Thursday

Rabu - 11122013

"Deme tak payah makan di kede lah, wan nak buat nasi lemak", kata mak pagi nih kat anak-anak sedara aku yang semuanya dah bersedia nak ikut kitaorang keluar breakfast.

"Tak apa, biarlah deme nyer pergi", Ani menyampuk.

Terus lah anak sedara aku yang 5 orang tuh ikut kitaorang, aku, Long dan Z. Aku tahu mak tak puas hati tapi Long kata yang bagus budak-budak tuh ikut kitaorang, tak kalu sure diaorang tidur aje lepas Subuh.

A series of unfortunate events terjadi harinih, hari yang "suwey" kata orang tuh. Mulanya kitaorang main badminton, ada yang main bola, ada yang main ping pong. Mungkin sebab lama dah tak berlari, melompat-lompat, masa aku tengah seronok main badminton sama Lukman, tiba-tiba kaki aku kejang, aku boleh dengar ada bunyi "keletup" gitu, then kaki aku sakit. Rasanya macam ada urat yang terbersimpul, atau mungkin putus. Urat kat betis.

Terhencut-hencut aku berjalan, as if urat kat betis tuh dah jadi pendek, aku tak boleh nak luruskan kaki aku. Tapi setakat nak buat kerja tuh, bolehlah, walaupun terpaksa berjengket-jengket.

Then Long ajak repair paip yang tersumbat, guna pam air. Selalu macam tuh, bila ramai yang balik, paip air akan tersumbat. Then bila Lan nak sambungkan hose, paip kat meter air pulak patah, so nak menunggu diaorang repair (terpaksa ke kedai etc), lama lah jugak. Masing-masing semuanya kat luar rumah. Dan mak pun, as always, sibuk ke sana sini, risau sangat pasal banjir kat bilik air (sebab paip tersumbat tuh), jugak risau pasal kotor sana sini sebab ramai yang keluar masuk. 

Sementara tunggu diaorang tuh, aku peratikan aje mak, mak mengutip kacang-kacang kat tanah, membersihkan besin-besin yang aku guna untuk mencuci kacang. Sambil tuh mulut mak tak henti-henti berakap, merungut. Pasal aku. Bibik Tua pun ada, so semakin rancaklah diaorang. Aku dapat tangakp a few bebelans mak, "bende jenis yang buat kerja tak pernah siap, buat kerja tak habih..."

Geram jer aku nak jawab dari kejauhan tuh, "kalau nak semuanya bersih, tak payah berkebun lah", lagipun, kerja aku memang belum selesai, so memanglah nampak kotor. Ada lagi kacang yang aku nak pilih, so aku masih nak guna besin yang penuh dengan air tanah tuh. Lagipun, aku tahu lah apa yang aku buat, yang orang lain masuk campur tuh apa pasal nya, aku dah beritahu dulu tuh, aku tahu nak handle kerja aku. Aku tahu jugak yang mak tak puas hati sebab bila mak tanya aku apa nak buat dengan kacang yang berpuluh kilo tuh, aku kata yang aku tak nak jual, sebab Long nak bawak balik banyak (nak kasi kat jemaah kat surau kat tempat dia, Long sama Kak Long nak pergi buat Umrah minggu depan), selebihnya nak buat benih. Nak kasi adik beradik lain pun jugak. Mak, kalau boleh, semua kacang nak dijual.

So dari kejauhan tu aku peratikan aje mak. Tak sedar jer airmata aku mengalir. Dan terus aku buat keputusan, this is it lah, aku nak duduk KL aje lah, aku dah tak sanggup nak duduk di kampung lagi. Aku sedih, apa pasal mak "macam tuh". Dah setahun aku di kampung, asyik "makan hati" jer, I can't stuff it any longer. 

Ok, semalam, bila nengok kan "perilaku" Bibik Tua, aku buat keputusan yang come what may aku terpaksa teruskan duduk di kampung, tak kan aku nak biarkan mak duduk dengan Bibik Tua yang awal-awal lagi dah tunjuk her true color, kan? Tapi pagi nih lain pulak, aku buat keputusan nak blah aje. See Dear Diary, "keputusan" aku berubah-ubah mengikut keadaan semasa.

Aku cerita kat Ani, dan Ani pun cerita kat aku (pemerhatian-pemerhatian kitaorang), kitaorang selalu bertukar-tukar cerita, bertukar-tukar pendapatan. Aku buat-buat tak nampak mak jeling-jeling kitaorang, memang normal lah gitu kalau aku didapati bersembang rancak dengan adik beradik aku. 

As I said, harinih memang serba tak menjadi, pam air rosak lah, minyak habislah, macam-macam, so aku dengan Long ke Sungai Ruan nak beli minyak. Saja jer lah aku ikut Long, kalau aku nak melepak tunggu Long balik, aku akan banyak merisik sana-sini, memerhati gelagat orang, sesambil fikir, apa pasal "some people" suka buat dan fikir benda pelik-pelik. What's so difficult untuk jadi normal?

Kitaorang singgah kejap kat tempat SarjanK, sebab dah lama tak ke sana, dan aku nak tengok perkembangan kebun dia. "Lega" aku bila tengok yang habis dah pokok-pokok cili SarjanK, dia nak buat projek timun pulak. Dia tak ada cerita pun pasal cili dia, dia cuma cerita pasal timun dia aje.

Timun dia? Ish, macam lucah jer bunyi nya ekekekkee

Aku dapat buat kesimpulan yang projek cili SarjanK tuh tak berapa menjadi, itu yang dia buang semua tuh. Itu yang buat aku "lega" jugak tuh, sebab cili kitaorang pun banyak yang mati nya jugak. 

Kitaorang akhirnya give up bila berkali-kali dijolok dengan air (guna pam), paip masih tersumbat, so Long kata yang lantai dapur tuh nak dipecahkan, nak dipasang paip baru, buat outlet lain. Banyak kerjanya so masing-masing bagi pendapat, masing-masing buat anggaran kos, yang rasa-rasanya dalam seseribu dua.

"Ok, kalau macam tuh, kena tunggu lepas Long balik Umrah lah, baru kita settlekan masalah ni", kata Long. Long nak upah adik ipar dia, Malik, yang duduk di Jerantut.

Aku gelak jer lah dalam hati, gelak pasal anggaran kos diaorang yang aku rasa way below anggaran aku sendiri, jugak gelak pasal nak tunggu lepas Long balik Umrah tuh. Knowing mak, kalau boleh esok mak nak semua tuh selesai. Dalam hati aku kata, harus lah mak akan tanya dan suruh MatNor yang buat, dan aku boleh agak-agak bentuk ayat mak nanti, lengkap dengan reasons dan excusesnya.

"Baik deme suruh Malik datang harini, sementara deme ada di sini", aku terdengar mak cakap gitu kat Kak Long. Then mak kasi a few ayat penyedap yang lain.

Aku agak dah.

"Dah Kak Long, saya dah beritahu Long dah, Long tengah talipun Malik tuh", aku kata gitu kat Kak Long, bila mak suruh dia beritahu Long pasal usul mak tuh.

Aku tersengih dalam hati bila memikirkan yang how quick nya aku.

"Tunggu, mak nak pergi tuh", aku kata gitu kat Long bila Long terus aje nak start kereta untuk ke masjid for Zohor.

"Tak kan mak nak pergi jugerk, anak-anak dah nak balik, kan?", Long kata gitu.

"Tengok, tunggu kejap", aku kata gitu. "Aku dulu pernah sekali, aku ingatkan mak tak nak ke masjid, masa tuh ramai orang, Pui ada, Lan ada. So aku ke masjid sorang-sorang sebab mak macam gaya tak nak pergi jer. Lepas tuh kan Long, tiga empat kali aku kena sindir sebab "tinggalkan" mak", aku kata gitu.

"Entah lah, agaknya kalau anak perempuan yang duduk sama mak, harus tiap-tiap hari menangis", kata Long.

THERE! THANK YOU!

Sebelum Ani sekeluarga sama Lan sekeluarga balik, semua yang ada dimintak berkumpul, nak pesan sama Bibik, apa yang patut dan tak patut dibuat. Ani yang jadi Jurucakap, so dia pesan kat Bibik, apa-apa yang harus dibuat, apa-apa yang tak harus dibuat, aku suka cara Ani, tegas, tak selindung-selindung lagi.

"Saya bisa bikin apa aja kerjaan....blah blah blah....", Bibik menyampuk.

"Tunggu dulu, tunggu orang habis cakap", kata Lan.

Cayalah Lan. Tiga empat kali Lan cakap gitu sebab Bibik ada jer menjawab. Dan ayat-ayat dia, semuanya lah ayat-ayat cover, ..."demi mencari sesuap nasi" (ha, bab nih aku nak tergelak, kan ker semalam tuh beria sangat kata yang dia kaya raya? ekekekke), "pokoknya apa aje kerjaan, saya bisa", "saya ngerti, saya udah pernah kerja seginian". 

Pandai Ani menakut-nakutkan Bibik Tua, dia kata semua tuh demi kebaikan dan keselamatan Bibik Tua jugak, Balai Polis Sungai Ruan dekat sangat, lagipun duduk di kampung macam nih, kalau orang luar menyerlahkan diri sangat, nanti susah jadinya. 

Antara benda-benda yang kitaorang pesan kat Bibik: (atas arahan Tokay Besar, Nuar) :-

1. Jangan keluar ke mana-mana sengsorang, tak boleh keluar dari kawasan rumah, kecuali sama dengan mak.

2. Jangan masuk bilik aku (dah 2 tiga kali Bibik Tua tuh masuk)

3. Jangan ramah sangat dengan orang kampung, kalau masa kat surau, masjid. Tak perlu lah canang kekayaan kat orang, kalau pun kaya sangat.

4. Jangan drive. Kalau masa aku tak ada, aku ke KL, tak payah ke masjid. 

("Bibik punya SIM nggak? Bibik bisa nyetir?", aku tanya Bibik Tua.

"Ga punya, tapi Bos Besar ada bilang yang di sini Bibik bisa bawak kereta kalo mahu ke masjid", kata Bibik Tua.

"Ga punya SIM ga bisa nyetir, pokoknya Balai Polis dekat amat, nanti semua susah", aku kata gitu.

"Uish, terrer Pak Itam cakap Indon", kata Long kat anak-anak sedara aku. 

"Mak tak payah lah ke masjid masa Abang Tam tak ada", kata Ani lagi. 

"Mak pulak, jangan suruh sapa-sapa hantar jemput mak, Rizal ker. Mak pikir lah, dia kena patah balik kalau nak ambik mak. Lagipun dia ada mak dia sendiri, ada anak bini. Memanglah dia setuju nak hantar mak tapi kesian lah ker dia, lagi pulak nanti apa orang kata?', aku terus masuk jarum.

"Memanglah", kata mak. 

"Memanglah?", kata aku dalam hati. Habis tuh apa pasal mak tak fikir benda tuh masa aku ke KL ituhari, Rizal lah yang datang jemput mak ke masjid sedangkan kitaorang tak ada tali persaudaraan pun dengan dia", kata aku dalam hati lagi.

Then aku terperasan yang macam ada persamaan antara cara dan ayat-ayat jawapan Bibik Tua dengan cara dan gaya dan bentuk-bentuk ayat yang biasanya keluar dari mulut mak. Perfect match nih, kata aku dalam hati. 

Dear Diary, selain dari selalu makan hati, aku selalu jugak berkata-kata dalam hati ekekekkeke 

4. Bibik jangan ambik tahu pasal kerja aku, pasal kacang. Biar gue aje yang urusin. 

Memang aku respect dan suka cara Ani, Lan. Kalau ada Ida, sure lagi best. Long jer yang tak cakap sepatah apa pun, duduk pun nun kat belakang. 


Tak lama tuh acara bersalam-salaman lah pulak. Ani ada hulur duit kat aku (tapi aku bukan macam Bibik Tua, so aku tak tahu berapa yang dikasi), then Lan pun hulur jugak, masa aku peluk Lan, dia kata, "Ini final lap nih, awak sabar jer lah". 

"Final lap? What the heck is that supposed to mean?", tanya aku dalam hati. 

Entah, pagi tadi ada aku cakap kat Rozi, sebelum diaorang balik, aku nak bercakap sikit dengan Lan. Entah, aku rasa aku nak tanya Lan, macamana pendapatan dia. True yang selama ini aku tak ada pun mintak bantuan pasal mintak pendapatan orang, terutama nya dari adik bongsu aku tapi knowing yang he knows a little bit pasal situasi aku sekarang (sebab dia ada baca blog), so apa salahnya aku tanya. Lagipun Lan tuh matang orangnya, mungkin sebab diaorang lama duduk overseas, tu pasal cara diaorang lain sikit tuh. Bukanlah nak kata orang yang tak pernah duduk overseas tuh tak bagus. 

So aku tanya Lan, apa yang patut aku buat, stay atau blah. Tiba-tiba aku jadi sebak, airmata aku laju mengalir. Raja Airmata sungguhlah aku nih. Puas aku kelip-kelipkan mata, aku dongak-dongak, tapi makin aku tahan, makin aku jadi sedih, sampaikan tak keluar suara aku. Tapi, dalam keadaan gitu pun aku tahu tak ada orang yang perasan, sebab masing-masing tengah sibuk dengan hal masing-masing. 

(Kat akhirat nanti lagi lah kan? Walaupun kita semua nanti dalam keadaan telanjang bulat, disebabkan kesibukan kita untuk menyelamatkan diri, kita tak akan ada masa nak fikir yang, aku nak tengok anu kau, kau jangan cuba-cuba nak tengok kote aku)

"Ini final lap nih, memang susah, just bear with it lah", kata Lan lagi. 

"Dang, what the hell is final lap?", aku masih tak faham.

"Tapi aku dah tak toot toot toot toot.......", aku kata gitu.

"Jangan dengar sangat cakap toot toot toot toot. She's toot toot toot toot.....", kata Lan.

Bila aku dah regained my composure, aku ikut Lan ke kereta, aku tanya dia sama Rozi baik-baik. Dan jawapan Lan, sikit pun aku tak expect! Macam ni lah, aku ingatkan Lan akan kata A, tapi Lan jawab B.

Alaaaaaaaaaaaaaaa......................

"Ini memang final lap, kalau final lap nih memang susah, tapi kalau awak dapat sabar, dapat overcome, ha, itu bagus sangat", kata Lan, sambil bengkokkan tangan macam selekoh, dan dia tunjukkan yang selekoh tuh memang tajam dan memang susah nak dinavigate.

Laaa, baru aku faham. Apasal lah bengap sangat aku nih ekekekek. Patutlah duduk di kampung, bengapnya tak terperi-peri. Lan pun satu hal, mentang-mentanglah duduk Qatar, cerita pasal racing jer lah yang dia umpamakan.

"Duduk sini jer lah, kome tak konfiden dengan Bibik tuh", kata Lan, Rozi pun kata dia tak percaya kalau dengan Bibik tuh. 

"Pergi KL sekali sekala ok lah, jangan tinggalkan lama-lama sangat", kata Lan lagi.

Seriously, aku tak expect langsung yang Lan akan bagi pendapatan gitu, aku mati-mati ingatkan Lan akan bersetuju dengan plan aku untuk duduk di KL, tu pasal aku dengan konfidennya tanya dia, at least akan ada sorang lagi yang bersetuju dengan plan aku tuh. 

So far ada sorang jer encourage aku, yang kata, "Why don't you go away for a few months?". Dia cakap tuh in a good way lah, bukannya bermaksud "why don't you get the fuck out?". 

So, habis hancurlah harapan aku untuk sementara ini, segala plan dan perancangan yang aku buat, yang aku tunggu-tunggu, setelah sekian lama memendam rasa, memakan hati dan jantung pisang.

Hanyut sudah impian ku
Dalam arus airmata
Kerana kau............

Oh and by the way, Ani sama Lan ada jugak hulur duit kat aku, cuma aku tak tahu siapa yang kasi RM 100, sapa yang kasi RM 50. Alaaaa, tak mengena jerat aku rupanya, diaorang (Lan/Rozi) tak baca blog aku agaknya, kalau tak tak kan diaorang tak tahu yang Nuar sama Teh tak ada hulur kat aku apa-apa pun, so takkan diaorang tak kesian kat aku yang tak berduit nih?

Ker diaorang dah tahu yang InsyaAllah by end of the month aku akan dapat duit dari David/King Mongkut? In USD pulak tuh.

Oooppsss 

Eeeee, menyesal aku puji diaorang beria-ia sangat semalam tuh ekekekkeke

Banyak pulak aku bersembang dengan Long, masa pergi balik sembahyang Asar, masa kat kebun. Aku rasa aku jadi semakin rapat dengan Long, semakin open, sampaikan hampir aku tertanya Long apa pasal dia "sampai hati" kata aku anak yang toot toot toot toot dulu tuh heheheh. Saja jer lah, aku cuma nak jawapan Long aje, selagi itu, aku tak akan puas hati, aku akan sentiasa tertanya-tanya.

Eh, tak nak tulis banyak-banyak lah pasal Long, kang Kak Long baca kang, payah jugak aku ekekekeke. Apa-apa pun, kitaorang tak lah macam keluarga orang, kitaorang semua memang sepakat, sekepala. Cuma ada yang berkepala besar, ada yang berkepala kecik, ada yang berkepala tapi macam tak berkepala ekekekke

"Kita nih tak sampai di tahap serious lagi nih. Kalau awak ingat-ingat pasal (arwah) wan masa dia duduk dengan Chu dulu tuh, itu lagi teruk. Chu sampai menangis-nangis", kata Long.

Aku tahu tuh, Pak Andak yang cerita kat aku, dan benda itu lah yang selalu aku jadikan kayu pembanding, aku selalu fikir, "alah, Chu dulu tuh sampai menangis-nangis masa jaga (arwah) wan". 

"Gini lah Long, selama ini aku belum buat keputusan (samada nak stay atau nak blah), sebab mood aku berubah-ubah. Macam semalam tuh, aku fikir aku terpaksa duduk kampung bila mengenangkan yang tak kan aku nak tinggalkan mak duduk sama Bibik. Tapi tadi, masa aku tengok mak membebel jer, aku rasa aku nak duduk KL jer, nak balik kampung sekali sekala jer macam orang lain. Tapi lepas sembang dengan Lan tadi, aku rasa aku kena teruskan duduk di kampung lah nampak gayanya", aku kata gitu.

"Besar pahala nya menjaga mak nih, Long kalau boleh nak sangat dibagi peluang untuk jaga mak, tapi itu lah, Long tak ada peluang. Long tak dibagi peluang lagi", kata Long.

Panjanglah ayat Long, berkisar pada betapa beruntungnya aku, sampaikan aku terfikir, Long nih nak mengumpan aku ker, aku tahu dosa pahala bab-bab menjaga orang tua nih, kadang tuh perbuatan/perkataan/cara kita nampak macam tak berapa bagus di mata orang, tapi aku tahu yang Tuhan faham, Tuhan lebih Ariff menilai. 

"Ok, aku dibagi peluang jaga mak, dah setahun aku jaga mak. Sampaikan aku dah tak sanggup. Itu macamana?", aku tanya Long. Direct aje. Melayu nih payah, cakap tak pernah nak direct, nak bersimpang siur jugak, sesat aku dibuatnya.

"Tapi aku boleh terus jaga mak....", aku sambung lagi. (Aku takut ayat aku tadi tuh macam direct sangat. Aku pun Melayu after all, kan? Ekekekek)

Long senyap jer. Tak terkata apa.

Laaa, aku masih terus tulis pasal Long, nih ekekekeke

Aku teringat cakap Abang Ngah (laaa, pulak dah, abang ipar aku pulak yang aku kaitkan ekekeke) dulu tuh, tahun lepas. Dia kata, "Kau bertuah dapat jaga mak. Tapi satu jer, kau jangan buat palat, sudah". Yes, he used the word palat. Aku senyap kan aje, aku tak jawab, walaupun dalam hati aku meronta nak tanya, "Ok, tapi macamana kalau orang lain yang buat palat?". Aku tak tanya tuh pasal aku tahu yang jawapan Abang Ngah surenya macam nih, "Kalau orang lain buat palat, ha, itu Abang Ngah tak tahu". Dan dia akan gelak. Dan kitaorang akan gelak sama-sama. 

Ingatkan tak ada Ustaz Simon Cowell malam nih sebab ada gaya macam nak hujan. Long tak ikut mengaji sebab dia tak berkenan cara Ustaz tuh mengajar. Long pernah ikut sekali, masa aku kat KL ituhari, lepas tuh terus tak nak join dah. Macam kebanyakan orang lain lah. Aku jer yang buat muka tebal, Ustaz tuh nak tegur macamana pun, aku tetap join juga Kelas mengaji dia, sebab kalau tak ada aku, sapa lah jemaah lelaki lain yang nak join?

Tak ada pulak jamuan malam nih, pasal Tok Siak kata dia tak expect Ustaz tuh akan datang mengajar malam nih.