Friday

Jumaat - 01022013

"Tak apa lah mak duduk sorang masa awak ke Kolumpur nanti, bini Ri tu tak jadi nak ke sini, dia ada hal lain nak pergi ke mana entah', kata mak, masa aku nak ke kedai pagi nih.

"Mak malas menyusahkan orang lah", mak kata lagi.

Aku senyap jer, mulanya aku macam nak kata yang apa pasal bini Ri tak boleh pulak, sedangkan dia dah janji, kan? Tapi, knowing mak, dan ayat mak yang kedua tuh, aku boleh agak yang sebenarnya tak ada pun "perjanjian" antara mak dengan bini Ri, untuk temankan mak sepanjang aku di KL nanti. She made it up rasanya, tu pasal masa aku beritahu aku nak ke Kl ituhari, cepat jer mak kata, "Tak apalah, bini Ri kata dia boleh datang bermalam di sini dua malam tuh".

"Susah-susah, jom mak ikut saya ke Kl jer lah, bermalam di rumah Teh ker, rumah Ida ker. Rumah Ngah pun", aku cuba bagi cadangan. 

"Tak apalah, kang mak cuba tanya MakCik Esah, kalau dia boleh".

Terbantut plan aku untuk breakfast kat kedai, instead aku beli roti, telur, breakfast kat rumah aje lah. Semalam mak dah risau pasal telur cuma tinggal dua biji dalam fridge, itu yang aku kena beli cepat-cepat tuh. Sebelum adik-beradik aku diberitahu yang "telur habis langsung dah". 

Aku harap dan aku rasa tak berdosa aku tulis nih tapi aku cukup tak berkenan kalau mak mengadu pada adik beradik aku pasal benda-benda kecik gitu, telur habis lah, beras habis lah. Sedangkan mak boleh suruh aku beli semua tuh kat kedai. Tapi mak tak pernah suruh aku beli barang-barang dapur kat kedai, benda yang aku pernah beli pun cuma ubat nyamuk sama teh uncang. Mak lebih suka tunggu adik beradik aku yang lain balik, then diaorang akan ke supermarket borong barang dapur keperluan rumah nih. 

Cepat pulak aku menyiram pagi nih (sebab aku cuma siram sayur dan sesikit kat Zone 2 dan 3a dan 3b), dan sebab dah tak ada benih sayur nak ditanam, aku melepak aje lah. Ngah pun nak sampai pagi nih so aku balik ke rumah awal jugak. Ngah sama anak sedara aku aje (Wawai sama Wazi) yang balik, Abang Ngah kat Singapore. Seriously, aku macam segan dengan anak-anak sedara aku, semuanyalah, bukan dengan anak Ngah aje. 10 tahun tak jumpa diaorang, sekarang semua dah besar panjang, semua dah nak membawa haluan diri masing-masing. Kalau dulu aku lah Wazi punya favorite uncle, tapi sekarang nak bercakap dengan dia pu aku dah tak reti. 

Since semuanya ada hal esok, Ngah balik semula ke Putrajaya lewat petang nih. Sempatlah sembang gitu-gitu. Sebelum tuh ada aku terdengar mak berbincang sama Ngah, pasal mak nak memondok tu lah. 

Sementara tu aku ke kebun sekejap, menyiram sayur, dan naik dah kacang panjang aku, happy jadinya. Maknanya dalam masa dua tiga minggu lagi aku bolehlah beli lagi benih dan tanam another 5 batas or so, biarlah ada kesinambungannya.

Ngah cari aku kat kebun, nak bergossip. Dia kata dia tak setuju pasal idea mak nak memodok tuh. Aku memang tak setuju langsung. Aku pelik macamana mak at her age macam ni boleh terfikir untuk memondok? 

"Macamana hidup kat US hah, mana awak lagi suka, kat UK ker kat US?. Ngah belum pernah ke US", Ngah tanya aku masa kitaorang sembang ramai-ramai kat dapur. So aku ceritalah sikit-sikit. Aku dengan Ngah nih selalu bertukar-tukar, terikut-ikut. Dulu masa aku student kat UK, Ngah sempat datang backpacking ke tempat aku. Then bila aku dah balik Malaysia, Ngah kat Sydney, aku ke sana. Masa Ngah sambung belajar kat Norwich, England, aku ada datang melawat dia sekeluarga. Itu yang aku kena teruk masa kat Detention Center dulu tuh, pasal itu lah. Pasal ada rekod yang aku dari KL ke Jeddah (aku pergi buat Umrah, then langsung ke UK), dari Jeddah ke London. Dari London ke Paris. Dari Paris ke London semula. Dari London ke Jeddah semula (ha, ini lah part yang tak logik bagi US Immigration Officer tu dulu, apa pasal aku ke Jeddah, sepatutnya aku terus balik dari London ke KL kan? Tapi, sebab aku naik Saudi Airlines, aku kena ke Jeddah dulu sebelum ke KL, itu jawapannya).

"Pak Itam lah yang ajar Ija (anak Ngah yang lagi sorang) sama Wawai French. Pak Itam lah yang ajar macamana nak guna email, kitaorang ingat lagi masa kat Norwich dulu tuh. 

Ish, budak-budak, diaorang ingat benda-benda gitu.

Terfikir jugak aku yang aku biasanya akan "buat" sesuatu yang lagi best dari Ngah, aku nak "lawan" sikit dengan government officer yang setiap tahun selama 3 tahun, duduk di overseas nih. Ha, itu kena tunggu bab "Ecuador, Aku Datang".
     
"Wawai nanti sure jumpa Oprah Winfrey, dia kat Chicago", aku kata gitu. 

"Wazi apply kat University Of Illinois jer lah", aku kata gitu bila Wazi kata dia tak nak belajar kat U yang jauh-jauh, dia nak duduk sama mak bapak dia. Cant't blame him, budak belasan tahun. 

Ngah bagi duit RM 1000 kat mak untuk dana beli kereta. Too bad Ngah tak ada hulur duit kat aku hehehe. Mungkin sebab dia dah kasi RM 1000 tuh kan? Tapi, itu duit lain, tak ada kena mengena langsung dengan aku, bukan aku yang nak kereta, adik beradik yang cadang nak sediakan kereta tuh untuk keselesaan mak. Harap-harap dengan ada kereta nanti tuh mak tak akan fikir pasal nak memondok. Kalau nak belajar ugama , kat mana-mana boleh belajar. Aku boleh jadi supir nanti tuh. 

Walaupun Ngah tak hulur duit kat aku (laaa, berapa kali aku nak ulang nih, ralat sangat gayanya nih ekekekek) tapi she did thank me sambil kata, "...sebab awak buat benda yang Ngah tak mampu nak buat (read: jaga mak)".

Semoga ibadat Umrah Ngah dan Abang Ngah minggu depan nanti nih diterima Allah. Amin.

Malam nih (pagi kat US) hari Non-Farm Payroll sama Unemployment Claims Report for January 2013, together with a few other reports. So, seperti yang dijangka, adalah a few surprises here and there. Aku survived EURUSD tapi sangkut GBPUSD. Semua positions aku diclosed automatically, kecuali satu pair yang sengaja aku biarkan. Ada dalam USD 40 yang aku dapat malam nih, itulah, aku trade lot kecik jer so untung pun kecik jer lah kan? 

I don't know (nobody does) what's in store for us come Monday morning bila Forex market bukak tapi rasanya EURUSD is about to reverse lepas buat new high, dan GBPUSD akan terus down. Apa-apa lah, aku masih hold buy position at 1.34XX dan aku ada one sell at 1.36XX, so aku akan buka tutup either one lah.