Thursday

Rabu - 06112013

Walaupun pagi nih aku malas, macam semalam jugak, macam sebelum-sebelumnya jugak, tapi akhirnya aku jadi terrajin. Or rather aku terjadi rajin. Bila dah panjang aje batas yang aku buat, then aku mulalah fikir, baik aku cari benih, baik aku terus tanam. Daripada biarkan batas tuh kosong, yang kalaulah ditimpa hujan, aku terpaksa repair semula. Atau kalaulah panas, akan keringlah tanah tuh then terpaksa aku cangkul semula.

So aku pun pergi cabut a few perdus kacang yang dah tua, aku kopek kulitnya, dan aku tanam. Dapat empat lima baris, aku cari lagi benih, yang akhirnya siaplah separuh dari batas panjang tuh. Santai jer kerjanya, aku buat slow-slow, tak ada apa nak dikejar nya pun. Puas hati aku, dalam seribu kemalasan tuh terselit jugak sebutir kerajinan.

Lambat mak ke surau petang nih, pasal apa, aku pun tak tahu, walaupun dengar ceritanya ada Ustaz datang mengajar petang nih, dan masa balik dari Zohor tadi dah singgah beli kuih untuk dibawak ke surau. Dan aku terpaksa kansel plan aku nak ke Sungai Ruan, nak potong rambut, sebab takut tak sempat Asar.

Best jugak hidup mak, tiap petang ada majlis bersosial, makan-makan. Aku jer yang the real kera sumbang pun malu nak berkawan dengan aku pasal dia tahu dia tak sesumbang aku dan dia tahu dia tak dapat nak menyumbangkan apa-apa untuk mengikis kekerasumbangan diri aku nih. 

Lepas Asar pun aku buat benda yang sama, meneruskan menanam kacang, walaupun sikit aje yang berjaya ditanam tapi I'm getting there. Aku berhenti tuh pun pasal ada setitik dua hujan turun, tapi bila aku siap mandi, tak ada pun hujan turun. Tadi tuh betul ker hujan, or just plain illusi aku?

Mulanya aku sorang jer jemaah lelaki yang mengaji sama Ustaz Simon Cowell, tak lama tuh ada lah 3 lagi jemaah lain. EnBrunoMars pun ada. Dan untuk kali pertamanya Ustaz Simon Cowell puji aku, dia kata bacaan aku semakin baik.

Jamuan malam nih makan cekodok udang, aku rasa aku allergic makan udanglah pasal aku macam terperasan yang setiap lepas makan udang, badan aku gatal. Nak lagi spesifik, telur aku gatal. Pulak tuh malam nih streamyx down, uko melucas telur kena garu. 

Wednesday

Selasa - 05112013

Elok jer kitaorang nak ke masjid for Subuh, hujan pun turun. Hujan rahmat Awal Muharram kot? Tak lah lebat turunnya tapi cukup membuatkan aku tak payah turun ke kebun pagi nih.

Aku breakfast kat kedai depan rumah Chu, malas aku nak jalan kaki ke kedai Samad, hujan masih rintik-rintik, itu yang bawak kereta tuh. By the time aku siap minum, hujan pun berhenti. Tapi, dah terlambatlah pulak kalau aku nak ke kebun, kan?

So apa aku buat? Aku sambung tidur. Aku tidur, tidur, tidur, sedar-sedar pukul 12. Gila, tak pernah aku tidur selena tuh waktu pagi.

And guess what, lepas Zohor pun aku sempat jugak tidur sekejap. Simply sebab aku tak tahu apa nak buat.

Tak hujan pulak petang nih so terpaksalah aku drag my lazy ass ke kebun. Pusing sana pusing sini, tak tahu apa nak buat, last-last aku mula menyangkul buat batas. Once peluh jantan menitik, teruslah aku jadi rajin, bersemangat. Dapatlah satu batas panjang. Sebelum nih aku tak buat batas pun, aku just cangkul buat alur, then tanam. Tapi bila aku kaji-kaji balik, kalau buat batas, nampak lawa sikit, terurus, dan kacangnya lebih banyak isi. Round pertama dulu kan ker aku buat batas, aku tanam kacang kat batas, bergogos-gogos isi nya. 

Nasir belum balik KL rupanya, so lepas Maghrib dia ajak aku mengeteh, terpaksalah aku pergi walaupun aku rasa macam berat hati jer, iyalah, aku ada azam tahun baru.

Kitaorang tak ajak pun Ariff walaupun dia melilau jer dekat kereta Nasir, cepat-cepat aku tutup pintu, then aku beritahu Nasir yang aku sekarang nih tak ajak dah Ariff kalau aku nak pergi makan. Aku lebih suka ajak Shakir budak Tadika tuh, tah pasal apa tah, aku tak suka cara Ariff yang suka menonjolkan muka supaya diajak pergi mengeteh tuh. 

Since tadi mak Puasa, dan aku tengok macam tak ada makanan sangat pun bawah tudung saji, so aku makan besar lah jugak malam nih, Nasi Daging Merah + Telur Dadar. 

Rancak jugak diaorang bersembang, Nasir, Ngit, dan ada sorang lagi. Kitaorang dengar jer cerita Ngit, pasal dia tak ambik BR1M, atas sebab-sebab dia tersendiri. Respek jugak aku kat dia nih.

"Itulah susahnya kalau bercakap dengan orang tak bersekolah nih, cakapnya tak guna akal", kata nasir, merefer pada Ngit, bila kitaorang dalam kereta, nak balik ke masjid.

Laaa.

"

Tuesday

Isnin - 04112013

Habis akhirnya seguni baja yang aku beli hari tuh, aku membaja kat pokok cili, jugak kat batas kacang yang baru aku tanam tuh. Dah cambah dah anak-anak pokok kacang yang aku tanam tuh, soon akan sibuklah pulak nak kena menjaganya, nak kena menyiram, menambun pangkal pokok. Tak ada masa langsung aku nak rileks, kan? Kerja jadi pekebun nih tak ada henti nya.

Lepas tuh aku cabut a few perdus kacang, kopek kulit, dan tanam. Dapatlah 2 tiga baris. Gila lah tak bersemangatnya aku nak kerja, dan kebetulan pulak S ada, melepak sembang dengan dia aje lah. Sesambil makan mangga yang berjuntaian kat pokok.

Nasir ajak aku mengeteh tapi aku berat hati nak ikut pasal aku tak pernah mengeteh lepas Asar. Dan aku nak ke kebun, balik dari mengeteh dah lewat sangat untuk aku buat kerja, walaupun aku tahu yang turun ke kebun pun tak semestinya aku buat kerja. Turun ke kebun, itu satu hal. Buat kerja, itu hal lain. Tak semestinya aku akan buat kerja bila aku turun ke kebun. Tapi, above all, aku mesti kena turun ke kebun.

So aku kata kat dia lepas Maghrib aje lah aku mengeteh sama dia. Dia balik cuti, dah 3 minggu tak balik, so aku sepatutnya meraikan lah dia, kan? Lagipun, nanti kalau mak tau aku mengeteh lepas Asar, banyak pulak cerita-cerita lain yang berbangkit, seboleh-bolehnya aku tak nak mak ada peluang untuk bercerita pasal aku pun, kat sapa-sapa lah, kat Ida especially. Bukan sebab aku selfish (tak nak orang tahu pasal aku) tapi jalan cerita yang bakal dicreate tuh buat aku tak daya nya. 

Again, aku tak buat apa sangat pun kat kebun lepas Asar tuh, rasanya dapat 2 baris kacang aku tanam. Damn, when is this going to end? Terfikir aku yang gini gayanya bila kita "keletihan", bukan nak give up tapi bila selama ini kita pendamkan something dalam hati kita, sampai satu masa bila kita rasa letih, kita rasa nak just pack everything and leave. Bezanya, aku tak boleh buat gitu, sebab sapa nak jaga mak?

Dan kalaulah aku boleh menyuarakan keletihan aku tuh, alangkah amannya. Tapi aku tak boleh buat gitu. Sebab aku tak boleh bersuara.

Lepas Maghrib ada Baca Yaasin/Tahlil sempena Awal Muharram tapi Nasir ajak jugak aku mengeteh, so lepas majlis berdoa sempena awal tahun, aku pun pergi jugaklah. 

Bersahut-sahutan aku sama mak batuk malam nih, sejak tadi lagi dah tapi bila malam nih semakin laju pulak batuknya. 

Syukur Alhamdulillah PAS menang Pilihanraya Kecil sungai Limau, Kedah.

Monday

Ahad - 03112013

Mulanya mak kata aku kena hantar mak ke rumah NgahRaub kat Jalan Cheroh, sebelum 7-30 am. Then bila aku dah siap mandi, siap bersiap, mak kata pulak yang mak akan pergi sama Chu/Tihah. And so aku sambung tidur. Then mak kejutkan aku suruh aku hantar mak ke rumah Chu pasal Tihah lambat bersiapnya.

Apa-apa lah. Aku breakfast kat kedai sebelah rumah Chu tuh, lepas hantar mak.

Sepatutny lepas tuh aku ke kebun lah kan macam biasa? Tapi, aku ambik kesempatan tuh untuk tak ke kebun. Tak kuasalah aku nak memeluh dan memenatkan badan, bukannya senang aku nak dapat peluang macam nih, so aku rileks jer lah sorang-sorang kat rumah.

Kejap jer rileks tuh aku dah terbosan. And so aku ke Sungai Ruan, hajatnya nak potong rambut tapi kedua-dua kedai gunting tutup, so melepak kat kedai Chu Bekam, sambil baca paper, sampai 3 papers aku beli pagi nih.

Aku tak perasan pun pukul berapa mak balik sebab aku lena tidur kat beranda, then nak ke masjid for Asar, hujan turun. Dan tak ke kebun lah aku petang nih. Seharian tak ke kebun, what a blessed day lah today.

I seroiusly need to stop going for mengeteh lepas Maghrib. Semakin parah gayanya nih. Dulu masa aku tinggalkan Quran/Terjemahan kat masjid, aku rasa macam tak berpeluang nak baca Quran masa kat rumah (ada Quran lain tapi aku lebih selesa baca Quran satu tu), then bila aku bawak balik Quran tuh, selalu lah pulak tertinggal, masa nak pergi masjid. Kadang tuh tertinggal dalam kereta jer, dan elok jer aku nak ke kereta ambik Quran tuh, kaki aku terpergi kedai untuk mengeteh. Habih, macamana aku nak buat?

Tapi tak apa, semangat Awal Muharram akan tiba, InsyaAllah, I really have to do something.

Tau lah malam nih final Piala Malaysia, Pahang lawan Kelantan, lepas jer Isyak, masing-masing terus balik, diaorang siap padamkan lampu, agaknya tak perasan aku sama Haji Din tengah sembahyang sunat di sebalik tiang.

Bengap ker apa aku nih, tv ada tapi aku tak pasang pun, asyik lah tunggu update kat FB, kat Twitter. Pahang menang 1-0 kalahkan Kelantan.


Sunday

Sabtu - 02112013

Mak ke Majlis Baca Yaasin, Long entah buat apa pun kat kebun, aku ke nursery beli a few gunis sabut kelapa. Since dah tak ada kerja berkaitan kacang tanah untuk seseminggu nih, aku nak concentrate pasal cili lah pulak, lagipun Nuar nak balik kot, mungkin dia nak beli a few bags cili kitaorang tanam tuh, so aku kena lah pastikan cili-cili yang ada tuh elok untuk dijual. At least dapatlah sikit duit kan, Long pun asyik mengeluh kata yang tak pulang modal menanam cili nih. Ish, mudah sangat menyerah kalah Long nih sedangkan kebanyakan pokok cili dah pun berbuah, dua tiga minggu lagi banyaklah yang masak. True yang kebanyakan pokok cili tuh tak lah secantik yang disangka, daunnya kerinting, pucat, tapi bagi aku, as long as pokok tuh menghasilkan buah, that's good enough.

Balik aje dari nursery, aku tak ke kebun dah, walaupun masih awal. Semangat bercuti gamaknya, it's a long holiday weekend kat Pahang, Isnin nanti cuti jugak (cuti bola), disambung Selasa (Awal Muharram). Letrik tak ada pulak tuh (air pun sama ), lama pulak, sampai ke Asar. So melepak kat beranda aje lah aku, then Long sekeluarga balik ke Jerantut.

Again, lepas Asar tuh aku ke kebun macam buat syarat jer, membaja sesikit, belum pukul 6 aku dah balik masuk rumah.UstazM tak ada malam nih, so tak ada lah Kelas Mengaji, dan aku makan kat luar lagi, tapi kali ini ke kedai yang dekat Pekan Sehari, makan tomyam.

Aku belum tahu lagi apa plan mak untuk esok, anak AkakTheRaub (sepupu) kawin esok kat Lurah Bilut so mak kena lah pergi, kan? Cuma tak didiskuss lagi macamana caranya, tumpang Chu atau aku yang hantar.

Teh ada hantar message kat FB (cellphone aku tak ada credits, sejak berbulan lepas so melalui FB jer lah kitaorang communicate), dia assume yang aku akan tiba kat Bandar Tasik Puteri on the 17th, and dia tanya, "ada kunci?". Maknaynya Teh ingatkan aku akan melepak kat rumah tempat kelas tusyen tu lah, tempat aku melepak masa aku mengajar tahun lepas tuh. Aku tak kisah, walaupun mulanya aku ingatkan aku nak lepak rumah Teh/Kak Teh ajelah seseminggu tuh, senang nak ke sana sini, nak makan. Mungkin Teh tahu yang aku tak comfortable duduk rumah diaorang kot, aku lebih suka duduk kat rumah kosong pusat tusyen dia tuh. Tengoklah macamana nanti, seminggu jer kan, so tak kisahlah duduk mana-mana pun.

Aku tengah fikir jugak nih, ada masa nanti, nak terus buat passport ker now that aku dah boleh buat passport baru. Atau buat kat Raub nih aje? Apa-apa pun aku kena ke Immigration di Putrajaya, kena tanya diaorang pasal kes aku dulu tuh.

Cepat masa berjalan, kan, sekejap aje dah nak masuk December. Then tahun baru 2014. Looks like my blog akan jadi lebih "lively" lagi lah kot nanti? Ker dah tiba masanya aku "private" kan blog aku nih? Korang cuba-cuba lah hafal Twitter aku, FB aku, email aku, mana tahu tiba-tiba aku pergi tanpa pesan? Hehehehe 

Saturday

Jumaat - 01112013

Masa nak pergi Subuh tadi aku beritahu Long (dan mak sekali, pasal mak ada dalam kereta) tentang pemergian aku ke KL nanti, Long kata tak ada masalah sebab masa tuh dah cuti sekolah pun. So settledlah masalah yang satu tuh, looks like I'll be away for at least 10 days. Yummi!

Lambat aku ke kebun pagi nih, sibuk melayan mimpi. On the way ke kedai, terserempak dengan geng budak Kelantan yang kerja memanjat kelapa (bukan diaorang yang panjat tapi beruk-beruk diaorang), diaorang tengah menurunkan kelapa kat tanah NgahRaub. Ituhari dengar ceritanya banyak kelapa kat situ hilang, tapi bila dengar cerita lain pulak, S yang jual kelapa tuh kat geng Kelantan tuh. Dan duitnya tak dikasi kat NgahRaub pun.

Biasanya aku tak kasi diaorang ambik kelapa kat tanah mak pasal Selepek dah booked, tapi tadi tuh aku kata kat diaorang yang kalau diaorang nak ambik, ambiklah. Pandailah nanti aku jawab kalau Selepek terperasan yang kelapa dah tinggal sikit.

So dapatlah RM 50 pagi nih, hasil jual kelapa.

Bengang jer aku bila aku tengok Long asyiklah membuang daun-daun pisang, menebang pokok pisang sana sini, aku merepih sesikit. Then bila dia tanya, aku katalah yang banyak kerja berkaitan cili yang nak dibuat, patutnya Long tolonglah aku. And so kitaorang menyiram air baja kat semua pokok cili kat polybags. Dah 3 minggu tak taruk air baja, ada aku kisah?

Long sebenarnya dah patah semangat bila tengok pokok cili yang daunnya kekuningan, ada yang mati kering, ada yang terbantut.

"Susah menanam lada nih rupanya, tak semudah yang kita sangka", kata Long.

And so aku kata lah yang jangan menaruh harapan sangat bila berkebun nih, buat setakat yang termampu aje, jangan ada high expectations sebab you'll end up disappointed. Palar kan aje (biarkan aje) mana yang dah tumbuh tuh, ada rezeki kalu, menjadilah. 

Aku ada cerita kat Long pasal kisah aku jual kacang Selasa lepas, masa di Pejabat Pos tuh, and Long got excited, dia kata lebih baik tanam kacang aje lah, tanam seluas mungkin.

"Kalau ada anak babi (mini tiller) tu, Long berani sewa tanah sebelah tanah Ri tuh, lepas tuh kita buat projek kacang", kata Long.

Hampir aku terkata yang tunggu aje tahun depan, akan aku rembat sebutir anak babi. Tapi nasib baik aku tak kata gitu sebab aku terfikir yang kalau aku cepat sangat kata macam tuh, then Long akan fikir yang aku akan still duduk kat kampung.

Sedangkan misi aku sekarang, nak cari penyelesaian macamana aku dapat keluar dari kampung and at the same time ada orang jaga mak. Ada jugak aku tanya Kak Long, dia kata Long memang suruh AdikDin duduk kampung sebab AdikDin pun tak kerja, at least boleh kerjakan tanah mak nih. 

"Tapi boleh (sanggup) ker dia duduk sini?", Kak Long tanya aku.

"Tak boleh gayanya, kalau dia sorang-sorang memang tak ada can gayanya, budak-budak, mana dia sanggup duduk ikut cara orang tua-tua", aku kata gitu.

Kadang-kadang aku rasa aku macam dalam Survivor, mencari jalan keluar, tanya orang itu orang ini, apa reaksi diaorang. By the look of things, there's no way out, I'll end up duduk kampung jugak temankan mak. Gilir-gilir dengan AdikDin. Tengoklah macamana nanti, I'll make sure there will be a few "syarats" kalau aku nak duduk di kampung. Selama ini aku ikut aje, aku senyapkan aje, tapi akan datang, kalau nak aku duduk di kampung lagi, pihak-pihak tertentu dikehendaki memenuhi syarat-syarat yang akan aku tetapkan nanti. Tak kalu, pandai-pandailah adik beradik aku cari penyelesaiannya.

Sekejap jer aku di kebun petang nih, aku biarkan Long merepih sorang-sorang. Ada jugak aku cabut kacang sesikit untuk direbus, Kak Kong tanya aku apa pasal jual murah sangat (RM 6 sekilo) sebab kacang yang biasa, yang kecik-kecik tuh, dijual 7 lapan ringgit sekilo, kat Jerantut. 

Lantaklah, untuk kesekian kalinya, aku makan kat kedai lagi malam nih, makan burger. Ajak Shakir temankan aku. 

I really need to get away, semua yang di sekeliling aku, semuanya membosankan sekarang nih.



Friday

Khamis - 31102013

For the past few mornings aku breakfast makan kuih (3 bijik seringgit) aje, dah bosan makan laksam, mee goreng, nasi lemak, or even roti canai. Going for breakfast now is such a drag, nak breakfast kat rumah lagi lah menensionkan. See, how tepu keboringan hidup aku kan? I really need to get away for a few days, duduk kat kampung nih buat benda yang sama day in day out, bukanlah sesuatu yang healthy after all.

Aku melawat kawasan cili yang dah lama aku tinggalkan, adui lah, pokok-pokoknya macam tak bermaya jer, daunnya banyak yang kekuningan. Tak cukup baja lah gamaknya sedangkan aku ada taruk baja urea ituhari. Ker baja tuh tak sesuai? Dan aku perasan yang ada tiga empat batang pokok cili yang mampos kering. Dan rumput sekeliling pokok-pokok cili tuh jangan ceritalah, dah macam semak samun. Damn, meletihkanlah tanam cili kat tanah nih. Dan cili kat polybags pun sama jugak, daun-daunnya tak berseri, again, aku rasa sebab jarang disiram air baja. 

Aku then sambung menanam kacang, benih yang aku kutip dari kacang-kacang yang kecik-kecik, yang macam tak berapa elok untuk dijual. Dapatlah a few baris, habis tuh aku pun mengopek lagi mana-mana kacang yang aku cabut, yang tua. Aku rasa aman, tenang jer duduk atas batang pisang, bawah pokok pisang, dikelilingi pokok pisang, macam Secret Garden aku tuh.

Lepas Asar aku menyangkul, merepih rumput kat sekeliling pokok cili, tak sampai 20 pokok pun yang aku kerja kan, awal aku habis kerja petang nih.

Long ada balik, sama Kak Long, sama Hidayah.

I don't know what's wrong with me, walaupun UstazIsmail ada kasi Kuliah, walaupun aku tahu ada makan besar lepas Isyak, tapi aku ke kedai depan masjid tuh jugak, makan burger. Aku ajak Shakir temankan aku, walaupun Ariff macam konfiden jer yang aku akan ajak dia.

"How soon can you be in BTP (Bandar Tasik Puteri) sebab one of the teachers masuk UITM on the 16th", aku dapat mesej dari Teh.

Maknanya Teh/Kak Teh perlukan aku untuk handle one of the classes, jugak untuk persiapan Concert Day. Aku tahu yang betapa akan sibuknya nanti tuh, last year kan ker aku handle one class?

So maknanya aku akan berada di Bandar Tasik Puteri at least seminggu, sedangkan plan aku mulanya nak melepak sesehari dua aje, and the rest tuh nak duduk Bangsar. Tapi tak apa, lagi lama di KL lagi bagus hehehhe.

Dan aku kena plan elok-elok nih, what with my kacang, my cili, kan? Sebab I'll be in KL in about 2 weeks from now.

Yeehaaaa!!!!!!!

Thursday

Rabu - 30102013

Pagi nih rasa lega sebab tak payah nak tergesa-gesa macam semalam. Kacang yang ready dicabut dah tak ada, cuma ada benih sesikit, so aku mulalah menanam. Kalau sebelum ini aku tanam membujur, kali ini aku tanam secara melintang. Kalau dulu aku tanam rapat-rapat, sekarang aku jarakkan sikit. Harap-harap penanaman kali ke 4 nih yang terbaik dari yang sebelum-sebelumnya. 

Mula dari esok aku bolehlah concentrate pasal cili pulak, sementara tunggu kacang ready dicabut. Terbiar sungguh lah cili-cili tuh, nak mennegok pun jadi malas. Banyak dah yang berbuah so tak lama lagi akan sibuk memetik cili lah pulak.

Lepas Asar, elok jer aku nak sambung menanam kacang, hujan turun renyai-renyai, so teruslah aku tukar pakaian. Then elok jer aku masuk rumah, renyai pun berhenti, guruh pun diam. Malaslah aku nak ke kebun semula, so aku lepak aje lah, aku tidur, dah lama tak tidur petang. 

Ingatkan Ustaz Simon Cowell tak ada malam nih, adalah 6 orang yang mengaji. Pelik, sikit pun dia tak tegur bacaan aku walaupun aku rasa macam ada banyak salahnya. 

Bukan aku malas nak update panjang-panjang Dear Diary tapi harinih memang tak ada apa nak tulis pun. Bosan gila hidup aku, kan? Macam tape jer rutin hidup aku, esok rewind, rutin yang sama.

Wednesday

Selasa - 29102013

"Mat nyer awak beli makanan, mak ada buat nasi goreng tadi terh", kata mak, bila nampak aku menjinjing plastik bag yang ada a few bungkus nasi lemak untu AdikDin, kawan dia, dan untuk mak.

"Tak apalah", aku kata gitu, sambil jeling apa yang mak buat.

Entah apalah mak nak buat agaknya kat kebun, kat kawasan mak tu lah, ituhari aku dah sorok cangkul yang kecik, aku tinggalkan cangkul besar yang berat, sebab aku rasa mak tak larat nak guna cangkul tuh. Apa-apa lah, memang selalu "kebetulan" macam tuh, bila ada anak cucu balik, mak akan ke kebun. Mungkin sebab mak tak ada apa nak buat kot, nak tengok tv, AdikDin sama kawan dia tidur kat hall. Depan tv. 

So aku terus aje Pejabat Pos, nak hantar 6 orders kacang yang dah lama tertangguh tuh. Petang kang hantar lagi sikit. Lupa pulak aku yang harinih Pekan Sehari Sungai Ruan, so ramailah orang. Ada masalah pulak pasal saiz kotak, tak ada kotak untuk 3 kg, yang ada cuma 2 kg sama 5 kg, so aku terpaksa pindahkan kacang yang aku dah isi elok-elok dalam plastic bags tuh.

"Ini lu mana bili?", tanya AhSo sebelah masa aku tengah isikan borang poslaju.

"Sindiri tanam, mau kasi juai sama olang", aku jawab gitu.

"Ada lagi ka, saya mau bili. Belapa juei?", tanya AhSo tuh lagi.

So aku kasi tahu yang semua tuh aku nak kirim kat orang, kalau nak beli, datang rumah, atau kasi alamat dan aku akan hantar. Tapi AhSo tuh merengek-rengek, so aku bagi lah dia beli kacang tuh, sebab aku tahu yang kat rumah masih ada belen kacang yang bercabut.

"Kawaih nak beli jugerklah, juei ke kawaih ser", kata this one guy. 

So aku juallah kat mamat tuh.

"Saya pun nak beli, ada lagi dak di rumah? Saya nak 2 kilo", kata one of the keranis.

"Saya pun nak 2 kilo", kata the other kerani.

"Tengahari karang saya hantar, saya nak datang lagi ke sini petang nih", aku kata gitu. 

Damn, uko berebut orang nak beli kacang aku sedangkan aku bukannya jual kat Pekan Sehari, aku kat Pejabat Pos.

"Anak Cik ker yang buat jualan kat internet nih?", tanya kerani muda tuh.

"Tak, saya buat sendiri", aku kata gitu. Terasa hati aku, tau dak? 

Tapi nasib baiklah dia tak tanya, "Anak Pakcik ker yang buat jualan kat internet nih?". Agaknya kalau dia tanya gitu, haruslah aku sentap, terus aku tak nak jual kacang kat dia, terus aku blah gitu aje, baik aku ke Pejabat Pos Raub. And on the way out tuh akan aku hempaskan pintu.

Then aku terus bergegas balik sebab aku kena cabut lagi 8 kilo kacang. Inilah namanya tak ada kerja cari kerja. Tapi at the same time aku rasa happy, bersemangat jer, mengenangkan yang kacang aku mendapat sambutan.

Nasib baik lah tak ada Keling yang nampak tadi tuh, tak kalu, sure melutut-lutut, merayu-rayu nak beli kacang aku, iyalah kan, Deepavali dah dekat nih.

Aku tengah ralit mencabut kacang bila aku teringat sesuatu. Fuck! AhSo tadi kasi aku RM6 sedangkan dia ambik kacang seberat 2 kilo yang sepatutnya RM12! Ekekekek, murah rezeki AhSo tuh. Itulah aku nih, aku kerayan sangat tadi sebab ramai yang nak kan kacang, so aku tak pay attention sangat pun. 

Rupanya aku macam mak jugak, mudah sangat keri/kerayan ekekekke

Aku beritahu AdikDin yang aku terpaksa cabut semua pokok kacang yang aku reservedkan untuk kawan dia tuh sebab diaorang nak datang minggu depan, lambat lagi tuh, nanti kacang akan jadi tua sangat, dia akan cambah sendiri. Lagipun aku ada banyak orders yang nak diselesaikan.

"AdikDin buat mender nyer di situ?", Ida tanya kat talipun masa aku tengah ralit sembang sama AdikDin, sesambil meleraikan kacang yang dicabut tuh.

"Lah, dia nak duduk sini lah, dia tak sabar sangat nak jaga mak, tambah-tambah dapat seribu sebulan nanti", aku kata gitu sambil gelak-gelak.

"Laaa, itu baru perancangan jer", kata Ida.

Tak ada issue semasa yang kitaorang sembangkan, cuma Ida kata yang ituhari dia ada baca paper, ada orang tuh income dia RM 80,000 sebulan, tanam cili macam yang aku buat nih, buat depan rumah jer, perempuan pulak tuh.

"Buat mender nyer awak tanam kacang, kacang bukannya boleh dapat 80,000 sebulan". Baik awak jaga beterl-beterl (betul-betul) lada yang awak tanam tu", kata Ida, bila aku kata yang macam tak terbela jer cili kitaorang sebab aku tak ada masa, dan Long kalau balik weekend pun, dia lebih pentingkan pasal nak menggali batang pisang yang dah ditebang.

"Ikut sangat cakap mak, mak memang lah, kalau boleh kawasan nih nak lawa macam taman", aku kata gitu.

"Akhir bulan depan Pak Itam nak ke KL, awak ok ker duduk sini? Tak pun awak ajak Yami sekali, dia cuti semester kan?", aku tanya AdikDin.

"Bulan depan? Bulan 12 pergi KL lagi?", AdikDin tanya aku.

"Yer lah, dah ada orang duduk sini, lama-lama nanti tereh (terus) tak balik-balik dah", aku kata gitu sambil gelak-gelak.

"Jangan lah, gilir-gilirlah", kata AdikDin.

"Tengah fikir nih, nak buat mender kalau duduk di sini", kata AdikDin lagi.

"Awak nak fikir benda nya, macam Pak Itam ni lah hidupnya, ke kebun, ke masjid, ke kebun, ke masjid, lepas tuh tidur. Tak dapat nak buat benda lain nya lah. Sebab tu Pak Itam nak ke KL ni", aku kata gitu.

Tak lama tuh AdikDin sama kawan dia pun balik ke Jerantut, guna kereta Long sebab Long di KL bawak budak sekolah pergi lawatan.

Balik aje dari Zohor aku terus keluar, tak makan pun sebab mak tak masak, nasi goreng berlambak. Aku tak beritahu pun mak, aku assume mak tahu sebab aku dah masukkan kacang dalam kereta, dah susun ikatan-ikatan akar pokok kacang dalam bonet. Since mak ke surau jalan kaki, dan hari pun tak ada gaya macam nak hujan, itu yang aku blah awal sikit tuh, tak pernah pun aku keluar ke mana-mana sebelum mak ke surau. Tapi, aku kan ker businessman? Ekekekekke

So settled masalaah penghantaran kacang, dan kerani Pejabat Pos tu pun happy dapat beli kacang, siap ambik nombor talipun aku lagi tuh, mana tahu kawan-kawan diaorang nak beli kacang. 

Aku kena buat business card nih nampak gayanya ekekekke

Then terus ke Kedai Kacang Sempalit, dapatlah sikit duit minyak hasil jualan akar tuh, bersamaan harga 10 kilo kacang. 

Tadi Ida ada kata yang dia ada masukkan duit RM100 (untuk bulan depan) ke account aku, so aku rasa aku nak keluarkan lah duit tuh, dicampur dengan hasil jualan harinih, aku nak masukkan dalam tabung kat dalam almari dapur tuh. Sebab so far aku tak masukkan pun duit kat situ lagi, semuanya habis aku gunakan untuk beli barang kegunaan projek cili, beli baja, dawai, sabut, stuff like that.

Takut jugak nanti ada suara-suara gossip yang kata, "Entah, katanya jual kacang sana sini tapi tak ada pun duit nya dalam bekas plastik terh". Mungkin ayat tuh dah pun diperkatakan, mana lah aku tahu.

Masa aku jolok kad, aku terperasan yang ada RM100 extra dalam account aku. Senang jer nak perasan sebab aku tahu berapa sen yang sepatutnya ada dalam account aku. Sapa pulak yang masukkan duit tuh? Duit tuh dimasukkan hari Jumaat. Bukan Teh pasal aku messaged Teh hari Ahad, lagipun tak kan Teh masukkan seratus aje? Hehehehe Dan aku tak ada pun kasi account number aku kat pembeli-pembeli kacang, so sapa hah yang bermurah hati tuh? Lan/Rozi kot? 

Eh, tak kan Lan/Rozi masih baca blog aku?  Hmmmm....

Tersengih aku, tersengih dalam kesedihan bila memikirkan yang how kampung, how miskinnya aku, sebab lepas tuh aku masuk KFC. Ha, KFC kau, kau mampoo? Hehehehhe

Tapi tak apa, itu tandanya aku bersyukur, kan? I'd rather tersengih dalam kesedihan daripada sedih dalam kesedihan. 

Lepas Asar aku sambung menanam, akhirnya siap kat plot tuh, ada 14 baris kesemuanya. Then pindah ke tempat lain pulak, dapat a few baris, benih pun habis. Habis sekilo. Basah badan aku berpeluh sebab aku menyangkul dalam-dalam, biar tanah bergembur elok. Lagipun EnRoss kata dia nak datang ambik kacang petang nih, so kalau dia tengok aku berpeluh-peluh tuh, sure dia respek kat aku sebab kuat kerja. Tapi, tunggu punya tunggu, tak ada pun batang hidung dia, so aku pun sambung mengopek kacang. Dan peluh pun kering.

UstazTab tak datang malam nih. Tapi, ada this one guy yang berpakaian Baju Melayu serba hitam, bersampin bagai, macam budak Diploma nak convo, yang ke hulu ke hilir, mundar mandir, tegur jemaah sana sini. Aku peratikan aje. Lepas Maghrib, baru dapat tahu yang dia tuh Tabib, nak kasi penerangan pasal Kaedah Perubatan Islam dia.

Hmmm, deja vu all over again.

"Dia jual ubat gayanya. Tak nak, tak nak, tak nak", aku berbisik kat brother yang sama tertipu beli ubat mata dulu tuh.

Tabib tuh pun kasilah penerangan dia, banyak ayat Quran, Hadis yang keluar. Dan banyak, banyak gila cerita-cerita ajaib pasal perubatan dia menyembuhkan segala macam penyakit. Kat merata dunia dia pergi, dan banyak dia kasi contoh, testimoni etc.

"Diaorang nih, mana lah kita tak terpengaruh....", kata brother tuh kat aku.

"Dia jual apa sebenarnya nih, tak ada cerita pun, tapi dia ada sebut pasal bekam", aku kata.

"Awak ada baca Metro harinih dak, pasal Ustaz Malaysia di Kemboja yang buat banglo mewah guna duit derma tu? Gila deme nyer nih, tak takert (takut) lalu", kata brother tuh.

Sampai ke sudah Tabib tuh bagi contoh-contoh like, "Esoknya terus hilang sakit dia" "Lepas jer dia berubat, terus hilang semua penyakit dia, tak ada lagi darah tinggi, diabetes, sakit jantung", "Saya tengok jer dia saya dah tahu dia sakit apa", "Seminggu lepas tu dia terus boleh berjalan", "Dua hari lepas berubat dengan saya, dia rasa macam orang baru, sampaikan suami dia pun kata, she's like a virgin, macam anak dara"

Like a virgin
Touched for the very first time
Like a virgin
When your heart beats (after first time, with your heartbeat)
Next to mine

Ha, dah aku termenyanyi ekekekke

Hebat sungguhlah Tabib tuh menceritakan pengalaman dia, tapi aku dengar jer lah. Once bitten twice shy punya penangan kan? Sampai sekarang aku terasa kebodohan aku diperbodoh, ditipu dek Ustaz Ubat Mata tu dulu, potong kote lah aku nak percaya benda-benda macam nih lagi. 

Pelik aku, metang-mentanglah Ustaz, dia menipu kat masjid. What a baloney lah diaorang nih. 

"Ini tak payah tengok, dah tahu kena buat bekam nih", kata Tabib tuh kat Rizal yang tunjukkan kaki dia yang kena langgar dalam 6 bulan lepas tuh, sampai sekarang Rizal masih sembahyang atas kerusi sebab tak boleh nak duduk.

"Angkuh nya Tabib nih", kata aku dalam hati, masa tuh aku tengah bercerita kat EnRoss pasal kitaorang kena tipu ubat mata tuh dulu, jugak pasal Long yang kena tipu dalam RM 400, dek Tabib Bekam jugak.

So lepas Isyak tuh diaorang berkumpul kat hall/tempat makan, tak ramai yang ikut pun. Aku nak jugak tengok bekam yang macamana tapi Tabib tuh asyik mengumpulkan orang yang berminat, so aku terus panggil EnRoss, nak kasi kacang yang dia order. Dia gaya macam berminat jer dengan perubatan tuh sebab dia kata dia sakit kaki, sakit kepala.

"Mat nyer awak tak berbekam, Ariff?", aku tanya Ariff yang tiba-tiba keluar dari masjid, dengan a few others.

"Lima belas ringgit sebekas (one cup), dia suruh buat lima bekas sekurang-kurangnya, mamperh, dekat seraterh, bengkerap lah macam ni", kata kawan Ariff.

"RM 15 satu cup, baik awak buat kat Chu Bekam, RM 5 jer se cup", aku kata gitu kat Rizal yang baru sampai semula ke masjid, dia balik sekejap ambik duit agaknya tadi tuh.

"Tak apa lah", kata Rizal.

Biarlah, jenis babir (degil) masing-masing tuh, tak apa, sesehari dua nanti sure aku akan kata, "I told you so".







Tuesday

Isnin - 28102013

"Gampang sungguhlah babi terh, uko habih anak pisang kawaih disonderl (sondol) nyeh", kata S pagi nih masa aku terserempak dengan dia masa nak pergi breakfast.

"Yang peliknya, mat nyer kacang awak tak diusik langsung?", tanya S, bila aku tengok anak-anak pisang dia yang kena sondol tuh. Tak lah banyak, dalam 5 pokok jer yang diusik. 

"Kawaih nak suruh Selepek (anak Makcik Lijah) tembak jer babi-babi dalam hutan terh, dia handei (handal) memburu babi", kata S lagi.

Aku ada dengar cerita dari Selepek yang dia selalu memburu babi waktu Subuh, babi tuh dijual kat Cina. 

Aku meneruskan kerja semalam, mencabut kacang kat plot yang aku kata aku reservedkan untuk kawan AdikDin. Aku tinggalkan 4 baris aje untuk diaorang, so dapatlah a few kilos pagi nih. Lepas memotong akar pokok kacang, terus aku mula menanam, so dapatlah 10 baris kesemuanya. Best jer, pagi tadi plot tuh masih penuh dengan pokok kacang, an hour later, siap ditanam semula. 

Cadangnya nak ke Pejabat Pos sebab nak hantar orders, tapi aku batalkan niat pasal seboleh-bolehnya aku nak habiskan memotong akar pokok kacang, nak hantar sekali harung. Kalau aku tak habiskan potong, alamatnya akan dibuang aje lah nanti tuh sebab minggu ini dan minggu depan aku dah tak mencabut dah (dah tak ada sangat kacang yang ready untuk dicabut), aku nak concentrate menanam lah pulak. 

Lagipun petang nih ada Kelas Mengaji sama UstazM, so memang tak ada masa. Aku pergi awal sikit, pergi sorang jer sebab mak lambat bersiapnya, so mak kata dia akan jalan kaki aje. Memang pun, UstazM dah lama tunggu kot, aku masuk jer surau, kesian aku menengok Ustaz tuh, dia tidur di sebelah rehal. Bukan tidur-tidur ayam, tapi terkangkang-kankang sekali, macam orang baru lepas kena rogol jer gayanya. Kesian dia, keletihan sangat agaknya. Lama jugaklah aku nak mengejutkan UstazM.

Masa aku tengah mengaji tuh aku perasan yang sesekali dua dia bukak bag, makan jajan. Kesian sungguhlah menengoknya, macam gelandangan jer Ustaz tuh. 

Hujan turun rintik-rintik masa aku ke kebun lepas Aar, so cepat-cepat aku punggah pokok-pokok kacang yang nak dipotong akarnya, ke bawah garaj. Uko menimbun. Dan siap jer aku punggah semuanya, rintik hujan pun berhenti. Aku teruskan jugaklah memotong akar pokok kacang kat situ walaupun aku tahu yang akan bersepah larahlah dengan sampah, akan kotor garaj yang mak dah bersihkan tuh.

Mak asyik jeling jer aku sesambil buat pura-pura menyapu. I'm working my ass off, Ma!"

Selsesai Maghrib, aku nampak AdikDin ada, so dia mintak kunci rumah. Dia ada hal apa tah kat Pejabat Daerah, dia datang sama kawan dia, so malam nih bermalam kat sini lah. 

Since makanan sure nya tak cukup (diaorang tak beritahu pun nak datang), so "terpaksalah" aku makan kat luar, kan? Berfikiran jauh aku nih orangnya kan? Ekekekek.




Monday

Ahad - 27102013

"Salam. Nak mintak tolong sikit. Mcm nih, aku nak pergi Balqis' Concert Day nanti tapi aku tak ada duit, so klu boleh aku nak pinjam duit dari awak,awal thn depan aku bayar balik. Kalau tak boleh, tak apa,I can understand. Thanks. Salam"

Gitu bunyi message yang aku hantar kat FB Teh awal pagi tadi. Tiba-tiba jer dapat idea macam tuh so sementara Teh masih tidur, aku hantar mesej tuh.

Akhir bulan depan, Tadika Teh/Kak Teh akan ada Concert & Graduation Day, happening event kat Bandar Tasik Puteri sebab tadika tuh is one of the biggest in Rawang, murid dekat 150 orang. Aku nak pergi sangat tuh sebab budak-budak yang aku ajar tahun lepas, diaorang akan "grad", so ini aje lah peluang nak tengok diaorang. Sports Day bulan 6 lepas aku pergi, tak kan hari terakhir diaorang aku tak pergi, kan?

Aku meneruskan kerja mencabut kacang, memotong akar pokok kacang. Dalam 8 setengah gitu semuanya siap. Mak ke rumah orang kawin, sama Tihah/Chu, awal perginya, pukul 8 lebih. Petang semalam mak pergi jugak, tapi pergi sama Makcik Rempit.

Best jer kerja sorang-sorang, at least aku tahu yang aku bebas buat apa aku suka tanpa ada anak mata yang mengekori pergerakan aku. Selfish ker aku ni hah, orang tengok pun tak boleh? Bukannya tak boleh tapi aku tak berapa selesa gitu, aku terpaksa maintain ayu sepanjang masa, dan yang buat aku tak tahannya, akan ada report lapuran yang dibuat nanti tuh. 

Wahai kau burung dalam sangkar,
Sungguh nasib mu malang benar,
Tak seorang pun ambil tahu,
Duka dan lara di hati mu.

Batin menangis hati patah
Riwayat tertulis penuh dengan
Tetesan airmata

Habis kacang di plot tuh aku cabut, aku ke plot lain pulak, kat tempat yang AdikDin cabut dulu tuh, yang aku nak reservedkan untuk kawan dia yang nak beli untuk dibuat benih. Weekend depan dia datang ambik, kot? Rasanya cukup untuk aku penuhkan orders, jugak untuk aku buat benih.

Dapat mencabut 2 baris aku berhenti, then aku decide nak mula menanam, guna kacang-kacang yang dah tumbuh, ada a few genggams kacang yang dah tua, yang dah terjulur akarnya, so aku tak payah nak kopek kacang tuh, terus tanam macam tu aje. So dapatlah 2 baris yang aku tanam. So dengan rasminya, harinih mulalah aku menanam kacang untuk round ke 4. Damn, cepatnya aku tua kan? Rasa kejap jer, alih-alih dah kali ke 4, musim ke 4 mengacang. 

Since kerajinan membuak-buak, aku mulalah mengopek kacang yang aku jemur ituhari. Keras-keras lagi kulit kacang tuh sebab jemurnya pun sekejap aje tapi aku kopek tuh guna pliers so mudahlah kerja aku. 

Hujan lebat masa kitaorang nak pergi Asar. Since tak dapatlah nak ke kebun, aku sambung mengopek kacang aje lah, yang by the time aku siap, dapatlah lebihkurang sekilo. Bersyukur betul aku sebab macam senang jer kerja aku, dah lah tak payah nak menyiram, kerja-kerja mencabut kacang pun aku buat sistematik, lepas satu, satu kerja aku selesaikan. Dan kalau dulu aku macam risau sebab benih belum ada sedangkan tapak untuk ditanam semakin meluas, tapi sekarang benih dah ada dan aku dah pun mula menanam. 

InsyaAllah minggu depan aku nak menanam aje lah kerjanya, lepas selesaikan semua orders yang tertunggak. Mulanya aku rasa nak suruh AdikDin aje lah yang menanam kacang, sebab dia yang akan duduk kamung temankan mak nanti tapi on second thought, lebih baik aku buat kerja as if aku akan stay kat kampung nih seumur hayat. 

Ada jugak aku niat nak menakut-nakutkan AdikDin, nak kata kat dia yang how boring it is duduk kampung, tak dapat nak ke mana-mana, tak ada kawan, etc. Tapi, buatnya dia tertakut dan terus tak jadi nak duduk kampung, aku jugak yang payahnya sebab aku tak berapa setuju idea yang mak akan duduk sama Bibik yang Nuar nak hantar balik kampung tuh. Senang cakaplah, aku tak percaya orang Indon nih, sebaik mana pun diaorang, sealim mana pun diaorang. Sikit pun aku tak percaya.

Haji Ramli nak beli kacang, so aku terus aje lah bawak masa ke masjid Maghrib. Aku perasan yang mak tak tanya apa-apa pun. Biasanya mak akan tanya, "Awak nak bawak ke saper kacang terh?", then bila aku sebut nama orang tu, mak akan tanya, "Berapa awak juei ke dia?", dan akan ada soalan lain bergantung kepada jawapan aku samada aku kasi free, aku jual RM 5 atau RM 6 sekilo. Tapi malam nih mak tanya pun walaupun ada aku tengok mak jeling-jeling, nak tahu kat sapa aku kasi kacang tuh.

Cuma 4 orang jemaah yang mengaji sama ImamHajiMat malam nih, 2 lelaki, 2 perempuan. Dan hujan turun ya amat lebat. 

Sebelum tidur aku checked my other FB, ada reply dari Teh, dia kata, "No problem. Acc. no pls". So, InsyaAllah, akhir Nov aku akan ke KL seseminggu. Dan 3 minggu lepas tuh, hopefullu sebelum Krismas, aku akan di KL lagi.

Sunday

Sabtu - 26102013

Aku merempit jugak kat Pekan Sehari pagi nih, lepas breakfast kat kedai Samad, makan nasi dagang lauk ayam, minum Kopi Mahkota Dewa, itu memang makanan/minuman aku setiap Sabtu. Aku beli petai sama limau oren, mak's favorite. Kat rumah memang limau oren sentiasa ada, cuma yang minggu lepas tuh mak yang beli, masam orennya, so aku jer lah yang menghabiskannya pagi dan petang.

Then terus lah ke kebun, mencabut kacang. Aku nak habiskan jugak mencabut kacang kat area tuh so hopefully by tomorrow semuanya selesailah. Aku tak peduli langsung dah kat cili, dah 3 empat hari dah rasanya aku tak melawat pokok cili, tak membaja, tak menyangkul, tak merepih, tak buang bulu ketiak cili. Lantaklah, aku kena pentingkan perihal my nuts, itu lebih utama.

Sesehari dua nih kan Dear Diary (ha, here we go again ekekeke), aku ada terfikir jugak, macamanalah nanti reaksi mak bila dapat tahu yang tahun depan (InsyaAllah) aku akan duduk KL. Mak has no clue pasal nih, buat masa nih. Aku rasa mungkin Long atau Ida yang akan beritahu mak nanti, kalau aku yang beritahu, tentu mak akan "terasa hati, rasa tak sedap hati" pasal she knows yang ada a few incidents yang aku tak berapa senang hati (hence mungkin buat aku kecik hati). Dey tambi, berapa banyak mau kecik hati daaaa?

Lepas mak tahu pasal tuh nanti, for sure mak akan tanya aku, kan? Ha, masa tuh tak lah rasa awkward sangat dah nak terangkan pada mak yang aku nak KL, kan? Dan untuk tak bagi mak rasa "bersalah", aku akan (macam yang Long akan cakap) yakinkan mak yang dah sampai masanya aku menyambung balik, meneruskan balik kehidupan aku, i.e kerja, membina kehidupan. Macam orang-orang lain jugak. 

Aku tak nak lah nanti mak sangka yang aku nak ke KL tuh pasal aku dah tak suka duduk dengan mak, aku tak nak mak bersangka macam tuh. Benda kecik-kecik, salah faham, communication breakdown tuh, itu biasalah kan? Nama pun hidup bekeluarga. Dan kalau ada pun, biarlah aku sorang jer yang tahu, agak-agak, berapa percent pengontribute-tan mak terhadap keputusan (nak berhijrah semula ke KL) aku tuh. Biar aku sorang jer yang tahu. Yang agak-agak. Itu pun kalau ada lah kan? Kalau ada.

So itulah, bila aku tengok mak, aku rasa sayu jer, rasa sedih jer. Memikirkan yang soon akan ada perubahan, entah siapalah yang bakal menemankan mak pulak. 

Harap-harap tak akan ada lah salah faham nanti, Amin.

Sekejap jer kitaorang pergi khenduri kahwin jemputan semalam tuh, lepas makan terus aje balik. Macamana pun, sempatlah dengar 2 tiga lagu. Tak mudahlah majlis karaoke/music nya, penyanyi-penyanyinya siap menari-nari bagai. Dan Ariff pun berkaraoke jugak. 

"Awak nak dapat Datuk jugerk ker Arih?", ada orang jerit kat Ariff masa dia menyanyi, dia nyanyi lagu Jamal Abdillah yang liriknya goes something like this, "tak sudi memandang tidak mengapa. Kerna ku tahu aku insan hina...". Diaorang cakap gitu sebab Khamis lepas Jamal Abdillah kan ker dapat datukship dari Sultan Pahang?

Again, lepas Asar nih aku sambung mencabut kacang, jugak memotong akar-akar pokok tuh, then aku ikat, susun elok-elok. Lagi banyak dari yang aku hantar dulu tuh tapi tak tahulah berapa yang dapat sebab kali ini aku tak potong sepanjang sekaki, aku potong dalam 6 tujuh inci aje macam yang Cina tuh nak. Dan bijik-bijik kacang yang halus, aku buang, aku trim elok-elok. Kalau aku nak tipu senang jer, jangan dibuang tanah-tanah yang melekat kat akar-akar pokok tuh, biar jadi berat timbangan. 

Namun begitu Dear Diary, ada jugak aku tipu sesikit ekekekek. Since Cina tuh lagi suka kalau akar-akar tuh fresh, dari pokok yang baru dicabut, so aku letak akar-akar pokok yang dah seminggu dicabut tuh kat bahagian dalam, yang kat luar semuanya akar-akar dari pokok yang baru dicabut. Itu bukanlah penipuan yang hakiki kan, Dear Diary?

Tak ada pulak UstazM malam nih sedangkan pagi tadi ada aku terserempak dengan dia kat Pekan Sehari. And so, aku ke kedai depan masjid tuh, makan mee soup spesial, yang aku kata, "saya bayar lebih pun tak apa, letak sayur, ayam banyak sikit, mee jangan banyak". Aku makan kat kedai tuh bukan apa, aku rasa mak tak masak apa-apa sebab tengahari tadi kitaorang makan khenduri, dan malam nih ingatkan ada jamuan (sebab biasanya malam UstazM mengajar, ada makan besar), makanan yang ada pun lebihan semalam (yang merupakan lebihan jamuan malam sebelum tuh)


Saturday

Jumaat - 25102013

Aku rasa pagi nih pagi yang tenang sekali sebab the whole morning aku buat kerja dengan penuh kerileksan, cool aje. Aku mencabut kacang, sebab aku rasa hujan dah tak turun dah untuk masa terdekat so baik aku mencabut kacang sementara tanah masih longgar dan lembut. So aku pilih pokok yang dah agak tua untuk dicabut sebab aku nak buat benih. 

Sesambil meleraikan kacang, aku potong akar-akar pokok kacang tuh, aku susun elok-elok, selebihnya aku kumpul dan buang. Bersistematik sungguh kerja aku, beralus, berambi, dan very well organized. Aku pun macam pelik dengan cara aku pagi nih sebab biasanya aku pakai tibai aje, dan selalunya aku buat satu dua kerja jer dalam satu waktu. Kalau mencabut dan melerai kacang, esok lusa lah baru aku potong akar pokok kacang tuh, itupun kalau aku rajin.

Aku intai-intai jugak mak yang sejak pagi membersihkan kawasan garaj, habis disembur sana sini, disusun itu ini. Payahlah macam nih, kata aku dalam hati. Maksudnya, susahlah kalau buat kerja semuanya nak bersih, kan? Ada masanya aku biarkan barang-barang kat situ tonggang langgang, dan hose yang 3 gelung tuh tak pernah pun aku gulung semula lepas aku guna. Mak nak, setiap kali guna hose, digulung elok-elok. Orang yang tak buat kerja memanglah nak kan macam tuh kan? Nak semuanya lawa aje. Tak payah berkebun lah kalau gitu.

"Balik sembayang karang awak beli lauk, mak tak dan nak memasak, lauk dari masjid semalam terh ada lah sikit", kata mak masa aku nak ke masjid. Laaa, punya lama mak membersihkan garaj tu tadi sampaikan tak sempat nak memasak.

Masa nak beli lauk, terserempak dengan EnRoss (Pengarah CCRC/Pusat Serenti) sama EnY (Timbalan Pengarah) yang tengah nak makan. Pelik aku sebab biasanya diaorang sembahyang kat madrasah CCRC yang dah dibuat Sembahyang Jumaat kat situ, since lepas Raya. Agaknya sekarang nih tak buat dah kot pasal "penduduk" CCRC tuh tinggal berapa kerat aje kan? Budak-budak PLKN pun aku tak pasti sembahyang kat mana, dulu tuh penuh masjid nih dengan diaorang, sampai 3 bas. Dengar ceritanya pihak pengurusan masjid tak berapa senang hati dengan budak-budak PLKN tuh, sebab diaorang selalu buat bising kat masjid. Seriously, kurang senonoh perangai bebudak tuh, aku sendiri pun terperasan. Apatah lagi AJK masjid kan? Kat masjid nih lain sikit, orang Tabligh tak boleh bermalam, Imam yang kasi kuliah yang berbaur politik ditukar (dan tak dibenarkan bersuara lagi), macam-macam lah. 

"Ada kacang tak?", En Ross tanya aku.

"Saya nak 3 kilo, hari Selasa nanti, boleh?", dia kata gitu bila aku tanya bila dia nak.

"Sedap kacangnya, lain dari kacang biasa, makan sikit jer boleh jadi kenyang", kata EnRoss lagi.

"Habis tuh apasal nak sampai 3 kilo?", aku tanya dia.

"Orang nak, nak bawak balik kampung", dia jawab gitu. Dia nih ulang alik dari Mentakab ke sini, sekali sekala jer bermalam kat rumah sewa dia belakang rumah kitaorang tuh.

"Pah, bilonyo nok maghi office kito? Kita ado nok bice (bincang) nge' demo nih", EnY tanya aku.

Tak habis-habis dia nak suruh aku ke office dia, aku pun tak tahu apa yang nak dibincangkan, aku rasa pasal hasil-hasil pengkabelan dia kot, no, I don't know but whatever it is I don't want to get involved.

Again petang nih aku mencabut kacang, dan macam pagi tadi jugak, aku rasa peaceful jer, sorang-sorang buat kerja, with all selambaness aku. 

And all the while I feel like I'm standing in the middle of a crowded room, screaming at the top of my lungs, and no one even looks up, macam kata Kate Winslet dalam Titanic tuh, so might as well I shut the fuck up kan? 

Hati pun tenang bila tak fikir benda bukan-bukan.

Entahlah, I'm tired of feeling bad. I'd rather feel nothing. It's better, it's easier. Macam sekarang nih. Atau mungkin aku nak buat macam Jack Sparrow (Pirates Of The Carribean) kata, "close your eyes and pretend it's all a bad dream. That's how I get by".

Malam nih UstazY ada macam biasa, dengan Kuliah Hadis dia, dan aku macam biasa, macam jemaah lain jugak yang cuma beberapa orang tuh terlelap kat tiang. Dekat penghujung tuh baru aku tersedar sebab ada a few thngs yang caught my attention, rasa macam nak suruh Ustaz tuh ulang ayat-ayat terakhir tuh tapi kang dia tahu pulak yang aku tertidur masa Kuliah dia. Dang, it's something to do with perkara-perkara yang elok dibuat untuk mengingat Tuhan. 

Ada jemputan khenduri malam nih tapi kitaorang tak pergi, esok sama lusa ada jugak. 

Friday

Khamis - 24102013

Patutlah sunyi sepi kat kedai Samad pagi nih, rupanya Pahang cuti sempena Keputeraan Sultan. Aku pun bersemangat cuti lah jugak jadinya, S langsung tak nampak kelibat, dia pun bercuti.

Sepagian hari nih membela pokok kacang yang tercabut sebab kena hujan lebat tu lah. Kalau tak ditambun rasa rugi pulak, nanti tak berisi. Kalau dulu tuh aku biarkan aje, tak kuasalah aku nak menambunnya satu persatu tapi kali ini aku make sure tak akan ada perdu kacang yang terjulur akarnya, semuanya aku kambus elok-elok.

Then aku ke kawasan yang used to be mak's play area tuh, mencabut rumput dan weeds yang kat situ. Aku decided untuk cabut sekali pokok-pokok cili yang telah banyak memberi hasil tuh walaupun ada a few batangs yang masih berbuah. Dekat setahun jugak cili tuh rupanya, dan aku cabut tuh sebab nak clearkan kawasan kacang tu lah pasal kacang kat situ ditanam in between pokok cili. Walaupun nampak macam takbur jer buang pokok cili tuh tapi hakikatnya cili kat situ dah lama tak dipetik, buahnya kecik-kecik. Sekarang pokok cili yang baru buahnya semua besar-besar, apa barang nak petik cili yang kecik-kecik, kan?

Again, sambil kerja tuh, kepala aku ligat berpusing. I mean, otak aku ligat berpusing. Aku terfikir pasal blog, pasal apa aku tulis kat blog. (Aku ada dapat emails dari 2 fairly-new readers, itu yang aku cuba nak explain nih) True yang I don't give a fuck pun sapa baca blog aku, apa yang diaorang faham dan buat kesimpulan dari apa yang aku tulis tapi deep down aku rasa aku tak sepatutnya tulis detail sangat. Kot? Sebab orang akan salah faham nanti, tambah-tambah pulak ada benda-benda yang aku sensor, yang aku tak tulis, yang aku rasa orang tak perlu tahu. So, statement "I don't give a fuck..." tuh tak lah seratus peratus betul. I do give a fuck, every now and then.

Then again, this is only a diary, I try not to take it too seriously (and I hope you do too), aku bukannya celebrity, bukannya ada orang kenal aku pun. Even yang follow aku sejak 2004 dulu pun, diaorang ada yang tak pernah jumpa aku. Aku suka cara aku tulis, aku banyak tulis apa yang ada kat kepala hotak aku simply sebab aku suka fikir benda yang bukan-bukan ekekekek.

Lagipun, aku tak ada pun invite sapa-sapa nak baca blog nih, comment section pun aku disabledkan, orang yang baca blog nih mungkin terjumpa secara tak sengaja. One question, katalah korang terjumpa duit seposen kat tengah jalan. Korang tak ambik, kan? Tapi, katalah korang terjumpa duit dalam jumlah yang banyak. Korang ambik, kan? Samalah macam blog nih, kalau korang rasa tak best, tak lah orang baca. Tapi, kalau korang folllow setiap hari baca, maknanya blog nih ada lah harganya?

Damn, I'm not that sengkek after all. Ada jugak benda berharganya dalam hidup aku nih rupanya ekekeke.

What I'm tryring to say is, jangan ambik serious sangat pasal blog nih, I'm just a soul whispering into thin air, whatever that means. I know I have XL-size ego kadang tuh so deal with it heheheh. Kalau aku sound macam meroyan tuh, abaikan aje lah, sebab benda-benda tuh dah lama aku pendamkan, dan aku tak tulis pun kat sini. Sebab aku malu. Now that keputusan dah dibuat, aku rasa aku dah tak berkemaluan lagi nak cerita apa-apa yang terbuku di hati aku.

----------------------------------------

And so selesai lah that plot aku kerjakan, walaupun ada a few times aku rasa nak sambung esok-esok. Tapi bila mengenagkan yang semalam ada aku kata yang aku boleh habiskan kerja kat situ sepagian, terpaksalah aku teruskan jugak. Sebab aku tahu yang aku akan tulis benda tuh kat blog, nanti orang akan kata yang aku nih cakap besar jer semalam tuh. 

See, ada jugak faedahnya blog nih untuk diri aku sendiri, I try to keep my words. All I have in this world is my balls and my word, and I don't fucking break them for no one.

Damn I sound so sexy kan Dear Diary?

Kau mampoo?

Dan untuk meraikan kerajinan aku menyiapkan kerja tuh, aku pun ke kedai Samad, minum air asam boi. Balik jer, aku nampak mak tengah memetik-metik cili dari pokok yang aku cabut tuh. Adess, kan ker mak jugak yang kasi hint suruh aku cabut cili tuh, mak kata, "Nak cabert jer lah pokok lada tuh, uko semak tempat kacang", dua tiga hari lepas mak kata macam tuh.

And so teruslah aku ke kawasan cili kat garaj, memetik kat sana. Ralit jer aku kerja, sampai aku tak sedar mak mengintai aku dari dapur.

"Petik yang tua-tua terh, seseminggu sekali awak petik, dah banyak baru kita hantar ke (Makcik) Lijah", kata mak, dari dapur.

Aku senyapkan aje, tapi dalam hati aku kata, perlu ker mak ulang-ulang cakap benda yang sama tiap kali aku petik cili? Tak kan selama ini aku petik cili yang muda-muda? 

Aku fikir jugak, I'm a grown ass man, apa pasal mak "macam" treat aku macam teenager yang tak reti apa benda tuh?

That's one of the things that pisses me off to the highest level of pissivity lah Dear Diary. Kalaulah aku nih budak perempuan belasan tahun, dah lama aku lari ikut Abang Bangla kote besar, kau tau dak?

And again, jangan anggap aku ada conflict, ada masalah dengan mak. Tak. Cuma itu lah benda yang berlaku, and since aku ada blog, aku tulis lah kat sini so that kalau aku panjang umur (InsyaAllah) I will have a good laugh bila aku baca balik my old entris. 

"Awak balik dari masjid karang singgahlah di surau, Cik Yah nak buat Tahlil. Kome sembahyang lambat sikit, awak tunggu jer lah", kata mak sebelum mak ke surau petang nih untuk Kuliah Mingguan Untuk Wanita.

Apasal mak nak sangat aku ke surau petang Khamis? Apasal petang-petang lain tak ada pun mak suruh singgah, walaupun setiap petang ada makan-makan lepas diaorang mengaji/sembahyang. 

Radar Pemalsuan Data (RPD) yang terpaksa aku on kan 24 hours tuh macam ada signal jer. Tapi bacaan dia tak lah besar, a few akps (ayat kelentong per saat) jer. Hmm, 3 minggu lepas pun ayat yang sama jugak, Cik Yah nak buat Tahlil. Murahnya rezeki Cik Yang nih.

Aku yes kan aje lah.

"Ada Tahlil ker petang nih?", aku tanya Nan, bila aku sampai aje kat kawasan surau, balik dari masjid tuh.

"Entah. Tak kan buat petang-petang, malam ni kan ker selalunya ada Tahlil di masjid. Lagi pulak, tak kan puak-puak omtiner nak bertahlil?", Nan jawab gitu, dia tengah menunggu bini dia.

Ada dalam 10 minit aku tunggu, then aku blah. Aku ada kerja kat kebun, lagipun ada jugak Tahlil yang aku tak pergi pun selama ini, so apa lah sangatnya kalau aku tak join Tahlil petang nih. Itupun kalau betul-betul ada Tahlil lah kan? Sesambil tuh aku cuba reka-reka, cuba sediakan jawapan, manalah tahu kalau-kalau mak tanya apa pasal aku tak menghadirkan diri kat surau yang dipenuhi perempuan tuh. 

Aku ada terfikir sesuatulah Dear Diary tapi aku malu nak cakap. Cakpong! Cakpong! ekekekek.

Aku menimbus pangkal kacang lagi petang nih walaupun mulanya aku nak start mencabut kacang, iyalah kan, tanah masih lembut so akan senanglah kacang dicabut. Habis dah musim hujan kot, so before tanah jadi keras balik semula, might as well aku cabut kacang. Tapi, lagi payah nak menimbus pangkal kacang bila tanah kering, itu yang aku decided nak menambun kacang dulu tuh. 

Chu ada buat Tahlil malam nih, lepas Kuliah Tafsir/Isyak. Tension kitaorang tau dak, makanan untuk jemaah lelaki jarang cukup, simply sebab jemaah perempuan sediakan sikit jer. Diaorang (yang cuma beberapa orang aje tuh) sokmo melimpah ruah makanannya. Kadang tuh ada makanan (yang sedap, yang sikit) yang tak dihidangkan kat puak-puak orang jantan. Aku perasan tuh sebab lepas makan masing-masing sibuk menapau makanan, sedangkan jemaah lelaki terkulat-kulat kadang tuh menjilat jari. Dan mak is one of diaorang tuh heheheh.

"Awak nak buat mende kotak-kotak nih?", Chu tanya aku masa aku menyimpan boxes kat bonet, sebab nak isi barang-barang Chu, balik dari masjid.

"Nak isi kacang, nak hantar Kelantan, KL", aku kata gitu.

"Ambuih, sampe ke Kelantan juei kacang. Tak lama lagi bolehlah beli kereta baru", kata Chu gitu.

"Chu nak saya pakai kereta baru ker? Tengoklah tahun depan....", aku kata gitu sambil gelak-gelak.

Mak jeling jer aku, mungkin dalam hati mak kata, "Now look who's talking". Mungkin. Based on her jaundice eyes. 

"Tak lah, Chu. Melawak jer. Nak cari di mana duit?", aku kata gitu.

But then Dear Diary, there's always some truth in my every lawak, kan?