Monday

Sabtu13Oktober2018

Awal aku ke Pekan Sari harinih sebab Chu ada talipun suruh jemput dia, "nak beli barang untuk memasak awak nak buat makan malam karang tu lah", itu alasan Chu. Nak beli peralatan untuk jamuan malam nanti. So, Driving Miss Daisy lah aku pagi nih. 

Kuih sedap kat gerai MN macam minggu lepas tuh tak ada, so aku beli apam balik aje lah nak kasi kat Makcik-Makcik yang bersila berniaga di persekitaran tempat sedara aku tuh berjualan. 

"Buat mende bagi korang, bagi ke Kak je lah semuanya", kata sedara aku bila aku suruh dia agih-agihkan apam balik tuh. Lupa pulak yang sedara aku nih "gitu" orangnya so aku kasi satu sorang apam balik tuh, then bila tinggal 2 keping, baru lah aku kasi kat sedara aku tuh, sambil gelak-gelak, aku kata, "Nah, ambik semua".

Belanja Chu makan nasi kerabu, aku tak makan sebab kenyang makan apam balik. Bezanya cara orang perempuan nih kan, well, at least Chu. Nasi dia tak habis, dia bungkus elok-elok untuk dibawak balik. Kalau aku, aku biar kan aje, tak kuasa lah nak bungkus bawak balik, bukannya aku akan makan pun nanti tuh. 

"Mengapa bagi ke orang tu?", aku tanya Chu bila lepas dia beli ikan talapia, dia kasi ikan tuh kat perempuan jual lemang. 

"Chu memang selalu bagi deme nya ikan, minggu lepas Chu bagi juga", kata Chu lagi.

Oooo patutlah Chu selalu beli ikan, aku tak pernah tanya pun sebab aku ingatkan anak-anak Chu ada nak balik so itu yang Chu beli ikan tuh. Makna nya Chu bersedekah lah kat orang yang jual lemang tuh, dia ada anak istimewa (OKU). Baik orang nya Chu nih. Baik dari aku ekekekeke


"Laki dia lah yang langgar arwah Pak, kan?", aku tanya Chu sebab aku tak berapa sure, kalau diikutkan "description", memang sah lah suami perempuan tuh. 


"Iyaaaaa....", kata Chu, as if aku dah tanya soalan yang sama banyak kali. Jawapan macam tuh hanya untuk soalan sama yang ditanya banyak kali. Tapi kalau ditanya cuma sekali, memadai dijawab "ha'ah" aje.

Sebab, dengan jawapan sedemikian, seolah-olah penanya mempunyia dendam kesumat, atau penanya masih marah dengan pelaku yang menyebabkan kematian ayah penanya. Sedangkan penanya sedikit pun tidak mempunyai perasan sebegitu, malah penanya sering dilihat membeli lemang isteri pelaku di Pekan Sari Sungai Ruan terutamanya, malah penanya pernah membeli beberapa batang lemang sewaktu Hari Raya yang lalu. Dengan kata lain, penanya hanya inginkan kepastian, itu sahaja. Penanya tidak langsung mempunyai motif lain. Dan penanya juga sedar yang penanya pernah bertemu  pelaku tapi disebabkan penanya tidak mengetahui cerita sebenar, tiada reaksi apa-apa yang penanya tunjukkan, cuma nya pelaku yang kelihatan resah bila mata pelaku bertentang dengan mata penanya. Penanya sedar yang how menderita pelaku is, sebab pelaku mungkin sentiasa terbayang-bayang kejadian yang berlaku 6 tahun yang lepas itu for the rest of his life. 

Lepas hantar Chu balik, aku terus ke kebun, nak pulun buat kerja kononnya, iyalah kan, weekends memang aku bersemangat sikit sebab tak payah nak fikir pasal Forex, so aku boleh concentrate sepenuh tenaga aku untuk berkebun. Aku tak perasan pun yang Long ada balik, aku rasa aku dapat banyak collect points tadi tuh, mana tak nya, aku tengah bertungkus lumus memanoeuvrekan wheelbarrow yang berat penuh berisi polybags yang dah siap diisikan dengan tanah, masa tu lah Long hon aku. 

Syukur Long memesin rumput kat sekeliling rumah, dan aku, since Long ada, jadi bertambah rajin. Lepas mengisi tanah yang dapat tak seberapa polybags pun aku membersihkan in between pokok jagung, dan aku tanamkan kacang tanah kat situ. Walaupun tak siap kerja nya tapi aku puas hati, dah nampak macam terang bersih sikit kebun aku. Esok-esok aku boleh sambung. 

Lepas Asar ada khenduri Doa Selamat, aku ikut pergi sebab rumah nya tak jauh dari masjid. So lambat lah sikit balik nya. Aku nak masuk gate, aku perasan ayam-ayam jiran tengah berpesta mematuk makanan kat tempat aku tanam benih kacang pagi tadi. Aku tak buat barrier ker, pagar ker sekeliling kawasan tuh (cuma ada rentangan tali rapia untuk halau dan takutkan vavi) sebab aku tak expect ayam jiran akan tertahu yang aku ada tanam kacang tanah kat situ. Sesehari dua nih memang tak nampak pun muka diaorang menguis, mengais kat kebun aku, so sapa yang beritahu diaorang? So teruslah aku ambik plastik hitam dan ikatkan ke seluruhan kawasan.Tak boleh langsung aku nak senang sikit, ada jer benda yang datang mengganggu ketenteraman aku.

Sesambil meround menengok kalau-kalau ada kawasan lain dicerobohi musuh, aku terpandang 2 bijik tembikai yang aku ingatkan dah berhenti membesar ituhari lantaran sentapz sebab tak disiram, rupanya diaorang dah membesar dan sedia untuk disunting. So dengan bangganya aku mengelek 2 bijik tembikai tuh masuk ke rumah.

Awal aku ke rumahChu, just nak pastikan proses penyediaan  berjalan lancar. Aku bawak seguni pisang yang Long tebang pagi tadi. Laaaaa, rupanya Chu sub kan kat orang untuk buat nasi goreng ayam. Chu cuma buat bubur durian, kuih, pulut panggang dan goreng telur 2 papan. Elok jer nak ke masjid, BFF Chu datang, since masih awal, itu yang Chu layan bersembang tuh. Aku tunggu dalam kereta, sesambil tuh meratah telur goreng dan makan kuih yang aku seluk satu persatu dari dalam containers . Tak buat gitu, kemungkinan aku tak sempat nak merasa sebab makanan Chu buat memang sedap, biasanya memang tak pernah cukup.

Seronok belajar Tasauf nih sebab kita boleh relatekan dengan kehidupan kita sehari-hari. Nasib baik aku tak terikut kata-kata a few jemaahs lain yang ajak aku ke surau sebab ada mengaji malam nih, dan malam esok. Alhamdulillah habis makanan yang disediakan, ada yang tapau bubur durian pun sebab itu aje yang tinggal.