Thursday

Khamis - 28022013


Malam tadi hujan memang lebat, so again aku tak ke kebun pagi nih. Macamana pun, aku ada jugak pergi melawat kawasan, nak tengok kalau ada apa-apa masalah. Ok jer, kacang panjang/buncis semuanya berkejar-kejaran memanjat junjung. Bendi, peria, cili, kangkung, semuanya ok. 4 batas mentimun tu jer yang masih kosong. Ada aku kisah ko nak hidup ker tak nak, wahai mentimun. 

Macam semalam jugak, lepas breakfast, aku sambung tidur, dapatlah 2 jam. Aku tak rasa guilty sangat macam semalam, bila aku tengok yang mak kat luar, menyapu-nyapu, bakar sampah kat "doll house" tuh. 

Aku memorex ajelah sepanjang sebelum dan selepas Zohor. Hantar mak ke masjid sebab ada kelas ugama untuk geng-geng omtiner (*omtiner=orang perempuan, dari perkataan "orang betina"). Since harinih mak puasa, dan malam nanti ada jamuan kat masjid, so mak memang tak memasak, aku lunch kat kedai jer tadi. 

Lepas Asar, gelap sekeliling menandakan nak hujan. So tak kan aku nak turun jugak ke kebun, kan? So basically harinih seharian aku tak ke kebun. Yang bererti, seharian aku online. Sebearnya malam semalam, for the very first time yang pertama, aku but trade EURJPY (Euro vs Yen), I know nothing pasal pair nih tapi the chart looked so tempting semalam tuh. Aku bought one position, bangun pagi tadi, dah banyak pips untung. Biasalah kan, tak akan aku closekan secara manual, hajatnya nak bela elok-elok. Itu yang seharian asyik mengejas position, pasang Pending Order atas bawah, just incase price berubah arah. Kena hit akhirnya, so dapatlah sikit untung.

Lama kat masjid malam nih, sampai 10 lebih, ada kuliah, ada Tahlil (ada orang meninggal), ada makan-makan. 

Ini gambar-gambar terbaru yang aku ambik petang tadi masa aku tinggal sorang, masa mak kat kelas ugama.





Zone 3b, kat background tuh Zone 3a/



Zone 3a


                                                                            Zone 2


Subur kacang tanah aku kan? Dalam 2 atau tiga minggu lagi dah boleh dicabut


Kawasan mak berkebun, ada cili, kangkung, bendi (yang aku tanam rapat-rapat dulu tuh), dan soon akan dipenuhi jagung, InsyaAllah.


Kawasan tanaman sayur aku, InsyaAllah akan dipenuhi jagung jugak nanti.

Wednesday

Rabu - 27022013


Masa ke kebun pagi tadi, on my way untuk pergi breakfast, aku tengok yang jagung aku tanam dulu tuh dah tumbuh. Cepatnya, aku tanam petang Jumaat, kan? Jadi bersemangat dibuatnya, walaupun 4 batas timun tuh masih tak ada satu pun yang tumbuh. Pelik aku, benih tak elok ker atau sebab lepas aku tanam ituhari, 2 hari hujan lebat tak henti-henti, mungkin benih tuh tertanam jauh ke dalam. Tak apa lah, kalau sawi putih yang aku semai semalam tuh tumbuh, akan aku pindahkan ke batas tu aje lah.

Sebab bumi masih basah, aku decided tak nak ke kebun, tak nak tukar pakaian kerja pun. So aku sambung tidur, only to wake up at 10. Aku tengok mak tak ada, rupa-rupanya mak ke kebun. Mak nih selalu gitu, selalu buat aku rasa guilty. Bila aku tak ke kebun, mak akan ke kebun. Kan ker mak masih tak sihat? 

Puas aku intai dari tingkap rumah, tah ke mana-mana mak. Ah, aku pendamkan aje lah rasa guilty aku tuh, kalau keadaan memaksa nanti aku nak sound jugak kat mak. 

Aku sembang sikit dengan S tadi, pasal BR1M, dia tanya aku samada aku dapat atau tidak. Aku katalah yang aku cuba register online tapi nama aku dah ada orang registerkan, aku suspect Ida yang buatkan, pasal ituhari Ida ada mintak nombor IC aku. 

"Awak bercerita mende dengan S?", mak tanya bila aku masuk jer rumah.

"Pasal BR1M tu lah", aku jawab gitu. Mak selalu sangat suruh aku apply.

"Pasal mende?", mak tanya lagi, tapi riak muka mak serious habis. 

"Rileks mak, rileks, tak ada mende-mende", aku kata gitu. Serious aku terkejut tengok muka mak yang serious sangat tuh. Tu pasal aku dah sound Ida, kalau ada benda-benda kecik, ada apa-apa nak tanya, jangan tanya, jangan cerita kat mak on the phone. Baik cakap depan-depan. Mak nih mudah sangat risau, benda kecik pun jadi besar sangat bagi mak. 

Ya Rabbi lah ramai nya orang kat kawasan padang/masjid harinih, masa nak Zohor tadi nun jauh di hujung kampung baru ada tempat parking kereta. Berpusu-pusu orang. Yang capik datang bertongkat, yang buta datang dipimpin, yang lumpuh datang dipapah, yang nazak datang diusung. Aku tengok-tengok, ramai Cina yang datang. Cina nih percaya jugak kat sitem beraja nih? Ker sebab nak ambik duit BR1M jer?

Rupanya majlis tuh, selain dari perasmian MAH1R Kampung, jugak penyampaian BR1M. Pelik jugak aku, apa pasal dibuat masa Tengku Mahkota datang? Tengku Mahkota dah masuk UMNO ker? Bendera-bendera UMNO tak usah cerita lah, bertitiran di sepanjang jalan. Kampung nih, Bandar Raub jugak, memang tempat kuat Barisan. 

Aku pergi jugak jengukkan muka, jalan kaki jer. Masa tuh tak ada apa lagi pun, lepas berbaris ambik aiskrim free, aku terus balik. Tah, rasa macam tak happening pun (tapi siap pasang lagu Skyfall, Adele), itu yang aku blah aje tuh. Panas, aku jadi ngantuk. So, balik rumah, tidurlah sekejap sementara tunggu Asar. Bagai nak rak jem kat kawasan masjid, setengah jam baru dapat keluar, yang by that time dah dekat pukul 5-30 petang.

Cepat-cepat aku ke kebun sebab mak kata sawi yang aku semai tuh kena selalu disiram, pagi dan petang. Pagi tadi aku tak siram, kan? Rupanya pagi tadi mak menugal jagung, sepacket benih jagung tuh ditugal kat batas yang sepatutnya ditanam bayam, jugak di sekeliling kawasan kerja mak. Rapatnya mak tanam, pelik aku sebab dulu masa aku tugal, mak kata jangan ditugal rapat-rapat, tapi yang mak tugal tuh memang close to each other. Tak kan mak tak perasan kat anak jagung aku yang dah tumbuh tuh? 

Syukur, Ustaz yang strict sangat masa mengajar mengaji tuh, dia tak datang malam nih. Oooppsss. Ada aku kata dalam hati, mintak-mintak Ustaz tuh tak datang, mintak-mintak dia "leka" sebab Tengku Mahkota datang, so tak mengajilah kitaorang malam nih.

Jahat aku kan? 





Tuesday

Selasa - 26022013

Aku ingatkan hujan lebat malam semalam, pagi tadi masa keluar Sembahyang Subuh, nampak macam lebat jer kesan hujan. So aku ingatkan tak payahlah ke kebun, aku melepak ajelah sambil melayan Forex. Dekat pukul 8 baru aku keluar nak breakfast, tengok-tengok tak adalah lebat hujan, tanah basah sesikit jer. Maknanya aku kena ke kebun jugak pagi nih. 

Apa-apa hal, ke kedai dulu for breakfast. Selamba jer aku, dengan muka tak mandi, berpakaian kerja, aku lalu jer kat kawasan yang padat dengan orang yang tengah ikut kursus MAH1R Kampung tuh. Kat kedai tu pun penuh orang, aku peduli apa, memang aku orang kampung yang buat kerja kampung so memang gitulah penampilan aku. Terfikir jugak aku, patutlah tak ada orang yang "nampak" kat aku nih. Eh, wait a minute, ada jugak orang yang "nampak" aku, geng-geng makcik yang suka bergossip tuh.

Tak buat apa pun kat kebun, habis jer baca paper, terus aku balik, belum pun pukul 9-30 pagi. Budak mengaji tak ada, so aku bebas lah sikit, nak online ker, nak sambung tidur ker. 

Since kat surau tu penuh dengan peserta kursus melepak, geng mengaji mak datang mengaji kat rumah lepas Zohor tadi. Serba salah aku, nak tidur, tadi dah tidur. Nak online, setiap 5 minit connection aku putus. Entah apa salahnya Streamyx harinih, dari pagi dia buat hal macam tuh. 

Right before Asar hujan turun renyai-renyai, kasi signal yang aku tak payah berhajat nak ke kebunlah petang nih. Tension aku tau tak, pasal kalau boleh aku nak meracun rumput. Aku rasa aku tahu dah sebab apa racun tuh tak keluar dari nozzle, dia meleleh (and thanks to its colour jugak) macam air yang kat porn tuh. Aku baru dapat idea, dari semalam puas aku fikir, pasal apa. Aku rasa, aku rasalah kan, besar kemungkinan sebab bancuhannya pekat sangat. That could well be the reason. Ekekekek, mana lah aku tahu/pernah membancuh racun, so itu yang aku pakai tuang jer tuh, sebab aku nak kan rumput dan semak samun mati. Bayangkanlah kalau aku meracun then rumput tak mati (sebab bancuhan racunnya cair sangat) kan? Sure akan jadi bahan lawak. Kena tambah air lagi lah, kepekatan racun tuh aku rasa, boleh membunuh Keling satu estate.

Malam nih tak ada ceramah/kelas mengaji so melepak jer lah. Sekarang ni, kalau baca Quran, lambat jer baca. Tak tahulah dulu-dulu punya bacaan, diterima ker tidak, sebab dulu bukan main laju aku baca, dilanggar semuanya. Sekarang nih bertertib, betul-betul praktiskan apa yang diajar. 

Best memorex malam nih, bukan sebab untung besar tapi belajar macamana nak "kejar/perangkap" market. Tercungap-cungap aku dibuatnya but it was fun. Buat Forex trading nih kena berani, don't be too afraid to catch a falling knife and do not hesitate to jump onboard a moving train. Just don't jump infront of a moving train dah lah. Apa pun I'm not expecting too high sebab dalam apa hal sekali pun, if we expect too high then kita akan fail kan? Aku setakat dapat sesedollar dua sehari dah kira ok lah, some people aim for a few grands dalam masa beberapa minggu. Now, that's a little too ambitious kan? Jangan MC dah lah.







Isnin- 25022013

Aku tak buat apa pun kat kebun harinih, kecuali menyiram sayur, walaupun malam semalam hujan ada turun sesikit. Dah tak ada kerja dah nampak gayanya, cuma menunggu hasil jer lah kot? Sebenarnya aku malas, rupanya kerja kampung nih pun ada Monday blues nya jugak. 

Since tak ada budak mengaji datang (sebab mak tak sihat), cepatlah aku balik ke rumah. Dapatlah lama sikit online. As expected, GBPUSD sama AUDUSD gapped lower, no thanks to UK yang didowngrade kan status nya oleh Moody. Teruk ekonomi UK la nih, dengar ceritanya ada ura-ura UK nak keluar dari Euro zone. Cerita jer lah, tak jadi kot. Ituhari Greece pun buat cerita macam tuh masa EURUSD tengah rock bottom. Surprisingly EURUSD naik, walaupun tak banyak, semuanya pasal anticipate Italy punya election result.

Agaknya sempena Tengku Mahkota nak datang, atau sebab Pilihanraya yang semakin hampir, banyak aktiviti kat kampung nih dibuat. Kat Dewan Serbaguna area, jugak kat Dewan yang sama di sebelah masjid tuh ada kem MAH1R Kampung, ada kursus dari Giatmara, kursus potong rambut, menjahit, buat kraftangan etc. Jadi pesta kat kampung nih. Semuanya orang dari luar. Orang kampung selamba aje, semuanya rileks macam raja, mentang-mentanglah Tengku Mahkota nak datang.

Ustaz tak ada petang nih so aku tak pergi mengaji, cuma mak aje yang mengaji sama geng-geng dia, kat surau. So lepak habislah aku, sempat tidur seround. Lepas Asar masa di kebun, aku tengok yang sebatas petola tuh dah habis dikerjakan dek ayam, satu pun tak tinggal. Tak ada rezeki betul. So  terus aku gemburkan batas tuh, dan aku semai sepacket sawi putih. Dulu cadangya nak suruh mak jer buat benda-benda yang memerlukan penyemaian nih sebab lecelh. Aku ada semai terung, tapi tak tumbuh pun, dah dekat 2 minggu. Lagipun mak sekarang dah tak ada masa nak ke kebun, pagi-pagi ada mengajar mengaji, kan? Bayam yang aku beli benihnya dulu tuh masih belum ditanam/semai, dah dua minggu 2 batas yang mak kerjakan tuh tak diusik pun. 

Dan mentimun masih belum tumbuh, tiap-tiap hari aku peratikan 5 batas berisi biji timun tuh, masih tak ada yang menampakkan diri. Bila hah aku tanam? Ker memang lama timun nak tumbuh? Aku nih jenis yang tak sabar. Bila benda yang aku tanam tuh mula cambah, aku jadi bersemangat nak tanam benda lain. Tapi kalau masih tak tumbuh jugak, aku malas buat kerja. 


Malam nih belajar mengaji lagi kat masjid, macam semalam jugak, Ustaz yang sama, so aku tak lah gugup sangat. dengan Ustaz yang hari Rabu tuh aku gugup, ini aku makin berdebar-debar sebab harinya semakin menghampir, kalau kena kutuk lagi, haruslah aku "pencen" dari belajar dengan Ustaz tuh kot. Aku, (dan ramai yang lain) "kurang berkenan" dengan Ustaz tuh sebenarnya. Dia nih one of the Imams kat sini. Sebab aku tak berapa 'suka' cara dia. Subuh tak pernah datang. Oooppsss. Mengajar mengaji itu pun berbayar. Ustaz lain semuanya tak mintak bayaran. Oooppsss.

EURUSD tumbled malam nih, semuanya gara-gara uncertainties dengan result election kat Itali lah. So masa aku menulis nih I'm flat EURUSD, cuma holding AUDUSD short dan GBPUSD (long). 

Monday

Ahad - 24022013


Lagi sekali aku tidur lewat semalam, layan tengok The Amazing Race sama Survivor. Memang The Amazing Race ada ditayang kat tv tapi masanya tak sesuai sebab aku kat masjid, nak tengok ulangan, lewat malam pulak. Aku kan ker jarang tengok tv (last aku tegok tv, dalam 2 bulan lepas kot, tengok The Voice kalau tak salah aku), nanti kalau aku tengok tv jauh malam, pelik pulak mak. Takut nanti mak ingatkan aku buang tabiat pulak. So itu yang aku layan kat internet jer tuh, memang dari dulu aku tengok my favorite tv shows pun kat internet kan?

So tak heranlah aku terlambat bangun pagi tadi. Dan mak pun terlambat bangun jugak. Aku tak perasanpun masa mak bangunkan aku, so lepas ambik wudhu terus aku start kereta. Lama pulak mak bersiap, biasanya sebelum pukul 6 kitaorang dah ke masjid. Aku tunggu jer lah, sabar. 

"La, awak tak sembahyang lagi ker? Awak nak ke masjid? Dah pukul 7", kata mak. Then baru aku terperasan, rupanya dah dekat pukul 7, ingatkan belum pukul 6. 

Lepas jer menyiram sayur aku ke Zone 3a, mencabut semak samun kat situ, aku terperasan yang ada kesan kena sodok kacang tuh, bersepah-sepah, bersepai kacang-kacang, ada dalam 3 perdu. Sah lah ini kerja babi. Yang peliknya, kacang kat tengah-tengah yang disondol. 

Mak dapatlah RM 70 duit kelapa, tadi ada orang datang ambik upah mengait kelapa. Dalam masa 2 bulan lagi dia nak datang semula. Kesian pulak kat orang yang ada monyet pemanjat kelapa tu dulu kan, dia kata dia nak datang lagi nanti tapi mak dah janji nak suruh mamat yang tadi jer.

Ya Rabbi lah ramainya orang kat kawasan masjid/balairaya, sampaikan aku terpaksa park kereta nun jauh. Masing-masing sibuk buat persediaan Tengku Mahkota nak datang nih, orang luar yang ramai nya. Orang kampung tak ambik port sangat, yang gotong royong bersihkan kampung pun kebanyakannya budak-budak Kem Latihan Negara yang dikerah sejak awal pagi. 

Aku cuba-cuba meracun petang nih, aku pakai tibai jer bancuhannya, dan bila aku cuba guna penyembur tuh, tak keluar sangat pun racun dari nozzle tuh. Keluar menitik-nitik jer, macam air kencing yang tus. Puas aku godek sana sini, tetap tak menjadi. Tak kan macam tuh kot keluarnya racun? Kalau gitu, memang betullah kata S yang it takes weeks nak meracun semua kawasan. 

Aku terperasan jugak yang anak-anak petola aku dipatuk ayam, tinggal setengah batas jer yang ok, yang lain tuh semuanya putus kepala. Aku selamba jer, dah namanya tak ada rezeki. 

Batuk mak makin menjadi-jadi, tak sihat pun sama. Aku kata tak payah ke masjid lah tapi mak berkeras nak pergi jugak. Best mengaji malam nih sebab yang conduct nya Imam tua, dia nih jenis yang memahami, so tak adalah gugup sangat aku. Infact dia kata aku punya bacaan ok dah, dia suruh aku baca 2 kali, nak kasi orang dengar. 




Sunday

Sabtu - 23022013


Macam selalu, lewat aku tidur semalam pasal hari terakhir trading for the week. Market pun was so erratic, Monday morning nanti GBP sure akan gap down, EUR pun sama kot, based on fundamental news yang semuanya bearish. Kalau AUDUSD down, ha itu lagi bagus.

Aku sambung semula tidur, itupun lepas pesan kat mak yang kalau ke Pekan Sehari tuh jangan beli barang banyak-banyak, nanti berat pulak nak membawaknya, nanti orang yang tengok akan terkesian kat mak. Kalau ada barang lain yang nak beli, aku akan pergi belikan. Kena pesan betul-betul, susah duduk kampung nih, serba serbi tak betul, semua nak diperhatikan orang. Duduk kat New York, nak pergi kedai berbogel pun orang tak kisah.

Pukul 9 lebih baru aku bangun, mak ada beli satay/nasi impit, so breakfast kat rumah jer lah. Mak tak ada pun suruh aku pergi menampakkan muka tak sudah aku nih kat gotong royong, so aku tak pergi lah. Terus aje ke kebun. Aku menugal (menanam) jagung, mak pun ada datang, mak petik daun-daun kacang yang dah tua, kalau tak, rimbun sangat kacang panjang tuh. 

"Pakeilah kayu, nak buat lubang tuh", kata mak bila tengok aku guna besi tajam jer nak menyungkil tanah, buat lubang.

"Apa salahnya pakai besi ni, lubang jugak", aku kata gitu. Mak nih, jenis yang mentaliti macam, "Kalau nak ke masjid Sembahyang Jumaat, kena pakai Baju Melayu', Gitu.

Aku biasa tanam sayur, kacang tanah, rapat-rapat, dalam dua tiga jengkal gitu, tapi bila tanam jagung nih kenalah dijarakkan dalam sedepa gitu (aku siap google kan tadi, how long is sedepa ekekeke). Rasa macam membazirkan kawasan aje kalau tanam sejauh itu setiap satu. I swear yang kat Amerika, jagung ditanam rapat-rapat, aku dulu pernah kerja petik jagung masa kat El Segundo, California dulu tuh.

So cuma sepacket benih yang aku dapat habiskan, ada lah dalam 50 lubang. Kat mana aku nak tanam lagi, dah kehabisan kawasan nih. Masih ada lagi 3 packets, semalam masa aku beli tuh aku ingatkan 4 packets tuh cuma untuk  a few rows of jagung jer tapi I was wrong. Mak suruh tanam kat bahagian kiri rumah, in between pokok pisang. Aku malas tanam kat situ pasal aku seboleh-bolehnya tak nak kerjakan tanah di situ sebab situ kawasan S kerja, nanti dipijak-pijak, diracunnya jagung aku. Kalau boleh aku nak tanam di bahagian kanan rumah aje, kat kawasan kacang dan tanaman aku semua tuh. Nampak gayanya aku kena bersihkan kawasan semak samun dekat tempat pelupusan sampah lah, kat situ tanah dia subur, tak berbatu. Ada jugak kawasan lapang lain tapi tanah keras, berpasir, berbatu. Nanti nanti jagung tuh jadi keras pulak ekekeke.

Aku berkebun nih kan, cara dia betul-betul mencerminkan keperibadian, karakter aku. Sebagai seorang yang tamak. Itu yang tanam rapat-rapat tuh. Kacang tanah tuh, sampaikan aku tak jenguk dah pasal rimbun sangat, tak ada langsung ruang nak lalu. Lagi satu, aku suka tanam banyak-banyak, dan banyak variasi. Sebab aku mudah bosan. Ha, itu sebijik ciri-ciri aku tuh. Aku tak kisah dan tak pernah fikir buat apa tanam banyak-banyak, susah-susah nanti bagi jer kat jiran, kawan-kawan mak. Kalau nak jual pun aku ok jer. Tapi janganlah mak suruh jual kat Pekan Sehari, aku masih tak boleh imagine yang diri aku meniaga sayur kat Pekan Sehari. Silap-silap nanti aku kasi free jer, cepat sikit sayur/jualan aku habis, kan? Life's not at all about making money, life is more about having fun, my kind of fun.

Since tak ada siapa yang balik kampung, dan tak ada aktiviti lain, dan tak ada budak datang belajar mengaji, aku pun tidur lepas Zohor. Ada jemputan khenduri lepas Asar tapi mak kan ker batuk-batuk, so kitaorang tak pergi. Aku ke kebun pun dah 5-30 petang, lepas siram sayur, aku menyangkul kat kawasan semak, untuk dapatkan kawasan untuk tanam jagung. Best jugak dah lama tak berpeluh, cuma tak bestnya, dapat dua tiga kali hayun, aku dah termalas. Nampak gayanya esok aku kena cuba-cuba meracun lah, cepat sikit kerjanya. 

By the way, sebatas petola dah nampak cambah, yang lain tuh (timun) belum nampak. Kacang panjang dah naik junjung semuanya, kacang buncis dah sampai ke level paling atas dah mendakinya. Cepat rupanya kacang buncis nih hidup. Peria dah keluar sesungut dah, kejap lagi memanjatlah tuh. Bendi pun dah ok nampak gayanya. Tomato (sepokok jer) dah ada buah, cili pun dah besar-besar. Kacang tanah apa lagi lah kan, semuanya rimbun-rimbun aje.






Saturday

Jumaat - 22022013

Pagi nih sekejap jer kat kebun, menyiram sayur guna air sungai. Nampak gayanya petola sama timun aku tak tumbuh kot pasal lepas aku tanam ituhari, hujan lebat selebatya 2 hari, so benih-benih tuh besar kemungkinan tertanam jauh di perut batas. 

Aku cepat-cepat bersiap nak ke Sungai Ruan sebelum budak-budak perempuan datang mengaji, ada 4 orang anak dara/bini orang yang datang tiap-tiap pagi. Mak ajak diaorang join mengaji kat surau tapi diaorang tak nak, "Malu kome, deme pande-pande, kome tak reti kebenda", itu jawapan diaorang. Ada yang tak kenal huruf pun rupanya.

Sementara tunggu pomen tuh repair handbreak, aku merayau-rayau kat Bandaraya Sungai Ruan. Biasalah, sebagai seorang pekebun tegar, aku beli bijik benih. Bersemangat sikit aku nanti kalau ada banyak jenama tanaman kan? Melayu punya style gitulah, tanah sekangkang kera tapi semuanya nak ditanam. Tak macam Cina, dioarang biasanya usahakan satu jenis tanaman jer, tapi dibuat besar-besaran. So aku nak cuba-cuba tanam jagung lah sesikit, kalau menjadi, aku nak buat besar-besaran sikit nanti, kawasan kacang yang InsyaAllah by end of next month akan mula dicabut tuh, aku nak tanam jagung lah pulak. Berjagung-jagung sementara menunggu kacang berisi lah sekarang nih.



Lepas Sembahyang Jumaat ada satu keluarga datang belajar mengaji, so aku melepak kat bilik aje lah. Sekarang nih aku dah tak dengar music langsung dah tapi tadi tuh aku terlayan Youtube. One of those days lah kan? Yang happened to be today. Aku layan lagu-lagu all-time favorite aku, jugak lagu-lagu yang buat aku terkenangkan seseorang, kawan , jugak situasi masa lagu tuh popular. 






Dengar lagu The Living Years, teringat kat Omar, kenalan internet yang dulu senasib dengan aku masa kat Amerika. I wonder apa cerita dia sekarang, kat Seremban kalau tak salah aku.

Bila dengar lagu Same Mistakes (James Blunt), teringat kat Awie, sorang lagi member baik sejak dia di Qatar. Kitaorang punya jalan cerita hampir sama, mine's a little too berbelit-belit, diaorang straight forward jer.

Petang baru aku betul-betul menyiram, guna paip. S ada datang sembang-sembang. Dia meracun kat kawasan sayur dan kacang aku, itu yang aku kena jaga-jaga sikit tuh, takut nanti jadi macam dulu, habis tempias racun kena pokok kacang.



Malam nih ada jamuan lagi kat masjid, hampir setiap malam ada makan-makan. Esok pagi ada gotong royong kat padang sebab Selasa nanti Tengku mahkota pahang nak datang melawat kampung nih. Mungkin aku pergi jugak jenguk-jenguk, itupun kalau aku tak lama kat Pekan Sehari.


Thursday

Khamis - 21022013


Pagi nih breakfast kat kedai lain pasal kedai yang aku selalu pergi tuh penuh dengan orang-orang gomen. Tak kira lelaki, perempuan, sama jer orang gomen nih, melepak aje kerjanya. 

Yang buat aku jadi tak berapa berkenan breakfast kat situ kalau salah timingnya (masa ramai orang) sebab diaorang tuh lawaknya jorok-jorok belaka. Tokay kedai tu lah, perempuan, dia yang selalu initiate lawak jorok. Macam semalam tuh dia kata, "Abang Abu tuh memang suka main telur", dia kononnya melawak kat sorang mamat nih yang asyik pilih telur rebus. 

"Hari ni banyak telur", dia kata bila ada sekumpulan lelaki datang nak makan. 

"Aih, memanglah, masing-masing bawak 2 bijik", ada jer yang jawab. Geli kan lawak orang yang separuh umur nih, semuanya double-meaning jokes aje.

Since semalam hujan, sekali lagi aku tak buat apa-apa kat kebun. Aku bersyukur betullah yang almost every day hujan sejak 2 tiga minggu nih. Itu yang aku ada masa nak bertanam sayur tuh, kalau tak jangan haraplah aku nak buat benda lain, asyik dok menyiram kacang aje kerjanya. 

Sebelum budak mengaji datang, aku keluar, nak ke Sungai Ruan. Nak beli The Star, lama dah tak baca paper omputih, asyik baca Harian Metro, Kosmo!, sampaikan aku dah kenal a few artis Malaysia. Seriously, aku geli tengok Rozita Che Wan tu, matanya biru, bulu mata macam pelepah nyor, tetek dua lambak. Semuanya fake, tak macam Melayu. Dua lagi yang aku jadi kenal, dan aku menyampah, Shila Amzah sama Yuna. I don't know but I just don't like the sight of them kat paper. Yang lain aku tak berkenan jugak tapi aku tak kenal. Tak ada artis Melayu yang aku suka sebenarnya, penyanyi ker, pelakun ker. Dulu-dulu ada lah, dulu aku suka Ida Nerina sama Zahim Albakri, dua orang tu jer. Ha, dah, melarat pulak kang. Itulah padahnya suka baca paper Melayu nih.

Masa nak park kereta tadi aku perasan yang hand break kereta macam loose, tak berfungsi, since workshop pomen tuh dekat situ aje , aku pergilah nak suruh dia repair, tengok-tengok apa salahnya. Dia kata handbreak tuh dah jammed, tapi dia tak ada masa pulak nak repair, aku kata aku akan datang petang nanti. Adui lah, lepas satu masalah, satu masalah lain timbul. 

Ingat tak ada satu orang kat JB yang suruh aku trade kan account Forex dia? R nama bro tuh. Aku baru terperasan yang account tuh dah MC, kena Margin Call. Hangus USD 50. Itulah, sesehari dua nih aku tak dapat online sangat pasal sibuk hehe, so tak dapat nak monitor. Account aku sendiri masih maintain. Aku rasa aku tak bersungguh-sungguh trade kat account R tuh pasal itu bukan account aku, aku jadi takut nak bukak position (last-lastnya MC langsung kan? Sama aje). Kalau itu account aku sendiri, akan aku berjuang habis-habisan, akan aku protect mati-matian. Kalau price against aku tahu macamana nak buat, kalau to my advantage aku lagi lah tahu apa my next step. Tapi account orang, itu yang payah sikit tuh. Tak apa lah, R sendiri dah kata yang kalau rugi/MC pun tak apa. Ada sapa-sapa nak suruh aku trade? Hehe

Petang nih hantar mak ke masjid sebab ada kelas ugama untuk kaum Hawa. If I were mak, lepas Zohor tadi aku akan tunggu jer kat masjid, instead of balik ke rumah dan pergi semula ke masjid half an hour later. 

Semenjak dua menjak nih aku memang kurang tidur, kan? Masalahnya aku tak dapat lelapkan mata bila petang, sebelum Asar tuh. Itu yang nak ke kebun buat kerja pun jadi macam malas jer, walaupun aku cuma ada masa sejam untuk buat kerja sebelum kena bersiap untuk ke masjid for Maghrib. S datang tadi, mintak duit untuk beli racun. Geram aku kat S nih, masih tak faham-faham lagi, patutnya guna duit sendirilah. So aku kata kat mak, instead of kasi duit, baik kasi dia guna racun yang ada kat setor tuh. Bila aku bukak pintu setor, mulalah dia nak pinjam itu ini, nak paip air lah, nak baja lah. 

Makcik Esah jiran kitaorang nak tumpang ke masjid sebab malam ni ada ceramah, aku offer kata yang kalau waktu-waktu sembahyang yang lain kalau dia nak ikut pun ok jugak, tak ada hal punya lah. Makcik Esah ni lah yang temankan mak masa mula-mula mak tinggal sorang-sorang dulu, masa aku masih kat Bandar Tasik Puteri. Dia, walaupun duduk sorang, tapi anak-anak dia duduk sebelah menyebelah aje.

Mak suruh kasi RM 20 kat Mat Noor, nak suruh dia tebas lalang sekeliling jalan menghala ke masjid, tempat laluan kitaorang. Dulu (arwah) pak memang upah kat Mat Noor. So tadi aku kasi lah dia duit, bila mak tanya samada aku ada kasi RM 20, aku ya kan aje tapi sebenarnya aku kasi RM 30.





Wednesday

Rabu - 20022013


Semalam aku ada kata yang aku nak buat selamba aje pasal kereta yang tersadai kat masjid tuh kan? Tak nak sibuk-sibuk talipun sana sini. Simply sebab aku tak ada duit nak uruskan semuanya tuh, aku nak biar mak handle semuanya sebab duit di tangan mak. Or rather di bank/Tabung Haji. 

Tapi pagi nih aku rasa macam terkesian pulak kat mak sebab mak tak tahu nak buat apa, mak senyap jer. Sesenyap aku. Masing-masing senyap. Lagipun aku tak nak nanti ada yang menyalahkan aku yang langsung tak nak ambik hal pasal kereta. Aku kena ingat yang aku tak boleh buat salah silap, nanti adalah yang bangkit-bangkitkan issue lama yang aku nih anak yang paling tak guna, anak yang paling menyusahkan mak (arwah) bapak. Aku kena jaga hati aku dari disakiti dengan ayat-ayat macam tuh. So aku kena spring into action.

And so pagi-pagi lagi aku talipun Ida, mengabarkan berita pasal kereta yang rosak tuh. Aku suruh Ida yang beritahu mak suruh mak ke Tabung Haji keluarkan duit. Aku tahu yang kat tangan mak ada dalam seseribu aje. Aku tak tahu dah cerita selanjutnya sebab aku terus aje pergi breakfast, then ke kebun. 

Since tak ada apa yang aku boleh buat kat kebun,an lebat malam tadi, aku melepak baca paper kat kedai. Then Pakcik jiran kitaorang yang hantarkan kitaorang semalam tuh, datang ajak aku ke masjid tengok kereta. Masih tak boleh start. Dia kata 9-45 am ada pomen dari sungai Ruan akan datang bawak bateri, so aku tunggu aje lah kat kedai sesambil mengeteh. 

"Tengok, ini beteli sudah masuk 3 tahun lo", kata pomen tuh. Bila dia tukarkan batteri, masih tak boleh start, so digodek-godek sana sini kat wire kat batteri tuh. 

"Tengok, ini wayar sudah mau putut, macam itu ada olang talik", kata pomen tuh.

Dia repair sana sini, akhirnya kereta tuh boleh distart. Aku suruh dia ikut aku sebab nak balik ambik duit. Then dia pulak suruh aku ikut dia ke Sungai Ruan, ke workshop dia, pasal ada barang yang nak digantikan. 

"Ini keleta lu ada selalu bawak masuk hutan?", dia tanya gitu. 

So ranaplah a few hundreds kat workshop tuh.

"Moh lah kita ke Raub, mak nak keluarkan duit Tabung Haji", kata mak lepas mengajar budak-budak mengaji.

Pandai lah jugak aku berdrama, aku tanya mak apa pasal nak keluarkan duit Tabung Haji sekarang sedangkan lusa duit pencen (arwah) pak yang tertunggak tuh akan dimasukkan ke account CIMB mak. Again, aku nak tengok reaksi mak. 

"Deme nya semua suruh mak keluarkan duit Tabung Haji, lagipun dulu mak dah niat gitu", kata mak. Bersemangat jer mak kata nak keluarkan duit. Termakan jugak nasihat-nasihat anak-anak. 

"Tak ada lalu dah duit kat mak nih", mak kata gitu bila aku kata yang lebih baik tunggu lusa aje untuk keluarkan duit kat bank, mak tak payah pergi bank pun tak apa sebab aku boleh guna kad ATM mak, aku tahu pincode nya sebab aku sama Kak teh yang uruskan pasal bukak account tuh dulu. Tapi mak nak jugak ke Tabung Haji. Dan tiba-tiba aku rasa inilah masa yang paling sesuai untuk aku melontarkan kata-kata (ekekeke bahasa aku, bahasa seorang pelakun), memberikan sebutir dua kata kat mak.

"Memang betul kata Ida sama Akak The, keluarkan jer sesikit duit Tabung Haji (arwah) pak tuh, gunakan. Sekurang-kurangnya (arwah) pak dapat jugak pahala. Daripada biarkan jer duit tuh tak diguna", aku kata gitu.

"Selama ini saya tak cakap apa-apa pun, sebab saya tak nak nanti ada yang kata saya nak ambik kesempatan, sebab saya duduk sama mak", aku kata lagi.

"Sebab tu saya tak pun rasa suka bila ada kereta, sebab saya tahu yang saya tak ada duit. Bila berkerata gini, kereta second hand pulak tu, memang sokmo kena ada duit di tangan", aku sambung lagi. 

"Kereta tu macam kereta mak lah, mak kena standby ada duit, saya drebar jer", aku kata lagi. "Tak boleh jadi kalau nak tunggu duit anak-anak kalau hal-hal macam ni".

And so aku ke Raub sama mak, mak keluarkan part of (arwah) pak punya duit. Tak payah tahu lah berapa kan? Duit mak aku, mana boleh korang tahu. Duit kat wallet aku kalau korang nak tahu, boleh aku cakap ada berapa. Ada dalam seratus setengah. Kat BSN ada tak sampai seratus, kat Bank Islam ada a few ringgits, kat CIMB ada sikit, untuk bayar Takaful sama bill P1. Itu aje. Aku ada fikir yang kalau teruk sangat nanti, aku akan leburkan aje Sijil Simpanan Premium BSN aku yang aku ada. Gila miskinnya aku kan? Tapi yang peliknya, aku happy jer, aku selamba jer, aku tenang jer, and I don't give a farque apa orang nak kata pasal aku. Ha, itu yang mahal tuh, qualiti yang jarang ditemui pada masyarakat Melayu sejagat ekekekekk

And so settle lah semuanya, mak happy sebab masalah selesai, aku happy sebab tengok mak happy dan bersungguh-sungguh nak keluarkan duit, yang lain pun happy bila dengar cerita kitaorang. 

"Puas aku kena kutuk sebab bagi mak kereta rosak", kata Nuar.

"Kereta BR1M ker yang Nuar bagi tuh?", kata Long. 

Mak ke surau lagi, mengaji macam semalam. Nampak gayanya itu aktiviti harian mak lepas Zohor. Aku cuba nak tidur tapi mata tak boleh lelap walaupun mengantuk. Aku rasa macam dah tak ada masa sangat nak memorex sekarang nih, so itu yang aku cari info, baca news, tengok traders sentiments 
etc tuh. 

Lepas Asar aku ke kebun, sesehari dua nih asyik dengan urusan-urusan duniawi, petang nih kena lah buat urusan-urusan tanahi pulak kan? Aku sambung tanam timun dan jugak musk melon. 10 bijik benih for RM 2, mintak-mintak adalah yang tumbuh, boleh aku bermelon-melolan.

Sabar jer lah dengan Ustaz yang ajar mengaji malam nih. Strict gila, since aku kali pertama belajar dengan Ustaz nih, teruk aku kena, sampaikan Bismillah aku pun ditegur, Al Fatihah aku pun sama, sampai nak give up aku. Yang peliknya, dengan Ustaz sorang lagi (Sabtu sama Isnin), ok jer aku baca. 

"Itu anak De membaca tuh", siap aku terdengar jemaah perempuan belakang tabir berbisik sama diaorang. 

Mak kata yang Ustaz tuh memang strict, memang tak ramai orang suka, even (arwah) pak dulu pun tak pernah join baca Quran kalau Ustaz tuh yang mengajar. Patut pun tak ramai yang mengaji tadi tuh, ramai yang bersidai kat luar aje. Cuma masa makan jer ramai, sampai tak cukup roti canai sebab ada yang ambik sampai 3 keping sorang. Apa-apa pun memang aku macam bengkek jer kat Ustaz tuh sebab dia ada perli kata, "Balik rumah rajin-rajin bukak Quran". Malam esok lagi sekali nih, mamposlah. 







Selasa - 19022013


Saja jer aku buat pura-pura tak sedar, aku nak tengok samada mak kejutkan aku ke tidak untuk pergi Subuh kat masjid. Aku "terbangun" akhirnya bila mak sibuk, bising menghalau anjing.

Aku tak tidur dah lepas Subuh sebab sampai rumah pun dah dekat pukul 7. Terus ajelah breakfast (kat rumah), then ke kebun, walaupun malam semalam hujan lebat jugak. Tak buat apa sangat, pacak kayu buat junjung/para aje sesikit. Belum pukul 10 aku dah balik, tapi terpaksa melepak kat belakang rumah sebab ada budak perempuan datang mengaji. 

"Ambik lah tiga ratus ni, awak bawak kereta tuh kenalah ada duit di tangan. Akak The cakap gitu semalam, dia suruh bagi duit ke awak", kata mak.

Aku senyap kan aje sebab aku memang dah tahu, Akak The kan ker ada talipun aku semalam? Tapi itulah, bill semuanya dekat RM 200, berapa sen jer lah yang tinggalnya nanti. And I'm pretty sure kalau Ida talipun nanti, tentu mak akan kata, "Ada bagi duit, mak bagi tiga ratus ke dia", or sentences to that effect. Boleh kalau aku suruh jer Ida settlekan bills tuh online tapi aku saja jer nak tengok mak keluarkan duit. 

So kat Bandar Raub aku settlekan bil Telekom, bill air, then pergi beli benih timun, petola, sawi putih, bayam. Risau aku tengok kawasan yang dah lama aku cangkul tuh tak ditanam apa-apa. See, aku dah terbejangkit penyakit mudah risau tuh ekekek.

Ida ada talipun mak sepeninggalan aku ke Bandar Raub, aku rasa Ida slow-talked mak pasal masa aku tengah makan tadi mak ada kata, "Deme eh suruh mak keluarkan duit Tabung Haji, dulu kata tak payah keluar kan dulu. Mak keluarkan lah nanti duit tuh", dengan nada macam sayu jer. 

Aku buat tak tahu jer sebab bab-bab tuh memang aku tak tahu apa-apa pun kan? Aku cuma tertahu, itu aje. 

Cuma aku takut satu hal jer, aku takut kalau-kalau mak fikir I'm the one behind this so-called "konspirasi" nak suruh mak keluarkan part of duit Tabung Haji (arwah) pak. Tapi, in all honesty aku kata, memang aku tak ada bersuara pun pasal tuh, betul-betul aku tak ambik tahu langsung pasal duit/harta mak. Cuma bila Ida sama Akak The suarakan pendapatan diaorang, aku setuju, sebab sebelum ini aku dah fikir semua tuh. 

Kalau korang tak percaya cakap aku, cuba tanya Akak The aku, cuba tanya Ida aku. Dalam ramai-ramai adik beradik, Ida sama Akak The jer aku rasa yang "berani" slow talk dengan mak, yang lain tuh lain pulak stylenya, ada yang ikut mood (balik kalau diaorang rasa nak balik for example), ada yang langsung tak ambik kisah. 

Oh and by the way, aku ada sikit sangsi dengan ayat, "...dulu kata tak payah keluar kan dulu.." tuh. Don't get me wrong, my mum means the world to me, she's the best mum in this world tapi....tapi apa hah? ekekke, tak reti nak buat ayat.

Best jugak drama swasta keluarga aku nih kan?

Mak ke surau lepas Zohor, dulu masa mak dalam eddah, mengaji dibuat kat rumah, tapi sekarang nih gang mak buat kau surau. Aku tak pergi sebab mengaji tuh geng-geng mak jer, Ustaz tuh cuma ada hari Isnin. So aku ambik kesempatan tuh untuk tidur, talipun berdering pun aku tak layan jer. Asar aku sembahyang kat masjid, then singgah kat surau kejap nak ambik mak. Aku rasa mak happy jer dengan geng mangaji mak tuh, biasalah perempuan kan, apa-apa hal, sure ada makanannya. Macam semalam tuh, macam-macam makanan yang disediakan.

Petang aku cuma ada sekejap jer masa untuk ke kebun. iyalah, balik dari Asar dah 5-30 petang, by 6-30 aku dah kena bersiap untuk ke masjid. Mulanya bersemangat bawak semua benih yang aku beli tadi tuh, nak tanam semuanya lah kononnya. Bayam sama sawi tuh aku nak mak yang tanam kat palyarea mak, aku kalau benda-benda yang kena disemai, ditabur nih, aku lemah sikit. So aku buat 5 batas, petola dapat sebatas jer sebab satu packet tuh cuma ada 10 biji benih. Timun dapatlah 5 batas, itupun masih ada balance yang aku nak tanam esok. Tadi tuh terpaksa buat beralus sikit pasal mak ada, itupun mak kata yang patutnya aku tabur baja dulu tapi aku kata bila dah cambah lah baru aku tabur baja. Adalah a few times "letak 2 bijik jer selubang, jangan rapat-rapat sangat" yang keluar dari mulut mak. Tak adalah aku tanam rapat-rapat, sebab aku tahu, kalau tanam rapat-rapat nanti, sure jadi bahan jenaka lagi, tanam sejengkal-sejengkal. Aku rasa kalaulah aku nih hidup di zamana dahulukala, dah lama dah orang akan panggil aku Mat Jengkal. Jengkel gue, tau nggak? 

Sepatutnya ada ceramah ugama malam nih tapi Ustaz nya tak datang so ramai jugaklah jemaah yang melepak aje sementara tunggu Isyak. Lepas tuh ada makan-makan, tapi aku tak join pun. Tak tahu apa silapnya, masa aku nak start kereta, alarm berbunyi, dan bila aku matikan enjin, alarm still berbunyi dan lampu menyala. Nasib baik jemaah masih ramai kat masjid, ada yang tolong tengokkan. Dua tiga kali start kereta masih tak hidup, terus padam gitu aje. Ditolak, ditarik, masih tak ok, so terpaksa ditinggalkan aje lah kat luar masjid. Ada jemaah tuh yang hantarkan kitaorang balik.

Aku selamba aje walaupun deep down aku rasa itu satu insiden yang memalukan. Iyalah, baru hari kedua kitaorang ke masjid, dah kereta buat hal. Aku kesian kat mak jer, tapi masa nak bukak pintu rumah, ada aku tercakap, "Ha, gini lah gayanya kalau berkereta, kereta second hand pulak tuh". Long ada talipun masa aku tengah sibuk tolak kereta tadi tuh, aku buat tak layan jer sebab Long pun baru tahu yang kitaorang dah ada kereta (kereta rosak), so soalan-soalan dia semuanya dah tak relevan. Sebab aku sekarang berdepan dengan kereta rosak hehehe. Aku tak talipun pun beritahu Ida atau Nuar, dan aku tak tahu pun nak buat macamana esok nih. Kalau ikutkan hati, nak biarkan aje kereta tuh tersadai kat masjid, after all aku tak pernah ambik port pun pasal bab-bab kereta tuh kan? 

Tuesday

Isnin - 18022013


"Awak ambik lah seratus nih, semalam Nuar ada bagi RM 200, lepas tuh Lia (isteri Nuar) ada bagi duit khairat kematian", kata mak masa aku nak pergi breakfast.

"Ini duit lain nih awak guna lah untuk beli barang", kata mak lagi sambil hulur kan aku duit seratus lebih. Dalam hati aku kata, mak ni macam tahu jer yang aku tak berduit. 

"Tak apa lah, saya nak guna duit ni nak bayar bill talipun, Pui ada hantar message suruh bayar bill sebab Telekom dah contact dia, ada balance tertunggak", saja jer aku cakap macam tuh sebab nak tengok apa reaksi mak. 

Aku tak berapa berkenan kalau mak merungut pasal bill yang lambat dibayar, atau kalau bill tuh tinggi sikit dari biasa. Aku cukup tak berkenan kalau mak tanya, "Biasanya sapa yang bayar?". Lagi satu ayat yang aku kurang selesa dengar, "Dulu masa arwah pak ada, kalau ada jer bill, terus dia pergi bayar". So aku beritahu yang esok aku akan ke bandar Raub nak bayar bil-bil air, talipun tuh. At least mak akan gunakan duit, tak kan asyik nak kumpul aje duit tuh kan, then harapkan anak-anak settlekan bill, lambat sikit bayar, risau. Tak bagus lah macam tu kan? 

Aku sambung buat para kacang, habis 2 gelung tali, habis aku ikatkan kat pokok mangga, bersimpang siur tali tuh, Tak daya lah aku nak cacak kayu banyak-banyak, nak masuk hutan mencarinya dah satu hal. 

Sibuk jadinya hari nih sebab lepas Zohor kat masjid, sempat lepak kejap aje, terus pulak ke Surau mengaji Quran. Tak mudah lah, Surau yang seberang jalan jer tuh pun pergi naik kereta. Aku layan kan jer heheheh. Since aku sorang jer lelaki, mak suruh Ustaz tuh ajar aku mula-mula sekali. Ustaz tuh suruh aku mula dari awal, mula dari surah Al-Baqarah. Lain sikit dari style Ustaz tuh kalau dia mangajar kat masjid hari Sabtu. Tadi tuh terus aje dia suruh baca, biasanya dia akan baca dulu ayat-ayat tuh. Tergugup tergagap jugak aku kadang tuh, iyalah, mak pun ada dengar masa tuh, yang lainnya semua geng mengaji mak. 

Lepas tuh mak suruh aku balik, then datang semula masa Asar, so aku baliklah sekejap. Then Ida talipun. Sakan kitaorang gelak bergossip. 

"Abang Tam slow talk lah dengan mak, suruh mak keluarkan duit Tabung Haji tu, kan ker mak dah niat nak guna duit tu untuk bayar kereta?", kata Ida. 

"Hal tu aku tak nak masuk campur. Tapi aku peratikan jer", aku jawab macam tuh.

Aku setuju dengan idea Ida tuh, infact semalam lagi aku dah rasa macam tak puas hati jer bila tahu yang mak tak jadi nak keluarkan a few ribus dari Tabung Haji (macam yang mak niatkan dulu tuh. Again, walaupun aku tak ambik port pasal semua tuh tapi telinga aku nih kan ker capang? Ekekekeke) It's true yang Nuar kata tak payah keluarkan duit Tabung Haji lah (mak ada duit Tabung Haji, dan duit Tabung Haji arwah pak pun dah selamat dipindahkan ke akaun mak) sebab kereta tuh dah habis dibayar sebenarnya (kereta second hand jer), TAPI, aku rasa mak sepatutnya berkeras hulurkan duit tuh kat Nuar. Nuar nak ambik atau tidak, itu cerita lain. Ini, pergi Tabung Haji pun tak. 

We are not at all being hard on mak TAPI kitaorang tak faham apa pasal mak liat sangat nak membelanjakan duit (Tabung Haji arwah pak). Kalaulah mak gunakan duit tuh untuk benda-benda baik, dapatlah jugak (arwah) pak pahala, kan? Apa yang kitaorang nak, biar mak pergunakan duit (arwah) pak untuk kebaikan, daripada dibiarkan tersimpan tak diguna. Duit pencen pun tak diusik. 

Well, diusik jugak sebenarnya, without mak's knowledge. Selama ini Ida bayar semua bil-bill tuh guna duit dalam account mak. Account CIMBClick mak, Ida yang manage. Mak tak tahu pasal tuh, mak ingatkan Ida guna duit sendiri. Aku pun baru tahu, Ida terlepas cakap. Ekekekeke. Apa-apa pun, very smart of her. Aku setuju macam tuh, at least mak "guna" duit, daripada simpan, dan simpan, dan simpan. Akan jadi tamak nanti kalau macam tuh. 

Rupanya Akak The pun bersependapatan sama dengan pendapatan aku dan pendapatan Ida. Kitaorang bersependapatan. Akak The talipun cellphone aku masa aku kat kebun, beritahu yang dia baru slow-talked dengan mak, suruh mak keluarkan duit Tabung Haji sepertimana yang mak niatkan dulu tuh. 

Aku tak tahu how far the truth is tapi Akak The ada mention pasal aku yang "menghambakan diri" (her words, not mine) jaga mak, dan aku tak ada duit, tapi aku buat selamba aje tak memintak, tak komplen sebutir apa. 

"Ada budak-budak tuh bagi duit, dulu Teh ada bagi ke dia tiga ratus", mak jawab gitu. Terasa hati aku, seriously. Tapi takat terasa jer lah, tak ada perasaan lain, Just terasa. Itu saja. (Bila hah Teh bagi aku duit? Oooo, duit tuh dah habis masa aku pergi KL ituhari, then balance nya aku beli benih). Lepas tuh, sampai sekarang, tak ada sapa dah hulur aku duit. Aku tak kisah, aku tak peduli, aku tetap selamba. Sebab aku tahu, yang ketidakkisahan, ketidakpedulian, ketetapselambaan aku tuh is part of my answer bila aku (InsyaAllah) akan kata, ...so it's fair lah kalau aku nak mulakan hidup baru kat Ecuador" nanti tuh kan?

(Apa, korang ingat aku buat gaya macam bodoh jer nih, memang aku betul-betul bodoh ker? Let me tell you something, cita-cita aku, angan-angan aku, sesubur kacang tanah aku tu lah Ekekekekke)
   
Penyudahnya satu apa kerja pun tak jadi, sibuk bergossip jer petang nih. Tapi itu semua untuk kebaikan kitaorang sekeluarga. I did let Ida sama Akak The tahu yang aku, walaupun tak berbunyi sepatah kata, senyap jer, tapi sebenarnya aku peratikan aje kelaku dan cara masing-masing. Infact I know more than they do. Dan aku tak akan komplen walau sekelumit pun. Buang masa jer cakap banyak-banyak kan? Masing-masing tuh dah tua, apa lah nak dikusutkan otak dengan fikir benda bukan-bukan. 

Rasa macam sekejap jer kat rumah harinih, mana tak nya, lepas kat kebun, bersiap-siap nak ke Masjid, melepak kat masjid sampai Isyak.