Macam selalu, lewat aku tidur semalam pasal hari terakhir trading for the week. Market pun was so erratic, Monday morning nanti GBP sure akan gap down, EUR pun sama kot, based on fundamental news yang semuanya bearish. Kalau AUDUSD down, ha itu lagi bagus.
Aku sambung semula tidur, itupun lepas pesan kat mak yang kalau ke Pekan Sehari tuh jangan beli barang banyak-banyak, nanti berat pulak nak membawaknya, nanti orang yang tengok akan terkesian kat mak. Kalau ada barang lain yang nak beli, aku akan pergi belikan. Kena pesan betul-betul, susah duduk kampung nih, serba serbi tak betul, semua nak diperhatikan orang. Duduk kat New York, nak pergi kedai berbogel pun orang tak kisah.
Pukul 9 lebih baru aku bangun, mak ada beli satay/nasi impit, so breakfast kat rumah jer lah. Mak tak ada pun suruh aku pergi menampakkan muka tak sudah aku nih kat gotong royong, so aku tak pergi lah. Terus aje ke kebun. Aku menugal (menanam) jagung, mak pun ada datang, mak petik daun-daun kacang yang dah tua, kalau tak, rimbun sangat kacang panjang tuh.
"Pakeilah kayu, nak buat lubang tuh", kata mak bila tengok aku guna besi tajam jer nak menyungkil tanah, buat lubang.
"Apa salahnya pakai besi ni, lubang jugak", aku kata gitu. Mak nih, jenis yang mentaliti macam, "Kalau nak ke masjid Sembahyang Jumaat, kena pakai Baju Melayu', Gitu.
Aku biasa tanam sayur, kacang tanah, rapat-rapat, dalam dua tiga jengkal gitu, tapi bila tanam jagung nih kenalah dijarakkan dalam sedepa gitu (aku siap google kan tadi, how long is sedepa ekekeke). Rasa macam membazirkan kawasan aje kalau tanam sejauh itu setiap satu. I swear yang kat Amerika, jagung ditanam rapat-rapat, aku dulu pernah kerja petik jagung masa kat El Segundo, California dulu tuh.
So cuma sepacket benih yang aku dapat habiskan, ada lah dalam 50 lubang. Kat mana aku nak tanam lagi, dah kehabisan kawasan nih. Masih ada lagi 3 packets, semalam masa aku beli tuh aku ingatkan 4 packets tuh cuma untuk a few rows of jagung jer tapi I was wrong. Mak suruh tanam kat bahagian kiri rumah, in between pokok pisang. Aku malas tanam kat situ pasal aku seboleh-bolehnya tak nak kerjakan tanah di situ sebab situ kawasan S kerja, nanti dipijak-pijak, diracunnya jagung aku. Kalau boleh aku nak tanam di bahagian kanan rumah aje, kat kawasan kacang dan tanaman aku semua tuh. Nampak gayanya aku kena bersihkan kawasan semak samun dekat tempat pelupusan sampah lah, kat situ tanah dia subur, tak berbatu. Ada jugak kawasan lapang lain tapi tanah keras, berpasir, berbatu. Nanti nanti jagung tuh jadi keras pulak ekekeke.
Aku berkebun nih kan, cara dia betul-betul mencerminkan keperibadian, karakter aku. Sebagai seorang yang tamak. Itu yang tanam rapat-rapat tuh. Kacang tanah tuh, sampaikan aku tak jenguk dah pasal rimbun sangat, tak ada langsung ruang nak lalu. Lagi satu, aku suka tanam banyak-banyak, dan banyak variasi. Sebab aku mudah bosan. Ha, itu sebijik ciri-ciri aku tuh. Aku tak kisah dan tak pernah fikir buat apa tanam banyak-banyak, susah-susah nanti bagi jer kat jiran, kawan-kawan mak. Kalau nak jual pun aku ok jer. Tapi janganlah mak suruh jual kat Pekan Sehari, aku masih tak boleh imagine yang diri aku meniaga sayur kat Pekan Sehari. Silap-silap nanti aku kasi free jer, cepat sikit sayur/jualan aku habis, kan? Life's not at all about making money, life is more about having fun, my kind of fun.
Since tak ada siapa yang balik kampung, dan tak ada aktiviti lain, dan tak ada budak datang belajar mengaji, aku pun tidur lepas Zohor. Ada jemputan khenduri lepas Asar tapi mak kan ker batuk-batuk, so kitaorang tak pergi. Aku ke kebun pun dah 5-30 petang, lepas siram sayur, aku menyangkul kat kawasan semak, untuk dapatkan kawasan untuk tanam jagung. Best jugak dah lama tak berpeluh, cuma tak bestnya, dapat dua tiga kali hayun, aku dah termalas. Nampak gayanya esok aku kena cuba-cuba meracun lah, cepat sikit kerjanya.
By the way, sebatas petola dah nampak cambah, yang lain tuh (timun) belum nampak. Kacang panjang dah naik junjung semuanya, kacang buncis dah sampai ke level paling atas dah mendakinya. Cepat rupanya kacang buncis nih hidup. Peria dah keluar sesungut dah, kejap lagi memanjatlah tuh. Bendi pun dah ok nampak gayanya. Tomato (sepokok jer) dah ada buah, cili pun dah besar-besar. Kacang tanah apa lagi lah kan, semuanya rimbun-rimbun aje.