Tak henti-henti hujan sejak semalam, tidur pun sedap aje lepas Subuh tadi, sedar-sedar dah 9 lebih. Terus aku ajak Luqman pergi breakfast, kat kedai depan rumah Chu.
Then singgah kejap kat rumah Chu, sembang-sembang. Aku nak tanya pendapatan Chu sebenarnya pasal selain Pak Andak, dengan Chu pun aku rasa comfortable jugak bercerita, walaupun biasanya, cakap-cakap, nasihat orang permpuan nih susah sikit nak pakai (memang tak boleh pakai), diaorang lebih pada emosi dan teori, lelaki punya nasihat lebih pada praktikal.
"Lah, mak awak kan dah kata, awak keluar jer, Bibik masuk. Nuar dah ada Bibik nak jaga mak awak", kata Chu bila aku cerita pasal keserbasalahan aku, samada nak terus duduk kampung atau nak merantau ke KL.
"Betul ker? Bila mak cakap gitu, baru lagi ker (ker) yang dulu tuh?", aku tanya Chu, aku nak kan kepastian pasal keterkinian news tuh.
"Tak apa lah awak nak kerja di Kolumpo, awak kena fikir pasal diri awak pulak. Kita nih umurnya meningkat, sampe bila awak nak hidup macam ni", kata Chu lagi bila aku kata yang plan aku nak duduk KL, nak "sambung mulakan hidup baru", lagipun orang kampung fikir yang aku duduk di sini nih, disupport adik beradik.
"Memanglah orang ingat yang awak duduk jaga mak awak terh, adik beradik awak hulur duit", kata Chu lagi.
"Adik beradik awak nih lain sikit....", kata Chu lagi. Chu ceritakanlah sesikit. Dan aku tak nak tulis kat sini.
"Memanglah adik beradik awak marah ke awak, deme nyer berdendam ker awak.....", kata Chu lagi (ini kes masa aku di Amerika dulu)
Aku dengar jer lah, ada benda yang aku tak berapa perasan selama ini yang buat aku perasan sekarang. Tapi aku cool aje, yang kadang tuh buat aku rasa yang aku nih macam bengap jugak kadang tuh, the signs are all there tapi aku buat tak tahu aje.
Aku beritahu Chu yang aku berat hati kalau Bibik yang jaga/temankan mak, simply sebab aku susah nak percaya orang Indon, banyak cerita-cerita ngeri yang aku dengar. Aku pernah duduk sama orang Indon bertahun-tahun masa kat US dulu, aku tahu lah perangai diaorang. Ituhari S ada cerita pasal Bibik mak mertua adik dia yang larikan duit, walaupun dah 11 tahun kerja. Macam-macam lah.
The rest of the day bosan gitulah sebab tak boleh nak buat apa-apa, tambahan pulak Luqman asyik nak main games kat laptop aku. Mengaji sama UstazM petang nih lancar jugak, sebab aku sempat praktis dulu dua kali baca, UstazM tuh datang lambat sikit dari kebiasaan.
Tak ada apa-apa program lepas Maghrib tadi tapi kitaorang tak ke mana-mana, melepak kat masjid jer. Aku kasi Luqman baca buku, dan aku buatlah apa-apa yang patut.