Tuesday

Isnin - 04112013

Habis akhirnya seguni baja yang aku beli hari tuh, aku membaja kat pokok cili, jugak kat batas kacang yang baru aku tanam tuh. Dah cambah dah anak-anak pokok kacang yang aku tanam tuh, soon akan sibuklah pulak nak kena menjaganya, nak kena menyiram, menambun pangkal pokok. Tak ada masa langsung aku nak rileks, kan? Kerja jadi pekebun nih tak ada henti nya.

Lepas tuh aku cabut a few perdus kacang, kopek kulit, dan tanam. Dapatlah 2 tiga baris. Gila lah tak bersemangatnya aku nak kerja, dan kebetulan pulak S ada, melepak sembang dengan dia aje lah. Sesambil makan mangga yang berjuntaian kat pokok.

Nasir ajak aku mengeteh tapi aku berat hati nak ikut pasal aku tak pernah mengeteh lepas Asar. Dan aku nak ke kebun, balik dari mengeteh dah lewat sangat untuk aku buat kerja, walaupun aku tahu yang turun ke kebun pun tak semestinya aku buat kerja. Turun ke kebun, itu satu hal. Buat kerja, itu hal lain. Tak semestinya aku akan buat kerja bila aku turun ke kebun. Tapi, above all, aku mesti kena turun ke kebun.

So aku kata kat dia lepas Maghrib aje lah aku mengeteh sama dia. Dia balik cuti, dah 3 minggu tak balik, so aku sepatutnya meraikan lah dia, kan? Lagipun, nanti kalau mak tau aku mengeteh lepas Asar, banyak pulak cerita-cerita lain yang berbangkit, seboleh-bolehnya aku tak nak mak ada peluang untuk bercerita pasal aku pun, kat sapa-sapa lah, kat Ida especially. Bukan sebab aku selfish (tak nak orang tahu pasal aku) tapi jalan cerita yang bakal dicreate tuh buat aku tak daya nya. 

Again, aku tak buat apa sangat pun kat kebun lepas Asar tuh, rasanya dapat 2 baris kacang aku tanam. Damn, when is this going to end? Terfikir aku yang gini gayanya bila kita "keletihan", bukan nak give up tapi bila selama ini kita pendamkan something dalam hati kita, sampai satu masa bila kita rasa letih, kita rasa nak just pack everything and leave. Bezanya, aku tak boleh buat gitu, sebab sapa nak jaga mak?

Dan kalaulah aku boleh menyuarakan keletihan aku tuh, alangkah amannya. Tapi aku tak boleh buat gitu. Sebab aku tak boleh bersuara.

Lepas Maghrib ada Baca Yaasin/Tahlil sempena Awal Muharram tapi Nasir ajak jugak aku mengeteh, so lepas majlis berdoa sempena awal tahun, aku pun pergi jugaklah. 

Bersahut-sahutan aku sama mak batuk malam nih, sejak tadi lagi dah tapi bila malam nih semakin laju pulak batuknya. 

Syukur Alhamdulillah PAS menang Pilihanraya Kecil sungai Limau, Kedah.