Thursday

Ahad2September2018

Puas aku menunggu pekerja 4 orang tuh, sejak awal pagi aku dikebun. Tapi diaorang tak datang-datang jugak. So aku pergi breakfast dulu lah, pintu depan aku tak kunci, takut nanti diaorang blah pulak kalau pintu dikunci dan aku tak ada. Since diaorang ada bekerja kat rumah nih, aku kalau nak ke mana-mana, memang tak kunci pintu-pintu, dan diaorang bebas keluar masuk. Mula-mula dulu aku cuak jugak tapi lama kelamaan ok jer.

Aku tapau mee goreng ayam untuk diaorang, siap ada telur mata kerbau lagi. Sajalah, harinih Sunday, biar diaorang happy sikit, aku tak rasa beban kasi diaorang makan setiap hari, berapa hari lah sangat, kan?

Elok aje aku belok ke simpang nak ke rumah, ternampak ekor Jeep KN menghala ke rumah kitaorang. Ah sudah, sure dia tak suka aku bawak makanan untuk pekerja dia tuh, kata aku dalam hati. Nak buat macamana nih, aku fikir gitu sambil terus berkayuh. Aku tak nak lah isu makanan nih jadi besar, so aku berhentikan basikal then aku masuk ke ladang kelapa sawit neighbour aku, aku sorok bungkusan makanan kat situ, gantung kat pelepah kelapa sawit. Then aku jenguk-jenguk hala ke rumah, tak nampak pun gaya macam pekerja ada, yang aku nampak, KN tengah mengintai dari tingkap. So aku mengintai dia yang cuba mengintai aku.

"Diaorang tak datang ker, apasal diaorang tak beritahu?", aku tanya KN bila aku sampai depan rumah. Pelik jugak aku bila KN pun tak tahu yang pekerja dia tak datang tapi dia kata yang mungkin sebab Sunday kot itu pasal diaorang tak datang kerja, so aku percayalah explanation dia tuh.

Lama pulak KN bersembang, aku tak ajak masuk rumah pun sebab nanti kalau diajak sembang dalam rumah, lama lah pulak. Aku layan-layan gitu aje lah, then mintak diri nak ke kebun. Aku tak perasan pun dia ikut jugak ke kebun.

"Awak nih jenis orang yang rajin, betul-betul rajin", KN kata gitu lepas tour tengok tanaman aku.

"Habis, aku nak buat apa lagi? Ini jer lah kerja aku, main-main jer nih", aku jawab gitu.

"KN ada di rumah awak ker, cadangnya nak ke sana tapi nampak ada Jeep dia, tak jadi lah", MN WA aku. Pelik diaorang nih, adik beradik tuh.

Sakan KN suruh aku ambik gambar dia yang pura-pura menyangkul, berkebun. Banyak benda yang buat aku pelik, dia kan ker orang kampung jugak, tak kan tak pernah pegang cangkul. Kalau orang KL tuh for example, tak adalah aku rasa weird sangat. Keduanya, dia tuh kan ker Tok Empat? Tapi perangainya macam perangai budak Darjah Empat.

"Awak tak nak ikut aku, jom ikut aku ke Temerloh", dia kata gitu. Laaaa, dia nih macam nak berkawan dengan aku tapi aku pulak tak nak. Dengan Tok Empat yang dulu, aku pernahh keluar minum nun sampai kat Raub, sebab aku suka Tok Empat tuh, berwibawa etc.

Nasib baik aku dapat idea, aku kata, "Tak boleh lah, kau tau lah kan yang aku nih hari minggu jer lah aku boleh buat kerja banyak sikit kat kebun. Hari-hari biasa tuh aku layan Forex, itu yang aku selalu lepak kat rumah, ke kebun pun sekejap-sekejap gitu jer".

"Bila awak nak ajar aku Trading?", KN tanya gitu. Dah banyak kali dah dia tanya aku pasal Forex, Bitcoins, pasal Trading in general. Tapi, dari pengamatan aku, he has no knowledge pun pasal Trading kat internet guna Broker nih, or even direct Trading macam yang aku buat. Aku tak layan pun, aku selalu bukak topic lain bila dia tanya pasal Trading. Bukan sebab dia dulu setakat belajar kat sekolah Vocational jer sebab tuh aku tak layan tuh, bukan! Tapi sebab dia orang kaya, banyak harta dan duit, nak trade nih kena ada knowledge, tak nanti orang akan jadi tamak, last-last lingkup.

Mulanya cadang nak ke rumah Chu nak kasi mee goreng tuh, bolehlah dia kasi kat sapa-sapa, tapi bila difikirkan yang nanti akan banyak timbul cerita yang ditambah sesedap rasa, aku patah balik, aku ke rumah Makcik Esah, kawan Mak, jiran kitaorang. Senang sikit tak payah nak explain panjang lebar, just beritahu yang pekerja tak datang so ambiklah makanan yang dah terbeli nih. Lagipun aku memang nak ke rumah dia, dia nak kasi anak pokok belimbing buluh. Aku memang nak tanam belimbing buluh, kitaorang cuma ada sepokok jer. Aku dah reti nak proses buat belimbing hitam untuk buat sambal hitam, so memang patut aku tanam lebih banyak belimbing buluh.

Aku hulur dia RM 50 sebab cadangnya nak ambik banyak tapi dia berkeras tak nak ambik, dia kata yang dia nak aku tanam so that InsyaAllah dapatlah jugak dia pahala yang berterusan nanti. Exactly apa yang aku fikir, aku ada kasi orang anak pokok petai hybrid, dengan harapan yang sama, manalah tahu kalau-kalau pokok tuh tumbuh subur dan berpanjangan hidupnya, dapatlah aku tempias pahala, kan? Iyalah, orang yang banyak dosanya macam aku nih, kena lah cari cara-cara untuk dapat ganjaran baik Tuhan yang berterusan dan berpanjangan.

Well, aku nak ambik banyak tuh sebab aku fikir, aku nih, kalau tanam 10 pokok, yang hidupnya mungkin sepokok dua aje. And so aku ambik 2 pokok, dan 1 pokok Markisa. And since aku masih ada sepokok petai hybrid yang tak ditanam-tanam, tak dipindahkan ke tanah (masihlah dalam polybag tuh), aku pun kasi kat Makcik Esah, dengan harapan agar subur dan berhasillah pokok tuh nanti. Supaya aku pun dapat hasil jugak, dalam bentuk lain. Aamin.

Seronoklah aku di rumah sorang-sorang, now I have the whole house to myself again, aku kata dalam hati. Kera sumbang macam aku nih memang lah fikir gitu kan? 4 hari pekerja ada kat rumah, tak terperi-peri lah kerimasan yang aku tanggung, and I keep asking when is this going to end? So the whole day aku online, guna cellphone, laptop dan tab, so banyak lah aku surf sana sini, bukak Youtube etc. Memang productive, tak sabar nak tunggu awal pagi esok so boleh memorex.

Aku baru siap mandi, nak bersiap untuk ke masjid for Maghrib bila MN datang, terus dia kata, "aku nak pinjam duit sesikit kalau awak ada, anak aku sakit, esok nak ke KL nak pergi melawat".

Tak sempat aku nak kata dan fikir apa-apa, terus aku bukak wallet, kasi dia some money. "Kalau awak ada" tuh yang buat aku kasi tuh sebab memang ada sangatlah jumlah yang dia mintak tuh. Bila dia balik, dan sepanjang masa sebelum Maghrib, on my way ke masjid pun aku terus fikir, I don't get these people, tahu aku tak kerja, pun nak pinjam duit dari aku. Mengapa tak pinjam dari adik beradik yang kaya raya tuh? Lagipun, dia kan ker berjualan, mengapa berjual cuma sehari di Pekan SarĂ®i aje? Lagi satu, kan ke dulu ada cerita yang Pak Mertua dia nak jual tanah dekat setengah juta Ringgit, apa pasal nak pinjam dari aku yang tak ada harta, tak kerja, tak ada prospek nih? 


Bukanlah aku kedekut sangat tapi this whole thing macam tak masuk akal. Letih memikirkan pasal tuh, aku redha jer lah, aku asyik memikirkan pulak yang aku nih, orang nak pinjam duit pun beria sangat fikirnya. Entah-entah esok lusa aku mati, kan?


Nama pun Tazkirah, masa intro tuh Ustaz Muda Pusat Serenti tuh tanya, "Apa macam Tuan-tuan, Puan-puan etc.... Hari ni ada dak buat Tahajjud? Hari ni ada tak buat Dhuha? Ada dak bersedekah, ada dak belanja orang makan, ada dak bagi orang pinjam duit?"

Ya Rabbi berdentum dentam airmata aku keluar. Aku pulak duduk menyandar kat tiang, baru nak join orang lain yang semuanya bersandar ke dinding. So aku keluar sambill tekup mulut, hidung, kononnya nak pergi hembus hingus ekekekekke

Bagus Ustaz tuh (bukan bermakna Ustaz lain tak bagus), dia selalu mengingatkan kitaorang benda-benda dan amalan-amalan yang kena dipraktiskan setiap hari, yang kena dibuat, paling minimal pun 2 rakaat Tahajjud, 2 rakaat Dhuha, baca 10 ayat Quran, berzikir, bersedekah etc. Ada ayat-ayat dia yang buat aku rasa macam nak hug dia, just to show my appreciation sebab mengingatkan aku untuk sentiasa istiqomah dalam berbuat apa-apa amalan dan benda yang baik-baik.

"Senang jer, mulai esok, setiap kali datang masjid, sebelum solat sunat TahiyatulMasjid, masukkan duit seringgit dalam Tabung masjid, tak payah banyak, seringgit jer, lepas tuh barulah solat. Lepas tuh doa, mintaklah apa-apa pada Tuhan. Buat gitu hari-hari"

Ok, aku nak buat gitu mulai esok.