, aku beri salam. Walaupun aku selalu tersalah, sebab terbiasa, aku sebut, Assalamualaikum Ya Ahli Kubur, tapi aku perbetulkan semula, aku kata Assalamualaikum Ya Ahli Kebun.

Maka oleh itu kacang-kacang ku sekelian, buahkan lah hasil yang lumayan buat aku, buktikan kepada aku moto Jasa Mu Dikenang itu.

Is that too much to ask, oh nuts my nuts? Hah?

Terkejut aku bila aku keluar bilik air kat belakang (aku tak mandi kat bilikair dalam rumah sebab badan/pakaian penuh tanah), aku tengok S ada bertenggek kat lantai.

"Mok aok maner? Nok kena beli baja pisang terh (tuh)", kata S.

"Mak ada kat dalam, tidur agaknya sebab mak Puasa", aku jawab gitu. Geram jer bila mengingatkan yang dia nih asyik nak mintak duit aje, patutnya gunalah duit sendiri sebab memang gitu sepatutnya.

"Petang karanglah datang balik. Aok kabor ke mok aok yerk?", kata S.

Aku tengah melepak online sesambil bukak Terminal Forex MT4, membela mana-mana positions yang aku dah masuk ituhari, jugak pagi tadi bila aku terperasan yang bertali arus visitors datang kat tiga-tiga blog aku. Semuanya dari satu source, dari forum Cari.com.my. Kalau Forum Cari yang lagi satu tuh aku tak heran sebab aku ada Trade Journal kat situ. 

Ini sure ada orang bercerita pasal blog aku nih, kata aku dalam hati. Artis pencen macam aku nih pun masih ada orang minat? Ekekekek. Itulah, aku nih artis sepanjang zaman kot? Mulanya aku sekodeng jer, memang, ada dimention pasal blog aku. Then bila ada satu post yang salah fakta tentang aku, aku pun terpaksa register kat forum tuh, dan memunculkan diri. Tak adalah salah apa sangat pun, cuma tersalah orang. Sedangkan bukan aku. 

Aku tak kisah orang nak bercerita pasal aku, pasal blog aku, aku pun pernah masuk paper kan? Ko ader? Ekekekeke Jokes aide, aku tak kisah kalau orang-orang bercerita pasal aku kat mana-mana, asalkan diaorang tak jentik telor aku, dah.

Eh, this is weird, harinih 2 kali aku dengar orang dengar lagu Raya. Tadi masa S nak pinjam paip air, aku terdengar lagu yang dia tengah dengar kat headset dia, lagu Raya M Nasir tuh. Then masa nak pergi sembahyang Asar, budak-budak kat Kedai Welding tuh dengar lagu Raya jugak, lagu Sharifah Aini tuh. Pelik, kan?

Ada orang mengaji kat Surau harinih, sepatutnya hari Rabu tapi ditukar ganti ke hari ini. Dengar cerita mak, orang lelaki boleh jugak join, Ustaz yang mengajar kat masjid hari Sabtu tuh yang conduct. InsyaAllah minggu depan aku nak join sekali, baca Quran sama makcik-makcik tuh. 

Petang, routine yang sama, menyiram. Semakin hari semakin menghijau kebun, buat aku semakin bersemangat. Ada kacang yang usianya seminggu, 2 minggu, 3 minggu, 4 minggu dan 5 minggu. Rasanya nak buat sign lah kat setiap Zone tuh, nak tulis tarikh tanam dan tarikh hasil sepatutnya dituai. Nak buat style Mat Salleh sikit.

Forex wise, tak ada apa sangat nak tulis sebab as of writing nih aku masih hold a few positions Jumaat lepas, ada a few new positions aku masuk tapi movementnya tak lah besar. US Session belum mula lagi nih, aku update kat Trade Journal ajelah nanti kot, ataupun aku masukkan dalam entri esok, InsyaAllah.


Sunday

Ahad - 06012013


Punya lah malas nak ke kebun pagi nih, Tuhan aje yang tahu. Pelik, kalau aku sorang-sorang, memang bersemangat aje aku pagi-pagi, tapi kalau ada adik beradik lain, aku jadi malas. Puncanya itulah, lepas Subuh aku akan baring-baring, kadang terlena, sementara tunggu breakfast siap. Bila ada yang balik, mestilah sarapan sama-sama, kan? Kalau aku dengan mak jer, aku lah yang tukang beli breakfast, ataupun buat sarapan sendiri. Tahu ajelah kalau dah tersadai kat katil pagi-pagi, memang bercinta nak bangun semula.

Menyiram aje lah kerja yang aku buat pagi nih, Long memesin rumput, sikit jer kawasan yang dimesin sebab mesin asyik mati aje. Aku dah nak masuk rumah pukul 10 tuh, mak pun turun ke kebun. Matahari dah naik. Hasil pemerhatian aku, kalau tak ada sesiapa yang balik, tak ada pun mak turun ke kebun masa matahari dah naik. 

Aku nak khaskan sebidang tanah yang dah aku cangkul elok dulu tuh untuk mak menanam sayur-sayuran. Let that be her playground. Aku dengan kacang aku, mak dengar sayur mak. Aku cuma tolong menyiram aje, kerja lain yang simple-simple tuh biar mak yang buat. 

Mak, Long sekeluarga layan tv, aku tidur. Seriously, I will never understand macamana orang boleh tertarik tengok drama-drama kat tv. Siap bincang-bincang jalan cerita lagi. Tengahari pulak, diaorang ralit tengok Maharaja Lawak (kalau tak silap aku). Itu satu lagi yag buat aku tak faham. Pernah aku cuba-cuba join tengok dulu tuh, aku sorang jer tak gelak, aku puas dok fikir, apa yang buat orang lain boleh terkekeh-kekeh suka sedangkan "lawak'nya lawak bodoh, tak real. Entahlah, nak kata aku nih serious sangat orangnya, tak jugak. Kelas sangat ker aku nih?

Lepas Zohor kitaorang ke Sungai Ruan, beli segelung paip air (30 m). Mudah lah sikit kerja aku nanti kot, selama ini guna paip yang bocor sana sini, pernah jugak aku termencarut sorang-sorang. Aku dah duduk kampung nih, bukannya New York lagi. Kalau kat sana dulu tuh salah sikit jer fuck sana fuck sini. 

Long tolong cabutkan duri kat telapak kaki aku, from now on aku tak nak berkaki ayam lagi lah masa kat kebun. Kaki aku bukannya macam kaki Keling kan, tahan lasak. Masa menyiram, tanah jadi licin dan melekit-lekit hinggap kat selipar, nak jalan pun susah, itu yang aku tanggalkan selipar dan berkaki ayam aje tuh. Ada boots kat setor tapi malulah aku nak berboots bagai, nampak sangat macam orang bandar sangat.

Tak ada mood sangat sebenarnya hari nih pasal boring, Forex Market tak bukak. Lagipun harinih panas gila, resah aku dibuatnya. Lepak kat dapur panas (walaupun ada kipas), lepak kat luar panas, lepak kat hall panas, sebab tak ada air-cond, ada kipas jer. 

Oklah, esok jer lah, seriously, tak ada mood nak tulis nih. Aku macam Bono/U2 jugak,I really hate Sunday!  Sunday Bloody Sunday

Saturday

Sabtu - 05012013


Semalam, pukul 12 lebih baru aku tidur, itu pun sebelum aku betu-betul bangun at 5 am tuh adalah 2 kali aku terjaga, termerangkak, ter-on kan laptop. A few of my positions kena hit dan aku cuba masuk new positions lain, Pending Order aku ditriggered, dan akhirnya jadi macam ini lah account aku as of minit terakhir market.



Dah jadi USD 101 kan balance account aku, tapi aku tak rasa excited sangat sebab I could have done better kalau aku tak layan sangat emosi aku. Memorex nih, menjaga emosi, as well as money management, itu yang pentingnya. Kalau account besar sekalipun, kalau dua-dua tuh tak jaga, lingkup jugak. Baiklah account kecik macam aku nih, the "amount" of emosi yang kena jaga tak lah sebesar mana. Walau macamana pun, aku bersyukur dan redha dengan apa yang aku dapat, dengan "keadaan' account aku sekarang, minggu depan itu lain cerita. Harap-harap dapat maintain emosi dan money management. 

Ok, I'm not going to bore you to death with my Forex stuff tapi memandangkan ramai jugak Forumers (geng Forex - aku tak nak mention nama Forum) yang follow blog dan Trade Journal aku, so aku buat analisa, update aku kat sini lah. 

Since aku seorang penanam kacang dan jugak buat Forex, you'll see a lot of those 2 words, kacang dan Forex. I want to see more of that 2 words too, sampai ke tahap aku akan kata, "Kacang jer sebenarnya Forex nih" Hehehehe

According to latest CoT, Commitment Of Traders Report, for the first time since bila tah, Commercials have started to go long. Maknanya, Fund Managers, geng-geng macam tuh diaorang dah mula menjangka kan yang EURUSD akan naik. Bukan minggu depan, bukan in the very near future, tapi soon. Based on report tu lah. For the last few months, almost the whole year, they were heavily short. 

So, apa kaitannya Commercials dengan Retail Traders macam aku nih? Dengar dulu, baca dulu para kat atas tuh, itupun korang tak reti lagi, nak tanya banyak-banyak pulak. Aku lama dah tahu nya ekekekek

Generally, Commercials nih selalunya betul (in the long run lah), sebab diaorang big Traders, so, kita sebagai bilis nih, apa kata kita follow jer Commercial punya sentiment. Diaorang cuba beralih arah (for reasons unknown to us), kita pun beralih arah lah jugak, after all Forex is a 2-way market kan? 

So, untuk Isnin nanti, aku akan tengok apa market punya sentiment, ada a few events yang akan mengeffect pergerakan Euro. Bump yang towrds the end of US Session semalam tuh samada peralihan trend atau just another dead-cat bounce. 

Walaupun aku trade currencies lain tapi EURUSD lah pair yang kebanyakan (keramaian?) Traders perhatikan. Lagipun EURUSD adalah the most traded pair kat seluruh alam, dan Euro nih sensitive sangat dengan news, prone sangat kat even the smallest of news. Kejap memancut ke atas, kejap berdentum turun. Macam anak dara gatal lah gitu, orang lalu depan dia pun dia dah perasan yang orang nak mengorat dia. Itu belum lagi orang batuk, berdehem-dehem kan? Belum lagi bersiul-siul, kan?
  
So, are you dead yet? Ekekekke

Semalam aku kata yang aku tak ada day off, tup-tup hari ini aku dapat off. Sebab tengah malam semalam hujan lebat. Alhamdulillah. Dan kebetulan pulak telapak aku terkena duri, hencot-hencot aku jalan, bila aku cuba cungkil duri tuh, tersiat pulak kulit kaki, sebesar duit 5 sen. Telapak kaki aku nih kulitnya lembut, bak seludang kelapa. Betul ker perumpaan tuh, aku pakai tibai jer ekekekek

Aku ke Pekan Sehari, dalam hujan rintik-rintik. Tak banyak yang dibelanjakan, dalam RM 50 jer beli sayur, ikan, ayam, stuff like that. Di bahagian ayam, ikan, aku boleh tahan lagi tapi di bahagian sayur-sayuran, aku jadi lemah. Sebab yang meniaga sayur-sayuran, diaorang semuanya duduk bersimpuh masing-masing tuh. Bila aku lalu, masing-masing mendongak jer, so manalah aku tak kesian. Tak kan nak beli satu barang jer kan, so beli 2 ikat kangkung. Kat makcik sebelah beli pulak 2 ikat pucuk paku. Kat sebelahnya pulak beli dua pot cili. Almost setiap orang yang berjual, aku singgah. Sesungguhnya aku nih orang yang adil dan saksama, aku beli RM 2 jer dari setiap orang. Bila tangan dah penuh menjinjing bag plastik, barulah terperasan, apa ker jadahnya beli sampai 2 ikat semua sayur sedangkan aku berdua aje sama mak?

Lepas ke Pekan Sehari, bila confirmed yang aku tak akan ke kebun (sebab tanah masih basah), aku pun tidur. Cover balik hutang tidur semalam. 

Dalam pukul 12, ada sedara kitaorang datang, sedara bau-bau bacang gitu. Nak ucap takziah pasal kematian (arwah) pak. Yang perempuannya 3 empat orang, lelaki seorang, lainnya budak-budak kecik. Aku tengok mak sibuk bersembang, so aku lah yang jerang air, tapi malulah pulak nak buat dan hidangkan air, aku pandang-pandang mak but she was so engrossed bercerita. So tak minumlah diaorang (rupanya memang diaorang kata jangan hidangkan apa-apa sebab diaorang baru lepas makan, tu pasal mak buat selamba aje).

So aku bersembang dengan yang lelaki tuh, jugak dengan wife dia. Cerita punya cerita, dia nih OKU, dulu kena accident, lumpuh, so sekarang dia buat kerja part time aje lah. 

"Abang buat kerja kat internet ker?", Sham tanya aku, aku tak tahu kat mana dia dapat idea macam tuh. Mungkin sebab dia nampak aku depan laptop sebelumnya kot. So aku katalah aku baru cuba nak buat Forex. Dia tak tahu kisah aku sebelum ini, apa yang dia tahu, aku duduk di kampung jaga mak, sebelumnya aku kerja di KL.

"Orang macam Abang lah yang saya cari selama ni", kata dia. "Saya tahu dah, orang otak macam Abang, duduk kampung, tentu buat kerja kat internet", kata Sham lagi. 

"Tak lah, saya tanam kacang jer, tengok tu hah, bukan main luas lagi kacang", aku kata gitu.

So diaorang kata lah yang diaorang nak pergi Forex Seminar, fees nya RM 5000. Terus aku kata, batalkan niat tuh, kalau sampai ribu-ribu, itu memang cekik darah. Diaorang nih memang selalu pergi Seminar, tapi semuanya yang macam tu lah, yang ada udang di sebalik batu. Even seminar yang Dr Azizan buat tuh pun diaorang pernah pergi, "nak tahu lebih lagi, kena pergi Seminar seterusnya, fees nya dua ribu lebih". What a blood sucker!

"Nak pergi Seminar ke apa ker, boleh pergi. Tapi kalau diaorang suruh atau ajak join, bukak account, jangan sekali-kali. Lagi banyak Encik masuk account, lagi diaorang suka sebab lagi besar percent yang diaorang dapat. Baik buat sendiri, beli sendiri emas, pergi pajak kat Ar-Rahnu", aku kata gitu. 

"Daripada bayar RM 5000 nak belajar Forex, baik duit tuh buat beli emas", aku kata lagi. 

Banyaklah benda yang kitaorang sembangkan, aku siap bukak internet lagi, tunjukkan yang how difficult Forex is, dan macamana senangnya orang-orang tak berdosa dimanipulate oleh so-called Penceramah kat seminar.

Petang cuma menyiram aje, walaupun tanah masih basah tapi apa salahnya beri extra air kat tanaman-tanaman tuh kan? Banyak dah kacang yang tumbuh kat Zone 4, dan kat batas tambahan di Zone 1 dan 2. Geram aku, the only pokok tembikai yang tumbuh, hancur jugak akhirnya dimakan ulat daunnya. Aku tanam tembikai tuh kat kawasan yang dikelilingi rumput, selama ini yang itu jer lah tumbuh besar sebab ulat tak nampak, pokok tembikai tuh macam tersorok sikit. Tapi tadi bila aku nak check pokok tuh, tengok-tengok dah hilang dah daunnya. 

Long sekeluarga ada balik, kitaorang ke masjid for Maghrib dan jugak mengaji Quran. Aku masih lagi menggelabah bila baca, lepas tiga empat ayat baru lah lancar jugak aku baca. Aku suka lah hari Sabtu sebab dapat ke kelas mengaji. Itupun kalau ada adik beradik aku balik, kalau tak tuh tak dapatlah pergi. 

Lepas Isyak pergi khenduri kawin, mulanya Long tak nak pergi sebab aku jalan hencot pencot tapi mengenangkan abang pengantin tu lah orang yang pertama sampai ke tempat kejadian masa (arwah) ayah aku accident, dia yang pangku (arwah) pak sambil dia menangis-nangis, sambil dia goncang-goncangkan badan (arwah) pak masa darak memancut-mancut keluar, so kitaorang pergi lah jugak. Bless you Mat Noor. 

Friday

Jumaat - 04012013


Sejak memorex nih, lambat dah aku tidur malam-malam, pukul 11 lebih. Biasanya lepas Isyak aku dah beradu. Itupun takut mak fikir, "nya buat benda depan komputer tuh sampai malam-malam?" Aku even tinggalkan adapter kat dapur, masa nak tidur tuh, tak nak lah nanti asyik nak merangkak nak menge-on kan laptop, kan? 

Tapi itulah aku, sampai ke dapur aku merangkak ambik adapter, bila aku tersedar lepas sejam setengah tidur. Syukur positions aku semakin cun, cantik dan gebu, beratus-ratus pips yang dah dalam genggaman aku. Aku closekan tak positions aku? No way, Jose! Market sentiment is still bearish so aku pun akan bearish jugaklah. Kalau boleh aku tak nak buat apa-apa sangat, aku cuma nak ejas Pending Orders aku aje, engsot kan sesikit mana yang patut. Kalau sebelum ini 'confirmed profits" 10 pips, aku engsotkan jadi 20 pips. Gitu.

Masa breakfast kat gerai tuh tadi, terserempak dengan S, duduk semeja dengan dia, sembang-sembang pasal kerja merumput/meracun semalam tu lah, aku kata yang tanah di sebelah kiri rumah, yang (arwah) pak tanam pisang tuh, jangan dikerjakan tapi dia kata "kesian ker aok, mana nak jaga kacang lagi, mana nak buat kerja lain lagi". Maksud dia, dia nak "usahakan" jugak di kawasan tuh, iyalah kan, pokok-pokok pisang tuh dah berbuah. 

Dia nak bayarkan harga makanan aku, berkeras aku tak nak, tokay kedai tuh pun satu, puas aku kenyit mata dan gelengkan kepala, dia buat bodoh jer. Aku nih bias lah, biasanya kalau aku nampak orang yang aku kenal, aku akan bayarkan makanan dia siap-siap, tapi when comes to S, aku tak ada pun buat macam tuh. Dan yang lagi teruknya, dia nak bayarkan untuk aku pun aku tak nak. Bab tak nak orang bayarkan nih bukan dengan S jer, dengan sapa-sapa pun, jarang aku terima. Unless terpaksa.

Aku siapkan kerja-kerja membaja kat Zone 3b yang masih tertinggal tuh, then mulalah menyiram. Dah nampak anak kacang mula tumbuh kat Zone 4 dan kat batas-batas tambahan kat Zone 1 dan 2. Aku bersemangat kalau tengok pokok kacang kat Zone 1, kacang Rumah Contoh tuh, gebu dan tinggi aje. Yang kat Zone 2 macam terbantut sikit pertumbuhannya, dahlah banyak jugak batas yang rongak, ada kacang yang mati. 

"Awak, pakailah baju Melayu (arwah) pak, banyak baju-baju dalam lemari terh (tuh). Dapat jugak (arwah) pak pahala", kata mak masa aku nak pergi Sembahyang Jumaat. Gelap gelita gaya macam nak hujan sangat, aku tak bawak payung. Berdoa aku, janganlah hujan, tapi katalah hujan, dengan aku yang tak berpayung tuh, macamanalah Ida sama Ani nanti bila dengar cerita mak, entah-entah meratap meraung masing-masing hehehe.

Ramai gila orang kat Masjid, kat sebelah kampung nih (menghala ke Jelu) ada Institut Belia apa tah. Kem Perpaduan Belia kalau tak salah aku, itu yang 2 bas penuh dengan budak-budak belasan tahun tuh. 

On Forex front pulak, tak ada surprise pun, market sentiment remains bearish so aku pun bearish jugaklah, masuk 2 more sell positions (EURUSD sama GBPUSD), so ada 8 positions semuanya. 6 positions tuh floating profits dia aje dah beratus pips. Jentik telor aku, tak kan aku closekan selagi tak diclose secara automatik, dilanggar Trailing Stops yang aku pasang at 35 pips each.

Malam ini, (masa US Session at 9-30 am) ada Non-Farm Payment (NFP) Report sama Unemployment Report, reports yang paling ditunggu-tunggu oleh Traders seantero dunia. Kadang tuh lintang pukang chart sebab satu report tuh negative news, satu lagi positive. Kalau both reports tuh selari dengan analyst' prediction, then tak ada apa sangat. Buatnya statistic tuh way above expectations, EURUSD akan turun. Kalau report tuh way below expectation, EURUSD akan mencanak, macam kencing bayi baru lahir.

Aku akan buat persediaan, beberapa minit sebelum 9-30 pm tuh, lock mana-mana yang patut, ejas mana-mana yang kena diejas. I'm sure a few of my positions akan kena hit malam nih, dapatlah sikit untung nanti tuh sebab semuanya positive. Itu kalau EURUSD naik. Kalau turun, mungkin tak kena hit positions aku, provided movement tak whipsaw. 

Kalau mengikut perkiraan aku, sepatutnya huge number of NFP nanti (analyst's prediction 150K) sebab bukan ker bulan lepas tuh holiday season? Lagi satu, kesan dari Hurricane Sandy, ramai orang yang diemploy lah kan? Itu aku punya prediction lah. Macam terrer jer aku nih kan? Ekekekek. Itu benda basic tuh, semua Traders patut tahu. Ada yang tak tahu? Then memanglah aku nih terrer!

Ramai yang berjemaah kat Surau tadi, penuh dengan budak-budak kelas megaji di sebelah Surau tuh. Dalam 30 orang semuanya. Bagus kampung nih. Tengok budak-budak tuh aku asyik teringat kat Tadika Balqis aje, apalah khabarnya murid-murid aku dulu yang sekarang nih dah naik kelas, dah nak masuk umur 6 tahun semuanya. 

Tensionnya aku sebab paip bocor sana sini, lambat jadinya aku menyiram. Terpaksa dipotong dan disambung-sambung, bila diikat, tercabut pulak tuh. Gelung besi yang macam cock ring tuh hehehe, untuk sambungkan paip cuma ada 2, mana cukup sebab paip tuh 3 lingkar. Tak sempat pun nak menyiram Zone 1, sebab dah Maghrib.

As expected, lima dari positions aku kena hit, I was expecting price akan turun tapi NFP punya report tuh macam lebihkurang dengan analyst's expectation, unemployment pulak negatif, so price naik (EURUSD, GBPUSD) dan turun bagi USDCHF. So kena hit lah jawabnya positions aku, maknanya balance aku dah bertambahlah kan sebab I was holding floating floats.

As of writing nih, balance dah jadi USD 76-70. Not bad kan, 2 hari lepas aku mula trading dengan USD 30, sekarang dah more than double. Dan aku pun masih ada floating profits untuk 3 positions aku yang lain yang tak terjejas dengan movement yang tak lah gila-gila sangat. 

Tak ada gamaknya adik beradik aku yang balik this weekend, rasa macam nak memorex sampai pagi, sampai market close for the week. Dulu kat KL, kalau Friday night aku akan stay up sampai ke minit terakhir sebab weekend market tutup. Tapi duduk kampung nih mana boleh buat gitu pasal esok kena turun ke kebun. Dan buatnya adik beradik aku balik dan diaorang tengok aku tidur siang, tentu diaorang ingat yang itu aje lah kerja aku, tidur, tidur dan more tidur. Itu lah susahnya jadi petani nih, kena kerja setiap hari, tak ada off.

Thursday

Khamis - 03012013


Inilah yang payahnya jadi Pemorex Tegar nih, tengah-tengah malam buta asyik nak merangkak bukak laptop aje kerjanya. Semalam adalah 3 kali aku terjaga macam tuh. Risau sebab ada a few open positions. Kali pertama terjaga tuh, tengok-tengok semua positions aku dah positive, so sambung tidur balik only to wake up about an hour later. 

Tengok-tengok positions makin cun, kalau aku closekan semuanya dapatlah dalam USD 17 untung. Tapi aku biarkan aje, aku pasang Pending Orders dan Stop Loss mana-mana yang patut, then masuk lagi satu position. Pukul 3 lebih tuh aku tersadar lagi, kali ini tersenyum lebar bila tengok yang jerat percintaan aku semuanya mengena, yang kalau aku closekan, boleh dapat dalam USD 30. Not bad, 100% profits dalam masa sehari kan? Tapi aku tak closekan, aku ubah, aku ejas mana-mana patut, aku pasang jerat kat atas dan bawah, manalah tahu kalau markets buat hal gila-gila macam semalam for example, gapped berpuluh-puluh pips.

So ini screen shot positions aku untuk pagi ini. 


Mak puasa harinih dan dia kata nak ke klinik di Bandar Raub so lepas Subuh tuh terus aku ke kedai untuk breakfast. Gelap lagi masa aku mula menyiram, start kat Zone 1, semuanya aku siram, even batas sawi jugak anak cili. Esok lusa aku dah boleh membaja kat Zone 3a sama membela batas kat Zone 3b. Banyak kerja tuh pasal berpuluh batas panjang kat kedua zone tuh.

"Ada nampaknya S, mak nak upah dia meracun keliling rumah lah, panjang ngat dah rumput tuh, Long 'ntah tak nya balik minggu ni", kata mak.

Aku saspen jugak tinggalkan rumah sebab S ada kat kebun pisang, bukan aku tak percaya dia tapi aku was-was. Tapi, entah-entah the moment kitaorang naik bas, terus dia blah aje, harus lah tuh.

Sementara mak di klinik, aku pergi beli top-up U-Mobile, jugak ke Bank Islam, keluarkan duit yang nak dimasukkan ke CIMB tapi jauh pulak nak jalan ke bank tuh, lain kali ajelah, ataupun suruh Ida bank-in kan nanti kalau dia ada balik. Duit tuh nak bayar bill P1-max aku, jugak untuk bayar Takaful.Sempat beli benih kobis, sawi sama kangkung, mak punya idea nak cuba tanam kobis.

Aku rasa ngantuk sangat, mata berat aje tapi bila aku cuba nak lelapkan mata kat kusyen di dapur tuh, tak nak nya lelap pulak. Sebelum dan selepas Zohor aku cuba. And so aku onlinelah. One of my positions tuh kena hit, dapatlah USD 2.40. Then aku masuk another 2 positions, jadi 6 positions semuanya. Macam tak ada movement langsung lepas tuh, punyalah bosan menengok charts. Aku rasa kalau aku menganyam tikar, boleh siap sebidang gamaknya. Boleh imagine aku duduk bersimpuh sambil berkemban, sambil menganyam tikar mengkuang. Laptop ada kat sebelah.

Aku tetap tak closekan positions aku masa London Session. Apa pasal tak closekan aje sementelah untung yang dah 100% tuh?", maka bertanyalah Si Polan. "Tamak ker?", tambah pulak Si Polanah. Bukan tamak tapi strategy ("yeah, right!", aku terdengar SiPolan dan SiPolanah berbisik). Semua positions tuh profitable (on paper), apa salahnya aku biarkan profits tuh runs? Ok, katalah market reverse, aku tak kisah sebab semua positions aku dah diprotect. Aku kalau main (trade) memang pakai protection, celup pakai sarung gitu ekekeke

Profits tuh memang akan jadi kecik kalau price reverse, aku tahu, dan aku akan bersyukur dengan apa yang dapat. Itu kalau dia reverse, buatnya dia tak reverse dan terus merempit? Lost opportunity lah namanya kalau aku closekan positions awal-awal, kan? Lagi satu, aku nih penakut orangnya, berself esteem rendah (laaa, apa kaitannya nih?), aku akan rasa comfortable bila account aku ada balance yang positive, bila ada floating profits. Aku akan lebih confident untuk masuk another position(s) bila ada floating profits so that katalah new position tuh against, "tak nampak sangat" yang dia against sebab floating profits masih ada. Lagi satu, (I know this for a fact) aku punya style, nak sentiasa ada positions dalam market. Kalau aku closekan positions aku, tak dan a few minutes nanti aku akan masuk position baru. Buatnya semua positions tuh against, tak gelabah? 

Analogynya macam nih, katalah aku nih penjual kacang tanah. So satu hari aku berjual kacang rebus kat Pekan Sehari Sungai Ruan. Aku berjual kat ceruk jer, sebab aku nih seorang yang pemalu. Tapi ramai orang beli sebab aku jual murah jer kacang tuh. And so tinggallah a few bungkus lagi kacang yang belum terjual.

Adalah sorang budak nih, agaknya dia kesian tengok aku sorang-sorang di kelilingi peniaga Cina semua tuh, dia pun kata, "PakCik, PakCik, biar saya beli semua kacang PakCik jual nih", kata budak tuh sambil membilang bungkusan kacang tuh, ada 6 lagi yang masih tinggal.

"Alah, macamana nih, kalau PakCik jualkan semuanya nih kat adik, apa yang PakCik nak niagakan nanti?", aku jawab gitu.

There!

Harinih pun tak ada orang kat surau waktu Zohor sama Asar, surau tuh berkunci pulak tuh, so aku sembahyang kat luar aje lah. Terfikir jugak aku, dah memang tak ada orang yang berjemaah weekdays waktu Zohor sama Asar, tak payah aku datanglah kot? Surau berkunci pulak tuh kan? Tapi, tak apa, at least sentiasa ada orang yang sembahyang kat surau tuh setiap 5 waktu, aku tak dapat datang Subuh, Maghrib dan Isyak (masa ada orang berjemaah, agaknyalah) pasal tak kan aku nak tinggalkan mak sorang-sorang waktu malam dan gelap, kan?

Aku menyiram kat Zone 4 aje, guna tong penyiram, cedok air anak sungai. Lepas tuh mulalah membaja kat Zone 3b, lambat jugak kerjanya sebab kena ditabur baja hati-hati, tak nak terkena pokok kacang tuh, nanti mati pulak anak kacang tuh. Tak sempat siap sebab aku balik awal, nak check Forex positions aku. Masih bertahan, adalah 2 positions yang kena hit, dapatlah sesedollar dua untung. Yang lain tuh masih belum aku closekan lagi, nak palar (biarkan) aje lah dulu, kalau reverse aku memang dah sedia Pending Orders, yang akan bertindak sebagai "penutup kandang" profits aku. Dah macam tuh nanti, aku akan bukak one of the positions (pintu kandang) dan aku akan trade style bukak tutup bukak tutup pintu kandang aje lah.

I'm a real farmer alright kan? In real life aku bertanam kacang, masa memorex pun aku berkandang.


Ini screen shot position yang masih open as at 10-45 pm




1. Balance dah jadi USD 37-20.

2. Pending Orders tuh untuk bertindak sebagai pintu kandang, aku dah buang Trailing Stops. 3 positions yang teratas tuh tak akan ditutup. Ini semua kalau prices reverse lah kan?

3. Kalau price tak reverse dan masih to my advantage, Pending Order tuh akan aku ejas-ejas sesedap rasa. Tak ada pun based kan on Fibonachi, stochastic, RSI and all that shit.

Wednesday

Rabu - 02012013


"Kita ada masalah nih, masalah rumput", kata mak masa aku tengah bancuh nescafe untuk breakfast. 

"Panjang ngat dah rumput depan rumah tu, semak sangat. Nak suruh ke S, dia nya buat kerja tak berambi (hati-hati), mati pulak kang kacang. Kacang nih tak boleh kena bau racun, dia mudah layu", kata mak lagi.

Aku senyap kan aje sebab aku ingatkan apalah masalah nya. The way mak cakap tuh macamlah masalah tuh besar sangat, then again mak dah tak ada apa nak difkir so benda kecik macam tuh is such a big problem to her lah kan? 

"Nak kena mesin tu, tak boleh diracun, Long 'tah bila baliknya", kata mak lagi.

"Tak apa lah, lepas saya siap bela batas kacang, saya mesin lah", aku kata gitu sambil makan roti butterscotch. Roti biasa tuh tak boleh masuk tekak aku nih tau dak? Semalam tuh masa beli roti, aku ambik jer lepas check expiry date nya, masa bayar tuh aku kata dalam hati, "Ya Rabbi, mahalnya. Sure makcik tuh salah kira" Rupanya memang roti mahal.

"Awak reti m'mesin? Panjang ngat dah rumput tuh. Awak tak siap lagi ker membela batas?", mak tanya.

"Nak kena buat hari ini ker? Penting sangat ker nak kena mesin rumput tu?", cakap aku macam serious sikit, pasal aku fikir macamana nak selesaikan membela batas, nak meyiram, dan nak kena mesin rumput pulak. 

"Tak lah", kata mak.

"Kalau tak kena buat hari ini, tak lah penting mana sangat pun. Esok-esoklah saya buat", aku jawab gitu.

Tak adalah panjang mana pun rumput di depan rumah tuh, kalau dibiarkan for another few weeks pun masih tak akan setinggi pokok kacang aku tuh. 

Tapi itulah, kalau lah aku nih anak Mat Salleh tentu akan jawab, "For God sake, this is not a Botanical Garden, Mom! Jeez! Oh Lord, have mercy on me. Please! Tapi aku orang Islam, Melayu, dan anak yang mendengar kata. Aku hanya sekadar mampu coretkan semuanya kat blog ini, yang katalah aku panjang umur, InsyaAllah, aku akan baca balik entries lama, suatu masa nanti. Too bad aku tak ada entries semasa (arwah) ayah aku masih hidup.

Aku ambik lilin, lighter dan dua tiga plastik barang, aku nak merawat paip yang bocor di sana sini tuh. Aku tus kan plastik yang dah dibakar tuh ke tempat yang bocor, buat dua tiga lapisan. Aku perasan yang mak ada mengintai aku dari tingkap. Iyalah, aku buat kerja tuh bawah pokok mangga, keadaan pun masih gelap. Tentu orang heran, apa yang aku buat nyalakan lilin pangkal pokok tuh kan? Nak sembah "datuk" ker? ekekekek

Macam semalam jugak, pagi nih aku siram kesemua batas-batas kacang, aku bersyukur betul sebab air paip tuh boleh reach batas yang hujung sekali, even yang kat Zone 4, kat "pulau" tuh (dikelilingnya kolam dan anak sungai) Ada 2 titi kat kebun nih. 

Sejam setengah aku menyiram tuh, aku tak perasan pun mak buat apa kat kawasan secret project semalam tuh, tak ada pun mak memindahkan sawi-sawi. Kalau aku tak ada kerja lain, nak aku pindahkan sawi-sawi yang masih di tapak semaian tuh tapi, macam yang aku cakap semalam, aku kena concentrate pasal kacang. Siap akhirnya kerja mencantikkan batas kat Zone 3a, then berpindah ke Zone 2. Masa menyiram semalam aku terperasan yang kacang kat Zone 1 pokoknya tinggi-tinggi, tapi yang kat Zone 2, macam kemetot jer. So aku ke Zone 1, menambunkan tanah ke paras leher pokok kacang. Lama aku kerja pagi nih, tak rasa letih sebab cuaca redup jer.

Sementara tunggu lunch/Zohor, aku melepak kat meja di belakang rumah sesambil baca paper, sesambil makan rambutan, sesambil merenung deretan batas kacang, sesambil fikir bila lah kacang nih nak besar, sure lawa nanti nih bila pokok kacang dah berdaun lebat.

Semalam Forex Market tutup sebab cuti, harinih bukak balik, pukul 3 waktu Malaysia. Sempena tahun baru nih aku nak memorex dengan kaedah yang lebih sistematik lah. 

Bosan jugak kat blog asyik cerita pasal kacang jer kan, readers will go nuts nanti. nanti kat blog nih boleh aku update pasal Forex Trading, biar nampak kelas sikit, sejak duduk kampung nih keclassyan aku dah terpalit dek lumpur ekekekke. 

Aku ada buat Trade Journal kat satu Forum nih, so dengan adanya Trade Journal nih, aku kena lebih berhati-hatilah sikit, yang at the same time akan mendisiplinkan aku dalam bertrading. Kalau boleh aku nak buat macam dulu, aku kan ker pernah jadikan USD 5 ke USD 2320 dalam masa lebihkurang 7 bulan kan? Kalau aku dapat buat sekali lagi macam tuh that's well and good. Atau kalau tak sehebat account dulu tuh, kalau boleh biarlah account nih bertahan lama sikit. Aku masukkan USD 30 jer sebab kalau masukkan jumlah yang besar sikit dari tuh aku takut ketamakan aku akan teserlah. Aku lebih "terrer" kalau trade account kecik. Macam hidup aku selama ini lah, aku boleh survive benda yang susah-susah, aku tak boleh handle benda yang senang-senang (itu pasal aku tak kaya-kaya jugak)

So tengahari nih aku cari news yang berkaitan dengan Forex. I don't quite understand pasal Fiscal Cliff yang jadi bahan utama news sejak beberapa hari lepas. Cliff yang aku tahu cuma Cliff Of Dover, Cliff Richard dan Cliffhanger, permainan dalam rancangan The Price Is Right tuh. Itu aje. 

Apparently US Govt luluskan Bill tuh semalam. Aku tak tahu macamana market akan react to that news tapi gayanya akan naik pasal US Tax Cut tak jadi, so USD akan melemah dan Euro akan menguat. Begitu jugak dengan pairs lain, GBPUSD contohnya. EURUSD, GBPUSD, AUDUSD dan sekutu-sekutunya, termasuk gold dan silver gapped up at the opening. Way way up. Dan USDCHF gapped down, way down below. Aku pun masuklah positions, both EURUSD sama GBPUSD. I went short. Tak sampai dua minit aku closedkan both positions, dapatlah 5 and 6 pips each. Then aku masuk lagi positions, tutup laptop dan Asar.

Macam Zohor tadi jugak, aku sorang jer kat surau. Meriah jugak kat kawasan Balairaya/Library/Tempat Mengaji tuh, ramai budak-budak. Muda lagi ustazah yang mengajar mengaji tuh, kitaorang sama-sama menjeling heheheh

Gayanya macam nak hujan sangat so aku tak menyiram betul-betul guna paip, aku cuma menyiram kat zone 4, itupun guna tong penyiram sebab cedok air anak sungai tuh aje. Lepas tuh aku membela batas-batas Zone 3a, Zone 2 dan Zone 1, tak adalah berat sangat kerjanya tapi aku berpeluh sebasah-basahnya, rasanya kali ini paling banyak aku keluar peluh masa bekerja. Eh, banyak keluar peluh boleh mengurangkan buncit dak? Ekekkeke, iyalah, makan sedap memanjang kan, gulai tempoyak, gulai lemak.

Tak hujan rupanya, tadi tuh gelap segelap-gelapnya. So lepas Isyak, sesambil update blog, sesambil tengok Forex Terminal sekali sekala. Tak boleh monitor beria sangat, tangan mudah gatal nak masuk position. Duit USD 30 tadi tuh baru jadi USD 32-90 nih as of 9-15 pm.

Duduk Di Pintu Merenung Bulan
Awan Melindung Hujan Tak Jadi 
Kalau Begini Nasib Mu Tuan
Bertuahlah Perut Ibu Mengandung

Tuesday

Selasa - 01012013

Tak ada apa untuk dibreakfastkan, dan mak pun sambung tidur lepas Subuh, so aku ke kedai untuk mengeteh dan beli sarapan untuk mak. Kedai tempat aku biasa mengeteh tu tutup so aku ke gerai yang di sebelah tempat peraih durian/pisang tuh berkumpul. Semakin kurang dah durian yang dihantar sekarang nih, rasanya lebih ramai peraih/pekerja daripada durian. Datang selori durian, berkejar masing-masing. Ralit jugak aku menengoknya. 

Harinih tahun baru, aku tak ada apa-apa azam ker? Masa mengelamun sesambil breakfast tuh aku ada terfikir yang how simple nya hidup aku sekarang, sampaikan tak ada pun nak buat azam. Azam is for those yang duduk kat bandar jer kot? Duduk kampung nih, apalah nak diazam-azamkan sangat, kan? Macamana pun ada aku terfikir yang I really look forward to 2013, kalau boleh cepatlah sikit waktu berlalu, kalau boleh biarlah tak ada apa-apa drama dalam kehidupan aku. Akhir October dan December, hari-hari yang aku betul-betul look forward to sebenarnya. Dah boleh buat passport semula nanti, panjanglah akal aku. See, walaupun aku duduk kat kampung, tak bekerja, tak ada duit, cuma kerja bertanam kacang tanah tapi I do keep my dreams alive. 

Since semalam hujan dan tanah masih basah, so aku tak payah nak menyiram. Aku terus aje ke Zone 4, buat batas tambahan kat situ. Ada dalam sekilo lagi benih kacang tanah yang harus ditanam. Kat Zone 2 pulak dapat another few batas, so jumlah batas kat Zone 2 dah meningkat dari 7 asal nya ke 13, dan sekarang nih dah ada 18 batas semuanya.

Lepas menanam, aku membaja, macam semalam punya style lah, tak payah nak tunggu esok baru nak membaja, mana yang boleh aku buat, aku akan terus aje buat. 

Mak pun ada turun, mak memindahkan sawi-sawi ke kawasan tanah lapang yang mula-mula aku cangkul dulu tuh, yang cadangnya nak tanam maman. Dah siap kerja aku, aku ke Zone 3a, membela batas, menyangkul di kiri kanan setiap batas, menambun pangkal pokok kacang tuh. Jugak membuang rumput rampai yang hidup. Tak lah nampak macam terbiar sangat batas kat Zone 3a tuh, agaknya selama ini terasa hati anak-anak kacang kat Zone 3a tuh sebab aku tak jaga diaorang macam aku menjaga kacang kat Zone 1 dan 2. 

Aku tak tolong pun mak memindahkan sawi-sawi tuh sebab nampak macam senang jer kerjanya, mak boleh buat perlahan-lahan, sorang-sorang. Lagipun, aku ada kerja lain, aku kena concentrate kat kerja utama, kacang tanah aku tuh. Lagipun aku tak nak nanti kena sound pulak, "jangan rapat sangat', "tanam tuh kemas-kemas, kalau tak tak idup sawi ni", ayat-ayat lazim macam tuh. Itupun ada mak suruh siram sawi dua batas yang dah mak pindahkan tuh, masa aku ter-lalu kat kawasan kerja mak, on my may ke Zone 3a.

"Awak siram nih, layu ngat gayanya sawi-sawi nih". Nak menyiram tuh pun aku angkat tong tuh tinggi-tinggi, sebab kalau rendah sangat, nanti kuat sangat air yang keluar, patah riuk pulak sawi tuh. Or so she thought lah kan? Tak nya patah lah. Cuma aku kena bersedia dengan statement-statemant yang kadang tuh susah jugak akal aku nak terima. 

Alah, dah luas kawasan kacang yang aku tanam, dah sebulan dah aku berkacang, tapi setiap kali aku nak pergi menanam, mak akan kata, "Awak tanam sekaki-sekaki", sambil mengagak-agak jarak sekaki. Aku tahu, mak dengar cakap tokay kacang tuh dulu, dia kata, "Lu tanam satu kaki satu kaki", tapi apa yang mak tak tahu nya, satu kaki tokay Cina tuh bukannya sekaki yang 12 inci tuh. "Lu tanam satu kaki satu kaki. Ini macam", kata tokay Cina tuh sambil dia tunjuk tapak kaki dia. Dia rapat-rapatkan tapak kaki dia. Rupanya "satu kaki tokay kacang (yang kecik dan pendek jer orangnya)" tuh lebih kurang 6 inci. Mak tak tahu tuh. Long jer yang tahu sebab aku ada cerita kat Long, sampai terkekeh-kekeh dia gelak. 

"Letak 2 biji jer selubang", ha itu lagi satu ayat yang aku anggap bagai angin lalu jer sekarang nih. Mula-mula dulu sentapz jugak aku, iyalah, dah luas aku tanam kacang, tak kan nak diulang-ulang benda yang sama kan? Terfikir jugak aku, kalaulah aku nih anak Mat Salleh, dah tentu aku jawab, "For God sake,  cut the craps Mom! Jeez! Tapi aku nih Islam, Melayu, anak yang baik pulak tuh. Mode Ku Pendam Dalam Diam harus sentiasa aku on kan heheheh

Kat Zone 3a aku membela batas, cangkul kiri kanan batas, tinggikan tanah sampai ke paras pinggang pokok kacang tuh. Aku kena gemburkan tanah sebab nak kasi ruang kacang tuh nak berisi, kalau tak buat gitu susahlah nanti. Walaupun tak siap dan aku akan sambung semula petang nanti (atau esok pagi) tapi kemas jadinya batas yang dah terbela tuh, macam batas kat Zone 1 dan 2 aje. Yang buat payah dan lambatnya tadi tuh sebab kawasan tuh tak rata, ada banyak kacang yang aku tanam di lereng-lereng bukit. Aku tak boleh cangkul beria sangat yang kat atas bukit tuh, nanti tak berisi pulak kacang tuh. Yang kat bawah bukit pulak, aku tak boleh cangkul beria sangat jugak, nanti runtuh pulak kacang yang kat atas bukit tuh. 

Itu yang aku dok tersengih bila memikirkan yang orang lain sibuk memikirkan pasal banglo-banglo mewah diaorang yang banyak runtuh tu tapi here I am, risau pasal pokok kacang dua tiga batas yang takut runtuh jugak. 

Eh, by the way, macamana Datuk Jamaluddian Jarjis boleh ada banyak banglo atas bukit tu hah? (according to berita kat paper, dia ada beberapa banglo mewah kat kawasan runtuh tuh, dan jugak di tempat lain) Dia kan ker bekas duta ke Amerika aje? Ooooo dia Ahli Parlimen Rompin rupanya, orang politik. Ooooo, patut lah.

Lama aku kat kebun harinih, aku nak pastikan yang from now onwards yang aku tak akan berhenti kerja selagi mak tak masuk ke rumah. Aku akan terus buat apa-apa yang patut, macam tak patut jer kalau aku biarkan mak sorang-sorang kat kebun, kan?

"Kadang ada, kadang tak ada', kata mak bila aku tanya, ada ker orang sembahyang berjemaah kat surau. Memang, kadang tuh ada aku terdengar azan, sekali sekala, dari surau tuh. Bukanlah azam tahun baru tapi aku rasa nak pergi sembahyang jemaah lah untuk Zohor dan Asar at least. Atau mungkin Subuh jugak. Maghrib sama Isyak tak boleh pergi, tak kan nak tinggalkan mak sorang-sorang malam-malam, kan? Cuma satu jer yang aku tak nak nya, nanti mak akan cerita dengan adik beradik, yang aku terpaksa jalan kaki nak ke surau. Kalau ada kereta, boleh aku pergi berjemaah kat masjid (yang lebih jauh dari rumah)

Kitaorang bertiga aje berjemaah, Ibrahim Tabigh sama sorang lagi "orang Tabligh" jugak gayanya. Respek aku kat Ibrahim nih pasal dia lah yang "menghidupkan" surau, walaupun rumah dia dekat dengan masjid tapi dia tetap berjemaah kat surau (yang lebih jauh dari rumah dia).

Biasanya antara Zohor ke Asar lah masa paling bosan, itu yang aku kadang lelapkan mata kat kusyen kat dapur. Mak ada geng mengaji dia, aku sorang jer lah yang tak ada kawan, macam kera sumbang gitu. Dan biasanya jugak, waktu ginilah internet connection aku buat hal, tak ada coverage. Penyabar aku nih orangnya, banyak benda lain dalam hidup aku nih yang buat aku kena sabar tapi bab sabar mencuba, menunggu, mencari internet connection lah yang paling buat aku respek gila kat diri aku nih. Berpuluh kali aku click kat "connect", berpuluh kali aku tukar setting, aku akan tetap cuba. Kadang tuh dapat jugak connect sekejap only to disconnect a few minutes later. And so aku akan cuba lagi. 

Eh, dapat pahala ker kalau kita sabar untuk dapatkan connection? Kalau buat benda lain, kalau ditimpa masalah, dan kita bersabar, itu dapat pahala kan? 

Asar adalah berempat orang, itupun ketiga-tiga yang lain tuh orang luar yang singgah. Lepas tuh teruslah aku ke kebun, menyiram. Mak membakar sampah, pelepah kelapa etc. Aku tak pernah buat kerja-kerja gitu sejak duduk kampung, aku asyiklah dengan nuts aku, and I'm not talking about the 2 nuts yang safely tucked in my spender tuh ekekekek  

Berjaya aku menyiram every batas, batas yang kacangnya dah berusia sebulan, batas yang kacang baru tumbuh, dan batas yang kacangnya aku baru tanam pagi tadi. Terlari sana terlari sini aku dibuatnya, sebab paip tuh panjang dan kawasan kacang merata-rata, takut pulak terpatah kacang-kacang, itu yang aku tahan guna batu, guna buah kelapa, guna kayu. Memang sistematik cara aku menyiram. Paip pulak bocor sana sini, the amount of water yang keluar dari paip bocor tuh tak banyak mana sangat (tak sampai pun sebaldi, aku pernah tadah dulu tuh) tapi bila air tuh memancut keluar, dan mengalir sana sini, a few places pulak, memang nampak macam banyak air yang terbazir. Itu yang mak kata, nanti kalau ada sapa-sapa balik, nak suruh beli 2 gelung paip baru. 

So, pagi esok aku kena pastikan yang aku akan tampal, ikat betul-betul bahagian-bahagian paip yang bocor tuh, dulu dah ikat dan tampal kemas dah. Membazir jer nak beli paip baru.