Payah duduk sama orang berkeluarga nih, diaorang nih bising. Tak macam aku yang sunyi sepi tak ada bunyi. Diaorang tuh, benda-benda kecik pun nak disembangkan. Aku dah lah keletihan semalam, nak tidur pun tak lena sebab diaorang bersembang, sesekali bertekak sampai lewat malam, dah tuh pasang lagu dangdut. Semuanya tuh seolah-olah macam menghalau aku dari sini aje. Halaulah, aku pun dah dekat gate nih.
Aku tengah sibuk mengadjust Forex positions aku pagi nih bila diaorang bertengkar, aku memang dah agak dag yang mamat Indon tuh memang penyangak. Kot memang itu adat orang berkawin kot, selalu gaduh. Since aku akan busy lagi harinih so aku set kan semua stop loss dan take profit points aku, gayanya price nak buat reversal. Biasalah tuh, lepas jatuh menjunam biasanya akan ada correction/retracement. Hopefully it's just a dead-cat bounce, macamana pun I'm not going to take chances, profits yang dah ada dalam tangan baik aku realisekan kan? So, katalah yang price naik nih cuma retacement, cuma dead-cat bounce, then aku masih boleh hold a few positions yang kat atas sana tuh. Kalau rezeki aku sikit aje, akan kena hitlah TP dan SL aku, which is fine by me.
Awal pagi mamat Indon tuh turun ke kolam, mungkin sebab lepas gaduh dengan bini, dia membawak diri lah kot? Atau sebab ini first day kerja? Dia hidupkan pam menyembur air. Aku pun terpaksalah turun jugak, tak kan aku nak bermalas-malas pulak, nanti sure nya dia akan bawak mulut beritahu Kinky yang aku lambat mula kerjanya walaupun masa tuh belum pun 7.45 am. I know this kind of person very well, Indon pulak tuh.
Elok jer aku turun kolam, dia pun matikan pam, then pusing jalan-jalan keliling kolam, so aku taruk minyak pam. Janjinya semalam tuh, pagi nih nak selesaikan memungut ikan yang mati tuh, tapi mungkin sebab awal pagi, sejuk kot, itu yang aku pun cadang nak buat kerja tuh lewat sikit.
"Mari tolong bersihkan kongsi, kerja bersihkan kolam ni tunggu aja", kata mamat Indon tuh kat aku. Loghat dia bercampur-campur, aku cukup menyampah kalau orang Indon cuba-cuba nak berbahasa Melayu, tambah-tambah pulak aku cakap Indon dengan dia. Cara dia menyuruh aku, dengan lantang dan kasar tuh, itu buat aku hangat aje, so bila dia memerintah lagi suruh aku bersihkan kongsi, teruslah aku melenting.
"Eh, kamu kenapa sih? Kamu gak bisa bicara pelan-pelan? Apa kamu kira aku siapa? Kamu ini kasar orangnya", aku pun cakap kuat gitu.
"Saya bukan kasar, saya baik hati.....", kata mamat Indon tuh, terus dia datang ke tebing dekat aku.
"Aku gak kira kamu hati baik ka apa, tapi aku gak seneng sama kamu. Sedari kemaren", aku kata gitu. Terus aku berhenti isi minyak pam.
"Gini, saya mau kamu bantuin saya bersihin kongsi.....", kata mamat Indon tuh.
"Iya, tapi kenapa harus menjerit? Koq kamu gak bisa bicara pelan-pelan? Kamu tahu gak, gara-gara kamu, aku mahu berhenti kerja dari sini", aku jawab gitu.
"Aduh, koq mahu berhenti? Janganlah, kerja sama saya sama-sama", jawab mamat Indon tuh.
Lepas pada tuh aku dah cool sikit, dan dia pun dah cakap beralus aje, baik-baik aje. Dan aku pun rasa macam bersalah (tapi aku puas hati dapat hamburkan semuanya kat dia) aje, so itu yang lepas tuh aku cakap pun sambil gelak-gelak, as if nothing happened between us. Aku layan aje dia bersembang lepas tuh sesambil kerja bersihkan sampah-sampah, semak samun depan kongsi tuh.
"Benernya aku lagi libur sih, sehingga Selasa", aku tipu diaorang. "Nanti sore aku pergi".
Malas aku tolong diaorang bersihkan halaman kongsi sebab aku tahu yang aku tak akan kerja di sini lagi, terus aku ke Kolam 3 nak menyiapkan memungut ikan since Kinky akan datang any time aje. Lagipun harinih Jumaat, aku kena buat kerja cepat-cepat sikit, kang susah pulak nak pergi Sembahyang Jumaat kalau banyak yang belum selesai.
Mamat Indon tuh keluarkan mesin rumput, yang bila distart, tak nak hidup. Aku panggil Keling yang kerja dusun Thamby, suruh dia tolong checkkan pasal ituhari dia ada pinjam plug mesin rumput tuh. The machine worked fine sebelum tuh.
Elok aje aku siapkan mengumpul ikan-ikan tuh, Kinky pun tiba yang by that time mamat Indon tuh dah turun ke Kolam 3 dan dah mula menyembur tanah lumpur. Tiba-tiba pam menyembur tuh padam, bila aku check tengok, tube hose nya putus, so tinggal satu pam aje yang dapat diguna.
Saja aku takut-takutkan Kinky, aku kata ada trace of minyak kat Kolam 3 tuh, aku tunjukkan kat dia kesan-kesan minyak, I even showed her tangan, kaki dan selipar aku yang licin berminyak. Cepat-cepat Kinky suruh masukkan guni-guni ikan ke dalam Jeep, buat dua trip kali ini, dan kedua-duanya aku sorang aje yang tukang membuangnya. Mamat Indon tuh tak ikut sama.
Aku punyalah letih, badan bukan main busuk lagi, dan penuh ulat-ulat yang kecik tuh sebab most guni tuh semuanya dah dipenuhi ulat. Bermandikan darah
ikan aku seharian nih. Tapi aku macam tak peduli aje, my last few days kerja kat sini, why in the world aku buat kerja macam nih in the first place, aku asyik tertanya-tanya. Fuck!
Yang buang kali kedua tuh, kitaorang longgokkan aje kat jalan masuk ke kebun orang sebab Cina driver tuh kata jauh sangat nak ke tempat buang sampah yang biasa kitaorang buang tuh.
Aku tahu lah Kinky sedih pasal ikan mati, dan dia nak cepat-cepat kerja pembersihan kolam dibuat, tapi dia tak terfikir ker yang aku keletihan. Mamat Indon sama bini dia tuh melepak asyik sembang sama dia, aku sorang yang ke sana sini nak settlekan masalah angkat barang-barang yang rosak ke jeep, etc.
"I'm gonna teach this bitch a lesson or two". Tapi macamana?", that question keeps playing in my head.
Berbaldi-baldi air limau yang diguna untuk mencuci Jeep diaorang yang penuh langau dan ulat tuh, aku masukkan mesin rumput dan mesin pam yang rosak tuh cepat-cepat sebab aku nak diaorang blah secepat mungkin. Then Kinky panggil aku, dia suruh aku sign something sambil kasi envelope yang berisi duit.
"What's this?", aku pura-pura tanya sedangkan aku dah boleh agak yang dia nak bayar gaji. Aku tak expect langsung yang dia akan bayar gaji aku harinih, dia patut tahu yang aku off esok, dan kalau dia bayar gaji sekarang, what if aku terus tak datang kerja dah?
Fuck bitch, you believe me, you believe everything!
"Gaji you lah", kata Kinky.
"Nanti lepas saya off lah, because I think I want you to deduct a few hundreds for my days off. I feel bad, you know?", aku kata gitu. Itu macam umpan aje sebenarnya.
"Ya ka?", tanya Kinky sambil senyum. Baik orangnya aku nih, sure dia fikir gitu. Dia tak tahu yang aku pun saspen jugak kalau-kalau dia setuju untuk bayar gaji aku lepas aku balik dari cuti nanti. Sebab aku ada plan lain sebenarnya.
"Tak apa lah, I bayar you sekarang", kata dia. Lega aku mendengarnya, masa dia suruh aku isikan nombor IC, aku isikan nombor yang salah, dan dia suruh aku buatkan photokopi IC nanti.
"You sabar aja lah, memang kerja ini macam, ada problems", kata Kinky kat aku. Whatever lah, it's too late, I've got a surprise for you, bitch!
Diaorang blah right after that dan itu lah kali terakhir aku jumpa Kinky, lepas nih tak ada lah dah kan? *Evil grin*
Aku terus balik ke kongsi, Alhamdulillah Forex account aku dah sampai USD 700 lebih semula, so terus aku buat withdrawal, USD 200. Unsangkarable kan, betul-betul cencaru makan petang, di hari-hari terakhir trading for this year, aku dapat buat another withdrawal. So sekarang my account is back to about USD 500 lepas aku buat withdrawal tuh. I really have to thank God yang dengan USD 5 aje mulanya, aku dah dapat withdraw USD 400 so far, and still have about USD 500 to trade.
Sebelum pergi Sembahyang Jumaat, aku beritahu Mamat Lone Ranger, apa plan aku untuk petang ini. Aku nak dia tolong hantar aku ke Pekan Batu 14 sebab aku off. Dan aku tak nak balik ke sini dah. Dia suruh aku keluar ikut main gate dan jalan for a few minutes, then dia akan menyusuli aku. Sebab dia tak nak orang lain terperasan yang dia yang hantar aku.
On my way balik dari Sembahyang, aku singgah kedai Cina tuh, beli a few jajans untuk Mamat Lone Ranger. Dekat seguni makanan ikan yang aku kasi kat dia sebab bucket after bucket yang kitaorang seludupkan. Iyalah kan, itu makanan ikan, tak kisahlah untuk kolam Kinky atau kolam Mamat Lone Ranger kan?
Rupanya Kinky ada beritahu mamat Indon sama bini dia yang esok aku akan mula off, aku nak balik kampung jumpa my parents. Cibai betul, ituhari sampai 2 kali dia talipun aku, beritahu aku yang jangan sekali-kali cakap kat Indons tuh yang aku akan bercuti, sebab dia tak nak kasi Indons tuh cuti. Macamana pun aku dah tercakap lama dah kat diaorang yang aku akan cuti. Dan aku ada beritahu yang kemungkinan aku dah tak balik ke sini dah once aku dapat gaji next week. Now that aku dah dapat gaji, plan nya dah berubah sikit lah kan?
Aku turun ke Kolam 3 untuk kali terakhir, aku tolong diaorang menyembur tanah. Bangga jer mamat Indon tuh bila semakin lama semakin sikit nampak nya tanah yang pulau tuh. Aku iya kan aje, aku fikir, 2 hari dah kolam tuh tak disentuh, air semakin dalam, so memanglah nampak macam tak banyak tanah yang tinggal. Tapi, tengoklah besok lusa bila air dah semakin surut di pam, tanah still banyak yang tinggalnya.
Bini mamat Indon tuh, aku tak nak cakap apa lah. Dia, sambil pegang cangkul kayu buatan tuh, sambil cekak pinggang, kat tengah-tengah kolam. Kejap-kejap kuis sana sikit, sini sikit, then tegak semula cekak pinggang. Agaknya dia tengah tunggu Google Earth punya webcam untuk ambik gambar dia kot?
Ngam-ngam pukul 5 kitaorang siap kerja, tapi kitaorang masih tunggu Cina yang Kinky kata akan hantar mesin rumput dan hose pam yang dihantar repair tadi tuh. Aku pun sesambil tuh makan durian dan rambutan, untuk kali terakhir.
Then pergi ke rumah Joko, beritahu bini dia pasal plan aku. Aku kata aku halalkan hutang diaorang RM 50 tuh, dan aku beritahu pasal barang-barang makanan dan masakan aku yang aku simpan dalam almari, aku nak kasi diaorang aje semuanya. Kebetulan pulak banyak jugak barang aku yang belum diusik, tepung, minyak, beras, gula, sayur-sayur etc.
Aku mandi bunga harinih, aku taruk bunga-bunga yang Keling buat rantai tuh, sama limau. Busuk gila bau aku. Kinky semalam sampai muntah-muntah kena bau ikan, Cina driver tadi tuh, sepanjang dia drive, asyik cium daun limau aje.
Aku terus kemaskan barang aku, 2 bags, yang penting-penting aje. Kalau orang tengok, memang orang tak akan jangka yang aku dah tak akan balik ke sini dah,
sebab masih banyak barang aku yang tinggal. Sampai pukul 6 lebih masih belum datang Cina tuh, then Kinky talipun beritahu yang mungkin lusa semua tuh akan sampai, dan dia nak aku suruh mamat Indon tu pasang another kipas kat Kolam 3. Ikan dah tinggal a few ekors jer baru tu lah nak pasang sampai 2 kipas kan? Bodoh punya orang.
Dua kali aku ke tempat Mamat Lone Ranger tapi dia tak ada, sure dia keluar sebab motor dia cuma satu aje kat situ, dan lampu-lampu semua dah dipasang, sure dia balik lambat nih kot? Tapi kan ker dah janj dengan dia tadi yang dia akan hantar aku ke Pekan Batu 14?
Aku terpaksa menapaklah kalau macam nih, so dengan 2 bag yang berat tuh, aku pun jalan slow-slow keluar, itupun terpaksa ikut gate rumah Joko/Keling tuh pasal kunci gate dah dikasi kat mamat indon tuh. Then Joko berlari-lari kejar aku, senyum dia bila aku kata yang aku halalkan hutang dia tuh. Then dia boleh tanya aku pasal barang-barang makanan yang aku tinggalkan tuh, boleh tak diambil sekarang? Indons nih, diaorang nih opportunists betul lah.
Daripada Taman Titiwangsa nak ke Pekan Batu 14 tuh aku tak tahu macaman nak pergi, ada dalam 2 km jaraknya, tak kan nak jalan kaki. Aku cadang nak mintak jer sesiapa yang lalu lalang, tolong hantar aku, dan aku akan kasi like RM 20. Bila aku sampai aje kat kawasan yang banyak banglo-banglo Cina tuh, nampak Mamat Lone Ranger, yang rupanya baru balik dari isi minyak motor. Dia ingatkan aku tak jadi nak blah harinih, itu pasal dia keluar tuh.
"Tak apa, ini Pekan Koboi", kata Mamat Lone Ranger bila aku kata aku takut nak naik ikut dia sebab tak ada helmet.
"Jom makan dulu, aku nak belanja ko", aku kata gitu bila sampai Pekan Batu 14.
Kesian Mamat Lone Ranger tuh, dia kata dia tak tahu pun kat mana kedai makan yang best sebab dia tak pernah pun keluar makan kat luar. Dia nih dah belasan tahun tak ke KL, can you belive that?
Last-last kitaorang makan kat kedai dekat Masjid dan Dewan Orang Ramai tuh. Makan besar, nasi daging merah, telur dadar, tom yam seafood. Sesambil sembang-sembang. A few times aku beritahu dia yang aku akan sentiasa ingat dia pasal dia banyak tolong aku.
"Tentu mamat tu suka ko berenti kerja sebab dia akan bebas buat hal dia", kata Mamat Lone Ranger.
Then dia kata tentunya dalam puluhan ribu yang Kinky rugi sebab ikan-ikan tuh mati. Aku pergi buat Maghrib kejap lepas tuh, then sambung lagi sembang sampailah 8 lebih. Baik Mamat Lone Ranger tuh, dia kata dia tak akan balik selagi aku tak dapat teksi. Bas memang tak nampak bayang pun. Pekan koboi lah kata kan.
Dekat sejam menunggu teksi tapi tak ada pun yang berhenti. Tahan satu, tak berhenti. Tahan satu, tak berhenti. Betul cakap aku dulu yang kat dunia nih tak ada sapa yang "nampak" aku. Pergi restoran, waiters tak layan, tunggu teksi, tak ada yang nak berhenti. Yang buat aku hanginnya, ada 2 awek nih yang baru tunggu teksi, tiba-tiba adalah satu yang lalu, so aku tahan. Elok jer driver tuh ambik aweks berdua tuh. Bila dapat teksi, terus aku bersalam sama Mamat Lone Ranger, aku taruk 20 ringgit kat tangan, sambil kata yang satu masa nanti aku akan datang melawat dia.
Mulanya aku suruh driver tuh hantar aku ke station LRT yang terdekat (kat Ampang kot? Atau Cheras) tapi bia dia kata, "Boleh tolong tak? Saya nak singgah ke rumah sekejap sebab nak bagi duit kat budak-budak tu pasal diaorang nak ke Pasar Malam, tadi tak ada duit nak kasi, ini baru lepas dapat passenger tadi", teruslah aku kata, "Kalau macam tuh, kalau boleh, hantar saya ke Bangsar". Kesian aku menengoknya, anak-anak driver teksi tuh kecik-kecik lagi, melompat-lompat diaorang bila ayah diaorang kasi duit.
Dan akhirnya aku sampai di Bangsar.