Aku tunggu pekerja-pekerja datang barulah aku pergi breakfast, so sempatlah menyiram dulu. Tapau kan diaorang nasi lemak. Since timun tak diletak dalam nasi lemak tuh so aku petik aje lah timun kat kebun buat pelengkap. Baik aku nih, aku sediakan 1 jug air, then barulah aku ke kebun semula.
Tengahari masa diaorang break barulah bersembang, KN pun tak datang harinih. Aku dapat tahu yang KN sub kan kerja tuh kat this group dan harganya separuh dari harga yang aku kasi kat KN. Tak sure pulak dengan materials, samada labour only atau total sub. Maknanya senang-senang KN dapat separuh dan that group yang buat kerja, dapat separuh yang dikongsi berempat. Aku dah agak yang harga sebenar tak lah setinggi mana tapi aku tak expect yang KN nih cekik darah orangnya. Tak kisahlah, itu antara KN dan orang bawahan dia.
Since electricity dah ada semula so aku banyak melepak kat rumah, sesambil dengar apa yang pekerja tuh sembang dan borakkan. Biasalah kan, mengutuk Boss diaorang aje lah kerjanya. Aku perhatikan yang KN tak mesra dengan group tuh, diaorang macam takut-takut aje bila KN ada, tapi the moment KN blah, laju dan kuat aje diaorang bersembang.
By 5 p.m dua sides of the house dah siap dipasang wall baru, cuma one side yang belum, yang kalau diikutkan cara kerja diaorang, esok boleh siaplah semuanya, major works. Lantai pun dah ditukar mana yang patut. So aku betul-betul puas hati dengan hasil kerja diaorang so far. Diaorang kata yang diaorang terpaksa siapkan cepat-cepat, kalau tidak nanti tak pulang modal, lagipun diaorang nak buat projek lain jugak.
Then aku tanya KN kalau-kalau dia nak balance duit, dia kata tak payah lah dulu. Tapi, about an hour later dia WA kata dia nak another RM 5000 and so aku kata aku boleh kasi RM3000 cash dan balancenya akan dibank in ke account dia esok lusa. Tak lama lepas tuh tengok-tengok dia dah tercegat depan rumah, nak ambik duit. Aku terus aje lah lasi, aman sikit aku bila dah kasi dia duit tuh sebab bolehlah aku ke masjid for Maghrib. Semalam tuh aku takut nak ke masjid sebab memikirkan ada cash yang aku sorok, nak letak dalam wallet dah tak ada ruang, menggelembung sangat ekekekek
So malam nih aku ke masjid macam biasa walaupun dinding masih terlopong, tapi on the other side. Orang nak masuk rumah pun apalah nak dicuri, mana ada benda berharga, setakat 2 biji laptop jer yang aku rasa worth stealing. Takkan orang nak curi microwave oven, fridge, washing machine, kan? Macamana pun aku kunci jugaklah gate masa ke masjid, biasanya aku biarkan gate terpelangah.
Makan besar malam nih masa jamuan lepas Isyak, agaknya sebab nak cover balik pasal minggu lepas tak ada jamuan sebab AJK tak tahu yang Ustaz akan datang bagi kuliah.
Entah tapi aku rasa macam puas hati dan bersyukur jer harinih, so far tak ada masalah pasal kerja-kerja renovation yang mungkin boleh siap semuanya awal minggu depan. Dan Forex aku pun macam ok jer. Harap-harap akan terus lah berkekalan berperasan macam harinih, happy, bersyukur dan cool aje.