Monday

Ahad - 01122013

Dah masuk December dah rupanya, genaplah setahun aku duduk di kampung, sejak awal Dec tahun lepas. Kira ok lah setahun tuh, who would have thought yang aku boleh "survive" selama ini, kan?

Hujan turun tak henti-henti dari semalam, tak lah lebat tapi berterusan sepanjang malam sampailah ke pagi. So aku tak ke kebun, melepak kat katil aje sepagian, sampailah masa Ida sekeluarga nak balik KL. Luqman tak ikut balik sebab next weekend Ida akan balik lagi sekali, Ani sekeluarga pun nak balik jugak. Dengar ceritanya Teh pun nak balik. Sekarang musim buah, rambutan dah banyak yang masak. 

And so berbalik pada aktiviti asal lah aku, ke masjid, ke kebun. 

Pak Andak ada datang, sebelum diaorang sekeluarga balik ke Muar, nasib baik banyak kacang yang berlebih, so dapatlah Pak Andak bawak balik sesekilo dua. Banyak kacang yang dah ready untuk dicabut tapi hujan jer, susah nak mencabut, kotor sangat. Air pun penuh bertakung, harap-harap kacang yang baru aku tanam dulu tuh tak rosak, kacang tak boleh kalau air lama bertakung.

Aku sempatlah bertanya dan bercerita kat Pak Andak, pasal keadaan aku yang masih tak tahu hala tujunya nih. Aku suka Pak Andak nih pasal dia jer lah yang memahami, dan dia "tahu" mak. 

Pak Andak lebih kepada aku duduk di KL aje. Tengok macamana keadaannya. Pak Andak suruh aku tegas sikit dengan keputusan aku. 

Lepas Asar dah tak hujan so sempatlah aku ke kebun sekejap, sama Luqman (gaji RM 2 sejam), sempatlah memacak kayu kat pokok cili yang terlentok. Kesian kat Long, tentu frust dia agaknya pasal kebanyakan cili yang dalam polybags, semuanya mati. Yang kat tanah, ok pulak tuh. Hopefully banyaklah hasilnya nanti. 

Aku tak rasa terkilan sangat pun sebab all along aku tahu yang payah kerjanya nak maintain tanaman dalam polybags secara manual. Ada masanya tak bersiram air baja, dan ada masanya air baja terlebih, aku rasa itu puncanya kot? Cili yang ditanam kat tanah, tak banyak songeh, senang gak menjaga nya, biarkan aje, pandai-pandailah diaorang hidup.

Tak ada apa-apa Kulaih Maghrib/Kelas Mengaji malam nih so aku ajak Luqman mengeteh, sebab dia mulanya nak merengek nak balik (nak main games). 

"Luqman jangan cakap apa-apa kat Wan nanti, tapi kalau Wan tanya, Luqman kata Luqman sama Pak Itam minum aje, ok?", aku pesan kat Luqman siap-siap.

"Balik rumah nanti, Luqman kena makan jugak nasi, walaupun sikit. Kalau tak, nanti Wan tanya, Luqman nak jawap apa?", aku kata gitu. 

He doesn't need to know apa akibat dan kesannya kalau mak tahu kitaorang makan kat luar.