Friday

Rabu17Oktober2018

Macam semalam jugak, pagi nih aku ke kebun dulu sebelum breakfast. Dapatlah habiskan tanam kacang tanah kat in between pokok jagung. So jadi macam bersih aje kebun aku kat mana kawasan yang dah ada tanaman. Kawasan lain tuh, masih semak samun, bila dah siap menanam nanti, bila dah tak ada benih yang nak ditanam, bila dah tak ada kerja bersangkutan penanaman, barulah aku nak mula bersihkan semak samun tuh semua. 

Aku minum kat kedai Ameno jer sebab itu gerai terdekat, aku tak nak buang masa sangat sementelah kerajinan aku tengah membuak-buak nih. Aku tak berapa kenal gerombolan yang selalu bertenggek kat gerai tuh so aku tak ada lah tegur sesiapa pun, dan tak ada sesiapa pun yang tegur aku. 

Keletihan, lepas Zohor aku tidur. Aku tak berapa suka tidur lepas Zohor benarnya sebab walaupun cuma sesejam, tapi itu dah cukup buatkan aku susah nak tidur malam nanti. Lepas Asar aku cuma dapat kopek segenggam jer kacang harimau sebab aku rasa macam nak berfatbike jer, and so dapatlah jugak aku keluarkan peluh walaupun setitik dua cuma. Singgah kedai Omar untuk beli makanan buat sahur awal pagi esok. 

Malam nih tak ada mengaji sebab ada Kuliah Maghrib bab zakat dari pegawai ugama Pusat Zakat Raub. Syukur lah sebab dalam masa singkat tuh dia dapat cover semua perkara penting tentang zakat, aku rasa aku nak ke Pejabat Zakat tuh nanti, nak dapatkan details dan cara mana nak kira agak-agak zakat pendapatan tertunggak aku, iyalah kan, zaman dulu-dulu mana ada istilah zakat pendapatan, kan? Ker ada tapi aku yang tak ambik tahu? Entahlah, ini aku cerita zaman-zaman sebelum aku ke US dulu tuh.

Jadi lambat aku tidur malam nih sebab memorex, aku closed kan a few of my entries, yang untung, yang rugi, aku tinggalkan cuma 5 positions setiap account, pairs USD/JPY, EUR/USD, GBP/USD, GBP/JPY, EUR/JPY. So basically akaun aku dah menurun balance nya daripada amount malam semalam, tapi tak apa, at least aku tak payah nak risau langsung pasal akaun tuh walaupun prices go way way off dari what I anticipate.

Thursday

Selasa16Oktober2018

Sebelum ke Pekan Sari Sungai Ruan, aku ke kebun dulu sambung kerja-kerja semalam, buat apa yang patut. Terralit pulak buat kerja, dekat pukul 9 baru aku pergi. Singgah gerai lemang tapi tak ada pulak jual rendang, nak makan dengan apa, so tak beli lah. Tapi at least dapat jugak aku tegur suami Akak tuh, tak ada rasa awkward pun.

Syukur aku tak beli apa satu pun walaupun cadangnya nak beli sotong, udang etc hajatnya nak memasak minggu nih. So aku breakfast aje lah, kat gerai depan Pusat Serenti, tak ada pun pegawai Pusat tuh yang melepak situ, mungkin sebab dah lewat for breakfast kot. Then aku ternampak Mamat yang meracun rumput kat tanah kitaorang dulu tuh, datang nak makan. Aku buat-buat tak perasan, aku makan sambil tunduk, dengan harapan dia tak perasan keujudan aku. Tapi, dia nampak jugak, walaupun aku duduk kat ceruk belakang kedai, so makan sekali dengan dia lah. Terfikir jugak aku, dia nih, kerja gitu-gitu jer, janganlah bazir duit makan kat kedai. Bini kan ada? Tapi at the same time aku terfikir jugak yang aku lebih teruk dari dia, income tak ada, makan kat luar hari-hari.

Ke kedai peralatan pertanian, beli 3 guni tanah hitam. Balik dari Pekan Sari, teruslah sambung buat kerja, sentuh sana sikit, sini sikit, kopek kacang, isikan polybags dengan sabut etc. Banyak kerja nih, kata aku dalam hati. Apasal dulu aku tak terfikir nak buat semua nih, tanya hati aku. Itupun nasib baik hujan selalu turun dan aku tak payah nak menyiram tanaman, tak kalu, lagilah banyak kerja. Itu yang dekat pukul 12 baru aku berhenti. Prodaktif gila pagi nih.

Lepas Zohor terpaksa mengopek kacang sebab kawasan untuk ditanam dah ready tapi benih belum sedia. Kali ini aku tanam rapat-rapat, biasanya dalam satu lubang ditanam 3 bijik aje (kalau ikut Mak punya style lagi teruk, 2 bijik selubang, dan ditanam jarang-jarang). Aku buat alur yang panjang then aku tabur jer benih, at least 4 atau 5 kali ganda dari biasa. Cuma space in between jalur tuh aku jarakkan sebab aku nak kambus nanti tuh.

Lepas Asar aku berfatbike dalam sejam, itupun sebab gaya macam nak hujan, kalau tak tuh boleh lama sikit. Aku rasa macam best jer mengenangkan yang dalam sesehari dua nih macam ada peningkatan dalam hidup aku, peningkatan dalam segala segi. 

Kuliah Maghrib yang malam ini, by Ustaz Sekolah Sains tuh, diselang seli kan dah sekarang nih, minggu nih terjemahan hadis. 

Gaya-gaya nya macam aku dapat selesaikan masalah ketandusan profits Forex accounts aku. Sedikit demi sedikit aku kumpul, walaupun secara generalnya banyak positions aku yang masih tak untung. Dua tiga minggu kebelakangan nih memang nasib kurang menyebelahi aku, aku rasa since aku split my accounts into 2, aku jadi lebih hati-hati dan takut. Macamana pun malam nih aku dah berjaya jadikan both accounts tuh untung, esok lusa aku nak cut loss a few positions, just nak make sure yang aku tak carry forward negative entries. 

Account ETH aku dah jadi 1.780 801 dan BCH dah naik ke 0.655 084, ada peningkatan walaupun slow. Dah capai target nak dapatkan at least 20 - 30 % profits a month pun dah benarnya cuma aku yang tamak, tetap tak puas hati. 


Tuesday

Isnin15Oktober2018

Tersedar pukul 4 tadi, terus aku bangun. Kalau layan melepak sesambil tunggu alarm berbunyi pukul 4 setengah, selalunya aku akan bolos terus sampai Subuh. So it was a good start lah. Tak ada lah tergesa-gesa pun, semuanya rileks and steady aje. 

Since tadi bangun awal, pagi nih aku tidur sekejap, dalam sesejam, bangun tuh baru rasa fresh untuk ke kebun. Aku ingat yang bulan Puasa lepas aku sikit pun tak jejakkan kaki ke kebun, masa tuh belum ada kebun pun, belum diterokai. So aku macam kena hati-hati sikit, takut nanti aku akan jadikan alasan berkebun tuh yang membuatkan aku terberbuka puasa. 

Aku cabut kacang tanah kesemuanya, so habislah sudah riwayat kacang harimau aku. Yang baru ditanam tuh pun baru memunculkan diri di permukaan tanah, dalam 3 empat bulan lagi barulah dapat hasil. Itu jer lah kerja aku harinih, lepas tuh bersih dan jemur, semuanya, tak ada pun aku berkeinginan untuk rebus. Tak apa lah, aku dah rasa kesedapan kacang tuh so aku nak tanam biar banyak, biar ramai yang dapat merasainya nanti, InsyaAllah.

Tak ada buat apa sangat pun lah the rest of the day, memorex, tidur, baca buku, itu jer yang aku ulang-ulang lepas Zohor dan Asar. "Senang" nya puasa kali ini, sikit pun tak terlintas nak makan minum. Biasanya tak dan 2 tiga jam mulalah aku cari excuse. Biasanya kalau tengok botol-botol contact lens punya solution pun rasa macam sedap jer, kalau olive oil taruk ice pun macam menggiurkan. Tapi kali ini sikit pun tak terfikir untuk berbuka. 

And so aku berbuka dengan freshly pressed mint flavored watermelon juice (exotic nya nama ekekeke), berbuka dalam kereta jer sebab kalau nak berbuka kat rumah, tak sempat. Isnin malam Selasa, lepas aje azan terus sembahyang sebab lepas tuh ada sessi mengaji. 

Lama lah pulak mengaji nya malam nih, aku kelaparan. Jamuannya pulak nasi + tomyam, aku nak bertambah tapi segan, so lepas makan tuh cepat-cepat aku ke kedai, cadangnya nak beli burger. Tak bukak lah pulak gerai burger, so aku ke kedai Redha Jer Lah, order roti planta. Again, aku tengok jer tokay tuh buat roti, dicolek planta ke roti tuh satu persatu, macam orang letak keratan ceri kat kuih semperit, satu persatu, dengan penuh hati-hati. Dia nih menguji kesabaran aku ker apa nih, tanya aku dalam hati. 

Since Forex market pun slow, awal aku tidur, aku rasa happy sebab berjaya buat puasa sunat, kalau macam nih, Khamis nih nak puasa lagi lah. 


Ahad14Oktober2018

Cuaca mendung jer pagi nih, itu yang membuatkan aku bersemangat untuk berkebun, awal pagi lagi aku dah tercegat di kebun. Since tanah lembik sebab hujan lebat Jumaat lepas, nothing much yang aku boleh buat pun so aku menggaul dan mengisi bancuhan sabut, tanah baja Siam dan tanah hitam ke dalam polybags. 

Habis ketiga-tiga guni tanah hitam, Selasa nih kena beli lagi 3 guni, ayaaa, duit lagi. Then pindahkan semua polybags tuh ke kebun, proses seterusnya nanti, dicampur dengan tanah, tapi itu kena buat lain kali lah, bila tanah dah agak kering. Slow and steady jer aku buat kerja tapi bilangan polybags yang dah berisi semua campuran tuh semakin bertambah. Aku masih debating nak tanam apa kat dalam polybags tuh, samada nak tanam kacang harimau atau sayuran lain macam kacang panjang, timun etc. Besar kemungkinan aku tanam kacang harimau, tapi, kena tunggu semua siaplah sebab kalau tanam sikit-sikit, nanti jadi confused bila time nak mencabut. Kena tanam sekali harung. 

Nasib baik kedai sebelah masjid tuh tak bukak harinih so dapatlah aku bertukar selera makan kat tempat lain. Tak kalu, ke situ aje lah aku pergi, loyal sungguh aku nih. Aku ke kedai Redha Jer Lah, aku sorang jer kat situ, order nasi ayam. Aku peratikan aje tokay tuh menyediakan nasi ayam aku, punyalah lambat, dibuat nya satu-satu. Aku tak faham, apa sebab lambat sangat tuh? Dia bukannya janda, kalau janda tuh aku boleh faham lah kan, nak control ayu, nak kasi customers usik dengan komen-komen yang akhirnya melarat berbaur kelucahan. Seriously, aku rasa macam nak slow talk dengan tokay tuh, nak menyedarkan diri dia yang tak sedar lagi tuh. One of these days, katalah aku makan kat situ lagi, dan bersembang dengan tokay tuh, aku nak tanya dia, macamana bisnes dia, sure dia akan mengeluh kata yang bisnes dia slow, ha, masa tuh baru lah aku nak tanya dia, "nak tau dak apa pasal bisnes Cik, slow?"


Aku keluar aje dari gate untuk ke masjid, terserempak dengan MH yang nak mintak anak pokok pisang kat area rumah kitaorang. Rasa awkward gitu sebab, iyalah, nak masuk waktu Asar. Aku fikir, rajin nya lah MH nih, apa lagi yang dia nak, tanah berbelas ekar, projek tanaman itu ini semua dibuatnya, duit pencen (dia pencen awal daripada Navy) pun ada. 


Dan kalaulah aku jadi dia, tentu aku fikir, apa nak jadi lah aku nih, orang lain sibuk ke masjid, aku masih sibuk buat hal berkebun.

Since aku nak ke masjid, aku suruh aje lah dia ambik apa-apa yang dia nak. 

Aku berbasikal keliling kampung petang nih, lama gila aku tak buat gitu. Weekdays memang tak boleh dah sebab aku akan sentiasa gunakan alasan nak memorex itu lah. Weekends jer yang boleh, so aku pulun kayuh laju-laju, dapatlah dalam sejam. Itu pun sebab gaya macam nak hujan. Aku tak terus masuk rumah lepas tuh, takut insiden getaran jiwa jadi lagi, so aku sambung kopek kacang tanah kat shed. 

Malam nih tak ke masjid. Sebab aku ke surau. Ada mengaji. Tak ada pulak AN so tak ada lah kawan untuk diajak makan lepas mengaji. Kat surau memang tak ada jamuan, itu yang aku terfikir untuk bawak makanan, tapi hari Ahad malam Isnin aje lah, hari yang aku datang surau. Tapi, kalau nak bawak makanan, kena lah bawak setiap minggu, tak boleh lah one off gitu sebab nanti jemaah mungkin akan expect yang ada makanan setiap minggu, kan? Masalah kedua, nak suruh siapa sediakan makanan? Malas rasanya nak suruh Chu buat sebab nanti ramai orang tahu, iyalah kan, Chu tuh "ramah" orangnya ekekekekeke Tengoklah macamana, minggu depan kalau aku ingat, mungkin aku nak cuba-cuba suruh Chu buat makanan, then suruh orang lain pulak. Ada lebihkurang 20 orang jemaah, aku sempat bilang.

Aku nak masuk kereta, ternampak MH, rupanya dia ke masjid cari aku, nak ajak makan kat Sungai Ruan, nak belanja sebab kasi anak pisang kat dia. Dan dia kata ada orang order 100 pokok anak pisang lagi, so aku suruh aje lah dia ambik kat depan rumah kitaorang tuh.

Lepas MH hantar aku ke kereta, aku buat-buat macam nak terus balik, bila dia dah hilang dari pandangan aku, aku ke kedai Omar, tapau nasi goreng ayam, untuk Sahur. Nak cuba Puasa lah esok, aku tak pernah dapat buat Puasa sunat, sokmo nya separuh hari, tapi kali ini aku nak kuat kan iman, tengoklah how it goes. 

Monday

Sabtu13Oktober2018

Awal aku ke Pekan Sari harinih sebab Chu ada talipun suruh jemput dia, "nak beli barang untuk memasak awak nak buat makan malam karang tu lah", itu alasan Chu. Nak beli peralatan untuk jamuan malam nanti. So, Driving Miss Daisy lah aku pagi nih. 

Kuih sedap kat gerai MN macam minggu lepas tuh tak ada, so aku beli apam balik aje lah nak kasi kat Makcik-Makcik yang bersila berniaga di persekitaran tempat sedara aku tuh berjualan. 

"Buat mende bagi korang, bagi ke Kak je lah semuanya", kata sedara aku bila aku suruh dia agih-agihkan apam balik tuh. Lupa pulak yang sedara aku nih "gitu" orangnya so aku kasi satu sorang apam balik tuh, then bila tinggal 2 keping, baru lah aku kasi kat sedara aku tuh, sambil gelak-gelak, aku kata, "Nah, ambik semua".

Belanja Chu makan nasi kerabu, aku tak makan sebab kenyang makan apam balik. Bezanya cara orang perempuan nih kan, well, at least Chu. Nasi dia tak habis, dia bungkus elok-elok untuk dibawak balik. Kalau aku, aku biar kan aje, tak kuasa lah nak bungkus bawak balik, bukannya aku akan makan pun nanti tuh. 

"Mengapa bagi ke orang tu?", aku tanya Chu bila lepas dia beli ikan talapia, dia kasi ikan tuh kat perempuan jual lemang. 

"Chu memang selalu bagi deme nya ikan, minggu lepas Chu bagi juga", kata Chu lagi.

Oooo patutlah Chu selalu beli ikan, aku tak pernah tanya pun sebab aku ingatkan anak-anak Chu ada nak balik so itu yang Chu beli ikan tuh. Makna nya Chu bersedekah lah kat orang yang jual lemang tuh, dia ada anak istimewa (OKU). Baik orang nya Chu nih. Baik dari aku ekekekeke


"Laki dia lah yang langgar arwah Pak, kan?", aku tanya Chu sebab aku tak berapa sure, kalau diikutkan "description", memang sah lah suami perempuan tuh. 


"Iyaaaaa....", kata Chu, as if aku dah tanya soalan yang sama banyak kali. Jawapan macam tuh hanya untuk soalan sama yang ditanya banyak kali. Tapi kalau ditanya cuma sekali, memadai dijawab "ha'ah" aje.

Sebab, dengan jawapan sedemikian, seolah-olah penanya mempunyia dendam kesumat, atau penanya masih marah dengan pelaku yang menyebabkan kematian ayah penanya. Sedangkan penanya sedikit pun tidak mempunyai perasan sebegitu, malah penanya sering dilihat membeli lemang isteri pelaku di Pekan Sari Sungai Ruan terutamanya, malah penanya pernah membeli beberapa batang lemang sewaktu Hari Raya yang lalu. Dengan kata lain, penanya hanya inginkan kepastian, itu sahaja. Penanya tidak langsung mempunyai motif lain. Dan penanya juga sedar yang penanya pernah bertemu  pelaku tapi disebabkan penanya tidak mengetahui cerita sebenar, tiada reaksi apa-apa yang penanya tunjukkan, cuma nya pelaku yang kelihatan resah bila mata pelaku bertentang dengan mata penanya. Penanya sedar yang how menderita pelaku is, sebab pelaku mungkin sentiasa terbayang-bayang kejadian yang berlaku 6 tahun yang lepas itu for the rest of his life. 

Lepas hantar Chu balik, aku terus ke kebun, nak pulun buat kerja kononnya, iyalah kan, weekends memang aku bersemangat sikit sebab tak payah nak fikir pasal Forex, so aku boleh concentrate sepenuh tenaga aku untuk berkebun. Aku tak perasan pun yang Long ada balik, aku rasa aku dapat banyak collect points tadi tuh, mana tak nya, aku tengah bertungkus lumus memanoeuvrekan wheelbarrow yang berat penuh berisi polybags yang dah siap diisikan dengan tanah, masa tu lah Long hon aku. 

Syukur Long memesin rumput kat sekeliling rumah, dan aku, since Long ada, jadi bertambah rajin. Lepas mengisi tanah yang dapat tak seberapa polybags pun aku membersihkan in between pokok jagung, dan aku tanamkan kacang tanah kat situ. Walaupun tak siap kerja nya tapi aku puas hati, dah nampak macam terang bersih sikit kebun aku. Esok-esok aku boleh sambung. 

Lepas Asar ada khenduri Doa Selamat, aku ikut pergi sebab rumah nya tak jauh dari masjid. So lambat lah sikit balik nya. Aku nak masuk gate, aku perasan ayam-ayam jiran tengah berpesta mematuk makanan kat tempat aku tanam benih kacang pagi tadi. Aku tak buat barrier ker, pagar ker sekeliling kawasan tuh (cuma ada rentangan tali rapia untuk halau dan takutkan vavi) sebab aku tak expect ayam jiran akan tertahu yang aku ada tanam kacang tanah kat situ. Sesehari dua nih memang tak nampak pun muka diaorang menguis, mengais kat kebun aku, so sapa yang beritahu diaorang? So teruslah aku ambik plastik hitam dan ikatkan ke seluruhan kawasan.Tak boleh langsung aku nak senang sikit, ada jer benda yang datang mengganggu ketenteraman aku.

Sesambil meround menengok kalau-kalau ada kawasan lain dicerobohi musuh, aku terpandang 2 bijik tembikai yang aku ingatkan dah berhenti membesar ituhari lantaran sentapz sebab tak disiram, rupanya diaorang dah membesar dan sedia untuk disunting. So dengan bangganya aku mengelek 2 bijik tembikai tuh masuk ke rumah.

Awal aku ke rumahChu, just nak pastikan proses penyediaan  berjalan lancar. Aku bawak seguni pisang yang Long tebang pagi tadi. Laaaaa, rupanya Chu sub kan kat orang untuk buat nasi goreng ayam. Chu cuma buat bubur durian, kuih, pulut panggang dan goreng telur 2 papan. Elok jer nak ke masjid, BFF Chu datang, since masih awal, itu yang Chu layan bersembang tuh. Aku tunggu dalam kereta, sesambil tuh meratah telur goreng dan makan kuih yang aku seluk satu persatu dari dalam containers . Tak buat gitu, kemungkinan aku tak sempat nak merasa sebab makanan Chu buat memang sedap, biasanya memang tak pernah cukup.

Seronok belajar Tasauf nih sebab kita boleh relatekan dengan kehidupan kita sehari-hari. Nasib baik aku tak terikut kata-kata a few jemaahs lain yang ajak aku ke surau sebab ada mengaji malam nih, dan malam esok. Alhamdulillah habis makanan yang disediakan, ada yang tapau bubur durian pun sebab itu aje yang tinggal. 

Sunday

Jumaat12Oktober2018

Hujan lebat sejak awal pagi, lepas Subuh dan membawak ke siang hari pun masih hujan tapi cuma rintik-rintik. So tak dapat lah aku ke kebun sedangkan semalam aku punyalah bersemangat nak pulun berkebun hari ini. Memang setiap petang, malam, aku bersemangat gitu, yang aku akan buat lebih banyak kerja esok nya. Tapi bila esok nya tiba, aku jadi malas, aku buat sekadar yang aku nak jer, ikut suka aku. 

Banyak sebenarnya kerja yang aku patut dan boleh buat, cuma masalahnya, aku malas. Tiap-tiap pagi aku memang berperang dengan perasaan, samada nak ke kebun atau tak. Akhirnya aku ke kebun lah jugak, walaupun cuma untuk sekelumit waktu. Kalau boleh aku nak hari-hari aku dipenuhi dengan aktiviti macam masa aku di KL, tak buat apa-apa. Tapi apakan daya, aku duduk di kampung, aku kena lah buat cara orang kampung. Mana boleh buat style duduk di KL. Aik, apa pasal dok cerita pasal KL jer nih? ekekekeke Rasa macam dah lama sangat dah aku ke KL, rupanya baru seminggu lepas aku di sana. Mamposlah nak tunggu akhir Nov, silap-silap akhir Nov aku cepatkan jadi akhir Okt ekekekeke

So aku mengopek kacang aje lah, punyalah boring aku siap bilang lagi kacang yang aku berjaya kopek. Aku dok fikir, dulu tuh aku mula dengan 300 biji benih kacang yang beli kat ebay, dari Thailand. Tapi sekarang nih dah jadi puluhan ribu dah benih, itu tak kira yang aku dah rebus dan kasi kat Long ituhari. 

Tengah ralit berkhayal sesambil mengopek kacang, Mamat Sabut datang hantar sabut kelapa yang aku pesan ituhari, aku order 5 guni tapi dia bawak 10 guni, as if dia tahu yang aku nih akan terima aje berapa banyak guni yang dia hantar sekalipun. Tak apa lah, banyak guni sabut, barulah gaya macam pekebun yang serious kan? 

Tak lama lepas aku masuk rumah (setelah habis shift pagi ekekekeke), sedara aku pulak datang hantar tanah baja Siam. Ha, ini lagi sekor, aku cuma order 30 bags tapi dia bawak 50 bags. Alasan dia, tanah tuh susah nak bawak masuk Malaysia, so might as well ambik semua balance yang ada. 


Now that sabut dah ada, tanah baja dah ada, tanah hitam dah ada, tak adalah dah alasan aku tak nak ke kebun, kan? 


Petang nih lepas Asar, instead of ke kebun, aku mencabut, memotong rumput kat kawasan rumah, ada yang dah paras pinggang dah ketinggiannya, aku guna gunting jer mana yang susah nak dicabut tuh. Long tak balik kot seseminggu dua nih sebab lusa dia dah nak ke Kuantan hantar Mak. Ituhari tak dimesin kan kat kawasan rumah, nak harap kan aku, sorry, wrong department ekekekeke

Malam nih tak ada Kuliah Maghrib, pack dah jadual aku sekarang, hari Jumaat malam Sabtu aje yang free. Tapi ada Tahlil dan Doa Selamat. Dan untuk malam ketiga berturut-turut, makanan tak cukup. Malam nih paling teruk sebab yang sponsor tuh cuma sediakan 2 bags of packed food, manalah cukup Dek Non oi. 

Ada jugak terlintas kat fikiran aku niat, kata-kata jahat yang aku tak layan pun sangat sebab memang jahat pun pemikiran tuh. Aku terfikir, ha, ini lah akibatnya kalau jarang/tak pernah datang masjid. Sekali sekala bila nak sponsor makanan, dah tak tahu samada makanan tuh cukup ker tidak. Keji kan pemikiran aku tuh? Itu yang aku tepis tuh, dia sempat menyelinap masuk kat otak aku sipi-sipi jer ekekekeke


Hari terakhir memorex for the week, tak ada apa sangat yang nak dimonitor, aku masih hold a few losing positions. Seseminggu dua nih memang approach aku lain sikit, kalau dulu, bila aku ada banyak losing positions, aku macam counter attack, aku jadi lebih agressif masuk new positions, itu yang bila market buat correction, aku dapat untung besar. Tapi sekarang, aku dah tak berani nak buat style gitu sebab both accounts aku, margin dia kecik since aku split satu jadi 2 accounts ituhari. Aku punya approach sekarang lebih kepada wait and see. So untungnya tak seberapa, tapi fikiran aku tenang, aku tak monitor my account for a day or two pun tak apa. 

Macam Professional Traders yang lain, aku memang ada Trading Journal, tapi aku punya simple jer. Aku adalah buat rekod pasal my accounts, macam summary gitu lah. Detailed statements memang dapat pun hari-hari, Broker hantar melalui email.





Saturday

Khamis11Oktober2018

Breakfast kat rumah jugak pagi nih, sebab malas nak keluar. Breakfast sama kucing, aku rasa jiran tuanpunya kucing tuh pasrah yang kucing dia dah tak nak balik ke rumah. Aku rasa bersalah jugak sebenarnya tapi nak buat macamana, tak kan aku nak biarkan kucing tuh kelaparan.

Pagi ini memasukkan tanah ke dalam polybags, sambung kerja semalam. Mulanya tuangkan isi polybags semalam tuh ke dalam wheelbarrow, lepas tuh digaul, dicampur tanah. Now, ada satu aje lagi bahan yang aku belum campurkan, tanah baja Siam yang aku order dari sedara aku tuh. So basically dalam satu polybag tuh ada 4 items, tanah, tanah hitam, tanah baja dan sabut kelapa. Tak ada lah berat sangat, compared to kalau taruk tanah aje. Tapi, kalau dibandingkan dengan cara orang buat fertigasi, memang lah berat satu polybag aku tuh sebab diaorang taruk sabut aje kesemuanya dalam satu polybag. Aku tak mampulah nak buat gitu.

Bila bosan, aku selang seli kan dengan buat benda lain, mencabut kacang, meleraikan kacang, cabut rumput sana sini etc. Rasa prodaktif jer hari nih, kalaulah setiap hari aku rajin macam pagi nih, alangkah bestnya. Tapi apakan daya, kerajinan aku cuma datang sekali sekala, bermusim pulak tuh.

Dapat news yang Monday nih tak ada operation mata Mak tuh, cuma ada Doctor punya appointment aje, dan akan diberitahu bila tarikh sebenar nak operate nya. Doctor tuh jugak yang fixed kan date nya kata nak buat operation next Monday, semalam dia talipun Long, tukar schedule pulak.


Aku tengah online bila terdengar orang bagi salam, rupanya Mamat Pakistan yang berjual kain. Aku perasan yang for the last few days, masa Zohor, ada Mamat tuh sembahyang kat masjid, ada gendongan kain pulak tuh. Aku tak expect dia menjaja jalan kaki, ingatkan naik motosikal macam Paki yang lain. Agaknya baru masuk Malaysia kot, muda sangat lagi orangnya, cakap Melayu pun tak reti. Ya Rabbi kesiannya lah aku menengoknya, aku terus aje lah beli kain pelikat satu. 

Masa dia balik, aku intai dari tingkap, rasa nak panggil semula nak beli lagi satu, tapi bila mengenangkan yang tadinya dia ada suruh aku kasi alamat, aku sure yang akan datang dia akan datang lagi. Tak kan dia tak akan datang lagi akan datang nih sebab dia dah dapat seekor "mangsa" kan?

Keletihan kononnya, lepas Zohor aku tidur sekejap. Dan keletihan kononnya jugak, aku tak buat exercise pun petang nih.Keletihan jugaklah menyebabkan aku tak ke kebun pun. Rasanya dah dekat 2 bulan aku tak ke kebun lepas Asar, sejak aku memorex ni lah. 

Chu nak ke masjid jugak malam nih sebab dia ada nak bawak kuih, so jemput dia lah sekejap, dekat setengah jam menunggunya, entah apa lah yang dibuatnya, sabar jer lah kalau nak menunggu orang perempuan. 

Makanan tak cukup lagi masa jamuan tadi, sebab ramai jemaah kot, malam nih ada Kuliah Maghrib. Aku sempat ambik nasi dan kuah aje, nasi memang banyak berlebih tapi lauk pauk habis, tinggal kuah. Aku perasan sangat yang lepas aje sembahyang Isyak, akan ada segerombolan jemaah yang berkejar ke tempat makan, diaorang nih jenis yang ambik lauk sampai tak fikir kat orang lain, menimbun dalam pinggan masing-masing. Memang style gitu gerombolan tuh.


Thursday

Rabu10Oktober2018

Harinih macam bersemangat sikit untuk lebih prodaktif, so awal pagi lagi aku dah breakfast. Buat sandwich lah kononnya tapi macam masin lah pulak sardin tuh walaupun belum ditaruk garam, lagipun sardin tuh made in China, aku fobia kalau nak makan barang-barang perbuatan Cina nih. So aku kasi kat kucing yang asyiklah mengiau-ngiau tapi bila dikasi makan, dia tak nak makan tuh. Macam-macam dah aku kasi, ikan bilis, cheese, susu, takat dijilatnya, lepas tuh mengiau. Tapi bila aku kasi sardin tuh, macam lama jugak dia jilat, so ok lah. So untuk aku, aku buat scrambled eggs jer lah. 

Belum pukul 7 lagi aku dah di kebun, mulanya mancabut a few perdus kacang tanah, sayang rasanya nak cabut semua sebab semakin lama semakin sikit dah yang tinggal. Itu yang aku kuatkan iman, aku tak nak rebus untuk dimakan pun kacang tuh, semuanya aku nak buat benih.

Then menyangkul membersihkan sekeliling pokok jagung. Jagung batch kedua nih lawa-lawa, hijau jer, ada yang dah berputik pun. 2 trays jagung yang aku semai ituhari dah mula cambah so by next week dah boleh dipindahkan ke tanah, ada dalam 200 batang. Dan tadi aku semai lagi dalam 100 bijik. Aku dah dapat idea nih, aku nak tanam jugak kacang tanah in between pokok-pokok jagung, aku nak utilise kan kawasan. Selagi ada kawasan, aku nak tanam, rapat-rapat, biar pun tak ada tempat nak berpijak nanti tuh ekekekeke. 

Semalam masa Kuliah Maghrib, Ustaz tuh ada cerita kisah dia dengan arwah ayah dia yang dapat Anugerah Pertanian or something, ada lah this one Chinese guy, dia pun menang Anugerah jugak. Pekebun-pekebun Melayu yang menang tuh semuanya mengerjakan tanah yang luas, ada yang dalam 10 ekar diusahakan. Tapi, Cina tuh cuma kerjakan seekar jer tanah. Dia tanam jagung kat seekar tanah tuh, semusim dapat dalam RM 20 ribu, dalam setahun dia buat 3 cycles. Aku tak ada lah nak ikut style Cina tuh tapi tanam jagung lah yang paling mudah, asalkan tak ada diganggu kera dan vavi. 

Habis buat kerja di kebun, aku ke bawah shed pulak, menggaul tanah hitam, sabut kelapa dan tanah baja yang ada. Sabut dan tanah baja yang aku order masih belum tiba jugak, tapi tak apa, buat mana yang ada dulu. Dapatlah 15 polybags penuh. Memanglah macam kerja bodoh sebab esok aku kena tuang balik semula semua tuh untuk digaul dengan tanah dan dimasukkan semula ke dalam polybags, tapi sebab aku malas sangat nak menyangkul tanah, so itu yang aku buat mana yang dan dulu, walaupun macam buat dua kali kerja pulak. Tak apa, as long as it makes me happy, aku tak kisah walaupun buat benda bodoh.

Ala, in my life pun selalu aku buat benda-benda bodoh, tapi aku happy jer.

Sepanjang hari cuaca mendung jer tapi tak hujan, ikutkan hati nak aku ke kebun lepas Zohor tapi macam buang tebiat pulak kang sebab aku tak pernah ke kebun pun waktu tengahari. Aku pun tak pasti apa aku buat the rest of the day, tapi apa yang aku tahu, aku sekarang nih spend less and less time online. Walaupun gadgets nya keliling pinggang, 2 laptops, 2 cellphones, tab lagi, dan 3 different service providers, DiGi, Maxis, UMobile, tapi aku setakat tengok gitu-gitu jer, tak ada lah aku nak merempit kat alam maya macam dulu. 

Biasanya malam nih tak ada jamuan walaupun ada Majlis Mengaji, sebab Ustaz nya Imam kampung nih dan tak ramai pun yang datang mengaji, 3 empat orang jer biasanya. Tapi tadi ada orang mintak buat Tahlil jugak lepas Isyak, so ada lah jamuan. Masalahnya, makanan tak cukup, agaknya lah, sebab masa aku ke tempat makan, aku tengok tak ada apa dah kat meja, dan orang lain tengah makan. Since aku memang plan nak makan kat luar malam nih, tak ada lah aku sentapz sebab makanan tak cukup, so ke kedai makan lah aku.Tak cukup dengan mee sup, aku bungkus burger jugak sebijik, nak makan sesambil memorex. 

Wednesday

Selasa9Oktober2018

Lepas Subuh, pagi, aku tak tidur pun sebab harinih rasa macam banyak kerja nak buat. Bagi aku, ada perbezaan antara lepas Subuh dan pagi. Lepas Subuh, bagi aku, maksudnya balik aje dari masjid. Pagi pulak, lepas matahari timbul. So kalau aku kata aku tidur lepas Subuh, bermakna, balik aje dari masjid Subuh tuh, aku terus sambung tidur. Dan kalau aku kata aku tidur pagi, maknanya bila-bila masa selepas matahari muncul. Dan aku pun tak tidur siang di waktu pagi.

Aku breakfast kat kedai depan rumah Chu sebab ada hal nak bincang sama Chu. Minggu depan, Isnin, Mak akan menjalani operation mata kanan kat UIA di Kuantan (Long dan Ida akan temankan Mak) ,so aku nak buat Sembahyang Hajat kat masjid cadangnya, nak sponsor makanan. Kena lah tanya Chu dulu kalau-kalau dia nak sediakan makanan sebab sebelum-sebelum ini aku kasi duit jer kat AJK masjid dan diaorang uruskan, dan Chu selalu komplen apa pasal aku tak upah dia instead. 

Chu setuju nak masak cumanya dia tak seberpendapat dengan aku yang nak kan menu makanan yang heavy-heavy sikit macam nasi dan lauk pauk dan sayur. Aku setuju aje lah dengan cadangan Chu, menu nya nasi goreng ayam, kuih talam ubi kayu, pulut panggang dan bubur kacang + durian. Tak tahu berapa yang Chu charge nanti tuh, aku agak dalam dua ratus lebih kot. 

Now, masalah lain pulak, nak buat malam bila sebab malam Jumaat nanti dah ada orang booked. I'm hoping slot malam Ahad (hari Sabtu) masih kosong sebab malam tuh ramai jugak Jemaah, ada Kelas Tasauf. Itu aku kena bincang dengan AJK masjid lah.

Then ke Pekan Sari Sungai Ruan, ada banyak benda nak dibeli nih sebab rasanya dah 3 kali aku tak ke sana. Tengah aku belek-belek bahan makanan organic, EB, pegawai kat Pusat Serenti tuh tarik aku ajak masuk ke Pusat, memang hari-hari dia tanya aku, bilanya aku nak ke sana, aku tiap waktu sembahyang jumpa dia sebab dia pun sembahyang kat masjid. So aku ikut dia masuk ke Pusat Serenti tuh, sedara aku yang berniaga di Pekan Sari/Pasar Malam di sekitar Raub, Benta pun ada rupanya. Kitaorang ke nursery Pusat Serenti tuh, SarjanK ada di situ. 

Rupanya sedara aku tuh ada deal dengan SarjanK, dia bekalkan benih tanaman, dan kerja-kerja menanam dibuat oleh tahanan-tahanan tuh, di bawah seliaan SarjanK. Bila tanaman dah besar, sedara aku datang borong. Subur-subur tanaman diaorang, macam tanaman tiruan, plastik gitu. Pokok kacang panjangnya besar-besar sampaikan aku tak "kenal", kecik sikit jer dari kacang dalam film Jack And The Beanstalk. Terfikir aku, diaorang taruk dadah ker kat dalam polybags tanaman tuh semua, iya lah kan, Pusat Serenti tu kan ker tempat orang tahanan dadah? ekekekeke

SarjanK ada tanya kalau-kalau nak buat greenhouse atau nak set kan peralatan fertigasi kat rumah, tapi aku kata tunggu dulu lah, tengoklah kalau next year aku decide untuk terus duduk kampung then aku akan cari SarjanK. 

Banyak jugak habis hari nih, kat Pekan Sari tadi RM 50 beli organic soybean powder (kena sebut perkataan organic tuh ekekek) sama rolled oats, kat kedai peralatan pertanian habis RM 150 beli 3 guni tanah hitam, polybags etc. Kat supermarket habis RM 150 lebih jugak, organic coconut oil pun RM 80 sebotol, aku ingatkan murah, rupanya minyak kelapa dan coconut oil adalah 2 benda yang berbeza. Lebih mahal dari olive oil rupanya. Aku nak buat apa beli coconut oil? Adalah projek nya tuh ekekekee

Isi minyak kereta RM 75, dan duit sabut kelapa belum bayar, adusss, parah nih. Penghasilan nya gak ada tapi pengeluaran nya gedek malah. Ya gapapa lah, emang nya gue pikirin? Tapi tak, apa, sebab walaupun aku banyak keluarkan duit harinih (kira banyaklah tuh sebab aku tak kerja) tapi hati aku rasa macam happy, rasa upbeat gitu. That's all that matters.

Tak sempat dah nak buat apa-apa kat kebun, anak unta pun dah bangun kepanasan, aku buat indoor exercise lepas tuh, dapatlah 4000 steps larian setempat. Aku tak tidur pun lepas Zohor, sibuk online, accounts aku stuck lagi. So itu yang check websites sana sini, cari info pasal possible things yang akan mempengaruhi price movements, tak ada pun important data yang akan keluar petang dan malam nih, maknanya slow lah market sepanjang hari. 

Habis jer Asar, hujan turun renyai-renyai, aku pulak berbasikal jer. So aku redah jer lah, kalau orang tengok, sure diaorang kesian sebab aku basah bojot kena hujan tapi sebenarnya aku ok jer, terakhir aku main basikal dalam hujan, masa kecik-kecik dulu. Itulah life kan, orang lain tengok dan fikir lain tapi kita yang empunya diri, fikir lain. 

Since tadi tak tidur pagi, dan lepas Zohor pun tak tidur, aku rasa mengantuk lah pulak tapi tak kan nak tidur petang, bukan waktu yang afdhal untuk tidur. Ketermengantukan aku tuh terbawak-bawak sampailah masa Kuliah Maghrib Ustaz Sekolah Sains tadi, asyik menguap jer lah aku, macam singa laut.

Aku suka masa mukaddimah Kuliah Maghrib tuh, Ustaz tuh macam beri peringatan pada aku jer rasanya, dia tekankan kepentingan bangun sembahyang malam. Antara kelebihannya, menurut hadis, dengan bangun sembahyang malam nih, Allah akan bagi hidayah untuk kita sentiasa berbuat kebaikan dalam kehidupan kita sehari-hari. 

Tuesday

Isnin8Oktober2018

Aku susah nak tidur lagi semalam, entah apa sebab pun aku tak tahu. Terfikir jugak aku yang aku nih dikasi Tuhan kelebihan dari segi waktu, aku boleh berjaga malam dan tidur seharian esok, aku boleh tidur semalaman dan tidur seharian esok, aku boleh tak tidur malam dan tak tidur seharian esok, aku boleh tak tidur siang malam. Dengan lain perkataan, aku beruntung sebab aku diberi rezeki dalam bentuk waktu, yang harus aku susun sendiri. Dan aku, demi menghargai pemberian Tuhan itu, haruslah pandai mempergunakan waktu yang diberi tuh dengan betul, untuk lebih berfaedah. And so last-last aku bangun dan mandi. Aku tak on kan laptop pun.

Sampailah pukul 4, then aku landing atas katil pulak, akhirnya tertidur. Sedar-sedar Azan berkumandang, tapi sempat jugak aku ke masjid. Balik dari masjid teruslah aku nak memorex kononnya, tapi aku tengok macam tak ada pergerakan sangat pun, bila check website, rupanya kat Jepun harinih Public Holiday. Kat US pun cuti harinih, Columbus Day. Memang slow lah market nampak gayanya. 

So, sebab tadi tidur cuma 2 jam, market pulak slow, dan aku tak berkeinginan untuk jogging sebab betis, kaki aku sakit sebab semalam buat excercise, aku pun tidur. Pukul 9 aku bangun semula, malas nak pergi breakfast, aku buat cekodok sambal belimbing hitam. Sesambil tuh buat benda-benda lain jugak, buang sampah, mengecheck laptop, tab, cellphone etc. Then tengok-tengok, cekodok aku hangus. Style aku dah, kalau memasak tuh, api nya besar sebab nak kasi cepat masak ekekekeke. Tapi aku nih jenis penyabar orangnya, cekodok aku hangus, ada aku kisah? Aku buat yang lain. Bukannya susah sangat nak hiris bawang. Ikan bilis pun dah dibuang taik. Nak tumbuk belimbing pun bukannya lama mana pun, walaupun aku tumbuk kat bilik Mak, walaupun aku alas dengan lapisan -lapisan kain, sebab tak nak neighbours aku dengar. 

Walaupun aku tahu yang tanah lembik sebab semalam hujan tapi itu tidak sama sekali menghalang aku untuk ke kebun. Sebab harinih aku rajin. 

hei sayangku
hari ini aku rajin
rajin bagai seekor semut
semut-semut di hatimu

hei sayangku
perlakukanlah diriku
seperti seorang raja
ku ingin dimanja kamu

emang lagi manja, lagi pengen dimanja
pengen berduaan dengan dirimu saja
emang lagi rajin, tapi bukan sok rajin
rajin rajin gini hanya untuk dirimu

Sebab tanah masih lembut so senanglah aku menyangkul buat batas untuk tanam kacang harimau yang benihnya dah aku kopek semalam. Sebelum tuh aku cabut jer pokok-pokok bendi yang banyak buah tuh, dah tua-tua semuanya, rasa macam membazir jer tapi nak buat macamana, korang cepat dan banyak sangat berbuah, tak tercatch up aku. Jagung yang kecik dan tua pun aku cabut jugak a few batangs, aku buat macam tak nampak jer. Dua tiga tongkol, dah lah untuk disimpan buat benih kan, ini, sampaikan berbelas-belas tongkol yang ada.

Aku tabur, tanam benih kacang tuh rapat-rapat dalam sebatas tapi in between batas tuh aku jarakkan jauh jugak supaya senang aku nak kambus nanti bila pokok tuh dah besar. Pokok kacang tanah kalau tak dikambus pangkalnya, tak banyak hasil. Lepas tuh pasang plastik hitam sebagai pagar, tak kalu dimakannya benih tuh dek ayam jiran. 

Lepas Zohor, aku tidur sejam. Then sementara tunggu Asar, aku berlari-lari anak for about 30 minutes, nasib baiklah rumah kitaorang nih tak banyak furniture, memang sesuai kalau nak buat light exercise kat dalam rumah. There you have it, what happpens behind close doors kat rumah kitaorang. My rather mundane, ordinary life. Sambil ditemani seekor kucing. Kucing-kucing jiran aku, 3 ekor dah balik ke rumah tuannya, dikurung. Yang sekor nih jer tuan nya macam dah give up nak kurung sebab dia keeps coming back ke rumah kítaorang.

Lepas Asar aku turun kejap ke kebun, petik jagung, dapat belasan tongkol, sambil fikir, nak kasi kat siapa pulak. Masa kat masjid, ada aku tanya a few jemaahs kalau-kalau diaorang nak jagung. Masalahnya, diaorang ingatkan aku nak jual, so masing-masing kata tak nak, tapi bila aku kata aku nak kasi free, diaorang dah termalu nak terima.

Aku rasa dekat sepuluh kali aku praktís baca Quran mukasurat yang aku kena baca malam nih tapi bila tiba turn aku, aku jadi gugup gitu, bila start salah baca, bila Ustaz tegur pulak, lagilah jadi tak keruan. So malam nih ada lah tiga empat kali aku sangkut baca.

Laaa, lupa nak cerita pasal Forex, seharian aku macam tak ambik tahu pasal accounts aku, aku biarkan aje sebab ada floatíng loss, tak sebanyak mana pun. Then masa European session tadi, ada improvement, dan membawak ke US session, semua posiotions aku dah untung. Dan account Ethereum aku dah covers semua losses minggu lepas, dah balik ke jumlah asal which is about 1.5 ETH (1 500 000 EIT), minggu lepas kan ker aku dah tukar 1.5 ETH ke Bitcoin Cash (BCH). Dan account BCH aku pun dah ada profits, minggu lepas account tuh was down to 0.48 BCH tapi sekarang dah jadi 0.561 BCH dan ada some floating profits jugak. 

Aku nak trade slow-slow lah since ada dua accounts nih, setakat 10% profits a week tuh, InsyaAllah. Aku bukan nak kaya cepat pun, hidup macam sekarang pun dah happy dah.


Monday

Ahad7Oktober2018

Malam semalam tuh beria-ia lah plan kononnya pagi nih nak jogging, itu yang masuk tidur pun awal. Weekends aku biasanya tidur lepas Subuh sebab tak memorex, kalau weekdays tuh aku memang balik dari masjid, aku akan terus "ada nak buat kerja". Tak apa lah, tak semestinya semalam beli kasut baru, harinih wajib jogging, kan? Dan tak semestinya beli kasut jogging, aku harus jogging. Dan aku perlu fikir secara mendalam, disebabkan aku dah lama tak jogging, aku kena lah buat slow-slow dulu, jangan terus lari keliling kampung, just disebabkan aku baru beli kasut jogging yang baru.

Alah, lagipun hari nih hari minggu, bawak-bawak berihat lah kan? Semalam pun hujan kejap, sure jalan basah. Banyaklah alasan yang membuatkan aku lena tanpa diulit seurat mimpi pun pagi nih. Sedar-sedar dah pukul 9. 

Demi mengeluarkan peluh barang setitis dua, dan yang pentingnya demi kasut baru, aku decided untuuk keluar lah jugak. Teringat kat petua orang tua-tua, yang kalau beli kasut baru, sebelum dipakai, gigit dulu kasut tuh so that kasut tuh tak akan gigit kita, melucas kaki ker, things like that.

So lepas breakfast tuh aku berkayuh lah keliling kampung, aku kayuh laju-laju, serata tempat aku pergi. Geram dengan diri sendiri pun iya sebab sepatutnya aku jogging awal pagi tadi, dan aku tahu, once aku ada banyak alasan, memang tak akan joggingnya lah aku bila-bila pun. Orang kata, first step tuh yang penting. Aku, first step lagi dah kantoi, kan? Itulah, aku seorang insan lemah yang tak berdaya melawan hawa nafsu.

Cuaca pun redup aje, itu yang membuatkan seronok berkayuh, dekat pukul 11 jugak baru aku balik. Nak ke kebun pun alang-alang aje kan, so aku masuk rumah aje lah. Masa aku bukak kunci grill, cellphone aku bergetar, vibrate, sampai ke kote rasa getarannya ekekekek. Bila aku seluk pocket, aku perasan yang cellphone aku kat lantai, sama dengan wallet aku. Aik, apa yang bergetarnya?

Aku raba kote, Ya Rabbi, kote aku bergetar rupanya. Ada benda gigit ker? Tapi, tak rasa sakit pun, rasa stim-stim yang lebihnya sebab bergetar tuh. Apasal nih, tanya aku dalam hati. Sambil bukak pintu tuh aku duduk, dengan harapan, kalaulah digigit serangga ker apa ker, mungkin dengan aku beralih position tuh, serangga tuh akan dihempap, ditindih atau tersepit kat kote, so dia/diaorang akan berhenti gigit kote aku. 

Aku basically merangkak masuk rumah, terus aku bukak spender dan aku tengok dengan mata kepala aku sendiri yang kote aku bergetar. Grrrr grrrr grrrr gitu, sebijik macam bila cellphone yang vibrate. Fuck, what the hell is going on, bila aku belek sana sini tak ada pun kesan gigitan. A few seconds later tak bergetar dah. Then bergetar semula, oh my God, apa pasal nih? Aku takut dia bergetar dan membesar dan membesar dan terus membesar. Then after a few seconds, berhenti bergetar.

Aku tak tahu macamana nak explain tapi that was terrifying. Dan aku asyik fikir, apa sebabnya kote bergetar sampai begitu sekali? Tak pernah-pernah jadi macam tuh. Aku kena cepat-cepat kawin nih nampak gayanya, entah janda mana lah yang buat miss call kat kote aku tuh ekekekeke

"This must be static shock nih", kata aku dalam hati. Terus aku masuk bilik dan google, "static shock when wearing jogging pants". Laaa, memang betul pun, static shock rupanya. Tapi, apa yang aku tak fahamnya, biasanya static shock nih kat jari, bila kita sentuh something, atau bulu roma, dan tak lah lama shocknya, kejap aje. Tapi, ini kat kote, tak kerr "berat" tuh? eekekekeke

Agaknya sintetic fabric jogging pants aku tuh bergeser dengan peha aku (sebab aku kan ker berkayuh lama dan laju?) sampai berkilo Joules (equals to the energy transferred to - or work done on- an object when a force of one newton acts on that object in the direction of its motion through a distance of one metre (1 newton metre or N⋅m) yang digenerated, then bila aku sentuh metal knob pintu, energy yang dah dibuilt up tuh didischarge. 

Tapi, kat site lain kata, could be the sole of my shoes tuh yang mengignite that force. Dan aku tak gigit pun kasut aku tadi tuh. Apa-apalah tapi that was one terrifyying experience dan aku rasa akan datang nih bila aku tengok cellphone bergetar, sure aku akan sengih, mengingatkan sesuatu. 

Sampai ke Zohor, siaplah aku mengopek kacang untuk dibuat benih. Batas belum dibuat lagi. Lepas Zohor tidur sekejap dalam sejam, bangun pukul 3 dan sementara tunggu nak pergi Asar, aku buat exercise sikit kat dalam rumah, antaranya lari setempat, dapatlah 2000 steps, aku kira tuh sebab cadangnya nak buat 10 ribu tapi tak sempat. 

Aku tak ke kebun jugak lepas Asar, tak jogging jugak, tak berfatbike jugak. Aku ada banyak kerja lain, nak update blog, nak praktis baca Quran untuk malam ini, nak baca buku-buku yang aku beli etc.

Hujan turun sebelum Maghrib, tak lebat tapi berlanjutan sampai Isyak, AN tak datang mengaji sebab dia naik motor, so tak ada lah geng nak ajak makan. Aku rasa mungkin ada orang yang tak berapa berkenan aku datang mengaji tuh, sebab diaorang jadi malu nak baca. Apa yang aku dapat tahu, biasanya diaorang semua baca tapi bila aku ada, ada  a few yang tak nak baca. Bukan nak kata diaorang "malu" sebab kononnya "aku terrer" mengaji sedangkan diaorang merangkak-rangkak tapi itu lah hakikatnya, based on apa yang Ustaz dan a few of them beritahu, jugak based on pemerhatian aku sendiri. 

So, lepas aku mengaji, aku buat hal sendiri, aku sambung mengaji yang aku punya sendiri, aku buat-buat sibuk sendiri, so diaorang tak "rasa malu/rendah diri sangat yang diaorang tak reti mengaji". Payah lah kan, aku pun tak reti jugak, tu pasal aku datang belajar tuh. Tengoklah macaman nanti, kalau kedatangan aku tuh menyebabkan ketidakdatangan orang, baik aku tak mendatangkan diri. Nasib baik lah kat tempat lain pun ada Kelas Tajwid.

Selepet sekeluarga ada kat kedai makan, so belanja diaorang malam nih. Ada jugak nampak AF berkeliaran tapi aku buat-buat tak perasan jer lah.

Sunday

Sabtu6Oktober2018

Memang seronok tidur lepas Subuh, ditambah pulak semalaman aku tak dapat nak lelapkan mata (for whatever reason pun aku tak tahu), pukul 8-30 baru aku tersedar. Then terus bersiap-siap untuk ke Pekan Sari. Bersembang sama MN sesambil breakfast, tak ada pulak dia cerita pasal awek Melayu kat Australia yang ajak dia kawin tuh, tapi kali ini dia cerita pasal anak dia yang nak ambik SPM tahun nih, he has no hope, kata dia lah, so silap-silap sesetahun dua nanti dia nak suruh anak dia pergi Australia, kerja petik buah. 

Dah lama dah MN nih asyik bercerita tentang "keindahan" hidup kerja petik buah kat Australia, aku rasa dia macam terkilan sebab dia pun umur dah meningkat so tak ada harapan lah dia nak pergi, dia ada anak bini. Dulu aku selalu beritahu dan nasihat dia, aku kata yang semua cerita-cerita indah tuh tipu aje, tapi MN nih memang jenis yang tak dengar cakap orang, dia aje yang betul. Itu according to KN adik dia, dan a few others lah. 

Then aku ke stall tempat sedara aku berniaga tuh, memang ke situ lah hala tuju aku setiap minggu. Sebelum tuh aku beli kuih kat tempat MN, aku kasi kat makcik-makcik yang duduk bersimpuh bersila berjualan. Mengapa baru sekarang aku terfikir nak buat gitu, hah? Akan datang aku nak beli kuih muih lagi, dan nak kasi diaorang sepotong dua setiap orang, aku tak kenal pun diaorang tuh sebenarnya.

Aku order RM 100 worth of tanah Siam daripada sedara aku, ada lah dalam 30 bags kot. Malam esok diaorang ke Golok untuk beli bahan-bahan buat berniaga kat sekitar Raub nih. Semalam pun aku dah order 5 guni sabut kelapa hancur, so minggu depan kena beli tanah hitam pulak a few gunis. Ini zaman mengeluarkan duit lah pulak, untuk buat persediaan nak menanam. 

Mulanya cadang nak beli bahan-bahan memasak sebab aku plan nak memasak lah pulak minggu depan nih, dah lama dah tak memasak. Tapi, termalas lah pulak. Nasib baik lah termalas sebelum beli, jangan termalas lepas dah beli bahan-bahan, itu lagi haru dan menensionkan. 

Ada pulak orang jual kasut, beli lah sepasang kasut untuk buat jogging. Memang hajat aku pun nak beli kasut jogging, hajat sejak dua tiga hari lepas. Masa kat KL baru nih, kan ker aku duduk hotel? Kat hotel, kan ker banyak cermin yang full size gitu? Alkisahnya, aku tak suka menengok apa kat cermin tuh, bab perut aku yang menonjol. So aku kena buat sesuatu, kena jogging. Masa aku kat tahanan dulu aku jogging hari-hari, dan perut aku kempis sekempis-kempisnya, so aku rasa that's the only solution untuk kempiskan perut, berjogging. Dan aku kena lah ada kasut baru sebab kasut lama dah koyak, yang disebabkan koyak tu lah yang membuatkan aku tak pernah jogging. 

Ada lah dalam sejam aku di kebun pagi nih, usik sana usik sini gitu lah. Lepas tuh melepak, sambil tengok kawasan semak samun yang tak terusik-usik sejak dulu. Aduhai, banyak kerja kena buat nih tapi aku malas. 

Jenuh memakan tembikai yang aku petik ituhari, aku cadang nak buat jus tembikai, jugak smoothie. Dah siap potong, masukkan dalam blender, bila on kan power, nothing happened. Rosak ker blender nih? Aku guna blender lagi satu, pun sama, tak jalan. Nasib baik ada 3 blenders. Tapi, blender itu pun tak jalan. Aik, tak kan ketiga-tiga blenders rosak? Aku pernah guna dulu tuh masa berkecimpung dalam pembuatan carrot susu. Masa Mak balik baru nih pun rasanya ada blender tuh digunakan? Aku tukar power points pun still tak jalan. Apa kena nya, aku pun tak tahu. Macamana nih, macamana aku nak blend tembikai yang dah siap terpotong tuh? Tak kan aku nak pijak-pijak macam orang pijak anggur untuk buat wine? Apa lagi benda berputar selain blender yang boleh memutarkan pati tembikai tuh demi menghasilkan jus? Then aku teringat washing machine. Thank God for washing machine. Macamana aku boleh terlupa kat washing machine?

So aku on kan washine machine yang penuh dengan pakaian kotor, aku lupa nak on kan semalam tuh. Then aku pakai sarung tangan dan ramas-ramas kan aje lah tembikai tuh, then tapis, last-last dapatlah satu jug tembikai jus yang terus aku minum sampai kenyang jadinya. Sampaikan aku tak lunch pun lepas Zohor tadi.

Lepas Asar kan ker ada Kelas Tajwid, lepas Maghrib pulak ada Kelas Tasauf, so bererti akan lama lah aku berkelana di masjid harinih, dari pukul 4 sampai pukul 9 setengah gitu. Boleh ker aku tahan lapar sebab tak lunch? So sebelum ke masjid, aku hidupkan lampu etc, macam yang aku buat sebelum pergi masjid for Maghrib. Sampai di masjid, aku tengok macam tak ada gaya nak ada Kelas pun, ala, kesian lah kat Imam tuh nanti, tak ada sambutan Kelas yang dia nak buat tuh, kata aku dalam hati.

Sebelum sembahyang ada pengumuman, Kelas Tajwid ditangguhkan 2 minggu sebab Tok Imam ada hal lain harinih dan minggu depan pulak ada khenduri. Lepas jer sembahyang aku terus ke kedai makan, mulanya nak tapau tapi last nya makan kat situ, ada AF yang sentiasa berkeliaran tunggu orang belanja, aku ajak dia join.

Aku tak ke kebun pun, dah lewat, lagipun pagi tadi dah menyiram, petang nih tak payah lah kot. Ituhari aku tinggalkan selama 4 hari tak bersiram, ok jer jagung aku, takkan aku dah balik nih nak disiram 2 kali sehari pulak, kan? 

Chu nak tumpang ke masjid sebab nak dengar Kuliah Tasauf, ok lah Kuliahnya Ustaz tuh, dia nih dulu baik dengan arwah Pak, pergi Haji pun sama group dengan my parents. Dulu nya Guru Besar, lepas pencen dia sambung belajar kat UIA, dia siap tunjukkan Sijil dan Diploma yang dia dapat, masa dia kasi pengenalan diri sebelum mulakan pengajian. Siap ada attendance sheet lagi, dia kata memang style dia gitu, lagipun dia nih ditaja oleh Jabatan Agama Islam Pahang (or something) so itu yang kena buat macam tu tuh.


Saturday

Jumaat5Oktober2018

Lambat sikit aku breakfast harinih pasal nak settlekan accounts aku, kedua-duanya macam stuck gitu, account ETH ada 8 positions dan account BCH ada 4. Aku nih memang "market mover" betul lah, the moment aku masuk entry, price bergerak, melawan arus. Nak "merepair" nya bukan mudah, aku kena masuk another entry atau hedge dengan pair lain. 

Since aku tak banyak open positions jadi aku tak heran sangatlah whichever way the price goes, kalau against then I have to wait for a correction. Kalau price tuh goes to to my advantage then aku either take profit atau aku let it run. Dengan lain perkataan, aku tak payah nak monitor sangat accounts aku tuh.

Leceh jugak mencabut kacang tanah harimau sebab tanah keras, biasanya kalau aku nak cabut pagi, petang semalam aku akan siram batas so that tanah jadi lembut dan kacang senang dicabut. Since semalam aku tak siram, so berhempas pulas jugaklah aku nak mencabut 2 baris kacang, ada yang terputus dan tertinggal dalam tanah, terpaksa guna cangkul. Tapi aku bersemangat sebab isi/buah nya banyak, bergugusan. Terus aku pilih mana yang elok aku nak buat benih dan yang selebihnya nak direbus. 

Then memasukkan tanah + sabut+ tanah hitam ke dalam polybags, dapatlah 10 bags. Then menyangkul. Memang banyak kerja yang aku buat tapi sekejap-sekejap gitu, either sebab letih atau sebab tak tahu mana nak didahulukan. 

Masa sembahyang Jumaat tadi, Ustaz Pusat Serenti tuh duduk sebelah aku, kalau tak salah aku orang Pusat Serenti Sembahyang Jumaat kat surau diaorang sendiri, apa pasal Ustaz tuh terlepas kat masjid pulak? Antara pengumuman sebelum sembahyang, hari Sabtu malam Ahad akan ada Kuliah Maghrib bab Tasauf, by this Ustaz/Cikgu pencen yang berzikir, sembahyang kuat tuh. Dibaca kuat. Yang orang boleh dengar. Yang kadang tuh buat aku nak tergelak. Yang kadang tuh buat airmata aku turun tanpa aku sedari. Lantaran suara dia yang kuat tuh.

Lagi satu, lepas Asar petang Sabtu ada belajar mengaji,  Tajwid, untuk yang berminat. Ustaz nya, Tok Imam 1, yang mengajar mengaji hari Rabu malam Khamis tuh. Maknanya hari Sabtu nih pack lah dengan pembelajaran, kat surau pun ada kelas Tajwid, ayooo, mana satu nak pergi nih?

Too bad aku tak sempat sembang dengan Ustaz Pusat Serenti tuh sebab dia blah awal, aku nak berterima kasih kat dia, nak hulur jugak a few kepings duit as my token of appreciation sebab mengajar kitaorang walaupun tak lama, tapi ada a few things yang dia ajar tuh betul-betul masuk kat kepala hotak aku, dan ada yang aku praktiskan. Best jadi Ustaz nih kan, apa yang orang amalkan, dia tetap dapat habuannya. 

Tak apa lah, ada rezeki nanti sure jumpa, dia pun kerja  kat Pusat Serenti tuh aje, bila-bila aku nak masuk, aku boleh masuk. A few Officers yang kerja kat situ selalu tanya aku, bila nya aku nak masuk ke tempat tuh tapi aku tetap kata yang aku tak ada tujuan pun nak ke sana, kecuali kalau aku nak beli anak-anak pokok kat nursery diaorang, SarjanK ada kat sana. Truth is aku malu nak masuk sebab aku orang kampung jer. 

Laipun Pengarah dan Timbalan Pengarah nya orang baru, aku tak kenal. Kalau Pengarah dan Timbalan Pengarah yang dulu tuh, aku kenal, baik ngan aku, aku pernah belanja diaorang makan. Diaorang pun pernah beli kacang tanah dari aku. What I'm trying to say is, aku nih level Pengarah ekekekek

Badan aku rasa macam lesu aje, rasa malas gitu, banyak lemak ker aku nih? So, instead of ke kebun lepas Asar tadi, aku buat senaman sikit, buat kat dalam rumah. Keluarlah jugak peluh setitis dua sebab aku excercise pun seseminit dua jer .

Malam nih aku cadang nak tidur lewat sikit sebab hari terakhir trading for the week. Tapi itulah, bila aku nak tidur, mata tak nak lelap, so tergolek kiri kanan, bangun, check laptop kejap, then cuba semula untuk tidur. Last-last bila jam dah pukul 4, teruslah aku mandi etc untuk memulakan hari baru.


Khamis4Oktober2018

Kalau diikutkan hati memang aku nak extend my stay for another day tapi aku kena terima hakikat yang buat masa sekarang nih aku masih lagi orang kampung, so aku kena balik ke kampung, tanaman aku menanti.

Banyak benda yang aku tak sempat buat, ke Pasar Karat tuh aku tak pergi, ka KLCC area pun aku tak jenguk, KL Sentral pun aku tak jejak kan kaki. Dan aku lupa nak buat appointment untuk berbekam kat Kampung Baru. See, banyak benda yang aku tak sempat buat, dan aku patut buat sebab once aku balik kampung, aku dah plan tak nak turun KL dah until end of Nov, InsyaAllah. Lantak lah rambut aku panjang nanti sebab kat kampung, my head is always covered, either pakai kopiah atau topi.

Ataupun aku carilah alasan-alasan logik yang menyokong keterdatangan aku ke KL nanti, andaikata aku terberada di KL sebelum hujung bulan depan.

Eh, NekRock balik Malaysia bila hah? Hmmmm.... belum apa-apa dah ada alasan yang kuat ekekekeke

Aku siap plan lagi nak tinggalkan bag kat locker room hotel, ambik petang nanti, so that aku boleh merayau-rayau sementara tunggu nak balik. Aku belum pernah balik Raub waktu malam. Tapi, itu macam tak selamat jer, karang digoda Manager hotel, suruh stay lagi sehari, lagi parah, baik aku melarikan diri awal-awal dari hotel yang penuh pancaroba tuh.

Naik bas pukul 12 -30, sampai Raub sejam setengah kemudian. Patutnya lunch dulu tapi aku terus aje ambik teksi, rasa macam ramai orang jer kat kedai makan yang aku nak pergi tuh. Raub nih bandar kecik, everybody knows everybody, tu yang aku takut terjumpa sesiapa yang aku kenal. 

Aku tak pernah pun suruh teksi driver hantar sampai depan rumah, aku selalu suruh diaorang berhenti kat tepi jalan dan aku menyusur melalui semak samun, that way jiran tak nampak. Tak ada gaya pun macam ada hujan turun beberapa hari lepas, tanah kering kontang jer gayanya.

Kelaparan, terus aku buat omelet, goreng fries. Kepala aku macam pening-pening gitu, tak lah teruk tapi rasa tak selesa gitu, masuk angin ker sebab lambat makan? Ker sebab semalam makan daging kambing , orang kata kalau makan daging kambing, tekanan darah akan naik. Aku macam tak percaya jer sebab kat Arab nun, diaorang selalu makan kambing besar-besar lagi, rileks jer. Ker kambing Arab lain dari kambing Malaysia? Ker everything out of Arab tuh baik-baik belaka? Tak tahu lah tapi aku macam nak terpercaya yang makan daging kambing buat kepala jadi pening.

Lepas Asar ke kebun lah aku, kesian kat tanaman, tanah merekah-rekah, macamana pun tanaman aku semuanya ok, jagung dan cili aje yang perlu disiram, yang lain tuh tak payah kot sebab dah tua. Petik tembikai yang terakhir, ada 4 bijik lain tuh rasanya dah tak nak membesar sebab daun-daunnya dah mati kering. Esok lusa boleh petik jagung dan kacang tanah harimau, best nya jadi aku, "makanan kat fingertips".

Ada kesan disondol vavi jagung aku, ada dua batang yang patah ranap. Tak mengegarkan jantung hati aku pun kalau setakat 2 batang pokok, akan datang nih aku nak pasang tali rapia sekeliling kawasan, aku tak nak kasi chance kat vavi-vavi tuh menyentuh jagung aku sebab kali ini aku tanam banyak, berperingkat-peringkat gitu. 

Chu talipun, suruh jemput dia, dia nak ke masjid jugak. Tapi Ustaz tak datanglah pulak malam nih, digantikan dengan bacaan Yaasin dan Tahlil. Lebih setengah jam menunggu Chu, lepas makan tuh, biasalah kan, membawang. Tapi aku tak kisah sebab aku busy memorex. Sampai aje rumah, terus tidur pasal pening kepala aku tuh macam tak nak hilang.