Aku merempit jugak kat Pekan Sehari pagi nih, lepas breakfast kat kedai Samad, makan nasi dagang lauk ayam, minum Kopi Mahkota Dewa, itu memang makanan/minuman aku setiap Sabtu. Aku beli petai sama limau oren, mak's favorite. Kat rumah memang limau oren sentiasa ada, cuma yang minggu lepas tuh mak yang beli, masam orennya, so aku jer lah yang menghabiskannya pagi dan petang.
Then terus lah ke kebun, mencabut kacang. Aku nak habiskan jugak mencabut kacang kat area tuh so hopefully by tomorrow semuanya selesailah. Aku tak peduli langsung dah kat cili, dah 3 empat hari dah rasanya aku tak melawat pokok cili, tak membaja, tak menyangkul, tak merepih, tak buang bulu ketiak cili. Lantaklah, aku kena pentingkan perihal my nuts, itu lebih utama.
Sesehari dua nih kan Dear Diary (ha, here we go again ekekeke), aku ada terfikir jugak, macamanalah nanti reaksi mak bila dapat tahu yang tahun depan (InsyaAllah) aku akan duduk KL. Mak has no clue pasal nih, buat masa nih. Aku rasa mungkin Long atau Ida yang akan beritahu mak nanti, kalau aku yang beritahu, tentu mak akan "terasa hati, rasa tak sedap hati" pasal she knows yang ada a few incidents yang aku tak berapa senang hati (hence mungkin buat aku kecik hati). Dey tambi, berapa banyak mau kecik hati daaaa?
Lepas mak tahu pasal tuh nanti, for sure mak akan tanya aku, kan? Ha, masa tuh tak lah rasa awkward sangat dah nak terangkan pada mak yang aku nak KL, kan? Dan untuk tak bagi mak rasa "bersalah", aku akan (macam yang Long akan cakap) yakinkan mak yang dah sampai masanya aku menyambung balik, meneruskan balik kehidupan aku, i.e kerja, membina kehidupan. Macam orang-orang lain jugak.
Aku tak nak lah nanti mak sangka yang aku nak ke KL tuh pasal aku dah tak suka duduk dengan mak, aku tak nak mak bersangka macam tuh. Benda kecik-kecik, salah faham, communication breakdown tuh, itu biasalah kan? Nama pun hidup bekeluarga. Dan kalau ada pun, biarlah aku sorang jer yang tahu, agak-agak, berapa percent pengontribute-tan mak terhadap keputusan (nak berhijrah semula ke KL) aku tuh. Biar aku sorang jer yang tahu. Yang agak-agak. Itu pun kalau ada lah kan? Kalau ada.
So itulah, bila aku tengok mak, aku rasa sayu jer, rasa sedih jer. Memikirkan yang soon akan ada perubahan, entah siapalah yang bakal menemankan mak pulak.
Harap-harap tak akan ada lah salah faham nanti, Amin.
Sekejap jer kitaorang pergi khenduri kahwin jemputan semalam tuh, lepas makan terus aje balik. Macamana pun, sempatlah dengar 2 tiga lagu. Tak mudahlah majlis karaoke/music nya, penyanyi-penyanyinya siap menari-nari bagai. Dan Ariff pun berkaraoke jugak.
"Awak nak dapat Datuk jugerk ker Arih?", ada orang jerit kat Ariff masa dia menyanyi, dia nyanyi lagu Jamal Abdillah yang liriknya goes something like this, "tak sudi memandang tidak mengapa. Kerna ku tahu aku insan hina...". Diaorang cakap gitu sebab Khamis lepas Jamal Abdillah kan ker dapat datukship dari Sultan Pahang?
Again, lepas Asar nih aku sambung mencabut kacang, jugak memotong akar-akar pokok tuh, then aku ikat, susun elok-elok. Lagi banyak dari yang aku hantar dulu tuh tapi tak tahulah berapa yang dapat sebab kali ini aku tak potong sepanjang sekaki, aku potong dalam 6 tujuh inci aje macam yang Cina tuh nak. Dan bijik-bijik kacang yang halus, aku buang, aku trim elok-elok. Kalau aku nak tipu senang jer, jangan dibuang tanah-tanah yang melekat kat akar-akar pokok tuh, biar jadi berat timbangan.
Namun begitu Dear Diary, ada jugak aku tipu sesikit ekekekek. Since Cina tuh lagi suka kalau akar-akar tuh fresh, dari pokok yang baru dicabut, so aku letak akar-akar pokok yang dah seminggu dicabut tuh kat bahagian dalam, yang kat luar semuanya akar-akar dari pokok yang baru dicabut. Itu bukanlah penipuan yang hakiki kan, Dear Diary?
Tak ada pulak UstazM malam nih sedangkan pagi tadi ada aku terserempak dengan dia kat Pekan Sehari. And so, aku ke kedai depan masjid tuh, makan mee soup spesial, yang aku kata, "saya bayar lebih pun tak apa, letak sayur, ayam banyak sikit, mee jangan banyak". Aku makan kat kedai tuh bukan apa, aku rasa mak tak masak apa-apa sebab tengahari tadi kitaorang makan khenduri, dan malam nih ingatkan ada jamuan (sebab biasanya malam UstazM mengajar, ada makan besar), makanan yang ada pun lebihan semalam (yang merupakan lebihan jamuan malam sebelum tuh)