Monday

Sabtu8September2018

Awal aku ke Pekan Sari pagi nih, masih tak ramai peniaga, ada yang baru menurunkan barang, pasang khemah, meja etc. Lepas breakfast sekejap, aku meround lah, terserempak dengan Chu, jugak Pak Sedara aku, Nyang, yang di Lembah Klau. Biasanya Nyang akan turun ke sini untuk jemput Chu sebab Chu kan ker tinggal sorang, Chu tak pernah miss ke Pekan Sari.

Aku adalah beli a few things, beli ayam setengah ekor (malas dah aku beli seekor, nanti tension untuk menghabiskannya), jugak benda-benda ramuan untuk memasak. Tak beli sayur sebab banyak kat kebun. Minggu depan nih aku rasa nak memasaklah pulak, or rather nak kerapkan makan kat rumah.

Sedara aku yang ada meniaga kat situ ada kasi aku satu benda nih yang jadi tumpuan ramai, karang laut bentuk keris, yang dia beli kat Golok. Dia kata dia tak jual, nak bagi ke sedara aje, bagi dia RM 15 sebagai upah, itu aje. Banyak khasiatnya, direndam dan minum air rendaman nya, menurut dia lah, so dia kasi kat aku, dan aku kasi lat dia RM15. Mudah sangat aku nih, kan?

Tak lama lepas aku balik dari Pekan Sari, Nyang datang ke rumah, dia nak mintak kalau-kalau ada jagung (sure Chu yang cerita kat dia, Chu pun ada suruh aku hantar dia jagung Selasa nih, "sedak ngat, besor-besor jagung awak tanang, kata Chu), so aku petik a few tongkols. Aku rasa happy jer sebab tanaman aku hasilnya dapat dikongsi dengan orang banyak, especially jagung.

Sepatutnya aku dah boleh mengemas dan membersihkan rumah sesikit,  hasil kekotoran diaorang renovate tuh tapi memandangkan tikar getah belum siap dipasang, aku rasa macam buang masa jer, so aku tak buat apa pun tengahari nih.

Aku online jer lah, mengatch-up mana-mana yang tertinggal, tengok youtube, benda-benda gitu yang melaghokan. Sempat lelapkan mata jugak sebab sejak aku memorex, aku dah tak tiduur lepas Subuh, jugak lepas Zohor.

Tak bukak lah pulak kedai sebelah masjid tuh, kedai lain pun tak bukak jugak rasanya kalau Sabtu, hari Pekan Sari. So balik rumah aje lah, malas ke Sungai Ruan, aku pun memasak, buat sup ayam, masakan simple. Sayur bendi. Sedap dan berselera aku makan, nasi aku masak taruk garam, olive oil dan cheese.

Dah petang barulah pekerja KN datang bawak segulung tikar getah, yang aku rasa memang tak cukup. Since dia sorang, akulah yang tolong dia pasang tikar getah tuh, mengalihkan perabut etc. Kerja yang aku ingatkan mudah, tak semudah yang aku sangkakan. Mamat tuh entah berapa kali ukur itu ini, sana sini, ditulis, yang bagi aku macam tak masuk akal. Aku peratikan aje lah, apasal kerja pasang tikar getah pun macam susah sangat bagi dia? Lembab nya dia nih, kata aku dalam hati. Then aku terfikir, kalau dia tuh cerdas orangnya, tak mungkin dia buat kerja-kerja gitu. Terfikir jugak yang aku patut bersyukur sebab aku dijadikan dalam keadaan cerdas.

Memang tak cukup pun tikar tuh, setakat pasang kat main dan satu bilik. So kena tunggu KN balik dari holiday lah baru dibeli.

Malam nih macam slow jer, otak aku yang slow. Iyalah kan, tak ada Kuliah Maghrib, Forex market tutup, tak ada apa yang aku nak fikir. Saturday night pulak tuh, terfikir jugak aku yang orang lain happy-happy jer di malam minggu tapi aku sengsorang, tak ke mana-mana. Mula cadangnya nak ke Sungai Ruan nak dinner tapi teringat yang kat rumah masih ada sup ayam, so lepas Isyak terus ajelah balik.

Orang tua macam aku is not supposed to have fun, kan?

Sunday

Jumaat7September2018

Tak sampai 10 minit pun aku di kebun, sekadar menyiram tembikai dan kacang harimau, jugak pokok cili aje. Sebab menurut Accuweather, petang nih akan hujan lebat, so nak menunggu ke petang tuh, kenalah siram tanaman  penting aku. Tembikai memang nak selalu kena siram, ada sebijik tuh dah terbantut pembesarannya, semuanya gara-gara aku ke KL ituhari, tak bersiram for a few days. Nasib baiklah pokok tembikai yang lain ditanammdi kawasan tanah lembab sikit, semuanya berbuah elok so far.

Pekerja daah tak datang sebab dah siap kerja diaorang, petang semalam diaorang dah buang dan bakar kayu-kayu, dah hangkut bawak balik rumah mana-mana bahan tak terpakai. Grill tingkap belum dipasang, tikar getah belum dibeli, so itu aje lah kerja yang masih belum siap. Aku dah beritahu KN yang balance duit hanya akan aku bayar bila semua kerja dah siap.

Macam semalam jugak, harinih aku banyak concentrate kat Forex, nak merepair mana-mana yang patut, Aku cut loss a few of my positions, tak apa lah, as long as aku rasa comfortable, sebab malam ini ada data penting yang akan keluar, US Non Farm Payroll dan Employment Change so aku kena bersedia. Dan jangan tamak, panik, gopoh gapah, itu kuncinya dalam memorex. 

Isyak masuk pukul 8-27 malam tapi sebab jam kat masjid tak betul, pukul 8-29 baru azan, sedangkan waktu tuh dah 8-31, US session dah bukak. Aku sempat bukak MT4 tapi bila aku nak place order to go long USD/JPY,connection tak ada, so tak dapatlah aku nak tambah positions. Dengan lain perkataan, tak besar lah untung aku malam nih, yang nak cover rugi sejak semalam ke petang tadi, dalam lingkungan 150K of EIT (0.15 ETH).

Awal aku tidur malam nih, market pun macam slow, aku ada a few positions jer dan tak nak masuk new entries. Cadangnya nak masuk awal pagi, just before market tutup for this week tapi aku terlambat, bangun pagi terus aku mandi etc, sepatutnya aku on kan MT4 aku. So aku tak ada carry forward apa-apa positions untuk minggu depan, yang bermakna, Isnin nih aku kena start afresh. Harap-haarap USD/JPY tak gap up lah, aku sepatutnya tinggalkan at least 2 winning positions untuk minggu depan.

Macamana pun aku bersyukur sebab minggu nih account aku dah naik dari about 2.03ETH minggu lepas, sekarang dah jadi 2.898 ETH, dalam 0.9 ETH untungnya. Macam ada harapan nak jadi kaya jer nih ekekekeke

Aku tak kisah harga Bitcoin, Ethereum dan lain-lain currencies turun ker naik ker sekarang nih, apa yang aku tahu, aku nak kumpul ETH yang aku boleh samada tukarkan ke Bitcoin atau coins lain atau aku just kumpul ETH. By end of this Chicago Board Options Exchange (CBOE) nak launch Ethereum Futures Contract macam Bitcoin so aku kena bersedia dan bersiap-siap dari sekarang.

Khamis6September2018

Alarm aku tak bebunyi pagi nih, so aku terlewat bangun, pukul 5-43 pagi. Subuh masuk pukul 5-49 pagi. Tapi aku sempat mandi dan bila sampai masjid, sembahyang baru nak mula. Aku tahu yang jam kat masjid tuh lewat 2 minit. 

Dah lama dah aku sedarnya jam tuh salah, since aku memorex sebab 8-30 malam adalah waktu penting, waktu US session mula dan selalunya banyak data-data yang keluar pukul 8-30 tuh. Dulu waktu Isyak lewat sikit, so bila malam tak ada Kuliah Maghrib, aku akan on kan cellphone aku, nak check market. Cellphone aku dah 8-30 tapi jam kat dinding masjid masih 8-28 malam. Sampai sekarang isu tuh tak selesai lagi sedangkgan almost every night ada segerombolan jemaah yang mempertikaikan masalah jam yang berbeza dengan takwim. Masa Kadhi Raub datang ituhari pun ada ditanya pasal masalah perbezaan waktu tuh, dan aku puas hati dengan jawapan dia, tapi this one guy yang keeps pertikaikan masalah tuh, annoying sungguhlah, orang nak beribadat, diaorang tuh dari lepas Maghrib sampai lah ke Isyak, asyik berdebat pasal benda yang remeh macam tuh.

Aku macam tak bersemangat nak ke kebun sejak tanaman aku dah berkurang nihh, Aku suka kalau kebun aku meriah dengan tanaman, kalau boleh aku tak nak cabut, tak nak petik tanaman aku, biar nampak menghijau jer. Pokok jagung dah tinggal sikit, sayur--sayuran dahh berkurang, kecuali bendi yang aku dah tak boleh nak catch up sebab cepat sangat berbuah, dan kalau tak dipetik, jadi keras dan tua.

Aku mula buat lubang untuk pindahkan anak pokok jagung yang cuma beberapa batang aje yang hidup. Dalam sepaket benih yang aku beli, less than 40% yang tumbuh. Benih lama kot. Aku pasang pagar di sekeliling kawasan anak jagung tuh, tak nak kasi ayam kais dan makan benih. Nampak gayanya aku kena beli benih jagung lagi sebab nak tunggu jagung aku tua jadi benih, lambat lagi.

KN ada datang petang nih, dia keletihan baru balik dari JKR, somdia nak tumpang melepak. Sembang-sembang sama aku yang tengah memorex dan dia berbaring kat sofa, pekerja dia tengah menyiapkan finishing touch kerja-kerja.

"Dulu awak kerja apa?", KN tanya aku.

"Kerja buat hotel, resort, kat Cherating", aku jawab gitu.

"Kerja hotel/", dia tanya lagi, agaknya dia tak dengar perkataan "buat" aku tuh.

"Tak, buat hotel, resort", aku jawab slow jer sambil kononnya concentrate memorex. Then aku tukar tajuk, takut nanti dia terkejut dengan jawapan aku kalau dia soal aku seterusnya, kerja apa?

"Berapa harga motor besar yang ko nak beli tuh? Ratusan ribu, kan?", aku tanya dia sebab tadinya dia kata dia berangan-angan nak beli motor besar.

"Waaaa, lengkap lah ko nanti kalau dah ada motor besar", aku kata gitu sekadar kasi semangat kat dia ekekekekeek Macamana pun KN memang hebat, dia ada tunjukkan aku surat agreement yang dia baru signed, beli rumah kat Raub. Esok dia sekeluarga akan ke Langkawi for a few days, aman lah sikit aku nanti. 

Since semalam, aku ada masuk a few new positions sebab positions yang untung tuh dah aku liquidate. Slow pulak market masa Asian session, masa European session ada lah rancak sikit tapi macam clueless gitu, tak tahu direction. 

Aku terpaksa on kan cellphone masa Ustaz bagi Kuliah Maghrib sebab cadangnya nak masuk a few more positions, yang aku ada tuh semuanya dah positive. Alaaa, kalau semalam dah dapat untung besar, harinih mungkin boleh buat yang lagi besar, kan, itu yang aku fikir. So sesambil dengar Kuliah, jari jemari aku kadang tuh sibuk menekan cellphone. Tapi telinga aku tetap mendengar ceramah Ustaz. 

Ada sekali tuh aku terserempak dengaan mata Ustaz tuh yang melilau menegokkan jemaah yang bersandar kat dinding, masing-masing tersengguk-sengguk tidur kekusyukan. Bila mata Ustaz bertentangan dengan mata aku, aku angguk-angukkan kepala, biar Ustaz tuh tahu yang ada jugak jemaah yang tak tertidur, ada jugak yang mendengar Kuliah dia. Iyalah kan, buatnya Ustaz tuh sentapz dan tak nak mengajar dah sebab bila dia kasi kuliah, jemaah tidur, ha, aku jugak yang susah. Akan tak ada kuliah, dan akan tak ada jamuan, akan terpaksa lah aku makan kat luar.

Aku dah nak tidur, tiba-tiba harga currencies yang melibatkan Dollar, turun merundum. Rupanya President Trump ada keluarkan statement pasal trade war antara Jepun dan US, itu yang Dollar gugur tuh dan Yen naik mencanak. Dan semua positions aku bertukar arah, dari untung ke tak untung. Aku biarkan aje sebab tak lah banyak mana pun positions yang ada, macamana pun, sebelum aku tidur tuh, dalam 100K juga floating loss aku, dan aku setkan yang kalau it reaches 259K (hampir separuh dari keuntungan aku semalam), then semua positions aku akan ditutup automatically. 

Apa-apa pun, esoklah aku akan "repair", aku tak nak cepat panik. Lagipun, adat lah kan berniaga, ada masa untung dan ada masa rugi.

Saturday

Rabu5September2018

Lupa nak tulis kat entry semalam, KN ada contact aku semalam, mula tuh dia kata kalau pekerja dia memang confirm tak nak kerja dah, dia akan cari orang lain sebagai pengganti. Dan dia kata yang dia tak pernah tak siapkan project. Lewat malam semalam dia WA beritahu yang betapa leganya dia sebab payment dari project yang lepas dah dapat (siap dengan screenshot gambar account dia yang ada dalam RM 57000 )dan dia dah slow talk dengan pekerja dia dan diaorang janji akan teruskan semula kerja renovate rumah kitaorang.

Aku buat tak layan jer bila pekerja tuh sampai, aku bengang sebab kitaorang punya project dijadikan ransom. Walaupun aku selalu keluar masuk rumah dan ke kebun, aku tetap tak bercakap sepatah haram pun dengan diaorang, aku rasa diaorang tahu yang aku bengang. Tapi tak lama, tengahari tuh aku buatkan jugak diaorang se jug iced lemon tea, dan kitaorang bersembang semula macam biasa lepas tuh.

Hari ini aku banyak spent masa untuk merepair account aku yang agak parah kecederaannya. Aku banyak masuk new positions, banyak pairs yang aku trade, mostly pairs yang melibatkan Yen dan British Pounds. By late noon account aku jadi lebih parah sebab most pairs yang aku masuk, semua nya melawan arah. Aku tak ada pilihan lain selain liquidate kan semua positions yang untung, aku tinggalkan positions yang "rugi" (rugi on paper) yang aku rasa aku terpaksa redha ajelah kalau prices tetap,tak menyebelahi aku. Maknanya aku akan rugi about half of my total balance, dengan lain perkataan, untung aku selama ini akan habis begitu saja. Tak apalah, as long as modal aku intact, tak apa, aku akui yang aku buat silap, I got carried away sebab these few days aku rasa macam senang jer aku trade, itu yang aku masuk banyak positions tuh.

Ini satu pengajaran bagi aku, aku cuba menyedapkan hati aku yang rasa macam tak sedap aje tuh. Masa European session, parah bertukar jadi nazak, aku hampir cut loss aje account aku, back to the very beginning dengan modal hanya 0.5 ETH (500 000 EIT) 


Semua data-data yang keluar yang mempengaruhi respective currency, semuanya negative. Tapi malam ini masa US session akan ada satu data yang melibatkan British Pounds, itu aje lah my only chance untuk recover some of my losses. 


Biasanya sebelum Maghrib, especially kalau malam yang ada Kuliah, aku akan clearkan positions aku mana-mana yang patut, or at least pasang Stop Loss atau Take Profit points, that way account aku terprotect kalau ada apa-apa news atau data yang keluar at the beginning of US session. Iyalah kan, aku kat masjid dan tak boleh nak access akaun aku until after Isyak yang by that time, bermacam-macam benda yang terjadi. 

Memang aku selalu datang masjid agak awal, sejak aku aktif memorex nih pun aku masih datang awal. Cuma bezanya, kalau dulu, sampai aje masjid, aku terus masuk ke dalam tapi sekarang nih, aku akan stay dalam kereta sampailah dalam 5 minit sebelum azan. Sebab aku nak pastikan yang account aku is well protected dari segala kemungkinan,sepanjang aku di masjid. Nak buat macamana kan, demi sesuap nasi.

Malam nih Kadhi Raub yang kasi Kuliah Maghrib, aku tak adalah saspen pasal account aku, aku sedia maklum yang kalau luck is on my side, aku akan dapat untung tapi aku macam redha jer kalau aku rugi. Itupun aku dah patut bersyukur sebab kalau aku cut loss siang tadi, aku dah rugi about 450K of EIT (0.45 ETH), modal aku dulu 0.5 ETH. Sebelum Maghrib, aku dah dapat kurangkan kemungkinan loss aku tuh ke about 150K (0.15 ETH). So aku memang dah bersedia untuk rugi dalam 150K ke 200K of EIT (0.15 to 0.2 ETH)

Sebelum jamuan, aku sempat tengok cellphone, nak check account aku, syukur, account aku dah hijau, dah ada untung, tak banyak tapi dalam zone untung. Masih lagi belum selamat sebab agak volatile jugak market malam nih, dan aku pun tak boleh buat apa sangat, all I know is, aku masih ada harapan, I am on the right (winning) track.

"Nah, ini ada sikit bubur jagung. Jagung yang awak bagi tuh", kata jiran aku sambil hulur satu satu plastic bag, tak nak orang lain nampak. Laaaa, aku kasi diaorang jagung, diaorang kasi aku bubur, baik sungguhlah jiran aku nih.

Aku letak beg plastik tuh atas bumbung kereta, sebab satu tangan tengah check cellphone, tangan satu lagi pegang kunci kereta. Ada improvement , kata aku dalam hati. Then tiba-tiba, out of nowhere, semua pairs yang melibatkan British Pounds naik mencanak-canak, laju jer, aku macam tak percaya, aku check betul-betul, memang betul apa yang aku ingat tak betul tuh. 

For a few minutes aku tercegat kat sebelah kereta, khusyuk dengan cellphone, nak buat apa yang patut, nak lock all my winning positions so that untung yang tertera kat screen tuh akan confirm dapat kat aku. Aku tak closekan positions, aku just lock, dengan harapan untung akan lebih besar. Aku sikit pun tak peduli kat orang sekeliling yang rasanya tentu pelik tengok aku, mungkin diaorang fikir, "penangan handphone" sampai gitu sekali ralitnya.

Masa reverse kereta, aku ternampak ada benda melayang ke tanah, laaa, rupanya beg plastic yang berisi bubur jagung tadi tuh, aku lupa nak ambik. Nasib baik tak pecah.

Alhamdulillah Ya Allah, Alhamdulillah Ya Allah, itu aje yang keluar dari mulut aku sepanjang perjalanan balik ke rumah, masa tutup gate, masa bukak pintu, masa on kan laptop. Bila semuanya dah settle, barulah aku check satu persatu positions aku, ada yang aku close kan dengan profits, dan ada yang aku biarkan aje. 

Bila aku check news, rupanya tadi ada headline pasal Brexit, itu pasal semua pairs yang melibatkan British Pound naik mencanak canak. I don't need to know the details, cukup setakat main headline jer. So basically harinih aku untung 0.532023 ETH (532 023 EIT), so modal aku dah jadi lebih besar dan aku dah boleh masuk lebih banyak positions supaya aku cepat kaya ekekekeke

Friday

Selasa4September2018

Masa nak menyiram tanaman pagi nih aku terperasan yang 3 batang pokok jagung aku tumbang, rupanya disondol vavi. 

Haku tak exfect fun vavi hakan menyerang jagung haku, haku hingatkan monyet yang hakan jadi musuh nomvor satu, rufanya vavi. Vavi funya vavi! Hagaknya vavi-vavi tuh tervau jagung haku tuh kot, hitu yang sanggup dia meredah jalan vesar sedangkan tanaman haku nun di tengah-tengah kawasan lafang. So fagi nih haku vuat hadang, hikat tali rafia, fastu gantung veg flastik, di sekeliling kawasan jagung. Veg-veg flastik tuh hakan verkivar-kivar dan vervunyi-vunyi vila ditiup hangin, so vavi hakan takut. Senang jer nak tifu vavi sevav vavi-vavi tuh vodoh.

Mood aku masih kurang baik sebab macam confirm jer yang pekerja-pekerja tuh cabut lari sebab tak puas hati dengan KN. Aku yang jadi mangsa, sedangkan payment dah dikasi, terlebih pulak tuh. Renovation works tuh dah 80% siap rasanya, major works dah selesai cuma tingkap belum dipasang dan painting works baru halfway done. Aku dah terfikir yang silap-silap aku akan cat sendiri aje lah, dan terpaksa upah orang untuk buat tingkap, too bad barang-barang such as window frames, glass, tak ada, agaknya tak ada duit nak beli, kot. Duit yang aku kasi dulu entah diguna untuk benda lain, biasalah kan, kontraktor. Kontraktor Melayu pulak tuh. Kontraktor kampung.

Aku ke rumah Chu, nak breakfast kat kedai depan rumah dia, tutup pulak kedai tuh tapi Chu ada (dengan 2 orang BFF dia sambil membawang jual kuih so breakfast kat situ jer lah aku. Aku ceritakan pada Chu pasal pekerja dah 3 hari tak datang kerja. Terus lah Chu talipun KN, diaorang nih memang rapat gayanya, iyalah kan, dulu tuh orang kuat UMNO semuanya. Susah aku nak percaya bila KN kata dia baru balik dari Trengganu sebab semalam aku ada jumpa dia dan dia tak ada pun macam tergesa-gesa, tak ada pun beritahu nak ke Trengganu. Biasanya dia akan beritahu, walaupun nak ke JKR Raub, nak ke sana sini, iyalah kan, nak beritahu yang dia sibuk.

Balik dari rumah Chu, aku tengok ada kereta Long kat halaman. Aku ceritakan kat Long pasal projek renovation rumah tuh, Long tak terkata apa bila aku "detailkan" sikit penceritaan aku tuh. Since Long nak balik ke Jerantut before Zohor, aku teruslah ke kebun, petik jagung dan timun untuk Long bawak balik. 

Aku tengah ralit memetik tanaman, Chu sama keluarga cousin aku yang duduk Raub pun sampai, diaorang nak tengok rumah baru kitaorang. 

"Lah, dah tua salad awak nih, matnyer tak cabut?", Chu tanya aku.

"Jagung-jagung nih semuanya dah boleh petik, yang bulunya hitam-hitam ni semuanya dah boleh ambik", kata Chu lagi.

Spontan jer aku boleh agak yang Chu dapat "modal" baru bila cerita pasal aku kat sedara-sedara, yang aku nih tanam sayur tapi biarkan aje tanaman tuh tua tak dipetik.

So macam pesta lah kitaorang memetik jagung, jugak sebatas salad yang Chu agih-agihkan untuk Long, Chu, cousin aku dan cousin yang lain jugak. Aku rasa happy sangat deep inside, happy yang tanaman aku hasilnya dapat sedara mara aku nikmati. Terus hilang kebadmoodan aku selama ini tuh.

"Awak petik semua jagung-jagung tuh, hantar ke Chu, esok biar Chu jual", Chu talipun aku petang nih.

Puas aku mengexplain kata yang tak semua jagung tuh boleh dipetik, lagipun aku nak kasi kat orang, bukannya banyak mana pun untuk dijual.

"Tak usah bagi-bagi ke orang lah, jual. Biar Chu menjualnya", kata Chu lagi. 

So petang nih lepas menyiram, teruslah aku memetik jagung, yang taklah sebanyak mana sebab tak banyak yang boleh dipetik, masih belum sedia untuk disunting, sebab bulunya belum hitam ekekekeke. Kalau ikut cakap Chu, semuanya dah boleh dipetik, kan? Perempuan!

Aku tengah ralit tuh, jiran 2 houses away datang, nak mintak daun apa tah, nak buat ubat. Datang sekeluarga, so aku dapat idea, aku talipun Chu, beritahu dia yang tak ada sangat jagung yang boleh dipetik, dan yang aku dah petik tuh aku nak kasi kat jiran aku tuh.

Belum sempat aku nak bungkus jagung-jagung tuh, jiran aku dah blah so I was left with berbelas-belas tongkol jagung. So aku kasi some to my next door neighbour, that lovely couple yang aku belanja makan malam tuhari, selebihnya nak kasi kat Chu, dan BFF Chu.

Malam nih tak ada Kuliah Maghrib, so aku melepak kat luar masjid sambil memorex, my account masih ada floating loss, semakin besar, tapi aku biarkan aje, nothing much yang aku boleh buat kecuali berharap. Itu kesilapan besar tuh, berharap. In Trading, if you are wrong then you are wrong, jangan nak lawan arus, then berharap, then "berdoa" supaya everything will be on your side.

Tapi aku bukan melawan arus, aku ikut arus yang at this moment in time, menghanyutkan aku. I will not concede defeat. Dan aku akan terus berharap. Dan berdoa. Sebab itu aje lah yang aku mampu buat dalam keadaan begini.

Isnin3September2018

Harinih pekerja tak datang jugak, aku dah syak yang diaorang tak akan datang sebab bila aku call, tak berjawab panggilan aku. Aku tak tahu apa masalahnya, aku rasa mungkin masalah duit kot. Ituhari, hari Sabtu, pekerja tuh macam bengang jer sebab KN cuma belikan satu tin cat, mana lah cukup. 

Habis, dah 75% bayar, ke mana duit tuh pergi, walaupun tak lah sebanyak mana pun. Rasa menyesal pulak bayar diaorang sebanyak itu. Apa yang aku dapat tahu, KN banyak hutang kat suppliers, dan payments dari projek-projek lain belum dapat.

KN ada datang sekejap, dia kata one of the guys demam. Akal aku tak boleh terima, kalau sorang demam, takkan yang 3 lagi tak boleh datang? KN pun selamba jer, as if dia tahu what's going on. Aku tak ada lah tunjukkan yang aku marah dan tak puas hati tapi aku jawab cakap dia pun serious jer, dan aku pun tak layan sangat KN, aku buat pura buat-buat kerja kat kebun. 

Mood aku pun tak berapa baik harinih, salah satu sebab, Forex. Semalam masa market opening, pairs GBP/USD, EUR/USD gapped down, so aku ambik kesempatan itu untuk go long. And I shorted USD/JPY jugak, tapi semakin lama GBP/USD semakin turun. Aku keep on buying, dia turun, aku buy, bila turun lagi, aku buy lagi. Aku pun buy GBP/JPY dan EUR/JPY. So membawak ke petang, floating loss aku semakin besar walaupun ada lah profits yang kecik-kecik yang aku kaut. Tapi basically accouunt aku tetap in the red walaupun balance bertambah. Dan positions dah jadi banyak, ada masanya sampai 30 open positions. Itu yang aku macam risau jer sepanjang hari, what if the price keeps going south, boleh ker account aku sustain?

Tak lunch aku harinih sebab kenyang makan sampai 3 tongkol jagung. Syukur puji Tuhan jagung gue udah bisa dipanen. Sedap gila makan jagung style Mexico, selek mayo, tabur grated cheese, perah lemon dan last sekali sprinkle sikit chilli powder. Aku tengah fikir nak kasi siapalah jagung-jagung lain tuh, kalau ada adik beradik aku balik, memang rezeki diaorang. Tengahari pulak aku memanjat rambutan yang dah tinggal sisa-sisa. Pekerja-pekerja tuh diaorang selalu petik rambutan, siap guna scaffolding lagi, so sebelum semuanya habis, aku nak lah jugak turut menghabiskan rambutan yang semuanya dah merah gelap sebab terlampau masak.

Asar pulak ada jemputan Tahlil kat surau, memang kalau ada Ustaz bagi kuliah untuk perempuan, aku akan diajak sekali, untuk meramaikan jemaah lelaki, kalau tak tuh cuma Imam, Bilal dan sorang berdua jemaah lelaki.

Lepas Maghrib ada mengaji, oklah kali ini, ada sekali jer Ustaz tuh tegur bacaan aku. Awal aku tidur malam nih sebab as I said before, mood aku tak berapa bagus so dari melayan benda tak bagus, might as well aku tidur, tah-tah bermimpi best. Lagipun market macam slow jer, kat US cuti.

Thursday

Ahad2September2018

Puas aku menunggu pekerja 4 orang tuh, sejak awal pagi aku dikebun. Tapi diaorang tak datang-datang jugak. So aku pergi breakfast dulu lah, pintu depan aku tak kunci, takut nanti diaorang blah pulak kalau pintu dikunci dan aku tak ada. Since diaorang ada bekerja kat rumah nih, aku kalau nak ke mana-mana, memang tak kunci pintu-pintu, dan diaorang bebas keluar masuk. Mula-mula dulu aku cuak jugak tapi lama kelamaan ok jer.

Aku tapau mee goreng ayam untuk diaorang, siap ada telur mata kerbau lagi. Sajalah, harinih Sunday, biar diaorang happy sikit, aku tak rasa beban kasi diaorang makan setiap hari, berapa hari lah sangat, kan?

Elok aje aku belok ke simpang nak ke rumah, ternampak ekor Jeep KN menghala ke rumah kitaorang. Ah sudah, sure dia tak suka aku bawak makanan untuk pekerja dia tuh, kata aku dalam hati. Nak buat macamana nih, aku fikir gitu sambil terus berkayuh. Aku tak nak lah isu makanan nih jadi besar, so aku berhentikan basikal then aku masuk ke ladang kelapa sawit neighbour aku, aku sorok bungkusan makanan kat situ, gantung kat pelepah kelapa sawit. Then aku jenguk-jenguk hala ke rumah, tak nampak pun gaya macam pekerja ada, yang aku nampak, KN tengah mengintai dari tingkap. So aku mengintai dia yang cuba mengintai aku.

"Diaorang tak datang ker, apasal diaorang tak beritahu?", aku tanya KN bila aku sampai depan rumah. Pelik jugak aku bila KN pun tak tahu yang pekerja dia tak datang tapi dia kata yang mungkin sebab Sunday kot itu pasal diaorang tak datang kerja, so aku percayalah explanation dia tuh.

Lama pulak KN bersembang, aku tak ajak masuk rumah pun sebab nanti kalau diajak sembang dalam rumah, lama lah pulak. Aku layan-layan gitu aje lah, then mintak diri nak ke kebun. Aku tak perasan pun dia ikut jugak ke kebun.

"Awak nih jenis orang yang rajin, betul-betul rajin", KN kata gitu lepas tour tengok tanaman aku.

"Habis, aku nak buat apa lagi? Ini jer lah kerja aku, main-main jer nih", aku jawab gitu.

"KN ada di rumah awak ker, cadangnya nak ke sana tapi nampak ada Jeep dia, tak jadi lah", MN WA aku. Pelik diaorang nih, adik beradik tuh.

Sakan KN suruh aku ambik gambar dia yang pura-pura menyangkul, berkebun. Banyak benda yang buat aku pelik, dia kan ker orang kampung jugak, tak kan tak pernah pegang cangkul. Kalau orang KL tuh for example, tak adalah aku rasa weird sangat. Keduanya, dia tuh kan ker Tok Empat? Tapi perangainya macam perangai budak Darjah Empat.

"Awak tak nak ikut aku, jom ikut aku ke Temerloh", dia kata gitu. Laaaa, dia nih macam nak berkawan dengan aku tapi aku pulak tak nak. Dengan Tok Empat yang dulu, aku pernahh keluar minum nun sampai kat Raub, sebab aku suka Tok Empat tuh, berwibawa etc.

Nasib baik aku dapat idea, aku kata, "Tak boleh lah, kau tau lah kan yang aku nih hari minggu jer lah aku boleh buat kerja banyak sikit kat kebun. Hari-hari biasa tuh aku layan Forex, itu yang aku selalu lepak kat rumah, ke kebun pun sekejap-sekejap gitu jer".

"Bila awak nak ajar aku Trading?", KN tanya gitu. Dah banyak kali dah dia tanya aku pasal Forex, Bitcoins, pasal Trading in general. Tapi, dari pengamatan aku, he has no knowledge pun pasal Trading kat internet guna Broker nih, or even direct Trading macam yang aku buat. Aku tak layan pun, aku selalu bukak topic lain bila dia tanya pasal Trading. Bukan sebab dia dulu setakat belajar kat sekolah Vocational jer sebab tuh aku tak layan tuh, bukan! Tapi sebab dia orang kaya, banyak harta dan duit, nak trade nih kena ada knowledge, tak nanti orang akan jadi tamak, last-last lingkup.

Mulanya cadang nak ke rumah Chu nak kasi mee goreng tuh, bolehlah dia kasi kat sapa-sapa, tapi bila difikirkan yang nanti akan banyak timbul cerita yang ditambah sesedap rasa, aku patah balik, aku ke rumah Makcik Esah, kawan Mak, jiran kitaorang. Senang sikit tak payah nak explain panjang lebar, just beritahu yang pekerja tak datang so ambiklah makanan yang dah terbeli nih. Lagipun aku memang nak ke rumah dia, dia nak kasi anak pokok belimbing buluh. Aku memang nak tanam belimbing buluh, kitaorang cuma ada sepokok jer. Aku dah reti nak proses buat belimbing hitam untuk buat sambal hitam, so memang patut aku tanam lebih banyak belimbing buluh.

Aku hulur dia RM 50 sebab cadangnya nak ambik banyak tapi dia berkeras tak nak ambik, dia kata yang dia nak aku tanam so that InsyaAllah dapatlah jugak dia pahala yang berterusan nanti. Exactly apa yang aku fikir, aku ada kasi orang anak pokok petai hybrid, dengan harapan yang sama, manalah tahu kalau-kalau pokok tuh tumbuh subur dan berpanjangan hidupnya, dapatlah aku tempias pahala, kan? Iyalah, orang yang banyak dosanya macam aku nih, kena lah cari cara-cara untuk dapat ganjaran baik Tuhan yang berterusan dan berpanjangan.

Well, aku nak ambik banyak tuh sebab aku fikir, aku nih, kalau tanam 10 pokok, yang hidupnya mungkin sepokok dua aje. And so aku ambik 2 pokok, dan 1 pokok Markisa. And since aku masih ada sepokok petai hybrid yang tak ditanam-tanam, tak dipindahkan ke tanah (masihlah dalam polybag tuh), aku pun kasi kat Makcik Esah, dengan harapan agar subur dan berhasillah pokok tuh nanti. Supaya aku pun dapat hasil jugak, dalam bentuk lain. Aamin.

Seronoklah aku di rumah sorang-sorang, now I have the whole house to myself again, aku kata dalam hati. Kera sumbang macam aku nih memang lah fikir gitu kan? 4 hari pekerja ada kat rumah, tak terperi-peri lah kerimasan yang aku tanggung, and I keep asking when is this going to end? So the whole day aku online, guna cellphone, laptop dan tab, so banyak lah aku surf sana sini, bukak Youtube etc. Memang productive, tak sabar nak tunggu awal pagi esok so boleh memorex.

Aku baru siap mandi, nak bersiap untuk ke masjid for Maghrib bila MN datang, terus dia kata, "aku nak pinjam duit sesikit kalau awak ada, anak aku sakit, esok nak ke KL nak pergi melawat".

Tak sempat aku nak kata dan fikir apa-apa, terus aku bukak wallet, kasi dia some money. "Kalau awak ada" tuh yang buat aku kasi tuh sebab memang ada sangatlah jumlah yang dia mintak tuh. Bila dia balik, dan sepanjang masa sebelum Maghrib, on my way ke masjid pun aku terus fikir, I don't get these people, tahu aku tak kerja, pun nak pinjam duit dari aku. Mengapa tak pinjam dari adik beradik yang kaya raya tuh? Lagipun, dia kan ker berjualan, mengapa berjual cuma sehari di Pekan Sarîi aje? Lagi satu, kan ke dulu ada cerita yang Pak Mertua dia nak jual tanah dekat setengah juta Ringgit, apa pasal nak pinjam dari aku yang tak ada harta, tak kerja, tak ada prospek nih? 


Bukanlah aku kedekut sangat tapi this whole thing macam tak masuk akal. Letih memikirkan pasal tuh, aku redha jer lah, aku asyik memikirkan pulak yang aku nih, orang nak pinjam duit pun beria sangat fikirnya. Entah-entah esok lusa aku mati, kan?


Nama pun Tazkirah, masa intro tuh Ustaz Muda Pusat Serenti tuh tanya, "Apa macam Tuan-tuan, Puan-puan etc.... Hari ni ada dak buat Tahajjud? Hari ni ada tak buat Dhuha? Ada dak bersedekah, ada dak belanja orang makan, ada dak bagi orang pinjam duit?"

Ya Rabbi berdentum dentam airmata aku keluar. Aku pulak duduk menyandar kat tiang, baru nak join orang lain yang semuanya bersandar ke dinding. So aku keluar sambill tekup mulut, hidung, kononnya nak pergi hembus hingus ekekekekke

Bagus Ustaz tuh (bukan bermakna Ustaz lain tak bagus), dia selalu mengingatkan kitaorang benda-benda dan amalan-amalan yang kena dipraktiskan setiap hari, yang kena dibuat, paling minimal pun 2 rakaat Tahajjud, 2 rakaat Dhuha, baca 10 ayat Quran, berzikir, bersedekah etc. Ada ayat-ayat dia yang buat aku rasa macam nak hug dia, just to show my appreciation sebab mengingatkan aku untuk sentiasa istiqomah dalam berbuat apa-apa amalan dan benda yang baik-baik.

"Senang jer, mulai esok, setiap kali datang masjid, sebelum solat sunat TahiyatulMasjid, masukkan duit seringgit dalam Tabung masjid, tak payah banyak, seringgit jer, lepas tuh barulah solat. Lepas tuh doa, mintaklah apa-apa pada Tuhan. Buat gitu hari-hari"

Ok, aku nak buat gitu mulai esok.

Wednesday

Sabtu1September2018

Since semalam hujan lebat, pagi nih aku tak jejak kaki pun ke kebun. Eh sorry! Ada, ada. Ada aku ke kebun, sementara menunggu pekerja datang. Cumanya aku tak buat apa-apa, setakat melilau ke sana sini. Pagi-pagi aku suka meround tengok perkembangan tanaman aku, kadang tuh rasanya macam nak jer berjaga malam dan tunggu kat pokok tembikai, kobis etc, nak tengok diaorang membesar. Iyalah, mana tak nya, semalam tak ada apa-apa, harinih bendi dah banyak berputik. Tembikai lagi lah, sehari jer dia punya ukurlilit dah bertambah.

Tak beli apa sangat kat Pekan Sari, cuma beli sebotol date vinegar dan sebotol pomegranate vinegar, sebab apple cider tak ada dijual. Then bersembang kejap dengan MN, cadangnya nak tegur gitu-gitu jer lah macam biasa, bila aku melintasi tempat dia sekeluarga jual makanan. 

Dia tanya pasal projek renovation kitaorang, aku beritahu yang dah nak siap pun, adik dia KN yang buat.

"Itu lah awak, tak bagi ke aku buat, awak bagi ke dia. Dia pun sub ke orang jer kan? Dia bukannya pandai, belajar sampai Sekolah Vokasyional je tapi nak jadi Kontraktor. Dia tuh awak nak tau tak, Darjah 6 baru reti membaca", kata MN lagi. 

Diaorang adik beradik (berempat kot yang lelaki) tak berlaga angin sesama sendiri, yang ini kutuk yang itu. Yang itu kutuk yang ini. Yang ini itu kutuk yang itu ini. Yang itu ini kutuk yang ini itu.

"Kaya dia yerk? Ngapa awak tak join dia?", aku tanya gitu, rasa macam salah jer soalan aku tuh.

"Dia cerita ker awak,ker? Dulu dia UMNO, tu yang banyak projek sana sini tu. Tapi ini kerajaan baru nih, sakit dia tuh", kata MN.

Aku mintak diri dengan beli semua kuih yang ada dalam talam, 25 keping, kalau aku layan, melarat nanti nih, aku akan terturut membawang sebab semalam pun KN ada cerita dan tanya aku banyak hal pasal MN.

"Banyak sangat kuih nih, Bang, harinih kitaorang berdua jer" kata one of the workers, aku tak perasan pun cuma 2 orang yang kerja harinih. Diaorang dah start mengecat bahagian dalam rumah.

"Saya takut dia tak bayar jer" kata pekerja tuh bila aku tanya dah berapa lama diaorang kerja sama KN. Rupanya ini projek ketiga diaorang.

"Tak kan dia tak bayar, saya dah bayar dia 75% harga kerja dah, balance tuh saya akan bayaar bila semua dah sdiap nanti, hari tu jjugak", aku kata gitu.

"Dia kata Abang cuma bayar RM 2000, itu dia mintak saya kurangkan lagi upah", kata Mamat tuh.

Ma cibai, pandai KN buat cerita rupanya, so aku beritahu Mamat tuh jumlah yang aku dah bayar, siap tarikhnya sekali, dan aku pesan kat dia, kalau KN "burukkan nama aku", tanya aku untuk kepastian. Takut nanti diaa sengaja buat cerita guna nama aku.

KN ada datang tengahari nih, aku beritahu yang balance duit dah adik aku masukkan ke account dia. Lama jugak dia melepak sama aku, rimas gila aku, nasib baik aku dapat idea, aku kata yang aku nak ke kebun kejap, nak semai benih. 

Guruh bersahut sahutan, gaya macam nak hujan tapi bila aku check Accuweather, katanya thunderstorm pukul 8 kat daerah Raub. So aku berbasikal aje lah ke masjid for Asar. Elok jer habis sembahyang, hujan turun mencurah-curah, dalam setengah jam melepak kat masjid tunggu hujan sidang. 

Malam nih tak ada Kuliah Maghrib, weekends memang free, tak ada majlis, so melepak aje lah dalam masjid sampai Isyak. Then pergi dinner, my next door neighbour suami isteri pun menyusul lepas tuh. 

"Meja yang lagi satu tuh nak kira sekali ker?, pelayan kedai tuh tanya aku bila aku suruh dia kira harga makanan untuk neighbours aku tuh jugak, aku nak belanja. Dan di sebelah lagi tuh, Imam Surau sekeluarga. 

"Kira tiga-tiga meja lah", aku kata gitu sambil fikir, nasib baik meja 3 tuh diaorang cuma minum aje. Ekekekekeke

Alah, kat kampung, tak lah semahal mana pun harga makanan.

Tuesday

Jumaat31Ogos2018

Macam biasa lepas aje aku buat apa-apa yang patut online, aku ke kebun, menyiram dan menyangkul sesikit sekadar nak kasi keluar peluh. Tiap kali pekerja datang, aku masih di kebun, at least diaorang tahu yang aku nih seorang pekebun. Lakunan jer semua tuh, aku bertanam tuh pun lakunan aje, nak "memberitahu dan menunjukkan" kat orang-orang sekeliling yang aku nih bukannya makan tidur aje kerjanya. Aku ada sebidang tanah yang perlu dikerjakan. Tak kisahlah walaupun cuma tanam sayur-sayuran sedangkan orang lain tanam tanaman yang heavy-heavy macam durian, pisang, betik.

Lepas breakfast aku terus masuk rumah, memorex. Last day untuk minggu ini so kena hati-hati sikit, kena closekan apa-apa positions yang patut, tak nak carry too many open positions ke minggu depan.

Dapat WA message dari KN, dia macam sindir-sindir aku (at least itu pemahaman aku, ayat dia buat aku macam sentapz gitu - mudah sangat sentapz aku nih kan?) , dia kata aku baik sangat kononnya sebab belikan nasi lemak untuk pekerja dia semalam tuh. Dan dia dah tak nak aku belikan apa-apa, hatta sediakan air minum, untuk diaorang. Pelik aku, siapa yang beritahu dia pasal nasi lemak tuh? Lagipun, nasi lemak jer, berapa ringgit lah sangat,kan? Lagipun, apa salahnya aku belanja diaorang? 

And so aku beritahu pekerja tuh, aku tanya diaorang apa pasal benda kecik aku belanja nasi lemak pun nak diberitahu kat orang? Diaorang pun tak tahu cuma diaorang suspect drebar lori KN yang beritahu sebab dia pun ada semalam tuh makan nasi lemak tuh. 



Aku sebagai tuan rumah, aku rasa guilty sangat bila pekerja-pekerja tuh tak pergi Sembahyang Jumaat, sembahyang lain memang tak buat tapi tak kan Sembahyang Jumaat pun tak pergi? Ada aku kasi hints ajak diaorang pergi sembahyang naik kereta sama aku tapi diaorang buat bodoh jer. 

Baru jer online, dapat another message dari KN, lagi buat aku sentapz, aku tahu yang dia bimbang sangat aku deal directly dengan pekerja-pekerja tuh untuk buat extra works. Mana dia tahu yang aku ada tanya diaorang pasal harga nak pasang tiles kat kolah tuh? Geram jer aku nak reply dengan ayat-ayat pedas tapi mengenangkan yang dia tuh Tok Empat dan aku tak berapa kenal dia so aku buat tak tahu aje lah. Tapi memang aku bengang.

Tak lama tuh KN datang, ingatkan setakat nak melawat pekerja tapi nak sembang dengan aku. Lama bersembangnya, tapi most of the time dia menceritakan pasal kekayaan dia, projek itu ini, sana sini. Pernah dapat income puluhan ribu sebulan. Rumah besar, duit kat bank banyak ("kalau awak tak percaya moh datang rumah tengok statement", dia kata gitu), duit kat ASB bertambun, dah 2 kali pergi Umrah (2 kali dia ulang-ulang cakap, aku senyap jer lah sebab tak reti nak buat ayat yang tak berbunyi riak nak beritahu aku pernah pergi Umrah 3 kali). Banyak lagilah yang dia ceritakan pasal kehebatan, kekayaan, kekuasaan dia. Dan setiap kali dia bercerita, aku rasa diri aku kecik sangat, rasa hina sangat, aku nih apalah yang ada nya, kata aku dalam hati.

"Unbelievable! "What's wrong with this guy?", itu jer yang aku terfikir sepanjang masa dia bercerita tuh. Aku pulak tambah ayat-ayat, statement dan kata-kata perangsang dan membakar jiwa untuk dia lebih bercerita, aku guna terms like, "Baguslah kau", "Pandai kau!", "Hebat kau!" Bertambah laju dia bercerita, selebat hujan yang tutun mencurah-curah kat luar. Dan aku pun tak dapat nak ke masjid for Asar, bukan sebab hujan tapi sebab dia tak ada gaya macam nak berhenti bercerita.

Aku rasa macam tak percaya jer yang aku bersembang hebat dengan dia. Ayat kasarnya, aku macam tak percaya yang dia tuh Tok Empat kampung. Itulah, biasanya Tok Empat nih orang yang dah berumur, yang disegani ramai. Tapi dia nih, dari cerita dia, aku tahu yang dia ramai musuh, tak ramai orang yang suka dengan dia, for whatever reasons lah. Dan mungkin jugak itu sebabnya laju jer dia bercerita kat aku, at least ada orang yang nak mendengar rintihan dia, macam Uncle Agony gituh. 

Then again aku nih bukannya bodoh, the more kau bercerita, the more pekung di dada yang kau dedahkan. I'm very good at pretending to look stupid.Well I don't have to pretend pun, I already look stupid.


Lepas Maghrib aku tak lepas dalam masjid, aku keluar melepak sebab kat dalam masjid tak dapat line. Malam nih penting forexwise sebab aku nak clearkan most of my positions. Screenshot kat sebelah tuh account aku as of end of Friday, yang akan aku bawak ke minggu depan. Balance aku dah jadi 2 032 186 EIT (2.032186 ETH). Modal aku dulu cuma 500 000 EIT (0.5 ETH) kan? (ETH = Ethereum)

Terrer dak, aku? ekekekeke









Monday

Khamis30Ogos2018

Aku tunggu pekerja-pekerja datang barulah aku pergi breakfast, so sempatlah menyiram dulu. Tapau kan diaorang nasi lemak. Since timun tak diletak dalam nasi lemak tuh so aku petik aje lah timun kat kebun buat pelengkap. Baik aku nih, aku sediakan 1 jug air, then barulah aku ke kebun semula.

Tengahari masa diaorang break barulah bersembang, KN pun tak datang harinih. Aku dapat tahu yang KN sub kan kerja tuh kat this group dan harganya separuh dari harga yang aku kasi kat KN. Tak sure pulak dengan materials, samada labour only atau total sub. Maknanya senang-senang KN dapat separuh dan that group yang buat kerja, dapat separuh yang dikongsi berempat. Aku dah agak yang harga sebenar tak lah setinggi mana tapi aku tak expect yang KN nih cekik darah orangnya. Tak kisahlah, itu antara KN dan orang bawahan dia. 

Since electricity dah ada semula so aku banyak melepak kat rumah, sesambil dengar apa yang pekerja tuh sembang dan borakkan. Biasalah kan, mengutuk Boss diaorang aje lah kerjanya. Aku perhatikan yang KN tak mesra dengan group tuh, diaorang macam takut-takut aje bila KN ada, tapi the moment KN blah, laju dan kuat aje diaorang bersembang.

By 5 p.m dua sides of the house dah siap dipasang wall baru, cuma one side yang belum, yang kalau diikutkan cara kerja diaorang, esok boleh siaplah semuanya, major works. Lantai pun dah ditukar mana yang patut. So aku betul-betul puas hati dengan hasil kerja diaorang so far. Diaorang kata yang diaorang terpaksa siapkan cepat-cepat, kalau tidak nanti tak pulang modal, lagipun diaorang nak buat projek lain jugak. 

Then aku tanya KN kalau-kalau dia nak balance duit, dia kata tak payah lah dulu. Tapi, about an hour later dia WA kata dia nak another RM 5000 and so aku kata aku boleh kasi RM3000 cash dan balancenya akan dibank in ke account dia esok lusa. Tak lama lepas tuh tengok-tengok dia dah tercegat depan rumah, nak ambik duit. Aku terus aje lah lasi, aman sikit aku bila dah kasi dia duit tuh sebab bolehlah aku ke masjid for Maghrib. Semalam tuh aku takut nak ke masjid sebab memikirkan ada cash yang aku sorok, nak letak dalam wallet dah tak ada ruang, menggelembung sangat ekekekek

So malam nih aku ke masjid macam biasa walaupun dinding masih terlopong, tapi on the other side. Orang nak masuk rumah pun apalah nak dicuri, mana ada benda berharga, setakat 2 biji laptop jer yang aku rasa worth stealing. Takkan orang nak curi microwave oven, fridge, washing machine, kan? Macamana pun aku kunci jugaklah gate masa ke masjid, biasanya aku biarkan gate terpelangah.

Makan besar malam nih masa jamuan lepas Isyak, agaknya sebab nak cover balik pasal minggu lepas tak ada jamuan sebab AJK tak tahu yang Ustaz akan datang bagi kuliah.

Entah tapi aku rasa macam puas hati dan bersyukur jer harinih, so far tak ada masalah pasal kerja-kerja renovation yang mungkin boleh siap semuanya awal minggu depan. Dan Forex aku pun macam ok jer. Harap-harap akan terus lah berkekalan berperasan macam harinih, happy, bersyukur dan cool aje. 


Sunday

Rabu29Ogos2018

Pagi ini awal lagi aku dah ke kebun, sekarang nih macam dah terbiasa aku ke kebun dulu sebelum fikir pasal breakfast. Siap menyiram barulah aku pergi minum. Balik aje dari kedai, ada kereta masuk kawasan rumah, rupanya pekerja dah sampai. One Indon dan 3 Malaysians, orang Utara. Tak lama tuh KN datang, kenalkan diri masing-masing, sembang sesikit then teruslah diaorang mula kerja, menanggalkan papan dinding.

Kebanyakan papan tuh masih elok, so one of them workers tanya aku kalau-kalau aku nak kan papan dan kayu tuh, aku kata yang aku tak nak so dia kata dia nak ambik untuk buat reban ayam kat rumah dia.

Tak lama tuh lori datang, sarat dengan papan etc, cukup for the whole parts yang nak direplaced. Kalau tengok cara diaorang kerja, dalam seseminggu boleh siap kot, hopefully. Aku sebagai tuan rumah, sediakan minuman, dan hidangkan kuih raya. Then sembang-sembang sikit.

"Duduk sorang jer ker? Hebat, duduk sorang rumah besar gini", kata one of them.

"Ini rumah Mak saya, saya menumpang jer, saya tak ada apa satu pun", aku jawab gitu.

Aku teruskan kerja di kebun sebab tak nak lah diaorang fikir yang aku nih jenis yang cuma tidur makan dan lepak aje orangnya. 

By noon aku masuk rumah, dah selesai kerja for the morning, so masa untuk memorex lah pulak. Laaaa, rupanya diaorang matikan power sebab dinding dah dicabut, so tak ada electricity lah sampai diaorang habis kerja. Tension gila aku tak dapat nak bukak laptop, cuma harapkan cellphones dan tab aje. Tak puas lah. Dah lah panas sebab tak boleh nak on kan kipas, so memerap kat dapur jer lah aku sesambil menghitung detik bila akan ada electricity semula. Nak tidur pun tak boleh sebab panas, pendek kata memang sengsara hidup aku hari nih. 

KN datang lagi petang nih, tanya pasal extra works yang Ida suruh dia buat ituhari. Masa Ida kasi duit deposit kat KN ituhari, ada Ida sama Mak beritahu KN yang kat kolah dan tempat letak barang kat bilik air tuh nak dipasang tiles. Aku bukan tak setuju tapi aku kata, siapkan major renovation tuh dulu, lain-lain kerja tambahan, itu discuss lain masa, aku nak tengok dulu prestasi kerja.

So itu yang KN tanya aku tuh, pasal extra works tuh. Terus aku kata yang tak confirm lagi, gayanya macam tak jadi, aku kata gitu. Truth is, aku tak nak suruh KN buat sebab kalau suruh dia, dia pun akan suruh those pekerja tuh buat, dia akan charge gila-gila nanti tuh. Aku nak merisik khabar berapa sebenarnya yang KN sub kan kat group pekerja tuh.

Agaknya sebab kuat bunyi lentung lentang pekerja buat kerja, ada lah a few orang kampung yang singgah bersembang. Dan dari one of them baru aku tahu yang KN tuh sebenarnya Tok Empat kampung nih, baru dilantik dalam sesetahun lepas. Laaa, aku tak tahu pun. Muda nya Tok Empat zaman sekarang nih.

"Jangan buat baik sangat dengan diaorang nih. Diaorang nig tak tahu "kedudukan" diaorang", KN pesan kat aku masa dia datang petang sebelum pekerja tuh balik. Aku rasa macam pelik aje mendengarnya, ker sebab dia nampak yang ada meja yang ada satu jug iced lemon tea dan balang-balang kuih? Laaa, tak kan itu pun tak boleh?



Since rumah terlopong lepas dibuka dindingnya, aku jadi serba salah samada nak ke masjid atau pun tidak. Seingat aku, aku tak pernah tak ke masjid waktu malam, so aku rasa guilty sesangat terpaksa tak ke masjid sebab nak jaga rumah. Terasa macam lebih pentingkan rumah dari sembahyang berjemaah. Then again tak kan aku nak tinggalkan rumah terlopong gitu? Malam nih ada mengaji pulak kat masjid. 

Makan maggi jer lah akhirnya malam nih. Saspen gila nak tidur dengan keadaan rumah yang terdedah macam tuh, a few times aku terjaga.


Selasa28Ogos2018

Yang best pasal memorex nih, it keeps me awake, alert, dan kepala sentiasa nak kena berfikir. Pagi-pagi lepas Subuh aku tak tidur dah, kalau selalunya tuh punyalah susah nak menahan diri daripada tidur, sekarang nih, balik dari masjid aje aku dah "masuk office". Sekadar memantau jer pergerakan market, so dalam masa yang sama aku boleh buat benda lain, nak membaca apa-apa ker.

Dan aku jadi banyak masa, yang sentiasa aku penuhi, samada ulang alik ke kebun (setakat menyangkul dua tiga hayun ekekeke) atau membersihkan persekitaran rumah, apa-apalah aje yang terlintas di kepala aku.

KN ada message, dia akan mula buat kerja esok pagi. That's good, aku banyak dengar cerita-cerita tak bagus pasal dia so aku harap tak ada lah masalahnya nanti, dah bagi 30% deposit pun ituhari, kan?

Aku ke Pekan Sari Sungai Ruan, tak lama, tak ada apa yang nak dibeli pun, cuma beli lemon, pastuh terus singgah breakfast dan balik. Dan sambung buat kerja kat kebun. Pokok-pokok dah besar dan tinggi panjang, senang jer nak menyorok kat dalam tuh, sesambil check cellphone. Nak buat macaman, aku kan ker Forex Trader?

Sebenarnya tak ada apa sangat dah kerja yang aku nak buat kat kebun, sekarang nih kutip hasil jer, bayam, sawi, kangkung, bendi, timun. Dua tiga hari lagi nak petik jagung pulak. Aku dah malas nak tanam tanaman lain sebab nak menyiram tuh yang jadi problem, air tak kuat, terpaksa guna tong penyiram. Benih pun dah nak habis, aku tak nak beli benih dah, nak biarkan tanaman aku hasilkan benih aje lah.

Aku tak ada lah puas hati sangat dengan projek tanaman aku, kawasannya tak luas mana pun dan aku tak memberikan sepenuh perhatian pun pada kebun, sekadar buat syarat aje. Tak macam dulu masa temankan Mak, a few years back, masa tuh aku betul-betul boleh dipanggil pekebun. Dalam ramai-ramai adik beradik aku, aku sorang jer yang ikut jejak langkah arwah Pak, suka berkebun. Yang lain tuh, kecuali Long, pegang cangkul pun tak pernah. Arwah Pak dulu memang legend lah bab menanam kacang tanah harimau, jugak tanam jagung dan kobis. Then kobis-kobis kena curi. Selalu masa tengah menyangkul tuh aku terfikir yang aku nih mewarisi hobi arwah Pak, aku perasan tuh, orang lain tak, kot? 

Dari sepetang ke sepetang aku cadang nak berfatbike keliling kampung macam dulu tapi siap aje menyiram tanaman, aku masuk rumah  memorex. Masa European session banyak news dan data-data yang keluar, yang mempengaruhi pergerakan currencies. Aku dah trade pairs lain jugak, tak USD/JPY aje, dan aku dah banyakkan lot aku, instead of 0.001 lot per position sekarang aku dah berani beli atau jual 0.005 lot, maklumlah modal aku dah lebih dari double untungnya so my purchase power dah jadi besar.

Sekarang nih setiap lepas Maghrib aku akan on kan cellphone, aku nak check positions aku. Too bad connection lembab bila kat dalam masjid, tapi tak apa, aku tak buat transaction, aku just monitor. Tadi, ada WA masuk, dari one of the Managers kat Royale Chulan Cherating, tanya aku kalau-kalau aku nak kerja sebagai Site Engineer dengan satu company yang nak buat hotel kat Cherating. Bila aku kata aku tak nak kerja dah, dia kata aku tak mempergunakan ilmu yang ada, aku membazir kepandaian etc, macam-macam jugaklah dia sindir aku. Last-last aku kata yang aku akan consider kalau kerja tuh sebagai Resident Engineer, kerja dengan Consultant. Budak baru grad bolehlah kerja dengan Contractor, sebagai Site Engineer. Dan aku bukan baru grad.

Since malam ini tak ada majlis, tak ada jamuan, aku terpaksa makan kat luar. Nasib baik kedai Redha Jer Lah bukak, aku nak cuba makan kat situ, belum pernah lagi aku ke kedai tuh waktu malam. Sabar dan redha jer lah, walaupun cuma ada sorang pelanggan lain, tapi roti sardin yang aku pesan punyalah lama nak disiapkan.