Friday

Jumaat - 6/1/2012

Sesehari dua nih aku asyik pening kepala aje, bukanlah pening yang teruk tapi pening yang sikit-sikit tuh, yang enough untuk menguncomfortablekan kehidupan seharian. Bila pening yang doesn't seem to go away gini, mula lah fikir bukan-bukan kan? David boss aku dulu, kalau pening macam nih sure dia cakap, "Ooo God, now I think I have brain tumor".

Aku rasa this has something to do dengan benda yang aku makan kot? For the past few days, salad is the word, salad is my only makanan. Itu yang aku rasa badan aku banyak angin jer nih. Benda yang elok-elok, kalau dimakan terlau banyak pun akan jadi tak elok jugak kan? Likewise, benda yang tak elok tuh, kalau dimakan banyak-banyak, akan jadi elok jugak, kan? Errrr, patutnya gitulah kan? 

Memang pun, aku asyik nak kentut aje kerjanya. Asyik kentut melulu. Melulu yang bertalu-talu. Nasib baiklah banyak makan sayur so kentut nya tak berbau. 

And so tadi, lepas Sembahyang Jumaat, aku ke Midvalley. Selamba aje pergi Oasis Food Court tuh pakai kain pelikat. Makan kat Portugese Grille tu lah, ikan sama petai. 

Kalau berterusan macam nih aku rasa aku kena pergi berbekam kepala lah, dah lama dah tak berbekam nih. Ada 2 kemungkinan lain apa pasal aku asyik pening aje nih. Mungkin sebab aku asyik dok menengok screen laptop kot? That could well be the reason. Ataupun sebab aku asyik memerap di rumah sampai tak berjalan otak aku, bila otak tak berjalan, dia asyik main-main kat satu tempat tu jer lah, itu yang buat kepala jadi pening tuh.


The whole day aku memerap kat rumah, cuba-cuba mentelaah dan mengkaji benda-benda yang berkaitan Forex yang banyak sangat kat internet nih. One of my azams, nak cuba belajar some (if not all) aspects of technical indicators. Walaupun I'm more of a fundamental guy, dan aku tahu yang aku tak percaya all those technical jargons and shit tapi I need to know them. Geram jugak bila tengok orang lain yang berbuih-buih mulut bercerita pasal benda-benda technical (tapi habuk pun tarak, harapkan tunggu set-up yang happens to be a false signal) sedangkan aku, tengok/baca chart pun tak reti. Apa tah lagi nak buat analisa. 

First Friday of the month memang ditunggu-tunggu oleh sesiapa yang memorex, sebab ada report pasal Non-Farm Payroll, the single most traded report. Report tuh keluarnya pukul 8.30 ET, by US Labor Department. Since aku akan berjaga sampai pagi, sampai Forex Market ditutup for the week, so aku decided nak keluar ambik angin. Jugak untuk cari peluang nak bercakap, sepanjang harinih macam semalam jugak, aku tak bercakap pun. But I do remember yang aku ada kata, "Son of a bitch!", bila elok aje aku closekan one of my sell positions ( 1 pip profit), price terus reverse dan turun. 

On my way to Leeyas Corner tadi, ada lah this Apek mintak sedekah. Aku, memang dari dulu, aku tak kira sapa, Melayu ker, Cina ker, sapa-sapa lah yang mintak sedekah, InsyaAllah sure aku kasi seseringgit dua. The moment aku nak seluk pocket nak ambik duit, aku nampak Apek tuh keluarkan cellphone dia. And I was like, "Fuck, his cellphone tuh is much more expenxive than my cellphone (*stupid-phone to some people)". Terus aku tak jadi kasi apa-apa. (Tapi aku terkasi jugak lastnya, on my way balik tuh. Mungkin tadi tuh cellphone mainan kot?)

Sampai dekat Maghrib jugak aku melepak kat Leeyas Corner tuh, makan Nasi Ayam, sesambil memerhatikan orang. Ramai orang yang lalu lalang, yang makan, sampaikan letih aku memerhati sebab every single person yang mata aku tertengok, ada jer benda yang aku fikir.

I lead a friggin' boring life sekarang nih kan Dear Diary? Macamana pun, you have to understand Dear Diary, everything has to be documented. So bear with me *mamposlah statement artis pencen lagi* lah Dear Diary. And I do hope you still like me for my oddness, my awkwardness, all of those things that I hate about myself.

Thursday

Khamis - 5/1/2012

Believe it or not tapi aku tak cakap sepatah perkataan pun harinih. Kejap, kejap, kejap, nih aku nak cuba ingatkan apa yang aku buat harinih. 

Pagi-pagi lagi lepas Subuh, aku pergi jogging, kat tasik di sebelah Amcorp Mall. Memanglah tak bercakap, kan?

Balik tuh aku singgah kat kedai, ambik papers 2 ketul dan terus bayar. Pun tiada adanya lontaran suara dari bibir aku.

Since aku breakfast kat rumah, memanglah tak ada harapan untuk aku membuahkan kata-kata kan? By the way aku punya cereal yang dibeli semalam tuh dah nak habis dah sekotak pasal aku asyik makan benda tuh aje. Mamposlah, habis tuh nanti terpaksa lah makan oats lah pulak. Bukan aku sengaja lengah-lengahkan makan oats tapi memang tak sedap pun, walaupun aku tahu yang aku kalau makan oats, oatsnya taruk sikit aje, lebihnya taruk buah sama kismis aje yang banyak. And why in the world lah aku beli oats tin besar semalam tuh? 

Tengahari sikit aku ke Jusco Midvalley, beli barang sikit. Kat situ aku hampir terbercakap. Tapi bila awek tuh tanya, "Encik ada card ker?", aku cuma gelengkan kepala aje. 

Lepas tuh melepak kat rumah aje lah, lunch, memorex etc. Ini hari kedua tak makan nasi, selamba aje makan salad yang aku lost count berapa banyak bahan-bahan yang aku taruk, hence itu yang rasa sedap dan tak jemu dimakan tuh. Sat aku bilang, lettuce (3 jenis), kobis bunga, kobis kaler unggu tuh, carrot, mentimun, celery, sweet corn, green bean, bawang besar, muesli, raisin, telur rebus, tomato, apple, grape, green pepper, cheese, and a few others. See, mana lah tak letih aku nak memotong more than 20 bahan tuh kan? 

Forex-wise pulak, I'm still holding on to my positions, short EURUSD, GBPUSD, AUDUSD dan long USDCHF. Out of curiosity aku masuk short positions EURJPY sama EURAUD tapi kejap jer EURAUD tuh terus kena hit SL aku, dan terus dia reverse. So petang nih aku buat kajian lah sikit pasal that pair yang aku baru trade tuh, as of writing nih, dekat 100 pips floating profitsnya. Aku rasa aku nak lock position tuh instead of ambik profits, tengoklah macamana.

Euro is still down, most Euro pairs semuanya down. Eurozone sekarang tengah mengalami debt crisis (bukannya Euro crisis), so aku akan ikut trend aje lah which is down. Aku cuma ada satu pair yang masih "sangkut", AUDUSD. 

Housemate aku belum balik cuti lagi sejak bapak dia meninggal, kalau tak ada jugak member berborak.


Wednesday

Rabu - 4/1/2012

Tak ada apa pun yang aku buat harinih, nothing worth mentioning pun. Tapi blog kena diupdate jugak so tulislah apa yang patut, kan? 

Semalam tidur lewat, way after Subuh, so pagi tadi dalam pukul 10 lebih baru bangun. Biasalah, pergi breakfast and all, then memorex. Bosan jugak aku rasanya memorex nih, letih rasanya sebab nak "mengejar" price yang turun naik tuh. Kalaulah modal besar, or at least a few thousands USD, sure tak risau apa pun, masuk positions dan tunggu aje TP. Ini, sebab modal kecik, bila price moves against position kita, mulalah kecut perut. Aku fikir-fikir jugak tadi, macamana lah dengan Forex aku nih, walaupun masih bertahan tapi memenatkan. As I said, memenatkan pasal modal aku kecik. 

The only thing yang aku buat tadi, aku ke Midvalley. 2 kali. Ke Carrefour. Beli barang-barang dapur. Leka jugak nak memilih benda-benda yang nak dibeli. Tak tahu lah tapi dalam 200 habisnya tadi tuh, itupun beli benda-benda basic aje. Ada aku terfikir, kalau breakfast dan makan kat luar, sama aje habisnya kan? 

Tapi itulah, kalau kat gerai di Malaysia nih ada jual oatmels for breakfast, salad for lunch ad dinner, tak payahlah aku nak bersusah-susah beli barang. 

The rest of the day bersih-bersihkan dapur, fridge yang macam tak pernah diguna tuh penuh dengan barang-barang aku. Hopefully seseminggu nih aku makan benda-benda yang I used to eat masa kat US dulu lah. Tadi lunch aku makan banana-nut cereal + honey & Mango Tango Muesli + strawberry-flavored milk. Esok pagi kena start makan oatmeals lah. Cereal aku, atau salad, atau oatmeals, aku biasanya taruk banyak fruits sama raisin sama muesli, kalau tak tuh kureng sikit. As for dinner karang, aku dah siapkan potong semua mak nenek bahan yang aku beli tadi, tunggu nak potong cheddar cheese aje sebab nak beli grated cheese tuh mahal gila, so beli yang keping-keping, murah sikit. Then rebus telur atau buat scrambled egg, atau beli ayam goreng seketul dua, ricih-ricihkan taruk dalam salad. 

Aku kena pergi seround lagi ke Midvalley nih sebab track bottom aku tertinggal kat Hulu Langat, aku rasa nak start jogginglah semula.  

Tuesday

Selasa - 3/1/2011


(Updated 11.59 pm)


Dear Diary, 


I need to write this kat blog. I don't know why but I just have to write this down somewhere. Lagipun, biasanya, apa yang aku cakap/niatkan, biasanya menjadi kenyataan, so here's hoping yang InsyaAllah benda nih akan jadi kenyataan sebab this is the second time I'm writing this down kat blog nih. And I will keep repeating it if I have to. 

Tadi, masa memanjat rambutan, mak sedara aku, Chu, ada talipun Mak. Chu nak buat Umrah bulan Mei nanti, so dia tanya Mak kalau-kalau Mak atau sesiapa adik beradik kitaorang yang nak join sama. Mak Pak aku dah a few times buat Umrah, dah lama buat Haji nya pun.


And so aku "terpaksa" beritahu Mak Pak yang aku ada plan nak bawak Mak Pak buat Umrah, aku hanya boleh buat passport semula akhir tahun depan. So, aku mintak Mak Pak sama-sama doakan semoga niat tuh tercapai, kalau bertiga yang berdoa kan lagi bagus. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat tubuh badan. Amin.

------------------------------------------

(Updated 6.15 pm)
Aduss, untung Forex yang dapat semalam dah lebur pasal EURUSD, UADUSD sama GBPUSD rally, dan USDCHF turun. Aku taruk stop loss besar-besar, tak sangka pulak semua nya tuh akan kena hit. Tak ada rezeki lah harinih. 
------------------------------------------


(Updated 1.05 pm)
Macamana aku tak terperasan message dari member Forex yang aku nak jumpa tadi tuh aku pun tak pasti pasal apa. Mungkin sebab aku tengah sibuk berkemas kot, mana nak mengecheck Forex lagi. Tak ada rezeki nak jumpalah kot. 


Macamana pun, here I am tengah makan kat this one restaurant masakan tradisional Pahang, Ratu Rasa. Ada jual Nasi Keludi, what the hell is that? Aku makan nasi lauk ikan patin, sambal tumis terung pipit (terung manggo) campur petai, tempoyak, sama sambal tempoyak. Dessertnya pulak cendol gula kabung (gula melaka). Best gila, heaven!


Sat lagi nak balik KL lah, kalau aku tak terpergi Kuantan nanti nih. Tengoklah macamana.


-------------------------------------------------------------


Aku just informed Kinky yang aku tak datang kerja dah. 

Aku decided nak balik KL harini lah pasal kebetulan ada kawan Forex yang aku terjumpa kat internet, kebetulan pulak dia akan datang ke Raub. So, lepas jumpa dia karang, makan-makan, sesambil memorex sekejap, then aku baik KL kot, InsyaAllah.

Semalam aku tak boleh tidur sangat pasal asyik beringus jer hidung, sini dah lah sejuk, aku pasang kipas, tak berbaju pulak tuh. Forex pun ok semalam, seperti yang aku jangka dan nak, walaupun tak ada big surprise moves tapi enough to keep me awake the whole night thru.

Pagi nih aku tak buat apa pun sangat, semak samun kat sekeliling rumah nih Pak nak upah orang aje untuk meracunnya sebab Pak tak sihat. Aku tolong Mak Pak memetik rambutan aje tadi, ada orang nak beli. Murah gila Mak Pak aku jual, RM 1.40 sekilo, patutlah orang tuh nak kan sebanyak mana yang ada. 

Then aku memanjat lah pokok rambutan tuh, my first experience tengok rambutan sendiri sebanyak itu, itu yang aku asyik bersyukur jer sepanjang kat atas pokok tuh, besarnya limpahan rezeki Tuhan. Dan aku rasa macam bangga jer sebab aku rasa aku nih macam Pak aku masa muda dulu. Dalam ramai-ramai adik beradik lelaki, (7 orang) aku rasa aku yang mewarisi takhta keterreran Pak, ekekkeekeke. Apa tak nya, masa Pak muda dulu, Pak selalu ambik upah memanjat rambutan, Pak terrer sangat bab-bab menjala dan menangkap ikan. Itu yang aku rasa semacam jer tuh sebab dalam masa sekejap aje aku pun terrer buat dua-dua kerja tuh, menangkap ikan sama memanjat pokok. 

Now, kalau aku reti memanjat pokok kelapa, itu lagi bagus. 

Ok, caio, nak ke Ratha Kari Kepala Ikan kat Raub, will update from there InsyaAllah.

Monday

Isnin - 2/1/2012

(Updated 5.40 pm)

Entahlah, asyik makan aje aku nih. Aku kat meja di dapur nih, memonitor Forex aku, since tak ada movements sangat, tangan aku yang banyak bergeraknya. Semuanya aku makan, nasi pulut, bubur kacang, dan hampir sebalang keropok. Then keluar ke berandah kejap petik rambutan. Such a bliss.

(Updated 2.10 pm)

Slow gila Forex petang nih, tunggu London atau New York sessions lah kot baru laju sikit. Ker Traders masih cuti lagi nih?


--------------------------------------


Aku kat rumah my parents nih kat Raub, Pahang. Sunyi sepi jer rumah nih, pintu pun bertutup sebab Pak aku tak sihat, kat sini sejuk sebab kawasan bukit. Aku tak nak Mak Pak aku risau sebab aku beritahu aku dah tak kerja, so aku kata lah yang rezeki kat mana-mana, banyak kerja. Aku boleh even kerja sama Teh atau Nuar kalau terdesak sangat nanti. 

Rumput, semak dah macam lama tak berpotong tuh, percaya ker Pak kalau aku guna mesin rumput tuh pasal selama ini aku tak pernah buat kerja-kerja berat macam tuh.

Tak tahu bila nak balik KL nih, esok lusa lah kot. Tak pun melepak sini aje lah sebab internet connection pun ok untuk aku memorex. Tapi, takut pulak Mak Pak aku kerayan nanti pasal aku tak balik-balik KL kan?

Ok, kang aku update lagi kot, InsyaAllah.

Sunday

Ahad - 1/1/2012

Another lazy day today, tidur lepas Subuh, bangun pun just in time untuk lunch. Cadangnya nak ke MidValley sebab nak beli barang-barang tapi aku kan ker nak balik Raub, besok? Baru 2 hari aku makan kat luar, sikit pun tak rasa macam "guilty" gitu. Lain rupanya kalau kita masak sendiri dengan makan kat luar nih. Kalau masak sendiri kita akan mudah terasa keguiltyan bila memasak benda-benda tak bagus tuh, tapi kalau makan kat luar, tak ada pun perasaan macam tuh. 

Spent the whole day kat rumah harinih, bersih-bersihkan mana yang patut. I have no idea bila nak start cari kerja, untuk seseminggu nih aku nak melepak dulu, nak hilangkan lenguh-lenguh di badan. Luka-luka ditangan dan kaki biar ok semula dulu, tadi pun asyik sapu lotion Baby Johnson jer seluruh badan.

I know, my blog is going to be boring untuk sementara waktu nih. So aku tak nak tulis panjang-panjang. 

Sabtu 31/12/2011

Sampai ke pagi aku online semalam, memorex, walaupun tak buat apa-apa transactions, tak ada masuk positions pun. 

Lepas Subuh aku baru tidur, bangun pun dah dekat pukul 10, just nice untuk pergi breakfast nasi lemak kat Leeyas Corner, Jalan Riong. Balik tuh sambung tidur semula. Tapi a few times Kinky talipun, aku tak jawab pun, then dia hantar message tanya kat mana aku letak kunci gen set. Macam marah jer sebab soalan dia tuh dia taruk banyak ???????????? Aku pun beritahu yang kunci aku kan ker dah kasi kat mamat Indon tuh? Aku pun taruk banyak ?????????? jugak. Kinky nih mudah kelam kabut orangnya. 

Petang, pergi potong rambut kat UOA Building, then makan beriyani kat kedai mamak. Aku jarang sangat masuk kedai mamak tapi the one yang aku pergi tuh nampak macam ok, tak ramai orang, dan yang pentingnya tak panas. Kipas banyak kat mana-mana. The one reason pasal apa aku jarang masuk kedai mamak, pasal itulah, panas. Mungkin sebab tak ada kedai makan Melayu lain, tu pasal aku ke kedai yang sebelah pejabat online paper tuh. 

Aku talipun Pak, beritahu yang nak balik besok tapi esok Pui pun nak balik nak bawak kawan-kawan dia yang nak pergi berkelah kat airterjun, so aku kata yang aku akan balik Monday aje lah.

Bosan melepak kat rumah, aku decided untuk merempit sempena malam tahun baru. Pukul 10 aku keluar, jalan aje ke stesyen monorail KL Sentral. Masa nak melintas ke jejantas, ada this one Benggali mintak tolong tolakkan motor dia yang tak mahu start. Berpeluh-peluh aku menolaknya, sampai dua kali baru boleh hidup. Happy aku sebab small things like that lah yang buat hidup aku bermakna. 

Ya ampun ramainya orang kat Bukit Bintang and aku rasa akulah the oldest guy kat situ. Tapi apa aku peduli, aku jalan aje merayau-rayau menengok kelaku orang. Ada live band kat Sungai Wang, I swear mamat yang nyanyi lagu Sweet Child Of Mine (Guns N Roses) tuh, fucking brilliant! Terpukau aku dibuatnya, aku yang level-level tengok konsert Bon Jovi, Bryan Adams, The Police, The Eagles (kat Madison Square Garden pulak tuh) pun boleh terpukau dibuatnya. 

Sampai ke Pavilion aku merayap, just in time untuk countdown to Tahun Baru. Boleh tahan jugak crowd kat Bukit Bintang nih. Balik tuh aku menyusur Jalan Pudu, sampai ke LRT Masjid Jamek, nasib baiklah aku tak ke Dataran Merdeka, aku rasa kat situ penuh dengan Indons aje. Boleh agak pun, jenis yang belon-belon, benda-benda free tuh dikumpul banyak-banyak bawak balik. Aku sampai rumah dalam pukul 2 gitu.

Day 60 - Jumaat 30/12/2011

Payah duduk sama orang berkeluarga nih, diaorang nih bising. Tak macam aku yang sunyi sepi tak ada bunyi. Diaorang tuh, benda-benda kecik pun nak disembangkan. Aku dah lah keletihan semalam, nak tidur pun tak lena sebab diaorang bersembang, sesekali bertekak sampai lewat malam, dah tuh pasang lagu dangdut. Semuanya tuh seolah-olah macam menghalau aku dari sini aje. Halaulah, aku pun dah dekat gate nih. 

Aku tengah sibuk mengadjust Forex positions aku pagi nih bila diaorang bertengkar, aku memang dah agak dag yang mamat Indon tuh memang penyangak. Kot memang itu adat orang berkawin kot, selalu gaduh. Since aku akan busy lagi harinih so aku set kan semua stop loss dan take profit points aku, gayanya price nak buat reversal. Biasalah tuh, lepas jatuh menjunam biasanya akan ada correction/retracement. Hopefully it's just a dead-cat bounce, macamana pun I'm not going to take chances, profits yang dah ada dalam tangan baik aku realisekan kan? So, katalah yang price naik nih cuma retacement, cuma dead-cat bounce, then aku masih boleh hold a few positions yang kat atas sana tuh. Kalau rezeki aku sikit aje, akan kena hitlah TP dan SL aku, which is fine by me. 

Awal pagi mamat Indon tuh turun ke kolam, mungkin sebab lepas gaduh dengan bini, dia membawak diri lah kot? Atau sebab ini first day kerja? Dia hidupkan pam menyembur air. Aku pun terpaksalah turun jugak, tak kan aku nak bermalas-malas pulak, nanti sure nya dia akan bawak mulut beritahu Kinky yang aku lambat mula kerjanya walaupun masa tuh belum pun 7.45 am. I know this kind of person very well, Indon pulak tuh. 

Elok jer aku turun kolam, dia pun matikan pam, then pusing jalan-jalan keliling kolam, so aku taruk minyak pam. Janjinya semalam tuh, pagi nih nak selesaikan memungut ikan yang mati tuh, tapi mungkin sebab awal pagi, sejuk kot, itu yang aku pun cadang nak buat kerja tuh lewat sikit.

"Mari tolong bersihkan kongsi, kerja bersihkan kolam ni tunggu aja", kata mamat Indon tuh kat aku. Loghat dia bercampur-campur, aku cukup menyampah kalau orang Indon cuba-cuba nak berbahasa Melayu, tambah-tambah pulak aku cakap Indon dengan dia. Cara dia menyuruh aku, dengan lantang dan kasar tuh, itu buat aku hangat aje, so bila dia memerintah lagi suruh aku bersihkan kongsi, teruslah aku melenting.

"Eh, kamu kenapa sih? Kamu gak bisa bicara pelan-pelan? Apa kamu kira aku siapa? Kamu ini kasar orangnya", aku pun cakap kuat gitu. 

"Saya bukan kasar, saya baik hati.....", kata mamat Indon tuh, terus dia datang ke tebing dekat aku.

"Aku gak kira kamu hati baik ka apa, tapi aku gak seneng sama kamu. Sedari kemaren", aku kata gitu. Terus aku berhenti isi minyak pam.

"Gini, saya mau kamu bantuin saya bersihin kongsi.....", kata mamat Indon tuh.

"Iya, tapi kenapa harus menjerit? Koq kamu gak bisa bicara pelan-pelan? Kamu tahu gak, gara-gara kamu, aku mahu berhenti kerja dari sini", aku jawab gitu.

"Aduh, koq mahu berhenti? Janganlah, kerja sama saya sama-sama", jawab mamat Indon tuh.

Lepas pada tuh aku dah cool sikit, dan dia pun dah cakap beralus aje, baik-baik aje. Dan aku pun rasa macam bersalah (tapi aku puas hati dapat hamburkan semuanya kat dia) aje, so itu yang lepas tuh aku cakap pun sambil gelak-gelak, as if nothing happened between us. Aku layan aje dia bersembang lepas tuh sesambil kerja bersihkan sampah-sampah, semak samun depan kongsi tuh.

"Benernya aku lagi libur sih, sehingga Selasa", aku tipu diaorang. "Nanti sore aku pergi".

Malas aku tolong diaorang bersihkan halaman kongsi sebab aku tahu yang aku tak akan kerja di sini lagi, terus aku ke Kolam 3 nak menyiapkan memungut ikan since Kinky akan datang any time aje. Lagipun harinih Jumaat, aku kena buat kerja cepat-cepat sikit, kang susah pulak nak pergi Sembahyang Jumaat kalau banyak yang belum selesai. 

Mamat Indon tuh keluarkan mesin rumput, yang bila distart, tak nak hidup. Aku panggil Keling yang kerja dusun Thamby, suruh dia tolong checkkan pasal ituhari dia ada pinjam plug mesin rumput tuh. The machine worked fine sebelum tuh. 

Elok aje aku siapkan mengumpul ikan-ikan tuh, Kinky pun tiba yang by that time mamat Indon tuh dah turun ke Kolam 3 dan dah mula menyembur tanah lumpur. Tiba-tiba pam menyembur tuh padam, bila aku check tengok, tube hose nya putus, so tinggal satu pam aje yang dapat diguna. 

Saja aku takut-takutkan Kinky, aku kata ada trace of minyak kat Kolam 3 tuh, aku tunjukkan kat dia kesan-kesan minyak, I even showed her tangan, kaki dan selipar aku yang licin berminyak. Cepat-cepat Kinky suruh masukkan guni-guni ikan ke dalam Jeep, buat dua trip kali ini, dan kedua-duanya aku sorang aje yang tukang membuangnya. Mamat Indon tuh tak ikut sama.

Aku punyalah letih, badan bukan main busuk lagi, dan penuh ulat-ulat yang kecik tuh sebab most guni tuh semuanya dah dipenuhi ulat. Bermandikan darah 
ikan aku seharian nih. Tapi aku macam tak peduli aje, my last few days kerja kat sini, why in the world aku buat kerja macam nih in the first place, aku asyik tertanya-tanya. Fuck!

Yang buang kali kedua tuh, kitaorang longgokkan aje kat jalan masuk ke kebun orang sebab Cina driver tuh kata jauh sangat nak ke tempat buang sampah yang biasa kitaorang buang tuh. 

Aku tahu lah Kinky sedih pasal ikan mati, dan dia nak cepat-cepat kerja pembersihan kolam dibuat, tapi dia tak terfikir ker yang aku keletihan. Mamat Indon sama bini dia tuh melepak asyik sembang sama dia, aku sorang yang ke sana sini nak settlekan masalah angkat barang-barang yang rosak ke jeep, etc. 

"I'm gonna teach this bitch a lesson or two". Tapi macamana?", that question keeps playing in my head. 

Berbaldi-baldi air limau yang diguna untuk mencuci Jeep diaorang yang penuh langau dan ulat tuh, aku masukkan mesin rumput dan mesin pam yang rosak tuh cepat-cepat sebab aku nak diaorang blah secepat mungkin. Then Kinky panggil aku, dia suruh aku sign something sambil kasi envelope yang berisi duit.

"What's this?", aku pura-pura tanya sedangkan aku dah boleh agak yang dia nak bayar gaji. Aku tak expect langsung yang dia akan bayar gaji aku harinih, dia patut tahu yang aku off esok, dan kalau dia bayar gaji sekarang, what if aku terus tak datang kerja dah? 

Fuck bitch, you believe me, you believe everything!

"Gaji you lah", kata Kinky.

"Nanti lepas saya off lah, because I think I want you to deduct a few hundreds for my days off. I feel bad, you know?", aku kata gitu. Itu macam umpan aje sebenarnya.

"Ya ka?", tanya Kinky sambil senyum. Baik orangnya aku nih, sure dia fikir gitu. Dia tak tahu yang aku pun saspen jugak kalau-kalau dia setuju untuk bayar gaji aku lepas aku balik dari cuti nanti. Sebab aku ada plan lain sebenarnya.

"Tak apa lah, I bayar you sekarang", kata dia. Lega aku mendengarnya, masa dia suruh aku isikan nombor IC, aku isikan nombor yang salah, dan dia suruh aku buatkan photokopi IC nanti. 

"You sabar aja lah, memang kerja ini macam, ada problems", kata Kinky kat aku. Whatever lah, it's too late, I've got a surprise for you, bitch! 

Diaorang blah right after that dan itu lah kali terakhir aku jumpa Kinky, lepas nih tak ada lah dah kan? *Evil grin*

Aku terus balik ke kongsi, Alhamdulillah Forex account aku dah sampai USD 700 lebih semula, so terus aku buat withdrawal, USD 200. Unsangkarable kan, betul-betul cencaru makan petang, di hari-hari terakhir trading for this year, aku dapat buat another withdrawal. So sekarang my account is back to about USD 500 lepas aku buat withdrawal tuh. I really have to thank God yang dengan USD 5 aje mulanya, aku dah dapat withdraw USD 400 so far, and still have about USD 500 to trade. 

Sebelum pergi Sembahyang Jumaat, aku beritahu Mamat Lone Ranger, apa plan aku untuk petang ini. Aku nak dia tolong hantar aku ke Pekan Batu 14 sebab aku off. Dan aku tak nak balik ke sini dah. Dia suruh aku keluar ikut main gate dan jalan for a few minutes, then dia akan menyusuli aku. Sebab dia tak nak orang lain terperasan yang dia yang hantar aku.

On my way balik dari Sembahyang, aku singgah kedai Cina tuh, beli a few jajans untuk Mamat Lone Ranger. Dekat seguni makanan ikan yang aku kasi kat dia sebab bucket after bucket yang kitaorang seludupkan. Iyalah kan, itu makanan ikan, tak kisahlah untuk kolam Kinky atau kolam Mamat Lone Ranger kan?

Rupanya Kinky ada beritahu mamat Indon sama bini dia yang esok aku akan mula off, aku nak balik kampung jumpa my parents. Cibai betul, ituhari sampai 2 kali dia talipun aku, beritahu aku yang jangan sekali-kali cakap kat Indons tuh yang aku akan bercuti, sebab dia tak nak kasi Indons tuh cuti. Macamana pun aku dah tercakap lama dah kat diaorang yang aku akan cuti. Dan aku ada beritahu yang kemungkinan aku dah tak balik ke sini dah once aku dapat gaji next week. Now that aku dah dapat gaji, plan nya dah berubah sikit lah kan? 

Aku turun ke Kolam 3 untuk kali terakhir, aku tolong diaorang menyembur tanah. Bangga jer mamat Indon tuh bila semakin lama semakin sikit nampak nya tanah yang pulau tuh. Aku iya kan aje, aku fikir, 2 hari dah kolam tuh tak disentuh, air semakin dalam, so memanglah nampak macam tak banyak tanah yang tinggal. Tapi, tengoklah besok lusa bila air dah semakin surut di pam, tanah still banyak yang tinggalnya. 

Bini mamat Indon tuh, aku tak nak cakap apa lah. Dia, sambil pegang cangkul kayu buatan tuh, sambil cekak pinggang, kat tengah-tengah kolam. Kejap-kejap kuis sana sikit, sini sikit, then tegak semula cekak pinggang. Agaknya dia tengah tunggu Google Earth punya webcam untuk ambik gambar dia kot?

Ngam-ngam pukul 5 kitaorang siap kerja, tapi kitaorang masih tunggu Cina yang Kinky kata akan hantar mesin rumput dan hose pam yang dihantar repair tadi tuh. Aku pun sesambil tuh makan durian dan rambutan, untuk kali terakhir. 
Then pergi ke rumah Joko, beritahu bini dia pasal plan aku. Aku kata aku halalkan hutang diaorang RM 50 tuh, dan aku beritahu pasal barang-barang makanan dan masakan aku yang aku simpan dalam almari, aku nak kasi diaorang aje semuanya. Kebetulan pulak banyak jugak barang aku yang belum diusik, tepung, minyak, beras, gula, sayur-sayur etc. 

Aku mandi bunga harinih, aku taruk bunga-bunga yang Keling buat rantai tuh, sama limau. Busuk gila bau aku. Kinky semalam sampai muntah-muntah kena bau ikan, Cina driver tadi tuh, sepanjang dia drive, asyik cium daun limau aje. 

Aku terus kemaskan barang aku, 2 bags, yang penting-penting aje. Kalau orang tengok, memang orang tak akan jangka yang aku dah tak akan balik ke sini dah, 
sebab masih banyak barang aku yang tinggal. Sampai pukul 6 lebih masih belum datang Cina tuh, then Kinky talipun beritahu yang mungkin lusa semua tuh akan sampai, dan dia nak aku suruh mamat Indon tu pasang another kipas kat Kolam 3. Ikan dah tinggal a few ekors jer baru tu lah nak pasang sampai 2 kipas kan? Bodoh punya orang. 

Dua kali aku ke tempat Mamat Lone Ranger tapi dia tak ada, sure dia keluar sebab motor dia cuma satu aje kat situ, dan lampu-lampu semua dah dipasang, sure dia balik lambat nih kot? Tapi kan ker dah janj dengan dia tadi yang dia akan hantar aku ke Pekan Batu 14?

Aku terpaksa menapaklah kalau macam nih, so dengan 2 bag yang berat tuh, aku pun jalan slow-slow keluar, itupun terpaksa ikut gate rumah Joko/Keling tuh pasal kunci gate dah dikasi kat mamat indon tuh. Then Joko berlari-lari kejar aku, senyum dia bila aku kata yang aku halalkan hutang dia tuh. Then dia boleh tanya aku pasal barang-barang makanan yang aku tinggalkan tuh, boleh tak diambil sekarang? Indons nih, diaorang nih opportunists betul lah. 

Daripada Taman Titiwangsa nak ke Pekan Batu 14 tuh aku tak tahu macaman nak pergi, ada dalam 2 km jaraknya, tak kan nak jalan kaki. Aku cadang nak mintak jer sesiapa yang lalu lalang, tolong hantar aku, dan aku akan kasi like RM 20. Bila aku sampai aje kat kawasan yang banyak banglo-banglo Cina tuh, nampak Mamat Lone Ranger, yang rupanya baru balik dari isi minyak motor. Dia ingatkan aku tak jadi nak blah harinih, itu pasal dia keluar tuh. 

"Tak apa, ini Pekan Koboi", kata Mamat Lone Ranger bila aku kata aku takut nak naik ikut dia sebab tak ada helmet. 

"Jom makan dulu, aku nak belanja ko", aku kata gitu bila sampai Pekan Batu 14. 

Kesian Mamat Lone Ranger tuh, dia kata dia tak tahu pun kat mana kedai makan yang best sebab dia tak pernah pun keluar makan kat luar. Dia nih dah belasan tahun tak ke KL, can you belive that? 

Last-last kitaorang makan kat kedai dekat Masjid dan Dewan Orang Ramai tuh. Makan besar, nasi daging merah, telur dadar, tom yam seafood. Sesambil sembang-sembang. A few times aku beritahu dia yang aku akan sentiasa ingat dia pasal dia banyak tolong aku. 

"Tentu mamat tu suka ko berenti kerja sebab dia akan bebas buat hal dia", kata Mamat Lone Ranger.

Then dia kata tentunya dalam puluhan ribu yang Kinky rugi sebab ikan-ikan tuh mati. Aku pergi buat Maghrib kejap lepas tuh, then sambung lagi sembang sampailah 8 lebih. Baik Mamat Lone Ranger tuh, dia kata dia tak akan balik selagi aku tak dapat teksi. Bas memang tak nampak bayang pun. Pekan koboi lah kata kan. 

Dekat sejam menunggu teksi tapi tak ada pun yang berhenti. Tahan satu, tak berhenti. Tahan satu, tak berhenti. Betul cakap aku dulu yang kat dunia nih tak ada sapa yang "nampak" aku. Pergi restoran, waiters tak layan, tunggu teksi, tak ada yang nak berhenti. Yang buat aku hanginnya, ada 2 awek nih yang baru tunggu teksi, tiba-tiba adalah satu yang lalu, so aku tahan. Elok jer driver tuh ambik aweks berdua tuh. Bila dapat teksi, terus aku bersalam sama Mamat Lone Ranger, aku taruk 20 ringgit kat tangan, sambil kata yang satu masa nanti aku akan datang melawat dia. 

Mulanya aku suruh driver tuh hantar aku ke station LRT yang terdekat (kat Ampang kot? Atau Cheras) tapi bia dia kata, "Boleh tolong tak? Saya nak singgah ke rumah sekejap sebab nak bagi duit kat budak-budak tu pasal diaorang nak ke Pasar Malam, tadi tak ada duit nak kasi, ini baru lepas dapat passenger tadi", teruslah aku kata, "Kalau macam tuh, kalau boleh, hantar saya ke Bangsar". Kesian aku menengoknya, anak-anak driver teksi tuh kecik-kecik lagi, melompat-lompat diaorang bila ayah diaorang kasi duit. 

Dan akhirnya aku sampai di Bangsar.

Saturday

Day 59 - Khamis 29/12/2011

Terlambat pulak aku turun kerja tadi pasal semalam tidur lewat, lepas Subuh barulah cuba nak lelapkan mata. Semuanya gara-gara Forex. For the past few days sebelum dan selepas Krismas, market macam tak bergerak, dalam sehari range dia cuma dalam 20 pips aje. So aku simpanlah semua positions aku, Sell GBPUSD, EURUSD dan AUDUSD dan buy positions USDCHF. Ingatkan lepas new year baru market laju semula, tapi malam semalam masa New York session, it was such a surprise, semuanya mula dengan GBPUSD yang plunged like 50 pips, then Gold sama Silver ikut sama and the rest tuh turun jugak a few minutes later (USDCHF naik).

GBPUSD turun sampai more than 200 pips, and I was like, Thank God pasal aku ada 3 positions kat atas nun. Aku masih hold semua positions aku yang lama dan sekarang dalam 1000 pips dalam tangan profitsnya, yang kalau diconvert ke dollar, dalam USD 100-120 aje sebab aku trade 1 pip = USD 0.10. So itulah yang membuatkan aku susah nak masuk tidur tuh, EURUSD nak buat 11-month low. Ada a few factors yang buat USD melonjak naik tuh but let's not go into that pasal korang mana faham kalau aku tulis pun kan?

Masa nak ke store ambik makanan ikan, aku terperasan yang tak ada air memercik kat Kolam 3, as if kipas tak berpusing. So aku terus pergi nak jenguk ke Kolam 3 tuh, dan dari kejauhan and to my horror aku tengok Kolam tuh penuh dengan ikan timbul, yang semuanya dah mati. Ya Rabbi, rupanya kipas tuh mati, dan ikan pun turut mati sebab lama tak dapat oxygen.

Aku cuba-cuba startkan kipas tapi tak mau hidup, lagipun dah terlambat, ikan semua dah mati. Terus aku turun ke kolam, macam tak ada ruang langsung untuk aku sebab semuanya dipenuhi ikan. Kelam kabut jadinya aku, terus aku pergi ambik guni dan jaring, dan teruslah aku mengutip ikan tuh. Sampai lupa nak makan minum.

Dalam sesejam lepas tuh aku hantar message ke Kinky. Semalam dah beritahu dia yang kipas tuh macam nak rosak aje, memang selama ini lengan kipas tuh terkehel, dan Kinky ada tengok sendiri. Semalam tuh dia kata yang hari ini dia akan hantar mechanic untuk repair both kipas. Tapi dah terlambat, ikan dah mati duluan. 

Karung after karung yang aku guna untuk mengisi ikan, sampai give up aku, tapi aku kena buat jugak. Dalam sesejam lepas tuh Kinky pun sampai, sama Ridzuan. Terkedu dia menengok ikan-ikan mati tuh. Dan dia pun mulalah tanya aku, agak-agak bila kipas mati, macamana nak selamatkan ikan-ikan yang masih hidup. Aku tak reti agak tapi more than 3 ribu ikan yang mati, aku rasa lah, berapa puluh ribu dia tak untung agaknya. Dan kerja kitaorang selama ini macam sia-sia gitu aje, kerja menangkap ikan Kolam 1 dan 2 yang dipindahkan ke Kolam 3 tuh, kasi ikan makan etc. 

Dalam hati aku kata, itulah, dulu dah beritahu yang kipas sentiasa kena standby sebab ikan kat Kolam 3 tuh banyak dan kolam tuh kecik sangat, sekejap aje kipas buat hal, semua ikan dah timbul. Tapi dia tak percaya, dia lebih dengar cakap Seng yang selalu kasi info yang salah. Remember, Seng ada terkilan sesangat ituhari sebab dia ingatkan tak banyak ikan yang masih ada di kolam 1, 2 dan 3 sebelum semuanya diambil alih oleh Kinky dan Jon. Seng kata cukup satu kipas aje untuk Kolam 3 tuh sedangkan dia tak pernah tengok pun sebanyak mana ikan kat dalam tuh. Dan Kinky pun terpercaya, aku yang hari-hari kasi ikan tuh makan, dan pernah sekali dulu tengok sema ikan tuh timbul, aku tahulah mengagak sebanyak mana ikan yang ada. Dan satu kipas memang tak cukup.

Then dia kata dia nak ke Semenyih sebab nak ambik pekerja yang Seng ada. Sementara diaorang pergi tuh, aku sempatlah snap hambar-gambar kat bawah nih. Gambar nih diambik dalam 4 jam lepas aku mula buang ikan-ikan yang mati, so tak berapa nampak banyak sangat lah kan yang matinya.








Dalam sesejam tuh diaorang sampai, ada awek Indon sorang, dia kata laki dia akan datang naik motor. Masa tuh Kinky dah kelam kabut suruh tukarkan kipas, aku beritahu yang one of the kipas tuh cable dia tak sampai ke Kolam 3 tapi dia tak percaya, so aku biarkan dia menanggalkan cable dan tali yang berbelit-belit kat pam kipas tuh. Sure dalam hati dia menyumpah seranah aku sebab aku buat donno jer. Bila dia tahu yang cable tuh tak cukup panjang, terus dia hempasnya kabel tuh. Padan muka ko, bitch! Aku cakap tadi tak percaya, kata aku dalam hati. 

So terpaksalah aku sama Ridzuan mengheret kipas lain, yang berat dan lebih besar. Itu pun Kinky yang suruh guna kipas tuh sedangkan aku kata yang guna kipas lain yang lebih kecik (sebab aku tahu kipas tuh berat untuk diangkat 2 orang) sebab ikan yang masih hidup pun cuma beberapa ekor aje. Elok dipasang, terus distartkan kipas th, dan ditambat. Tengah aku menambat kipas tuh kat pokok, kipas tuh meragam, dan tenggelam, sampaikan Kinky turut tolong aku menarik kipas tuh, macam menarik kerbau yang nak disembelih lagi gayanya. Sampai terpeleot-peleot Kinky yang pakai high heels tuh.

"Banyak problems lah", kata Kinky kat aku.

Then terpaksa tarik kipas tuh ke darat, aku dari dalam kolam dan dia sama Ridzuan tarik dari atas darat. Kipas tuh design dia lain dari kipas lain, dia ada base yang boleh menakung air, yang kebetulan penuh dengan air (itupasal tenggelam tuh), so bila ditarik, terbalik dan terlingkuplah kipas tuh. 

Tak lama lepas tuh laki awek tuh tiba, kat tengah-tengah orang tuh dia tanggalkan baju, seluar, cuma tinggal spenda aje, untuk salin pakaian kerja. Dari cara dia jalan tuh ak dah agak yang here comes trouble.

"Awak kerja sini?", mamat Indon tuh tanya aku, kasar Ya Rabbi sampaikan aku tak jawab pun. That's it lah, kata aku dalam hati. Aku tak akan dapat get along with that guy, so ak akan berhenti kerja aje lah. Dia tengok itu ini, dan mulalah kata yang dia boleh settlekan semuanya. 

"Siapa kerja sini? Tak pandai jaga barang, tengok itu kipas semua patah", kata dia sambil tunjuk bilah kipas yang rongak kebanyakannya. Motherfucker, kipas tuh dah lama sumbing nya, tak ada kena mengena dengan aku. Ya ampun lah cakap mamat Indon tuh, punyalah besarnya as if dia ada banyak kolam ikan. Kinky pulak macam terdesak sangat so dia iya kan aje apa yang mamat Indo tuh cakap. Yang lawaknya mamat Indon tuh panggil Kinky, Ah So, aku sama Ridzuan asyik gelak aje. 

Bukanlah kerja berat sangat, cuma tukarkan motor pam tuh aje, ada 3 wires aje yang perlu disambungkan. Bila dah siap, bukan main lagi mamat tuh, bangga semacam. So dia kata nak tukar motor pam yang lain, so dia suruh aku pergi tanggalkan wires. Aku katalah yang aku tak reti, dia bantai gelak sambil kata, "Awak kerja kolam, awak mesti tahu buat semua". Berbulu aje aku mendengarnya.  

"This is it, I will never get along with this guy", aku kata kat Kinky tapi aku rasa dia buat tak faham aje. 

"I'm hungry and I need to cook something", aku kata gitu bila Kinky suruh aku turun ke kolam mengutip ikan mati. Aku melepak kejap kat kongsi, then Kinky kata dia akan pergi kedai untuk tapaukan makanan. Sementara dia pergi, aku turun mengutip ikan, ditaruk dalam guni. Dan aku perasan yang seluruh badan aku berminyak, sah lah ada minyak tumpah masa pam tuh tadi terbalik. Luka-luka jari dan tapak tangan aku mengangkat guni berat yang penuh diisi bangkai ikan tuh. Bini mamat Indon tuh ada jugak tolong tapi takat kutip ikan yang kat tepi aje sebab air dalam, dia tak reti berenang. 

Lepas makan sambung lagi mengutip ikan, aku dah menggigil-gigil kesejukan. Kinky kata nak disiapkan harinih jugak, nasib baiklah mamat Indon tuh kata esok ajelah disambung. Dengar cerita bini dia, diaorang pernah mengutip ikan mati yang lebih banyak dan lebih besar, so kerja tuh senang bagi diaorang.

Then masalah nak buang guni berisi ikan tuh, aku sama mamat Indon tuh suggest ikan-ikan tuh ditanam aje tapi sebab tanah dusun tuh kepunyaan Thamby, Kinky tak setuju, dan dia nakkan ikan-ikan tuh dibuang kat mana-mana lereng bukit kat luar sana tuh. Kena lah masukkan guni-guni busuk tuh ke dalam Jeep. Nak lawan mamat Indon yang badan berketul-ketul tuh, mana lah aku daya. Dia pikul satu guni, aku pun pikul 1 gni, dia heret 2 guni aku pun heret 2 guni. 26 karung guni semuanya. Nun jauh kat Kuala Kelawang sana tuh kitaorang buang guni-guni tuh, dan sebab jauh tempatnya, kitaorang kata buat esok aje lah selebihnya, masa tu pun dah nak Maghrib.

On the way balik th aku beritah Ridzuan yang aku rasa ak nak berhenti kerja aje sebab ak tak suka mamat Indon tuh. Aku cakap dalam bahasa Inggeris sebab takut mamat tuh faham, Ridzuan senyapkan aje, walaupun dia Engineer tapi he speek no the Inglish to.

Then baru aku teringat apa yang Seng beritahu aku ituhari masa aku tanya dia pasal pekerja. Dia kata dia ada pekerja tapi berlagak orangnya, jenis yang dia tah semua kerja dan orang lain tak tahu nak buat kerja. Rupanya mamat Indon tu lah yang Seng maksudkan, agaknya sebab terdesak sangat dan tak ada orang lain dah nak dihantar ke sini tolong aku. Ma cibai punya Seng.

Aku dah keletihan dan sakit badan sana sini, kaki hencot-hencot, tapak kaki banyak luka pasal terpijak ikan, mamat Indon sama bini dia asyik tanya aku itu ini pasal kemudahan kat kongsi yang tak ada apa nya tuh. Terus disuruh bini dia buat list barang-barang yang diaorang nak Kinky sediakan untuk diaorang. Mintak fridge sama microwave oven tuh, cayalah diaorang nih. 

Malam, diaorang keluar, dan aku pun teruslah buat plan. Tak boleh jadi kalau macam nih, aku memang tak boleh ngam dengan mamat Indon yang suka memerintah tuh, yang suka cakap besar tuh. Dahlah bahasanya kasar, cara dia cakap pun memang kasar. Tadi ada aku beritahu Kinky yang Sabtu aku off so aku akan balik ke sini semula hari Selasa pagi. Aku nak bawak barang aku yang penting-penting, tinggalkan sikit aje, sebab nanti bila dah dapat gaji (dan bila Joko bayar hutang), aku akan blah terus aje berhenti kerja. Tak tahu lah tapi harinih mengonfirmkan yang aku akan berhenti kerja kat sini. 

Dan aku dapat sms dari housemate aku yang beritahu ayah dia meninggal pl 5.30 petang tadi. Innalillah.

Wednesday

Day 58 - Rabu 28/12/2011

"Best lah ko, tak payah buat kerja", kata Mamat Lone Ranger, masa dia datang nak mintak makanan ikan. Aku beritahu dia yang petrol dah habis, so aku tak tahu nak buat apa. 

"Diaorang nih tak tahu, setong minyak tu sehari jer kalau ko guna betul-betul", kata dia lagi. Dia sorang jer yang memahami keadaan aku yang bersemangat nak buat kerja tuh. 

And so aku rileks jer lah awal pagi tuh, siap buat cekodok sesepuluh ketul, buat bekal makan kat store. Rasa guilty asyik ulang alik ke kongsi sebab nak online, aku pun mula lah buat apa yang patut. Aku turun ke Kolam 2. Instead of guna cangkul kayu yang berat tuh, aku guna real cangkul, aku menyangkul tanah lumpur yang macam keras-keras lembut tuh. Lumpur tuh sebenarnya tanah yang bercampur taik ikan, yang aku rasa, elok kalau dibuat alat mekap kot. Sebab aku tengok texture tanah lumpur tuh, dia macam ada lubang-lubang pores, dan tak berketul-ketul. Sapa-sapa nak try, just let me know, nanti aku pek kan. 

Terralit jugak aku buat kerja tuh, mungkin sebab mencangkul tanah yang lembut kot? Kalau menyangkul tanah keras, lama dah aku berhentinya. Aku menyangkul sekeliling pulau tuh, yang makin lama makin kecik jadinya pulau hijau yang berlumut kat atasnya tuh. Puas hati aku. Aku nih gitulah, dalam malas-malas aku tuh, sebenarnya aku nih rajin.

Elok jer aku nak naik ke darat, aku nampak kereta Kinky. Fuck! Kalau aku tunggu seseminit dua tadi, sure dia akan nampak aku tengah pulun kerja. Dia pakai pakaian biasa aje, diaorang tengah cuti semuanya kot? Dia bawak setong minyak, yang tak penuh sangat pun, so aku dah fikir yang aku nak berjimat guna minyak tuh. Maknanya tak payah hidupkan pam the whole day lah pasal esok sure minyak tuh akan habis. Dia tak tanya pun bila kerja mencuci kolam tuh akan siap (kalau tanya, sure aku carut-carutkan aje), aku tahu yang dia macam kesian sebab aku terpaksa buat sorang-sorang. Dia kata dia akan talipun Seng, nak tanya pasal pekerja yang dijanjikan nak dihantar ke sini tuh. Gamaknya pekerja tuh sibuk menangkap ikan sebab sekarang Seng tengah nak clearkan kolam-kolam dia. 

Tak ada pun dia tanya pasal cuti aku yang sepatutnya hujung minggu nih. Aku pun buat faham-faham ajelah yang since Indons belum datang, so tak kan aku nak cuti jugak kan? Tak kan aku akan tinggalkan kolam nih kan? Tapi, ada jugak aku terfikir, buatnya minggu depan dia akan tanya aku, "Eh, saya ingat you sudah cuti, last week janji you mau cuti for the New Year, meh?". Ha, ada kemungkinan macam tuh nanti tuh. Kalau that scenario jadi, aku tau lah apa nak buat. Akan aku ajar cukup-cukup diaorang nih.

So tengahari aku kat store ajelah, sesambil online, sesambil memerhati dari kejauhan pam-pam menyedut lumpur dan mengepam air. Tak ada niat pun aku nak jejakkan kaki aku ke dalam kolam. 

Ada lah dua tiga orang yang post kan pasal blog Kisah Seorang Banduan aku kat a few sites, so harinih banyak pulak visitors ke sana. Then mulalah ada yang postkan kat Facebook. Then aku terralit menjejak a few of them, ada yang baca dari awal, dari satu entry ke entry seterusnya, sampaikan aku pun terikut-ikut sama baca my old entries. Best pulak baca kisah-kisah lama.

Sedangkan aku tuan punya blog, boleh terralit baca, apa tah lagi orang lain, kan? 

Tuesday

Day 57 - Selasa 27/12/2011

Gila kuatnya angin malam semalam, sampaikan aku terjaga pukul 2 dan tak boleh tidur dah lepas tuh sampai ke pagi. Ada pokok yang tumbang ke dalam Kolam 3, kat tempat Mamat Lone Ranger lagi lah teruknya, tunggang langgang semuanya.

Macam semalam jugak, di sebelah pagi aje aku kerja lebih sikit, sampailah about noon bila petrol habis. The rest of the day tuh melepak kat store aje sesambil menunggu diaorang datang, semalam dah beritahu Kinky yang setong petrol tuh cuma untuk sehari aje, dan dia kata dia akan suruh Ridzuan datang. 

Entah, aku pun tak faham diaorang nih, macam tak serious aje. Aku sorang jer yang serious nak buat kerjanya. Yang tak dayanya, masa dia datang, macam-macam janji, tapi senyap gitu aje. Aku rasa macam fed up jer kalau macam nih tapi kadang tuh rasa macam best pulak, sampai letih aku melepak. 

Aku tengok Mamat Lone Ranger bukan main lagi buat kerja, potong rumput etc, aku sorang jer yang duduk dalam store tuh dengan laptop, macam kandang orang utan jer gayanya. 

Entah, tapi ada terlintas kat benak kepala aku tadi yang aku rasa macam nak berenti kerja aje lah kalau macam nih. Then again, kat mana nak cari pluang macam nih kan? Mungkin ini aje masa untuk melepak, nanti kalau semuanya dah full swing, aku tak ada masa nak melepak pulak kot? 

Dan aku macam tak berharap jer akan dapat bercuti hujung minggu nih, bayang pekerja Indons tuh tak nampak pun lagi nih. Tak apa lah, kalau tak minggu ini, mungkin minggu depan kot. Masa tuh sure dah dapat gaji. Ada harapan aku terus berhenti aje nanti kot? Oooppss.

I had a blast masa online tadi, dapat email dari David & King Mongkut (my former Bosses), diaorang hantar gambar masa Christmas Eve Dinner kat apartment Chester 2 tahun lepas. Diaorang hantar tuh pasal diaorang teringat kat aku, diaorang memang tiap tahun dinner kat apartment Chester tu, sama abang Chester (lain bapak) dan emak Chester. Yang buat aku gelaknya, baju yang aku pakai tuh, pemberian Wak masa dia di Osaka, ada gambar ikan. Dan baju tuh memang ada aku simpan sampai sekarang (ada kat kongsi nih). Patutlah aku jadi Penjaga Kolam Ikan! I should have known better!



[ David sama abang dia, King Mongkut yang cacat tuh, sama Chester (Filipino) dan Len, abang dia yang berlainan bapak. Kitaorang selalu joking kata, 2 Jews, 2 Christians and a Moslem]

Then dapat message dari Carter yang buat aku rasa macam jeles dan terkilan. Dia kata dia dapat special invitation sempena screening of the film Iron Lady kat Ziegfield Theatre New York Sebab dia pernah interview Meryl Streep masa dia kerja MTV.

He knows yang Meryl Streep is my favorite actress, kalau aku masih di New York, sure aku pergi sama dia. Arrgghhh!!!!!!!

We had joy, we had fun, we had seasons in the sun,
But the hills that we climbed were just seasons out of time.

So gitulah, senyum sorang-sorang bila mengingatkan kisah-kisah lepas, especially pasal those who have a very special place in my heart. Teringat jugak aku masa dalam tahanan dulu, ada aku tulis macam kat bawah nih kat blog Kisah Seorang Banduan aku. 


The rest of the day biasalah, memasak, melepak dan more melepak. Aku makan nasi for the first time in 8 days kot harinih. Aku masak nasi ayam, or rather kuah sup  dan jugak daging ayam tuh aku masakkan sama nasi, dan sup aku yang dah tinggal sikit tuh, aku tambahkan bahan-bahan yang dah kurang, aku nih memang banyak makan kentang sama tomato.

Sesambil tuh menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Ini jiran aku yang di sebelah kiri, satu lagi tuh jiran sebelah kanan.