Aku tak buat apa pun kat kebun harinih, kecuali menyiram sayur, walaupun malam semalam hujan ada turun sesikit. Dah tak ada kerja dah nampak gayanya, cuma menunggu hasil jer lah kot? Sebenarnya aku malas, rupanya kerja kampung nih pun ada Monday blues nya jugak.
Since tak ada budak mengaji datang (sebab mak tak sihat), cepatlah aku balik ke rumah. Dapatlah lama sikit online. As expected, GBPUSD sama AUDUSD gapped lower, no thanks to UK yang didowngrade kan status nya oleh Moody. Teruk ekonomi UK la nih, dengar ceritanya ada ura-ura UK nak keluar dari Euro zone. Cerita jer lah, tak jadi kot. Ituhari Greece pun buat cerita macam tuh masa EURUSD tengah rock bottom. Surprisingly EURUSD naik, walaupun tak banyak, semuanya pasal anticipate Italy punya election result.
Agaknya sempena Tengku Mahkota nak datang, atau sebab Pilihanraya yang semakin hampir, banyak aktiviti kat kampung nih dibuat. Kat Dewan Serbaguna area, jugak kat Dewan yang sama di sebelah masjid tuh ada kem MAH1R Kampung, ada kursus dari Giatmara, kursus potong rambut, menjahit, buat kraftangan etc. Jadi pesta kat kampung nih. Semuanya orang dari luar. Orang kampung selamba aje, semuanya rileks macam raja, mentang-mentanglah Tengku Mahkota nak datang.
Ustaz tak ada petang nih so aku tak pergi mengaji, cuma mak aje yang mengaji sama geng-geng dia, kat surau. So lepak habislah aku, sempat tidur seround. Lepas Asar masa di kebun, aku tengok yang sebatas petola tuh dah habis dikerjakan dek ayam, satu pun tak tinggal. Tak ada rezeki betul. So terus aku gemburkan batas tuh, dan aku semai sepacket sawi putih. Dulu cadangya nak suruh mak jer buat benda-benda yang memerlukan penyemaian nih sebab lecelh. Aku ada semai terung, tapi tak tumbuh pun, dah dekat 2 minggu. Lagipun mak sekarang dah tak ada masa nak ke kebun, pagi-pagi ada mengajar mengaji, kan? Bayam yang aku beli benihnya dulu tuh masih belum ditanam/semai, dah dua minggu 2 batas yang mak kerjakan tuh tak diusik pun.
Dan mentimun masih belum tumbuh, tiap-tiap hari aku peratikan 5 batas berisi biji timun tuh, masih tak ada yang menampakkan diri. Bila hah aku tanam? Ker memang lama timun nak tumbuh? Aku nih jenis yang tak sabar. Bila benda yang aku tanam tuh mula cambah, aku jadi bersemangat nak tanam benda lain. Tapi kalau masih tak tumbuh jugak, aku malas buat kerja.
Malam nih belajar mengaji lagi kat masjid, macam semalam jugak, Ustaz yang sama, so aku tak lah gugup sangat. dengan Ustaz yang hari Rabu tuh aku gugup, ini aku makin berdebar-debar sebab harinya semakin menghampir, kalau kena kutuk lagi, haruslah aku "pencen" dari belajar dengan Ustaz tuh kot. Aku, (dan ramai yang lain) "kurang berkenan" dengan Ustaz tuh sebenarnya. Dia nih one of the Imams kat sini. Sebab aku tak berapa 'suka' cara dia. Subuh tak pernah datang. Oooppsss. Mengajar mengaji itu pun berbayar. Ustaz lain semuanya tak mintak bayaran. Oooppsss.
EURUSD tumbled malam nih, semuanya gara-gara uncertainties dengan result election kat Itali lah. So masa aku menulis nih I'm flat EURUSD, cuma holding AUDUSD short dan GBPUSD (long).