Tak pernah-pernah aku pergi breakfast right after Subuh tapi tadi semua yang jantan-jantan (kecuali Teh), lepas aje Subuh, masing-masing bawak kereta, cari port untuk breakfast. Best jugak ada kelainan macam nih.
Maknanya jugak, awal lah aku ke kebun, 7 lebih sikit aje aku dah di kebun, mulanya menyangkul kat kawasan yang dah dicabut kacangnya semalam tuh. Then Long pun datang, Teh pun ada jugak tolong menyangkul sesepuluh kali hayun. Bibik Tua pun datang jugak, tolong meleraikan kacang yang Long sama Z, suami Ani, cabut.
Tak datang rupanya Ariff, anak Nasir sama anak MatNor ada datang pukul 8 sharp. So aku suruh diaorang berdua mencabut rumput sebab aku nak membaja, then nak kambus pangkal kacang tuh. Budak being budak, memanglah kan. Memang tak berbaloi aku bayar diaorang tapi dah rezeki diaorang gitu, aku pun tak nak kisah sangat diaorang kerja main-main sebab nanti bila adik beradik aku dah balik, dengan diaoranglah aku nak mintak tolong pun, kan?
Teh sekeluarga balik pagi nih, Ida pun sama, jugak Nuar, walaupun Ida sama Nuar tinggalkan anak-anak diaorang kat sini, diaorang akan balik ikut keluarga Ani Rabu nanti, together with one of the Bibiks, Bibik Muda (lawa Bibik muda tuh, orang Aceh)
Tak ada lah aku nak ambik hati sangat, I don't give a shit pun sebenarnya, tapi Nuar sama Teh tak bersalam pun dengan aku masa diaorang balik. Let alone nak hulurkan duit. Aku kat kawasan kebun depan rumah masa tuh. Ida jer yang ada hulur RM 50. Adalah aku kasi diaorang kacang untuk dibawak balik, jugak untuk dikasi kat Zafar & Zafran, bekas anak murid kesayangan aku dulu tuh.
Susah jugak aku nanti nih, nak bayar gaji anak Nasir, anak MatNor, diaorang akan kerja the whole of this week gayanya. Aku ingatkan adalah adik beradik aku yang akan hulurkan duit sebelum diaorang balik. Tak apa lah, tak ada rezeki. Lagipun aku bukanlah orang penting pun dah sekarang nih kan, aku menyusahkan adik beradik aku aje sebab diaorang terpaksa menggaji Bibik.
Emangnye gue pikirin!
Dear Diary, kau sure nak tahu pasal Bibik Tua tuh kan? Dan kau pun tahu yang aku nih, kalau bab "memerhati" orang, aku memang boleh diharap.
So Dear Diary, di bawah ini aku paparkan pemerhatian aku tentang Bibik Tua yang akan duduk di sini tuh, tapi kau ingat Dear Diary, bukan niat aku nak mengutuk/mengumpat, aku cuma melapurkan pemerhatian aku, itu saja.
Banyak jugak kacang yang dipetik, so aku teruslah punggah baldi, besin, aku nak basuh kacang tuh, sesambil pilih dan buang mana-mana yang tak elok, yang rosak. Tapi, Bibik tuh beria-ia kata dia nak buat, sambil tuh dia kata yang lepas nih nak rebus sikit kacang tuh, untuk dimakan beramai-ramai. Aku senyapkan aje mulanya tapi bila 3 kali dia kata nak rebus, aku jadi hangat hati.
Semalam, masa aku balik dari masjid, aku nampak dia tengah makan kacang rebus, so, tak kan tiap hari nak rebus kacang? Kacang tuh nak dibuat benih, dan nak dikasi kat sapa-sapa yang nak bawak balik ke destinasi masing-masing. Lagipun aku nak kasi kacang tuh kat a few orangs yang aku belum kasi, jugak nak kasi kat Rizal yang baru balik dari keluar Tabligh 40 hari.
Dan yang buat aku lebih hangat hati, Bibik Tua tuh lebih-lebih pulak mengajar aku, mana nak buat dulu, what to do next. Tengok gaya dia, ada harapan dia nih akan mengontrol kitaorang nanti nih, I mean, for fuck sake, hari pertama kerja lagi dia dah mengarah orang suruh ambik itu ini, buat itu ini. Dan dia ingat dia jer yang betul. Itu yang aku perli-perli tuh (Akak Long sama Ika, anak sedara aku, ada masa tuh), aku kata yang aku tahu what I'm doing, jangan nak lebih-lebih. Yang bestnya dengan Indon nih, diaorang tak mudah ambik hati (agaknya lah), kalau aku cakap the same sentence kat mak (dengan nada lembut), sure mak akan sentap ketat. Macam semalam tuh, aku tanya jer mak, "ada orang campurkan ker kacang nih?", mak dah sentap. Kacang yang aku dah pilih dan aku asingkan, mak campurkan sekali. Terpaksa aku buat 2 kali kerja. What I'm trying to say, jangan nak memandai kononnya nak tolong kerja yang aku buat, sebab bukannya menyenangkan aku, menyusahkan aje jadinya.
Dan aku tetap tak berganjak dari bawah garaj tempat kitaorang buat kerja tuh, biar aku yang offer kacang kat orang, jangan orang lain cuba-cuba nak mintak dari aku. Aku tahu yang tak akan kempunannya lah Bibik Tua tuh, simply sebab semalam dia dah makan kacang rebus.
Pemerhatian aku yang ke 2 - aku tak tahu, tapi apa perlunya baca Quran kuat-kuat? Tak adalah aku kisah sangat tapi kan ker ramai orang kat rumah?
Pemerhatian aku yang ke 3 - masa mak ke surau (lepas aku balik dari mengaji), masa orang lain tengah lepak kat port masing-masing dan bebudak kat bilik main games, Bibik Tua nih tengok tv. Tak kisah, tapi cara dia duduk tuh, guna 2 sofa, satu sofa tuh untuk dia lunjur kaki.
Aku tak tahu Dear Diary, tapi kalau aku jadi Bibik, aku tak buat ketiga-tiga benda kat atas tuh, not on my fist day of work. Aku akan berusaha untuk kutip points, kan?
Permerhatian aku yang ke 4 - lepas Asar aku sambung kerja memilih kacang kat bawah garaj, then aku nampak Bibik Tua kat atas buai bawah pokok rambutan, depan rumah. Yang buat aku peliknya, dia baca Ayat Qursi, kuat bacaannya. Maybe there's something wrong with me tapi aku tak akan pelik kalau sesambil berbuai tuh dia nyanyi lagu, Buai Laju-Laju, Aku Nak Kawin Dengan Anak Raja, kuat-kuat. Tapi baca Ayat Qursi dengan suara nyaring?
Aku selalu terfikir, kalau orang buat benda pelik-pelik, atau kalau perangai orang buat aku rasa tak comfortable, aku selalu question diri aku. Is it me, or is it them? Tapi jawapannya selalu memihak kepada aku, it's not me, I'm perfectly normal. It's them.
------------------------------
Dapatlah 5 baris aku menanam kacang petang nih, Z suami Ani, sama Bibik Tua, diaorang sambung meleraikan kacang yang belum siap, Long nun di sebelah sana, gayanya macam mengelearkan kawasan untuk ditanam kacang. Serakah orangnya Long nih. Aku dah kata, habiskan tanam kat sebelah sini dulu, nanti tanam kat merata tempat, susah nak menyiram, nak mengusung paip, menyambung paip-paip tuh, itu dah satu kerja.
Apa-apa lah, my concern now, nak habiskan tanam mana yang patut, sebelum aku ke KL sebelum Krismas nanti.
Lan sekeluarga tiba dari Shah Alam petang nih.
Aku melepak kat masjid jer lepas Maghrib, Long sama Z suami Ani, diaorang balik ke rumah. Dan malam nih aku tak benarkan bebudak tuh sentuh laptop aku, tak boleh layan sangat bebudak nih, semalam tuh terkulat-kulat aku tak dapat nak online.