"Awak ambik lah seratus nih, semalam Nuar ada bagi RM 200, lepas tuh Lia (isteri Nuar) ada bagi duit khairat kematian", kata mak masa aku nak pergi breakfast.
"Ini duit lain nih awak guna lah untuk beli barang", kata mak lagi sambil hulur kan aku duit seratus lebih. Dalam hati aku kata, mak ni macam tahu jer yang aku tak berduit.
"Tak apa lah, saya nak guna duit ni nak bayar bill talipun, Pui ada hantar message suruh bayar bill sebab Telekom dah contact dia, ada balance tertunggak", saja jer aku cakap macam tuh sebab nak tengok apa reaksi mak.
Aku tak berapa berkenan kalau mak merungut pasal bill yang lambat dibayar, atau kalau bill tuh tinggi sikit dari biasa. Aku cukup tak berkenan kalau mak tanya, "Biasanya sapa yang bayar?". Lagi satu ayat yang aku kurang selesa dengar, "Dulu masa arwah pak ada, kalau ada jer bill, terus dia pergi bayar". So aku beritahu yang esok aku akan ke bandar Raub nak bayar bil-bil air, talipun tuh. At least mak akan gunakan duit, tak kan asyik nak kumpul aje duit tuh kan, then harapkan anak-anak settlekan bill, lambat sikit bayar, risau. Tak bagus lah macam tu kan?
Aku sambung buat para kacang, habis 2 gelung tali, habis aku ikatkan kat pokok mangga, bersimpang siur tali tuh, Tak daya lah aku nak cacak kayu banyak-banyak, nak masuk hutan mencarinya dah satu hal.
Sibuk jadinya hari nih sebab lepas Zohor kat masjid, sempat lepak kejap aje, terus pulak ke Surau mengaji Quran. Tak mudah lah, Surau yang seberang jalan jer tuh pun pergi naik kereta. Aku layan kan jer heheheh. Since aku sorang jer lelaki, mak suruh Ustaz tuh ajar aku mula-mula sekali. Ustaz tuh suruh aku mula dari awal, mula dari surah Al-Baqarah. Lain sikit dari style Ustaz tuh kalau dia mangajar kat masjid hari Sabtu. Tadi tuh terus aje dia suruh baca, biasanya dia akan baca dulu ayat-ayat tuh. Tergugup tergagap jugak aku kadang tuh, iyalah, mak pun ada dengar masa tuh, yang lainnya semua geng mengaji mak.
Lepas tuh mak suruh aku balik, then datang semula masa Asar, so aku baliklah sekejap. Then Ida talipun. Sakan kitaorang gelak bergossip.
"Abang Tam slow talk lah dengan mak, suruh mak keluarkan duit Tabung Haji tu, kan ker mak dah niat nak guna duit tu untuk bayar kereta?", kata Ida.
"Hal tu aku tak nak masuk campur. Tapi aku peratikan jer", aku jawab macam tuh.
Aku setuju dengan idea Ida tuh, infact semalam lagi aku dah rasa macam tak puas hati jer bila tahu yang mak tak jadi nak keluarkan a few ribus dari Tabung Haji (macam yang mak niatkan dulu tuh. Again, walaupun aku tak ambik port pasal semua tuh tapi telinga aku nih kan ker capang? Ekekekeke) It's true yang Nuar kata tak payah keluarkan duit Tabung Haji lah (mak ada duit Tabung Haji, dan duit Tabung Haji arwah pak pun dah selamat dipindahkan ke akaun mak) sebab kereta tuh dah habis dibayar sebenarnya (kereta second hand jer), TAPI, aku rasa mak sepatutnya berkeras hulurkan duit tuh kat Nuar. Nuar nak ambik atau tidak, itu cerita lain. Ini, pergi Tabung Haji pun tak.
We are not at all being hard on mak TAPI kitaorang tak faham apa pasal mak liat sangat nak membelanjakan duit (Tabung Haji arwah pak). Kalaulah mak gunakan duit tuh untuk benda-benda baik, dapatlah jugak (arwah) pak pahala, kan? Apa yang kitaorang nak, biar mak pergunakan duit (arwah) pak untuk kebaikan, daripada dibiarkan tersimpan tak diguna. Duit pencen pun tak diusik.
Well, diusik jugak sebenarnya, without mak's knowledge. Selama ini Ida bayar semua bil-bill tuh guna duit dalam account mak. Account CIMBClick mak, Ida yang manage. Mak tak tahu pasal tuh, mak ingatkan Ida guna duit sendiri. Aku pun baru tahu, Ida terlepas cakap. Ekekekeke. Apa-apa pun, very smart of her. Aku setuju macam tuh, at least mak "guna" duit, daripada simpan, dan simpan, dan simpan. Akan jadi tamak nanti kalau macam tuh.
Rupanya Akak The pun bersependapatan sama dengan pendapatan aku dan pendapatan Ida. Kitaorang bersependapatan. Akak The talipun cellphone aku masa aku kat kebun, beritahu yang dia baru slow-talked dengan mak, suruh mak keluarkan duit Tabung Haji sepertimana yang mak niatkan dulu tuh.
Aku tak tahu how far the truth is tapi Akak The ada mention pasal aku yang "menghambakan diri" (her words, not mine) jaga mak, dan aku tak ada duit, tapi aku buat selamba aje tak memintak, tak komplen sebutir apa.
"Ada budak-budak tuh bagi duit, dulu Teh ada bagi ke dia tiga ratus", mak jawab gitu. Terasa hati aku, seriously. Tapi takat terasa jer lah, tak ada perasaan lain, Just terasa. Itu saja. (Bila hah Teh bagi aku duit? Oooo, duit tuh dah habis masa aku pergi KL ituhari, then balance nya aku beli benih). Lepas tuh, sampai sekarang, tak ada sapa dah hulur aku duit. Aku tak kisah, aku tak peduli, aku tetap selamba. Sebab aku tahu, yang ketidakkisahan, ketidakpedulian, ketetapselambaan aku tuh is part of my answer bila aku (InsyaAllah) akan kata, ...so it's fair lah kalau aku nak mulakan hidup baru kat Ecuador" nanti tuh kan?
(Apa, korang ingat aku buat gaya macam bodoh jer nih, memang aku betul-betul bodoh ker? Let me tell you something, cita-cita aku, angan-angan aku, sesubur kacang tanah aku tu lah Ekekekekke)
Penyudahnya satu apa kerja pun tak jadi, sibuk bergossip jer petang nih. Tapi itu semua untuk kebaikan kitaorang sekeluarga. I did let Ida sama Akak The tahu yang aku, walaupun tak berbunyi sepatah kata, senyap jer, tapi sebenarnya aku peratikan aje kelaku dan cara masing-masing. Infact I know more than they do. Dan aku tak akan komplen walau sekelumit pun. Buang masa jer cakap banyak-banyak kan? Masing-masing tuh dah tua, apa lah nak dikusutkan otak dengan fikir benda bukan-bukan.
Rasa macam sekejap jer kat rumah harinih, mana tak nya, lepas kat kebun, bersiap-siap nak ke Masjid, melepak kat masjid sampai Isyak.