Monday

Ahad - 20102013

"Untunglah awak yerk, tak payah menyirang, dah 2 hari hujan", kata S masa minum kat kedai Chu Bekam pagi tadi.

"Kalau hari-hari gini kan ker sedap?", aku jawab gitu, tapi aku tahu yang soon aku akan berhempas pulas menyiram cili sama kacang, sebab tak kan hari-hari hujan, kan? Dan aku rasa happy sebab bersyukur dengan hujan yang turun sesehari dua nih and at the same time aku bersedia untuk panas terik nanti.

"Bagi kawaih kopi Tongkat Ali kaw ser, letih nih siang malam kerja", kata S kat Chu Bekam.

"Kerja mende nyer malam-malam?", Chu Bekam tanya sambil senyum-senyum. Boleh tahan jugak Chu Bekam nih, kata aku dalam hati. 

Meluat sungguh aku kalau orang cakap lucah-lucah nih, dan yang peliknya, benda gitu-gitu dapat sambutan, akan ada jer orang yang jawab. Memang resmi duduk kampung macam ni kot? 

Since tak ada apa lain yang boleh dibuat (sebab semalam hujan lebat), aku sama Long teruslah sambung kerja-kerja menyusun, mengikat pokok cili. Macam semalam jugak, Long merentang dawai, aku yang ikatkan pokok cili, jugak memenuhkan polybags dengan cocopeat. 

"Rendah ngat dak, buat tinggi sikit"
"Dekat ngat dengan pokok belimbing, payah nak memanjatnya nanti"
"Kalau buat sebaris lagi hala ke senoho, ok ker?"
"Kena buat laluan orang nak lalu, kalau tidak ada yang terpukang langgor dawe nih"
"Nak buat ke seme nyer ker yang bawah pokok mutan tu?"
"Ini kalau lebat buahnya, keri lah nak memetik"

Itulah antara perbualan kome berdua adik-beradik, sesambil buat kerja tuh. Slow and steady jer sebab cuaca tak panas sangat, banyak pokok-pokok pulak tuh tempat berteduh. So akhirnya dapatlah 150 pokok yang disusun, diikat berbaris, ada more than 200 bags lagi yang kena dibuat jugak tapi kemudian-kemudian boleh dibuat. Yang pentingnya, dah ada 150 pokok cili yang dah disusun dan dimaintain elok-elok yang kebanyakannya dah mula berbuah. Cili besar pun dah ada yang merah. 

Saspen gak aku nih, dalam hati nak kan pokok cili tuh mengeluarkan hasil yang banyak tapi at the same time aku dok fikir, macamanalah nak memetiknya nanti bila dah banyak tuh? Kerayanlah nanti tuh.

Long tak balik next weekend sebab dia nak ke KL. Semenjak dua menjak nih Long selalu ke KL, ada kursus apa tah, pasal bisness. Ituhari diaorang 4 beranak pergi. Long pernah jugak pergi kursus motivasi Dr Azizan Osman kaki kelentong tuh, itu yang aku gelakkan dia tuh.

Dan Long kata dia akan suruh AdikDin duduk di sini seseminggu, untuk tolong aku buat kerja sebab akan datang nih banyak kerja aku, nak mencabut kacang, menyangkul, nak tanam semula kacang. Nak jaga cili lagi, kan? Yami cuti semester nanti pun Long nak suruh duduk di sini seseminggu. 

Sebenarnya aku tak ada lah macam nak rush sangat nak tanam kacang, (benih tak ada lagi, itu satu hal) sebab aku tahu yang aku di ambang penyerahan kuasa sekarang nih, kalau aku kerjakan kacang awal-awal, yang kena sambung kerja aku nanti tuh sure nya AdikDin, kan? Lebih baik AdikDin sendiri yang mulakan dari sekarang. Dengan lain perkataan, aku tak berapa nak lah kalau aku bersusah payah sekarang, knowing the fact yang orang lain akan menuai hasil dari keringat aku nanti. Lagipun, projek kacang aku sekarang nih, sampai akhir Jan tahun depan baru last penuaian. 

Hujan turun just before Asar, dan aku tak ke kebun walaupun hujan berhenti dalam pukul 5 tuh. Dua petang berturut-turut tak ke kebun, kan? 

Ada Kelas Mengaji sama ImamHajiMat malam nih, ada 4 jemaah lelaki yang ikut, kira oklah tuh. 

Saturday

Sabtu - 19102013

Aku ada ternampak kelibat Long masa breakfast kat kedai Chu Bekam pagi nih, haruslah Long balik awal sebab nak jemput mak untuk pergi khenduri kat Jerantut.

"Deme bilanya bertolak?", aku tanya Long, balik dari Pekan Sehari, masa tuh Long tengah membuang daun kat ketiak pokok-pokok cili.

"Ke mana?", Long tanya aku.

Then aku beritahu lah yang dari cerita mak masa Raya dulu, mak nak sangat ke rumah khenduri di Pulau Tawar tuh pasal tuan rumah tuh datang sendiri ke sini, hantar kad jemputan kahwin, too bad masa tuh kitaorang di masjid so tak sempat jumpa.

"Tak ada pun mak ajak pergi...", kata Long.

"Entahlah, aku ingatkan awak balik nih sebab nak jemput mak sebab dulu mak kata nak pergi", aku kata gitu.

Tak lah pulak aku suruh Long tanya mak.

"Long tengah pokai sungguh ni, minggu depan baru ada duit. Tak pernah sepokai gini", kata Long bila aku kasi hints yang nak kena beli a few things, dawai, tali, jugak cocopeat.

Teruslah aku ke Sungai Ruan, adalah duit setakat nak beli a few gelungs dawai. And so kitaorang memindahkan cili yang di bawah pokok rambutan tuh, kitaorang rentang dan ikat dawai, then ikat pokok-pokok cili tuh. Kitaorang ambik pokok cili yang elok-elok aje, kebanyakan pokok cili nya lawa-lawa, daunnya tak kerinting pun, ada dalam sesepuluh bags aje yang tak berapa elok. 

"Bersemangat tengok pokok lada lawa-lawa nih, ada harapan gayanya nih...", kata Long.

Aku mengisi polybags yang kurang cocopeat, ada 2 guni sabut yang belen ituhari.

"Ada benih kacang dak, AdikDin on the way dengan kawan-kawan dia nih, deme nyer nak benih kacang, nak tanang di Jerantert (Jerantut)", kata Long.

"Tak ada, kacang yang di senoho tu nak hantar kat member yang order online. Yang belah sana tuh dalam seseminggu lagi baru elok, harinih ngam-ngam 3 bulan umur kacang tu", aku kata gitu.

Tak lama tuh AdikDin sampai, dengan 3 orang kawan dia, bebudak ada Diploma semuanya tapi tak kerja. Susah ker nak cari kerja sekarang ni hah? Aku, kalau anak-anak sedara aku panggil aku Pak Itam, aku tak lah terasa tua sangat, tapi kalau orang lain panggil aku dengan gelaran tuh, aku rasa tua sesangat ekekeke

Long break sekejap, sembang sama bebudak tuh, so aku buat keputusan nak ke Raub, nak keluarkan duit yang ada sesikit tuh. Tak boleh jadi macam nih, minyak kereta dah nak kena isi, minggu depan nak hantar kacang, nak bayar postage, dan nak beli benda-benda kerja kebun lah jugak. Banyak (bagi aku lah) nak guna duit nak berkebun nih, so far Long cuma kasi RM 700 ituhari aje untuk beli cocopeat sama polybags. Yang lainnya semua guna duit aku sendiri, duit hasil jualan kacang, jugak belen-belen yang adik beradik aku hulur. Sengkek sungguhlah hidup aku nih kan? Tapi I'm holding on, walaupun tak sapa tahu kadar kesengkekan aku nih. Tak apa, in a few months InsyaAllah aku akan ada duit.

Kau jangan pelik dan jangan salahkan aku Dear Diary, kalau masa tuh nanti aku pakai branded punya jam tangan, atau apa-apa lah fashion-statement lain. Macam orang lain jugak, aku tahu yang I am not necessarily the most confident people in the world, but I learn how to build up my confidence by altering my appearance. 

Aku rasa aku lah orang paling selekeh kat Raub pagi nih, mana tak nya, aku pergi tuh dengan berpakaian kerja yang bersempelek dengan tanah. 

"Apa pasat lu beli 5 guni, lulu-lulu (dulu-dulu) lu sikali angkat luapuluh guni?", tokay nursery tuh tanya aku masa beli sabut kelapa.

"Saya punya mak tarak suka itu kotor, habuk. Beli 5, kasi masuk bonet, itu ok", aku kata gitu.

"Ooo itu macam ka?", kata Cina tuh lagi.

Aku singgah kat Kedai Kacang Sempalit sebab nak beli air, tokay tuh kasi free aje sebab dia dah kenal aku. Diaorang tanya jugak aku, bila lagi nak hantar akar pokok kacang, kat mana aku jual kacang, dan boleh ker aku supply kacang kat diaorang macam dulu tapi aku kata aku cuma sorang, tak sanggup aku nak berhempas pulas macam dulu tuh. Lagipun kacang tak berapa ready sangat lagi pun untuk dicabut. Walau macamana pun aku ada sikit rasa bangga dalam diri bila mengenangkan yang tokay Kacang yang femes tuh pun boleh jadi ngam dan baik dengan aku. 

"Kalau deme nak, pergi lah cabut kacang yang di sana tu, tak berapa tua sangat lagi tapi kalau nak makan tu boleh lah", aku kata gitu kat AdikDin sama kawan dia. 

Kesian pulak aku menengoknya, diaorang datang dari jauh, tak kan sebutir kacang pun tak boleh kasi, kan? So diaorang berempat pun cabutlah kacang tuh, nasib baik semalam hujan so tanah lembut, senang jadinya nak cabut. 

"Nak buat mende akar kacang nih?", tanya one of AdikDin's friends bila aku kata yang aku nak akar-akar pokok kacang tuh, nak jual kat Kedai Kacang Sempalit tuh.


"Buat ubat keras kote", aku kata gitu sambil gelak.

Balik dari masjid, teruslah aku sama Long mencabut lagi sebaris kacang sebab yang diaorang cabut tuh sikit sangat, pulak tuh yang tak elok (yang masih muda, yang kecik-kecik) pun diaorang leraikan jugak tak guna akal ker bebudak nih sampaikan terpaksa mak sama Long pilih balik semula kacang yang dah diaorang leraikan tuh.

"Te'elok, muda lagi kacang nya. Yang di senoho terh lawa-lawa isinya, hak tu menjadi, yang mak tanang terh", mak kata gitu kat Long.

Ha, tengok tuh! Tengok tuh! Nampak sangat kelentongnya ekekekek. Usaha-usaha pemalsuan data sedang dijalankan. Adoilah, gelak jer lah aku dengan mak nih.

Kacang yang mak tanam tu lah yang paling tak menjadi, yang sampai sekarang aku biarkan pokoknya begitu aje tak bercabut, sebab aku nak jadikan itu sebagai satu peringatan yang jangan cakap besar, walaupun claim nya dah lama bertanam kacang.

So dapatlah dalam 2 kilo kacang untuk diaorang bawak balik, minggu depan agaknya diaorang nak datang lagi untuk beli benih.

Syukur Alhamdulillah hujan turun petang nih, sebelum waktu Asar. Lebat sungguh turunnya sampaikan banyak pokok cili yang terlentok. By 5-15 pm hujan berhenti tapi dah lewat sangat untuk kitaorang turun ke kebun.

Dengar katanya UstazM ada mengajar mengaji malam nih tapi tak ada pulak, mungkin sebab hujan kot? Iyalah, kereta dia masih di workshop. Dan lepas Isyak hujan turun lagi, tak lebat tapi nampak gayanya macam nak lama jer turunnya.



Friday

Jumaat - 18102013

Kalau semalam malas, pagi nih aku lagi malas. Dan bila malas tuh, lambat sangat masa berlalu. Aku cuma mencabut rumput kat plot kacang yang depan rumah tuh. Tak berapa cantik kacang kat situ, sebab dah lah jarang-jarang, tak banyak pulak pokoknya. Mungkin jugak sebab ini dah round ke3 tanam kat situ so tak ada lah merimbun sangat kacangnya. Aku kena make sure yang akan datang aku tanam 3 biji setiap lubang. Itu kacang yang merimbun tuh, lebih dari 3 bijik yang aku taruk sebenarnya.

S ada hari nih, dia menebang pisang, ada a few tandans yang dapat, yang elok untuk dijual. Tapi dengan S nih aku boleh baca otak dia bila dia kata, "Te'elok pisang nih, berapa seng (sen) jer boleh dapat ni kang". 

Awal-awal lagi dia dah kasi tahu aku yang jangan nak harap dapat duitlah hasil jualan pisang tuh. Aku tahu yang aku bukan reti sangat pasal pisang tapi dari kejauhan tuh aku peratikan yang tak ada cacat celanya lah a few tandans pisang yang dia nak jual tuh. 

Kadang tuh aku terfikir jugak, busuk sangat ker hati aku nih sebab biasanya orang yang busuk hati jer dapat detect orang berhati busuk yang lain. Aku selalu bersangka buruk. Sad thing is, sangka buruk aku tuh memang betul. Mungkin sebab aku dah lama peratikan S tuh so aku dah boleh baca what's on his mind, aku dah boleh agak perwatakan dia, aku dah boleh tahu bentuk-bentuk pengelentongan dia.

Apa-apalah, tak kebulurnya kitaorang (InsyaAllah) tak dapat duit pisang tuh. Macam selama ini jugak, tak kebulur pun aku walaupun cuma dapat RM 200 sebulan (dari Ida sama Ani), walaupun itulah duit minyak, itulah duit mengeteh. Dan itulah duit untuk bayar Takaful.

Oh and by the way, aku pun tahu baca perwatakan mak. Kau dah tahu dah pasal tuh kan, Dear Diary?

Syukur, hujan turun masa Sembahyang Jumaat, tak lebat tapi adalah sesikit buat membasah bumi. Dan petang nih lena pulak aku tidur, mungkin sebab tak panas, cuaca redup gitu.


Elok jer aku tukar ke pakaian kerja, hujan turun. Again, tak lebat. So aku memetik cili ajelah sekejap, dapatlah a few gram, so far belum sampai sekilo pun yang dapat kot. Aku nak buat macam ni lah, setiap hari aku petik sikit-sikit, jangan nak tunggu buah dah betul-betul banyak baru nak dipetik, nanti tension.

"Masa hantar lada ni ke Makcik Lijah di Pekan Sari esok, tanyalah dia berapa dia nak ambik sekilo. Tapi jangan terus setuju dengan harga dia tuh, tanya jer dulu sebab dia beli dari Cina Sungai Ruan tu, 18 ringgit sekilo", aku kata gitu kat mak.

"Duit nyor, duit kacang, dia belum bayar lagi tuh", aku kata lagi.

Tak sempat habis aku membaja cili, hujan yang amat lebat pun turun, so melepak ajelah aku sebab bila hujan-hujan macam nih biasalah, streamyx akan down.

Long tak jadi balik hari nih sebab ada dinner apa tah, mungkin esok kot. Masalahnya, mak nak pergi khenduri kawin kat Pulau Tawar, Jerantut, esok jugak rasanya. 

Ada pulak UstazY malam nih, ingatkan minggu nih tak ada Kuliah Ugama sebab minggu Raya. Again, terlelap aku bersandar kat tiang, entah apa lah yang UstazY tuh bercerita, rasanya pasal Syiah lagi. 

Walaupun makan tiga bijik kuih masa jamuan, balik ke rumah aku makan jugak nasi, simply sebab ada sayur petola. Petola tuh hasil tanaman aku, tadi mak petik 2 bijik. Kacang buncis sama kacang panjang pun dah boleh dipetik nampak gayanya tuh. Bayam sama sawi aku tak hidup pasal dulu lama tak siram, tak ada masa sebab waktu tuh kelam kabut nak menyiram tanaman lain yang lebih penting. 

Thursday

Khamis - 17102013

Malas sungguh aku ke kebun pagi nih, biasanya kalau malam sebelumnya hujan, memang gitu. Aku akan jadi malas sebab aku tahu yang aku terpaksa buat kerja lain, aku tak payah nak menyiram. Kalau tak hujan dan aku tahu aku terpaksa menyiram, ha, itu aku terpaksa buat rajin, aku kena force diri aku, sebab lama ambik masa nak menyiram tuh, so aku kena mulakan awal-awal.

Aku rasa tak sampai setengah jam aku di kebun, cangkul sana sini sikit, then pergi tempat lain. Tapi, ke mana-mana aku pergi, aku tetap heret cangkul tuh. Last-last aku buat keputusan untuk melepak jer lah. Aku tengah online bila dapat mesej yang ada orang order kacang. Melalui Twitter. So far melalui email ada satu, melalui FB ada 5 orders. Mamposlah, kacang belum pun aku cabut lagi nih, aku nak tunggu minggu depanlah, biar kacang tuh tua sikit. 

Then aku ke Pejabat Pos Sungai Ruan, nak tanya pasal postage. Roughly kalau hantar 3 kilo kacang, postagenya dalam RM 25, dan harga kotak pulak RM 5 setiap satu (yang 5 kilo), then baru aku terfikir, berbaloi ker sapa-sapa yang order kacang tuh? Aku kena kontek diaoranglah, kalau diaorang setuju, aku akan hantar, tak kalu, tak merasalah diaorang makan kacang harimau aku tuh. Damn, maknanya aku tak boleh dapat untunglah (dulu plan nya nak kasi up kan sikit harga ekekke), kena jual ikut harga aku jual kat orang kampung jugaklah kan? Tak apa, asalkan orang lain dapat rasa hasil titik peluh aku, itu pun dah memadai.

Terserempak dengan EnY Timbalan Pengarah CCRC/Pusat Serenti, dia kata dia nak datang tengok kebun kacang, tapi tak tahu bila. Sebab harinih sibuk, CCRC ada buat korban.

Nasib baik aku tak singgah kat kawasan kebun SarjanK CCRC tuh (aku rasa dia sibuk pasal majlis korban tuh) dan nasib baik jugaklah aku tak ke mana-mana dah lepas tuh (walaupun ada niat nak merempit, once in a life time punya peluang kan? ekekekek) sebab bila aku sampai aje kat rumah, ada teksi berhenti. Rupanya mak balik dari Shah Alam. Naik teksi, kau! Kau mampoo?

Memang gitu biasanya, kalau Nuar tak ada masa nak hantar mak balik (Nuar kan ada banyak bisness?), Nuar akan teksikan mak aje, what is that dua tiga ratus, kan? Aku jer yang kalau ke KL naik bas, tambang sepuluh hinggit. Apalah agaknya alasan mak nak balik cepat tuh sampaikan tak menyempat nak tunggu weekend bila Nuar free, aku tak nak tahu pun apa alasan yang out of this world tuh ekekekek.

And so rutin biasa pun bermulalah. Tak ada apa sangat pun, lepas Asar ke kebun, aku menyangkul sekadar nak keluarkan peluh sesikit. Tak ada pulak jamuan kat masjid lepas Tahlil/Bacaan Yaasin malam nih.


Wednesday

Rabu - 16102013

Pagi petang siang malam lah aku makan nasi impit nampak gayanya nih. Pelik, tak ada pulak aku nak ke mengeteh kat kedai, mungkin sebab aku rasa macam "bebas" sikit, iyalah kan, kalau ada mak tuh, semuanya kena ikut protokol, dan aku tak berkenan kalau perbuatan aku sentiasa diekori anak mata. 

Aku menyiram guna pam, AdikDin menanam cili kat spots yang kosong, yang cilinya mati, dia penuhkan mana-mana ruang kosong. Long pulak asyiklah mengerjakan tunggul pisang. Tension aku dibuatnya sedangkan pagi tadi aku dah beritahu yang "nak bela sikit pokok lada bawah pokok mutan tu". 

"Jangan ambik hati, Long, tapi dari buat kerja tak berfaedah tu, baik bela-bela lada-lada tu. Bukannya kita nak tanam mende-mende kat situ. Banyak kerja lain lagi nih", aku panas hati dah sebab aku tak dapat langsung nak buat kerja kat tempat kacang, takat menyiram jer.

"Awak jadi ke pindah sini tahun depan?", aku tanya Long masa kitaorang melepak, Long duduk bercangkung, aku lepak kat buai. 

"Itulah, bukan Long tak andak pindah tapi prosesnya lama......", kata Long.

Belum sempat Long habiskan ayat, terus aku kata, "Aku dan tanya AdikDin, ini nak tanya awak pulak. Kalau AdikDin duduk sini gilir-gilir dengan aku, boleh dak? 

"Aku dah setahun gini, tak ada income, tak ada duit. Tapi tahun depan aku kena lah fikir pasal diri aku sendiri pulak", aku kata gitu.

"Betul tuh, betul. Awak kena lah fikir pasal diri awak, tak kan selama-lamanya nak duduk gini", kata Long.

O yer ker? Habis, apa pasal orang lain tak berusaha supaya aku tak kan "selama-lamanya nak duduk gini"? Kena aku bersuara dulu? 

"Kalau AdikDin boleh duduk sini temankan mak, rasanya settle lah masalah kita, kan?", aku tanya Long, sedikit lega bila rasa macam dah nampak jalan nak mengatasi masalah. Iyalah, since Long tak jadi pindah, tak kan nak suruh one of my siblings berhenti kerja dan duduk di kampung temankan mak, kan? Diaorang ada keluarga dan komitment masing-masing. 

"Tapi awak tak lah nak terus duduk KL kan?", Long tanya aku bila aku kata yang it's about time aku duduk KL semula, aku nak set up kan my plans etc, nak memasang tapak semula.

"Nanti bila Long dapat duit nanti, Long nak bagi Angah (AdikDin) modal nak memorex, nak buat ArRahnu, tapi awak ajar lah dia sampai pandai", kata Long bila aku kasi hints sesikit apa yang aku nak buat nanti.

"Tapi itulah, kesian jugak ke dia, bosan nanti. Iyalah, bebudak lagi", aku kata gitu.

"Bosan memang bosan duduk di kampung nih, tak ada mende nya, macam menunggu mati jer", kata Long.

Uko keri kome gelak.

"Tapi tak apa, kalau berdua duduk di sini, boleh lah adjust sana sini. Ini aku sorang-sorang, memang tak dapat nak bergerak ke mana-mana langsung. Kalau nak ke mana-mana pun, kena balik sebelum masuk waktu sembahyang (sebab nak bawak mak ke masjid)", aku kata gitu.

Banyaklah benda lain yang kitaorang sembangkan, sesambil gelak-gelak, hopefully Long telus kali nih sebab dulu tuh, lepas gelak-gelak sembang, lain pulak cerita yang diberitahu kat aik beradik aku yang lain.

And so Dear Diary, as of today, begitulah plannya, InsyaAllah. 

Aku kena kerja kuat sikit supaya AdikDin akan suka duduk di kampung, so senanglah aku nak berlama-lama nanti kan? Oooppsss!

Alaaaa, habis tuh bila masa nya aku nak ke South America? Tak kan sampai kat Panama jer dah nak kena balik semula? Brazil, Argentina masih jauh lah! Ekekekekek

Aku tahu Long nak kacang tapi aku tak ada pun offer, sebab aku sibuk menyiram, bila masanya nak mencabut kacang? Lagipun, Long bukannya tolong aku sangat, so tak nak lah aku beria-ia nak suruh dia bawak balik kacang. Itu silap Long, kalau dia banyak tolong kerja cili, sure aku dah cabut kacang untuk dia. Tak apa, Friday nanti Long balik semula ke sini agaknya, tengok keadaanlah, kalau dia tak tolong jugak, aku nak biarkan kacang tuh for a few days then baru dicabut untuk dibuat benih, jugak untuk dihantar ke Penang, KL.

Memang story of my life sungguhlah, bila aku menyiram aje, hujan pun turun. Lebat pulak tuh. Whatever lah, sekurang-kurangnya esok aku tak payah menyiram, dan bolehlah aku buat kerja lain.

Awal aku makan petang nih, kang malam dah tak payah nak ke dapur. Damn, apasal aku jadi penakut duduk sorang-sorang kat kampung hah? Kalau kat Kl tak takut pun. Ekekekke

Aku berkemas mana yang patut sebab uko berkenjah sekali kat dapur, mana tahu mak balik tiba-tiba walaupun aku rasa weekend nih mak balik. Long pun faham yang kalau mak nak balik, mak akan create seribu satu reasons, so Nuar terpaksa hantar masa tuh jugak. Long sama AdikDin tuh jenis yang makan minum tak reti nak berkemas, dah terbiasa agaknya. Aku jugak yang lepas makan, lepas minum, aku bersihkan sendiri pinggan mangkuk, tak pernah aku biarkan dalam sinki. Tapi kalau kat tempat sendiri (dulu-dulu), dah penuh sinki barulah aku cuci pinggan mangkuk. Simply sebab dah tak ada pinggan mangkuk bersih untuk aku guna.

Lepas Maghrib baru hujan berhenti, aku ajak kasir mengeteh kat kedai depan masjid. Kitaorang makan burger. Kitaorang tak bersembang sangat pun sebab Nasir sibuk main game Candy Crush kat phone dia. Tension aku. 

Lepas Isyak ada khenduri tapi tak ada pulak dibuat pengumuman kat masjid, so I took it yang aku tak kena (tak ada dalam senarai jemputan), so aku tak lah join jemaah lain yang pergi.

And so malam nih aku home alone lagi.


Selasa - 15102013

Aku rasa harini lah Raya yang paling macam tak Raya. Pergi masjid pun ngam-ngam aje sebelum sembahyang mula. Balik tuh, makan nasi impit sikit, then aku sambung tidur. Patutnya aku ke tempat buat korban tapi bila mengenangkan yang aku tak tahu nak buat apa kalau ke sana tuh, itu yang aku tak pergi tuh. Mana lah aku reti melapah lembu, menyiang daging, things like that.

Lepas Zohor pun aku sambung tidur sampai dekat Asar. Tak pernah aku tidur selama ini (bukan maksud aku tak pernah tidur), aku tidur pun kat sofa kat hall, dan yang buat aku peliknya, aku tak turn on the tv pun, memang benci sungguh aku kat tv kan? Sangguplah aku melepak tak buat apa-apa, daripada pasang tv. 

Bosan hidup aku kan duduk sorang-sorang nih, tak ada drama ekekeke. Iyalah, pelakunnya tengah bercuti kot? Ker tengah shooting kat tempat lain? Ekekekek

Long sama AdikDin balik lepas Asar so teruslah kitaorang bertiga ke kebun, lepas makan mee kari yang diaorang bawak. Aku suruh AdikDin merendam sabut, then penuhkan mana-mana polybags yang kurang isinya. Aku menyiram sesikit. Long menggali tunggul pisang yang ditebang dulu tuh. Patutnya Long tolonglah buat kerja-kerja yang bersangkutan, banyak kerja yang kena dibuat, cari buluh ker, siram air baja ker, merumput kat pokok cili ker, tapi dia asyiklah dengan kerja "tak ada makna nya tuh", as if tanah tuh kena diclearkan sebab nak bercucuk tanam kat situ. Lagipun, kan ker Bambang nak buat kerja tuh, so sepatutnya Long tolonglah aku, tak kan semua kerja yang bersangkutan dengan cili tuh aku yang kena buat. Aku nak concentrate pasal kacang jugak.

"Awak ok ker duduk sini tahun depan? Abah awak jadi ker pindah sini?", aku tanya AdikDin.

"Kalau awak boleh gilir-gilir dengan Pak Itam, ok lah. Awak duduk sini tiga empat hari, lepas tuh Pak Itam pulak, kita gilir-gilir", aku kata gitu.

"Tiga empat hari? Mengapa tak bergilir dua tiga minggu?", AdikDin tanya aku.

Bernas jugak idea tuh.

"Pak Itam bagi lah ke awak empat lima ratus sesebulan, lagi lama awak di sini, lagi banyak Pak Itam bagi", aku kata gitu.

"Tak bosan ker duduk sini? Macam bosan jer", tanya AdikDin.

"Mende nak bosannya, berkebun jer lah. Kalau awak rajin, awak jual online, best. Tadi tuh ada member FB Pak Itam dari Kelantan, dia nak beli kacang, tapi Pak Itam baru dapat mesej dia, tak dan nak cabut kacang", aku kata lagi.

"Tengoklah nanti, takut saya bosan jer nanti, takut nanti sebulan jer duduk sini dah lari", kata AdikDin lagi.

Aku cari peluang jer nak slow talk dengan Long, tapi dia sibuk menggali tunggul pisang. So bila Long lalu kat kawasan aku tengah menyiram, teruslah aku panggil Long, aku beritahu dia yang aku ada benda nak cakap, tapi bukanlah aku nak mengadu, cuma aku nak Long tahu what went on sesehari dua lepas. 

Dengan Long nih aku kena jaga-jaga sikit sebab dulu pernah aku ceritakan perihal mak kat Long (aku ceritakan tuh sebab nak share apa yang aku alami, apa yang adik beradik aku tak tahu, sekurang-kurangnya kuranglah kadar ketensionan aku kan?), tapi Long "salah anggap", dia kata aku "memburuk-buruk" kan mak, sampaikan ada kakak aku (yang tak kurang hebat drama nya ekekeke) sampai menangis-nangis mengenangkan yang what if anak-anak dia bercerita pasal dia kat belakang dia, masa dia tua nanti? So basically diaorang tak nak anak-anak diaorang jadi macam aku.

Jawapan aku senang jer, direct jer, aku kata (sambil gelak-gelak), "Laaaa, kalau dah perangai awak tak senonoh masa tua-tua nanti, memanglah anak-anak awak akan bercerita kat belakang-belakang awak, tapi niat diaorang baik, nak membetulkan keadaan".

Dengan aku senang jer, cakap direct jer, buat style Mat Salleh. Dengan Melayu nih payah, banyak benda tersirat yang berselirat kat sana sini. Kau ingat tak Dear Diary, masa aku kerja kat KFC kat Atlantic City dulu? Yang aku marah kat Nenek Bawel, tokay KFC tuh, tokay tua yang sombong, angkuh, sarcastic tuh? Yang aku kata, "I don't like you, Mrs Hodgie. You are mean, nasty, sarcastic....", sambil aku tunjukkan jari telunjuk aku kat muka dia.

Baca kat sini: http://joedendamperantau.blogspot.com/2012/10/bila-buku-bertemu-ruas.html


Nenek tua yang aku ingatkan sedar diri, rupanya (no pun intended) old habits die hard, a few days later dia mengutuk aku sambil kata, "That fucking idiot...."

Don't get me wrong Dear Diary tapi mak selalu reminds me of Nenek Bawel tuh, ada sedikit persamaan. 

Eh, where was I? Tu lah, membebel tak tentu pasal, sampaikan lupa bebelan asal ekekekek.

Ok, Long, walaupun macam terkejut dengar cerita aku, macam tak percaya, tapi dia tak ada gaya macam nak dengar dengan lebih lanjut. Aku yang sentiasa berwaspada dengan adik beradik aku (bila menceritakan pasal mak) macam faham yang Long tak nak percaya sangat cerita aku which is fine sebab kau tahu kan Dear Diary, yang Long lah yang suatu waktu dulu kata aku nih anak yang paling tak guna sekali, anak yang paling menyusahkan mak (arwah) bapak. 

Don't blame me Dear Diary, just deal with it ok, ayat tuh memang dah terstucked dalam hati aku (walaupun aku tak ambik personal pun), no amount of fresh air yang boleh membersihkan ayat tuh daripada terlekat kat hati aku, faham?

And so tak tercapailah hajat aku nak beritahu Long plan aku seterusnya, aku cuma sempat kata something like, "Takut nanti hilang pahala nak dapat pahala duduk di kampung temankan mak, dapat dosa pulak. So lebih baik aku berundur diri dulu lah untuk sementara, deme cari lah penyelesaiannya pulak. Aku dah cuba, tapi macam nih jadinya. Mungkin aku tak sesuai duduk sama mak kot?".

Sampai 6 jemputan khenduri/Tahlil kat kampung malam nih lepas Isyak. Terfikir aku, kalau diaorang semuanya bersepakat awal-awal, buat kat masjid aje lah, habis masalah. Ini tak, masing-masing nak buat khenduri sendiri-sendiri, penyudahnya jemaah berbelah bagi nak pergi yang mana satu. Dah lah jemaahnya berapa kerat aje. 

And so kitaorang ke khenduri di hulu, simply sebab yang itu paling awal kitaorang dapat jemputan. Kalau Haji Din nak terasa hati ker, apa aku boleh buat, kan? I'm sure kalau mak ada, mak akan ajak pergi ke khenduri Haji Din tuh, sebab dia orang penting kat masjid. 


Tuesday

Isnin - 14102013

Entah apa-apa yang aku buat pagi nih, takat siram cil yang bawah garaj tu jer sekejap, malas betul nak menyiram kat tanaman yang lain-lain. Memang tak ada mood langsung nak kerja, akhirnya aku memotong akar kacang, then ikat elok-elok, then aku pun masukkan semuanya dalam kereta, terus pecut ke Kedai Kacang Sempalit. Suka Cina tuh pasal akarnya fresh-fresh, cuma dia kata kalau boleh, jangan panjang sangat. Maknanya nanti aku kena terus aje potong akar kacang, lepas aku leraikan isinya dari pokok.

Dapatlah sikit duit kopi, then aku ke nursery yang di sebelah kedai tuh, beli 5 guni cocopeat, aku nak repair, nak bela elok-eloklah pokok cili yang dalam polybags, banyak yang macam kurang jer isi cocopeat, so sabut tuh mudah kering, terpaksa aku siram hari-hari. Tak pun aku nak guna cocopeat tuh untuk tanam cili kat tanah, ada dalam seratus lebih anak cili kat tray semaian, dah besar panjang masing-masing.

Aku tanya jugak orang Nepal pekerja tuh, apa jadi dengan benih/kacang yang aku kasi ituhari. Dia kata tokay makan separuh kacang tuh, cuma sikit jer yang ditanam, dan yang hidup pun tak banyak sebab benihnya dimakan semut merah. So aku beritahu dia yang lain kali tanam dalam-dalam sikit.

Sampai aje kat rumah, aku tengok semuanya tengah melepak kat kawasan belakag, memetik buah ciku. Mak pun ada sama, riuh aje diaorang bersembang, bergurau senda. Teringat cakap kawan aku duu, Angah, dia kata biasalah, yang jauh tuh manis, yang dekat nih buruk. Apa-apalah, biarlah adik beradik aku spend some quality time dengan mak, kata aku dalam hati.

Aku tengah memetik cili sama Lukman bila Ida datang beritahu pasal plan diaorang. Since tak ramai yang balik, since Nuar ada buat kurban kat Shah Alam, Ida bercadang nak bawak mak ke rumah Nuar, untuk beberapa hari. Lepas kontek Long, Nuar, semuanya setuju. Tapi aku tak nak pergi, sebab aku nak jaga rumah, lagipun aku tak berapa berkenan plan yang dibuat tiba-tiba macam nih.

"Tahun depan ko ada kat KL lagi ker?", aku tanya Nasir yang balik cuti Raya, masa lepas Zohor.

"InsyaAllah, ada di KL", jawab Nasir.

"Tahun depan aku dah kat KL InsyaAllah, tak nak balik-balik dah ke Ulu Gali nih", aku kata gitu sambil gelak-gelak.

"Betul ker? Sapa jaga mak awak? Duduk di mana di KL?", tanya Rizal.

"Betul, abang aku pindah sini kot. Aku duduk Bangsar nanti", aku jawab gitu.

Rizal order 3 kilo kacang, dia nak petang nih tapi aku kata yang aku tak boleh janji dapat sebanyak tuh sebab yang dicabut habis kitaorang rebus semalam tuh.

"Aku ada benda nak cakap dengan awak nih", aku kata kat Ida masa kitaorang di dapur.

"Ha, mende nyer? Suka sangat mengadu...", kata Ida.

Terasa jugak hati aku bila dia kata aku suka mengadu tuh. Sebenarnya aku nak beritahu pasal aku terberitahu mak, kes semalam tu lah. Kalau Ida nak marah aku, by all means marahlah, tapi kalau orang yang waras, dia tak sepatutnya marah sebab aku beritahu mak tuh untuk kebaikan bersama jugak.

"Aku tanya mak pasal mende yang awak cakap  tu.....", aku memulakan cerita.

"Semalam, masa nak pergi Subuh kan?", Ida tanya aku.

"Mana awak tahu?", terkejut aku.

"Mak cerita kat saya....", kata Ida.

Drattttsssssssssss!!!!!!!!!! Aku dah agak, mak akan ceritakan kat Ida dulu (versi mak) sebelum aku sempat beritahu Ida.

"Mak cakap macamana?", aku beria nak tahu cerita versi mak, yang aku rasa sure nya ditwist kat sana sini. As usual.

"Mak kata awak marah ke dia.....", kata ida.

"Tengok tuh, pandai jer mak buat cerita. Tak kan lah aku nak marah ker mak. Sikit pun aku tak marah, aku cakap slow jer ....", aku kata gitu.

"Saya dengar jer apa mak cerita....", kata Ida.

"Apa yang mak cakap hah>", nak sangat aku tahu macamana cerita, apa yang mak cakap kat Ida.

"Watch out, she's here", kata Faridah. Rupanya mak ada berlegar-legar di sekitaran.

Kau tak tahu Dear Diary yang how sedihnya hati aku masa tuh. Jadi bodoh jer aku yang dah sedia lah bodoh nih. Masuk tak kena, ke hall tak kena, buat-buat baca paper pun tak kena.

Dalam pukul 3, Ida sama Ipin sekeluarga, sama mak, bertolak ke KL. Masing-masing bawak balik a few pokok cili, yang dah berbuah. Jenis pemalas masing-masing tuh ekekekke. And so tinggallah aku sorang-sorang. Long yang cadangnya nak balik petang nih, kansel plan nak balik since mak ke KL. Esok aje dia balik sebab nak tolong aku kerja. I'm gonna have a long talk dengan Long esok, nak confirm dengan dia yang betul ker dia akan pindah kerja kat Raub tahun depan.

Lepas Asar pergi Tahlil, kesiannya aku sebab ada dalam 10 orang jer yang datang. Itulah duduk kampung nih, kena selalu-selalu tunjukkan muka kat masjid, kena bercampur dengan orang masjid, kalau tak memang sunyi sepi lah rumah kalau buat apa-apa khenduri pun.

Kelam kabut aku mencabut kacang petang nih, kejap-kejap kena layan HajiDin yang datang nak jemput majlis kurban dia esok, then sembang dengan S yang hantar lemang. Last-last dapatlah 2 kilo, then aku kasi free aje kacang tanah biasa yang kecik-kecik tuh. Aku rasa macam nak buang aje kacang tuh sebab kecik-kecik buahnya, tapi rasa macam takbur pulak. So, daripada buang, baik kasi kat orang. Tapi kan, jauh beza saiznya dengan saiz kacang harimau, cenonet jer kacangnya.

Lepas Maghrib aku melepak kejap dalam kereta, melayan perasaan, dalam sesepuluh minit gitu baru aku masuk semula ke masjid. Ramai jugak jemaah malam nih, iyalah kan, malam Raya. Ada dibuat takbir dari rumah ke rumah tapi aku tak join sebab takut lewat sangat sampai rumah nanti.

Saspen jugak sorang-sorang kat rumah, Ida sampai 2 kali menalipun, sesambil menakut-nakutkan aku. Orang yang tak takut akan jadi tertakut jugak kalau dengar soalan-soalan macam, "Awak tak takut ker tinggal sorang?", "Tak takut hantu ker?" gitu. Ida beritahu yang Nuar nak beli dalam 40 ke 50 bags pokok cili yang macam Ida sama Faridah bawak balik tuh so dia suruh aku discuss sama Long, berapa harga yang nak dijual. Aku kata yang kalau pokok kecik, biasanya RM 10 orang jual, so kalau pokok yang dah berbuah, tentu lah harganya lagi mahal. 

Akan pergi jauh cili sama kacang aku nampak gayanya, aku dapat order jugak dari member FB, dia nak kacang harimau aku dalam 3 kilo, dia kat Penang. Aku pun nak jual benih kat member di Melaka sama Trengganu jugak, kesian diaorang, selalu sangat tanya. 

So sapa-sapa nak kacang, benih (beli ok, jangan ingat aku nak kasi free, aku bukannya kenal korang sampaikan nak kasi free, kan? ekekekek) kacang, email aku kat malaynieum72dotyahoodotcom. Atau kontek melalui FB, Twitter.

Lewat aku tidur malam nih, dekat pukul 12. Yang lawaknya, bila aku tutup jer lampu semuanya, phone berbunyi. Sapa pulak menalipun tetengah malam buta nih, kata aku dalam hati. Bila aku jawab, tak ada pulak balasan, walaupun sambungannya connected. Berderau darah aku tau dak Dear Diary, terus terserlah kepenakutan aku. Puas aku berhello-hello baru lah ada suara. Rupanya Ngah (dari Chicago) talipun, patutlah line tak clear, ada echo gitu.

Sunday

Ahad - 13102013

"Mak kata kat Ida, mak ada pergi ke tempat memondok tu. Bila?", aku tanya mak masa nak pergi Subuh tadi.

"Memang rancangannya gitu....", kata mak.

"Tak, mak kata mak dah pergi", "lega" aku bila aku tahu yang memang ada mak beritahu Ida, yang mak cuba nak nafikan, cuba nak pusing-pusingkan cerita.

"Mak pergi dengan Long tu lah hari terh....", kata mak lagi.

"Tak, bukan yang itu. Mak kata kat Ida yang mak pergi sama orang kampung ni, mak kata saya tak pergi", once and for all aku kena selesaikan jugak masalah nih, itu yang aku tegas cuba korek cerita sebenar dari mak.

"Mengapanya, deme nak sangat ker mak pergi?....", mak cuba menukar topik.

"Bukan itu masalahnya. Mak, mak kena hentikan tabiat suka buat-buat cerita, suka tambah-tambah cerita, lepas tuh guna ke nama orang. Tak elok tu mak", slow jer aku cakap gitu kat mak. 

Biasanya kalau aku tengah hot, aku cakap pun macam terketar-ketar, gugup gitu tapi kali ini aku slow aje, cakap sekadar memberi teguran, menyedarkan mak, benda yang mak tak perasan, yang macam dah jadi habit mak, menokok tambah cerita. Atau merekacipta cerita, untuk cover cerita-cerita lama yang jugak direkabentuk sebegitu rupa.

"Mak jangan ambik hati, saya tegur nih sebab itu tanggung jawab saya, Ustaz pun ada cakap ituhari, mak bapak perlu ditegur kalau diaorang buat "salah" (aku guna term "salah", sedangkan Ustaz tuh kata "maksiat"). Mak tak perasan selama ini mak selalu, mak banyak buat cerita yang bukan-bukan, mak guna nama orang untuk menyedapkan cerita mak. Dah 11 bulan saya duduk sama mak, banyak contoh saya boleh bagi, mak. Banyak. Banyaaaaakkkkkk", aku kata lagi.

Mak senyap jer. Dan aku perlahan-lahan beristigrafar, takut jugak manalah tahu kalau-kalau cara aku tuh salah, tapi aku tahu yang aku tak salah, apa yang aku buat tuh memang patut, memang dah lama pun aku patutnya tegur mak tapi aku tahan kan jugak. Sebab aku berbelah bagi, aku takut aku tersalah cakap, aku takut mak salah anggap, itu yang aku pendamkan aje tuh.

Lepas tuh aku rasa macam lega selega-leganya sebab aku dah tak ada apa nak fikir, aku dah tegur mak (dulu pernah aku tegur sekali, tapi issue lain), dan mak nak dengar atau tak, itu bukan urusan aku. Kalau mak tak dapat terima hakikat benda yang aku tegur tuh betul, tu pun bukan masalah aku. Tanggung jawab aku sebagai anak, dah aku tunaikan. 

Aku rasa lega tuh pasal fikiran aku jadi tenang, jadi lapang, dan sembahyang aku pun jadi aman. Aku punya gauge tak aman, bila sembahyang aku berkecamuk. Macam semalam tuh, tak aman langsung sembahyang aku sebab asyik terfikirkan permasalahan yang mak timbulkan tuh. 

Aku tak tahu apa reaksi mak nanti, so far tak ada reaksi apa-apa, seolah-olah membenarkan apa yang aku cakap tuh, which is fine pasal orang yang sensible, orang yang boleh menerima kritikan, memang gitu sepatutnya. Tapi, kalau lah mak tetap tak dapat terima hakikat, dan kalaulah mak masih buat benda yang sama, then aku akan tahu yang "mak nih gini orangnya". 

Kita tunggu dan lihat aje, Dear Diary. Aku akan tulis kat sini nanti (walaupun mungkin ada yang aku kena sensor sedikit sebanyak), kau jangan bimbang, you are all I have lah, Dear Diary.

Ida sama Id ke Pasar Minggu Raub, aku sama Lukman pergi mengeteh kat kedai depan rumah Chu, then pergi beli 2 kampit beras yang 10 kg tuh. 

Aku tak menyiram pagi nih walaupun semalam tak hujan, kat Ulu Gali ni jer tak hujannya, tapi kat kampung Tok Machang, lebat hujannya. Aku sambung kerja mencabut rumput kat sekeliling pokok kacang, then tambunkan pangkal kacang tuh. 

Lepas tuh aku sembang dengan S jer lah, dia sesambil mengumpul daun pisang untuk buat lemang. Aku pun ambik daun pisang jugak, tapi aku jadikan alas, aku baring. Dah lama aku nak tidur kat kebun, di bawah pokok pisang, baru ni lah tercapai cita-cita aku. Best woi, kena pulak tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, aku teringat yang masa student dulu aku selalu tidur kat Hyde Park, kalau turun London. Dan masa summer kat New York City aku selalu lepak tidur kat Central Park, kan? Sekarang aku melepak kat kebun (arwah) park.

Ada dalam setengah jam aku tidur kot, S dah balik dah masa tuh. saspen gak takut-takut telor kena gigit tungau ekekeke

Tengahari, Ida sekeluarga ke Raub, hantar Id yang terpaksa balik KL sebab kerja, dan petang nih Ipin sekeluarga pun sampai dari PJ. Aku ajak anak sedara aku mencabut kacang untuk direbus. Then melayan diaorang main sembur-sembur air.

Tak kesampaian hajat nak pergi Tahlil malam nih sebab mak tak nak pergi.

Saturday

Sabtu - 12102013

"Mak nak ke Pekan Sari, kang awak datang lah jempert (jemput), banyak nak beli barang", kata mak, balik dari Subuh tadi. 

Awalnya, kata aku dalam hati. And so dalam pukul 7 aku dah keluar, punyalah payah nak cari spot untuk park, ramai orang datang awal harinih kot sebab nak beli barang persediaan untuk Raya.

Hampir aku terkata, "Itu jer barangnya?....", bila aku tengok cuma 2 plastic bags aje barangnya. Kalau mengikut nada cakap mak, aku ingatkan akan penuh bonet kereta.

Lepas breakfast kat kedai Samad aku merayau sekejap, then terpergi tempat Makcik Lijah berniaga, aku beritahu dia yang kacang dah mula dicabut. Teruslah dia suruh aku hantar 10 kilo, dia nak berniaga kacang rebus kat Pasar Minggu Raub esok pagi.

Adess, yang aku menggatal pergi beritahu dia tuh pasal apa nya, dah terpaksa aku mencabut kacang lagi sebab yang ada cuma 3 kilo, itupun untuk order Haji Ramli. 

Laju jer aku mencabut kacang, sesambil sembang dengan S, sedar-sedar dah separuh dari plot tuh habis dicabut, 2 baris panjang. Nampak macam sikit jer dah kacang yang tinggal tak bercabut. Then bila menengok yang kawasan yang dah boleh ditanam semakin meluas, baru aku perasan yang aku nih macam tersilap planning. Aku tak sepatutnya gembar-gemburkan pasal kacang, aku sepatutnya sediakan benih dulu, then barulah beritahu orang lain. Mintak-mintak lepas nih, untuk seseminggu nih, tak ada lah orang yang nak beli kacang sebab aku nak buat benih, dan I'm sure Long nak a few kilos nanti tuh. Harap-harap by the time kacang kat plot pertama tuh habis dicabut, yang kat plot lain pun dah sedia untuk dikerjakan pulak.

Ada orang meninggal pagi nih tapi mak tak ada pun kata nak pergi melawat. Aku singgah kejap masa hantar kacang kat rumah Makcik Lijah. 

Ida sekeluarga sampai just after Asar, terus aku ajak Lukman tolong aku menanam jagung. Entah apa pasal tiba-tiba aku rasa nak berjagung-jagung pulak. Adalah dalam 30 lubang yang kitaorang tanam.

"Mak tak jadi ke memondok?", Ida tanya aku.

"Entah, tak jadi kot?", aku jawab, sambil terus menyangkul.

"Tak ada tempat, Ustaz tu kata dah penuh", kata Ida.

"Yer ker?" Setahu aku, Long kata ada, tapi kena bayar RM 8000, tak berbayar-bayar lagi", aku jawab gitu.

"Mak kata dah penuh tempatnya, mak dah pergi tanya", kata Ida.

"Itu masa sebelum khenduri rumah Teh dulu kan?", aku tanya lagi sebab setahu aku, mak belum pernah ke tempat memondok di Jerantut tuh.

"Eh tak lah, baru nih mak ada pergi. Mak kata dia pergi sama orang sini, pergi ke tempat tu", kata Ida lagi.

"Aik, masa bila pulak? Aku kan ker ada di sini hari-hari?", aku macam tak percaya jer yang mak buat cerita yang mak ke tempat memondok tu. Nun di Jerantut Ferry.

"Saya tanya mak, "Abang Tam pergi ker tidak"? Mak kata "Abang Tam tak pergi, mak pergi berdua jer", Ida ajuk cakap mak.

"Mak kelentong jer tuh, mak nak cari alasan jer tuh (untuk tak nak memondok) sebab dulu mak yang beria-ia sangat nak pergi", aku kata gitu.

Aku buat tak kisah sangat pasal mak buat-buat cerita tuh tapi dalam hati aku mula rasa tak sedap, aku rasa I have to do something. Samada aku kena "tegur" mak yang habitnya suka buat-buat cerita, atau pendamkan aje dan let adik beradik aku lain rasa apa yang aku alami selama aku duduk di kampung, yang dah masuk bulan ke 11 nih.

Aku ada beritahu Ida yang tahun depan (atau akhir tahun nih, sebelum Krismas) aku ada urusan lain yang memerlukan aku berada di KL, aku beritahu yang AdikDin mungkin akan gantikan aku untuk sementara, walaupun aku masih belum ceritakan kat Long lagi, mungkin Long tak setuju nak suruh anak dia duduk di kampung temankan mak.

Long balik sini Isnin nanti, haruslah aku slow talk sama dia, akan aku ceritakan apa yang terbuku di hati aku, kalau pun Long nak marah kat aku, marahlah. He has no reason nak marah aku, unless aku ungkit mana janji dia nak pindah kerja kat Raub. Dulu tuh bukan main lagi plan nya, nak buat rumah kat kampung lah, nak renovate bilik lah, macam-macam janji nya.

UstazM tak ada malam nih, dan jemaah pun tak ramai, muram jer suasana masjid. Aku ajak Id, suami Ida, balik lepas Maghrib sebab aku nak ke rumah orang Tahlil (yang kematian tadi) lepas Isyak sebab aku sure mak tak akan pergi, mak tak bawak tudung.

Berapa kerat jer yang pergi Tahlil tuh, muka-muka regular sorang pun tak ada, kecuali 2 Imam dan aku (kalaulah aku dianggap one of mukas regular).

Friday

Jumaat -11102013

Tak ada lah aku tergesa-gesa sangat pagi nih, pergi breakfast pun slow and steady aje, sebab aku tahu yang aku tak payah menyiram. Aku mula mencabut kacang, aku kena pastikan banyak yang dicabut sebab permintaan mungkin meningkat sempena Raya Haji nih.

S macam sindir aku jer, dia turut sama cabut kacang yang kat tepi pokok pisang yang dia tengah kerjakan. Mungkin dalam hati dia kata, janganlah tanam rapat sangat dengan pokok-pokok pisang yang kawaih tanam. Aku rasa dalam 2 kaki jer kacang aku dengan pokok-pokok pisang dia. 

Aku hantar mak ke rumah orang baca Yaasin sekejap, then lepas mencabut kacang dalams sesetengah jam kemudian (dapatlah dalam 3 kilo), aku ke CCRC/Pusat Serenti. Bawak 2 kilo kacang, untuk dikasi kat SarjanK sama EnRoss. Macam berjanji pulak, aku sampai aje ke kawasan kebun CCRC tuh, EnRoss pun sampai. Akan datang aku kena make sure kalau aku ke tempat yang macam tuh, aku kena bawak lebih sikit kacang, sebab aku macam ralat jer tak dapat nak kasi kat Sarjan yang sorang lagi, yang datang sama EnRoss.

Seronok jugak sembang-sembang sama diaorang sesambil memetik cili, mentimuan, yang SarjanK tanam. Tak habis-habis aku puji SarjanK pasal tanaman dia, aku suka buat orang sukahati sebab aku tahu yang how berbangganya dia bila memetik hasil tanaman yang dia usahakan tuh.

Aku sambung memetik kacang for another half hour lepas balik dari CCRC tuh sebab masa dah singkat, terlama rupanya aku kat sana tadi tuh. 

Syukur Alhamdulillah, petang nih hujan. Mulanya aku ingatkan yang aku bermimpi di siang hari (masa tuh aku tidur sekejap balik dari Sembahyang Jumaat tuh) tapi rupanya memang betul-betul hujan, lebih lebat dari semalam. Tak lama hujannya tapi aku tahu yang petang nih sama pagi esok (atau mungkin petang esok jugak) aku tak payah nak menyiram.

Mak tak ke surau pulak petang nih, mungkin sebab sessi mengaji/bersosial dikansel sebab tadi dah bersosial kat rumah orang baca Yaasin tuh kot?

"Awak nak buat mende petang ni, nak mencabert kacang ker?", mak tanya, masa balik dari Asar.

Tak sempat aku nak jawab, sebab aku tengah fikir, apa pasal mak tanya gitu, kan ker memang setiap kali lepas Asar aku turun ke kebun? Tak kisahlah buat apa pun, tapi memang itu kerja aku.

"Mak cadang nak ke Raub nak beli barang dapur", kata mak lagi.

Oooooo, tu pasal, agak dah.

"Esok kan ker Pekan Sari?", aku jawab with a question. 

Fikir aku, apa nak buang masa sampai nak ke Raub untuk beli barang dapur, kan? Beli kat Pekan Sehari dah lah.

Aku dah fikir macamana nak jawab kalau mak kata things like, "bawang di kede di Raub tu besar-besar", "ikan bilis nya lawa-lawa", tapi tak ada pulak mak cakap gitu kali nih. Mungkin sebab mak tahu yang aku tak nak pergi, or rather mungkin mak tahu yang idea nak membeli belah kat Raub tuh (sedangkan esok Pekan Sehari) macam tak boleh masuk akal. Akal aku lah kan, akal orang lain manalah aku tahu.

Dapatlah another 2 kilo kacang aku cabut petang nih, then aku decided untuk makan kat luar. Dah lama tak makan kat luar petang-petang, malam-malam, kan? Makan kat luar untuk breakfast doesn't count. Tapi, aku kena lah "berlakun" sikit, or else kenalah jawab persoalan-persoalan mak. Aku tak boleh pergi jalan kaki, nanti mak nampak. And so aku timbang kacang 2 kilo, 2 bags.

"Awak nak hantar ke sapa kacang terh? Ke Haji Ramli ker?", tanya mak.

Terkancuh aku, aku tak perasan mak memerhati aku dari dapur.

"Tak, Haji Ramli nak esok rasanya....", aku jawab gitu.

Aku tak cuba-cuba reka ayat lain like, "Ini nak hantar ke sipolan dan sipolanah", tak baik menipu mak sendiri, kan?

Dan nasib baik lah mak tak tanya lanjut, since aku tak beritahu pun nak hantar kacang tuh kat sapa. Mungkin mak fikir, "he doesn't want me to know", itu pasal tak dikasi tahu nak hantar kat sapa.

So aku pun pergilah "hantar kacang kat customer yang tak ujud", aku mengeteh sama makan tomyam, telur dadar. Damn, apa pasal telur dadar yang kat kedai, dibuat simple jer, tapi rasanya sedap? Kalau buat sendiri, taruklah macam-macam bahan lain, tak sesedap telur dadar kat kedai.

Aku rasa macam happy jer yang harinih adalah kelainan sikit rutin hidup aku. Kau patut tahu Dear Diary, punyalah mundane nya hidup aku nih, small thing macam tu pun buat aku rasa happy, buat aku rasa yang my life is not that bad after all. Yang bab aku terpaksa "berlakun" sikit tuh, itu tak dapek lah den nolongnya, dah mak aku orangnya macam tuh terpaksalah aku buat macam nih, kan?

Tak ada pulak UstazY malam nih, dan jemaah pun tak ramai, lepas Maghrib tuh aku sorang jer jemaah lelaki yang melepak kat masjid. Macamana pun ada jugak minum malam disediakan, kuih koci sama pulut panggang. Bersyukur aku sebab balik rumah nanti aku tak payah nak pura-pura makan (sebab aku dah kenyang) nak cover dari mak tahu yang aku tadi makan kat luar.


Thursday

Khamis - 10102013

Pagi nih tak payah menyiram pasal tanah masih lembab, semalam kan ker hujan, walaupun tak lebat. So aku ambik kesempatan hari baik bulan baik nih dengan membuat kerja-kerja lain yang banyak tertangguh. 

Mulanya aku memetik cili, ahaks, aku petik guna jari jer sebab semalam masa sembang dengan EnRoss, dia kata tak bagus guna gunting untuk memetik cili, rosak pokok cili tuh nanti, guna jari lebih elok, ada dia kasi hujah saintifiknya tapi aku tak berapa reti nak explain. 

Mulanya nak berenti kerja memetik cili tuh sebab dekat setengah jam memetik, berapa gm jer yang dapat, tapi bila mengenangkan yang kalau bukan aku, siapa lagi yang nak petik, then dengan rendah dirinya aku teruskan kerja yang maha membosankan tuh. 

Walaupun aku suka arrangement macam nih tapi aku pelik yang mak langsung tak campur tangan dalam kerja-kerja projek kacang sama cili nih. Kerja lain tak apa tapi aku ingatkan when comes to memetik cili, mak akan tolong buat tapi as I see it, aku yang kena buat semua kerja. I have the feeling yang ada adik beradik yang sound mak kot, tak kasi mak masuk campur dalam urusan-urusan pertanian aku nih. Ataupun mak masih "trauma" bila dulu aku ada sound yang "mak jangan risau, benda-benda tuh biar saya yang uruskan". So tu pasal agaknya mak tak tolong apa-apa dah walaupun sikit.  

Kau tau kan Dear Diary, yang aku lebih suka mak biarkan aku buat kerja sorang-sorang pasal aku akan mudah tertension kalau mak ada campur tangan. Iyalah, kerjanya tak seberapa tapi gegak gempita bila bercerita kat orang. Macam keadaan cuaca hari-hari lah, guruh berdentum dentam, tapi hujan tak turun jugak. Tapi, dalam mak tak ambik tahu tuh pun, ada jugak masa-masanya mak mencelah. Macam semalam tuh, aku tengah ralit meleraikan kacang, mak datang tengok, dan kata, "Yang kecik-kecik tu awak tak payah petik, buang jer". 

Then teruslah aku kata, "Tak ada pun yang kecik, semua besar-besar isinya".

"Kacang yang tak banyak isi memang besar-besar", kata mak.

Dalam hati aku kata, mak nih ada jer jawapannya, ada jer ayat penyedapnya, ayat mengcover.

S ada kat kebun harinih, so sesambil kerja tuh, asyik bersembang dengan dia aje lah. Mulanya aku menyangkul, meratakan tanah yang dah clear tuh. Kalaulah ada benih, dah aku mula tanam semula kacang, tapi aku nak tunggu dua tiga hari lagilah untuk sediakan benih sebab kacang yang dicabut tuh tak berapa tua sangat. 

Rupanya kacang yang pokoknya mati ituhari, banyak buahnya yang "tertinggal" kat dalam tanah. Masa aku cabut pokok-pokok yang layu ituhari, aku tengok tak ada pun isinya, akarnya macam putus gitu aje. Tapi bila aku menyangkul, bersepah-sepah kacang kat dalam tanah, so jadi satu kerja lah pulak nak mengutip kacang-kacang tuh, too bad itu bukan kacang harimau. Dan sebab kacang tuh kacang tanah biasa, aku cuma ambik dan pilih mana yang besar-besar aje. Sejak menanam kacang harimau nih, aku dah tak suka makan kacang biasa, (macam yang banyak kat kedai tuh) rasanya tak best, itu kacang untuk orang-orang kelas bawahan jer kan? Hehehhee.

Tak lama menyangkul, aku beralih buat kerja lain pulak. Aku memotong akar pokok kacang yang aku cabut semalam tuh, aku guna pisau sabit so cepat lah kerjanya. Aku nak hantar ke tokay Kacang Tanah Sempalit, dapatlah jugak nanti duit kopi, kan? Itu yang best duduk kampung nih, akar pokok kacang pun ada orang nak beli. Kalaulah daun kacang tuh boleh dibuat sayur, sure kaya aku.

Siap tuh aku merumput, kat kawasan tempat S kerja. Bengang jer aku bila tengok S menggali lubang kat kawasan tanaman kacang aku, untuk ditanam pisang. Sampaikan ada a few perdus kacang yang dia terpaksa cabut untuk make way untuk lubang pokok pisang dia. Lawak pulak rasanya, aku tanam kacang in between pokok pisang yang dia tanam, sekarang dia tanam pisang in between jalur-jalur batas kacang aku. 

And so aku tanya S kalau-kalau aku boleh tanam kacang kat kawasan yang dia dah clearkan tuh, dia kata tak ada masalah, so plan aku, akan datang nih (InsyaAllah), aku nak terokai lebih luas lagi, nak tanam lebih banyak lagi. Plan aje lah kan?

"Dia nih pergi khenduri kalau mak dia ada jer", kata Ustaz Simon Cowell bila one of the Jemaahs ajak aku ke rumah dia lepas Asar tadi, ada khenduri Tahlil.

"Ini basa anak mat beterl (betul) nih", orang lain menyampuk.

Bukannya aku tak nak pergi jemputan lepas Asar tapi aku ada kerja di kebun. Lagi satu masalah, kunci rumah aku yang pegang, mak tak pernah bawak kunci spare ke surau, so aku kena balik ke rumah sebab mak tak ada kunci. True yang selalunya mak balik dah agak lewat (5 lebih, kadang tuh pukul 6. Lama mak bersosial kat surau) tapi what if khenduri Tahlil tuh terlama dari biasa? Harus kecoh jadinya nanti, mak kan ker mudah keri?

Aku menyiram jugak petang nih, tapi cuma cili yang dalam polybags. Langit hitam legam as if hujan nak turun sangat dah, so aku tak menyiram kacang dan cili yang lain pasal aku menaruh harapan yang hujan akan turun. It's about time lah hujan turun, kan?

Tapi sampai ke sudah, tak ada pun hujan yang turun.

Lama sungguhlah Kuliah Tafsir UstazI tadi tuh, lepas Isyak ada Tahlil pulak. Macam biasa, makanan memang sedap tapi aku berjaya kawal diri aku dari bertambah walaupun perut aku meronta-ronta mintak diisi lagi sepinggan makanan. 

Sembang sesikit dengan EnRoss, esok aku nak ke CCRC nak hantar kacang kat SarjanK, dan nak suruh SarjanK kasi kat EnRoss sekali pasal dia nak bawak balik kampung. 

Oh, malam nih hujan turun, sikit. Syukur Alhamdulillah.