Monday

Ahad - 12052013

Semalam aku tidur lewat so lepas Subuh tadi sampai pukul 8 aku lena, bangun pun sebab talipun berbunyi. Mak, kalau talipun berbunyi, mak selamba jer, walaupun aku sure yang 100% calls semuanya untuk mak. Adik beradik aku, atau Pak Andak, kalau nak bercakap dengan aku, diaorang akan call on my cellphone.


Puas aku cuba nak start pam air yang Long beli ituhari tapi air anak sungai tuh tak disedut pun, most probably paip tak ketat sangat sebab satu inlet tuh besar sikit sedangkan hose yang aku sambungkan tuh kecik. Tunggu Long balik nanti lah, malas dah aku nak ke Sungai Ruan nak cari connector lain, kena bawak mesin tuh sekali, suruh Cina tuh yang settlekan, kalau nak harap aku pasang sendiri, memang payahlah. 


Aku menyiram kat Zone 2 dan 3a, tak sempat dah menyiram kat zones lain pasal aku menyiram tuh bukan macam menyiram bunga, aku betul-betul siram so that kalau esok aku dah tak menyiram, kacang tuh masih ada minuman, dioarang tak haus. 


Masa  hantar mak ke rumah Chu, aku ternampak Nyang (bapak sedara) tengah mengeteh kat gerai yang betul-betul depan rumah Chu, so aku join sama. 


Aku sambung menyiram, sebab nak tunggu mak, lama sangat, dan nak melayan Nyang pun aku rasa buang masa jugak. Tak lama tuh Mat Nor datang tengok aku kerja, sembang-sembang pasal kacang, then dia kata dah siap dah garaj yang dia buat tuh.


"Siap lah dah garajnya?", mak tanya, sampai aje kat rumah lepas aku jemput dari rumah Chu.

"Deme nyer (my siblings) nak suruh pasang simen.....", kata mak lagi.

Geram jer aku nak tanya, sapa yang memandai-mandai nak pasang lantai simen tuh pasal bagi aku, dengan harga RM 2400, sepatutnya memang garaj tuh berlantaikan simen. Then again aku tahu yang ayat "Deme nyer (my siblings) nak suruh pasang simen....." tuh hanya satu rekacipta terbaru aje. 

Berapa lah agaknya yang akan dicharge kalau nak pasang lantai simen, another few thousands lah kot. Campur dengan upah/charge untuk kubur (arwah) pak (yang masih belum dibuat keputusannya lagi), harus dekat 7  lapan ribu semuanya. Mak tak perasan agaknya yang harga semua tuh sama dengan harga kalau mak nak memondok di Jerantut, kena bayar 7 ribu lebih then diaorang akan buatkan satu rumah untuk mak duduk. 

Walaupun itu duit mak (ker duit Tabung Haji arwah pak?) tapi aku rasa terkilan jugak, sebab mak buat keputusan sorang-sorang, tak consult sapa-sapa pun. Adik beradik aku kan ke  ramai?

Masa Asar, hujan panas turun, a few titiks. Aku sepatutnya turun ke kebun, tapi tah apa pasal, aku jadi termalas, so aku buat bodoh jer, aku terus jer online sampai hampir waktu Maghrib. Aku dah sedia jawapan kalau-kalau mak tanya, apa pasal aku tak ke kebun pasal dulu pernah sekali aku tak ke kebun (a few months ago) dan mak tanya apa pasal, tapi aku tak jawab apa-apa. Or rather jawpan aku tak mantap, kali ini aku ada jawapan mantap, jawapan berbentuk soalan. Tapi, mak tak tak lah tanya pulak kenapa. So aku nak save kan jawapan tuh untuk lain kali.

Malam nih tak ada apa-apa Kuliah Ugama, so antara maghrib ke isyak tuh aku praktis baca Quran, baca Surah-surah yang aku kena baca masa mengaji minggu depan nanti. Aku ada 3 kali mengaji, dengan 2 Ustaz yang berbeza, so ada 3 tempat yang harus dibaca. Kalau aku tak baca sesekali dua, nanti masa mengaji tuh sure tergagap-gagap, kalau praktis macam nih aku lancarlah sikit, aku akan tahu kat mana patut berhenti, kat ayat mana kena tarik nafas panjang-panjang, kat mana aku kena baca sekali lalu, things like that. 

Banyak masa lain nak sembang tapi masa Chu turun kereta, masa tu lah Chu sama mak sibuk bercerita, buat plan macaman nak pergi Johor 8 June nanti, anak Pak Andak nak kawin. Aku tetap kata yang aku tak pergi, siapa yang nak siram kacang? Aku tak tahu samada mak nak pergi atau tidak (bukan dengan aku surenya, most probably dengan Nuar atau Long), mak nih susah sikit, selalu berdrama gitu, sekali kata nak pergi, 2 kali kata tak nak pergi, 3 kali kata nak pergi dengan siapa. 

Terfikir jugak aku, kalau mak jadi pergi Johor, bolehlah aku ambik peluang tuh untuk ke KL kan? Tapi, apa pulak Pak Andak kata nanti, ke KL boleh, apa pasal tak boleh turun Johor pulak? Aku ramai sedara bau-bau bacang kat Johor, merata-rata Johor. Entah-entah Nekrock yang kat Arizone tuh sedara aku, dia jer yang mau nak mengaku aku sedara dia ekekekek

 

Sunday

Sabtu - 11052013

Seronok kerja pagi nih, laju jer aku menyangkul, Long pun ada tolong. So sesambil kerja tuh, sesambil sembang-sembang. Tapi tiba-tiba aku disedarkan dek bunyi motor Mat Nor. Laaa, rupanya aku bermimpi.

Macam biasa setiap Sabtu, breakfast makan nasi dagang kat kedai Samad. Masa nak bayar tuh baru aku perasan yang dah tak ada duit RM 50 lain dah dalam wallet aku, itu RM 50 aku yang terakhir. Nampak gayanya kena kurangkan aktiviti mengeteh lah, duit dah tak ada nih. 

Lepas tuh round Pekan Sehari sekali lalu, itu mesti tuh, main event, highlight of the week tuh. 

Entah apa pun yang aku buat kat kebun pagi nih, cabut rumput sana sikit, pindahkan pokok kacang dua tiga perdu, cangkul sana sini a few times, itu aje. Bila mak suruh aku hantar air/kuih kat Mat Nor sama kawan dia (yang tengah kerja buat garaj), terus aku buat keputusan tak ke kebun dah pagi nih. 

Aku cuci baju, pakaian kerja aku yang dah dua tiga hari berendam. Dah macam ada bau dah, nanti kalau aku tak cuci sekarang, mak yang akan cuci. So far ada a few times mak yang cucikan pakaian kotor aku, itupun sebab aku terlepas hidu hehehhe. Pakaian kerja aku cuci guna tangan jer, pakaian lain tuh mak yang cuci, guna washing machine. Dah dekat 6 bulan aku duduk kampung, aku tak reti pun nak guna washing machine mak tuh, way too many buttons yang kena dipicit. Aku biasa guna washing machine yang ada dua tiga buttons dan knobs jer so bila washing machine yang macam cockpit kapalterbang, banyak buttons etc, that's it lah I'm gone. 

Aku rasa lah kan, katalah aku ada bini nanti, aku tak akan kasi bini aku cuci spender aku. Aku akan cuci sendiri. Sebab aku nih berkemaluan besar orangnya heheheh. Tak pun, hantar laundry jer. Teringat masa aku kerja kedai laundry kat Philadelphia dulu, uko keri aku mengikis taik kering kat spender gagak-gagak, kan? Good times, man. Good times!

Biasalah Saturday, memang membosankan sebab dahlah Forex tak bukak, aku tak ada kerja lain, tak payah hantar mak ke surau lepas Zohor. So aku ke Sungai Ruan, nak beli kepala paip sama tayar wheelbarrow, mak pulak suruh beli cakar sama kiut. Puas aku fikir, what on earth is kiut, rupanya kiut nih alat yang plasterer/bricklayer guna untuk kerja. Yang jugak boleh diguna kat kebun. yang ada tangkai pemegang, dan nipis bentuk daun sirih tu lah, itu kiut. 

"Habis" duit RM 150 yang mak kasi tuh (dan ter-ada semula RM50 dalam wallet aku hehehe), mahal rupanya tayar wheelbarrow. Aku saspen gak nih pasal aku tak reti nak tukar tayar wheelbarrow tuh. Ingat dak masa aku kerja jaga kolam ikan kat Hulu Langat dulu tuh? Sham yang tolong aku, aku asyik lah terkial-kial bukak skru guna gunting. Seriously, aku kalau bab-bab DIY nih aku memang fail, big time. Aku nih jenis yang kalau aku bukak something, katalah laptop, dan bila aku pasang balik, sure akan ada screws yang terberlebih. Ataupun ada screw yang tertinggal kat dalam. Aku cuba-cuba jugak pasangkan kepala paip kat pam air tuh, esoklah aku cuba guna pam tuh.

Aku dah siap mandi, then melepak dulu sesambil tunggu nak ke masjid for Asar, then terdengar bunyi bilik diketuk dari luar rumah. Berturut-turutan. Tak kan Mat Nor kot? So aku jengah, rupanya mak yang banging on the wall. 

"Apasal?", aku tanya mak, pelik. 

"Asar, moh lah pergi", kata mak.

"Lah, lambat lagi", aku kata gitu. Mak gelak jer.

I mean, seriously, Asar masuk pukul 4-30 petang, dan nak ke masjid cuma dalam 2 atau 3 minit jer. Ok, kata lah 4. Ok fine, make it 5 then. Tapi masa tuh baru 4 lebih sikit jer. Biasanya kitaorang sampai masjid dalam 5 minit sebelum masuk waktu, memang sempat sangat nak sembahyang Tahiyatul masjid. 

Aku buat bodoh jer, aku terus online sementara tunggu waktu yang sepatutnya kitaorang ke masjid. Banging on the wall? I kind of hate it when my life is shrouded with little mysteries macam nih.

Tuhan works magic, agaknya nak kasi pengajaran, either pada aku atau pada mak. Atau untuk both. Aku tak jumpa kunci kereta, tah kat mana perginya the only kunci yang kitaorang ada. Empat lima kali aku belek, selak sana sini, kuis sana sini, dalam bilik, dalam bilik air, kat meja komputer, kat pam air, tapi tak jumpa jugak. Kat kereta pun tak ada. Tapi, dalam keadaan macam tuh aku selamba jer, aku slow and steady jer belek sana sini a few times, ada lah dalam 15 minit kitaorang cari kunci tuh tapi tetap tak ada. Sesambil tuh aku jeling-jeling mak, nak tengok reaksi mak. sambil cuba fikir, apa yang mak fikir. 

I swear aku tak sentuh pun kotak pam tuh, mak yang susun kotak tuh sebab biasalah kan, mak mana suka tengok benda bersepah-sepah, walaupun untuk a few minutes. Kunci tuh ada kat bawah kotak pam air tuh. 

Lepas Asar aku terus ke Zone 3a, mencabut rumput dan semak samun kat situ. Ralit jer aku, sambil mencangkung, sambil dagu diletak atas tangan yang diletak atas lutut, sambil tangan kanan mencabut tumbuhan-tumbuhan kecik tuh. Sambil otak aku terbang melayan perasaan. Banyak beda yang aku fikir. Yang aku tak ada masa nak tulis kat sini, yang aku rasa aku tak patut tulis, Yang aku rasa kalau aku tulis pun, orang tak akan faham, orang akan kata yang aku nih fikir lebih-lebih pulak. They are not in my shoes, defuck do they know?. And so, macam selalu tuh, aku memendam rasa aje lah. 



Aku lapar, memang plan aku nak makan kat luar petang nih sebab tadi aku makan sikit jer. Ada lah 2 sudu nasi kot yang aku makan tadi. Bukan sebab lauk tak best, tapi mak masak gulai ketam, aku mana reti makan ketam. Aku mudah hilang sabar makan ketam nih.(Aku nih penyabar orangnya tapi bila bab makan ketam, aku memang hilang sabar. Ada satu lagi benda yang buat aku cepat hilang sabar. Korang paksa aku, suruh aku tengok tv, kejap jer hilanglah sabar aku, seriously) Then semalam ada orang kasi bubur lambuk. Seumur hidup aku, aku tak pernah makan bubur lambuk dan I have no desire pun nak cuba makan. So memanglah aku lapar.

Masalahnya, mak ada kat kebun, guna cakar yang baru aku beli tadi tuh. Aku tak nak lah mak fikir, dah lah pagi makan kat kedai, petang pun nak makan kat kedai jugak. Kat mana aku ambik duit? Tak sedar diri ker yang aku nih tak kerja?

Ok, aku tak nak bersangka buruk, aku assume yang mak tak akan fikir apa-apa (I doubt it tho' ooppsss), aku assume mak tak akan menguli-adun dan menambah sesedap rasa apa-apa bila bercerita kat my siblings pasal aku (again, I very much doubt it, ooppsss again), aku pergi jugak ke arah kedai makan, bila hujan mula turun rintik-rintik. 

Seriously, berjalan dari kebun ke kedai, itu part yang aku suka sekali, agaknya itu pasal lah sehari dalam 4 kali (at least) aku macam tuh. Aku rasa, di sepanjang jalan tuh lah baru aku rasa macam menengok dunia luar, aku akan banyak berfikir, banyak buat plan, banyak layan perasaan. Fikir benda yang best-best aje. Kat tempat lain, kat kebun for example, aku selalu fikir benda yang tak best. Aku nih macam Charlie Chaplin jugak kadang tuh, dia kata, I love to walk in the rain, because no one can see me cry.

Kedai tomyam tuh tutup lah pulak, so aku kedai yang kat hujung sana tuh, jauhlah sikit berjalannya. tak sedap tomyamnya, masin, udang pun sekor jer.

"Kedai tu jual mende? Awak makan mende?", mak tanya bila aku nak masuk rumah. Mak tengah menyapu laman masa tuh. Ok, soalannya biasa aje kan. Tapi bagi aku, soalan tuh menusuk kalbu. Mungkin sebab ditambah dengan rasa 'guilty' yang aku tak sepatutnya makan kat luar (sebab aku tak ada duit, tak kerja, kat rumah ada makanan etc), itu yang aku rasa soalan tuh menusuk kalbu. Bagi aku, mak nak dapat kepastian yang betul ker aku makan kat luar sebab tak kan mak tak tahu kat kedai makan jual makanan apa, kan? Lagi satu, apa perlunya mak tahu aku makan apa, kan? 

Then again mak nih (macam kebanyakan orang tua lain), kalau ada orang talipun aku, mak akan tanya aku siapa yang talipun. Dan kalau aku bercakap dengan my siblings, mak nak tahu apa yang kitaorang sembangkan. Dan mak akan tanya beberapa kali sehinggalah mak puas hati dengan jawapan yang aku beri (walaupun more often than not aku tipu-tipu aje). Dan aku sebagai anak, aku tak ada hak nak tanya mak siapa yang call (bila ada panggilan talipun), let alone tanya, apa yang mak sembangkan. 

"Kedai hujung tuh tutup", aku jawab gitu. Aku tak beritahu yang aku makan kat kedai lain. 

Masa nak masuk bilik air, aku pandang jer mak (yang membelakangkan aku, mak masih menyapu. Pastu aku tersengih. aku gelak sorang-sorang. Sampailah aku masuk bilik air. Aku fikir, katalah aku nih ada bini yang so happened perangainya sebijik macam mak. Kalau macam tu lah kan, after about 6 months nih, rasanya kitaorang dah lama bercerai. I mean, seriously, for sure aku dah puas nasihat dia tapi bini aku tuh asyik macam tu jugak perangainya, so aku tak tahan (so, daripada aku lari malam), baik aku ceraikan dia. 

Dengan your own mak, kita kena hati-hati, kita tak boleh tegur, melawan cakap etc, nanti derhaka pulak, kan? Ha, di situ lah masalahnya. 

Ustaz M tak ada pulak malam nih, so tak ada lah kelas mengaji. So ramailah jemaah yang balik. Aku, dah lah fikiran tak tenteram, aku fikir, kalau aku lepak jer kat masjid sure fikiran aku merewang ke lain so might as well pergi mengeteh sekejap. Bila mengeteh sorang-sorang tuh mulalah fikir yang how ruginya aku, baik aku lepak kat masjid, at least dapat pahala iktikaf walaupun fikiran melayang jauh.

See, macam yang aku selalu cakap tuh, wherever I am, I'm neither here nor there. And that's freaking sad. 

Lepas Isyak kitaorang singgah rumah Chu, mak kata Chu yang suruh singgah. biasanya kalau Chu yang suruh singgah, surenya ada makanan best, ada jamuan. Tapi tadi tuh tak ada apa pun. yang bermakna, Chu tak ada pun suruh singgah.

Since tak ada kerja lain dah malam nih, balik aje rumah terus aku mula tulis entry nih. Yang by the time aku sampai ke ayat nih, fikiran aku dah lapang dah, aku gelakkan aje benda-benda yang buat otak aku kusut tadi tuh. 

Tomorrow's another day, bring it on Mom hehehehe



* Masa aku kat Detention Center di Batavia NY dulu, selalu inmates nyanyi kuat-kuat lagu Eminem nih. 

Friday

Jumaat - 10052013


Salam 1 Bangla.

*Sorry, can't help it hehehhe*

My life is boring right now. I work on a small piece of land, tanam kacang harimau. I take care of my mak. I whine about how horrible my life is. I eat too little and drink too much iced lemon-tea.


The fact that these things pretty much comprise my daily routine is both sad and comforting.

Tapi, yang buat peliknya, hari-hari aku tulis blog. Isn't that amazing? 
------------------------------------------------


Masa Subuh tadi, first time aku dapat dengar siren masjid dibunyikan, ada orang meninggal just before Subuh.Semoga roh nya dicucuri rahmat. Amin.

Masa nak beli paper, sebelum breakfast tadi, aku terserempak dengan Tok Empat, kat kedai Mkcik Milah. Kitaorang tengah baca headlines paper-paper yang ada kat atas meja tuh. 

"Azmin nak keluar PKR ker?", aku tunjuk satu berita pasal Azmin Hj Ali, saja jer lah nak tengok apa reaksi Tok Empat.

"Biar, kita bagi dia masuk UMNO, lepas tuh kita hentam dia cukup-cukup", kata Tok Empat.

Excuse me, kita? Sejak bila aku nih jadi sebahagian daripada diaorang? Tapi ok jugaklah, at least Tok Empat tak tahu yang aku sokong PAS, kan?

"Bungkuslah  duit merah tu, letak dalam sampul, lepas tuh bagi pada Ketua Cawangan, biar dia agih-agih pada deme nyer", kata Tok Empat kat Makcik Milah. 

"Nak bagi seme nyer ker nak simpan separuh?", lebih kurang gitu yang Makcik Milah jawab.

Tegak jer telinga aku mendengarnya. Makcik Milah tokay kedai nih memang orang kuat UMNO. Kuat sangat. Masa berkempen dulu, dia sanggup tak bukak kedai sebab nak ke sana sini tolong berkempen. Patutnya cakap tuh disensor lah sikit mana-mana yang patut sebab bukan semua orang di sini sokong Barisan. Lagipun, nanti kalau ada orang dengar, diaorang akan tahu yang betapa Barisan Nasional mengamalkan politik wang. Ker semua orang dah tahu?



Aku tak buat apa pun sangat pagi nih, aku melepak baca paper, then ke sana ke sini tengok kalau-kalau ada kacang yang mati.

Dah lah kacang, korang tau tak yang how merananya hidup aku korang buat. Aku rasa guilty sangat buat korang mati. Itu kacang yang layu-layu tuh, tell me, apa lagi yang korang nak aku buat untuk menyelamatkan korang? It hurts me more than you know lah wahai kacang, so much more than it shows.


Aku baru jer mula mencabut pokok-pokok renek kat Zone 3a bila mak datang, ajak pergi ke rumah orang meninggal tuh. Mak pun nak bayar duit Khairat Kematian sebab ituhari Long kata dah patut kena bayar dah, tak nanti nama akan digugurkan dari dalam list.



Mak tak puas hati agaknya sebab aku nak pergi macam tuh aje, dengan pakaian kerja. Aku pun tak berapa puas hati sebenarnya sebab mak tak sound awal-awal nak pergi tuh. Mak selalu gitu, kalau nak ke mana-mana, aku kena just drop everything dan get ready bersiap. Aku nak ke kebun semula lepas tuh so tak kan aku nak mandi, tukar pakaian lain dan balik nanti, tukar semula ke pakaian kerja, kan? That doesn't make sense to me.

Aku tengah khusyuk mencabut rumput/pokok renek kat Zone 3a tuh bila aku nampak kereta dari Jabatan Pertanian datang. Rupanya diaorang datang nak melawat tanaman kacang aku. So aku bawaklah diaorang ke Zone 1, 2 dan 3a and b tuh, impressed jugak diaorang tengok pokok kacang yang berbaris lurus tuh. 

"Kalau semua kawasan ni ditanam kacang tanah, tentu bagus", kata one of the Officers. 

Bila diaorang tanya jenis apa baja yang aku guna, aku tunjukkan guni baja, sebab aku tak tahu apa-apa pasal baja. 

"Laaa, baja ni ada gambar dacing (BN), baja ni tak boleh dijual beli ni", kata Officer perempuan tuh. 

"Banyak sangat tuh, baja jenis nih letak sikit jer sebab dia panas sangat, anak kelapa sawit boleh mati kalau letak banyak-banyak", kata Officer tuh lagi bila aku kata yang 'dulu" aku tertaruk banyak baja. 

Officer tuh suruh aku datang ke Pejabat Pertanian Raub untuk ambik baja sabsidi, minggu depan. Dia kata yang kalau aku nak, dia boleh bawak aku ke satu projek tanaman sorang Pengusaha nih yang berjaya, dia tanam melon. Aku tanya diaorang kalau-kalau ada apa-apa kursus Fertigasi ker, apa-apa lah, di kawasan Raub sebab aku nak join. 

"Kena lah ambik gambar nak buat bukti, silap-silap masuk portal Jabatan Pertanian Pahang nanti nih", kata Officer tuh sambil suruh aku berdiri depan kawasan kacang, untuk dia ambik gambar aku. 



Lepas Sembahyang Jumaat teruslah aku pergi cari AJK Khairat, dia beritahu yang mak dah dicover oleh Long punya khairat. Dia adalah explain sesikit kat aku how the system works, tapi cara dia explain tuh, dia guna ayat-ayat macam "Kalau awak mati esok...", "Katalah mak awak mati....", "Itu kalau adik beradik awak semua mati...", dia guna ayat-ayat macam tuh, sambil dia gelak-gelak, tutup mulut lagi tuh. Aku jer yang terpinga-pinga kengerian mendengarnya. And so aku kasi RM 50, aku register atas nama aku.

Lepas Asar aku sambung kerja, Ya Rabbi lah malas dan tak bersemangat nya aku. Mulanya cadang nak ke Sungai Ruan nak beli kepala paip, mesin pam air yang Long beli ituhari belum dapat aku guna pun lagi sebab paip yang ada saiznya kecik, so kena beli penyambung dia lah.

Lepas Maghrib ada Kuliah Ugama, by Ustaz Boring, sampai tersengguk-sengguk aku bersandar kat tiang, yer lah petang tadi aku tak tidur macam selalu tuh.

Khamis - 09052013

Aku tengah sedap tidur lepas Subuh tadi bila dikejutkan dengan bunyi bising orang bertukang. Yang mulanya aku ingatkan mak. Rupanya Mat Nor sama kawan dia dah mula kerja buat garaj. 


Since agak lewat dah aku pergi breakfast, dan suratkhabar pun dah sampai, so lama jugaklah aku termelepak kat kedai Samad. Memerhati orang pun best jugak. Aku tak tahu lah, mungkin sebab aku nih rasa inferior sangat, tu pasal aku rasa semua orang macam nak show off benda yang diaorang ada aje. Lama dah aku perasan perasaan kurang baik aku nih, sejak aku balik Malaysia. Dan sejak aku belum keluar dari Malaysia pun jugak. Yang peliknya masa aku kat US dulu, kat UK even, aku tak ada langsung berperasaan macam tuh. Sedangkan sepatutnya aku akan lebih rasa inferior kan? Bertahun aku kat New York, dan walaupun hidup secara illegal tapi tak sekelumit pun rasa inferior yang terdetik kat hati aku. 

Pelik, kan? Must be cara pembawakan, disertakan dengan mentaliti Malaysians yang memang aku tak pernah suka pun. Oooo, patutlah.


Malas aku membaja hari nih. Aku merajuk. Nak ajar sikit kacang-kacang tuh, biar generasi kacang yang akan datang nih tahu dan sedar, biar diaorang tahu sikit hargai jasa-jasa aku. Aku fikir, aku kasi diaorang baja, diaorang mati, so baik aku tak taruk baja, kalau diaorang nak mati ker apa ker, apa aku peduli, kan? 


Sebenarnya aku jadi frust sebab bukan saja kacang yang terberlebih baja yang mati tapi ada sebaris kacang yang lain yang layu, sebab tempias racun masa S sembur racun semalam tuh. Aku dah agak dah sebab semalam tuh masa aku di Zone 3b, aku nampak S meracun kat area Zone 1 tuh. Mulanya aku nak beritahu dia biar buat kerja tuh berambi sikit tapi aku takut dia terasa hati pulak. idiots pun ada perasaan jugak. So bila tengok sebaris kacang tuh comot daunnya, layu, maka layulah jugak semangat aku nak kerja. Aku nak make sure yang mak tahu pasal tuh, at least boleh cover pasal kisah kacang yang mati sebab tertaruk baja berlebihan, kan? Oooppsss. 

Lastnya aku pindahkan anak-anak kacang aje lah, yang aku gali di Zone 3a, aku penuhkan kat baris-baris yang makan lama makin banyak kosong sebab banyak jugak kacang yang mati. Sesambil tuh aku asyiklah menyalahkan diri aku, why was I so stupid dulu tuh. Ker sebab I got carried away? Dang, this village has so many idiots and I'm one of them. Farque!

Dua tiga harinih, balik aje dari masjid terus aku lelapkan mata sekejap, ebelum hantar mak either ke surau atau masjid. Sebab biasanya lepas hantar mak, aku tak akan tidurnya lah, aku tak suka habiskan masa bersendirian aku kat rumah dengan tidur. Harinih kena hantar ke masjid pasal ada Kuliah Ugama untuk puak-puak omtiner. 

Puan Rohaya dari Jabatan Pertanian raub ada datang, nak dapatkan maklumat diri aku sebab aku ketua rumah, sesambil tuh dia nak tengok perkembangan pokok pisang yang lain, jugak pokok pisang yang dah dimusnahkan dulu tuh (masa demonstrasi), akibat penyakit MOKO. 

Lepas Asar barulah aku sambung semula membaja kat Zone 3b, sekejap jer kerjanya sebab aku taruk sikit jer baja, dan aku cuma cangkul kat certain tempats jer. so far kacang kat Zone 3b nih tak ada pun yang layu, yang mati. 

Hujan turun sekejap masa Maghrib, Kuiah Ugama malam nih yang terakhir untuk bulan Mei sebab Ustaz tuh nak pergi Umrah. So minggu depan, dengar ceritanya, kitaorang akan ada 2 kali mengaji di sebelah petang (Isnin sama Khamis) sebab Ustaz yang hari Isnin tuh setuju nak datang 2 kali seminggu.

"Mak aok lambat lagi tuh, mari lah melepak dulu, buat mende nya duduk dalang kereta?", kata one of the jemaahs, orang kuat PAS nih.

So bersembang pasal politik jer lah kitaorang. Pasal kes MB Selangor yang masih belum tahu siapa.

"Biar aje lah MB lama, ini dengar cerita Azmin (PKR) sampai nak letak jawatan kalau dia tak dilantik jadi MB", aku kata gitu, memberikan aku punya pendapatan yang kosong nih.

"Kalau PAS beria nak wakil dia jadi MB, itu memang bengap", aku kata lagi. 

"Diaorang nih gitulah, tak nak beralah langsung", kata mamat tuh.

Seriously, aku tak pelik kalau azmin Hj Ali keluar dari PKR, memang dari dulu aku prejudis dengan PKR nih, after all diaorang pun dulu dari UMNO kan? Rotten apple doesn't fall far from the tree, kan?

Thursday

Rabu - 08052013

Kedai Samad tutup, makanan kat kedai Chu Bekam dah habis, so terpaksa aku ke kedai AJL (Akak Janda Lucah) yang kat ceruk sana tuh for breakfast. Kat kedai AJL nih, mungkin sebab kedudukan nya yang strategik, tersorok tapi kawasan lapang (untuk parking) yang luas, memang sentiasa dipenuhi oleh orang-orang gomen (yang mengular), kalau nak cari orang Jabatan Kerajaan, cari kat kedai tuh. 

"Awak punya ada telur?", AJL tanya, masa aku nak bayar. 

Kalaulah aku nih diaorang kenal, kalaulah aku nih regular kat siru, sure dah ada yang tambah-tambah ayat tuh. Aku buat tak faham jer tapi aku peratikan yang kat meja sebelah cashier tuh, they were dying nak sambung, nak menyampuk ayat AJL tuh. Ayat-ayat yang berbaur kelucahan. Dalam entries aku yang lepas-lepas ada aku tulis pasal AJl nih yang selalu guna ayat-ayat yang ada double meaning, inuendos kearah kejorokan. "Pak Abu terh (tu) suka main telur' (referring to this pakcik yang tengah belek-belek telur rebus), "harinih banyak telur" (kalau ada ramai orang yang datang makan), "telur hok besar lah sedak (sedap)". Ayat-ayat macam tuh.

Aku rasa macam tak bersemangat nak membaja, nak menyangkul, so aku ke Zone 3a, mencabut rumput-rumput dan pokok renek yang dah bermaharajalela di situ. Pokok kacang tak semua tumbuh lagi tapi semak dah penuh. Sabar jer lah. Ralit jadinya aku mencabut rumput-rumput tuh. 

Mak ada jugak sekejap, biasalah, buang daun pisang, tebas itu ini. Rupanya jagung yang aku tanam dah berhasil, mak dapatlah a few tongkols, mak kata nak buat bubur aje pasal gigi mak dah tak lut nak makan jagung rebus. Dulu lagi dah jagung tuh diambik hasilnya, mak ambik pudak jagung (baby corn) buat sayur. Aku rasa by the time jagung tuh habis semuanya dipetik nanti, masa tuh aku dah boleh prepare untuk buat kawasan tanam kacanglah pulak, kacang kat Zone 2 tuh awal Puasa dah boleh dicabut, InsyaAllah. 

Aku ke Zone 1 jugak, aku tengok ada lagi kelompok-kelompok kacang yang mati, so aku cabut dan buang. 

Tengahari nih Mat Nor ada datang hantar bahan-bahan, barang-barang untuk buat garaj. Ada tiang konkrit 6 batang, atap zink (kaler hijau), dan kayu jugak pasir. Oklah kalau macam tuh, esok dia akan mula buat garaj tuh. 

Tak hujan lah pulak petang nih, so aku terus ke Zone 4, aku gali pokok kacang yang tumbuh meliar tuh dan aku pindahkan ke tempat yang aku dah cabut pokok-pokok yang mati, kat Zone 1 dan 2. Kat Zone 3a pun banyak kacang yang tumbuh meliar, yang tumbuh sekelompok, so tak ada masalah sangatlah nak penuhkan kawasan-kawasan kosong tuh.

Laju jer aku buat kerja. Aku kalau bab-bab merepair dan menutup kesalahan, itu memang laju. Hangat hati aku bila tengok baris kacang banyak yang rongak, so aku elokkan, aku tanam semula, aku pindahkan pokok-pokok kacang, sampailah aku jadi puas hati bila baris-baris kacang tuh macam tak ada cacat cela nya. 

Kalau boleh aku tak nak terperasan yang kacag tuh mati sebab baja berlebihan. Kalau mak tahu, aku terpaksa tebalkan telinga aje lah bila mak cerita kat orang.

Payah, niat aku baik dulu tuh, aku taruk baja banyak-banyak dengan niat biar kacang-kacang tuh hidup mewah sikit. Tapi, they died on me, diaorang kering layu, as if baja yang aku kasi tuh baja rasuah. Traitor sungguhlah kan? Apa lagi yang kau nak, ha kacang?

Sebelum Maghrib memang gaya macam nak hujan lebat sangat dah, hati aku macam dah senyum dah bila mengenangkan yang Ustaz Simon Cowell mungkin tak dapat datang malam nih. Tapi itulah, mendung berlalu hujan tak jadi.

Ada satu jer yang salah masa turn aku baca Quran malam nih, Ustaz Simon Cowell tak gelak sangat sebab dia sakit tekak. Best jamuan malam nih, ada gulai pekasam, rasa macam dah lama tak makan kat masjid, musim Pilihanraya dulu tu lah, masing-masing sibuk. 

Turn mak, Chu sama Makcik esah gamaknya, membasuh pinggan mangkuk, so lama gila aku kena menunggu dalam kereta. Itu yang aku terpasang radio tuh. itu yang aku terikut menyanyi tuh. Sampai terpejam-pejam mata aku ikut menyanyi lagu End Of The Road (Boyz II Men). Walaupun ketayap ada di kepala.

I'm only human, and I'm so real I have to have some vices lah kan?



Wednesday

Selasa - 07052013

Since semalam hujan lebat, dan tanah pun basah, lecah, memang susahlah nak buat kerja. Tapi aku kena ke kebun jugak sebab aku seorang pekebun kan? Dan sebagai seorang pekebun yang pandai, aku buat pura-pura buat kerja, for a few minutes. Then melepak kat kedai jer lah, sesambil menegok orang menanggalkan poster, bendera, sampah sarap Pilihanraya.

"Poster DAP kalau kita tak turunkan, tak apa kot? Pasal DAP menang", aku tanya Hj Din, ketua kerja PAS. 

"Saya sempat sembang dengan Datuk yang calun DAP tu masa dia datang Pekan Sari ituhari. tak sangka dia menang", aku kata gitu.

"Kita kena jaga dia biar dia menang lagi Pilihanraya akan datang", kata Hj Din.

Long sekeluarga balik ke Jerantut pagi nih, diaorang sure ingatkan aku tak ada kat rumah, itu pasal diaorang terus balik without saying goodbye. Aku tengah mandi kat bilik air belakang rumah masa tuh. 

Aku rasa macam tak best jer harinih, one of those days lah kan? Cuma masalahnya aku nih selalu sangat ada "one of those days" nya. Puas aku fikir, analisa, apa yang buat aku rasa macam tak best tuh. Dari sekecik-kecik benda ke benda-benda kecik jer sebenarnya (tak ada benda-benda besar. My life is so blessed, aku tak ada masalah besar. Mungkin sebab Tuhan tahu aku tak boleh handle masalah besar, so Tuhan kasi masalah-masalah kecik jer. Dan itupun aku tak reti nak handle heheheh). 

In no particular order, benda-beda nih yang buat aku macam down jer seharian nih.

1. Aku bukak FB, Twitter, aku baca sesikit blog-blog politik, aku jadi sakit hati, jadi geram. Banyak penipuan berbukti yang keeps being posted. Sampaikan aku ada terfikir, kalaulah satu waktu nanti Tuhan turunkan bala kat Malaysia nih, aku rasa aku tahu sebabnya, aku rasa masa tuh baru orang akan sedar yang how zalimnya manusia di Malaysia nih. Zalim sesama sendiri, zalim ke atas orang lain. 

Itu yang buat aku rasa tak sedap hati jer tuh.


2. Pagi tadi aku ke Zone 1, aku tengok banyak pokok kacang yang terkulai layu, yang mati. Not less than 20 perdus yang aku cabut buang. Nasib baiklah tak berapa obvious sangat kerongakan baris kacang tuh. Dan aku konfiden yang penyebab kacang tuh mati layu, pasal I was a little too generous masa membaja dulu tuh. Bila aku gali guna tangan, baja jer yang banyaknya.

Susah hidup nih rupanya, you can't be too generous. Aku taruk baja banyak dulu tuh pasal aku ingatkan yang second round tanam nih kena dibuat gitu pasal tanah tuh dah kurang subur. I was wrong rupanya, aku ingatkan tanah nih macam perempuan. Perempuan yang selalu diladang, digauli (for lack of more appropriate words), diaorang makan/minum jamu, Kacip Fatimah, things like that kan? 

Benda tuh jugak yang buat aku rasa down, rasa macam tak best jer sepanjang hari. 

Tapi, pengajaran yang aku dapat itulah, we can't be too generous kadang tuh, walaupun niat kita baik. Kalau seseparuh orang politik macam tu kan ker bagus? Ini kang, asyik nak lebih aje, makin banyak dikasi, makin dia suka, makin dia nak lagi. So, orang politik nih tak boleh disamakan dengan nuts lah. They are not nuts walaupun some of them are. 

3. Aku rasa rentetan persembangan aku dengan Long semalam tuh yang buat aku rasa macam tak best jer hari nih. Banyak unanswered questions, banyak soalan-soalan bocor, banyak ifs and buts yang kitaorang bincangkan. 

"Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Gini lah", kata Long semalam.

4. Ex-housemate aku ada talipun, lepas sembang-sembang tuh baru aku rasa yang it's about time aku ke KL, dah 3 bulan lebih aku tak turun KL kan? Dah 3 bulan lebih aku tak melepak di Bangsar kan? Masalahnya, bila aku dapat turun KL nih? Masa cuti sekolah nanti aje lah peluang yang ada, so aku kena plan dari sekarang. I just need to get away from the nothingness of kamping life. Just for a few days. 

Lepas Asar, sempatlah membaja dan menyangkul 4 baris kacang, then hujan turun. Lega aku, selain dari tak payah kerja, aku tak payah nak menyiram, dan hopefully tanah kat pokok kacang yang terlebih baja tuh akan jadi neutral sikit. 

Malam nih patutnya Ustaz Rugged (Ustaz Tab, pasal dia asyik guna tab jer) kasi Kuliah Ugama tapi majlis dikansel pulak, agaknya Ustaz tuh sibuk (dia nih Ustaz kat Sekolah Sains Raub). Aku kelaparan, so aku ajak one of the jemaahs temankan aku makan kat kedai, aku memang jenis gitu, aku ajak jer sapa-sapa nak buat kawan, walaupun aku terpakas belanja dia makan. Bosan jugak makan sorang-sorang. 

Lepas Isyak rupanya ada Majlis Kesyukuran kat Markas PAS (BN pun ada buat majlis yang sama di Bilik Gerakan diaorang). Kebetulan pulak malam nih Makcik Esah sama Chu tak ada (ada jemaah tuh tanya mak, "Tak andak dah orang numpang kereta deme...") so terus ajelah aku sama mak ke markas. 

Selain Tahlil dan perutusan dari calun PAS (yang kalah), ada jugak peringatan lain dari Ketua Cawangan. Yang kitaorang kena bekerja keras dari sekarang untuk PRU 14 nanti. Tuhan tak kasi jalan mudah untuk those yang bekerja menegakkan Ugama, Tuhan nak tengok setakat mana kita sanggup berkorban untuk ugama. 

Masuk sangat kat otak aku pasal tuh, so aku pun biasalah kan, aku pasang niat dan hajat............

Tuesday

Isnin - 06052013


Balik aje dari masjid aku terus sambung tidur, bangun pun sebab ingatkan Long dah ke kebun. Tengok-tengok, Long masih lena, malas lah aku teruskan peniduran. Aku pergi breakfast, walaupun mak dah ke kedai tadi tuh beli nasi lemak, roti canai. 

Kat kedai, masing-masing riuh bercerita pasal keputusan Pilihanraya. 

"Ada Imang (Imam) di Tersang tuh, dia boleh naik motor sambil kibar bendera DAP, aok tau dak? Kalau bendera PAS, kawan tak heran sangat, ini bendera DAP, tak ker gila namanya tu", aku terdengar orang bercerita gitu, semeja dengan Tok Empat (yang kereta mewah dia masih penuh bendera UMNO). 

Sengeh jer aku mendengarnya, aku rasa bersyukur yang Parlimen Raub nih DAP yang menang, nak kasi celik sikit Melayu-melyu totok yang happy sangat sebab minggu nih ramai yang dapat bantuan barang-barang dapur. minggu lepas Makcik Esah dapat banyak baja. Minggu nih dapat barang dapur pulak. Aku tahu tuh sebab ituhari Chu tanya mak samada mak dapat atau tidak. 

Sekejap jer aku di kebun, tak sampai dua baris membaja, terus aku balik dan sambung tidur, sampailah Zohor.

Lama aku sembang dengan Long masa balik Asar tadi. Tak payah aku ceritalah apa dia. 

"Jangan letak banyak sangat baja, kang mati kacang tu', kata Long masa aku tabur baja kat Zone 3b. Aduss, kat Zone 1, 2, banyak baja yang aku taruk, janganlah mati pulak pokok-pokok kacang aku, tanda-tanda pokok tuh kepanasan, memang dah ada. Elok jer aku siap menyiram di Zone 2, hujan pun turun. 

Lepas Maghrib Long aja balik sebab nak sambung sembang. A lot of bottled-up emotions came pouring out lah kan? Long asked me if I was ok. I didn't even look at him, I kept on staring kegelapan malam, and I said, 'I think I finally am.' He didn't say anything else.

Aku rasa it was a big deal for me. Nobody had asked me if I was ok in a very long time. Dan bila aje somebody had, I lied to them. So to be able to say yes truthfully for the first time in months (if not years) was huge. Bagi aku lah kan? I think it was the realization of all that I had done for myself.  Which made me proud. Which I had forgotten I could be."

Monday

Ahad - 05052013

"Mak nak pergi mengundi pukul berapa?", aku tanya mak masa balik dari masjid Subuh tadi.

"Ikut awaklah bila pun, kita tak ke pasar Minggu Raub ker, nak cari benih kacang?", jawab mak.

"Tak", ringkas dan padat jer aku jawab. 

Aku memang tak ada niat nak pergi cari benih kacang, mak jer yang macam terkilan sebab benih tak cukup sedangkan kawasan yang boleh ditanam masih luas. 

Lama jugak aku breakfast tadi, sembang dengan Mat Nor sama sorang lagi orang kuat PAS, ada jer orang yang kitaorang kenal, teruslah kitaorang kasi nasihat yang sewajarnya.

Dapatlah 5 baris membaja kat Zone 3b, terus aku balik, bersiap dan ajak mak pergi ke Sekolah Kebangsaan Ulu Gali, untuk membuang undi. 

"Biasanya kalau musim-musim mengundi gini nih, banyak kereta yang datang ngambik orang", kata mak. 

Sementara menunggu mak mengundi, aku berlegar-legar kat kawasan pondok menunggu bas yang dijadikan Pondok Panas. Aku pelawa dua orang makciks yang aku kenal, kalau-kalau diaorang nak tumpang kereta masa nak balik nanti. 

"Lama menunggunya, kome tadi dekat dekat 2 jang (jam) baru siak (siap)", kata one of the makciks. So, terpaksalah aku hantar diaorang dulu. 

Bila aku sampai semula ke perkarangan sekolah, aku ke kedai sekejap sebab nak beli air. Tak lama tuh aku nampak mak keluar.

"Kejap jer, ingatkan lama", aku kata kat mak.

"Lama dah siapnya", kata mak.

"Tak lah, saya baru jer nampak mak keluar", aku kata gitu. kantoi mak hehehhe

Kitaorang singgah kat kubur (arwah) pak sekejap, aku ada bawak mini cangkul aku, sebab nak ratakan tanah sekeliling kubur tuh yang dah lekuk sebab selalu kena hujan.

Petang nih hujan, aku sempat membaja 2 baris aje, then hujan turun mencurah-curah sampailah ke Maghrib. Long sekeluarga sampai dari Jerantut just sebelum kitaorang ke masjid. Since malam nih tak ada Ustaz, Long ajak balik lepas Maghrib tuh, memang aku nak sangat, nak check keputusan Pilihanraya.

Aku ingat lagi yang masa aku sibuk-sibuk check keputusan Pilihanraya lepas (tahun 2008), itu hari pertama aku kerja jaga King Mongkut. epanjang jalan ke Forrest Hills, aku asyik check internet jer, dan bila sampai apartment diaorang, aku bukak laptop kat lobby, sampaikan kena tegur dek doorman tuh pasal dia kata dia tak kenal aku so "tak elok" lah kalau aku bukak laptop tuh kat lobby.

Baru aku perasan yang kebanyakan blogs dan websites "pemerhati politik", blog-blog politik, kebanyakan diaorang nih syok sendiri jer, lebih sudu dari kuah jer semuanya. Aku jadi macam confused dengan analisa dan pemerhatian diaorang, dibandingkan dengan keputusan tak rasmi dari portals lain. 

Sampi ke pagi aku sama Long melayan tengok tv. Bagi aku Pakatan Rakyat kalah teruk walaupun ada peningkatan kerusi parlimen yang dimenangi. PAS kalah kat Kedah tapi aku rasa happy bila tahu yang ada a few kerusis yang dimenangi, especially di Pahang nih yang macam kat Johor jugak, kalau BN letak beruk pun sebagai callun, beruk tuh akan dipilih.

Apa yang aku dapat rumuskan, orang Cina (DAP) memang bersepakat, bersatu, sebab majoriti undi diaorang besar-besar semuanya. Memang DAP menang besar. Even kat Parlimen Raub nih DAP menang walaupun calunnya Melayu. 

Melayu yang lebih berpendidikan memihak kepada Pakatan Rakyat, Melayu yang kurang berpendidikan memihak kepada BN.

Sunday

Sabtu - 04052013

kat Pekan Sehari pagi nih jadi macam pesta politik pulak, penuh dengan tali bra talibarut Barisan yang menunggu di segenap jalan masuk, di seluruh ceruk. Masing-masing bawak souvenirs notepad, alat-alat tulis, disamping bahan-bahan bacaan. Dari satu meja ke satu meja diaorang pergi.

"Lu ambik balik, saya tak mau", aku kata gitu bila segerombolan Ah So datang sambil hulur kat depan aku a few things.

"Tak apa, you ambil saja ma", kata one of the Ah Sos.

Aku geleng kepala sambil terus aje minum. Lama jugak aku di kedai makan Samad tuh, bila calun Parlimen Raub (DAP) sama orang-orang PKR dan PAS datang, baru aku ceria sikit. 

Long menyangkul dan membersihkan Zone 4, aku menggali pokok-pokok kacang yang banyak tumbuh sendiri kat Zone 4 tuh, then pidahkan ke Zone 3a. Banyak sebenarnya yang tumbuh sendiri, sampai 11 lebih aku mengerjakannya. 

"Banyak kerja menanam kacang nih....", aku terdengar mak kata gitu masa dia bersembang dengan Long. Obviously diaorang dah tak nak aku tanam kacang dah tapi bagi aku, kalau nak tanam benda lain pun, apa salahnya tanam kacang jugak? Tanaman lain, cili for example, boleh ditanam di tempat lain, luas lagi tanah yang boleh dikerjakan. Tengoklah macamana nanti, aku akan pertahankan tanah kacang tuh dari jatuh ke tangan pokok cili. 

"Nak buat macamana, macam yang ini ker macam yang itu?", Long tanya aku masa kitaorang ke kubur. Kitaorang nak suruh Mat Nor kerjakan kubur (arwah) pak tapi tak tahu nak 'design" yang macamana. Aku tak kisah macamana pun tapi aku ada terfikir, berapa lah yang dia akan charge nanti tuh. 

Dapat dalam 5 baris membaja petang nih, aku ke kedai, makan tom yam. Apasal aku dah macam tak berselera aje nak makan kat rumah hah? Long balik ke Jerantut petang nih, esok balik sini semula pasal Pahang cuti sampai Selasa. 

Aku pesan dengan mak yang lepas Isyak nanti kitaorang "pura-pura' nak terus balik sebab nak kena hantar Chu sama Makcik Esah. Sebenarnya kat Markas PAS ada Solat Hajat, dan kitaorang nak join. So, untuk tak buat Chu sama Makcik Esah rasa uncomfortable (aku terpaksa hantar diaorang balik) macam tu lah plannya. Lepas hantar diaorang, kitaorang patah balik ke Markas. 

Tapi, dengan mak nih, plan-plan gitu memanglah tak akan menjadinya. Lepas jer Isyak, aku tengok mak sorang jer yang datang ke kereta. Chu sama Makcik Esah terpaksa menumpang kereta orang lain (yang tak pergi solat hajat, i.e orang UMNO), itu yang aku rasa terkilan sangat tuh. Aku tanya mak apa pasal tak buat macam yang diplan tapi mak biasalah, ada jer jawapan tersedia. Yang tak masuk kat akal aku. Harap-harap Chu sama Makcik Esah tak merajuk. Buatnya diaorang dah tak nak tumpang kereta untuk pergi Subuh sama maghrib (and Isyak), payah jugak nanti. 

Syahdu jer masa Solat Hajat berjemaah tadi, semua imam dan Ustaz yang ajar mengaji tuh ada datang, kecuali sorang yang kuat UMNO tuh. Cina DAP pun ada datang. 

Saturday

Jumaat - 03052013

Betul-betul malas aku nak ke kebun pagi nih, tah pasal apa aku pun tak tahu. Pukul 8 lebih aku baru pergi breakfast, mengadu kat S, kata yang aku tak ada mood nak kerja. Then lepas makan tu aku lepak lama jer, sesambil baca paper.

Kalaulah tak ada budak-budak perempuan datang mengaji, aku rasa aku dah masuk semula ke rumah. Tapi sebab diaorang ada datang, terpaksalah aku ke kebun buat kerja. Membaja kat Zone  tu lah. Dekat 2 jam buat kerja. Balik dari break, tengok-tengok Mat Nor tengah sembang sama mak. Dia datang nak ambik duit nak repair garaj, dia akan buat lepas pilihanraya nanti. 

Long balik lepas Asar, sembang-sembang dia kata yang lebih elok kalau tanam cili aje sebab tanam kacang nih banyak kerja, lagipun hasilnya cuma sekali. Kalau tanam cili, hasilnya berulang kali, kerja pun tak berat. Aku macam kurang setuju sebab aku rasa dah sebati dah jiwa aku dengan menanam kacang tanah. Lecehlah tanam cili, simple sangat, tak challenging langsung. Dan yang pentingnya, hasilnya tak boleh dimakan. Kalau kacang tanah, selain boleh dimakan, boleh dijual. Cili nih, terpaksa dijual aje lah semuanya kan? Lagipun, aku yang menanamnya, aku yang akan mengerjakannya, so ikut aku lah apa yang nak ditanam, kan? 

Malam nih Ustaz pun tak ada so Long ajak balik lepas Maghrib. Ada banyak makanan yang mak bawak dari surau tadi so aku panaskan laksa, rebus telur, potong bawang, cili, limau, timun. Jadi kaw laksa aku.

Malam nih NFP (Non-farm Payroll) sama Unemployment Rate (US), hari yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan Traders. 

Tak nak cakap banyaklah, tapi aku rasa bengang jer pasal aku closedkan position aku awal sangat, kalau tak sell poitions (EURUSD sama GBPUSD) aku boleh makan banyak pips. Dan gold positions yang aku hold sejak semalam, banyak yang kena libas, cuma tinggal 2 aje. So dapatlah sikit profits, mungkin minggu depan aku buat third withdrawals lah.

Friday

Khamis - 02052013

Tiba di masjid pagi tadi, aku tengok banyak buku-buku dan risalah-risalah berteraburan di lantai. Aku kutip, aku tengok tajuknya aku dah tau yang itu angkara politik. Satu tuh buku pasal Anwar Ibrahim, satu lagi risalah pasal DAP sama PAS. Semuanya mengutuk pembangkang. Terus aku kumpulkan satu persatu, aku nak buang jer lah sebelum Jemaah lain nampak. Tak ada pulak diletak video seks orang kenamaan, kalau tak tuh sure aku ambik satu heheheh.

"Buku apa ni, buku masjid ker?", tanya Imam Hj Mat yang kebetulan baru sampai.

"Tak, buku politik, ada orang longokkan kat sini. Buang jer lah", aku kata gitu. 

"Buang jer lah", kata Imam Haji Mat.

"Diaorang nih, tak habis-habis buat fitnah. Orang macam ni ker kita nak jadikan pemimpin?", aku kata gitu sambil terus kumpulkan semua risalah tuh. Aku tahu (mak beritahu aku ituhari) yang Imam Hj Mat nih penyokong kuat UMNO, he's the only Imam kat sini yang sokong UMNO, yang 4 lagi tuh semuanya orang kuat PAS. Aku rasa lega jugak dapat "mentarbiah" Imam tuh, walaupun dalam bentuk sindiran. 

Kat Malaysia nih ramai Imam dan Ustaz Pembangunan.

Aku teruskan aktiviti membaja di Zone 1, by the time aku berhenti tu, siaplah separuh kerjanya. Aku kena siapkan sebelum hujung minggu sebab minggu depan aku dah kena mulakan Zone 3b pulak. Nila aku ke Zone 3a, aku tengok yang banyak kacang yang aku tanam dengan kulit-kulitnya dulu tuh, banyak yang dah tumbuh. Cepat jugak kan? Aku tak expect secepat ini. Mungkin sebab hujan yang turun hampir setiap hari kot? 

Mak puasa dan malam nih ada jamuan kat masjid, so mak tak memasak. Aku keluar makan cepat sikit pasal biasanya kalau lepas Zohor, semua kedai dah habis lauk pauk. On my way balik aku singgah kedai baja, beli 3 guni lagi. Terpaksa guna duit sendiri, sebab tak nak mak tahu yang so far aku dah beli 6 guni baja. Tak apa, nanti bila dapat hasil nanti, aku claimlah balik. Claim sendiri-sendiri jer.

Lepas Asar pun aku masih membaja, takat buat syarat jer lah. Then menyiram kat Zone 2, tak sempat habis kerja, dah nak masuk Maghrib. Long ada talipun beritahu yang dia nak belikan pam air kecik, boleh guna air dari anak sungai tuh aje. Esok petang Long akan balik.

"Banyak kacang yang mati (kat Zone 2) tuh, tak tahu mengapa", aku beritahu mak.

"Baja....", jawab mak.

Aku agak dah memang mak akan jawab macam tuh.

"Bukan pasal baja sebab sebelum letak baja lagi dah ada yang mati, dia kering gitu jer, pastu layu. Tanah agaknya, dulu pun gitu jugak, banyak yang mati", aku kata gitu.

"Haruslah...", kata mak.

Ok, aku rasa legalah sikit bila mak dah tahu yang pokok kacang mati bukan sebab salah membaja, tapi sebab lain. Selain dari kacang yang mati tanpa aku tahu sebabnya tuh, aku pun macam was-was jugak sekarang nih, aku taruk baja banyak sangat ker sebab dah 3 guni baja yang habis? Tapi aku rasa kali ini aku taruk banyak sikit jer, bukan banyak banyak. 

Ustaz tak ada malam nih, so Kuliah dikansel, digantikan dengan bacaan Yaasin sama Tahlil. Tak ramai yang stay sampai jamuan pasal kat Dong ada ceramah Mat Sabu. Ada jugak diaorang ajak aku pergi.

Lambat aku tidur malam nih pasal lepas layan Forex, aku layan Survivor sama Cash Cab New York pulak. Survivor sama The Amazing Race dah nak sampai penghujungnya, so simptom-simptom withdrawal tuh dah datang, itu yang aku beralih ke Cash Cab New York pulak tuh, after all Ben Bailey (host) tuh dinominate untuk Day-time Emmy Award. 

Forex pulak, sebelum pergi Maghrib aku ada masuk positions with very tight stop losses, EURUSD sama GBPUSD. Malam nih dalam 7-45 pm (masa aku kat masjid) ada Rate Cut Decision by ECB (European Central Bank), followed by commentary dan press conference by its Chairman, Mario Draghi (kalau kat US tuh macam Ben Bernanke lah, Chairman  of Federal Reserved)

Tak nak cakap banyaklah tapi both my Stop Losses tuh kena hit. 

Dan tak nak cakap bayak jugaklah, aku sekarang ada 5 buy positions (gold) yang masih aku hold, cuma satu yang negative dan 4 yang lain tuh positive. I'm going to keep holding these positions sampailah line of defense masing-masing (yang aku adjust from time to time) kena hit. 

Until then aku tak nak masuk mana-mana position lain dulu, nak concentrate gold aje lah buat masa sekarang.


Thursday

Rabu - 01052013

Slow and steady jer aku membaja kat Zone 1 pagi nih, barisnya panjang-panjang dan pokok kacang banyak yang rapat-rapat so kadang tuh tak boleh guna cangkul, terpaksa guna mini cangkul.

Kalau dulu cuma 18 batas/baris tapi sekarang nih 26 baris yang setiap baris tuh double kepanjangannya dari dulu tuh. So secara kasar, ada 52 baris/batas kacang kat Zone 1. Nampak macam tak banyak tapi sebenarnya banyak. Kat Zone 2 sama 3b pun macam tuh, semuanya double dari yang mula dulu. 

Itu yang aku tak heran sangat yang Zone 4 tak dapat ditanam (sebab tak ada benih) sebab jumlah yang ditanam sekarang nih almost double. Dan aku rasa, kalau ditanam di tempat lain pun, aku dah tak boleh nak handle semuanya. Yang sekarang nih pun nasib baiklah for the past few days hujan sentiasa turun, dan aku tak payah meyiram, dan kerja membaja pun senang sebab tanah lembut. Bayangkan kalau hujan tak turun, tanah jadi keras, aku kena sembur air dulu baru boleh membaja. Mana aku nak menyiram lagi kan? Masa kerja pun tak lama, especially petang, cuma sesejam lebih sikit aje. 

"Lain suara awak dari semalam, dah baik demam ker?", Akak The tanya, kat talipun.

"Mak tak ada, kat surau, bolehlah cakap kuat-kuat sikit. Semalam tuh masa awak talipun, mak ada, itu yang kena cakap slow-slow", aku kata gitu.

So bersembanglah kitaorang. 

"Tapi ingat, I cannot go on living like this.....", aku kata gitu.

"The tahu tu, you have your own life, itu yang The kesian kat awak tu", kata Akak The.

"I'm putting my life on hold tapi I'm ok with that. Cuma.... tahun depan I need a few months break at least. So be prepared lah.....", aku kata gitu.

"Yes I understand", kata Akak The.

"Tapi, tak ada apa nya lah, kalau Long tak jadi nak buat rumah kat tanah mak nih, InsyaAllah aku boleh buat. Bukan sekarang tapi akan datang. Yang pentingnya I need a few months off tahun depan, lepas tuh aku balik semula and we take it from there', aku kata lagi. 

Petang nih gaya macam nak hujan sangat tapi tak turun-turun jugak, nampak gayanya musim hujan dah selesai, kena kerja kuat lah sikit nanti nih. Baja bag ke 3 dah hampir habis sedangkan Zone 1 belum pun separuh dibaja. Zone 3a, 3b nanti? Nampak gayanya aku kena beli lagi 3 guni baja, sure mak terkejut dan tak percaya nanti tuh, so aku nak beli diam-diam, masa mak mengaji. Dan kalau mak tanya berapa guni baja yang aku guna untuk keseluruhan, aku akan tetap kata cuma 3 guni walaupun aku jangka 6 guni semuanya. Sebab mak sure akan kata yang aku taruk banyak sangat baja (sampaikan pokok kacang ada yang mati) sedangkan mak patut faham yang ini kali kedua menanam, sure kena taruk baja lebih sikit, kan? Aku rasa macam tuh, kot?

Sikit pun tak salah, Ustaz Simon Cowell tak ada pun tegur bacaan aku masa mengaji malam nih, much to my surprise lah kan? Aku dah pasrah dah, macamana pun aku cuba baca yang terbaik. Ustaz nih, dalam aku tak berapa berkenan tuh tapi deep down aku berterima kasih dengan dia sebab dialah yang buatkan aku sentiasa cuba perbaikkan bacaan Quran aku. Tak kisahlah dia suka perli, suka sindir, dan gelak-gelak. Sebab kalau dia tak buat macam tuh, aku tak akan sedar yang bacaan aku kena diperbaiki.

Wednesday

Selasa - 30042013

Awal jugak aku ke kebun pagi nih, membaja kat Zone 1. Aku siapkan 3 baris sebelum pergi mengeteh untuk kedua kalinya pagi nih. Iyalah, aku masih belum sihat, kena banyak minum teh o limau panas. 

"Kawaih (aku) tak pernah beli baja, mintak jer di Pejabat Pertanian terh (tu)", kata S, dia nih macam aku jugak, kerjanya tak seberapa tapi mengeteh yang lebih. Keadaan kerja sekarang membolehkan aku mengeteh 2 kali setiap pagi, nanti bila dah membesar kacang aku, dan hujan pulak tak turun, aku tentu akan sibuk, tak ada masa nak melepak sangat. Sekarang nih kerja macam tak ada pressure, lepas siapkan Zone 1 nanti, aku akan membaja kat Zone 3b pulak, dan Zone 2 aku cuma perlu menyiram aje.

"Habis, tak pernah beli baja ker? Memang boleh mintak kat Jabatan Pertanian ker?", aku tanya S lagi, saja nak korek rahsia sebab kan ker dia selalu mintak duit kat mak untuk beli baja? Beli baja mahal pulak tuh. So, secara tak sengaja, pecahlah tembelang dia, yang selama ini dia menipu, mintak duit kat mak untuk beli baja tapi baja yang diguna tuh semua baja subsidi yang diambik kat Jabatan Pertanian. 

Aku sampai rumah aje, tengok-tengok dah banyak kereta, harinih kan ker Jabatan Pertanian nak buat demo macamana nak hapuskan pokok pisang yang terkena penyakit MOKO? Aku tak expect ramai yang datang tapi dalam 20 bijik kereta yang tiba. Kebanyakannya Pegawai Pertanian yang dari Daerah Kuantan, Raub dan Bentong. Adalah jugak a few pekebuns dari Daerah Raub nih. 

Since aku tuan rumah, so aku kena lah sentiasa di sebelah Pegawai tuh, aku sure sangat yang tentu ada gambar aku dalam mana-mana bulletin Pejabat Pertanian nanti tuh, silap-silap mauk paper, at least paper Sinar Harian.

Latihan tuh latihan lanjutan, hands-on punya latihan, untuk Pegawai yang dah pergi latihan teori ituhari. Tapi berguna sangat untuk kitaorang yang tak tahu menahu pasal bakteria yang menyerang pokok pisang seluruh Pahang nih. Aku bersyukur sangat S ada sebab dia yang handle bahagian pisang so dia yang tahu nak jawab. Aku? Orang tanya racun jenis apa yang aku guna, puas aku korner ke lain kasi jawapan. Diaorang tanya pisang apa yang ditanam, aku cuma dapat jawap pisang sematu, nasib baiklah diaorang tak tanya aku, itu pisang apa, ini pisang apa. Dalam 2 jam sessi demonstrasi tuh, memang ikut buku habis, ikut teori bulat-bulat. Mak sediakan air untuk diaorang, berpiknik akhirnya sebab diaorang ada bawak bekal nasi ayam. 

Aku lupa langsung yang petang nih ada mengaji, sepatutnya semalam tapi diganti dengan hari ini. Itu yang aku tak praktis baca pun, so tak heranlah tergagap-gagap aku membaca, tak lancar. 

Syukur, petang nih hujan lagi, sebelum Asar. Melepak jer lah aku, melayan badan yang tak berapa sihat. Aku cadang nak beritahu mak yang aku tak dapat nak ke masjid malam nih tapi aku kuatkan jugak semangat. Malam nih ada Kuliah ugama Ustaz rugged, aku suka kuliah dia, santai dan aku suka cara penyampaian dia. Cuma yang aku selalu peratikan, yang aku selalu fikir, dia nih, aku rasalah kan, kaki internet kot. Agaknya lebih teruk dari aku. Sebab almost setiap masa dan ketika, dia sampai aje masjid, lepas sembahyang sunat, dia check tab dia, kejap-kejao scroll tab. Dia selalu jugak mention pasal Twitter, FB, blog, so aku boleh agak yang he's very internet savy.