Lambat sikit aku breakfast tadi, back to normal punya schedule. Long pergi lepas Subuh, dan aku pergi sebelum ke kebun, siap berpakaian kerja. Yang hapak tuh, yang aku buat tak kisah jer sengaja pakai baju terbalik. Sebab yang kat luar dah kotor. Macam pakai spender jugaklah kan, kalau rasa macam dah kotor, pakai lah spender tuh terbalik, apa susah?
Bersemangat Long menanam kacang pagi nih, macam biasa, Long menyangkul gemburkan tanah, then aku cangkul buat lubang, lepas tuh tanam dan kambus. Aku perasan yang Long langsung tak kisah, langsung tak bercerita pasal cili dah. Ada jugak Long tanya aku, nak buat apa dengan polybags yang berisi sabut tuh, yang masing-masing ada bangkai pokok cili. Aku katalah yang aku nak concentrate pasal kacang dulu, dah siap nanti, barulah aku nak fikir nak buat apa. Mungkin tanam timun kot?
Panjang-panjang batas yang Long buat, tapi semuanya herot petot, uko keri kome gelak. Panjang dan bengkok, macam kote Negro ekekeke. Itulah padahnya masa dulu-dulu tengok porn ekekeke Puas hati kitaorang sebab luas jugak kawasan yang dapat ditanam, yang kalau aku buat sorang-sorang, minggu depan pun tak akan siapnya lah.
Then AdikDin tiba, sama dengan Malik and his daughter. Malik nih adik ipar Kak Long, baik orangnya, peramah. So diaorang berbincang apa yang nak dibuat, bila Malik suggests buat outlet lain, yang lebih murah belanjanya, lebih senang kerjanya, kitaorang setuju. So bertukanglah AdikDin, Long, sama Malik, memecahkan lantai kat bilik air, jugak kat luar rumah, untuk buat laluan paip. Aku sikit pun tak ambik port, malaslah buat kerja-kerja berat gitu tuh. Diaorang memecahkan lantai konkrit guna hammer, siksa kerjanya. Agaknya kalau aku yang buat, jangan kan konkrit tuh nak pecah, habuk pun tak keluar gamaknya.
EnRoss CCRC nak order kacang 3 kilo, masa sembang dengan dia kat masjid tadi. Berat jugak mulanya aku nak setuju jual sebab kacang yang tak bercabut cuma tinggal sikit aje lagi, yang aku cadangnya nak buat benih. Yang dah bercabut, ada dalam 10 kilo tapi aku dah kata nak kasi Long bawak balik semuanya. Yang nak dibuat benih adalah dalam 3 empat kilo, yang Bibik sama Kak Long, sama Ieqa kerjakan. So aku beritahu Long awal-awal yang tak dapat lah agaknya nak buat projek kacang secara besar-besaran, sebab tak cukup benih. Takut jugak Long terkilan sampaikan tak jadi dia nak bawak balik kacang yang aku nak kasi kat dia tuh.
Tapi, bagus jugak tak cukup benih, tak payah aku nak susah-susah nanti, kan? Tak kalu, aku tak akan ada masa, akan tensionlah aku nanti, terkejar sana terkejar sini nak menyiram, nak membaja, nak menggembur tanah etc.
Hujan turun renyai-renyai petang nih sebelum Kak Long balik ke Jerantut sama AdikDin, Hidayah. Yang tinggal cuma Long, Ieqa, Malik dan anak dia. Diaorang balik esok kot, InsyaAllah lepas kerja siap. Aku pergi jemput mak kat surau, memang gitu, kalau hujan aku akan pergi jemput sebab takut mak tak ada sapa-sapa nak tumpang balik.
Ada Kuliah Maghrib malam nih tapi the first half hour tuh aku mengelamun jer sambil bersandar kat tiang. Memikirkan masa depan hehehe. Aku tak nak cakap banyaklah tapi aku rasa macam ada reason yang buat aku masih terstuck kat kampung. Reason yang aku rasa aku boleh terima, aku redha.
Dear Diary, kau jangan terkejut kalau suatu masa nanti, bila-bila lah, dalam masa terdekat nih ker, aku akan suruh Chu atau mak carikan sapa-sapa yang sanggup jadi bini aku. Kau jangan terkejut, ok?