Sunday

Selasa28Ogos2018

Yang best pasal memorex nih, it keeps me awake, alert, dan kepala sentiasa nak kena berfikir. Pagi-pagi lepas Subuh aku tak tidur dah, kalau selalunya tuh punyalah susah nak menahan diri daripada tidur, sekarang nih, balik dari masjid aje aku dah "masuk office". Sekadar memantau jer pergerakan market, so dalam masa yang sama aku boleh buat benda lain, nak membaca apa-apa ker.

Dan aku jadi banyak masa, yang sentiasa aku penuhi, samada ulang alik ke kebun (setakat menyangkul dua tiga hayun ekekeke) atau membersihkan persekitaran rumah, apa-apalah aje yang terlintas di kepala aku.

KN ada message, dia akan mula buat kerja esok pagi. That's good, aku banyak dengar cerita-cerita tak bagus pasal dia so aku harap tak ada lah masalahnya nanti, dah bagi 30% deposit pun ituhari, kan?

Aku ke Pekan Sari Sungai Ruan, tak lama, tak ada apa yang nak dibeli pun, cuma beli lemon, pastuh terus singgah breakfast dan balik. Dan sambung buat kerja kat kebun. Pokok-pokok dah besar dan tinggi panjang, senang jer nak menyorok kat dalam tuh, sesambil check cellphone. Nak buat macaman, aku kan ker Forex Trader?

Sebenarnya tak ada apa sangat dah kerja yang aku nak buat kat kebun, sekarang nih kutip hasil jer, bayam, sawi, kangkung, bendi, timun. Dua tiga hari lagi nak petik jagung pulak. Aku dah malas nak tanam tanaman lain sebab nak menyiram tuh yang jadi problem, air tak kuat, terpaksa guna tong penyiram. Benih pun dah nak habis, aku tak nak beli benih dah, nak biarkan tanaman aku hasilkan benih aje lah.

Aku tak ada lah puas hati sangat dengan projek tanaman aku, kawasannya tak luas mana pun dan aku tak memberikan sepenuh perhatian pun pada kebun, sekadar buat syarat aje. Tak macam dulu masa temankan Mak, a few years back, masa tuh aku betul-betul boleh dipanggil pekebun. Dalam ramai-ramai adik beradik aku, aku sorang jer yang ikut jejak langkah arwah Pak, suka berkebun. Yang lain tuh, kecuali Long, pegang cangkul pun tak pernah. Arwah Pak dulu memang legend lah bab menanam kacang tanah harimau, jugak tanam jagung dan kobis. Then kobis-kobis kena curi. Selalu masa tengah menyangkul tuh aku terfikir yang aku nih mewarisi hobi arwah Pak, aku perasan tuh, orang lain tak, kot? 

Dari sepetang ke sepetang aku cadang nak berfatbike keliling kampung macam dulu tapi siap aje menyiram tanaman, aku masuk rumah  memorex. Masa European session banyak news dan data-data yang keluar, yang mempengaruhi pergerakan currencies. Aku dah trade pairs lain jugak, tak USD/JPY aje, dan aku dah banyakkan lot aku, instead of 0.001 lot per position sekarang aku dah berani beli atau jual 0.005 lot, maklumlah modal aku dah lebih dari double untungnya so my purchase power dah jadi besar.

Sekarang nih setiap lepas Maghrib aku akan on kan cellphone, aku nak check positions aku. Too bad connection lembab bila kat dalam masjid, tapi tak apa, aku tak buat transaction, aku just monitor. Tadi, ada WA masuk, dari one of the Managers kat Royale Chulan Cherating, tanya aku kalau-kalau aku nak kerja sebagai Site Engineer dengan satu company yang nak buat hotel kat Cherating. Bila aku kata aku tak nak kerja dah, dia kata aku tak mempergunakan ilmu yang ada, aku membazir kepandaian etc, macam-macam jugaklah dia sindir aku. Last-last aku kata yang aku akan consider kalau kerja tuh sebagai Resident Engineer, kerja dengan Consultant. Budak baru grad bolehlah kerja dengan Contractor, sebagai Site Engineer. Dan aku bukan baru grad.

Since malam ini tak ada majlis, tak ada jamuan, aku terpaksa makan kat luar. Nasib baik kedai Redha Jer Lah bukak, aku nak cuba makan kat situ, belum pernah lagi aku ke kedai tuh waktu malam. Sabar dan redha jer lah, walaupun cuma ada sorang pelanggan lain, tapi roti sardin yang aku pesan punyalah lama nak disiapkan.