Sabtu morning kalau tak ada adik beradik lain yang balik, biasanya aku akan sambung tidur lepas Subuh, simply sebab aku mengantuk memorex sampai early morning malam sebelumnya. Dan mak akan kejutkan aku, nak suruh ke Pekan Sari untuk beli sayur-sayuran, barang dapur untuk seseminggu.
Tak ada beli apa sangat pun tadi sebab kat fridge masih banyak ayam, ikan, sotong dan udang. Lagipun aku nak ke KL monday kan? Cuma beli kacang buncis sama peria aje. Aku sempat breakfast lagi tuh kat kedai di situ.
Lambat aku ke kebun pagi nih, dekat pukul 9 baru keluar. Sekarang nih since sayur dah tumbuh, aku akan siram di bahagian sayur dulu, termasuk pokok cili kat mak's play area. Aku ralit menyiram sayur, tak perasan pun mak ada datang, dia menyiram kat pokok cili yang aku dah siram tuh, yang mungkin tak nampak sangat kesan disiram sebab hari pun dah panas.
"Laaa mak, situ dah disiram, mende nya nak siram lagi?", aku kata gitu.
Aku geleng kepala. Biasanya kalau aku tak sengaja geleng kepala tuh itu tandanya aku memang tak puas hati, bengang, tak percaya. Aku tak rasa mak nampak aku geleng kepala tuh. Aku jadi tak best jer, hati aku tak tenteram, bermacam-macam kat fikiran aku. Dah lah semalam mak ada tanya aku innocently, "lada tuh awak dah siram ker?", pertanyaan biasa aje tapi aku macam sentapz jugak sebab aku rasa mak macam tak percaya aku. Aku fikir, tak kan lah aku sebodoh itu, seteruk itu, sepemalas itu. Aku tahulah yang mana harus disiram dan yang mana tak apa kalau tak disiram. Kacang tanah aku tuh ada yang aku siram selang sehari tapi sayur sama cili memang aku siram 2 kali sehari, pagi dan petang.
Mungkin mak menyiram tuh sebab nak menolong aku, tapi aku rasa macam mak tak percaya jer kat aku. Contoh-contoh lama mula bermain kat kepala aku. Masa menanam kacang tanah dulu tuh, bila mak selalu tanya soalan-soalan macam, "Yer ker dah habis (benih)?", "Betul ker dah siap tanam?", mula menghantui aku.
Hal kecik macam tu pun buat spoil jer mood aku seharian. Sensitif sangat orangnya aku nih kan? Tapi, aku ingat kata David, yang orang yang sensitif nih seorang yang penyayang. Aku percaya tuh, memang betul. Aku sebagai buktinya ekekekek.
Since kat rumah pun sunyi sepi sebab tak siapa yang balik (Long tak balik sebab tak berapa sihat), lagi lah suasana nampak macam muram, tak ada mood jer.
2 kali Pak Andak talipun aku harinih, mula tuh masa aku tengah menyiram. Since dengan Pak Andak sorang jer tempat aku mengadu, so aku ceritakanlah kat dia a few issues yang tengah hangat sekarang nih. Aku nak dengar Pak Andak punya pendapat.
"Mat nyer, mak awak nak lari dari anak-anak?", kata Pak Andak bila aku cerita yang mak sejak kebelakangan nih selalu kata yang dia nak sangat ikut kawan-kawan "solo" mak memondok di Jerantut Feri, dekat Bandar J. (Ala, dah orang tahu yang J tuh stands for Jerantut ekekekke)
"Nanti tentu orang kampung buat cerita kata yang awak adik beradik tak nak jaga mak awak, tapi bagi alasan kononnya hantar mak belajar ugama", kata Pak Andak lagi.
"Awak nasihat lah ke mak awak tu, kalau mak awak tu degil, awak kabor ke Pak Andak, biar Pak Andak pulak nasihat mak awak tuh. Mak awak tuh kalau dengan Pak Andak, dia dengar kata", kata Pak Andak.
Betul kata Pak Andak tuh, kalau kitaorang adik beradik tak setuju dengan niat mak, mak selalu kata yang kitaorang gang up on her.
Kali kedua tuh Pak Andak talipun tuh nak tanya pasal Umrah, "Ngah awak tak ajak mak awak pergi Umrah sekali ker?". Tak kot, pasal minggu lepas jer baru kitaorang tahu yang Ngah nak ke Mekah nya pun. Alah, orang kaya, kalau diaorang nak buat Umrah, diaorang decide dalam masa seseminggu dua jer. Unlike orang "miskin", setahun dua lagi nak pergi Umrah, dah riuh seluruh dunia dikasi tahu.
Kesian kat orang miskin kan?
"Nanti bila awak ada duit nanti, awak bawaklah mak awak pergi Umrah", kata Pak Andak.
"Memang gitu perancangannya, saya dah beritahu dah dulu, masa (arwah) pak ada lagi pun saya dah cakap, sebab saya takut tak sampai hajat. Saya beritahu tu biar mak sama (arwah) pak tahu itu hajat saya", aku cakap macam tuh.
"Lepas tuh mak awak kata mende?", Pak Andak tanya.
"Biasalah,......"Kome dah 2 kali pergi Umrah, kome dah pergi haji, awak gunalah duit tu untuk kegunaan awak, beli kereta, nikah, beli rumah....". Benda-benda gitulah Pak Andak", aku ajuk cakap mak. Pak Andak gelak jer.
Lena jugak aku tidur sebelum Zohor, nak balas dendam pasal kalau weekdays aku kurang tidur sebab memorex. So weekends jer lah aku boleh tidur banyak sikit, tambah-tambah tak ada apa nak buat, adik beradik tak ada balik minggu nih. Lepas Zohor pun aku tidur jugak lagi, terlajak sampai Asar, memang tak pernah aku buat macam tuh. Mood tak baik agaknya hari nih.
Since tak ada apa nak buat malam nih, aku banyak melayan perasaan jer lah. Aku layan seribu persoalan yang bermain di kepala aku, ini jer lah masanya aku bersoal jawab sambil mencari jawapan-jawapan soalan-soalan yang banyak tersirat tuh. Aku terfikir, mak tak suka ker aku duduk di kampung? Mak rasa menyusahkan anak-anak ker sampaikan mak nak memondok tuh? Mak tak fikir macam apa yang anak-anak fikir ker? Apa pasal mak fikir bukan-bukan, tak selari langsung dengan apa yang orang lain fikir.
Banyaklah persoalan yang terbuku di hati aku yang kadang tuh buat aku rasa macam tak fair pulak, sebab aku tak boleh nak tanya soalan-soalan tuh secara direct kat mak. Simply sebab aku takut mak akan terasa hati. Tapi, kalau dibendung macam nih, aku yang makan hati. Aku takut melarat-larat nanti, I can only sabar so much kan?
Aku takut nanti aku akan terucap ayat-ayat yang dah aku susun dalam otak aku nih. Aku takut nanti yang aku akan beritahu adik beradik aku, "Dah lah, deme carilah penyelesaian lain. Aku rasa aku tak sesuai duduk kampung kot. Aku nak duduk dan cari kerja kat KL lah". Ha, aku takut suatu masa nanti aku akan terlepas cakap macam tuh. Ayat tuh dah aku susun, dah aku simpan dalam otak aku yag bengap nih.
Aku tahu yang ini semua ujian Tuhan, nak tengok samada aku boleh handle atau tidak keadaan sekarang nih. Aku boleh handle, so far, tapi bab yang aku tak tahannya tuh, aku kena berfikiran macam mak, aku kena selarikan pemikiran aku, aku kena sabar dengan benda-benda yang aku rasa macam tak boleh masuk kat akal aku. That's the hardest part. Sebab aku nih no-nonsense punya orang kan? Kalau masa kat US dulu, dengan sapa-sapa jer aku confront balik kalau aku rasa dia tak sensible. Ingat dak aku "marah", aku kata "I don't like you" kat Nenek Bawel tokay KFC dulu tuh. Dia boss aku kan? Ingat dak yang aku marah King Mongkut sedangkan dia Boss aku.
Tapi keadaan sekarang, aku terpaksa memendam rasa, dan aku terpaksa berteka teki dengan apa jawapan nya.
Agaknya makin lama aku makin cool dan aku sedar yang semua nih memang tak ada penyelesaiannya, apa yang harus aku buat sekarang cuma follow the flow, don't ever try to rock the boat. No matter how high the tide is aku kena hold on.
"Kuatnya orang tuh baca Quran", aku kata kat mak, referring to this Cikgu yang kalau masa mengaji Quran malam Sabtu kat masjid tuh, memang kuat dia baca, the whole kampung boleh dengar.
"Isnin lepas Raya Cina nanti kita pergi mengaji Quran di Surau, awak nak tak?", mak tanya aku.
"Lepas Raya Cina nih mak dah habis eddah kan?", aku tanya mak. (Dalam surah Al Baqarah, ada ayat pasal eddah nih, 4 bulan 10 hari kan?)
"Mak tak payah lah fikir pasal nak memondok tuh, kome semua tak setuju. Nanti putus hubungan dengan kome, sana mana ada talipun ker mende ker. Merana mak nanti", aku cakap macam tuh. Berani aku. (Eh, wait a minute, semua adik beradik aku tak setuju ker? Kalau ada sesiapa yang setuju mak pergi memondok then we have a very serious issue here)
"Mak Ngah Wah tuh, deme nya memang orang situ. Yang lain tuh, deme nya sebatang kara, tak ada keluarga lain dah, memang patut pun duduk situ", aku kata lagi bila mak duduk kat kusyen, macam nak bercerita panjang.
So, habislah bab memondok tuh.
"Nanti kalau dah ada kereta, mak nak belajar ugama ke mana-mana pun saya hantar", tersedih aku bila cakap gitu sebab selama ini memang aku tak sentuh pun bab kereta, tapi kali ini aku terpaksa mention jugak.
"Mak tak nak fikir lah pasal kereta, kalau ada, ada. Kalau tak ada, nak buat macamana", kata mak.
Aku makin berani tanya, "Saya tak setuju kalau semua adik beradik kena bagi duit, ada yang tak mampu nak bagi sebanyak itu", aku kata macam tu.
"Ha ah, kesian ke deme nya", kata mak.
There, she has come to her senses. Alhamdulillah.
Lena aku tidur malam nih. Tak jugak, sebab dah banyak tidur tadi so memang susah aku nak lelapkan mata. Macamana pun aku rasa happy sangat dengan "perkembangan" terbaru mak, dan semangat aku jadi elok semula.