Masa breakfast tadi ada orang nak order kacang, so cepat-cepat aku minum sebab nak mencabut kacang, sekali dengan yang kawan mak order tuh. So sepagian aku mencabut, dapatlah dalam 7 kilo. Mak pun memetik cili, untuk dihantar ke Makcik Lijah Sabtu nih, masa Pekan Sehari.
Lepas tuh sempatlah jugak aku mencabut rerumput, dapatlah menambun a few baris kacang jugak. Dang, banyak kerja nih, kalau aku dah tak duduk kampung nanti nih, sapa yang nak buat kerja-kerja nih semua?
Mak tak ke surau petang nih, pelik jugak aku. Biasanya kalau UstazIs tak datang (setiap petang Khamis), puak-puak omtiner tetap ke surau jugak, ada sessi baca Quran. Tapi petang nih tak ada pulak dibuat macam tuh.
Lepas Asar sempat jugak aku kerja dalam sesejam, membaja dan menambun pangkal kacang yang dah dibaja tuh. Aku tak rasa nak mula menanam kat tempat lain, seboleh-bolehnya aku nak make sure yang kacang yang dah mula membesar tuh dijaga betul-betul, bila dah siap ditambun, dibaja, then baru lah aku mula menanam kat kawasan lain. Tak kalu, tak terkejar aku dibuatnya, tambah-tambah pulak sekarang nih musim hujan, jarang dapat ke kebun.
Ada pulak UstazIs malam nih, Kuliah Maghrib malam nih berkisar pada pengertian dan pengajaran dari Surah AlFatihah. Lepas Tahlil, ada jamuan makan besar, Bendahari Masjid (jiran terdekat kitaorang) yang sponsored. Tak pernah-pernah aku tolong kemas-kemaskan peralatan lepas jamuan tuh betul-betul, biasanya takat susun kerusi meja jer sesikit. Tapi malam nih aku siap menyapu, lap meja, kerusi, sampaikan aku tak sedar yang mak sama Chu dah lama tunggu nak balik.