Friday

Jumaat -11102013

Tak ada lah aku tergesa-gesa sangat pagi nih, pergi breakfast pun slow and steady aje, sebab aku tahu yang aku tak payah menyiram. Aku mula mencabut kacang, aku kena pastikan banyak yang dicabut sebab permintaan mungkin meningkat sempena Raya Haji nih.

S macam sindir aku jer, dia turut sama cabut kacang yang kat tepi pokok pisang yang dia tengah kerjakan. Mungkin dalam hati dia kata, janganlah tanam rapat sangat dengan pokok-pokok pisang yang kawaih tanam. Aku rasa dalam 2 kaki jer kacang aku dengan pokok-pokok pisang dia. 

Aku hantar mak ke rumah orang baca Yaasin sekejap, then lepas mencabut kacang dalams sesetengah jam kemudian (dapatlah dalam 3 kilo), aku ke CCRC/Pusat Serenti. Bawak 2 kilo kacang, untuk dikasi kat SarjanK sama EnRoss. Macam berjanji pulak, aku sampai aje ke kawasan kebun CCRC tuh, EnRoss pun sampai. Akan datang aku kena make sure kalau aku ke tempat yang macam tuh, aku kena bawak lebih sikit kacang, sebab aku macam ralat jer tak dapat nak kasi kat Sarjan yang sorang lagi, yang datang sama EnRoss.

Seronok jugak sembang-sembang sama diaorang sesambil memetik cili, mentimuan, yang SarjanK tanam. Tak habis-habis aku puji SarjanK pasal tanaman dia, aku suka buat orang sukahati sebab aku tahu yang how berbangganya dia bila memetik hasil tanaman yang dia usahakan tuh.

Aku sambung memetik kacang for another half hour lepas balik dari CCRC tuh sebab masa dah singkat, terlama rupanya aku kat sana tadi tuh. 

Syukur Alhamdulillah, petang nih hujan. Mulanya aku ingatkan yang aku bermimpi di siang hari (masa tuh aku tidur sekejap balik dari Sembahyang Jumaat tuh) tapi rupanya memang betul-betul hujan, lebih lebat dari semalam. Tak lama hujannya tapi aku tahu yang petang nih sama pagi esok (atau mungkin petang esok jugak) aku tak payah nak menyiram.

Mak tak ke surau pulak petang nih, mungkin sebab sessi mengaji/bersosial dikansel sebab tadi dah bersosial kat rumah orang baca Yaasin tuh kot?

"Awak nak buat mende petang ni, nak mencabert kacang ker?", mak tanya, masa balik dari Asar.

Tak sempat aku nak jawab, sebab aku tengah fikir, apa pasal mak tanya gitu, kan ker memang setiap kali lepas Asar aku turun ke kebun? Tak kisahlah buat apa pun, tapi memang itu kerja aku.

"Mak cadang nak ke Raub nak beli barang dapur", kata mak lagi.

Oooooo, tu pasal, agak dah.

"Esok kan ker Pekan Sari?", aku jawab with a question. 

Fikir aku, apa nak buang masa sampai nak ke Raub untuk beli barang dapur, kan? Beli kat Pekan Sehari dah lah.

Aku dah fikir macamana nak jawab kalau mak kata things like, "bawang di kede di Raub tu besar-besar", "ikan bilis nya lawa-lawa", tapi tak ada pulak mak cakap gitu kali nih. Mungkin sebab mak tahu yang aku tak nak pergi, or rather mungkin mak tahu yang idea nak membeli belah kat Raub tuh (sedangkan esok Pekan Sehari) macam tak boleh masuk akal. Akal aku lah kan, akal orang lain manalah aku tahu.

Dapatlah another 2 kilo kacang aku cabut petang nih, then aku decided untuk makan kat luar. Dah lama tak makan kat luar petang-petang, malam-malam, kan? Makan kat luar untuk breakfast doesn't count. Tapi, aku kena lah "berlakun" sikit, or else kenalah jawab persoalan-persoalan mak. Aku tak boleh pergi jalan kaki, nanti mak nampak. And so aku timbang kacang 2 kilo, 2 bags.

"Awak nak hantar ke sapa kacang terh? Ke Haji Ramli ker?", tanya mak.

Terkancuh aku, aku tak perasan mak memerhati aku dari dapur.

"Tak, Haji Ramli nak esok rasanya....", aku jawab gitu.

Aku tak cuba-cuba reka ayat lain like, "Ini nak hantar ke sipolan dan sipolanah", tak baik menipu mak sendiri, kan?

Dan nasib baik lah mak tak tanya lanjut, since aku tak beritahu pun nak hantar kacang tuh kat sapa. Mungkin mak fikir, "he doesn't want me to know", itu pasal tak dikasi tahu nak hantar kat sapa.

So aku pun pergilah "hantar kacang kat customer yang tak ujud", aku mengeteh sama makan tomyam, telur dadar. Damn, apa pasal telur dadar yang kat kedai, dibuat simple jer, tapi rasanya sedap? Kalau buat sendiri, taruklah macam-macam bahan lain, tak sesedap telur dadar kat kedai.

Aku rasa macam happy jer yang harinih adalah kelainan sikit rutin hidup aku. Kau patut tahu Dear Diary, punyalah mundane nya hidup aku nih, small thing macam tu pun buat aku rasa happy, buat aku rasa yang my life is not that bad after all. Yang bab aku terpaksa "berlakun" sikit tuh, itu tak dapek lah den nolongnya, dah mak aku orangnya macam tuh terpaksalah aku buat macam nih, kan?

Tak ada pulak UstazY malam nih, dan jemaah pun tak ramai, lepas Maghrib tuh aku sorang jer jemaah lelaki yang melepak kat masjid. Macamana pun ada jugak minum malam disediakan, kuih koci sama pulut panggang. Bersyukur aku sebab balik rumah nanti aku tak payah nak pura-pura makan (sebab aku dah kenyang) nak cover dari mak tahu yang aku tadi makan kat luar.