Saturday

Sabtu - 12102013

"Mak nak ke Pekan Sari, kang awak datang lah jempert (jemput), banyak nak beli barang", kata mak, balik dari Subuh tadi. 

Awalnya, kata aku dalam hati. And so dalam pukul 7 aku dah keluar, punyalah payah nak cari spot untuk park, ramai orang datang awal harinih kot sebab nak beli barang persediaan untuk Raya.

Hampir aku terkata, "Itu jer barangnya?....", bila aku tengok cuma 2 plastic bags aje barangnya. Kalau mengikut nada cakap mak, aku ingatkan akan penuh bonet kereta.

Lepas breakfast kat kedai Samad aku merayau sekejap, then terpergi tempat Makcik Lijah berniaga, aku beritahu dia yang kacang dah mula dicabut. Teruslah dia suruh aku hantar 10 kilo, dia nak berniaga kacang rebus kat Pasar Minggu Raub esok pagi.

Adess, yang aku menggatal pergi beritahu dia tuh pasal apa nya, dah terpaksa aku mencabut kacang lagi sebab yang ada cuma 3 kilo, itupun untuk order Haji Ramli. 

Laju jer aku mencabut kacang, sesambil sembang dengan S, sedar-sedar dah separuh dari plot tuh habis dicabut, 2 baris panjang. Nampak macam sikit jer dah kacang yang tinggal tak bercabut. Then bila menengok yang kawasan yang dah boleh ditanam semakin meluas, baru aku perasan yang aku nih macam tersilap planning. Aku tak sepatutnya gembar-gemburkan pasal kacang, aku sepatutnya sediakan benih dulu, then barulah beritahu orang lain. Mintak-mintak lepas nih, untuk seseminggu nih, tak ada lah orang yang nak beli kacang sebab aku nak buat benih, dan I'm sure Long nak a few kilos nanti tuh. Harap-harap by the time kacang kat plot pertama tuh habis dicabut, yang kat plot lain pun dah sedia untuk dikerjakan pulak.

Ada orang meninggal pagi nih tapi mak tak ada pun kata nak pergi melawat. Aku singgah kejap masa hantar kacang kat rumah Makcik Lijah. 

Ida sekeluarga sampai just after Asar, terus aku ajak Lukman tolong aku menanam jagung. Entah apa pasal tiba-tiba aku rasa nak berjagung-jagung pulak. Adalah dalam 30 lubang yang kitaorang tanam.

"Mak tak jadi ke memondok?", Ida tanya aku.

"Entah, tak jadi kot?", aku jawab, sambil terus menyangkul.

"Tak ada tempat, Ustaz tu kata dah penuh", kata Ida.

"Yer ker?" Setahu aku, Long kata ada, tapi kena bayar RM 8000, tak berbayar-bayar lagi", aku jawab gitu.

"Mak kata dah penuh tempatnya, mak dah pergi tanya", kata Ida.

"Itu masa sebelum khenduri rumah Teh dulu kan?", aku tanya lagi sebab setahu aku, mak belum pernah ke tempat memondok di Jerantut tuh.

"Eh tak lah, baru nih mak ada pergi. Mak kata dia pergi sama orang sini, pergi ke tempat tu", kata Ida lagi.

"Aik, masa bila pulak? Aku kan ker ada di sini hari-hari?", aku macam tak percaya jer yang mak buat cerita yang mak ke tempat memondok tu. Nun di Jerantut Ferry.

"Saya tanya mak, "Abang Tam pergi ker tidak"? Mak kata "Abang Tam tak pergi, mak pergi berdua jer", Ida ajuk cakap mak.

"Mak kelentong jer tuh, mak nak cari alasan jer tuh (untuk tak nak memondok) sebab dulu mak yang beria-ia sangat nak pergi", aku kata gitu.

Aku buat tak kisah sangat pasal mak buat-buat cerita tuh tapi dalam hati aku mula rasa tak sedap, aku rasa I have to do something. Samada aku kena "tegur" mak yang habitnya suka buat-buat cerita, atau pendamkan aje dan let adik beradik aku lain rasa apa yang aku alami selama aku duduk di kampung, yang dah masuk bulan ke 11 nih.

Aku ada beritahu Ida yang tahun depan (atau akhir tahun nih, sebelum Krismas) aku ada urusan lain yang memerlukan aku berada di KL, aku beritahu yang AdikDin mungkin akan gantikan aku untuk sementara, walaupun aku masih belum ceritakan kat Long lagi, mungkin Long tak setuju nak suruh anak dia duduk di kampung temankan mak.

Long balik sini Isnin nanti, haruslah aku slow talk sama dia, akan aku ceritakan apa yang terbuku di hati aku, kalau pun Long nak marah kat aku, marahlah. He has no reason nak marah aku, unless aku ungkit mana janji dia nak pindah kerja kat Raub. Dulu tuh bukan main lagi plan nya, nak buat rumah kat kampung lah, nak renovate bilik lah, macam-macam janji nya.

UstazM tak ada malam nih, dan jemaah pun tak ramai, muram jer suasana masjid. Aku ajak Id, suami Ida, balik lepas Maghrib sebab aku nak ke rumah orang Tahlil (yang kematian tadi) lepas Isyak sebab aku sure mak tak akan pergi, mak tak bawak tudung.

Berapa kerat jer yang pergi Tahlil tuh, muka-muka regular sorang pun tak ada, kecuali 2 Imam dan aku (kalaulah aku dianggap one of mukas regular).