Friday

Khamis - 31102013

For the past few mornings aku breakfast makan kuih (3 bijik seringgit) aje, dah bosan makan laksam, mee goreng, nasi lemak, or even roti canai. Going for breakfast now is such a drag, nak breakfast kat rumah lagi lah menensionkan. See, how tepu keboringan hidup aku kan? I really need to get away for a few days, duduk kat kampung nih buat benda yang sama day in day out, bukanlah sesuatu yang healthy after all.

Aku melawat kawasan cili yang dah lama aku tinggalkan, adui lah, pokok-pokoknya macam tak bermaya jer, daunnya banyak yang kekuningan. Tak cukup baja lah gamaknya sedangkan aku ada taruk baja urea ituhari. Ker baja tuh tak sesuai? Dan aku perasan yang ada tiga empat batang pokok cili yang mampos kering. Dan rumput sekeliling pokok-pokok cili tuh jangan ceritalah, dah macam semak samun. Damn, meletihkanlah tanam cili kat tanah nih. Dan cili kat polybags pun sama jugak, daun-daunnya tak berseri, again, aku rasa sebab jarang disiram air baja. 

Aku then sambung menanam kacang, benih yang aku kutip dari kacang-kacang yang kecik-kecik, yang macam tak berapa elok untuk dijual. Dapatlah a few baris, habis tuh aku pun mengopek lagi mana-mana kacang yang aku cabut, yang tua. Aku rasa aman, tenang jer duduk atas batang pisang, bawah pokok pisang, dikelilingi pokok pisang, macam Secret Garden aku tuh.

Lepas Asar aku menyangkul, merepih rumput kat sekeliling pokok cili, tak sampai 20 pokok pun yang aku kerja kan, awal aku habis kerja petang nih.

Long ada balik, sama Kak Long, sama Hidayah.

I don't know what's wrong with me, walaupun UstazIsmail ada kasi Kuliah, walaupun aku tahu ada makan besar lepas Isyak, tapi aku ke kedai depan masjid tuh jugak, makan burger. Aku ajak Shakir temankan aku, walaupun Ariff macam konfiden jer yang aku akan ajak dia.

"How soon can you be in BTP (Bandar Tasik Puteri) sebab one of the teachers masuk UITM on the 16th", aku dapat mesej dari Teh.

Maknanya Teh/Kak Teh perlukan aku untuk handle one of the classes, jugak untuk persiapan Concert Day. Aku tahu yang betapa akan sibuknya nanti tuh, last year kan ker aku handle one class?

So maknanya aku akan berada di Bandar Tasik Puteri at least seminggu, sedangkan plan aku mulanya nak melepak sesehari dua aje, and the rest tuh nak duduk Bangsar. Tapi tak apa, lagi lama di KL lagi bagus hehehhe.

Dan aku kena plan elok-elok nih, what with my kacang, my cili, kan? Sebab I'll be in KL in about 2 weeks from now.

Yeehaaaa!!!!!!!