Pagi ini awal lagi aku dah ke kebun, sekarang nih macam dah terbiasa aku ke kebun dulu sebelum fikir pasal breakfast. Siap menyiram barulah aku pergi minum. Balik aje dari kedai, ada kereta masuk kawasan rumah, rupanya pekerja dah sampai. One Indon dan 3 Malaysians, orang Utara. Tak lama tuh KN datang, kenalkan diri masing-masing, sembang sesikit then teruslah diaorang mula kerja, menanggalkan papan dinding.
Kebanyakan papan tuh masih elok, so one of them workers tanya aku kalau-kalau aku nak kan papan dan kayu tuh, aku kata yang aku tak nak so dia kata dia nak ambik untuk buat reban ayam kat rumah dia.
Tak lama tuh lori datang, sarat dengan papan etc, cukup for the whole parts yang nak direplaced. Kalau tengok cara diaorang kerja, dalam seseminggu boleh siap kot, hopefully. Aku sebagai tuan rumah, sediakan minuman, dan hidangkan kuih raya. Then sembang-sembang sikit.
"Duduk sorang jer ker? Hebat, duduk sorang rumah besar gini", kata one of them.
"Ini rumah Mak saya, saya menumpang jer, saya tak ada apa satu pun", aku jawab gitu.
Aku teruskan kerja di kebun sebab tak nak lah diaorang fikir yang aku nih jenis yang cuma tidur makan dan lepak aje orangnya.
By noon aku masuk rumah, dah selesai kerja for the morning, so masa untuk memorex lah pulak. Laaaa, rupanya diaorang matikan power sebab dinding dah dicabut, so tak ada electricity lah sampai diaorang habis kerja. Tension gila aku tak dapat nak bukak laptop, cuma harapkan cellphones dan tab aje. Tak puas lah. Dah lah panas sebab tak boleh nak on kan kipas, so memerap kat dapur jer lah aku sesambil menghitung detik bila akan ada electricity semula. Nak tidur pun tak boleh sebab panas, pendek kata memang sengsara hidup aku hari nih.
KN datang lagi petang nih, tanya pasal extra works yang Ida suruh dia buat ituhari. Masa Ida kasi duit deposit kat KN ituhari, ada Ida sama Mak beritahu KN yang kat kolah dan tempat letak barang kat bilik air tuh nak dipasang tiles. Aku bukan tak setuju tapi aku kata, siapkan major renovation tuh dulu, lain-lain kerja tambahan, itu discuss lain masa, aku nak tengok dulu prestasi kerja.
So itu yang KN tanya aku tuh, pasal extra works tuh. Terus aku kata yang tak confirm lagi, gayanya macam tak jadi, aku kata gitu. Truth is, aku tak nak suruh KN buat sebab kalau suruh dia, dia pun akan suruh those pekerja tuh buat, dia akan charge gila-gila nanti tuh. Aku nak merisik khabar berapa sebenarnya yang KN sub kan kat group pekerja tuh.
Agaknya sebab kuat bunyi lentung lentang pekerja buat kerja, ada lah a few orang kampung yang singgah bersembang. Dan dari one of them baru aku tahu yang KN tuh sebenarnya Tok Empat kampung nih, baru dilantik dalam sesetahun lepas. Laaa, aku tak tahu pun. Muda nya Tok Empat zaman sekarang nih.
"Jangan buat baik sangat dengan diaorang nih. Diaorang nig tak tahu "kedudukan" diaorang", KN pesan kat aku masa dia datang petang sebelum pekerja tuh balik. Aku rasa macam pelik aje mendengarnya, ker sebab dia nampak yang ada meja yang ada satu jug iced lemon tea dan balang-balang kuih? Laaa, tak kan itu pun tak boleh?
Since rumah terlopong lepas dibuka dindingnya, aku jadi serba salah samada nak ke masjid atau pun tidak. Seingat aku, aku tak pernah tak ke masjid waktu malam, so aku rasa guilty sesangat terpaksa tak ke masjid sebab nak jaga rumah. Terasa macam lebih pentingkan rumah dari sembahyang berjemaah. Then again tak kan aku nak tinggalkan rumah terlopong gitu? Malam nih ada mengaji pulak kat masjid.
Makan maggi jer lah akhirnya malam nih. Saspen gila nak tidur dengan keadaan rumah yang terdedah macam tuh, a few times aku terjaga.