Thursday

Khamis - 17102013

Malas sungguh aku ke kebun pagi nih, biasanya kalau malam sebelumnya hujan, memang gitu. Aku akan jadi malas sebab aku tahu yang aku terpaksa buat kerja lain, aku tak payah nak menyiram. Kalau tak hujan dan aku tahu aku terpaksa menyiram, ha, itu aku terpaksa buat rajin, aku kena force diri aku, sebab lama ambik masa nak menyiram tuh, so aku kena mulakan awal-awal.

Aku rasa tak sampai setengah jam aku di kebun, cangkul sana sini sikit, then pergi tempat lain. Tapi, ke mana-mana aku pergi, aku tetap heret cangkul tuh. Last-last aku buat keputusan untuk melepak jer lah. Aku tengah online bila dapat mesej yang ada orang order kacang. Melalui Twitter. So far melalui email ada satu, melalui FB ada 5 orders. Mamposlah, kacang belum pun aku cabut lagi nih, aku nak tunggu minggu depanlah, biar kacang tuh tua sikit. 

Then aku ke Pejabat Pos Sungai Ruan, nak tanya pasal postage. Roughly kalau hantar 3 kilo kacang, postagenya dalam RM 25, dan harga kotak pulak RM 5 setiap satu (yang 5 kilo), then baru aku terfikir, berbaloi ker sapa-sapa yang order kacang tuh? Aku kena kontek diaoranglah, kalau diaorang setuju, aku akan hantar, tak kalu, tak merasalah diaorang makan kacang harimau aku tuh. Damn, maknanya aku tak boleh dapat untunglah (dulu plan nya nak kasi up kan sikit harga ekekke), kena jual ikut harga aku jual kat orang kampung jugaklah kan? Tak apa, asalkan orang lain dapat rasa hasil titik peluh aku, itu pun dah memadai.

Terserempak dengan EnY Timbalan Pengarah CCRC/Pusat Serenti, dia kata dia nak datang tengok kebun kacang, tapi tak tahu bila. Sebab harinih sibuk, CCRC ada buat korban.

Nasib baik aku tak singgah kat kawasan kebun SarjanK CCRC tuh (aku rasa dia sibuk pasal majlis korban tuh) dan nasib baik jugaklah aku tak ke mana-mana dah lepas tuh (walaupun ada niat nak merempit, once in a life time punya peluang kan? ekekekek) sebab bila aku sampai aje kat rumah, ada teksi berhenti. Rupanya mak balik dari Shah Alam. Naik teksi, kau! Kau mampoo?

Memang gitu biasanya, kalau Nuar tak ada masa nak hantar mak balik (Nuar kan ada banyak bisness?), Nuar akan teksikan mak aje, what is that dua tiga ratus, kan? Aku jer yang kalau ke KL naik bas, tambang sepuluh hinggit. Apalah agaknya alasan mak nak balik cepat tuh sampaikan tak menyempat nak tunggu weekend bila Nuar free, aku tak nak tahu pun apa alasan yang out of this world tuh ekekekek.

And so rutin biasa pun bermulalah. Tak ada apa sangat pun, lepas Asar ke kebun, aku menyangkul sekadar nak keluarkan peluh sesikit. Tak ada pulak jamuan kat masjid lepas Tahlil/Bacaan Yaasin malam nih.