Saturday

Day 59 - Khamis 29/12/2011

Terlambat pulak aku turun kerja tadi pasal semalam tidur lewat, lepas Subuh barulah cuba nak lelapkan mata. Semuanya gara-gara Forex. For the past few days sebelum dan selepas Krismas, market macam tak bergerak, dalam sehari range dia cuma dalam 20 pips aje. So aku simpanlah semua positions aku, Sell GBPUSD, EURUSD dan AUDUSD dan buy positions USDCHF. Ingatkan lepas new year baru market laju semula, tapi malam semalam masa New York session, it was such a surprise, semuanya mula dengan GBPUSD yang plunged like 50 pips, then Gold sama Silver ikut sama and the rest tuh turun jugak a few minutes later (USDCHF naik).

GBPUSD turun sampai more than 200 pips, and I was like, Thank God pasal aku ada 3 positions kat atas nun. Aku masih hold semua positions aku yang lama dan sekarang dalam 1000 pips dalam tangan profitsnya, yang kalau diconvert ke dollar, dalam USD 100-120 aje sebab aku trade 1 pip = USD 0.10. So itulah yang membuatkan aku susah nak masuk tidur tuh, EURUSD nak buat 11-month low. Ada a few factors yang buat USD melonjak naik tuh but let's not go into that pasal korang mana faham kalau aku tulis pun kan?

Masa nak ke store ambik makanan ikan, aku terperasan yang tak ada air memercik kat Kolam 3, as if kipas tak berpusing. So aku terus pergi nak jenguk ke Kolam 3 tuh, dan dari kejauhan and to my horror aku tengok Kolam tuh penuh dengan ikan timbul, yang semuanya dah mati. Ya Rabbi, rupanya kipas tuh mati, dan ikan pun turut mati sebab lama tak dapat oxygen.

Aku cuba-cuba startkan kipas tapi tak mau hidup, lagipun dah terlambat, ikan semua dah mati. Terus aku turun ke kolam, macam tak ada ruang langsung untuk aku sebab semuanya dipenuhi ikan. Kelam kabut jadinya aku, terus aku pergi ambik guni dan jaring, dan teruslah aku mengutip ikan tuh. Sampai lupa nak makan minum.

Dalam sesejam lepas tuh aku hantar message ke Kinky. Semalam dah beritahu dia yang kipas tuh macam nak rosak aje, memang selama ini lengan kipas tuh terkehel, dan Kinky ada tengok sendiri. Semalam tuh dia kata yang hari ini dia akan hantar mechanic untuk repair both kipas. Tapi dah terlambat, ikan dah mati duluan. 

Karung after karung yang aku guna untuk mengisi ikan, sampai give up aku, tapi aku kena buat jugak. Dalam sesejam lepas tuh Kinky pun sampai, sama Ridzuan. Terkedu dia menengok ikan-ikan mati tuh. Dan dia pun mulalah tanya aku, agak-agak bila kipas mati, macamana nak selamatkan ikan-ikan yang masih hidup. Aku tak reti agak tapi more than 3 ribu ikan yang mati, aku rasa lah, berapa puluh ribu dia tak untung agaknya. Dan kerja kitaorang selama ini macam sia-sia gitu aje, kerja menangkap ikan Kolam 1 dan 2 yang dipindahkan ke Kolam 3 tuh, kasi ikan makan etc. 

Dalam hati aku kata, itulah, dulu dah beritahu yang kipas sentiasa kena standby sebab ikan kat Kolam 3 tuh banyak dan kolam tuh kecik sangat, sekejap aje kipas buat hal, semua ikan dah timbul. Tapi dia tak percaya, dia lebih dengar cakap Seng yang selalu kasi info yang salah. Remember, Seng ada terkilan sesangat ituhari sebab dia ingatkan tak banyak ikan yang masih ada di kolam 1, 2 dan 3 sebelum semuanya diambil alih oleh Kinky dan Jon. Seng kata cukup satu kipas aje untuk Kolam 3 tuh sedangkan dia tak pernah tengok pun sebanyak mana ikan kat dalam tuh. Dan Kinky pun terpercaya, aku yang hari-hari kasi ikan tuh makan, dan pernah sekali dulu tengok sema ikan tuh timbul, aku tahulah mengagak sebanyak mana ikan yang ada. Dan satu kipas memang tak cukup.

Then dia kata dia nak ke Semenyih sebab nak ambik pekerja yang Seng ada. Sementara diaorang pergi tuh, aku sempatlah snap hambar-gambar kat bawah nih. Gambar nih diambik dalam 4 jam lepas aku mula buang ikan-ikan yang mati, so tak berapa nampak banyak sangat lah kan yang matinya.








Dalam sesejam tuh diaorang sampai, ada awek Indon sorang, dia kata laki dia akan datang naik motor. Masa tuh Kinky dah kelam kabut suruh tukarkan kipas, aku beritahu yang one of the kipas tuh cable dia tak sampai ke Kolam 3 tapi dia tak percaya, so aku biarkan dia menanggalkan cable dan tali yang berbelit-belit kat pam kipas tuh. Sure dalam hati dia menyumpah seranah aku sebab aku buat donno jer. Bila dia tahu yang cable tuh tak cukup panjang, terus dia hempasnya kabel tuh. Padan muka ko, bitch! Aku cakap tadi tak percaya, kata aku dalam hati. 

So terpaksalah aku sama Ridzuan mengheret kipas lain, yang berat dan lebih besar. Itu pun Kinky yang suruh guna kipas tuh sedangkan aku kata yang guna kipas lain yang lebih kecik (sebab aku tahu kipas tuh berat untuk diangkat 2 orang) sebab ikan yang masih hidup pun cuma beberapa ekor aje. Elok dipasang, terus distartkan kipas th, dan ditambat. Tengah aku menambat kipas tuh kat pokok, kipas tuh meragam, dan tenggelam, sampaikan Kinky turut tolong aku menarik kipas tuh, macam menarik kerbau yang nak disembelih lagi gayanya. Sampai terpeleot-peleot Kinky yang pakai high heels tuh.

"Banyak problems lah", kata Kinky kat aku.

Then terpaksa tarik kipas tuh ke darat, aku dari dalam kolam dan dia sama Ridzuan tarik dari atas darat. Kipas tuh design dia lain dari kipas lain, dia ada base yang boleh menakung air, yang kebetulan penuh dengan air (itupasal tenggelam tuh), so bila ditarik, terbalik dan terlingkuplah kipas tuh. 

Tak lama lepas tuh laki awek tuh tiba, kat tengah-tengah orang tuh dia tanggalkan baju, seluar, cuma tinggal spenda aje, untuk salin pakaian kerja. Dari cara dia jalan tuh ak dah agak yang here comes trouble.

"Awak kerja sini?", mamat Indon tuh tanya aku, kasar Ya Rabbi sampaikan aku tak jawab pun. That's it lah, kata aku dalam hati. Aku tak akan dapat get along with that guy, so ak akan berhenti kerja aje lah. Dia tengok itu ini, dan mulalah kata yang dia boleh settlekan semuanya. 

"Siapa kerja sini? Tak pandai jaga barang, tengok itu kipas semua patah", kata dia sambil tunjuk bilah kipas yang rongak kebanyakannya. Motherfucker, kipas tuh dah lama sumbing nya, tak ada kena mengena dengan aku. Ya ampun lah cakap mamat Indon tuh, punyalah besarnya as if dia ada banyak kolam ikan. Kinky pulak macam terdesak sangat so dia iya kan aje apa yang mamat Indo tuh cakap. Yang lawaknya mamat Indon tuh panggil Kinky, Ah So, aku sama Ridzuan asyik gelak aje. 

Bukanlah kerja berat sangat, cuma tukarkan motor pam tuh aje, ada 3 wires aje yang perlu disambungkan. Bila dah siap, bukan main lagi mamat tuh, bangga semacam. So dia kata nak tukar motor pam yang lain, so dia suruh aku pergi tanggalkan wires. Aku katalah yang aku tak reti, dia bantai gelak sambil kata, "Awak kerja kolam, awak mesti tahu buat semua". Berbulu aje aku mendengarnya.  

"This is it, I will never get along with this guy", aku kata kat Kinky tapi aku rasa dia buat tak faham aje. 

"I'm hungry and I need to cook something", aku kata gitu bila Kinky suruh aku turun ke kolam mengutip ikan mati. Aku melepak kejap kat kongsi, then Kinky kata dia akan pergi kedai untuk tapaukan makanan. Sementara dia pergi, aku turun mengutip ikan, ditaruk dalam guni. Dan aku perasan yang seluruh badan aku berminyak, sah lah ada minyak tumpah masa pam tuh tadi terbalik. Luka-luka jari dan tapak tangan aku mengangkat guni berat yang penuh diisi bangkai ikan tuh. Bini mamat Indon tuh ada jugak tolong tapi takat kutip ikan yang kat tepi aje sebab air dalam, dia tak reti berenang. 

Lepas makan sambung lagi mengutip ikan, aku dah menggigil-gigil kesejukan. Kinky kata nak disiapkan harinih jugak, nasib baiklah mamat Indon tuh kata esok ajelah disambung. Dengar cerita bini dia, diaorang pernah mengutip ikan mati yang lebih banyak dan lebih besar, so kerja tuh senang bagi diaorang.

Then masalah nak buang guni berisi ikan tuh, aku sama mamat Indon tuh suggest ikan-ikan tuh ditanam aje tapi sebab tanah dusun tuh kepunyaan Thamby, Kinky tak setuju, dan dia nakkan ikan-ikan tuh dibuang kat mana-mana lereng bukit kat luar sana tuh. Kena lah masukkan guni-guni busuk tuh ke dalam Jeep. Nak lawan mamat Indon yang badan berketul-ketul tuh, mana lah aku daya. Dia pikul satu guni, aku pun pikul 1 gni, dia heret 2 guni aku pun heret 2 guni. 26 karung guni semuanya. Nun jauh kat Kuala Kelawang sana tuh kitaorang buang guni-guni tuh, dan sebab jauh tempatnya, kitaorang kata buat esok aje lah selebihnya, masa tu pun dah nak Maghrib.

On the way balik th aku beritah Ridzuan yang aku rasa ak nak berhenti kerja aje sebab ak tak suka mamat Indon tuh. Aku cakap dalam bahasa Inggeris sebab takut mamat tuh faham, Ridzuan senyapkan aje, walaupun dia Engineer tapi he speek no the Inglish to.

Then baru aku teringat apa yang Seng beritahu aku ituhari masa aku tanya dia pasal pekerja. Dia kata dia ada pekerja tapi berlagak orangnya, jenis yang dia tah semua kerja dan orang lain tak tahu nak buat kerja. Rupanya mamat Indon tu lah yang Seng maksudkan, agaknya sebab terdesak sangat dan tak ada orang lain dah nak dihantar ke sini tolong aku. Ma cibai punya Seng.

Aku dah keletihan dan sakit badan sana sini, kaki hencot-hencot, tapak kaki banyak luka pasal terpijak ikan, mamat Indon sama bini dia asyik tanya aku itu ini pasal kemudahan kat kongsi yang tak ada apa nya tuh. Terus disuruh bini dia buat list barang-barang yang diaorang nak Kinky sediakan untuk diaorang. Mintak fridge sama microwave oven tuh, cayalah diaorang nih. 

Malam, diaorang keluar, dan aku pun teruslah buat plan. Tak boleh jadi kalau macam nih, aku memang tak boleh ngam dengan mamat Indon yang suka memerintah tuh, yang suka cakap besar tuh. Dahlah bahasanya kasar, cara dia cakap pun memang kasar. Tadi ada aku beritahu Kinky yang Sabtu aku off so aku akan balik ke sini semula hari Selasa pagi. Aku nak bawak barang aku yang penting-penting, tinggalkan sikit aje, sebab nanti bila dah dapat gaji (dan bila Joko bayar hutang), aku akan blah terus aje berhenti kerja. Tak tahu lah tapi harinih mengonfirmkan yang aku akan berhenti kerja kat sini. 

Dan aku dapat sms dari housemate aku yang beritahu ayah dia meninggal pl 5.30 petang tadi. Innalillah.