Friday

Khamis - 24102013

Patutlah sunyi sepi kat kedai Samad pagi nih, rupanya Pahang cuti sempena Keputeraan Sultan. Aku pun bersemangat cuti lah jugak jadinya, S langsung tak nampak kelibat, dia pun bercuti.

Sepagian hari nih membela pokok kacang yang tercabut sebab kena hujan lebat tu lah. Kalau tak ditambun rasa rugi pulak, nanti tak berisi. Kalau dulu tuh aku biarkan aje, tak kuasalah aku nak menambunnya satu persatu tapi kali ini aku make sure tak akan ada perdu kacang yang terjulur akarnya, semuanya aku kambus elok-elok.

Then aku ke kawasan yang used to be mak's play area tuh, mencabut rumput dan weeds yang kat situ. Aku decided untuk cabut sekali pokok-pokok cili yang telah banyak memberi hasil tuh walaupun ada a few batangs yang masih berbuah. Dekat setahun jugak cili tuh rupanya, dan aku cabut tuh sebab nak clearkan kawasan kacang tu lah pasal kacang kat situ ditanam in between pokok cili. Walaupun nampak macam takbur jer buang pokok cili tuh tapi hakikatnya cili kat situ dah lama tak dipetik, buahnya kecik-kecik. Sekarang pokok cili yang baru buahnya semua besar-besar, apa barang nak petik cili yang kecik-kecik, kan?

Again, sambil kerja tuh, kepala aku ligat berpusing. I mean, otak aku ligat berpusing. Aku terfikir pasal blog, pasal apa aku tulis kat blog. (Aku ada dapat emails dari 2 fairly-new readers, itu yang aku cuba nak explain nih) True yang I don't give a fuck pun sapa baca blog aku, apa yang diaorang faham dan buat kesimpulan dari apa yang aku tulis tapi deep down aku rasa aku tak sepatutnya tulis detail sangat. Kot? Sebab orang akan salah faham nanti, tambah-tambah pulak ada benda-benda yang aku sensor, yang aku tak tulis, yang aku rasa orang tak perlu tahu. So, statement "I don't give a fuck..." tuh tak lah seratus peratus betul. I do give a fuck, every now and then.

Then again, this is only a diary, I try not to take it too seriously (and I hope you do too), aku bukannya celebrity, bukannya ada orang kenal aku pun. Even yang follow aku sejak 2004 dulu pun, diaorang ada yang tak pernah jumpa aku. Aku suka cara aku tulis, aku banyak tulis apa yang ada kat kepala hotak aku simply sebab aku suka fikir benda yang bukan-bukan ekekekek.

Lagipun, aku tak ada pun invite sapa-sapa nak baca blog nih, comment section pun aku disabledkan, orang yang baca blog nih mungkin terjumpa secara tak sengaja. One question, katalah korang terjumpa duit seposen kat tengah jalan. Korang tak ambik, kan? Tapi, katalah korang terjumpa duit dalam jumlah yang banyak. Korang ambik, kan? Samalah macam blog nih, kalau korang rasa tak best, tak lah orang baca. Tapi, kalau korang folllow setiap hari baca, maknanya blog nih ada lah harganya?

Damn, I'm not that sengkek after all. Ada jugak benda berharganya dalam hidup aku nih rupanya ekekeke.

What I'm tryring to say is, jangan ambik serious sangat pasal blog nih, I'm just a soul whispering into thin air, whatever that means. I know I have XL-size ego kadang tuh so deal with it heheheh. Kalau aku sound macam meroyan tuh, abaikan aje lah, sebab benda-benda tuh dah lama aku pendamkan, dan aku tak tulis pun kat sini. Sebab aku malu. Now that keputusan dah dibuat, aku rasa aku dah tak berkemaluan lagi nak cerita apa-apa yang terbuku di hati aku.

----------------------------------------

And so selesai lah that plot aku kerjakan, walaupun ada a few times aku rasa nak sambung esok-esok. Tapi bila mengenagkan yang semalam ada aku kata yang aku boleh habiskan kerja kat situ sepagian, terpaksalah aku teruskan jugak. Sebab aku tahu yang aku akan tulis benda tuh kat blog, nanti orang akan kata yang aku nih cakap besar jer semalam tuh. 

See, ada jugak faedahnya blog nih untuk diri aku sendiri, I try to keep my words. All I have in this world is my balls and my word, and I don't fucking break them for no one.

Damn I sound so sexy kan Dear Diary?

Kau mampoo?

Dan untuk meraikan kerajinan aku menyiapkan kerja tuh, aku pun ke kedai Samad, minum air asam boi. Balik jer, aku nampak mak tengah memetik-metik cili dari pokok yang aku cabut tuh. Adess, kan ker mak jugak yang kasi hint suruh aku cabut cili tuh, mak kata, "Nak cabert jer lah pokok lada tuh, uko semak tempat kacang", dua tiga hari lepas mak kata macam tuh.

And so teruslah aku ke kawasan cili kat garaj, memetik kat sana. Ralit jer aku kerja, sampai aku tak sedar mak mengintai aku dari dapur.

"Petik yang tua-tua terh, seseminggu sekali awak petik, dah banyak baru kita hantar ke (Makcik) Lijah", kata mak, dari dapur.

Aku senyapkan aje, tapi dalam hati aku kata, perlu ker mak ulang-ulang cakap benda yang sama tiap kali aku petik cili? Tak kan selama ini aku petik cili yang muda-muda? 

Aku fikir jugak, I'm a grown ass man, apa pasal mak "macam" treat aku macam teenager yang tak reti apa benda tuh?

That's one of the things that pisses me off to the highest level of pissivity lah Dear Diary. Kalaulah aku nih budak perempuan belasan tahun, dah lama aku lari ikut Abang Bangla kote besar, kau tau dak?

And again, jangan anggap aku ada conflict, ada masalah dengan mak. Tak. Cuma itu lah benda yang berlaku, and since aku ada blog, aku tulis lah kat sini so that kalau aku panjang umur (InsyaAllah) I will have a good laugh bila aku baca balik my old entris. 

"Awak balik dari masjid karang singgahlah di surau, Cik Yah nak buat Tahlil. Kome sembahyang lambat sikit, awak tunggu jer lah", kata mak sebelum mak ke surau petang nih untuk Kuliah Mingguan Untuk Wanita.

Apasal mak nak sangat aku ke surau petang Khamis? Apasal petang-petang lain tak ada pun mak suruh singgah, walaupun setiap petang ada makan-makan lepas diaorang mengaji/sembahyang. 

Radar Pemalsuan Data (RPD) yang terpaksa aku on kan 24 hours tuh macam ada signal jer. Tapi bacaan dia tak lah besar, a few akps (ayat kelentong per saat) jer. Hmm, 3 minggu lepas pun ayat yang sama jugak, Cik Yah nak buat Tahlil. Murahnya rezeki Cik Yang nih.

Aku yes kan aje lah.

"Ada Tahlil ker petang nih?", aku tanya Nan, bila aku sampai aje kat kawasan surau, balik dari masjid tuh.

"Entah. Tak kan buat petang-petang, malam ni kan ker selalunya ada Tahlil di masjid. Lagi pulak, tak kan puak-puak omtiner nak bertahlil?", Nan jawab gitu, dia tengah menunggu bini dia.

Ada dalam 10 minit aku tunggu, then aku blah. Aku ada kerja kat kebun, lagipun ada jugak Tahlil yang aku tak pergi pun selama ini, so apa lah sangatnya kalau aku tak join Tahlil petang nih. Itupun kalau betul-betul ada Tahlil lah kan? Sesambil tuh aku cuba reka-reka, cuba sediakan jawapan, manalah tahu kalau-kalau mak tanya apa pasal aku tak menghadirkan diri kat surau yang dipenuhi perempuan tuh. 

Aku ada terfikir sesuatulah Dear Diary tapi aku malu nak cakap. Cakpong! Cakpong! ekekekek.

Aku menimbus pangkal kacang lagi petang nih walaupun mulanya aku nak start mencabut kacang, iyalah kan, tanah masih lembut so akan senanglah kacang dicabut. Habis dah musim hujan kot, so before tanah jadi keras balik semula, might as well aku cabut kacang. Tapi, lagi payah nak menimbus pangkal kacang bila tanah kering, itu yang aku decided nak menambun kacang dulu tuh. 

Chu ada buat Tahlil malam nih, lepas Kuliah Tafsir/Isyak. Tension kitaorang tau dak, makanan untuk jemaah lelaki jarang cukup, simply sebab jemaah perempuan sediakan sikit jer. Diaorang (yang cuma beberapa orang aje tuh) sokmo melimpah ruah makanannya. Kadang tuh ada makanan (yang sedap, yang sikit) yang tak dihidangkan kat puak-puak orang jantan. Aku perasan tuh sebab lepas makan masing-masing sibuk menapau makanan, sedangkan jemaah lelaki terkulat-kulat kadang tuh menjilat jari. Dan mak is one of diaorang tuh heheheh.

"Awak nak buat mende kotak-kotak nih?", Chu tanya aku masa aku menyimpan boxes kat bonet, sebab nak isi barang-barang Chu, balik dari masjid.

"Nak isi kacang, nak hantar Kelantan, KL", aku kata gitu.

"Ambuih, sampe ke Kelantan juei kacang. Tak lama lagi bolehlah beli kereta baru", kata Chu gitu.

"Chu nak saya pakai kereta baru ker? Tengoklah tahun depan....", aku kata gitu sambil gelak-gelak.

Mak jeling jer aku, mungkin dalam hati mak kata, "Now look who's talking". Mungkin. Based on her jaundice eyes. 

"Tak lah, Chu. Melawak jer. Nak cari di mana duit?", aku kata gitu.

But then Dear Diary, there's always some truth in my every lawak, kan?