Saturday

Jumaat - 25102013

Aku rasa pagi nih pagi yang tenang sekali sebab the whole morning aku buat kerja dengan penuh kerileksan, cool aje. Aku mencabut kacang, sebab aku rasa hujan dah tak turun dah untuk masa terdekat so baik aku mencabut kacang sementara tanah masih longgar dan lembut. So aku pilih pokok yang dah agak tua untuk dicabut sebab aku nak buat benih. 

Sesambil meleraikan kacang, aku potong akar-akar pokok kacang tuh, aku susun elok-elok, selebihnya aku kumpul dan buang. Bersistematik sungguh kerja aku, beralus, berambi, dan very well organized. Aku pun macam pelik dengan cara aku pagi nih sebab biasanya aku pakai tibai aje, dan selalunya aku buat satu dua kerja jer dalam satu waktu. Kalau mencabut dan melerai kacang, esok lusa lah baru aku potong akar pokok kacang tuh, itupun kalau aku rajin.

Aku intai-intai jugak mak yang sejak pagi membersihkan kawasan garaj, habis disembur sana sini, disusun itu ini. Payahlah macam nih, kata aku dalam hati. Maksudnya, susahlah kalau buat kerja semuanya nak bersih, kan? Ada masanya aku biarkan barang-barang kat situ tonggang langgang, dan hose yang 3 gelung tuh tak pernah pun aku gulung semula lepas aku guna. Mak nak, setiap kali guna hose, digulung elok-elok. Orang yang tak buat kerja memanglah nak kan macam tuh kan? Nak semuanya lawa aje. Tak payah berkebun lah kalau gitu.

"Balik sembayang karang awak beli lauk, mak tak dan nak memasak, lauk dari masjid semalam terh ada lah sikit", kata mak masa aku nak ke masjid. Laaa, punya lama mak membersihkan garaj tu tadi sampaikan tak sempat nak memasak.

Masa nak beli lauk, terserempak dengan EnRoss (Pengarah CCRC/Pusat Serenti) sama EnY (Timbalan Pengarah) yang tengah nak makan. Pelik aku sebab biasanya diaorang sembahyang kat madrasah CCRC yang dah dibuat Sembahyang Jumaat kat situ, since lepas Raya. Agaknya sekarang nih tak buat dah kot pasal "penduduk" CCRC tuh tinggal berapa kerat aje kan? Budak-budak PLKN pun aku tak pasti sembahyang kat mana, dulu tuh penuh masjid nih dengan diaorang, sampai 3 bas. Dengar ceritanya pihak pengurusan masjid tak berapa senang hati dengan budak-budak PLKN tuh, sebab diaorang selalu buat bising kat masjid. Seriously, kurang senonoh perangai bebudak tuh, aku sendiri pun terperasan. Apatah lagi AJK masjid kan? Kat masjid nih lain sikit, orang Tabligh tak boleh bermalam, Imam yang kasi kuliah yang berbaur politik ditukar (dan tak dibenarkan bersuara lagi), macam-macam lah. 

"Ada kacang tak?", En Ross tanya aku.

"Saya nak 3 kilo, hari Selasa nanti, boleh?", dia kata gitu bila aku tanya bila dia nak.

"Sedap kacangnya, lain dari kacang biasa, makan sikit jer boleh jadi kenyang", kata EnRoss lagi.

"Habis tuh apasal nak sampai 3 kilo?", aku tanya dia.

"Orang nak, nak bawak balik kampung", dia jawab gitu. Dia nih ulang alik dari Mentakab ke sini, sekali sekala jer bermalam kat rumah sewa dia belakang rumah kitaorang tuh.

"Pah, bilonyo nok maghi office kito? Kita ado nok bice (bincang) nge' demo nih", EnY tanya aku.

Tak habis-habis dia nak suruh aku ke office dia, aku pun tak tahu apa yang nak dibincangkan, aku rasa pasal hasil-hasil pengkabelan dia kot, no, I don't know but whatever it is I don't want to get involved.

Again petang nih aku mencabut kacang, dan macam pagi tadi jugak, aku rasa peaceful jer, sorang-sorang buat kerja, with all selambaness aku. 

And all the while I feel like I'm standing in the middle of a crowded room, screaming at the top of my lungs, and no one even looks up, macam kata Kate Winslet dalam Titanic tuh, so might as well I shut the fuck up kan? 

Hati pun tenang bila tak fikir benda bukan-bukan.

Entahlah, I'm tired of feeling bad. I'd rather feel nothing. It's better, it's easier. Macam sekarang nih. Atau mungkin aku nak buat macam Jack Sparrow (Pirates Of The Carribean) kata, "close your eyes and pretend it's all a bad dream. That's how I get by".

Malam nih UstazY ada macam biasa, dengan Kuliah Hadis dia, dan aku macam biasa, macam jemaah lain jugak yang cuma beberapa orang tuh terlelap kat tiang. Dekat penghujung tuh baru aku tersedar sebab ada a few thngs yang caught my attention, rasa macam nak suruh Ustaz tuh ulang ayat-ayat terakhir tuh tapi kang dia tahu pulak yang aku tertidur masa Kuliah dia. Dang, it's something to do with perkara-perkara yang elok dibuat untuk mengingat Tuhan. 

Ada jemputan khenduri malam nih tapi kitaorang tak pergi, esok sama lusa ada jugak.