Sampai ke pagi aku online semalam, memorex, walaupun tak buat apa-apa transactions, tak ada masuk positions pun.
Lepas Subuh aku baru tidur, bangun pun dah dekat pukul 10, just nice untuk pergi breakfast nasi lemak kat Leeyas Corner, Jalan Riong. Balik tuh sambung tidur semula. Tapi a few times Kinky talipun, aku tak jawab pun, then dia hantar message tanya kat mana aku letak kunci gen set. Macam marah jer sebab soalan dia tuh dia taruk banyak ???????????? Aku pun beritahu yang kunci aku kan ker dah kasi kat mamat Indon tuh? Aku pun taruk banyak ?????????? jugak. Kinky nih mudah kelam kabut orangnya.
Petang, pergi potong rambut kat UOA Building, then makan beriyani kat kedai mamak. Aku jarang sangat masuk kedai mamak tapi the one yang aku pergi tuh nampak macam ok, tak ramai orang, dan yang pentingnya tak panas. Kipas banyak kat mana-mana. The one reason pasal apa aku jarang masuk kedai mamak, pasal itulah, panas. Mungkin sebab tak ada kedai makan Melayu lain, tu pasal aku ke kedai yang sebelah pejabat online paper tuh.
Aku talipun Pak, beritahu yang nak balik besok tapi esok Pui pun nak balik nak bawak kawan-kawan dia yang nak pergi berkelah kat airterjun, so aku kata yang aku akan balik Monday aje lah.
Bosan melepak kat rumah, aku decided untuk merempit sempena malam tahun baru. Pukul 10 aku keluar, jalan aje ke stesyen monorail KL Sentral. Masa nak melintas ke jejantas, ada this one Benggali mintak tolong tolakkan motor dia yang tak mahu start. Berpeluh-peluh aku menolaknya, sampai dua kali baru boleh hidup. Happy aku sebab small things like that lah yang buat hidup aku bermakna.
Ya ampun ramainya orang kat Bukit Bintang and aku rasa akulah the oldest guy kat situ. Tapi apa aku peduli, aku jalan aje merayau-rayau menengok kelaku orang. Ada live band kat Sungai Wang, I swear mamat yang nyanyi lagu Sweet Child Of Mine (Guns N Roses) tuh, fucking brilliant! Terpukau aku dibuatnya, aku yang level-level tengok konsert Bon Jovi, Bryan Adams, The Police, The Eagles (kat Madison Square Garden pulak tuh) pun boleh terpukau dibuatnya.
Sampai ke Pavilion aku merayap, just in time untuk countdown to Tahun Baru. Boleh tahan jugak crowd kat Bukit Bintang nih. Balik tuh aku menyusur Jalan Pudu, sampai ke LRT Masjid Jamek, nasib baiklah aku tak ke Dataran Merdeka, aku rasa kat situ penuh dengan Indons aje. Boleh agak pun, jenis yang belon-belon, benda-benda free tuh dikumpul banyak-banyak bawak balik. Aku sampai rumah dalam pukul 2 gitu.