Inilah yang payahnya jadi Pemorex Tegar nih, tengah-tengah malam buta asyik nak merangkak bukak laptop aje kerjanya. Semalam adalah 3 kali aku terjaga macam tuh. Risau sebab ada a few open positions. Kali pertama terjaga tuh, tengok-tengok semua positions aku dah positive, so sambung tidur balik only to wake up about an hour later.
Tengok-tengok positions makin cun, kalau aku closekan semuanya dapatlah dalam USD 17 untung. Tapi aku biarkan aje, aku pasang Pending Orders dan Stop Loss mana-mana yang patut, then masuk lagi satu position. Pukul 3 lebih tuh aku tersadar lagi, kali ini tersenyum lebar bila tengok yang jerat percintaan aku semuanya mengena, yang kalau aku closekan, boleh dapat dalam USD 30. Not bad, 100% profits dalam masa sehari kan? Tapi aku tak closekan, aku ubah, aku ejas mana-mana patut, aku pasang jerat kat atas dan bawah, manalah tahu kalau markets buat hal gila-gila macam semalam for example, gapped berpuluh-puluh pips.
So ini screen shot positions aku untuk pagi ini.
Mak puasa harinih dan dia kata nak ke klinik di Bandar Raub so lepas Subuh tuh terus aku ke kedai untuk breakfast. Gelap lagi masa aku mula menyiram, start kat Zone 1, semuanya aku siram, even batas sawi jugak anak cili. Esok lusa aku dah boleh membaja kat Zone 3a sama membela batas kat Zone 3b. Banyak kerja tuh pasal berpuluh batas panjang kat kedua zone tuh.
"Ada nampaknya S, mak nak upah dia meracun keliling rumah lah, panjang ngat dah rumput tuh, Long 'ntah tak nya balik minggu ni", kata mak.
Aku saspen jugak tinggalkan rumah sebab S ada kat kebun pisang, bukan aku tak percaya dia tapi aku was-was. Tapi, entah-entah the moment kitaorang naik bas, terus dia blah aje, harus lah tuh.
Sementara mak di klinik, aku pergi beli top-up U-Mobile, jugak ke Bank Islam, keluarkan duit yang nak dimasukkan ke CIMB tapi jauh pulak nak jalan ke bank tuh, lain kali ajelah, ataupun suruh Ida bank-in kan nanti kalau dia ada balik. Duit tuh nak bayar bill P1-max aku, jugak untuk bayar Takaful.Sempat beli benih kobis, sawi sama kangkung, mak punya idea nak cuba tanam kobis.
Aku rasa ngantuk sangat, mata berat aje tapi bila aku cuba nak lelapkan mata kat kusyen di dapur tuh, tak nak nya lelap pulak. Sebelum dan selepas Zohor aku cuba. And so aku onlinelah. One of my positions tuh kena hit, dapatlah USD 2.40. Then aku masuk another 2 positions, jadi 6 positions semuanya. Macam tak ada movement langsung lepas tuh, punyalah bosan menengok charts. Aku rasa kalau aku menganyam tikar, boleh siap sebidang gamaknya. Boleh imagine aku duduk bersimpuh sambil berkemban, sambil menganyam tikar mengkuang. Laptop ada kat sebelah.
Aku tetap tak closekan positions aku masa London Session. Apa pasal tak closekan aje sementelah untung yang dah 100% tuh?", maka bertanyalah Si Polan. "Tamak ker?", tambah pulak Si Polanah. Bukan tamak tapi strategy ("yeah, right!", aku terdengar SiPolan dan SiPolanah berbisik). Semua positions tuh profitable (on paper), apa salahnya aku biarkan profits tuh runs? Ok, katalah market reverse, aku tak kisah sebab semua positions aku dah diprotect. Aku kalau main (trade) memang pakai protection, celup pakai sarung gitu ekekeke
Profits tuh memang akan jadi kecik kalau price reverse, aku tahu, dan aku akan bersyukur dengan apa yang dapat. Itu kalau dia reverse, buatnya dia tak reverse dan terus merempit? Lost opportunity lah namanya kalau aku closekan positions awal-awal, kan? Lagi satu, aku nih penakut orangnya, berself esteem rendah (laaa, apa kaitannya nih?), aku akan rasa comfortable bila account aku ada balance yang positive, bila ada floating profits. Aku akan lebih confident untuk masuk another position(s) bila ada floating profits so that katalah new position tuh against, "tak nampak sangat" yang dia against sebab floating profits masih ada. Lagi satu, (I know this for a fact) aku punya style, nak sentiasa ada positions dalam market. Kalau aku closekan positions aku, tak dan a few minutes nanti aku akan masuk position baru. Buatnya semua positions tuh against, tak gelabah?
Analogynya macam nih, katalah aku nih penjual kacang tanah. So satu hari aku berjual kacang rebus kat Pekan Sehari Sungai Ruan. Aku berjual kat ceruk jer, sebab aku nih seorang yang pemalu. Tapi ramai orang beli sebab aku jual murah jer kacang tuh. And so tinggallah a few bungkus lagi kacang yang belum terjual.
Adalah sorang budak nih, agaknya dia kesian tengok aku sorang-sorang di kelilingi peniaga Cina semua tuh, dia pun kata, "PakCik, PakCik, biar saya beli semua kacang PakCik jual nih", kata budak tuh sambil membilang bungkusan kacang tuh, ada 6 lagi yang masih tinggal.
"Alah, macamana nih, kalau PakCik jualkan semuanya nih kat adik, apa yang PakCik nak niagakan nanti?", aku jawab gitu.
There!
Harinih pun tak ada orang kat surau waktu Zohor sama Asar, surau tuh berkunci pulak tuh, so aku sembahyang kat luar aje lah. Terfikir jugak aku, dah memang tak ada orang yang berjemaah weekdays waktu Zohor sama Asar, tak payah aku datanglah kot? Surau berkunci pulak tuh kan? Tapi, tak apa, at least sentiasa ada orang yang sembahyang kat surau tuh setiap 5 waktu, aku tak dapat datang Subuh, Maghrib dan Isyak (masa ada orang berjemaah, agaknyalah) pasal tak kan aku nak tinggalkan mak sorang-sorang waktu malam dan gelap, kan?
Aku menyiram kat Zone 4 aje, guna tong penyiram, cedok air anak sungai. Lepas tuh mulalah membaja kat Zone 3b, lambat jugak kerjanya sebab kena ditabur baja hati-hati, tak nak terkena pokok kacang tuh, nanti mati pulak anak kacang tuh. Tak sempat siap sebab aku balik awal, nak check Forex positions aku. Masih bertahan, adalah 2 positions yang kena hit, dapatlah sesedollar dua untung. Yang lain tuh masih belum aku closekan lagi, nak palar (biarkan) aje lah dulu, kalau reverse aku memang dah sedia Pending Orders, yang akan bertindak sebagai "penutup kandang" profits aku. Dah macam tuh nanti, aku akan bukak one of the positions (pintu kandang) dan aku akan trade style bukak tutup bukak tutup pintu kandang aje lah.
I'm a real farmer alright kan? In real life aku bertanam kacang, masa memorex pun aku berkandang.
Ini screen shot position yang masih open as at 10-45 pm
1. Balance dah jadi USD 37-20.
2. Pending Orders tuh untuk bertindak sebagai pintu kandang, aku dah buang Trailing Stops. 3 positions yang teratas tuh tak akan ditutup. Ini semua kalau prices reverse lah kan?
3. Kalau price tak reverse dan masih to my advantage, Pending Order tuh akan aku ejas-ejas sesedap rasa. Tak ada pun based kan on Fibonachi, stochastic, RSI and all that shit.