Monday

Isnin - 2/1/2012

(Updated 5.40 pm)

Entahlah, asyik makan aje aku nih. Aku kat meja di dapur nih, memonitor Forex aku, since tak ada movements sangat, tangan aku yang banyak bergeraknya. Semuanya aku makan, nasi pulut, bubur kacang, dan hampir sebalang keropok. Then keluar ke berandah kejap petik rambutan. Such a bliss.

(Updated 2.10 pm)

Slow gila Forex petang nih, tunggu London atau New York sessions lah kot baru laju sikit. Ker Traders masih cuti lagi nih?


--------------------------------------


Aku kat rumah my parents nih kat Raub, Pahang. Sunyi sepi jer rumah nih, pintu pun bertutup sebab Pak aku tak sihat, kat sini sejuk sebab kawasan bukit. Aku tak nak Mak Pak aku risau sebab aku beritahu aku dah tak kerja, so aku kata lah yang rezeki kat mana-mana, banyak kerja. Aku boleh even kerja sama Teh atau Nuar kalau terdesak sangat nanti. 

Rumput, semak dah macam lama tak berpotong tuh, percaya ker Pak kalau aku guna mesin rumput tuh pasal selama ini aku tak pernah buat kerja-kerja berat macam tuh.

Tak tahu bila nak balik KL nih, esok lusa lah kot. Tak pun melepak sini aje lah sebab internet connection pun ok untuk aku memorex. Tapi, takut pulak Mak Pak aku kerayan nanti pasal aku tak balik-balik KL kan?

Ok, kang aku update lagi kot, InsyaAllah.