Friday

Khamis - 12122013

Lambat sikit aku breakfast tadi, back to normal punya schedule. Long pergi lepas Subuh, dan aku pergi sebelum ke kebun, siap berpakaian kerja. Yang hapak tuh, yang aku buat tak kisah jer sengaja pakai baju terbalik. Sebab yang kat luar dah kotor. Macam pakai spender jugaklah kan, kalau rasa macam dah kotor, pakai lah spender tuh terbalik, apa susah?

Bersemangat Long menanam kacang pagi nih, macam biasa, Long menyangkul gemburkan tanah, then aku cangkul buat lubang, lepas tuh tanam dan kambus. Aku perasan yang Long langsung tak kisah, langsung tak bercerita pasal cili dah. Ada jugak Long tanya aku, nak buat apa dengan polybags yang berisi sabut tuh, yang masing-masing ada bangkai pokok cili. Aku katalah yang aku nak concentrate pasal kacang dulu, dah siap nanti, barulah aku nak fikir nak buat apa. Mungkin tanam timun kot?

Panjang-panjang batas yang Long buat, tapi semuanya herot petot, uko keri kome gelak. Panjang dan bengkok, macam kote Negro ekekeke. Itulah padahnya masa dulu-dulu tengok porn ekekeke Puas hati kitaorang sebab luas jugak kawasan yang dapat ditanam, yang kalau aku buat sorang-sorang, minggu depan pun tak akan siapnya lah.

Then AdikDin tiba, sama dengan Malik and his daughter. Malik nih adik ipar Kak Long, baik orangnya, peramah. So diaorang berbincang apa yang nak dibuat, bila Malik suggests buat outlet lain, yang lebih murah belanjanya, lebih senang kerjanya, kitaorang setuju. So bertukanglah AdikDin, Long, sama Malik, memecahkan lantai kat bilik air, jugak kat luar rumah, untuk buat laluan paip. Aku sikit pun tak ambik port, malaslah buat kerja-kerja berat gitu tuh. Diaorang memecahkan lantai konkrit guna hammer, siksa kerjanya. Agaknya kalau aku yang buat, jangan kan konkrit tuh nak pecah, habuk pun tak keluar gamaknya.

EnRoss CCRC nak order kacang 3 kilo, masa sembang dengan dia kat masjid tadi. Berat jugak mulanya aku nak setuju jual sebab kacang yang tak bercabut cuma tinggal sikit aje lagi, yang aku cadangnya nak buat benih. Yang dah bercabut, ada dalam 10 kilo tapi aku dah kata nak kasi Long bawak balik semuanya. Yang nak dibuat benih adalah dalam 3 empat kilo, yang Bibik sama Kak Long, sama Ieqa kerjakan. So aku beritahu Long awal-awal yang tak dapat lah agaknya nak buat projek kacang secara besar-besaran, sebab tak cukup benih. Takut jugak Long terkilan sampaikan tak jadi dia nak bawak balik kacang yang aku nak kasi kat dia tuh.

Tapi, bagus jugak tak cukup benih, tak payah aku nak susah-susah nanti, kan? Tak kalu, aku tak akan ada masa, akan tensionlah aku nanti, terkejar sana terkejar sini nak menyiram, nak membaja, nak menggembur tanah etc.

Hujan turun renyai-renyai petang nih sebelum Kak Long balik ke Jerantut sama AdikDin, Hidayah. Yang tinggal cuma Long, Ieqa, Malik dan anak dia. Diaorang balik esok kot, InsyaAllah lepas kerja siap. Aku pergi jemput mak kat surau, memang gitu, kalau hujan aku akan pergi jemput sebab takut mak tak ada sapa-sapa nak tumpang balik. 

Ada Kuliah Maghrib malam nih tapi the first half hour tuh aku mengelamun jer sambil bersandar kat tiang. Memikirkan masa depan hehehe. Aku tak nak cakap banyaklah tapi aku rasa macam ada reason yang buat aku masih terstuck kat kampung. Reason yang aku rasa aku boleh terima, aku redha. 

Dear Diary, kau jangan terkejut kalau suatu masa nanti, bila-bila lah, dalam masa terdekat nih ker, aku akan suruh Chu atau mak carikan sapa-sapa yang sanggup jadi bini aku. Kau jangan terkejut, ok?


Thursday

Rabu - 11122013

"Deme tak payah makan di kede lah, wan nak buat nasi lemak", kata mak pagi nih kat anak-anak sedara aku yang semuanya dah bersedia nak ikut kitaorang keluar breakfast.

"Tak apa, biarlah deme nyer pergi", Ani menyampuk.

Terus lah anak sedara aku yang 5 orang tuh ikut kitaorang, aku, Long dan Z. Aku tahu mak tak puas hati tapi Long kata yang bagus budak-budak tuh ikut kitaorang, tak kalu sure diaorang tidur aje lepas Subuh.

A series of unfortunate events terjadi harinih, hari yang "suwey" kata orang tuh. Mulanya kitaorang main badminton, ada yang main bola, ada yang main ping pong. Mungkin sebab lama dah tak berlari, melompat-lompat, masa aku tengah seronok main badminton sama Lukman, tiba-tiba kaki aku kejang, aku boleh dengar ada bunyi "keletup" gitu, then kaki aku sakit. Rasanya macam ada urat yang terbersimpul, atau mungkin putus. Urat kat betis.

Terhencut-hencut aku berjalan, as if urat kat betis tuh dah jadi pendek, aku tak boleh nak luruskan kaki aku. Tapi setakat nak buat kerja tuh, bolehlah, walaupun terpaksa berjengket-jengket.

Then Long ajak repair paip yang tersumbat, guna pam air. Selalu macam tuh, bila ramai yang balik, paip air akan tersumbat. Then bila Lan nak sambungkan hose, paip kat meter air pulak patah, so nak menunggu diaorang repair (terpaksa ke kedai etc), lama lah jugak. Masing-masing semuanya kat luar rumah. Dan mak pun, as always, sibuk ke sana sini, risau sangat pasal banjir kat bilik air (sebab paip tersumbat tuh), jugak risau pasal kotor sana sini sebab ramai yang keluar masuk. 

Sementara tunggu diaorang tuh, aku peratikan aje mak, mak mengutip kacang-kacang kat tanah, membersihkan besin-besin yang aku guna untuk mencuci kacang. Sambil tuh mulut mak tak henti-henti berakap, merungut. Pasal aku. Bibik Tua pun ada, so semakin rancaklah diaorang. Aku dapat tangakp a few bebelans mak, "bende jenis yang buat kerja tak pernah siap, buat kerja tak habih..."

Geram jer aku nak jawab dari kejauhan tuh, "kalau nak semuanya bersih, tak payah berkebun lah", lagipun, kerja aku memang belum selesai, so memanglah nampak kotor. Ada lagi kacang yang aku nak pilih, so aku masih nak guna besin yang penuh dengan air tanah tuh. Lagipun, aku tahu lah apa yang aku buat, yang orang lain masuk campur tuh apa pasal nya, aku dah beritahu dulu tuh, aku tahu nak handle kerja aku. Aku tahu jugak yang mak tak puas hati sebab bila mak tanya aku apa nak buat dengan kacang yang berpuluh kilo tuh, aku kata yang aku tak nak jual, sebab Long nak bawak balik banyak (nak kasi kat jemaah kat surau kat tempat dia, Long sama Kak Long nak pergi buat Umrah minggu depan), selebihnya nak buat benih. Nak kasi adik beradik lain pun jugak. Mak, kalau boleh, semua kacang nak dijual.

So dari kejauhan tu aku peratikan aje mak. Tak sedar jer airmata aku mengalir. Dan terus aku buat keputusan, this is it lah, aku nak duduk KL aje lah, aku dah tak sanggup nak duduk di kampung lagi. Aku sedih, apa pasal mak "macam tuh". Dah setahun aku di kampung, asyik "makan hati" jer, I can't stuff it any longer. 

Ok, semalam, bila nengok kan "perilaku" Bibik Tua, aku buat keputusan yang come what may aku terpaksa teruskan duduk di kampung, tak kan aku nak biarkan mak duduk dengan Bibik Tua yang awal-awal lagi dah tunjuk her true color, kan? Tapi pagi nih lain pulak, aku buat keputusan nak blah aje. See Dear Diary, "keputusan" aku berubah-ubah mengikut keadaan semasa.

Aku cerita kat Ani, dan Ani pun cerita kat aku (pemerhatian-pemerhatian kitaorang), kitaorang selalu bertukar-tukar cerita, bertukar-tukar pendapatan. Aku buat-buat tak nampak mak jeling-jeling kitaorang, memang normal lah gitu kalau aku didapati bersembang rancak dengan adik beradik aku. 

As I said, harinih memang serba tak menjadi, pam air rosak lah, minyak habislah, macam-macam, so aku dengan Long ke Sungai Ruan nak beli minyak. Saja jer lah aku ikut Long, kalau aku nak melepak tunggu Long balik, aku akan banyak merisik sana-sini, memerhati gelagat orang, sesambil fikir, apa pasal "some people" suka buat dan fikir benda pelik-pelik. What's so difficult untuk jadi normal?

Kitaorang singgah kejap kat tempat SarjanK, sebab dah lama tak ke sana, dan aku nak tengok perkembangan kebun dia. "Lega" aku bila tengok yang habis dah pokok-pokok cili SarjanK, dia nak buat projek timun pulak. Dia tak ada cerita pun pasal cili dia, dia cuma cerita pasal timun dia aje.

Timun dia? Ish, macam lucah jer bunyi nya ekekekkee

Aku dapat buat kesimpulan yang projek cili SarjanK tuh tak berapa menjadi, itu yang dia buang semua tuh. Itu yang buat aku "lega" jugak tuh, sebab cili kitaorang pun banyak yang mati nya jugak. 

Kitaorang akhirnya give up bila berkali-kali dijolok dengan air (guna pam), paip masih tersumbat, so Long kata yang lantai dapur tuh nak dipecahkan, nak dipasang paip baru, buat outlet lain. Banyak kerjanya so masing-masing bagi pendapat, masing-masing buat anggaran kos, yang rasa-rasanya dalam seseribu dua.

"Ok, kalau macam tuh, kena tunggu lepas Long balik Umrah lah, baru kita settlekan masalah ni", kata Long. Long nak upah adik ipar dia, Malik, yang duduk di Jerantut.

Aku gelak jer lah dalam hati, gelak pasal anggaran kos diaorang yang aku rasa way below anggaran aku sendiri, jugak gelak pasal nak tunggu lepas Long balik Umrah tuh. Knowing mak, kalau boleh esok mak nak semua tuh selesai. Dalam hati aku kata, harus lah mak akan tanya dan suruh MatNor yang buat, dan aku boleh agak-agak bentuk ayat mak nanti, lengkap dengan reasons dan excusesnya.

"Baik deme suruh Malik datang harini, sementara deme ada di sini", aku terdengar mak cakap gitu kat Kak Long. Then mak kasi a few ayat penyedap yang lain.

Aku agak dah.

"Dah Kak Long, saya dah beritahu Long dah, Long tengah talipun Malik tuh", aku kata gitu kat Kak Long, bila mak suruh dia beritahu Long pasal usul mak tuh.

Aku tersengih dalam hati bila memikirkan yang how quick nya aku.

"Tunggu, mak nak pergi tuh", aku kata gitu kat Long bila Long terus aje nak start kereta untuk ke masjid for Zohor.

"Tak kan mak nak pergi jugerk, anak-anak dah nak balik, kan?", Long kata gitu.

"Tengok, tunggu kejap", aku kata gitu. "Aku dulu pernah sekali, aku ingatkan mak tak nak ke masjid, masa tuh ramai orang, Pui ada, Lan ada. So aku ke masjid sorang-sorang sebab mak macam gaya tak nak pergi jer. Lepas tuh kan Long, tiga empat kali aku kena sindir sebab "tinggalkan" mak", aku kata gitu.

"Entah lah, agaknya kalau anak perempuan yang duduk sama mak, harus tiap-tiap hari menangis", kata Long.

THERE! THANK YOU!

Sebelum Ani sekeluarga sama Lan sekeluarga balik, semua yang ada dimintak berkumpul, nak pesan sama Bibik, apa yang patut dan tak patut dibuat. Ani yang jadi Jurucakap, so dia pesan kat Bibik, apa-apa yang harus dibuat, apa-apa yang tak harus dibuat, aku suka cara Ani, tegas, tak selindung-selindung lagi.

"Saya bisa bikin apa aja kerjaan....blah blah blah....", Bibik menyampuk.

"Tunggu dulu, tunggu orang habis cakap", kata Lan.

Cayalah Lan. Tiga empat kali Lan cakap gitu sebab Bibik ada jer menjawab. Dan ayat-ayat dia, semuanya lah ayat-ayat cover, ..."demi mencari sesuap nasi" (ha, bab nih aku nak tergelak, kan ker semalam tuh beria sangat kata yang dia kaya raya? ekekekke), "pokoknya apa aje kerjaan, saya bisa", "saya ngerti, saya udah pernah kerja seginian". 

Pandai Ani menakut-nakutkan Bibik Tua, dia kata semua tuh demi kebaikan dan keselamatan Bibik Tua jugak, Balai Polis Sungai Ruan dekat sangat, lagipun duduk di kampung macam nih, kalau orang luar menyerlahkan diri sangat, nanti susah jadinya. 

Antara benda-benda yang kitaorang pesan kat Bibik: (atas arahan Tokay Besar, Nuar) :-

1. Jangan keluar ke mana-mana sengsorang, tak boleh keluar dari kawasan rumah, kecuali sama dengan mak.

2. Jangan masuk bilik aku (dah 2 tiga kali Bibik Tua tuh masuk)

3. Jangan ramah sangat dengan orang kampung, kalau masa kat surau, masjid. Tak perlu lah canang kekayaan kat orang, kalau pun kaya sangat.

4. Jangan drive. Kalau masa aku tak ada, aku ke KL, tak payah ke masjid. 

("Bibik punya SIM nggak? Bibik bisa nyetir?", aku tanya Bibik Tua.

"Ga punya, tapi Bos Besar ada bilang yang di sini Bibik bisa bawak kereta kalo mahu ke masjid", kata Bibik Tua.

"Ga punya SIM ga bisa nyetir, pokoknya Balai Polis dekat amat, nanti semua susah", aku kata gitu.

"Uish, terrer Pak Itam cakap Indon", kata Long kat anak-anak sedara aku. 

"Mak tak payah lah ke masjid masa Abang Tam tak ada", kata Ani lagi. 

"Mak pulak, jangan suruh sapa-sapa hantar jemput mak, Rizal ker. Mak pikir lah, dia kena patah balik kalau nak ambik mak. Lagipun dia ada mak dia sendiri, ada anak bini. Memanglah dia setuju nak hantar mak tapi kesian lah ker dia, lagi pulak nanti apa orang kata?', aku terus masuk jarum.

"Memanglah", kata mak. 

"Memanglah?", kata aku dalam hati. Habis tuh apa pasal mak tak fikir benda tuh masa aku ke KL ituhari, Rizal lah yang datang jemput mak ke masjid sedangkan kitaorang tak ada tali persaudaraan pun dengan dia", kata aku dalam hati lagi.

Then aku terperasan yang macam ada persamaan antara cara dan ayat-ayat jawapan Bibik Tua dengan cara dan gaya dan bentuk-bentuk ayat yang biasanya keluar dari mulut mak. Perfect match nih, kata aku dalam hati. 

Dear Diary, selain dari selalu makan hati, aku selalu jugak berkata-kata dalam hati ekekekkeke 

4. Bibik jangan ambik tahu pasal kerja aku, pasal kacang. Biar gue aje yang urusin. 

Memang aku respect dan suka cara Ani, Lan. Kalau ada Ida, sure lagi best. Long jer yang tak cakap sepatah apa pun, duduk pun nun kat belakang. 


Tak lama tuh acara bersalam-salaman lah pulak. Ani ada hulur duit kat aku (tapi aku bukan macam Bibik Tua, so aku tak tahu berapa yang dikasi), then Lan pun hulur jugak, masa aku peluk Lan, dia kata, "Ini final lap nih, awak sabar jer lah". 

"Final lap? What the heck is that supposed to mean?", tanya aku dalam hati. 

Entah, pagi tadi ada aku cakap kat Rozi, sebelum diaorang balik, aku nak bercakap sikit dengan Lan. Entah, aku rasa aku nak tanya Lan, macamana pendapatan dia. True yang selama ini aku tak ada pun mintak bantuan pasal mintak pendapatan orang, terutama nya dari adik bongsu aku tapi knowing yang he knows a little bit pasal situasi aku sekarang (sebab dia ada baca blog), so apa salahnya aku tanya. Lagipun Lan tuh matang orangnya, mungkin sebab diaorang lama duduk overseas, tu pasal cara diaorang lain sikit tuh. Bukanlah nak kata orang yang tak pernah duduk overseas tuh tak bagus. 

So aku tanya Lan, apa yang patut aku buat, stay atau blah. Tiba-tiba aku jadi sebak, airmata aku laju mengalir. Raja Airmata sungguhlah aku nih. Puas aku kelip-kelipkan mata, aku dongak-dongak, tapi makin aku tahan, makin aku jadi sedih, sampaikan tak keluar suara aku. Tapi, dalam keadaan gitu pun aku tahu tak ada orang yang perasan, sebab masing-masing tengah sibuk dengan hal masing-masing. 

(Kat akhirat nanti lagi lah kan? Walaupun kita semua nanti dalam keadaan telanjang bulat, disebabkan kesibukan kita untuk menyelamatkan diri, kita tak akan ada masa nak fikir yang, aku nak tengok anu kau, kau jangan cuba-cuba nak tengok kote aku)

"Ini final lap nih, memang susah, just bear with it lah", kata Lan lagi. 

"Dang, what the hell is final lap?", aku masih tak faham.

"Tapi aku dah tak toot toot toot toot.......", aku kata gitu.

"Jangan dengar sangat cakap toot toot toot toot. She's toot toot toot toot.....", kata Lan.

Bila aku dah regained my composure, aku ikut Lan ke kereta, aku tanya dia sama Rozi baik-baik. Dan jawapan Lan, sikit pun aku tak expect! Macam ni lah, aku ingatkan Lan akan kata A, tapi Lan jawab B.

Alaaaaaaaaaaaaaaa......................

"Ini memang final lap, kalau final lap nih memang susah, tapi kalau awak dapat sabar, dapat overcome, ha, itu bagus sangat", kata Lan, sambil bengkokkan tangan macam selekoh, dan dia tunjukkan yang selekoh tuh memang tajam dan memang susah nak dinavigate.

Laaa, baru aku faham. Apasal lah bengap sangat aku nih ekekekek. Patutlah duduk di kampung, bengapnya tak terperi-peri. Lan pun satu hal, mentang-mentanglah duduk Qatar, cerita pasal racing jer lah yang dia umpamakan.

"Duduk sini jer lah, kome tak konfiden dengan Bibik tuh", kata Lan, Rozi pun kata dia tak percaya kalau dengan Bibik tuh. 

"Pergi KL sekali sekala ok lah, jangan tinggalkan lama-lama sangat", kata Lan lagi.

Seriously, aku tak expect langsung yang Lan akan bagi pendapatan gitu, aku mati-mati ingatkan Lan akan bersetuju dengan plan aku untuk duduk di KL, tu pasal aku dengan konfidennya tanya dia, at least akan ada sorang lagi yang bersetuju dengan plan aku tuh. 

So far ada sorang jer encourage aku, yang kata, "Why don't you go away for a few months?". Dia cakap tuh in a good way lah, bukannya bermaksud "why don't you get the fuck out?". 

So, habis hancurlah harapan aku untuk sementara ini, segala plan dan perancangan yang aku buat, yang aku tunggu-tunggu, setelah sekian lama memendam rasa, memakan hati dan jantung pisang.

Hanyut sudah impian ku
Dalam arus airmata
Kerana kau............

Oh and by the way, Ani sama Lan ada jugak hulur duit kat aku, cuma aku tak tahu siapa yang kasi RM 100, sapa yang kasi RM 50. Alaaaa, tak mengena jerat aku rupanya, diaorang (Lan/Rozi) tak baca blog aku agaknya, kalau tak tak kan diaorang tak tahu yang Nuar sama Teh tak ada hulur kat aku apa-apa pun, so takkan diaorang tak kesian kat aku yang tak berduit nih?

Ker diaorang dah tahu yang InsyaAllah by end of the month aku akan dapat duit dari David/King Mongkut? In USD pulak tuh.

Oooppsss 

Eeeee, menyesal aku puji diaorang beria-ia sangat semalam tuh ekekekkeke

Banyak pulak aku bersembang dengan Long, masa pergi balik sembahyang Asar, masa kat kebun. Aku rasa aku jadi semakin rapat dengan Long, semakin open, sampaikan hampir aku tertanya Long apa pasal dia "sampai hati" kata aku anak yang toot toot toot toot dulu tuh heheheh. Saja jer lah, aku cuma nak jawapan Long aje, selagi itu, aku tak akan puas hati, aku akan sentiasa tertanya-tanya.

Eh, tak nak tulis banyak-banyak lah pasal Long, kang Kak Long baca kang, payah jugak aku ekekekeke. Apa-apa pun, kitaorang tak lah macam keluarga orang, kitaorang semua memang sepakat, sekepala. Cuma ada yang berkepala besar, ada yang berkepala kecik, ada yang berkepala tapi macam tak berkepala ekekekke

"Kita nih tak sampai di tahap serious lagi nih. Kalau awak ingat-ingat pasal (arwah) wan masa dia duduk dengan Chu dulu tuh, itu lagi teruk. Chu sampai menangis-nangis", kata Long.

Aku tahu tuh, Pak Andak yang cerita kat aku, dan benda itu lah yang selalu aku jadikan kayu pembanding, aku selalu fikir, "alah, Chu dulu tuh sampai menangis-nangis masa jaga (arwah) wan". 

"Gini lah Long, selama ini aku belum buat keputusan (samada nak stay atau nak blah), sebab mood aku berubah-ubah. Macam semalam tuh, aku fikir aku terpaksa duduk kampung bila mengenangkan yang tak kan aku nak tinggalkan mak duduk sama Bibik. Tapi tadi, masa aku tengok mak membebel jer, aku rasa aku nak duduk KL jer, nak balik kampung sekali sekala jer macam orang lain. Tapi lepas sembang dengan Lan tadi, aku rasa aku kena teruskan duduk di kampung lah nampak gayanya", aku kata gitu.

"Besar pahala nya menjaga mak nih, Long kalau boleh nak sangat dibagi peluang untuk jaga mak, tapi itu lah, Long tak ada peluang. Long tak dibagi peluang lagi", kata Long.

Panjanglah ayat Long, berkisar pada betapa beruntungnya aku, sampaikan aku terfikir, Long nih nak mengumpan aku ker, aku tahu dosa pahala bab-bab menjaga orang tua nih, kadang tuh perbuatan/perkataan/cara kita nampak macam tak berapa bagus di mata orang, tapi aku tahu yang Tuhan faham, Tuhan lebih Ariff menilai. 

"Ok, aku dibagi peluang jaga mak, dah setahun aku jaga mak. Sampaikan aku dah tak sanggup. Itu macamana?", aku tanya Long. Direct aje. Melayu nih payah, cakap tak pernah nak direct, nak bersimpang siur jugak, sesat aku dibuatnya.

"Tapi aku boleh terus jaga mak....", aku sambung lagi. (Aku takut ayat aku tadi tuh macam direct sangat. Aku pun Melayu after all, kan? Ekekekek)

Long senyap jer. Tak terkata apa.

Laaa, aku masih terus tulis pasal Long, nih ekekekeke

Aku teringat cakap Abang Ngah (laaa, pulak dah, abang ipar aku pulak yang aku kaitkan ekekeke) dulu tuh, tahun lepas. Dia kata, "Kau bertuah dapat jaga mak. Tapi satu jer, kau jangan buat palat, sudah". Yes, he used the word palat. Aku senyap kan aje, aku tak jawab, walaupun dalam hati aku meronta nak tanya, "Ok, tapi macamana kalau orang lain yang buat palat?". Aku tak tanya tuh pasal aku tahu yang jawapan Abang Ngah surenya macam nih, "Kalau orang lain buat palat, ha, itu Abang Ngah tak tahu". Dan dia akan gelak. Dan kitaorang akan gelak sama-sama. 

Ingatkan tak ada Ustaz Simon Cowell malam nih sebab ada gaya macam nak hujan. Long tak ikut mengaji sebab dia tak berkenan cara Ustaz tuh mengajar. Long pernah ikut sekali, masa aku kat KL ituhari, lepas tuh terus tak nak join dah. Macam kebanyakan orang lain lah. Aku jer yang buat muka tebal, Ustaz tuh nak tegur macamana pun, aku tetap join juga Kelas mengaji dia, sebab kalau tak ada aku, sapa lah jemaah lelaki lain yang nak join?

Tak ada pulak jamuan malam nih, pasal Tok Siak kata dia tak expect Ustaz tuh akan datang mengajar malam nih.



Wednesday

Selasa - 10122013

Pagi nih breakfast sama 4 anak sedara aku yang lelaki, macam semalam. Aku rasa macam "guilty" jugak sebab mengajar bebudak tuh mengeteh, then again bila difikir yang apa salahnya aku belanja diaorang, walaupun dalam keadaan aku yang tak berduit nih, aku rasa lega sikit. It shows yang aku nih "tak berkira" (apa nak dikira nya, sebab aku mana ada duit, kan?) sangat.

Tak ada pulak anak Nasir sama anak MatNor datang kerja pagi nih, mungkin sebab diaorang ingatkan tak ada kerja sebab malam semalam hujan lebat. Aku dah beritahu ituhari, kalau hujan pun, datang jugak, ada lah kerja lain yang aku nak suruh diaorang buat, mengopek kacang untuk dijadikan benih.

Aku memilih kacang, membasuh kacang yang dipetik semalam tuh, dah banyak timbunan kacang yang dapat, aku tahu yang Long nak bawak balik banyak kali nih. Selebihnya nak dibuat benih aje, kena sediakan banyak benih, kalaulah jadi plan Long nak tanam kacang secara besar-besaran tuh.

Ani, Kak Long, Rozi (bini Lan) ada bersembang kat dapur, aku boleh dengar apa sembangan diaorang. Bukanlah aku nak menypy, pasang telinga, tapi memang kebetulan aku kerja kat bawah garaj, sebelah dapur, so aku boleh dengar persembangan diaorang. Diaorang bercerita pasal Nuar, kisah ex-Nuar to be exact.

Then aku dengar suara Bibik Tua menyampuk. Lama-lama makin kerap pulak penyampukan dia, dua tiga ayat dari either Ani, Kak Long atau Rozi, ada satu ayat dari dia. Aku rasa tak sedap hati, bagi aku, seorang Bibik tak perlu tahu kisah-kisah employer dia. Ini dia menambah-nambah pulak, tanya itu ini. Aku intai, tengok-tengok Bibik duduk semeja dengan diaorang. Tak boleh jadi kalau macam nih, kata aku dalam hati. And so dari garaj tuh aku panggil Ani, berbisik kat pintu.

"Deme nak bercerita pasal keluarga, jangan sama-sama Bibik. Dia tak ada hak tahu pasal Nuar, ini dia asyik menyampuk, tanya itu ini", aku kata gitu kat Ani.

Lama lepas tuh aku terdengar Ani kata, "Baliklah...". Maknanya Ani sentap, and dia kata nak balik ke Taiping aje lah. Biasalah kan kalau sentap macam tuh, terus aje kata nak balik.

Terkejut jugak aku dengan kesentapan Ani tuh. Tak lama lepas tuh aku dengar Ani ajak mak ke Pekan Sehari Sungai Ruan. (Bibik Tua, bila dia tahu Ani nak ke Pekan Sehari, dia pun nak ikut, tapi Ani tak kasi) Aku tanya Rozi, Kak Long, diaorang tak perasan Ani sentap. So aku ceritakanlah, baru diaorang perasan sebab apa Ani terus aje bersiap-siap nak keluar. 

Feeling bersalah, aku beritahu lah Rozi, Kak Long, yang dengan aku nih, aku boleh detect kalau ada benda yang tak kena. Dan Rozi kata yang dia pun perasan, dia rasa tak sedap hati aje dengan Bibik tuh. Sejak semalam lagi dia kata ada something yang tak kena. Lega aku mendengarnya sebab selama ini (sejak semalam) aku ingatkan aku jer yang fikir lebih-lebih tapi rupanya Rozi pun satu wavelength dengan aku. Cayalah.

"Kalau nak tahu cerita terkini, baca blog", aku kata gitu kat Rozi, sambil gelak-gelak. Aku tahu yang Rozi/Lan ada kot baca blog aku sekali-sekala. 

"Tak baca lagi", kata Rozi.

"Kome pun ada baca jugerk", kata Kak Long sambil gelak.

"Ha?", aku macam tak percaya apa yang aku dengar.

"Kome ada baca, kadang tuh kome suruh budak-budak terh (maksudnya anak-anak Kak Long) bukak (blog)", kata Kak Long lagi. Sambil gelak-gelak.

"Ya Rabbi, Astthagfirullah, betul ker?", aku tanya Kak Long, sambil gelak-gelak.

"Kena tutup blog lah nampak gayanya nih", aku kata gitu, sambil terus gelak-gelak, gelak yang penuh berisi kemaluan.

Seriously, out of semua adik beradik dan family diaorang masing-masing, Kak Long lah orang yang paling aku tak expect akan baca blog aku. Aku tahu Lan sama Rozi ada baca kadang-kadang, tapi Kak Long? Buat apanya Kak Long nak baca?

"Jangan berenti tulis, orang bukan nya kenal ker awak", kata Kak Long bila aku kata yang jangan ambik hati dengan apa yang aku tulis, dan apa yang aku tulis tuh benar belaka, itupun aku tak tulis banyak-banyak. Aku cuma tulis apa yang kat luaran aje, yang dalaman tuh aku tak tulis, sebab aku tak nak nanti menyinggung perasaan dan hati orang. Aku yang tersinggung, itu tak apa.

Banyak kali jugak aku gelak-gelak tak percaya gitu sesambil "mintak maaf" dengan Kak Long sebab aku banyak "mengutuk" Long. Aku kasi a few contohs bab aku mengutuk Long, Kak Long tanya aku, "Betul ker dia cakap gitu?". 

"Yang tuh memang saya terasa hati, tapi terasa hat jer lah Kak Long, tak ada simpan dalam-dalam", aku kata lagi.

"Abang Tam tulis ikut sedap jer, tapi seronok jugerk baca, boleh kome tahu apa yang Abang Tam fikir", kalau tak salah aku gitulah ayat Rozi.

"Itupun tulis ditapis-tapis tu, nampak gayanya akan datang ni kena guna penapis lagi besar lah", aku kata gitu.

"Eh, mende nya Chu cakap pasal kome?", Rozi tanya aku, obviously merefer pada entry aku ituhari.

"Ha, ha, ha, tengok tuh, nak tahu jer. Tak ada mende nya lah", aku kata gitu.

"Tak aci lah, dia (maksudnya aku lah) bukannya tulis semua", kata Rozi lagi kat Kak Long. 

Aku tanya jugak Kak Long sama Rozi, apa pendapatan diaorang sebab aku sekarang di persimpangan delima merkah, nak stay kat kampung atau nak duduk KL. Dan aku kasi sebab utama, punca aku nak duduk KL., yang secara otomatiknya menjadi punca yang sama apa pasal aku dah tak nak duduk di kampung.

Aku betul-betul suka Rozi punya pemikiran, dari dulu lagi aku suka style dia. Bertuah Lan dapat Rozi. 

Eh, kat mana nak cari bini macam Rozi tu hah? 

Ekekekek, aku puji Lan sama Rozi tuh bukan sebab diaorang akan baca blog aku tapi segala pujian aku tuh keluar dari luahan ikhlas hati aku yang suci murni nih ekekekek

Dah sakit perut gelak-gelak, aku ke tempat Long menyangkul, iyalah kan, kena lah buat baik-baik dengan Long sebab aku rasa macam bersalah jer selama ini aku banyak kutuk Long. Tapi, memang patut pun.

Eh, entah-entah orang lain pun ada blog, entah-entah diaorang sakan mengutuk aku, mana aku tahu, kan? Then again, tak ada sebutir zarah pun pasal aku yang boleh dijadikan bahan kutukan ekekekek. Dulu-dulu tuh, itu lain cerita, tapi aku sekarang bersih sebersih embun pagi. 

"Ani sentap kat aku tuh, Long", pulak dah, aku mengadu kat Long, sesambil menyangkul buat batas. 

"Sentap? Mende nya sentap?", Long tanya aku.

Obviously Long tak tahu apa itu sentap. Ngah tahu the meaning of sentap, Ngah selalu guna perkataan tuh, dulu-dulu.

And so aku ceritakan lah kat Long. With me nih, kalau ada benda yang buat aku tak berkenaan, benda yang aku tak puas hati, aku akan tanya orang, mengadu kat orang. Semata-mata nak dapatkan pendapatan diaorang.

"Eh, betul dah tu, elok dah awak buat gitu", kata Long.

Lega aku mendengarnya sebab selama ini aku ingatkan aku nih yang fikir lebih-lebih, aku nih overly sensitive, tapi sebenarnya aku nih perfectly alright. Again, it's not me, it's her, in this case lah kan?

So Long pun bagi a few examples, instances, yang seorang Bibik tak perlu buat, on her first day of work. Dengan lain perkataan, first impressions last so kalau benda tuh tak dijaga, akan terserlahlah bunga-bunga ketidakbagusan seseorang itu.

Then Ani balik dari Pekan Sehari, terus aku kabir (lambai), ajak sembang sama Long. Lagi sekali aku beritahu Ani yang jangan ambik hati dengan apa yang aku cakap tadinya tuh, aku buat tuh untuk kebaikan bersama. 

Tak sangka pulak Ani banyak bawak report pasal both Bibiks. Tak nak cakap banyaklah tapi Bibik Muda pemalas, nya palar (biar) kan jer anak-anak Nuar tuh, tidur aje kerjanya. Bibik Tua pulak, cakap banyak, cakap besar, lakunya persis juragan.  

"Tapi Bibik (Tua) tuh tak lama gayanya, dia kata sampai bulan 5 sebab nanti dia nak duduk di Mekah. Kaya orangnya Bibik tu, dia kata dia kerja ni nak habiskan masa jer, dia dah banyak harta....", kata Ani lagi.

"Semua orang Indon yang datang ke Malaysia nih, deme nyer semua kaya raya", aku kata gitu.

"Tapi cuba awak pikir, orang jenis macamana yang hari pertama jer dia kerja (sebagai Bibik pulak tuh), terus dia mengaku dia kaya raya, dia banyak duit", aku cuba menyedarkan Ani. Semua tuh macam deja vu all over again bagi aku. Bertahun aku bercampur dengan orang Indon masa kat US dulu, the same bloody script yang diaorang guna.

Alah, masa Lia (bini Nuar) hulur duit kat Bibik Tua (sebelum diaorang balik semalam), aku dah boleh "nilaikan" orang macamana Bibik Tua nih. Fine, kalau kaya raya pun, pokok nya loe cuma suri rumahtangga, kerjaan loe bersihin-bersihin. Apa perlunya loe ngomomg gedek. Dasar!

"Tak jadi gayanya nih....", aku kata gitu. Maksud aku, idea untuk memasang seorang Bibik untuk temankan mak, akan berakhir dengan kegagalan. Aku rasa mak tak akan boleh ngam dengan cara Bibik Tua. 

Tengahari ke petang, sesambil melayan anak-anak sedara, aku boleh perasan kebenaran kata-kata Ani, memang pemalas sungguhlah Bibik Muda tuh, dia melepak kat bilik (kononnya baca Quran) tapi sebenarnya dia tidur. Bibik Tua pulak, nun merayau tah ke mana-mana, bila ditanya, dia kata dia jalan-jalan cari surau.

"Anak awak tak datang kerja sebab gaji kecik ker?", aku tanya MatNoor masa kat masjid.

Rupanya anak dia ada datang tapi dia ingatkan tak ada kerja (masa tu aku kat belakang rumah), so dia terus balik. Aiman pulak demam. Amboi, mencabut rumput pun boleh demam? Ekekekke

Petang nih aku sama Long menyambung kerja tadi, buat batas, then menanam. Long tetap cerita pasal plan dia nak buat projek kacang secara besar-besaran, nak pajak tanah orang, nak itu, nak ini. 

"Long, aku tak nak cakap mende-mende sebab aku belum tahu yang aku nak duduk kampung ker atau tidak. Kalau confirm aku duduk kampung, aku akan buat projek kacang nih besar-besaran. Kalau aku buat keputusan nak duduk KL, tak dapatlah gayanya nak teruskan projek", aku kata gitu. 

Long senyap jer.  

Tak ada Kuliah Maghrib malam nih tapi aku tak balik, Long sama Z aje yang balik. Then lepas Isyak ada tahlil, ada jamuan.

Dah 2 malam aku tak kasi anak-anak sedara aku masuk bilik aku, main games kat laptop aku. Sebab aku nak buat kerja, ada hal yang nak aku uruskan. Mengupdate blog is one of the kerjas.

Pukul 10 lebih, dua-dua anak Nuar masuk bilik aku, bila aku suruh diaorang tidur, baru aku perasan yang kedua-dua Bibik dah lama tidurnya. Bengang aku jadinya, Bibik tidur lebih awal dari anak jagaan? Both of them pulak tuh. So terpaksa aku pergi cari selimut, bantal, kat bilik mak. Masa tuh aku perasan yang Ani tengah on the phone dengan Nuar, menceritakan gelagat kedua-dua Bibiks yang Nuar hantar tuh.

Kalau ikut hati aku, nak aku suruh jer dua-duanya balik esok. 





Monday

Isnin - 09122013

Tak pernah-pernah aku pergi breakfast right after Subuh tapi tadi semua yang jantan-jantan (kecuali Teh), lepas aje Subuh, masing-masing bawak kereta, cari port untuk breakfast. Best jugak ada kelainan macam nih.

Maknanya jugak, awal lah aku ke kebun, 7 lebih sikit aje aku dah di kebun, mulanya menyangkul kat kawasan yang dah dicabut kacangnya semalam tuh. Then Long pun datang, Teh pun ada jugak tolong menyangkul sesepuluh kali hayun. Bibik Tua pun datang jugak, tolong meleraikan kacang yang Long sama Z, suami Ani, cabut. 

Tak datang rupanya Ariff, anak Nasir sama anak MatNor ada datang pukul 8 sharp. So aku suruh diaorang berdua mencabut rumput sebab aku nak membaja, then nak kambus pangkal kacang tuh. Budak being budak, memanglah kan. Memang tak berbaloi aku bayar diaorang tapi dah rezeki diaorang gitu, aku pun tak nak kisah sangat diaorang kerja main-main sebab nanti bila adik beradik aku dah balik, dengan diaoranglah aku nak mintak tolong pun, kan?

Teh sekeluarga balik pagi nih, Ida pun sama, jugak Nuar, walaupun Ida sama Nuar tinggalkan anak-anak diaorang kat sini, diaorang akan balik ikut keluarga Ani Rabu nanti, together with one of the Bibiks, Bibik Muda (lawa Bibik muda tuh, orang Aceh)

Tak ada lah aku nak ambik hati sangat, I don't give a shit pun sebenarnya, tapi Nuar sama Teh tak bersalam pun dengan aku masa diaorang balik. Let alone nak hulurkan duit. Aku kat kawasan kebun depan rumah masa tuh. Ida jer yang ada hulur RM 50. Adalah aku kasi diaorang kacang untuk dibawak balik, jugak untuk dikasi kat Zafar & Zafran, bekas anak murid kesayangan aku dulu tuh. 

Susah jugak aku nanti nih, nak bayar gaji anak Nasir, anak MatNor, diaorang akan kerja the whole of this week gayanya. Aku ingatkan adalah adik beradik aku yang akan hulurkan duit sebelum diaorang balik. Tak apa lah, tak ada rezeki. Lagipun aku bukanlah orang penting pun dah sekarang nih kan, aku menyusahkan adik beradik aku aje sebab diaorang terpaksa menggaji Bibik.

Emangnye gue pikirin!

Dear Diary, kau sure nak tahu pasal Bibik Tua tuh kan? Dan kau pun tahu yang aku nih, kalau bab "memerhati" orang, aku memang boleh diharap.

So Dear Diary, di bawah ini aku paparkan pemerhatian aku tentang Bibik Tua yang akan duduk di sini tuh, tapi kau ingat Dear Diary, bukan niat aku nak mengutuk/mengumpat, aku cuma melapurkan pemerhatian aku, itu saja.

Banyak jugak kacang yang dipetik, so aku teruslah punggah baldi, besin, aku nak basuh kacang tuh, sesambil pilih dan buang mana-mana yang tak elok, yang rosak. Tapi, Bibik tuh beria-ia kata dia nak buat, sambil tuh dia kata yang lepas nih nak rebus sikit kacang tuh, untuk dimakan beramai-ramai. Aku senyapkan aje mulanya tapi bila 3 kali dia kata nak rebus, aku jadi hangat hati. 

Semalam, masa aku balik dari masjid, aku nampak dia tengah makan kacang rebus, so, tak kan tiap hari nak rebus kacang? Kacang tuh nak dibuat benih, dan nak dikasi kat sapa-sapa yang nak bawak balik ke destinasi masing-masing. Lagipun aku nak kasi kacang tuh kat a few orangs yang aku belum kasi, jugak nak kasi kat Rizal yang baru balik dari keluar Tabligh 40 hari. 

Dan yang buat aku lebih hangat hati, Bibik Tua tuh lebih-lebih pulak mengajar aku, mana nak buat dulu, what to do next. Tengok gaya dia, ada harapan dia nih akan mengontrol kitaorang nanti nih, I mean, for fuck sake, hari pertama kerja lagi dia dah mengarah orang suruh ambik itu ini, buat itu ini. Dan dia ingat dia jer yang betul. Itu yang aku perli-perli tuh (Akak Long sama Ika, anak sedara aku, ada masa tuh), aku kata yang aku tahu what I'm doing, jangan nak lebih-lebih. Yang bestnya dengan Indon nih, diaorang tak mudah ambik hati (agaknya lah), kalau aku cakap the same sentence kat mak (dengan nada lembut), sure mak akan sentap ketat. Macam semalam tuh, aku tanya jer mak, "ada orang campurkan ker kacang nih?", mak dah sentap. Kacang yang aku dah pilih dan aku asingkan, mak campurkan sekali. Terpaksa aku buat 2 kali kerja. What I'm trying to say, jangan nak memandai kononnya nak tolong kerja yang aku buat, sebab bukannya menyenangkan aku, menyusahkan aje jadinya.

Dan aku tetap tak berganjak dari bawah garaj tempat kitaorang buat kerja tuh, biar aku yang offer kacang kat orang, jangan orang lain cuba-cuba nak mintak dari aku. Aku tahu yang tak akan kempunannya lah Bibik Tua tuh, simply sebab semalam dia dah makan kacang rebus.

Pemerhatian aku yang ke 2 - aku tak tahu, tapi apa perlunya baca Quran kuat-kuat? Tak adalah aku kisah sangat tapi kan ker ramai orang kat rumah? 

Pemerhatian aku yang ke 3 - masa mak ke surau (lepas aku balik dari mengaji), masa orang lain tengah lepak kat port masing-masing dan bebudak kat bilik main games, Bibik Tua nih tengok tv. Tak kisah, tapi cara dia duduk tuh, guna 2 sofa, satu sofa tuh untuk dia lunjur kaki. 

Aku tak tahu Dear Diary, tapi kalau aku jadi Bibik, aku tak buat ketiga-tiga benda kat atas tuh, not on my fist day of work. Aku akan berusaha untuk kutip points, kan?

Permerhatian aku yang ke 4 - lepas Asar aku sambung kerja memilih kacang kat bawah garaj, then aku nampak Bibik Tua kat atas buai bawah pokok rambutan, depan rumah. Yang buat aku peliknya, dia baca Ayat Qursi, kuat bacaannya. Maybe there's something wrong with me tapi aku tak akan pelik kalau sesambil berbuai tuh dia nyanyi lagu, Buai Laju-Laju, Aku Nak Kawin Dengan Anak Raja, kuat-kuat. Tapi baca Ayat Qursi dengan suara nyaring?

Aku selalu terfikir, kalau orang buat benda pelik-pelik, atau kalau perangai orang buat aku rasa tak comfortable, aku selalu question diri aku. Is it me, or is it them? Tapi jawapannya selalu memihak kepada aku, it's not me, I'm perfectly normal. It's them.

------------------------------

Dapatlah 5 baris aku menanam kacang petang nih, Z suami Ani, sama Bibik Tua, diaorang sambung meleraikan kacang yang belum siap, Long nun di sebelah sana, gayanya macam mengelearkan kawasan untuk ditanam kacang. Serakah orangnya Long nih. Aku dah kata, habiskan tanam kat sebelah sini dulu, nanti tanam kat merata tempat, susah nak menyiram, nak mengusung paip, menyambung paip-paip tuh, itu dah satu kerja. 

Apa-apa lah, my concern now, nak habiskan tanam mana yang patut, sebelum aku ke KL sebelum Krismas nanti. 

Lan sekeluarga tiba dari Shah Alam petang nih.

Aku melepak kat masjid jer lepas Maghrib, Long sama Z suami Ani, diaorang balik ke rumah. Dan malam nih aku tak benarkan bebudak tuh sentuh laptop aku, tak boleh layan sangat bebudak nih, semalam tuh terkulat-kulat aku tak dapat nak online.

Ahad - 08122013

Nasib baik tak hujan pagi nih, so dapatlah jauh sikit pergi breakfast, kat rumah nih kalau ramai-ramai yang balik, biasanya sarapan either mee atau nasi goreng. Diaorang memang tahu yang aku tak suka nasi goreng so aku ajak a few of my anak sedaras lelaki, temankan aku pergi minum.

The same anak sedara jugak aku ajak tolong mencabut kacang, dibayar upah, RM 2 sejam. Dapatlah kitaorang habiskan satu plot, tak berapa elok kacang kat situ, kat kawasan yang dulunya kitaorang selang-seli kan dengan pokok cili (yang dah dibuang). Rasanya akan datang aku nak tanam sayur aje lah kat plot tuh. itu pun kalau aku spend banyak masa di kampung, tapi kalau aku banyak melepak di KL, ada aku kisah nak tanam apa-apa, kan?

Ida sama Nuar dan a few bebudak keciks, ke KL sebab nak ke homeopathy (Nuar nih ada penyakit serious), jugak nak jemput Bibik. Aku bawak 3 orang anak sedara aku ke rumah orang kahwin, terpaksa gesa-gesa sebab mak suruh pergi jugak, walaupun dah nak masuk Zohor. Aku tak tahu menahu pun pasal ada jemputan kahwin harinih, obviously mak lupa/sibuk kot nak beritahu, mak ke sana pun sama Makcik Rempit agaknya, pasal masa tuh aku sibuk di kebun. Bila ramai yang balik nih memang gitulah, aku lebih suka memencilkan diri kat kebun.

Long sekeluarga sampai dari Jerantut petang nih, tak ada cerita pasal cili pun (Long malu agaknya pasal cili yang kat polybags hampir semua mati, maknanya tak menjadilah projek cili kitaorang. Yang boleh diharapkan pun dalam a few ratus pokok yang ditanam kat tanah, itupun ada jugak yang mati. I have no idea apa pasal satu demi satu pokok tuh mati) 

Long asyik bercerita pasal projek kacang, plan dia nak mula buat batas kat kawasan yang dulunya banyak bangkai pokok pisang, yang dah diclearkan oleh this one mamat yang bila aku tanya semalam, dia kata dia boleh tolong aku kalau aku nak buat batas kacang nanti. Dia mintak gaji RM 10 sejam, kerja 5 jam sehari. Mungkin dalam masa 2 minggu akan datang aku nak mintak tolong dia tolong aku. 

I made it clear (kat Long, jugak mak yang ada sama-sama masa tuh) yang aku tak nak tanam banyak-banyak kacang sebab siapa nanti yang akan menjaganya? Kacang yang ada sekarang ni pun tak terjaga, aku plan nak suruh Ariff jer cabut kacang yang masih banyak tuh, dan anak MatNor, anak Nasir, untuk buat kerja-kerja lain. Aku tak boleh nak harapkan anak sedara aku sebab diaorang tak boleh nak diharapkan sangat. 

Long punya plan, nak tanam sebanyak mungkin, secepat mungkin, sebab bagi dia, kerja menanam kacang nih senang jer, tak cerewet. Memanglah tak cerewet kerjanya tapi kalau dah banyak sangat, tak terkejar dibuatnya. Buatnya pulak Long cuma balik weekend, atau 2 minggu sekali. Long nih masih ingatkan yang aku akan tetap duduk di kampung. 

Nasir ajak aku mengeteh malam nih, dia baru sampai dari KL (every weekend dia balik sini) so kitaorang kat satu gerai nih yang aku belum pernah pergi pun walaupun cuma sekangkang kera bunting jer dari rumah, ada wifi kat gerai tuh. Memanglah melaghokan makan kat situ sebab lagunya best-best, ada lagu Inggeris, lagu Melayu, dipasang kuat-kuat pulak tuh. Pelik sangat anak Nasir bila aku ikut nyanyi lagu Bon Jovi, lagu Celine Dion. 

Ida sama Nuar tiba dari KL/Shah Alam malam nih, sekali dengan 2 Bibiks. 


Sunday

Sabtu - 07122013

Hujan lebat sejak malam semalam, membawak ke subuh, ke pagi. So tak ke Pekan Sehari lah aku pagi nih, breakfast kat rumah aje, sebab Kak Teh ada beli banyak makanan. Mak ke Pekan Sehari sama Teh/Kak Teh awal pagi tadi rupanya. 

Again, bila hujan macam nih, memang bosan tahap cipan lah, nak tidur pun dah tak larat. Nasib baik anak sedara ramai, so ralit jugaklah mengacau diaorang, tengok diaorang man-main. Nuar sekeluarga ada balik, so semakin riuh jadinya.

Aku merisik-risik jugak kalau ada dibincangkan pasal plan diaorang seterusnya, memang ada aku terdengar Ida sama mak, sama kak Teh bercerita pasal "Bibik". Then anak-anak sedara aku diarah membersihkan bilik yang di sebelah bilik aku nih, Bibik akan duduk di situ. So it's confirmed yang Nuar akan hantar Bibik dia untuk temankan mak, dengar ceritanya Bibik Nuar nih alim orangnya, umur 40an, ada anak-anak kat Malaysia nih. And she drives, itu yang buat mahalnya tuh.

Yang buat tak best nya, bilik tuh sebelah bilik aku, akan kekok lah aku nanti pasal tak boleh mengeluarkan bunyi walau sedikit pun, sebab kalau kentut di bilik aku nih pun, kat bilik sebelah tuh boleh dengar. Hatta bau nya pun boleh menyelinap ke bilik tuh.

"Habis tak kan Abang Tam nak biar kan kebun, tak berjaga. Tak sayang ker kacang, lada?", Ida tanya aku bila aku kata yang aku nak menyewa di KL nanti.

"Kome expect Abang Tam pergi KL sekali sekala jer", Ida kata gitu.

Apa-apa lah, dengan adanya Bibik untuk temankan mak, itu pun aku dah patut bersyukur. Maknanya aku bebas lah sikit, boleh nak ke mana-mana, bukan macam dulu, langsung tak boleh nak bergerak. 

Dan aku dapat bayangkan yang aku akan terus berkebun macam biasa, sekali sekala ke KL. Maknanya aku kena plan betul-betul, bila aku harus siapkan kerja di kebun, aku akan hanya dapat ke mana-mana (untuk jangkamasa yang lama, at least 2 minggu) bila semua kacang dah tumbuh, so bab-bab menyiram tuh bolehlah Bibik yang tolong, kot?

Sampai ke tengahari hujan turun, berhenti sekejap then turun lagi. Air anak sungai tuh melimpah sampai ke tebing, nasib baik tak ada tanaman apa-apa kat situ, kalau tah habislah. Dulu memang aku tanam kacang, dan sekarang pun kawasan tebing tuh dah clear, ready untuk dicangkul.

Sekali sekala kitaorang pergi menengok orang menjala ikan kat anak sungai tuh, bila air dah surut, kitaorang pergi memetik rambutan.

Petang, aku teringat pasal kacang yang aku sorok dalam boot kereta, 2 minggu lepas, sebelum aku ke KL. Ekekekke, kacang-kacang tuh lembab, jadi kehitaman, dan banyak yang tumbuh. Dang, nampak gayanya aku kena cepat-cepat tanam mana-mana yang dah cambah tuh. Masalahnya sekarang nih hujan aje setiap hari, dan kawasan untuk ditanam belum ready lagi. Nampak gayanya aku terpaksa rendam dan biarkan kacang tuh dalam air, tak kalu, mati semuanya. Dan aku nak sorok, nanti kalau mak perasan, riuh rendah lah menyuruh aku cepat-cepat tanam. Aku nih cool orangnya, tak mudah keri/kerayan.

Ani sekeluarga sampai dari Taiping petang nih. 

Ada kelas mengaji sama UstazM lepas Maghrib, semenjak dua menjak nih, jemaah lelaki lebih ramai dari jemaah perempuan, yang cuma 2 orang jer malam nih. Yang lelaki ada 10 orang. Jamuan malam nih, nasi lemak.

Pelik aku, seharian Teh tak ada, bila aku tanya Kak Teh, dia kata Teh pergi tolong mangsa banjir. Tak tahu pulak kat mana, kat Raub nih mana lah banjir, kawasan tinggi. 

Saturday

Jumaat - 06122013

Dapatlah dalam 2 kilo kacang aku cabut pagi nih sebelum kemalasan melanda diri. Lagipun weekend nih ramai yang balik, rasa-rasanya boleh ajak diaorang mencabut nanti tuh, macam dulu. Dulu pernah kitaorang segerombolan mencabut kacang, sekejap jer siap kerjanya.

Then aku tolong memetik cili sebab kesian tengok mak terkedek-kedek dari satu pokok ke satu pokok. Rasanya tak sampai 10 gm pun cili yang aku petik, bosan nak mampos kerjanya. Lepas tuh teruslah aku buat mana-mana kerja yang patut, mencabut rerumput, membaja, menambun pangkal kaccang. Dapatlah 4 lima batas.

Aku nak mandi aje, ada datang Keling pembeli besi buruk, tanya kalau-kalau ada barang yang nak dijual. Bila aku kata ada cookers (2), kipas angin, katil besi etc, terus diaorang kata diaorang nak beli semua tuh. Mak pun setuju jual. Aku ingatkan banyaklah duit yang boleh dapat, tapi memang dasar Keling penipu, dah lah penimbang yang diguna tuh macam rosak jer. 2 dapur, satu tangga, satu tong drum, 1 katil besi, 2 cookers, 1 kipas dan lebihkurang 40 keping zink karat, cuma dapat RM 6-20. Pundek arr Keling tuh, patutlah laju jer dia ambik barang-barang tuh, dan bila aku tanya berapa harga, dia tak jawab, dah dia pecah-pecahkan barang tuh semua, baru dia kata yang semuanya ditimbang, dan dibayar ikut berat. 

Dang, how many Kelings I have to fuck untuk dapatkan duit sebanyak tuh? Fuck!!!!

Harinih birthday Luqman yang ke 12, dan sempena birthday dia tuh, jugak sebab dia dapat 3A2B UPSR baru nih, aku janji nak belanja dia pizza. So lepas Sembahyang Jumaat, lepas ambik kuih kat rumah Chu (untuk mak bawak ke surau), kitaorang ke Saprino's Pizzeria kat Raub. Aku biasalah, makan salad, Luqman aje yang makan pizza. Then aku ke bank sekejap.

Tengah melepak tuh, Kak Teh talipun, diaorang dah on their way nak balik. So aku order lagi 3 keping pizza. Kitaorang sampai rumah just before Asar, aku sempat buat kerja sikit lepas tuh then hujan turun. Bila hujan, aku kena lah pergi jemput mak yang di surau, mana tahu neighbor kitaorang tak ada, sebab biasanya mak balik tumpang neighbor kitaorang, kalau tak hujan, mak balik jalan kaki aje. Alah, dekat sangat surau nya pun.

Ada dalam setengah jam kitaorang menunggu, agaknya mak tak perasan kitaorang ada tunggu, tu pasal punya lah lama nya. Biasalah kan, perempuan, kan? 

Teh sekeluarga sampai, hujan pun turun lebat. Sampai ke waktu Maghrib. Aku pergi mengeteh jugak malam nih sebab "bosan" Shakir asyik mengacau aku tengah baca Quran.


Friday

Khamis - 05122013

Masa breakfast tadi ada orang nak order kacang, so cepat-cepat aku minum sebab nak mencabut kacang, sekali dengan yang kawan mak order tuh. So sepagian aku mencabut, dapatlah dalam 7 kilo. Mak pun memetik cili, untuk dihantar ke Makcik Lijah Sabtu nih, masa Pekan Sehari.

Lepas tuh sempatlah jugak aku mencabut rerumput, dapatlah menambun a few baris kacang jugak. Dang, banyak kerja nih, kalau aku dah tak duduk kampung nanti nih, sapa yang nak buat kerja-kerja nih semua?

Mak tak ke surau petang nih, pelik jugak aku. Biasanya kalau UstazIs tak datang (setiap petang Khamis), puak-puak omtiner tetap ke surau jugak, ada sessi baca Quran. Tapi petang nih tak ada pulak dibuat macam tuh. 

Lepas Asar sempat jugak aku kerja dalam sesejam, membaja dan menambun pangkal kacang yang dah dibaja tuh. Aku tak rasa nak mula menanam kat tempat lain, seboleh-bolehnya aku nak make sure yang kacang yang dah mula membesar tuh dijaga betul-betul, bila dah siap ditambun, dibaja, then baru lah aku mula menanam kat kawasan lain. Tak kalu, tak terkejar aku dibuatnya, tambah-tambah pulak sekarang nih musim hujan, jarang dapat ke kebun.

Ada pulak UstazIs malam nih, Kuliah Maghrib malam nih berkisar pada pengertian dan pengajaran dari Surah AlFatihah. Lepas Tahlil, ada jamuan makan besar, Bendahari Masjid (jiran terdekat kitaorang) yang sponsored. Tak pernah-pernah aku tolong kemas-kemaskan peralatan lepas jamuan tuh betul-betul, biasanya takat susun kerusi meja jer sesikit. Tapi malam nih aku siap menyapu, lap meja, kerusi, sampaikan aku tak sedar yang mak sama Chu dah lama tunggu nak balik.

Thursday

Rabu - 04122013

Aku pergi breakfast sorang-sorang jer pasal nak cepat, tapau Nasi Lemak untuk Luqman sama mak. Cuaca mendung pagi nih so sebelum hujan turun, baik aku buat apa-apa kerja yang patut. Banyak kerja yang kena buat nih, sampaikan aku tak tahu yang mana satu harus didahulukan. Mak pulak suruh cabut kacang sebab ada orang nak beli 4 kilo, tapi dia nak hari Sabtu nih, so aku ada banyak masa lagi untuk settlekan hal tuh, provided tak hujan lah kan?

Aku mencabut rumput, weeds yang menghijau sampaikan tak nampak dah anak-anak pokok kacang aku tuh. Dah tu aku membaja, then menambun pangkal kacang tuh. Dapatlah satu plot aku kerja kan, mungkin sekali ni aje lah aku buat macam tuh, so aku tambun, aku kambus elok-elok, kalau pun hujan turun, tak lah terhakis sangat nanti.

Mak pening kepala so aku ke masjid sorang-sorang aje, aku suruh Luqman temankan mak. Then singgah sekejap rumah Chu, ambik kuih yang mak pesan, untuk dibawak ke surau petang nih.

"Itulah sabaknya (sebabnya) orang suruh awak cari kerja di Kolumpo, kumpul duit", kata Chu bila aku kata yang biarlah mak bayar harga kuih tuh nanti. Aku kata yang aku ada berapa ringgit jer dalam dompet. Saja jer lah cakap macam tuh.

Aku senyum jer lah bila Chu kata gitu, dalam hati aku kata yang soon I'm gonna surprise them. Kot?

Mak tak ke surau jugak petang nih so aku hantar jugak lah kuih tuh. Dan hujan mula turun, rintik-rintik. Lepas Asar aku ke rumah adik MatNor, ada khenduri cukur baby, cukur kepala budak. Lama jugak aku melepak kat khenduri tuh sebab kalau balik awal, serba salah jadinya, nak ke kebun, berapa minit jer pun dapat buat kerja nya. 

Ada Kelas mengaji sama Ustaz Simon Cowell malam nih, yang turut sama pun ramai jugak, way after Isyak baru selesai majlis. 

"Wan ada bawak balik kuih sama mee nih, esok deme (aku sama Luqman) tak payah makan di kedai lah", kata mak. 

Aku agak dah.

Tuesday

Selasa - 03122013

Tak henti-henti hujan sejak dua hari lepas, pasrah jer lah apa akan jadi dengan kacang-kacang aku yang terbiar tak ada peluang nak dijaga tuh. Banyak yang tercabut, sebab selalu ditimpa hujan, kurus-kurus semuanya, nak taruk baja pun tak ada kesempatan nih sebab hujan sentiasa turun. Rerumput, weeds, jangan cerita lah, sama galak tumbuhnya. 

So sepagian lagi aku tak buat apa-apa, asyik bertukar turn dengan Luqman, aku guna laptop sejam, dia guna sejam setengah. Petang, out of boredom, aku tengok tv, tengok Globe Trekker. Nasib baiklah lepas Asar hujan dah tak turun, so ke kebun lah aku. Mencabut rumput, nak guna cangkul, tanah lembik, so terpaksa cabut guna tangan. Dang, banyak kerja yang aku kena buat nanti nih. Dapatlah dalam sejam kerja, then hujan renyai pun turun.

Masih tak ada apa-apa program kat masjid lepas Maghrib, kesian kat Luqman yang tak tahu na buat apa (asyiklah "mengacau" aku yang tengah buat hal aku), kitaorang mengeteh. Minum aje, tak makan pun, pasal tak sempat.

Since sepetangan tadi Luqman guna laptop, malam nih aku punya turn. Again, out og boredom, aku tengok movie jer lah, tengok film lama, The Cider House Rules. Ini gara-gara minum apple cider vinegar lah nih ekekeke

Homer is an orphan in remote St. Cloud, Maine. Never adopted, he becomes the favorite of orphanage director Dr. Larch, who imparts his full medical knowledge on Homer, who becomes a skilled, albeit unlicensed, physician. But Homer yearns for a self-chosen life outside the orphanage. When Wally and pregnant Candy visit the orphanage Dr. Larch provides medically safe, albeit illegal, abortions Homer leaves with them to work on Wally's family apple farm. Wally goes off to war, leaving Homer and Candy alone together. What will Homer learn about life and love in the cider house? What of the destiny that Dr. Larch has planned for him?

Isnin - 02122013

Tak henti-henti hujan sejak semalam, tidur pun sedap aje lepas Subuh tadi, sedar-sedar dah 9 lebih. Terus aku ajak Luqman pergi breakfast, kat kedai depan rumah Chu.

Then singgah kejap kat rumah Chu, sembang-sembang. Aku nak tanya pendapatan Chu sebenarnya pasal selain Pak Andak, dengan Chu pun aku rasa comfortable jugak bercerita, walaupun biasanya, cakap-cakap, nasihat orang permpuan nih susah sikit nak pakai (memang tak boleh pakai), diaorang lebih pada emosi dan teori, lelaki punya nasihat lebih pada praktikal. 

"Lah, mak awak kan dah kata, awak keluar jer, Bibik masuk. Nuar dah ada Bibik nak jaga mak awak", kata Chu bila aku cerita pasal keserbasalahan aku, samada nak terus duduk kampung atau nak merantau ke KL.

"Betul ker? Bila mak cakap gitu, baru lagi ker (ker) yang dulu tuh?", aku tanya Chu, aku nak kan kepastian pasal keterkinian news tuh.

"Tak apa lah awak nak kerja di Kolumpo, awak kena fikir pasal diri awak pulak. Kita nih umurnya meningkat, sampe bila awak nak hidup macam ni", kata Chu lagi bila aku kata yang plan aku nak duduk KL, nak "sambung mulakan hidup baru", lagipun orang kampung fikir yang aku duduk di sini nih, disupport adik beradik.

"Memanglah orang ingat yang awak duduk jaga mak awak terh, adik beradik awak hulur duit", kata Chu lagi.

"Adik beradik awak nih lain sikit....", kata Chu lagi. Chu ceritakanlah sesikit. Dan aku tak nak tulis kat sini.

"Memanglah adik beradik awak marah ke awak, deme nyer berdendam ker awak.....", kata Chu lagi (ini kes masa aku di Amerika dulu)

Aku dengar jer lah, ada benda yang aku tak berapa perasan selama ini yang buat aku perasan sekarang. Tapi aku cool aje, yang kadang tuh buat aku rasa yang aku nih macam bengap jugak kadang tuh, the signs are all there tapi aku buat tak tahu aje. 

Aku beritahu Chu yang aku berat hati kalau Bibik yang jaga/temankan mak, simply sebab aku susah nak percaya orang Indon, banyak cerita-cerita ngeri yang aku dengar. Aku pernah duduk sama orang Indon bertahun-tahun masa kat US dulu, aku tahu lah perangai diaorang. Ituhari S ada cerita pasal Bibik mak mertua adik dia yang larikan duit, walaupun dah 11 tahun kerja. Macam-macam lah. 

The rest of the day bosan gitulah sebab tak boleh nak buat apa-apa, tambahan pulak Luqman asyik nak main games kat laptop aku. Mengaji sama UstazM petang nih lancar jugak, sebab aku sempat praktis dulu dua kali baca, UstazM tuh datang lambat sikit dari kebiasaan.

Tak ada apa-apa program lepas Maghrib tadi tapi kitaorang tak ke mana-mana, melepak kat masjid jer. Aku kasi Luqman baca buku, dan aku buatlah apa-apa yang patut.

Monday

Ahad - 01122013

Dah masuk December dah rupanya, genaplah setahun aku duduk di kampung, sejak awal Dec tahun lepas. Kira ok lah setahun tuh, who would have thought yang aku boleh "survive" selama ini, kan?

Hujan turun tak henti-henti dari semalam, tak lah lebat tapi berterusan sepanjang malam sampailah ke pagi. So aku tak ke kebun, melepak kat katil aje sepagian, sampailah masa Ida sekeluarga nak balik KL. Luqman tak ikut balik sebab next weekend Ida akan balik lagi sekali, Ani sekeluarga pun nak balik jugak. Dengar ceritanya Teh pun nak balik. Sekarang musim buah, rambutan dah banyak yang masak. 

And so berbalik pada aktiviti asal lah aku, ke masjid, ke kebun. 

Pak Andak ada datang, sebelum diaorang sekeluarga balik ke Muar, nasib baik banyak kacang yang berlebih, so dapatlah Pak Andak bawak balik sesekilo dua. Banyak kacang yang dah ready untuk dicabut tapi hujan jer, susah nak mencabut, kotor sangat. Air pun penuh bertakung, harap-harap kacang yang baru aku tanam dulu tuh tak rosak, kacang tak boleh kalau air lama bertakung.

Aku sempatlah bertanya dan bercerita kat Pak Andak, pasal keadaan aku yang masih tak tahu hala tujunya nih. Aku suka Pak Andak nih pasal dia jer lah yang memahami, dan dia "tahu" mak. 

Pak Andak lebih kepada aku duduk di KL aje. Tengok macamana keadaannya. Pak Andak suruh aku tegas sikit dengan keputusan aku. 

Lepas Asar dah tak hujan so sempatlah aku ke kebun sekejap, sama Luqman (gaji RM 2 sejam), sempatlah memacak kayu kat pokok cili yang terlentok. Kesian kat Long, tentu frust dia agaknya pasal kebanyakan cili yang dalam polybags, semuanya mati. Yang kat tanah, ok pulak tuh. Hopefully banyaklah hasilnya nanti. 

Aku tak rasa terkilan sangat pun sebab all along aku tahu yang payah kerjanya nak maintain tanaman dalam polybags secara manual. Ada masanya tak bersiram air baja, dan ada masanya air baja terlebih, aku rasa itu puncanya kot? Cili yang ditanam kat tanah, tak banyak songeh, senang gak menjaga nya, biarkan aje, pandai-pandailah diaorang hidup.

Tak ada apa-apa Kulaih Maghrib/Kelas Mengaji malam nih so aku ajak Luqman mengeteh, sebab dia mulanya nak merengek nak balik (nak main games). 

"Luqman jangan cakap apa-apa kat Wan nanti, tapi kalau Wan tanya, Luqman kata Luqman sama Pak Itam minum aje, ok?", aku pesan kat Luqman siap-siap.

"Balik rumah nanti, Luqman kena makan jugak nasi, walaupun sikit. Kalau tak, nanti Wan tanya, Luqman nak jawap apa?", aku kata gitu. 

He doesn't need to know apa akibat dan kesannya kalau mak tahu kitaorang makan kat luar. 

Sunday

Sabtu - 30112013

Aku balik Raub tumpang Ida, kebetulan Ida nak balik sebab nak jemput anak dia, jugak anak sedara lain yang masih ada di kampung. Macam biasa, aku tunggu kat LRT Wangsa Maju, kebetulan Yami, anak Long, pun nak tumpang jugak, dia kat UTM Jalan Semarak.

Harinih ada majlis kahwin anak sepupu aku kat Dewan Simpang Kallang, Raub, tapi tak sempat kitaorang nak pergi. Too bad jugak sebab Akak The sekeluarga sama Long sekeluarga pun dah balik ke destinasi masing-masing. Agaknya bila diaorang tahu yang aku confirmed balik harinih, tu pasal masing-masing balik ke destinasi masing-masing kot. 

Hujan lebat sepanjang perjalanan, rupanya kat Raub hujan turun sejak pagi. Gaya macam banyak perubahan masa aku sampai tuh, banyak kacang yang dicabut, cili-cili pun semuanya dipindahkan ke tempat lain, dan kawasan jadi terang sikit sebab banyak jugak pokok pisang yang ditebang, dan rumput baru lepas dimesin. 

"Awak pergi hantar kacang ke rumah (Makcik) Lijah tu kang, tadi tak dan nak suruh Long hantar", kata mak.

Walaupun aku tak ambik port pun pasal small things like that tapi "terasa" jugak aku, aku baru jer masuk rumah, belum simpan bag ke bilik pun, mak dah suruh aku. Mak, kalau bab-bab tuh, memang fail.

"Nak sembahyang kejap", aku jawab gitu. 

"Pak Itam bila nak pergi hantar kacang?", Yami tanya aku, masa aku tengah kemas-kemas pakaian. 

"Pak Itam, Wan tanya, bila nya Pak Itam nak pergi hantar kacang?", Lukman tanya aku.

Damn, banyak pulak bala tentera yang dihantar, tak akan aman hidup aku selagi aku tak pergi ke rumah Makcik Lijah tuh.

Ada Kelas mengaji sama UstazM malam nih, sorang jer jemaah perempuan (mak) tapi jemaah lelaki ada 12 orang, kira ramai jugaklah tuh, itu yang Sembahyang Isyak lewat sikit.

Sejak aku sampai kat rumah tadi, aku rasa macam tak berapa "best" jer. Tak ada pun cerita pasal "aku tak nak duduk kampung tahun depan", kalau ada apa-apa news dah tentu Ida cerita kat aku. Tapi, so far tak ada apa-apa pun. Ker masih terlalu awal? 

Ker masing-masing buat donno jer, masing-masing tetap fikir yang aku akan tetap duduk di kampung? Iyalah kan, aku dah ke KL seminggu, dah lah.