Takut dah nak tidur lepas Subuh rasanya. Malam semalam, bahana tidur lewat dan dua kali terjaga, dan bangun awal at 5 am, aku sambunglah semula tidur lepas Subuh tadi. Then aku bermimpi. Mimpi yang menyusahkan, ada masalah. Real mimpinya sampaikan aku merungut, tiap kali lepas Sembahyang aku sure berdoa semoga dipermudahkan urusan-urusan dunia aku tapi apasal masalah yang aku hadapi sekarang nih hebat sungguh. Nasib baik aku terbingkas bangun lepas tuh, lega rasanya sebab cuma mimpi. Mimpi berbentuk nightmare gitu. Nightmarish dream. Tak payah aku ceritalah mimpi apa, mimpi-mimpi nih selalunya macam real sangat walaupun jalan ceritanya kadang tuh tak masuk akal.
"Pergilah beli makanan, beli lauk tereh (terus) sebab mak malas nak memasak, mak Puasa. Bosan dah asyik makan ayang(ayam) jer", kata mak. Aku makan roti selek kaya jer, then rebus telur 2 bijik. Tengahari karanglah makan kat luar, dah sebulan lebih, sejak duduk kampung nih tak pernah aku lunch kat luar. Masa turun KL dulu tuh, itu lain cerita.
Malam semalam ada jugak hujan rintik-rintik sekejap, masih ada kesan lembap kat batas so aku tak adalah menyiram beria sangat, lagipun cuaca pun mendung jer, angin kuat, gaya macam nak hujan. Kalau ikutkan keadaan, tak payah menyiramlah tapi aku dah biasa sangat dengan kes mendung berarak, hujan tak jadi nih, so itu yang aku menyiram kat semua Zone tuh.
"Hok nu hok nu. Awatnya dok kerabat tang tu?", nak tergelak aku dengar Pakcik tuh menyuruh beruk dia memetik kelapa. Dia ambik upah petik keapa kat kebun Ri, asyik terjerit-jerit suruh beruk dia ikut arahan. Kadang tuh terralit jugak aku menengoknya, susah sebenarnya kehidupan seekor beruk. PakCik tuh tanya aku kalau-kalau nak upah dia petik kelapa yang ada beberapa batang kat kebun kitaorang nih. Aku balik kejap, tanya mak. Mak setuju, nak tolak kat PakCik tu ajelah kelapa yang dipetik nanti tuh. Kalau 50 biji kelapa yang dapat dipetik, bahagi dua, setiap orang dapat 25 bijik, then kalau tak nak kelapa tuh, PakCik tuh akan ambik dengan harga 70 sen sebijik. Daripada biar gitu aje, baiklah tolak kat PakCik tuh walaupun kalau dijual kat peraih, boleh dapat dalam RM 1.30 sebijik. Sabtu nih PakCik tuh datang dengan beruk dia.
Best duduk kat kampung, semua benda boleh buat duit. Sapa nak beli daun pisang? Jantung pisang? Then aku sambung menggembur tanah/repair batas/kambus pangkal pokok kacang kat Zone 2 sama 3b. Puas hati aku sebab nampak macam dijaga rapi jer batas-batas tuh. Sampai dekat pukul 11 aku kerja, berjera-jera (bertali arus ekekeke) peluh keluar.
"Awak ni anak ke menantu Mak De (mak)? Lama dah saya nak tanya tapi tak pernah ada kelapangan", kata tokay kedai makan masa aku makan lepas jer Zohor kat Surau. Penuh bawah ketayap aku dengan barang yang dibawak, kunci, wallet, cellphone. Macam orang kampung habis jadinya aku, melepak kat kedai makan sambil berkain pelikat, berketayap.
Lama jugaklah bercerita dengan tokay kedai tuh, sesambil aku makan, dia yang banyak tanya, banyak nak tahu pasal aku yang dia kata belum pernah nampak pun sebelum ini. Beli ikan terubuk bakar (kalau tak silap aku lah) sama gulai daging untuk mak berbuka nanti.
Chu ada talipun beritahu yang Sabtu nih kat Dewan Kommuniti Taman Sri Gombak akan dibuat wedding reception di sebelah pengantin lelaki, so kalau adik beradik aku tak balik kampung, dia jemput datang. Tak tahulah siapa yang wakil keluarga kitaorang sebab Ida nak balik Sabtu nih. Lagipun apa pasal baru harinih diberitahu, kebanyakan orang KL diaorang dah ada program masing-masing.
Routine setersnya sama, menyiram. For the first time aku tengok tanah masih lembab, the whole day mendung harinih. Tapi aku tetap menyiram jugak, apa nak buat kan, aku seorang petani. Macam bosan jer hidup aku kan? Macam tak percaya jer dalam macam bosan-bosan tuh ada jer benda yang aku tulis kat blog.
Ok, pasal Forex pulak. What a day today, I mean, really, what a day lah. Minggu lepas aku ada cakap yang aku a little bullish minggu nih kan, what with ECB Meeting hari nih. And so aku bersiap sedia dari awal, dari awal minggu, aku clearkan my sell positions dan aku mula atur buy positions. Satu demi satu.
And you know what? Price turun, dan turun, dan turun and I was down to my last 200% margin level. Aku dah pasrah, rasa nak cancel balik withdrawal aku semalam tuh tapi dah terlambat. Macamana pun aku tetap yakin yang price (EURUSD, GBPUSD) akan naik at least market sentiment yang anticipate ECB Meeting masa London Session. Dang, I entered way too early, kata aku dalam hati. At one point I was holding floating loss of USD 45. Surprisingly aku tak berpeluh pun sebab aku di kebun, aku dah berpeluh menyangkul. I'm not going to repeat the same mistake lagi, kata aku dalam hati, aku tak nak buat style inilah lain kali.
Rezeki agaknya, towards US Session, dari negative dah jadi positif sikit-sikit. Aku closekan a few, masuk a few new positions jugak, biasalah ada yang untung ada yang rugi. And then EURUSD memancut ke atas pasal ECB punya decision untuk tak nak cut interest rate. Dalam sejam sebelum President ECB, Mr Draghi berucap, price went ballistic.
Ini positions yang masih aku hold as of 10.15 pm. Semuanya dah diprotect for any surprises masa aku tidur nanti. Akan tidur ker aku? Hehehhe.
Notice dak yang aku tak pernah set kan TP (Take Profits). Semua positions aku either kena hit Stop Loss (Negative atau Positive) atau Trailing Stops.